Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.
Showing posts with label Ayah. Show all posts
Showing posts with label Ayah. Show all posts

March 18, 2013

Abu 'Ukasyah 'busy'

Tahun ini abu ukasyah busy walaupun pada hari Sabtu Ahad. Huhu. Rasanya setiap weekend penuh. Alhamdulillah ada Opah Aki, dapat la juga Ummi jalan dengan anak-anak. Pagi tadi sebelum gi kerja, baru abu ukasyah bagitau malam ini on-call. Pandai betul, kalau tak memang dengar la Ummi merungut "Asyik on-call je".

Sabar lah wahai hati, abu ukasyah bukan pergi enjoy, ibadah juga tu.

Minggu lepas, hari Sabtu abu ukasyah lupa dia on-call sampai staff call tanya, kelam kabut siap gi Klinik. Balik rumah, Ummi tanya, "Patient abang mesti ramai dah tunggu, diorang tak marah ke?". abu ukasyah jawab,"Abang buat muka biasa je". Boleh bayang camne abu ukasyah buat muka cool je. Hehe.



December 12, 2011

Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke-4, Abu `Ukasyah...

Assalamualaikum,

Walaupun 17 November telah berlalu hampir sebulan lamanya, tetapi tidak terlambat rasanya untuk Ummi mengucapkan “ Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke-4” buat Abu `Ukasyah yang Ummi sayangi.  Semoga baitul muslim yang dibina ini kekal hingga ke syurga hendaknya dan kita masih berkasih sayang kerana Allah.  

4 tahun yang menyimpan kemas memori suka duka  Ummi dan Abu `Ukasyah.   Jatuh bangun dan bangkit bersama demi mengukuhkan hubungan ini. 
Aku terima nikahnya...17/11/2007
Zaman muda remaja, 21 tahun umurnya...
Tahun pertama perkahwinan, Ummi dan Abu `Ukasyah tinggal di mahallah (asrama) UIA masing-masing.  Ummi masih menjalani rutin harian sebagai seorang pelajar seperti biasa, cuma di waktu malam Ummi dapat dating secara HALAL dengan Abu `Ukasyah.  Abu `Ukasyah akan mengambil Ummi di asrama dengan kereta kancil warna merah.  Ya, kereta kancil merah yang sangat berjasa itu.  Makan di luar bersama dan bila pulang ke UIA, ronda-ronda lagi sambil bersembang. Kadang-kadang pak guard UIA tahan sebab ingatkan kami ‘couple’. 

Bila stress study nak exam, Ummi dan Abu `Ukasyah pergi holiday sebab di Kuantan banyak pantai yang cantik dan nyaman.  Alhamdulillah, kami pass tahun pertama kehidupan sebagai ‘married students’ dengan keputusan yang cemerlang.  Selepas yakin dengan kemampuan kami menguruskan belajar dan rimahtangga, Ummi dan Abu `Ukasyah mengambil keputusan untuk menyewa di luar UIA. Oh ya, lupa nak beritahu, selepas kahwin biasiswa JPA Abu `Ukasyah naik.  Murah rezeki kami.

Tahun kedua perkahwinan, Ummi dan Abu `Ukasyah menerima berita gembira tentang kehadiran `Ukasyah di dalam rahim Ummi.  Masih segar dalam ingatan, ketika itu Ummi masih tinggal di tingkat 4, Mahallah Maymunah dan dalam proses perpindahan.  Walaupun baru mengandung, semangatUmmi angkut barang dari tingkat 4.  Bila duduk dengan Abu `Ukasyah, Ummi sedih juga sebab Ummi mabuk teruk sampai tak boleh masak.  Alhamdulillah, Ummi tetap semangat pergi kelas.  Waktu ini Abu `Ukasyah sudah mula hantar Ummi ke kelas dengan kereta SAGA biru yang Atuk belikan.
Anak lelaki sulung Ummi dan Abu `Ukasyah, `Ukasyah.

`Ukasyah lahir pada tahun kedua perkahwinan Ummi dan Abu `Ukasyah.  Gembira menjadi ibu bapa muda, Allah sahaja yang tahu perasaannya.  Berpantang tidak seperti orang lain, maternity leave hanya 2 minggu dan tambahan seminggu untuk cuti Raya Aidilfitri, selepas itu Ummi posting di CCU (Caridac Care Unit HTAA).  Waktu ini Abu `Ukasyah masih cuti semester, jadi setiap hari Abu `Ukasyah akan hantar Ummi ke HTAA.  ‘Ukasyah pula duduk dalam car seat, dan akan turut sama hantar Ummi.  Ya, Abu `Ukasyah jaga `Ukasyah sewaktu ketiadaan Ummi.  Alhamdulillah, Abu `Ukasyah sangat cekap menguruskan keperluan mujahid sulung kami dan memberikan EBM (expressed breastmilk) pada `Ukasyah.  Ummi pula terkontang-kanting di wad mencari tempat dan mencuri masa untuk memerah susu.  Bila teringat kembali, Ummi tak terfikir bagaimana Ummi dan Abu `Ukasyah dapat lalui semua ini berdua sahaja.  Ibu bapa pula jauh. 
Ulangtahun Perkahwinan ke 2 bersama `Ukasyah



Ummi dan Abu `Ukasyah sempat menyambut Ulangtahun Perkahwinan ke-2 dengan `Ukasyah di Restoran Rasamas.  `Ukasyah sangat baik waktu ini, selepas menyusu,lena dia di dalam stroller sehingga pulang ke rumah. 

