CETUSAN MINDA

..Berlegar di Ingatan..



 Sesuatu yang tak disangka...
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau hanya
Satu kebetulan....


ermm..
biar apapun di lirik lagu memberi persoalannya..
Yang pasti,
segala yang berlaku sememangnya itulah ketentuan dariNya.
Hendak atau tidak....andai itulah kehendak Ilahi..
Itulah takdirnya yang perlu kita berdepan.
Sememangnya..
kita mudah untuk berkata-kata..
Namun untuk menerima dengan keredhaan sepenuh hati
adalah sukar bagi kita yang kerdil apa tah lagi dengan
 keimanan yang diibaratkan  masih 
sekelumit sahaja...

Petikan dari buku yang dibaca....

" INGATLAH....
Semakin ALLAH sayangkan kita,
semakin banyak & berat ujian yang diberikan.
Semakin kita berdoa memohon kebahagiaan,
semakin banyak masalah yang dikurniakan-NYA
kerana kebahagiaan hanya akan dirasai selepas kita
berjaya melalui ranjau cabaran yang ada.

Semakin banyak kesilapan & silap faham yang terjadi,
semakin kita menerima fitrah kehidupan manusia
yang tidak terlepas daripada kekhilafan 
lalumembuka ruang untuk kita lebih 
bermunajat kepadaNya....

 (..petikan dari Buku Takluk Hati Pasangan...)


Moga dengan menghampiriNya....merintih...
memohon padaNya...bermunajat padaNya
kekuatan dalaman itu ada...
Di situlah ada ketenangannya.....

Allah berfirman,
mafhumnya...  :

" Dan hendaklah kamu memohon pertolongan (penyelesaian)
dengan sabar dan solat,
dan sesungguhnya yang demikian itu amat sukar melainkan
 ke atas  orang yang khusyuk...."



Moga Kita Sekalian
Dilingkungi kasih-sayangNya....
&
Diberikan ketenangan dan kekuatan dalam menghadapi liku & ranjau kehidupan ini....

Amin...



..Antara Kita Berbeza....






Pernah dengar  kata-kata 
seorang kaunselor di sekolah..
" suami isteri ni...Tuhan memang jodohkan mereka
 dengan berbeza sifat ..
kalau sama minat..sama perangai..sama karektor...
itu namanya kawan karib!"


Ditambah pula dengan apa yang dibaca...
Dari satu petikan...
:
:
V
" Kejadian lelaki & wanita yang berbeza diciptakan oleh Allah
adalah untuk melengkapkan satu sama lain.
Maka,
sudah tentulah juga memiliki elemen yang berbeza
untuk melengkapkan kekurangan yang tiada 
pada  pasangan masing-masing.
Kesilapfahaman di antara pasangan 
lantaran
tidak menyedari fitrah kelelakian & fitrah kewanitaan
menyebabkan kita mudah  dituduh
 egoistik! "

Petikan di atas adalah dari buku....
:
:
:
:
V
 ...ketemu juga akhirnya...
:):)

Itu buku makbonda..yang tempohari tercari2...
Akhirnya dapat juga miliki!
:)
Alhamdulillah...


Dan seperti biasa..bila ada buku makbonda..
ada laa yang nak jugak buku..
:
:
:
V


Bila dah dapat..
makbondanya pun dia tak pandang...
erk!
:
:
:
V

















...Terjawab Teka-Teki..


21 Hb Mac  2012
Berakhirnya  penantian..
Setelah menanti dengan penuh berteka-teki..

Selagi tidak kunjung tiba hari ini...
Selagi itulah...perasaan bagaikan tidak keruan..hambar di senyuman..hati kegusaran
Sebegitulah perasaan setiap tahun ..
dan 
kemuncak debarannya adalah pada 
HARI INI......
:
:
:
:
:
:
:
:
V
...melihat wajah ceria anak-anak didik...
sudah memadai buat gurunya....kerana kejayaan kalian...
adalah hadiah yang amat bernilai buat seorang guru......Syukur!


Untuk Semua anak didik 
SPM 2011
(....Yang mengambil subjek Biologi khususnya...)

Satria...(You're the best)...,
Syaqila,Nuraini,Muliati,Z,Alyani,Farahin,Khairul,Nurul Akmal,Mira,
Amirah,Che Ku,Suzie,Ilyani,Syidah,
My heroes--> Hashim,Hafiz,Fahkrur......
Fatin Nabilah,Athirah Farhanin,Izwanie,Shaiera,Fadila,Wawa,
Balqis,Filzah,Farihah,Aishah,
Farah,
Izzati,Ahnaf & Azmyra

TAHNIAH  
untuk kejayaan kalian..

TAHNIAH
untuk pencapaian BIOLOGI
yang mengharukan 
gurunya ini!!
:)
 You Did GREAT !!!


