Salam ...
Alkisahnya saya ni bukan orang yang suka marah-marah dan kecik hati ya sebab saya ni jenis suka ketawa dan payah saya nak marah..tapi...
SELEPAS INI PLEASE JANGAN PM/INBOX SY UNTUK TANYA SAYA BERMINAT KE X NAK X SPONSOR..:)) SEBAB SY MEMANG X BERMINAT ..:)) hoho...
SEBAB APA??
Saya tak marah pada org yang anjur kan GA..sebab orang yang anjur dan minta saya sponsor ga -ga mereka sangat berbudi bahasa dan mengucapkan terima kasih.
Akan tetapi saya sangat2 dukacita dengan sikap orang-orang yang menang ga yg sy sponsor.. selepas saya postkan hadiah pada mereka by post laju..sampainya brg tu dah lama..namun mereka senyap terus... Saya pula yg risau takut x sampai..jadi saya inbox pada setiap mereka bertanya sama ada dah sampai ke hadiah namun jawapan yang cukup ringkas. "sudah or dah or da sampai" ..
Itu saja?? Tiada ucapan " Tq ya.Tk..or terima kasih"..??? ...hai lah adik-adik. ..
Saya tak minta up entry pasal hadiah ni semua cuma saya rasa gembira jika ada orang ucap terima kasih, itu cukup memadai buat saya.hehe..
Dan sebenarnya saya dapat feedback daripada beberapa orang blogger yg mengatakan benda yang sama iaitu Tiada ucapan terima kasih!
Apapun ucapan terima kasih ni walaupun nampak mudah tapi sangat memberi kesan yg mendalam dalam hidup kita. Orang akan gembira walaupun x dapat segunung emas tapi ucapan terima kasih.:))
Jadi sentiasalah berterima kasih dalam hidup kita