Memaparkan catatan dengan label Kantoi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kantoi. Papar semua catatan

Rabu, 1 Julai 2020

0 Elakkan diri dari terciduk di media sosial

1. Terciduk, atau ejaan wicetnya tercyduk.

2. Terciduk berasal dari bahasa Indonesia yang membawa erti tertangkap, yang juga biasa digunakan bila seseorang terkantoi, terkena, terjerat, terduduk, terjatuh, tersungkur, terlingkup, kecundang, terjadi sesuatu yang malang secara tidak disangka-sangka dan yang sewaktu dengannya.

3. Contoh penggunaan terciduk yang biasa adalah seperti masa kau tengah main PUBG, baru turun dari payung terjun dah mati kena tembak dari belakang, "Alamak terciduk awal pulak wehh".

4. Namun terciduk ini menjadi lebih besar dan serius apabila seseorang itu terkantoi melakukan sesuatu yang tidak seiring dengan perwatakan dan kata-katanya lalu di'cancel' oleh masyarakat dan netizen.


Rabu, 12 April 2017

7 Apabila terkantoi tengah stalk Facebook orang

Ada masa bila kita tengah syok stalk profile Facebook crush, musuh, orang yang kita tak suka atau orang yang kita nak elak, tapi tiba-tiba kita tertekan Like kat status, gambar atau komen dia secara tidak sengaja, mesti kalut gila kantoi kita tengah stalk dia, apatah lagi kalau tertekan Like kat status atau gambar dia yang dah berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lepas.





Jumaat, 1 Januari 2016

11 Kronologi kes culik yang 1Malaysia kena troll

2 tahun lalu 1Malaysia pernah kena troll oleh seorang budak lelaki belasan tahun yang dilaporkan hilang kat Villa Nabila sekali rupanya pergi lepak rumah awek. Ya, sekali lagi 1Malaysia kena troll pada tahun baru 2016 oleh budak perempuan belasan tahun yang dilaporkan kena culik oleh van putih sehingga menyebabkan 1Malaysia menjadi panik, anggota polis dikerahkan untuk mencari gadis tersebut hanya untuk mendapati yang dia sebenarnya lari mengikut teman lelakinya. Baguslah adik, bagus sangad.



Ahad, 1 November 2015

9 Bodoh simpan sendiri jangan libatkan orang lain

Beberapa hari lepas viral sebuah video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan dua lelaki berbadan sasa berkucup mesra ketika sedang menunggu lif yang dikatakan berlaku di sebuah kondominium di Danau Kota, Setapak dan kemudiannya salah seorang daripada mereka menendang pintu lif hingga pecah dan rosak kemungkinan kerana tidak tahan dengan lif yang ditunggu terlalu lama.



Ahad, 3 Mei 2015

28 Doktor mengkantoikan adegan dalam drama Melayu

Di laman Twitter kebelakangan ini, saya banyak memberi komentar mengenai penggunaan alat perubatan dan medical term yang mereka gunakan.

Saya perhatikan, banyak kesalahan prosedur dan alatan serta bahasa dalam penggambaran.

Kena faham bahawa pengaruh media dan drama sangat kuat di kalangan masyarakat, dan itu yang bahaya, orang ramai secara tak sedar akan percaya apa yang mereka lihat, dan akhirnya menjadi kesukaran buat staf kesihatan untuk ubah persepsi masyarakat.

Pengarah drama dan filem kena lebih teliti, buat kajian dulu sebelum buat penggambaran, jangan hentam semberono.

Saran saya, guna khidmat doktor penasihat, supaya drama atau filem tak nampak jelek.

Biar belanja lebih sikit, asal kualiti filem dan drama kita terjaga.

‪#‎MasyarakatKenaTahu‬



Khamis, 19 Februari 2015

8 Jangan biarkan smartphone anda mengkantoikan anda

Sebab bateri smartphone ni agak bangang, tak macam bateri handphone Nokia zaman gajah dulu, kadang2 masa kita betul2 nak pakai atau ada emergency, time tu lah dia buat hal, sampai kita terpaksa buat muka tebal pinjam telefon kawan. Tapi kadang2 pengalaman pinjam smartphone kawan ni kelakar jugak, lebih2 lagi kawan2 yang wajah nampak suci dan innocent yang layak naik awan guling.


Ahad, 2 November 2014

26 Ramai Melayu sangap sampai beromen dalam kereta

Malam semalam masa aku tengah teropong planet Zuhal guna teleskop untuk meninjau kehidupan asing di sana, tiba2 ada sebuah kereta Proton Saga BLM warna biru gelap yang sangat asing masuk ke jalan rumah aku. Jalan rumah aku ni ke dalam sikit dan jauh dari jalan utama, tambah pulak gelap sikit sebab lampu jalan tak berapa nak ada, pulak tu ada beberapa rumah je yang ada kat sini, so kalau ada kereta asing masuk jalan rumah aku tu memang boleh cam. Sekali kereta tu bergerak pergi ke kawasan yang agak gelap dan matikan lampu. Lepas tu tak nampak pula siapa2 keluar dari kereta tu tapi enjin kereta masih hidup.