14 Disember `Ukasyah tinggalkan Ummi dan Abu `Ukasyah.  Saat itu Ummi dan Abu `Ukasyah hadapi berdua sahaja.  Waktu itu baru Ummi rasai bagaimana kaki yang tidak berpijak di bumi nyata. Ummi rebah, tapi Abu `Ukasyah sambut dan papah Ummi.  Ummi dan Abu `Ukasyah berpelukan di luar ‘red zone’  wad kecemasan untuk mencari sisa dan saki baki kekuatan yang masih tinggal.  Sungguh hilang segala malu yang ada dalam diri kami.  Menggigil dan lemah seluruh badan.  Waktu itu benar-benar rasa kosong, hanya rasa ada Allah sahaja.  Ummi capai telefon bimbit dan telefon Opah dan sahabat baik Ummi dunia akhirat, Naddy.  

Ya Allah, inilah ujian yang paling besar Ummi dan Abu `Ukasyah pernah lalui dalam kehidupan ini.
Kehidupan selepas itu sangat kosong dan hambar.  Pandangan terus yang tidak bermakna.  Ummi dan Abu `Ukasyah seperti mahu saja menamatkan kehidupan sebagai pelajar. Ya, hilang penyeri rumah tangga.
Anak lelaki kedua Ummi dan Abu `Ukasyah,Uwais al-Qarni.
Tahun ketiga perkahwinan sangat menggembirakan dengan kehadiran pengubat rindu Ummi dan Abu `Ukasyah, Uwais al-Qarni.  Alhamdulilah, Allah makbulkan doa Ummi untuk hadirkan seorang lagi anak lelaki yang punya mirip wajah serupa persis `Ukasyah.  Ya, mereka sangat mirp walaupun tak serupa.  85% mereka serupa.  Namun, watak pengubat rindu ini menceriakan sungguh.  Abangnya, cool seperti Abu `Ukasyah, tetapi dia ‘cheeky’ macam ummi.^__^


Hari ini, sudah 4 tahun usia perkahwinan Ummi dan Abu `Ukasyah.  Alhamdulillah, Allah panjangkan jodoh Ummi dan Abu `Ukasyah sehingga kini.  Semoga kita bercinta hingga ke syurga.  Syukur kerna dipilih untuk diuji kerana ujian ini menguatkan hati-hati yang lemah.  Membuatkan diri ini terus dekat dan ingin lebih dekat kepada Allah.  Menyedarkan diri ini tentang penyerahan yang total kepada Allah setelah berusaha dan yang penting mengingatkan bahawa semua yang dimiliki ini, tidak ada satu pun milik kita. 

Ummi sayang Abu `Ukasyah kerana Allah. ^__^




August 10, 2011

Alhamdulillah...

Alhamdulillah, akhirnya ayah dapat posting di Klinik Kesihatan AU2.  Lebih dekat dan kurang kesesakan lalu lintas berbanding waktu ayah kerja di HKL dulu.  Prosesnya sangat mudah, mungkin Allah dengar doa ummi ayah, keluarga serta sahabat-sahabat kita.  Waktu ayah mendaftar di Pejabat Kesihatan Daerah Gombak, mereka terus tawarkan ayah  Klinik Kesihatan AU2.  Ayah kata memang ayah nak yang tu pun sebab yang itu paling dekat dengan `rumah mini` kita nanti. Ummi pun turut tumpang gembira.  Ayah pun nampak gembira walaupun staff kat sana ramai perempuan.  Ayah cerita dengan ummi, sibuk waktu pagi je sebab waktu petang dah tak ramai patient.  Tapi ayah still ada on-call Sabtu, Ahad dan `extended hour`.  

"Tahniah abang..Bekerja kerana Allah ya...^__^" 

August 4, 2011

Kerisauan

Uwais, hati ummi gundah gulana..2-3 hari ini pun ummi macam tiada mood nak buat kerja...Risau memikirkan posting ayah....Semoga hari ini dapat penyelesaiannya.  Uwais doakanlah yang terbaik untuk ayah ye.  Doakan agar ayah diberi penempatan yang berhampiran.  Baik untuk DnT dan keluarga kita yang pastinya.  Ayah dapat Hospital Sabak Bernam...Satu tempat yang asing bagi ummi mahupun ayah.  Tidak tahu mengapa, yang pastinya ummi ayah seakan fobia untuk berhijrah lagi.  Mungkin kerana pengalaman pahit yang ummi ayah lalui sewaktu di rantau orang.  huhu.. 

Ujian sungguh di bulan ramadhan ini.  Baru saja nak `settle down` di sini, sekali dapat Sabak Bernam.  Baru saja kita menjenguk rumah mini yang bakal kita diami nanti.  Sedih ummi rasa, tapi ayah yang paling sedih.  Mendengar getaran suara ayah yang sungguh kecewa di corong telefon, membuatkan hati ummi gusar.  Namun ummi ayah tidak mahu mengalah, jauh sekali berputus asa sungguhpun pihak yang berkenaan seakan tidak mahu berganjak...Pelbagai alasan dicipta...Katanya, keputusan adalah MUKTAMAD...Tidak langsung menimbang rasa rayuan ayah padanya....Namun ayah tetap tegar tidak mahu menandatangani dokumen berikut.  Ayah kata, 30 hari pun ayah sanggup turun naik Pejabat Kesihatan S____...  

Pada siapa lagi harus kami merayu.  Kami tak punya kabel besar.  Allah yang Maha Berkuasa, jadi kepada Allah ummi ayah merayu dan memohon.  Apalah sangat kuasa manusia, Allah yang menentukan segalaNya. `Ya Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir`.  Hari ini, ayah sekali pergi turun naik pejabat untuk urusan itu.  Dan akhirnya mereka akur pada permintaan ayah dan ayah kata seolah-olah mulut mereka terkatup, tak mampu berhujah seperti semalamnya.  Alhamdulillah, ayah dapat posting di Klinik Kesihatan Daerah Gombak.  Meskipun belum ketahui di kawasan mana di Gombak, namun terasa sedikit lega dan tenang.  Mohon doa kalian agar doakan yang terbaik buat kami.  

p/s: Opah sampai cuti hari ini kerana risaukan ayah. hehe.manja Opah...^__^

July 25, 2011

Posting di Selangor...

