Satu hari yang seronok sebab ibu dan ayah selamat kembali dari Mekah...syukur alhamdulillah...Pelbagai jenis ujian yang mereka ceritakan semasa berada di tanah suci yang membuatkan aku insaf dan di sini aku nak share something untuk peringatan bersama.
Bukan untuk menceritakan keaiban orang tapi untuk pengajaran kepada kita semua. Ramai gak orang yang sesampai je di Madinah, merayu-rayu minta dibawa pulang. Tak tau la kenapa mereka jadi seperti tidak tentu arah, menyelongkar barang-barang jemaah lain dan menjerit-jerit. Sesampai sahaja di airport Madinah, ada juga orang yang bergendang-gendang pula. Apakah yang tersirat di sini? Hanya Allah dan mereka sahaja yang tahu.
Satu lagi, iaitu apabila azan berkumandang, semua kedai-kedai di situ akan menutup kedai mereka menggunakan tabir dan mereka akan terus bersembahyang tanpa bertangguh. Memang satu keinsafan buat kita (aku juga ingatkan untuk diriku sendiri) betapa mereka tidak mempunyai sikap untuk menangguhkan solat...Astaghafirullah...
Sori la kengkawan, aku tengah ketandusan ilham nak tulis lagi...ntah la kenapa kepala ni tadek idea nak tulis apa...apa apa pun, nanti aku update lagi k...