Ahad, 20 Julai 2014

10 Ah soh mengamuk lepas kantoi mencuri di pasaraya

Berlaku kejadian seorang auntie Cina yang dikatakan mengamuk dan meroyan di pasaraya Giant Pelangi Leisure Mall, Johor Bahru setelah kantoi mencuri. Dahlah memekik2 kat tengah2 alam, siap pukul2 lagi pekerja kat situ. Identiti pelaku tidak dapat dipastikan, malah tidak tahu sama ada ah soh itu orang Cina dari Malaysia atau Singapura.



Sabtu, 15 Februari 2014

14 Perbezaan karya lagu parodi, cover dan plagiat

Muzik itu bersifat universal. Sebab itu kadang2 banyak karya lagu yang kita dengar irama dan melodinya lebih kurang dan hampir sama. Namun tahukah anda perbezaan antara lagu parodi, cover dan plagiat?



Isnin, 24 Jun 2013

25 Kesedapan dan kenikmatan parti buih

Anda seorang remaja Melayu Islam yang tak suka belajar dan tidak peduli dengan pelajaran? Anda seorang pelajar tingkatan 5 yang nak ambil SPM tahun ni dan perlu mencari aktiviti penuh maksiat untuk menghilangkan stress dan tekanan? Anda seorang yang suka berpeleseran, sukakan hiburan dan nikmat duniawi berbanding mencari bekalan akhirat? Dan yang paling penting, anda suka mandi buih di dalam kolam campuran lelaki perempuan sambil mabuk dengan air kencing shaiton??? Jika ya, berpesta di parti buih adalah pilihan yang tepat!



Sabtu, 18 Mei 2013

23 Kantoi aksi depan webcam dengan bapa sendiri

Jangan sekali2 buat benda pelik2 depan webcam dengan orang yang tak dikenali, kang tak pasal2 kantoi dengan bapak, anak, sedara mara atau kawan2 sendiri.



Selasa, 5 Februari 2013

77 Beromen sambil berbual di telefon (18SX)

Beberapa hari lepas member aku tunjuk kat aku dalam handphone dia ada satu video klip melayu 3gp, jangan ditanya apakah itu. Aku video2 3gp melayu ni aku memang tak layan sebab tak hingin nak layan pun, kualiti gambar dah la buruk dan hodoh. Tapi member aku suruh dengar apa yang ada dalam video tu, tak payah tengok video pun takpe.


Khamis, 15 November 2012

52 Perlu ke berkhalwat dengan bini orang?

Dulu aku pernah tulis pasal isu hebat dalam kerjaya, gagal di rumah. Ini adalah contohnya.



Jumaat, 13 Julai 2012

30 Bakal majikan seorang stalker

Pernah dulu sewaktu gua kerja sebagai Team Leader, gua kena interview orang untuk ambik bekerja dok bawah gua. Gua akui waktu gua dapat resume banyak2 dari orang yang apply kerja, selain dari gua tengok kelayakan akademik, pengalaman dan sebagainya, gua cari nama dan email dia kat Facebook dan Google tengok2 mana tau ada blog ke. Lepas tu kalau dia ada akaun FB, gua baca info, wall status, foto album mana tahu ada yang mengarut2 yang gua tak berkenan, kalau perempuan gua tengok la mana2 yang comel tu. Yang mana gua jumpa ada blog tu gua baca nak tengok pemikiran dia mana tahu obses sangat dengan politik ke, benda2 mistik ke, berjiwang cintan cintun dengan pakwe makwe, camwhore, psiko, penuh dengan carutan dan makian ke memang confirm gua reject la walau CGPA dia 4 flat sekalipun.


Selasa, 10 Julai 2012

41 Main Facebook waktu pejabat

Kerajaan Britain bukan sahaja membenarkan, malah siap mengarahkan lagi penjawat awam mereka melayari Facebook waktu pejabat untuk mengetahui keperluan rakyat. Mohon Kerajaan 1Malaysia di bawah Perdana Menteri Najib #JanjiDitepati tidak mencontohi kerajaan bekas penjajah ini kerana lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikan. Seriously, ada ke orang bukan sahaja gomen malah swasta yang main Facebook untuk bekerja dan buat urusan rasmi selain daripada update status tengah makan tengahari kat mana, upload gambar anak dan jual koleksi tudung muslimah?



Isnin, 9 Julai 2012

17 Sila akur dengan bapak anda

Walau sehebat mana kita bercakap, hebat mana kita berdebat, setinggi mana kuasa kita, sekuat mana jiwa berontak kita, tahukah anda yang ada orang yang lebih berkuasa daripada anda dan boleh membuatkan anda terpaksa akur dengan dia iaitu BAPAK anda?



Jumaat, 15 Jun 2012

8 Identiti sebenar Gambit terdedah

Nampaknya persoalan aku selama ni dah terjawab. Baru aku tahu yang mereka ni sebenarnya orang yang sama.



Sabtu, 12 Mei 2012

4 WANTED! Anda mungkin orang dikehendaki

Orang2 berikut telah dikenalpasti dan dikehendaki pihak polis dan rakyat.



Isnin, 20 Februari 2012

5 Manis mcm gula

Hehe kantoi...


Sumber asal


joke 9gag lawak kantoi sperm sugar sweet class rage comic meme face troll derp derpina