Saya nak tag pada azlina dan sara
First GIVEAWAY Novel
Saya nak tag pada azlina dan sara
Mencari Novel
Salam sejahtera..
Salam pagi Jumaat teman-teman..
Sejak saya suka baca novel, saya akan sentiasa menantikan kemunculan novel terbaru lebih2 lagi novel dari penulis yang kita suka..Novel dari penulis Norhayati Berahim antara yang paling saya nanti2kan..
Baru-baru ini novel terbarunya sudah diterbitkan bertajuk ..HUJAN PUN MENARI..Kerana peminat NB pun sangat ramai agak sukar untuk mencari novel terbaru dipasaran tatkala novel ini baru diterbitkan.
Pada awal bulan lalu saya sudah ke Giant Shah Alam untuk mencari novel tapi beberapa kedai disitu pun tidak terdapat novel terbaru NB..
Semalam sekali lagi saya mencari novel NB di Jusco Bukit Raja dan terdapat dua buah kedai ternama disitu pun tidak ada novel terbaru NB.. hah parah-parah.
Dalam perjalanan balik saya singgah di Giant Klang Sentral..hanya disatu kedai kecil saya jumpa novel terbaru NB ..Alhamdulillah dapat juga akhirnya..
Tu lah kalau dah suka..jiwa kacau..
Menang GA Kelly
Salam sejahtera ..
Pada 3hbOkt 2010 saya menyertai GA anjuran Kelly dari blog Kelly's life sempena ulangtahun perkahwinan beliau..Setiap kali menyertai GA anjuran rakan bloggers yang pasti saya datang untuk memeriahkan.
Pagi 4hbDis Kelly menelefon memberitahu yang saya memenangi GA tersebut...Rasa tentulah sangat gumbira dan sangat tidak sangka kerana inilah kali pertama saya memenangi hadiah dan telah saya terima pada 9hbDis yang lalu..
Hadiah yang Kelly beri memang sesuai dengan jiwa saya iaitu koleksi pinggan cawan lama..
Saya menerima 2pasang cawan bunga ros hitam kekuningan, set teko dan gelas seramik, sebiji pinggan hiasan bercorak cup kek, satu set lengkap cawan bunga carnation oren dan satu set lengkap cawan bunga biru..selepas ini saya perlu mencari penempatan baru untuk semua koleksi ini..
Terima kasih Kelly yang sangat bermurah hati semoga anda kekal bahagia sepanjang usia dan sentiasa dimurahkan rezeki..
Jumpa lagi...