Syukur...Syukur...Syukur
Alhamdulillah....





...Kiutnyaaa!..






Alahaii....tomei..tomei..!
Tersangatlah kiut !
Suka tengok...

:)



..Suka Minum Ais?..



Petikan dari artikel yang dibaca hari ini..

Apabila sebut pasal diet,
orang mesti cakap
"jangan minum air berais,kalau nak cepat kurus!!"
&
ini BUKAN MITOS!

Kenapa AIS Menggemukkan?

Dalam sistem pencernaan manusia normal,
apabila kita makan,
makanan akan melalui esofagus sebelum sampai ke 
organ pencernaan yang lain.
Apabila selepas kita makan,
kita pula minum minuman berais & lemak yang ada dalam 
makanan tadi akan beku 
dan ini akan memperlahankan penghadaman kita.



Menurut Dr Ruzaina Abd Manaf,
Pengarah Klinik Qistina,
sepertimana yang dinyatakan di dalam 
artikel berkenaan,
apabila lemak-lemak terbentuk di dalam usus,
ia akan menyempitkan banyak saluran dan kelamaan ia akan menyebabkan 
lemak berkumpul dan kita semakin gemuk sekaligus
menyumbang ke arah mendapat pelbagai 
 PENYAKIT!





 Kita dinasihatkan agar minum 10-30 minit
 selepas makan dan jangan sesekali makan nasi berulam air.
Sekiranya kita minum air suam lepas makan,
ia dikatakan membantu mencairkan lemak-lemak di dalam 
organ pencernaan kita.


Disarankan juga mengamalkan seperti budaya orang Jepun
yang meminum 
TEH HIJAU SUAM
selepas makan untuk meneutralkan semula 
toksin dalam badan. 


Selain itu..
ada diberikan juga tips menguruskan badan tanpa
melibatkan kos yang tinggi
(..rasanya tips ini dah biasa kita dengar dan maklum....)
Iaitu  :

JANGAN ambil makanan berat selepas jam 7pm
- Amal makan buahan yang mampu membakar kalori seperti pisang
- Amal buat kerja-kerja rumah yang banyak mengeluarkan peluh
- Banyakkan berjalan kaki/menaiki tangga
-Banyakkan minum air kosong/mineral
- Jadikan tabiat minum air limau selepas mengambil makanan berat


Sekian..
Pengkongsian Info ...
:)


..Hajat Tidak Kesampaian..


Hari ini
sempat 'menjelajah' 3 kedai buku
Melilau mata mencari buku yang dicakapkan dalam n3 semalam
Buku Takluk Hati Pasangan

Hasilnya.....
HAMPA
Hajat tidak kesampaian...
&
Sebagai penggantinya...
:
:
:
:
:
:
:
:
V
...buah tangan buat pasangan pengantin 
(merangkap ex-student)
Amin Fahmi dengan pasangannya Khaiza
 
(mentang2 lah cikgu kan...hadiah pun buku !!..huhuhhu...)
:)


Biarpun misi pencarian Buku Takluk Hati Pasangan 
tidak kesampaian..
sekurang-kurangnya terubat juga
 bila 
dapat
:
:
:
:
V
...memang tak harap dapat Anis keluaran 175 ni...
ingatkan...dah habis stok!
Bila cuba2 tanya tuan kedai...
"Anis yang ada Ustaz Azhar  .."
Tak sangka pula adaaa!

Kiranya majalah Anis yang last di rak buku tuu...
memang dah rezeki tuan blog kan..

Alhamdulillah!
:)


Takluk Hati Pasangan...




Secara kebetulan pagi tadi tuan blog ikuti rancangan
 Nasi Lemak Kopi O.
Ketika itu temubual antara pengacara dengan seorang penulis buku,
PROF. MADYA HJ. MOHD NOR MAMAT .

Mungkin ini yang dikatakan
Cinta Pandang Pertama..
Sekali tengok...Sekali pandang...Sekali dengar...
Terus Terpikat!
ermmmmm...
Jaappp!!
 Jangan Panic!!!
Tuan blog terjatuh hati dengan...
:
:
:
:
:
:
V

 ..Buku Takluk Hati Pasangan
-Kulit Buku Depan & Belakang
( ...gambar dari google!..)


Isi Kandungan  :
( Hasil carian di Google..)


Imbas muka suratnya skit...
:
:
V


 Buku Takluk Hati Pasangan rasanya sesuai untuk dibaca
samada pengantin baru...bakal pengantin..
bahkan rasanya
sesuai juga untuk pasangan pengantin-pengantin lama!
Opss!


