Assalamualaikum.. Halo readers! Have you had your SHAKE today???
Masa balik kampung cuti Raya Haji bulan 10 lepas, kami ada singgah gudang perabot dekat area Kota Bharu. Masa tu mama nak cari katil untuk masukkan ke dalam homestay keduanya yang baru di bukak.
Survey punya survey, aku terpandangla dekat satu benda alah nih. Biasalah, bila dah nak jadi mak-mak ni, asyik duk fikir dekat anak yang ada dalam perut ni jea lah. haha.
|
Ehsan google. Ni la benda alah tu lebih kurang. Cuma yang dekat kedai perabut tu lagi OK kot. lagi lebar, besar dan jenis kayu pun rasanya lagi terbaik. hikhik |
Memula aku berkenan yang biasa jea, means yang tak de laci, sebab harga dia lagi murah laa dari yang ada laci tu, yang ada laci tu harga dia dalam 900++ kottt. haha. pengsan kejap.
Tetiba mama aku datang menyampuk. "Haaaa, ma berkenan yang ni.. cantik2, bagus ni. nanti boleh letak anak dalam ni, jangan ajar tido pakai buai, suruh dia tido dalam ni jea. Laci ni boleh letak baju2 dia"
Hamboihhh. kemain mama aku nih. haha. Aku cakap la balik, mahal la maaa. Ingat nak cari kat Ikea lah. kot2 lagi murah. Ma aku cakap, dekat Ikea kayu tak ok. tak kukuh katanya. hurm? pandai2 jea mama. padahal Ikea pun dia tak pernah jejak. AHAKS!
Lepas tu kan, lepas tu kan. nak tahu mama aku cakap apa?, "Tak apalah, biar ma yang belikan, ma sponser. ma dah berkenan yang ni, nanti tahun depan ma beli"
Hohohoho. menggelupur aku dengar. macam tak caye jea, macam tak caye jea. hahaha. Untung baby yea, nenek nak bagi baby cot. haha.
Ada orang cakap, baby cot ni langsung tak berguna. pakai kejap jea, dan kadang2 beli tak pakai langsung. hurm.
Tapi bagi aku personally, motif aku nak ada baby cot ni, sebab awal2 dulu aku pikir, akukan berjauhan dengan suami, dah la duduk sorang2 kat rumah, time aku nak mandi, time aku nak solat, time aku nak iron baju, dan apa2 jea lah lagi selamat aku letak anak aku dalam baby cot time tu.. hurm, tu jea lah motif aku nak ada baby cot. Lagi satu motif gedik, sebab aku suka tengok baby cot yang comel dan cute tu.. haha
Tapi, bila suami dah dapat tukar balik semenanjung ni, dalam dua lagi nak ada baby cot ataupun tidak. erm, Minta ehsan mama sponser stroller baby lah dari baby cot kan? haha *kejam*.
Hari ni punya cerita, kami saja jalan2 dekat IKEA, konon nak tengok2 baby cot versi Ikea, lepastu makan meatball kat situ. Lama giler kot aku mengidam nak makan meatball Ikea. hehe
|
Kami :) OOTD IbuNina kejap yea. : Maxi Dress by zeetaaze, Wide Shawl by sg_house. Sila terjah instagram, diaorang. Beli dalam instagram jerk. :P |
Benda first yang aku paling excited tengok bila masuk dalam IKEA, off course BABY COT. hehehe
Baby Cot yang ada laci + meja 3 tingkat untuk tukar lampin bayi dan letak barang2 dia lebih kurang 900++ jea wei. seyes lagi murah gile dari baby coat yang aku jumpa hari tu. Aku try la ketuk2 dia punya kayu tu, kan mama cakap tak ok. hurm. bagi aku lebih kurang sama jea kayunya. haha. entah le
|
Comel sangatttt... huhuhu. Suka.suka.suka |
Baby cot yang macam ni, suami aku tak berapa berkenan. tak cantik katanya. Ngeeee~
Yang ini aku tak tahu baby coat ke menda. macam katil jea. macam tak selamat nak letak dalam ni, senang baby nak golek2 bummm jatuh terus. hukhuk
|
Daun tu comel sangatttttt!!!!! |
Yang ni aku suka. Katil yang comel2. eiiiii. serius geram tengok weh.
|
Suami aku cakap, kalau katil ada khemah macam ni, confirm anak kami suka. hamboih, macam duduk dalam hutan la pulak. haha |
Fuh, mengidam nak bilik anak macam ni.... Agagagagga~
Memandangkan villa kami sempit dan kecik jea, kami bersetuju nak buat bilik macam ni, katil kat atas, bawah tu bolehlah buat apa2. Jimat ruang katanya. haha. Mimpi jea lah. *sigh*
Kalau datang IKEA, tak sah kalau tak berkhayal kan? betul tak? Berangan tak habis. semua yang ada dalam tu nak, lepastu, setiap sudut yang ada dalam tu jadi inspirasi untuk rumah sendiri. haha. sabo jea lah nina oiiiii. Makan lagi bagus!
|
Lunch kami hari ni :D |
|
20 biji Meatball. 17 biji aku yang sapu, lagi 3 biji abang yang ngap. Melampau tak aku? hohohoho |
SO? baby cot or NOT? hurm. Versi IKEA or Versi Kota Bharu Kelantan? hehehe. Tengoklah macam mana yea.
Ibu2 yang dah ada pengalaman macam mana? Share2 la sikit pasal baby cot korang.. UHUKSS!
TQ for reading. K bai!