Uwais yang ummi kasihi, alhamdulillah ayah dapat posting di Selangor, tapi masih belum tahu lagi penempatan ayah di hospital mana.  Tengah hari tadi waktu ayah call ummi, hati ummi yang berdebar-debar tau. Seakan tahu je ayah nak sampaikan berita ni.  Ummi pun tak tahu nak gambarkan perasaan waktu tu sebab ummi dengar suara ayah ada sedikit kekecewaan.  Kalau ikutkan hati, ayah nak Biro Farmaseutikal Kebangsaan, tapi dapat Hospital area Selangor pula. Mungkin itu yang terbaik untuk ayah.  InsyaAllah, 1 Ogos ini ayah akan mendaftar diri.  Waktu tu baru tahu dapat hospital area mana.  Alhamdulillah, habis sudah tempoh housemanship ayah selama setahun kan. 

Debaran masih belum habis lagi ni Uwais. hihi. Kita sama-sama doakan agar ayah dapat Hospital yang terbaik.  Terbaik di sisi Allah, insyaAllah.   Terbaik untuk Islam.  Moga Allah redha.

Buat ayah, tahniah ye.  Ummi dan Uwais tumpang gembira..^__^

July 14, 2011

Menyepi..^__^

Anak ayah...Kena paksa dengan ayah bangun pagi, pergi jogging...Dua hari berturut-turut , Sabtu dan Ahad, Uwais pergi jogging pakai baju kuning.  Semua orang dok pandang dia sebab BERSIH..hehe...
Mujahid kedua ummi ayah yang suka senyum (jika perut kenyang..hehe)...Pengubat  hati ummi ayah ni...


Menyepi? hehe..Sebenarnya ummi tak tahu nak tulis apa kat blog anak-anak ummi ini.  Ummi sudah hilang rentak semenjak cinta beralih arah ni.  Maksudnya, ummi ayah dah ada tempat yang lebih privacy untuk mencoretkan perjalanan hidup ummi ayah bersama anak-anak.  Di sana ummi ayah lebih selesa rasanya.  Dapat berkongsi rasa dan perasaan bersama ayah dan Uwais.  Ummi dapat update perkembangan Uwais selalu, supaya bila ayah balik kerja, ayah boleh baca.  Bila rindu `Ukasyah,  ummi dapat tulis apa-apa yang tersimpan dalam hati ini.  Selain dari itu, segala catatan perjalanan ummi sebagai work-at-home-mom juga dicatat dengan rapi, termasuk `our next project` agar suatu hari nanti, mungkin ummi dapat berkongsi dengan semua.  Ataupun, dikumpulkan menjadi satu buku yang bermanfaat.  

Ummi memandang semua ini dari sudut positif.  Dan ayah juga berpesan agar ummi terus menulis di sini.  InsyaAllah, moga Allah beri kekuatan.  Kadang-kadang, rasa takut untuk menulis.  Takut mengundang perasaan yang tidak baik.  Banyak perkara yang kena tapis dulu.  Ada benda  yang perlu `reserve`.  Opah (ummi Mawaddah) ada menulis di blog nya tentang perkara ini.  Kalau rajin, bolehlah jenguk di sini ye ...

Sampai di sini sahaja dulu ye. Moga Allah redha dalam setiap usaha dan perkara yang kita lakukan.  

Baby ummi yang ummi rindu selalu...Walaupun muka abang sama dengan adik, ummi tetap rasa kalian berbeza...Kedua-duanya no 1 di hati ummi.  Punya tempat yang istimewa...^__^

July 1, 2011

Gunung Tahan & 2nd Batch Order (Babyland CD)



Assalamualaikum Uwais al-Qarni,

Esok ayah akan mendaki Gunung Tahan bersama aki, abah dan pak cik syahrul.  Ayah pergi lima hari tau sayang. Ummi harap, Uwais jangan meragam ye.  Jangan merengek nak ayah. Nanti ummi risau (ke ummi yang rindu terlebih nanti..hehe).  Anak ummi kan anak yang soleh dan sabar, hari selasa atau rabu depan, ayah baliklah sayang.  Jadi, sepanjang ketiadaan ayah ni, ummi akan uruskan segalanya untuk Uwais tau.  InsyaAllah, ummi tak lupa mandikan Uwais waktu petang walaupun ini telah menjadi rutin ayah.  Kontrak bersihkan CD, sidai CD dan lipat CD serta basuh poo poo Uwais pun akan ummi ambil alih sementara.  Hehe.  Kantoi ummi selalu dimanjakan ayah kan.  Bukan manja, ayah yang yang suka melayan Uwais.

p/s:  Tempahan utk CD bulan Julai ini telah dibuka bermula 29 Jun-8 Julai.  InsyaAllah akan sampai dalam 1-2 weeks time. Full payment or 60% deposit required upon booking.  Boleh runding, kalau nak tunggu gaji bulan julai pun.  Cuma perlu inform mawaddah je ye.  

Untuk maklumat lanjut boleh lihat di U Kids
Untuk tempahan, klik di sini.



February 27, 2011

Penyejuk Mata, Penenang Jiwa

Siapalah agaknya penyejuk mata dan pemberi ketenangan pada ayah ye?

Maklang, Ummi dan Uwais

Siapa lagi kalau bukan ummi dan anak-anak ayah, `Ukasyah dan Uwais.  Alhamdulillah, Allah kurniakan ayah dengan nikmat dunia yang mampu membuatkan hidup penuh dengan kebahagiaan dan ketenangan. Nikmat yang sukar digambarkan dengan kata-kata melainkan oleh siapa yang mengalaminya. Syukur dengan nikmatnya yang tidak terhingga.

