Hari ini kita akan membicarakan tentang aqidah yang mana ia amatlah penting buat setiap orang Islam. Baiklah kita akan mula membincangkan pembahagian Tauhid secara ringkas.
Pembahagian Tauhid dapat dibahagikan kepada 3 bahagian berikut iaitu: 1)Tauhid Rububiyah ialah mengesakan Allah Subhanahuwataala dengan perbuatannya iaitu kita mengesakan Allah Subhanahuwataala sebagai Tuhan yang mencipta, mentadbir dan berkuasa ke atas alam ini. Dia sahajalah Tuhan yang memberi rezeki, menghidup serta mematikan makhlukNya.
2)Tauhid Uluhiyah pula ialah mengesakan Allah Subhanahuwataala dengan perbuatan kita iaitu kita meyakini bahawa Allah Subhanahuwataala Tuhan yang Esa yang wajib disembah, dipuji dan diabdikan diri kepadaNya. Dialah sahaja yang wajib dihalakan doa permintaan manusia.
3)Tauhid Asma' wa al-Sifat ialah kita meyakini bahawa Allah mempunyai nama-nama yang baik serta sifat-sifat yang mulia sebagaimana yang disebut dalam al-Quran serta hadis-hadis Nabi. Keimanan yang wajib tanpa tahrif dan takwil atau takyif dan tamsil.