Kebetulan esok ada jemputan perkahwinan bekas anak murid..
rasanya sesuai juga kan andai dijadikan buku ini sebagai
cenderahati!
(...Selamat Pengantin baru buat Amin Fahmin & pasangannya..)

ermm...
Sebenarnya petang tadi ada juga tinjau2 di kedai buku
Tapi tak dek rezeki...
Tak ternampak di rak buku...mungkin juga tuan blog terlepas pandang!
Kiranya Misi tak kesampaian..
Tapi
Esok Masih Ada ...

InsyaAllah...

:)




..Rawatan 5 Minit...


Badan kita ibarat " mesin biologi" yang sungguh hebat.
Ia mempunyai pelbagai fungsi,hasil kombinasi beberapa sistem
yang berintegrasi sesama sendiri.
Namun terkadang,
kita terlalu memfokuskan diri pada kerja seharian 
tanpa rehat yang secukupnya.
Di usia yang masih gagah..segala kudrat dan minda diguna sepenuhnya
tanpa menyedari  kepentingan diri terabai sekaligus 
mengarahkan kepada impak negatif  terhadap kesihatan diri.

R A W A T A N   L I M A   M I N I T

Kita tidak perlu berbelanja beribu ringgit untuk rawatan ini,
cukup sekadar memperuntukkan 5 minit untuk diri kita sendiri 
bagi setiap 1 hingga 3 jam waktu bekerja.

TEKNIK  1
- PERNAFASAN  PERUT -

Luangkan masa  selama 5 minit untuk menarik nafas 
dalam keadaan TENANG!

Tahukah Anda..
Apabila kita dalam keadaan stress & kalut..
kita berkecenderung bernafas dengan tidak sempurna.


Dalam situasi mencemaskan,menggelabah atau dalam tekanan yang tinggi ,
 lazimnya pernafasan menjadi tercungap-cungap,
suara nyaring & tekak menjadi kering.

Jadi,
apa yang perlu kita lakukan adalah dengan mengawal pernafasan kita semula agar oksigen dapat dihantar secukupnya kepada sel-sel otak & sel-sel badan supaya ia dapat berfungsi dengan lebih efisien.

CARA PERNAFASAN PERUT  :

- Duduk dalam keadaan tenang
- Betulkan kedudukan tulang belakang 
   &    kendurkan bahu anda.
   Tidak perlu 'berkeras' dengan 
   tulang belakang,biarkan dalam 
   keadaan normal,asalkan tidak 
   bongkok
-  Tarik nafas melalui hidung secara 
    konsisten & tenang
-  Kembangkan perut anda untuk 
    memberi ruang kepada diafragma
   untuk  menyimpan udara
-  Sedut setakat yang boleh & tahan 
    seketika
   JANGAN tahan terlalu lama sehingga 
   membebankan paru-paru anda
-  Kemudian lepas nafas melalui hidung 
    secara perlahan-lahan
  ( Anda pasti berasa berat sedikit di 
   bahagian dahi,kepala dan beberapa 
   bahagian lain. Maka disebabkan itu 
   ramai tidak 'mampu' 
   melakukannya  untuk  beberapa kali.)
-  Ulang beberapa kali sehingga berasa 
    badan menjadi lebih 'ringan'.



Teknik di atas, 
boleh juga dilakukan dengan menghembus nafas melalui mulut secara perlahan.
Adakalanya ,sedikit peluh keluar di bahagian dahi,dan ini menunjukkan teknik ini memberi kesan yang sewajarnya.

CARA AGAR TEKNIK  LEBIH  BERKESAN

- Lakukan dalam keadaan yang FOKUS
- Fokuskan kepada udara yang melalui hidung
- Rasai nikmat oksigen anugerah ALLAH dan bersyukur 
kita masih mampu bernafas
- Untuk lebih fokus, lakukan dalam keadaan memejamkan mata
- Pusatkan fikiran pada kebesaran Ilahi dengan berzikir & berwirid
- Yang penting,kendurkan otot-otot tubuh anda!


TEKNIK  2
- PERANTAUAN ANTARABANGSA
(INTERNATIONAL ROAMING)


Dalam keadaan tertekan dan kesibukan dengan tugas seharian,
anda perlu meluangkan sedikit masa untuk melakukan
"perantauan amtarabangsa"
bagi menenangkan diri anda!

BAGAIMANA??? 

  -  Tenangkan fikiran atau lakukan teknik pernafasan 
seperti teknik 1 terlebih dahulu
- Bayangkan anda sedang terbang ke suatu kawasan yang sungguh indah samada ke sebuah tasikyang permai,pantai yang memutih,
khazanah terumbu karang yang memukau,air terjun yang mendamaikan,
berada di atas pergunungan yang menakjubkan atau apa-apa sahaja.