Sungguh, betapa bahagianya ayah apabila dianugerahkan sebuah keluarga yang mampu menjadikan rumah dunia sebuah syurga kecil yang tenang. Seperti yang selalu diucapkan ‘Baiti Jannati’, Rumahku Syurgaku. Dan rumahlah yang menjadikan kita seperti apa kita pada hari ini.

Selalu, setiap hari ayah keluar dari rumah sewaktu Uwais masih tidur lagi. Dan melihat wajah anak semasa tidurnya membuatkan hati sayu melihatnya. Betapa tenang dan indahnya wajah anak kecil yang tiada dosa dan putih hatinya.

Dan sepanjang bekerja, selalu ayah teringatkan anak-anak yang mampu memberikan motivasi ketika  penat bekerja. Rindu untuk bermain dan melihat anak yang soleh hingga tersenyum sendiri kadang-kala.
Setelah habis bekerja dan sampai di rumah, hilang segala kepenatan mengharungi kesesakan lalu lintas dan kepenatan bekerja apabila melihat buah hati ayah ini. Dan Uwais seperti biasa, akan tersenyum dan merengek untuk berdukung dengan ayah sebaik sahaja terlihat atau terdengar suara ayah. Betapa bahagianya hati ini.

“Ya Allah. Engkau kurniakanlah kami dari isteri dan zuriat kami yang menjadi penyejuk mata. Dan Engkau jadikanlah kami termasuk dari kalangan pemimpin orang-orang yang bertaqwa”

Semoga anak-anak ayah akan menjadi lebih baik dari ayah dan mampu menjadi pemimpin orang-orang yang bertaqwa demi kebahagiaan yang hakiki. Amin.

Salam sayang buatmu anakku `Ukasyah yang berbahagia di sana dan kerinduan terhadapmu tidak akan pernah padam sehingga kita dipertemukan kembali. InsyaAllah.

~Abu `Ukasyah~

February 16, 2011

Buah Hati Ummi, Ayah & Uwais

Buah hati ummi ada tiga orang, Ayah, `Ukasyah dan Uwais al-Qarni.  Kali ini, ummi nak tunjukkan Uwais dan ayah yang punya banyak persamaan. Sama je dua orang buah hati ummi ini.  Kalau buat sesuatu sangat menumpukan perhatian.




November 16, 2010

Selamat Ulangtahun yang ke-3


Assalamualaikum,

Uwais al-Qarni, ummi mencuri  masa di tengah malam ini untuk mencoretkan sesuatu mengenai ulangtahun ummi ayah yang ke-3…Bagai mimpi, sudah 3 tahun ummi ayah mendirikan baitul muslim ini…Seperti baru semalam juga ayah menikahi ummi…Buat pengetahuan Uwais, ulangtahun kali ini bukanlah mengundang kegembiraan di hati ummi ayah…Bukan jua terlalu bersedih….Rasa ini sungguh sederhana…Tapi cukup bermakna buat kita semua kan…

Uwais jangan berkecil hati pula dengan ummi ayah tau…Bukan sebab ummi ayah tak gembira dengan kehadiran  Uwais, tapi ummi ayah teringat pada abang `Ukasyah…Tahun lepas, waktu anniversary yang ke-2, kami bertiga keluar ke East Coast Mall, Kuantan…Abang `Ukasyah memang behave sangat waktu tu…Tahun ini, kita bertiga lagi, dengan kehadiran Uwais al-Qarni, pengubat rindu ummi pada abang `Ukasyah…Ummi ayah sangat bersyukur dengan ujian dan nikmat yang Allah berikan kepada kami…Uwais, sebagai ibu yang melahirkan kamu, ummi sangat pasti,  75% sifat dan fizikal kamu  adalah seperti abang…Ummi ayah selalu saja perasan akan perkara ini…

Uwais, hebat sungguh susunan dan perancangan Allah untuk ummi ayah…Jika ummi ayah tidak diuji, masakan mungkin kami menghargai segala nikmat yang telah Allah kurniakan…Allah memilih kita untuk diuji kerna kasihNya yang infiniti…

…………………………………..

Buat suamiku yang tercinta,


Sepanjang 3 tahun ini, ummi gembira di sisi abang…Membina kejayaan  dan kematangan bersama…Melalui liku-liku kehidupan bersama..Jika orang bertanya adakah ummi sesal kerna berkahwin di usia muda? Jawapannya pasti tidak…Ummi bersyukur dengan jodoh ini..Tidak pernah sangka, kawan sekolah akan jadi suami sendiri..Tapi, itulah yang telah Allah takdirkan…Orang yang dahulunya ummi tidak suka ketika sekolah, telah menjadi teman hidup ummi…Perbezaan yang melengkapkan kelemahan ummi…Perbezaan yang menyatukan kami…Dibesarkan dalam dua suasana yang amat berbbeza, kadang-kadang menimbulkan salah faham…Terutamanya buat wanita yang berjiwa sensitive ini…Namun, abang sangat diplomatik dengan ummi…Berkonfrontasi dan mengambil jalan tengah adalah lebih baik…Itulah abang, sungguh sabar menghadapi kerenah isteri…

Buat abang yang dikasihi, terima kasih kerna setia berada di sisi ketika kita diuji Allah…Sesungguhnya, ujian itu membuatkan ikatan antara kita semakin erat bukan…Abang sentiasa berdiri bersama dengan kejayaan yang ummi kecapi…Abang banyak mentarbiyyah  isteri ini…bersama dan seiring, malah lebih lagi dalam DnT….memimpin tangan ini tika diri hampir tersungkur di taman budi dan ilmu…memberi kata-kata semangat supaya jiwa ini kembali hidup… membantu isteri tidak kira masa…memujuk ummi, walau abang tahu ummi tidak akan pernah berhenti menangis…menyokong apa jua keputusan yang baik untuk semua…menghormati ummi sebab kita dibesarkan dengan cara yang berbeza…merai ummi kerana ummi adalah ibu kepada anak-anak abang…Sungguh, ummi tak mampu menyenaraikan segala kebaikan abang pada ummi..sebab ummi rasa abang banyak berkorban untuk ummi…Ummi pula sebaliknya…

