It's all about my Life, my Interest, my Dreams... Penuhi impian, Capai mimpi-mimpi, Berdiri dan berlari... capai pelangi...
Ahad, 31 Januari 2010
Lain dirancang lain yang jadi.....
Itulah lumrahnya.....lain yang dirancang lain yang jadi, lain yang nak dibeli , lain pulak yang dibelinya. Sebelum ke pasar malam singgah mencari sangkar baru untuk sicomel yang kecil-kecil itu. Dah semakin membesar jadi mereka perlukan tempat tinggal yang baru. Sangkar-sangkar yang lain sudah penuh dengan arnab dewasa. Dah dapat sangkar, mata beralih pulak pada kedai perabot disebelah, hajat asal cuma mahu melihat meja komputer. Tapi bila sudah masuk kedalam kedai ada pulak yang berkenan dihati. Nah akhirnya sebuah meja komputer, rak dan penyidai...
Agenda ke pasar malam terpaksa dibatalkan, sebabnya...hehehehe...perut aku dah buat hal... sakit ler pulak...ada rasa memulas... balik saja ke rumah elok pulak dia...amboi-amboi saja la tu. Tak kasi aku pi pasar malam...nampaknya tunggu hari lain sajalah....
Petang Ahad mau kemana?
Petang ahad di Langkawi, mau kemana kita? Nak keluar sekarang? Cuaca masih berbahang. Sekarang di Langkawi ni musim panas, dah lama tak hujan. Kalau nak dikatakan kemarau pun boleh jugak, kekeringan melanda...jadi tak digalakkan membakar sesuka hati takut nanti merebak pulak. Hari tu ada jugak yang degil bakar daun-daun kering akibatnya api merebak ke kawasan lain. Nasib baik cepat dipadamkan, dan kawasan yang terbakar itu pulak adalah kawasan tidak berumah, kalau tidak tak tau lah apa jadi. Jadi sila kawal diri anda...jangan main api yerrr.
Berbalik pada rancangan di petang Ahad ni..hmm rasanya nak keluar sekejap, mungkin mencari sesuatu atau sekadar survey saja dulu...yang pastinya mahu ke Pasar Malam...yeayyyy...mahu berhuhahihu di situ.Banyak yang sedap-sedap sedang menunggu ku...tunggu yerr.

Selasa, 26 Januari 2010
Apa nak jadi lah dunia sekarang? Bosan sungguh aku dengan sikap sesetengah manusia yang tidak tahu mengawal rasa dan perasaan. Terkadang apa yang dilakukan adalah tanpa berfikir panjang.
Sedar atau tidak generasi baru hari ini dibesarkan dengan budaya menghina dan mencaci. Apabila sudah terbiasa dengan situasi yang sebegitu maka perbuatan biadap itu dianggap sesuatu yang biasa. Seorang perdana menteri sendiri sesuka hati dicaci, melarat pula pada Almarhum Sultan Johor dan Nabi Muhammad sendiri tidak terlepas dari cacian.
Mengapa? Kemana telunjuk kita mahu menghala sekarang?
Budaya orang Asia sangat mementingkan adap sopan tutur kata dan tingkah laku. Tidak kira sama ada kaum Melayu, Cina ,India atau suku kaum yang lain. Tetapi mengapa akhir-akhir ini adap sopan yang sangat disanjung dulunya kini dibiarkan tanpa ada sesiapa yang mahu peduli.
Kebebasan berkata-kata seharusnya beralas, Jaga hati dan jaga lidah.

Selasa, 19 Januari 2010
Latte Art.....sukanya...
Rabu, 6 Januari 2010
Super Sweet,sweet voice of Connie Talbot.
Have you heard the voice of sweet Connie Talbot? I love her voice so very much. Tengah merayau kat you tube dengar lagu tetiba terserempak dengan klip uji bakat Connie Talbot dalam Britain got talent, terus terjatuh cinta dengar suara dia. Masa uji bakat tu dia baru enam tahun. A young soothing voice that melted millions listeners heart.
Langgan:
Catatan (Atom)