28 Januari 2012

Majlis Akad Nikah

Assalamualaikum,

16 Jan lepas majlis akad nikah adik ipar saya..majlis berlangsung lepas asar. Majlis yang sangat sederhana..yang penting ijab dan kabulnya adalah sah..

Ain ~ pengantin perempuan
ady ~ pengantin lelaki, adik ipar saya

sekali lafaz sahaja sah bergelar suami..
Tahniah Ain & Ady

02 Januari 2012

Try jangan Tak Try

Assalamualaikum

layankan saja hasratnya menerai barang2 baby...

try la dik..ibu memang tak beli dah...

Cerita penghujung 2011

Assalamualaikum

Cuti2 family belah suami ke Kelantan dan Ganu...konvoi 4 biji kereta...bermula 22 hingga 26.12.2011. Penginapan dan makan ditanggung oleh abg long & kak long....ditanggung beres. datang kali ni kurang shopping tp datang jalan2 cari makan jer...


kami menginap kat Pantai Cahaya Bulan
Lepas check in terus ke PCB
tengok saja..ombak besar tak boleh mandi
Aktiviti malam ke wakaf Che yeh..tapi tidak dapat membeli apa2 kerana Balqis mengamuk tak mau jalan...asyik nak berdukung saja, sayalah yang kena dukung...huhuhu boleh patah pinggang dukung budak 17kg...

hari kedua bertolak ke terengganu, menginap semalam di kuala terengganu. Melepak di Pantai Batu Buruk
juga ombak besar..kempunan 3 beranak nie....tahun depan kita mai tgh tahun yer...boleh berombak-ombak....

manusia adalah ramai

bersama mak mertuaku

angin kuat kena pegang tudung..hahahha
Belah malam melepak di Dataran shahbandar...ada aktiviti apatah , ramai orang...pukul 12 mlm balik hotel. hari ketiga ke pasar payang....tidak membeli apa sekadar sehelai blause batik buat pergi kerja dan kemeja kimie. kain batik. pelikat memang tak beli langsung...dah banyak sangat...

Petang terus bertolak balik kelantan dan menginap di PCB juga. Malam tu ke wakaf che yeh lagi... baru boleh menyopping sebab balqis tido..sempat sambar 2 helai tudung, sehelai baju saya dan sehelai baju real madrid kimie

berhenti berkelah di tepi pantai...

hujan rintik2..kena cari port lain....
beli nasi dan lauk..makan ramai2 mcm nie memang best


Sambung lagi 1 malam, adik ipar tak puas lagi..kami ikut ajer...memang ambil cuti sampai 27hb.




tempat shopping lain yang kami pergi adalah pengkalan kubor, Pantai Timur dan ondaway balik singgah Rantau Panjang...

cerita sekali harung sebab malas nak buat part2...

01 Januari 2012

Welcome 2012

Assalamualaikum

SELAMAT TAHUN BARU buat kengkawan semua
Semoga tahun 2012 ni lebih banyak entry,

Azam tahun baru nak kurangkan ambil cuti
boleh ker?
Akan diusahakan

Disamping lain2 impian yang telah diimpikan..
AMIN