Maafkan ummi di atas segala kelemahan yang mungkin tidak ummi sedari..Tegurlah ummi, bimbinglah ummi…InsyaAllah, segala kelemahan akan ummi atasi..Maafkan ummi sekali lagi…

“ABANG, UMMI INGIN UCAPKAN SELAMAT ULANGTAHUN YANG KE-3…MOGA BAITUL MUSLIM DAN BAITUL DA`WAH INI SENTIASA DIBERKATI”

P/S:Kali ini ummi hadiahkan ayah beg jenama Deuter..ayah sangat menyukainya..inilah hadiah yang paling mahal pernah ummi hadiahkan buat ayah...sebab ummi dah ada income sendiri sekarang...alhamdulillah, murah rezeki...Jazakallah juga buat ayah yang buat kejutan untuk ummi...Saja je ye pulang lambat..Ummi risau tau...Rupa-rupanya ayah pergi beli hadiah...Hadiah buat ummi adalah buku `SUCCESS SECRETS EXPOSED`...Siap tulis note dalam buku bersama kad yang bersampul merah jambu...Ayah kata kat ummi, ayah tau ummi suka baca `english book` dan ummi kan baru mengorak langkah memasuki dunia perniagaan...Erm ayah sentiasa sokong apa yang ummi buat kan...Thanx ayah...Love u..

October 28, 2010

IIUM 26th Convocation-Bachelor of Pharmacy (Hons)

Ayah yang di tengah...

Nampak tak ayah?  Alhamdulillah ada gak kawan ayah yang tangkap gambar ayah waktu dalam dewan kan...

Ayah yang malas study, tapi grad dengan bintang...Kenapa bintang???  Kira 3 pointer lah...Ayah memang brilliant dari sekolah kan...Yang ummi perasan, ayah akan lagi score bila diuji...Semoga anak-anak ummi juga akan jadi seperti itu....Tapi ayah kata, kena jadi lagi baik dari ayah dari segala segi...

Bunga ini ummi beli untuk ayah..Kelam kabut ummi pergi beli dengan khaulah sebab kami baru sampai , tapi ayah sudah keluar dewan...Ummi suka sangat bunga ini...Pertama kali ummi belikan bunga untuk ayah...Tapi, ummi je yang over sangat sebenarnya...Macam tak percaya je ummi tengah pantang hari ke-19 waktu ni...hihi...

Uwais pun datang juga konvo ayah...Kesian kat  uwais...Tapi kesian juga kat ayah...Bukan selalu pun konvo ni...

Uwais pandang siapa tu???

Fiey (classmate ummi), Opah, Uwais dan Ummi...

Kami semua posing dulu sebelum ayah sampai..hehe..

Tengoklah, Mus`ab kesayangan Mumu...Kalau dapat dukung dengan Aki, orang lain dah tak laku...hehe

Oh, ummi sedang menyusukan Uwais...Nursing cover ini ummi beli dari kedai Chomel (klik sini ye untuk online store yang jual nursing cover ni)...Menyusukan anak di mana saja..hehe...Hatta di tangga seperti gambar di atas...

Dan ummi bukan keseorangan...Adik Ummi, Khaulah juga join sama..Nursing cover dia pun dibelikan di kedai Chomeyl...


Ini lah family in-law ummi...Dari kiri, atuk, ayah, ummi, mak dan deq an...

Ini pula family ummi...

Buah hati ayah, ummi dan uwais...Dua-dua tembam...hihi...

Kami bersama adik dan adik ipar yang bakal jadi ustaz dan ustazah...ameen

October 25, 2010

Pengalaman Berpantang



Assalamualaikum,

Sebenarnya ummi  tidah tahu bagaimana hendak menceritakan kisah berpantang ummi…Perkara ini agak sensitif juga untuk dibicarakan…Ummi ini berpantang mengikut cara opah (ummi saya)  dan apa yang ummi belajar sewaktu di university dulu…Kalau hendak dibandingkan dengan proses berpantang orang lain, memang jauh berbeza rasanya…Bak kata opah, amalkan cara hidup dan pemakanan yang sihat…

Setiap orang punya cara tersendiri kan…Walaupun begitu, harus kita hormati cara berpantang orang lain…Kerna kita dibesarkan dengan latar belakang keluarga yang berbeza….Betul tak???  Tiba-tiba ummi teringat sewaktu zaman ummi jadi nursing student di UIA, ummi pernah belajar tentang `cultural competency`…`Cultural competence` is about how to mix a little cultural understanding with the nursing care…Inilah amalan ummi berpantang, ummi `integrate` amalan tradisional dengan `nursing care` yang ummi belajar dulu…Asalkan amalan itu tidak menyalahi syarak dan membahayakan kesihatan…Uhhh, jauh menyimpang pula kisah berpantang ummi ini kan…

Ummi mula berurut pada hari keempat, kelima dan keenam melahirkan Uwais al-Qarni…Selain berurut, ummi juga bertungku…Tukang urut ummi itu memang sudah biasa dengan ummi dan beliau juga kawan baik opah…Dulu pun memang urut dengan mak cik ni…Ummi juga turut bersauna sewaktu dalam pantang ni…Sauna dekat rumah ini memang termasuk dalam pakej urut dan tungku sekali…Memang tidak dapat dinafikan, badan semakin sihat bila diurut, ditungku dan bersauna…Berat badan juga turun…


Sesi berurut dan bertungku ini ambil masa dua jam…Lama juga kan…Masalah yang ummi ayah hadapi waktu sesi ini adalah pabila Uwais al-Qarni menangis hendak menyusu dengan ummi…Ini berlaku pada hari pertama saja kerna ummi terlupa untuk sediakan EBM untuknya…Dengan tukang urut sekali terpaksa `shortcut` je…Hari yang lain, ummi telah sediakan EBM untuk ayah berikan pada Uwais al-Qarni…Mencabar sungguh rupanya hendak menyihatkan badan ini…hihi…