Dengan teknik ini,
anda seolah-olah sedang menikmati 'pakej pelancongan'
yang indah lagi mempersonakan.
Berapa kosnya??
Sudah pasti ia PERCUMA!
:)
Malah anda di'bayar' 
dengan
Ketenangan & Kedamaian jiwa 
biarpun sesibuk mana anda bekerja.


Selamat Mencuba..
Moga Memberi Manfaat
:)



Olahan Sumber : Bahan Bacaan Solusi /41 2012
 

..DIA Lebih Tahu..



Andai Dirimu Rasa Kecewa atau Dalam Kesulitan
Pandanglah Ke Sungai
Airnya Sentiasa Mengalir
Biarpun Berjuta Batu Yang Menghalang......

Jika Dirimu Merasa Sedih Mahupun Kecewa Hampa
Pandanglah Ke Langit
Dan Sesungguhnya..
ALLAH Sentiasa Bersamamu...







...E A R T H ...


We Only Have 
ONE HOME!






...Setelah Sekian Lama..


Diam sekejap!

Sebab musabab  :
:
:
:
V
....gambar 2 hari lepas...6Mac 2012....

Bukan merajuk membawa hati lara ya...

Tapi tuan blog diarahkan ke sini
:
:
:
V
.....menumpang di sini!

Setelah sekian lama...maybe 7 tahun lebih
Kiranya ini lee kali pertama berpisah dengan si Aisha! 
huhuuhuhu...
Tak keruan juga jadinya !
Aduhaii

Buat apa yaa??
:
:
:
V
main-main jap!

Tuan blog membawa diri..menuntut sedikit ilmu di dada...

Yang pasti
6 kali makan WAJIB!
uhh
:

:
V

..sesekali melanggar pantang larang..!
erk!
:p


Hari ini..
InsyaAllah...habis kursus

Yang pasti
makbonda excited nak balik 
Sebab nak jumpa sangat2
:
:
:
V

 ....7 tahun Aisha....memang tak pernah tinggal
Sekali kena tinggalll....
Uhh!
:(

Sekian..
Moga selamat Sampai nanti
:)

..Penangan 'Jumbo Sale'..


Sempena sekolah menyambut Jubli Peraknya..
Salah satu aktiviti..
adalah 
Jumbo Sale!
Maka mempromotelah  guru penyelarasnya kepada semua guru
yang mana2   ingin menyumbang apa2 barangan  yang boleh
 dijual di gerainya nanti..
Dan nampaknya memang ada sambutan yang 
menggalakkan dari guru2!
:)

" Masa ni lahh cikgu-cikgu boleh clear kan rumah..atau store umah"
Teringat kata2 seorang guru lelaki di kantin tempohari

Maka
sempena hujung minggu yang semmgnya tidak kemana2 nii
Apa lagi....

Ops Bersih!
(OPPss!!..)

&

Hasilnya
(...utk Ops Bersih Round pertama!..)

:
:
:
:
:
:
:
:
:
V




....2 kotak A4 tu....cenderahati2 yang sudah bertahun-tahun simpan..
Rasanya tiba masa utk menamat tempoh ia di'peram' ..
Bukan tidak menghargai...cuma rasa terpanggil untuk memeriah gerai jualan
dan sedikit sebanyak keuntungan yang diperolehi boleh juga disalurkan 
ke tabung  sekolah juga...
(...selingan gambar sebagai kenangan tuan blog 
sebelum diserahkannya..esok!!..)
:)


Semalam sempat bermsg dengan penyelaras Jualan Jumbo ni..

"..ntah2...dapat semula barang hadiah tuu...bila ada students beli kat gerai jumbo sale  then beri masa hari guru nanti-nanti..."

"Haaaa...nasib!"

erk!

:p




..Angan..



Sesekali berangan..
Konon-konon berada di sini..
Dengan seindah-indah cuaca..sambil
Melihat tenangnya...air mengalir
setenang jiwa yang 
didambakan......


ermm..
Itu sekadar angan2..
Yang pasti..
Di sini...
Cuaca yang diharapkan cerah sampai ke petang..
tapi hujan...
di awal2 pagi lagi..

Bila hujan renyai2..dengan kedinginan cuacanya
cam ada pertalian pula dengan mood 
yang sekali terikut kedinginannya..
Nasib lum beku lagi..
freezeeeeee!!!!!!

Dengan sejuknya cuaca di sini..
Dengan hujan kadang rintik2...kadang lebat...
Maka bagaikan berkemandang pula lagu keramat ni..
di minda..
Lagu feveret nostalgia gitu..
 :)






Ok..Ok..
Sudah sudah lah berangan..!!
Tugasan sedang menunggu tuuuuu
:
:
:
:
:
V
 erk!


:p



 Untuk semua..



LISTEN TO QURAN

Listen to Quran