sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label SYAITAN. Show all posts
Showing posts with label SYAITAN. Show all posts

Tuesday, 18 June 2013

MISTERI !!! CEHHH TAPIR RUPANYA !!!

Misteri tapak kaki terungkai


Misteri tapak kaki terungkai

Misteri tapak kaki luar biasa yang ditemui di Kampung Kepis Baru, dekat sini terungkai apabila Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (Perhilitan) Jempol mengesahkan ia kesan tapak kaki seekor tapir.

Tapir atau nama saintifiknya Tapirus Indicus yang muncul di situ dianggarkan berusia lima ke enam tahun dengan berat antara 100 dan 120 kilogram.

Pegawai Perhilitan Jempol, Jamlus Mohd Nor berkata, selepas tersiar di akhbar, pihaknya mengandaikan ia mungkin binatang buas termasuk harimau sebelum melakukan siasatan.

“Namun, apabila pemeriksaan secara lebih dekat, kita perhatikan ia hanya tapak kaki seekor tapir dianggarkan besarnya seperti seekor lembu.

“Tapak kaki haiwan ini menjadi lebar kerana struktur tanah yang masih lembut dan ia tenggelam apabila dipijak. Mungkin tapir ini datang untuk mencari makan pada waktu malam," katanya.

Menurutnya, secara azalinya, bahagian depan kaki tapir memiliki empat jari, manakala di belakangnya sebanyak tiga jari.

“Sebab itu, kita nampak tapak kaki itu seolah-olah besar dan gemuk. Tambahan pula, tanah di sini lembut menyebabkan tapak kaki mengembang lebar," katanya ketika membuat pemeriksaan di kawasan berkenaan, semalam.

Jamlus bagaimanapun berkata, tapir bukanlah spesis yang mengancam nyawa manusia dan penduduk tidak perlu memberi ancaman terhadap binatang itu hanya disebabkan bimbang digigit.

Selain itu, katanya, sekiranya tanaman penduduk kampung seperti kulit getah telah dimakan haiwan berkenaan, ia dianggap gangguan dan penduduk boleh menghubungi Jabatan Perhilitan untuk menangkapnya.

“Tapir ialah spesis haiwan terancam. Kita tidak boleh menembak sesuka hati apabila terserempak dengan Tapir. Maklumkan kepada kita untuk menangkap binatang tersebut.

“Tetapi, selagi Tapir ini tidak rosakkan tanaman, biar ia hidup seperti biasa dalam hutan ini," katanya sambil menjelaskan haiwan berkenaan dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 Akta (716).

Berikutan itu, Jamlus menasihatkan penduduk kampung berdekatan supaya tidak perlu bimbang dengan penemuan itu.

Wednesday, 29 May 2013

VIDEO PANAS !!! TERPEROSOK DALAM PAIP KUMBAHAN TAPI MASIH HIDUP !!! IBU SYAITAN !!!

Bomba di China diselamatkan bayi yang baru lahir dari paip kumbahan.

Pegawai Bomba berkata, bayi itu masih di dalam plasenta, tetapi saraf unbilical dipotong. Penduduk telah memberitahu pegawai bomba mereka boleh mendengar bayi menangis dari dalam paip. Itulah apabila krew menyelamat membuka paip dan paip dibawa ke hospital dengan bayi di dalamnya.

Apabila mereka tiba di hospital mereka membuka paip untuk mencari bayi dan sungguh mengejutkan bahawa bayi itu HIDUP. Bayi itu berada dalam keadaan yang stabil.




apj : manusia bertopengkan syaitan yang membuang bayi ini !!! Allah Maha Kuasa

Sunday, 14 April 2013

HOT !!! 100 GAMBAR JEMBALANG YANG DIRAKAM SECARA TAK SENGAJA !!!


ALLAH MENGETAHUI SETIAP APA KEJADIAN 

KEJAYAAN MANUSIA DALAM AGAMA, TAAT PERINTAH ALLAH CARA NABI S.A.W 

Tuesday, 12 March 2013

UPDATE OP DAULAT : ILMU KEBAL PENGGANAS TAK MENJADI !!! #Pray4Sabah

gambar cth

BILANGAN PENCEROBOH YANG MAUT BUKTI MEREKA TIDAK KEBAL

Lahad Datu, 11 Mac - Bilangan penceroboh militan yang terbunuh dalam Operasi Daulat membuktikan mereka tidak kebal, sekaligus menolak dakwaan penceroboh menggunakan ilmu mistik untuk berhadapan dengan pasukan keselamatan.

"Ini terbukti apabila pasukan keselamatan berjaya menembak mati 54 orang daripada mereka," kata Penolong Ketua UrusetiaKetua Polis Negara (Perhubungan Awam) ACP Ramli Mohammed Yusoff.

Beliau berkata perkara itu mulai tersebar di laman sosial apabila satu daripada gambar penceroboh militan yang terbunuh menunjukkan pengganas itu memakai tangkal dan kain berwarna kuning pada badannya.

Ramli berkata penggunaan tangkal itu mungkin untuk meyakinkan pengikut kumpulan itu bahawa tindakan mereka kononnya adalah jihad.

"Hakikatnya hanya ilmu pengetahuan yang mampu memberikan kita kepandaian dalam mempertahan negara dan bukan ilmu tahyul yang menyempitkan akal kita," katanya. - BERNAMA

Wednesday, 23 January 2013

GEMPAR !!!! VIDEO GUARD LARI TERKENCING NAMPAK HANTU ATAS KERETA !!! HUHHHH


Fuhh..Kepada penjaga parkir yang bekerja shif malam tu hati hatilah sikit..Bukan apa, kadang kadang ni macam macam benda boleh berlaku..Tempat parkir basement selalunya ada benda benda yang tak dijangka..Kalau ada rezeki mungkin akan terjumpa seperti video kat bawah ni..



Ini bukannya video seram tapi perangai pompuan tu yang buat penjaga parkir tu jadi takut..Macam macam cara pompuan ni buat sebab kedekut nak bayar parkir..  

- MTK-

Thursday, 13 December 2012

PANAS !!! RAKAMAN KEKEJAMAN SYAITAN !!!! WAJIB TONTON !!!



Rakaman video di bawah ini menunjukan seorang lelaki India yang berhati syaitan mendera seorang kanak-kanak yang di percayai anak tirinya.
Menurut maklumat, lelaki terbabit telah di tahan reman oleh pihak Polis untuk di soal siasat, manakala kanak-kanak terbabit kini berada di bawah penjagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat.



POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...