Tentang bab pemakanan pula, ummi amalkan pemakanan yang seimbang…Bahasa mudahnya, ikut pyramid makanan je…Opah sediakan ummi sup sayur, ikan dan makanan yang sedap sangat…Ummi banyak makan ikan rasanya sebab ummi memang suka ikan…Opah pesan, rasa sikit dulu sesuatu makanan itu, kalau ok boleh makan dan kalau sebaliknya elakkan…Senangkan formula opah untuk ummi…Tapi, sudah tentulah ummi elakkan makanan laut, ayam dan makanan yang biasa orang lain elakkan sewaktu berpantang…

Ummi juga tidak makan jamu atau set bersalin yang dijual di pasaran…Apa yang ummi amalkan hanyalah madu dan minyak habbatus sawda` yang dibeli oleh adik ummi di Yaman…
Opah juga tidak melarang ummi  minum air suam banyak-banyak sebab ummi menyusukan Uwais al-Qarni…Asyik rasa haus je tekak ni…Ummi juga minum susu, horlicks, vico untuk sarapan pagi dan minium petang…

Siapa jaga ummi dalam pantang??? Semua ahli keluarga ummi bergilir-gilir jaga ummi sebab ummi kan tinggal dengan opah dan aki…Selepas bersalin hingga hari kesebelas ayah yang jaga ummi….Selepas itu, opah, pak long dan khaulah yang jaga ummi pula bila ayah mula bekerja…


Bila bersalinkan anak kedua ini, ummi tidak terlalu memanjkan diri sendiri sebab bila ayah sudah mula bekerja nanti, payah juga ummi hendak berdikari menguruskan diri sendiri dan Uwais al-Qarni….Jadi, 2-3 hari sebelum ayah kerja, ummi sudah mula kemas-kemas bilik dan uruskan pakaian ummi dan Uwais al-Qarni…Buat air sendiri, bertungku sendiri, sapu minyak pati halia sendiri, pakai bengkung sendiri…Bab mandikan Uwais al-Qarni itu memang telah ummi lakukan sendiri sedari hari keluar dari hospital lagi…Alhamdulillah sebab ummi dah biasa…Erm dulu waktu posting labour room dan NICU lagi banyak baby yang nak dimandikan waktu pagi…Bila teringat balik, rasa seronok sangat…


Hari ke berapa keluar rumah??? Bab ini memang ummi macam tidak mahu cerita…hehe…Mesti kena marah ni…Ummi keluar rumah waktu hari ke-10 berpantang…Awal kan???  Ummi terpaksa juga sebab waktu tu ummi kena pergi ambil jubah konvo dengan ayah di UIA Gombak…Family ummi pun semua tiada di rumah…Terpaksa rela ummi kena ikut ayah tau…Tapi waktu ini ummi duduk dalam kereta jelah sebab ummi authorized ayah untuk uruskan…Ummi standby kalau ada problem je…

Hari ke-17 ada photoshoot session dengan Muttaqee di UIA Gombak…Hari ke-18, lagi sekali ummi keluar lagi sebab menghadiri konvokesyen ummi…Ummi memang tidak mahu lepaskan saat ini…Yelah, sekali dalam hidup terima scroll untuk degree…Keesokannya pula, ummi menghadiri konvokesyen ayah pula…Kalau ummi tidak datang, mesti ayah sedih kan…Ummi pergilah juga…Bagaimana ummi mengharapkan ayah bersama ummi di hari konvokesyen ummi, begitu jualah ayah kan..Tapi ummi datang lewat sikit sebab kesian dekat Uwais…Lepas konvokesyen, ummi rasa sudah tidak terkira lagi berapa kali ummi keluar rumah…Tapi tidak lah sampai pergi shopping macam waktu berpantang `Ukasyah di hari ke-14…hehe…Eh ummi terlupa pula yang ummi ada ikut opah pergi SOGO hari isnin baru-baru ini sebab opah nak beli handbag baru…Opah ajak ummi sebab senanglah nanti opah nak minta nasihat., pandangan dan pendapat ummi…Nama pun anak perempuan kan…hihi…Waktu pergi SOGO ni, ummi bawa Uwais dalam ring sling…Uwais pun tido nyenyak je…

Bila ummi habis pantang??? Sekarang ini ummi belum hari ke-40 lagi, tapi opah sudah lama rasanya MERDEKA kan ummi…Waktu cukup sebulan Ummi berpantang, dengan rasminya opah dah `lepaskan` ummi…Opah pula yang ajak ummi keluar tau…Sporting kan my mom…Alhamdulillah, opah satu kepala dengan ummi, kalau tak tertekan rasanya…Yelah, anaknya ini tidak reti duduk diam…Tapi masih berpada-pada lagi ni…Tidaklah sampai tidak menjaga kesihatan langsung….

Sekian saja kisah berpantang ummi…Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan cara ummi berpantang, tapi setiap dari kita memang berbeza kan…Bagi ummi, kalau opah melarang ummi buat sesuatu, ummi akan patuh sebab dia ibu kita…Kalau buat juga, takut ummi mendapat balasan dariNya…Kalau opah kata boleh, ummi ikut juga sebab tiada ibu mahukan kemudaratan buat anaknya…Alhamdulillah, opah memang tiada pantang larang yang mengarut atau tidak masuk dek logik akal…Mungkin kerna faktor perbezaan umur ummi dan opah yang sikit…Opah kawin muda macam ummi juga tau…hihi…Oleh sebab itu, pemikiran kami lebih kurang…Opah juga suka pada evidence-based practice and she loves to read a lot of health articles and journals…Pokoknya, TAATILAH IBU KITA…Janganlah berbuat sesuatu yang dia tidak sukai….Ini juga tarbiyyah buat kita sewaktu berpantang…Sejauh mana kita menjaga hati ibu kita dan menguji ketaatan kita padanya…Semoga kita tergolong dalam anak-anak yang soleh solehah…amen..

October 22, 2010

Ayah On-call, Ummi Terharu & Uwais al-Qarni Gembira

Keluarga bahagia, tinggal di jalan bahagia dan di taman sri bahagia...hihi...^__^....Ummi dan Uwais yang bahagia juga semakin tembam...Ayah bahagia juga, tapi semakin kurus...aik, macam mana ni???

Assalamualaikum,

Malam ini ayah on-call lagi sampai pukul 11 malam…Ummi tengah sunyi sekarang kat rumah…Ummi tinggal berdua je dengan Uwais al-Qarni…Opah, aki dan pak long ada program kat tempat lain…Pak long berat hati sebenarnya nak tinggalkan ummi yang masih dalam pantang, tapi ummi kesian pula padanya…Program tu bukannya selalu diadakan…Lagipun, waktu zaman ummi study dulu, ummi sudah biasa ditinggalkan ayah di rumah sampai pukul 1 pagi…hehe…
Walaupun ayah oncall hari ini, ummi tetap gembira sebab ayah masuk kerja lewat...Dapatlah kami breakfast bersama…Ayah pun baru berpeluang melihat perangai Uwais al-Qarni yang baru iaitu bergembira dan bergelak ketawa di pagi hari bersama opah, aki, paklong dan ummi…Yelah, setiap hari ayah keluar awal ke tempat kerja sewaktu Uwais al-Qarni masih sibuk menyusu dengan ummi kan…

Apa yang ummi terharu sangat tu??? Bukannya apa pun, ummi terharu sebab ayah tolong ummi buat kerja rumah hari ni…Setiap hari pun ayah tolong ummi, cumanya hari ini kan ayah kerja sampai malam, jadi ummi kesian juga dekat ayah…Ayah sempat uruskan pakaian yang tidak basuh lagi, susun baju, kemas bilik, gosok baju sendiri, tolong ummi jaga Uwais al-Qarni dan menyelesaikan perkara yang penting…Apa yang penting sangat itu??? Bila sudah sampai masanya nanti, ummi akan cerita ye…hihi..

Ayah juga sudah set kan GRACO Swing kesayangan `Ukasyah untuk Uwais al-Qarni pula…Seronok tengok ayah gantung toys…Ummi ayah sudah cuba letak Uwais al-Qarni dalam tu, nampaknya dia suka…Tapi sekarang ini tidak berpeluang lagi nak letak Uwais al-Qarni sebab dia asyik hendak menyusu dengan ummi setiap jam di siang hari….Di malam hari pula, Uwais al-Qarni tidur seawal jam 9.30 malam dan hanya akan bangun pukul  4.30 pagi…Ummi pula yang risau dan akan kejut Uwais al-Qarni untuk menyusu setiap 2-3 jam…Waktu tidur Uwais al-Qarni sudah tetap selepas seminggu kelahirannya…Alhamdulillah, ummi ayah bersyukur sangat…


Uwais al-Qarni sekarang sudah pakai pampers saiz M….Memang terasa betul bila mendukung Uwais al-Qarni sekarang…Anak ummi ayah ini cepat sungguh membesar…Sempat pakai pampers newborn hanya seminggu…Pampers saiz S dipakai selama 4 minggu…Ummi pernah menyatakan hasrat pada ayah untuk beli cloth diaper, tapi masih tidak diluluskan lagi...Ayah kata kesian kat ummi nanti sebab ayah tidak dapat tolong nak uruskan cloth diaper tu...Ayah kan sibuk...Takpelah, Uwais besar sikit nanti, kita cuba ye...Baju saiz newborn sudah tidak berapa muat… Senteng je nampaknya sebab panjang anak ummi ini lebih kurang 58 cm…Booties memang banyak tidak muat...Jadi Uwais al-Qarni banyak pakai socks je...Memang persis abang `Ukasyah sungguh si Uwais al-Qarni ni tau…Tidak macam ummi ayah yang rendah ini..hihi…

Sampai di sini sahaja buat malam ini ye…Ummi ada banyak tugasan yang hendak dilakukan semasa Uwais al-Qarni sudah tidur…Ye, dia sedang tidur di sebelah ummi ini…Comel sangat…Geram, geram...

October 20, 2010

Kisah Semalam…

`Ukasyah, mujahid sulung ummi dan ayah...Kami semua rindukan kamu...Semoga bertemu di syurga nanti...Ameen..


Assalamualaikum…


Salam sayang buat anak-anak dan suami tercinta…Kerinduan terhadap `Ukasyah semakin menebal…Entahlah, rindu sangat rasanya…Itulah kasih seorang ibu pada anak-anaknya kan…Walaupun anak semakin bertambah, kasih sayang juga semakin bertambah…Setiap seorang darinya punya tempat di hati ummi…


Al-kisahnya, suatu hari, di pagi yang hening, ummi telah tersalah menyebut nama Uwais…Waktu itu awal pagi, dalam pukul 4 pagi rasanya…Ayah memang sudah bangun, jadi ummi nak minta tolong ayah alihkan Uwais ke sebelah kanan ummi…Sebelum ni, Uwais tidur sebelah kiri…Uwais menyusu badan, sebab tu asyik kena tukar kiri kanan…Sambung balik kisah tadi…Ummi masih mamai waktu tu dan dalam keadaan separa sedar tu ummi cakap dengan ayah, “Abang, tolong alihkan `Ukasyah kat sebelah sini”…Ayah pun terkejut gamaknya dengar permintaan ummi…Ummi terus  tersedar dan cakap kat ayah, “Ya Allah, bukan…Uwais lah”….Ummi dah tersasul cakap macam tu…


Ummi sangat rindukan `Ukasyah…Baru-baru ini juga ummi telah ketahui satu cerita yang dirahsiakan dari ummi…Pada hari `Ukasyah kembali pada Allah, rupa-rupanya Opah ada belikan dia sepasang kasut…Kasut tersebut telah disorokkan oleh Opah dan Opah telah berikan pada Khaulah supaya Khaulah bawa balik Yaman…Waktu ummi tahu cerita tu, hari macam dah nak masuk waktu solat maghrib…Ayah pun baru pulang dari kerja…Naik bilik, ummi terus cerita pada ayah pasal kasut tu, dan ummi menangis teresak-esak sambil memangku Uwais…Ummi nampak, mata ayah juga merah dan berkaca…Ayah pun pujuk ummi…Ayah kata, pastinya Allah telah mengatur sesuatu buat kitaUjian untuk mendekatkan kita padaNya…Ummi ni bila sedih memang tidak boleh tahan, kena nangis juga…Lepas itu ummi akan elok balik…


Begitulah kasih sayang ummi ayah pada anak-anak…Baik `Ukasyah, mahupun Uwais…Sungguhpun Uwais telah hadir dalam hidup ummi dan ayah, namun kami tidak pernah melupakan cinta hati kami yang pertama…Sungguh bertuah kerna ummi ayah dikurniakan `Ukasyah dan diuji dengan pemergiannya…Moga Allah tetapkan hati-hati ummi, ayah dan uwais di atas jalanNya…`Ukasyah, janjinya syurga…Ummi ayah belum ketahuan lagi…Namun, harus berusaha untuk kembali bersatu dan bersama di dalam syurga yang kekal abadi…amen…Semoga Allah perkenankan hasrat hati ini…Ummi sayang kalian semua….

October 15, 2010

Uwais al-Qarni: Check-up @ 1 bulan

Uwais al-Qarni sebelum masuk bilik doktor


Assalamualaikum,

Sungguh ummi tidak sangka ayah  update blog semalam… Ummi rasa memang sudah berkurun, ayah tidak menulis di blog Ukasyah dan Uwais kan…Sampaikan ayah tidak bagi ummi tengok waktu ayah nak taip entrinya…Padahal ummi masuk keluar bilik sebab hendak sediakan barang-barang ummi untuk esok hari…Ummi cakap dengan ayah, bilik ni ada satu pintu je, mana ada pintu lain…Terus ummi ayah tergelak..Lepas tu, bila ummi lalu lalang, ummi buat-buat tidak nampak, sedangkan ekor mata ummi, menjeling skrin laptop…hihi…Anyway, selamat kembali menulis ayah…Ummi rindu hendak baca tulisan ayah…Ayah lebih puitis dari ummi…Ummi ini, kalau menulis, ayatnya macam tergantung je…Mesti orang tidak faham kalau baca entri yang ummi tulis kan…

Hari ini, ummi pergi Poliklinik Barakah untuk check-up Uwais pada umur 1 bulan…Pak Long dan khaulah menemani ummi…Kebetulan, khaulah juga pertama kali hadir untuk antenatal check-up anak ke-2…Jadi awal pagi lagi ummi sudah bangun menyiapkan Uwais… Diaper bag dan baju ummi serta uwais telah disediakan lewat malam semalam…Pagi ini, ummi ikut pak long hantar opah ke tempat kerja di tengah Bandar KL…Sebelum itu, kami bersarapan dulu…

Uwais kena hep B injection (2nd dose)…Menangis sekejap je anak ummi…Lepas itu, ummi terus upah susu…Berat Uwais 4.1 kg…Patutlah lenguh tangan ummi mendukung Uwais…hihi…
Sekian sahaja perkembangan terbaru Uwais al-Qarni….moga membesar menjadi anak yang soleh lagi musleh…amen…

October 9, 2010

Ayah On-call Lagi


Assalamualaikum,

Hari ini ayah on-call lagi…Ummi dengan Uwais rindulah dengan ayah…Rasa macam tidak banyak masa bersama…Tiap-tiap hari, ayah pergi kerja pukul 6.30 pagi dan pulang pukul 6 petang…Itupun kalau trafik tidak sesak…Hujung minggu lepas pula, ummi dan ayah sibuk dengan konvo dan aqiqah uwais …Hujung minggu ni, ayah kerja pula…Ummi ini macam tidak bersyukur pula kan…Asyik komen itu ini…Kerja itu kan amanah…Bila kena bertugas hujung minggu pun, kena lakukan dengan hati yang ikhlas kan…Kesian dekat pesakit-pesakit yang datang hendak ambil ubat hujung minggu macam ini…

Tidak mengapa, Ummi dan Uwais tinggal dekat rumah dengan Pak Long (abang sulung ummi)…Pak Long pandai masak tau…Pandai jaga ummi dalam pantang…Pandai jaga Uwais juga… Lepas ayah mula kerja, Pak Long dan Khaulah jaga ummi dalam pantang…Hari ini, bukan ayah je yang tiada di rumah, tapi khaulah, opah dan aki pun sama juga…Khaulah ada `reunion SMIK`…Opah dan aki pun ada `reunion` juga…

Ummi rasa hendak tulis entri pasal hari konvokesyen ummi ayah pada hujung minggu lepas…Tapi Uwais perlukan perhatian ummi sekarang ini…Kerap betul Uwais menyusu…InsyaAllah, bila ada kelapangan lagi, ummi tulis tau…Ini ummi paparkan dulu sedikit gambar ummi ayah sewaktu dalam dewan…Gambar sewaktu photoshoot tidak siap lagi….

Tahniah ayah...Akhirnya, grad juga kita berdua kan...

Ummi dalam dewan...Masih dalam pantang, hari  ke-18...

Konvokesyen yang amat bermakna dalam hidup kami berdua...