Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Friday, January 18, 2019

Novel Terkini Saya : Je Taime (I Love You)

Ah lupa nak bagitahu yang novel terbaru saya yang berjudul 'Je Taime (I Love You)' Kini sudah pun berada di platform digital e-sentral.com  jadi bagi peminat saya semua, jom baca!


BAWANG 2 dan Negara Brunei

Assalam.

Lama sungguh saya tak bersiaran dan kali ini malas nak bagi sebarang alasan. Mungkin banyak sangat aktiviti hinggakan penulisan di blog tak mampu diberikan prioriti lagi. Apa-apa pun, saya masih ada lagi, masih di sini dan masih menulis lagi. Baru-baru ini kami dah keluarkan Isu kedua untuk majalah BAWANG, juga secara percuma dan digital. Kalau nak baca, rajin-rajinlah masuk ke e-sentral.com pasti anda akan jumpa. Setakat ini, untuk kedua-dua isu BAWANG, respon sangat baik. So... apa lagi? Jom kita cuba baca. Kalau tak suka, tak apa. Tak rugi pun!

Baru-baru ini, saya ke negara Brunei Darulsalam. Alhamdulillah, memang tidak mengecewakan. Kami ke sana kerana ada majlis perkahwinan anak kepada anak saudara saya. Anak saudara saya itu memang dilahirkan dan dibesarkan di negara Singapura, namun jodohnya pula adalah di Brunei. Maka menetaplah di di negara Brunei. Itulah pertama kali kami ke sana. Alhamdulillah, sangat-sangat menyeronokkan. Bukan sekadar berjumpa dan berkumpul dengan ahli keluarga dari Malaysia, Singapura dan Indonesia, tetapi kami dapat berkenalan dengan sanak-saudara yang berada di Brunei. Malah, kami juga berkenalan dengan budaya dan makanan orang Brunei. Memang Kelas gitu! Tak sangka, walaupun Brunei kecil sahaja, namun mampu untuk menghidangkan kepelbagaian aktiviti, suasana dan pemandangan yang menakjubkan. Saya orang 'nature', pasti sangat tergoda dengan eco-park mangrove yang dihidangkan, juga Kampung Ayer yang sangat menarik!

Jom apa lagi... jom ke Brunei. Macam-macam ada!


Wednesday, November 21, 2018

Masa Itu Emas!

Assalam.

Memang benar, masa itu sangat berharga. Kalau kita tidak uruskan dengan baik, maka kita akan jadi manusia yang akan terus berkata, "TIADA MASA" maka kita memang tak dapat lakukan pelbagai perkara. Malah, kalau tak kena gaya, masa kita berlalu begitu sahaja. Jangan lupa, masa adalah seperti air sungai yang mengalir, ia akan terus mengalir tanpa mampu untuk berpatah balik!

Saya memang pantang kalau dengar orang yang suka buang masa dengan melakukan perkara-perkara yang tiada manfaatnya atau manusia yang tak mahu buat apa-apa tetapi hanya duduk membuang masa! Kalau sibuk pun, pasti kita dapat melakukan pelbagai perkara dan kerana itulah kita sibuk. Tetapi kalau alasan kita ialah masa itu tidak cukup maka dengan itu kita tak dapat buat apa-apa, itu bermakna yang diri kita merupakan orang lemah kerana tak berdaya untuk menguruskan masa yang ada dengan baik, atau mungkin kita memang jenis manusia yang hanya seronok melepak kosong dan membuang masa begitu sahaja!

Ada kala saya memang suka membebel dan hari ini saya sengaja pilih untuk bebel kerana ada ketika saya sangat hampa melihat orang-orang di luar sana yang masih mampu untuk membuang masa!

Bacalah Surah Al-'Asr, dan bacalah berulang-ulang kali semoga kita akan terus menghargai masa yang ada. Allah berfirman mengatakan bahawa manusia ini berada dalam kerugian kecuali mereka yang menggunakan masa dengan terbaik untuk dunia dan akhirat!

Monday, October 22, 2018

Majalah Digital Baru - Baca BAWANG dengan PERCUMA saja!

Assalam.

Iya saya dah pun pulang dari United Kingdom. Kami berjalan-jalan ke England, Wales dan Scotland. Hanya kami berdua sahaja. Konon-konon meraikan ulang tahun perkahwinan yang ke empat puluh tahun. Alhamdulillah, Allah berikan peluang dan kesempatan ini. Memang best dan kami sangat bersyukur sangat kerana mampu untuk meronda-ronda di seluruh UK dalam masa tiga minggu. Suami saya memandu dan saya jadi co pilotnya. Sekali lagi saya ucapkan kesyukuran kepada yang Maha Satu.

Apa-apa pun, anda kini boleh membaca majalah digital percuma di https://www.e-sentral.com

Jom baca!

Copy link di bawah ni:

https://www.e-sentral.com/search_sphinx/q/Bawang

Jom! Jom! Dan bagitahu kawan-kawan ok! Percuma sahaja. Tak rugi membacanya!

Tuesday, September 04, 2018

Makan Angin dan Majalah Baru

Assalam

Iya saya dah pun mula untuk terbitkan majalah baru secara digital dan akan diedarkan secara percuma. Majalah ini adalah jenis santai, tetapi walaupun santai banyak info dan maklumat baik yang kami kongsikan. Jadi janganlah lepaskan peluang untuk dapatkannya nanti. Majalah ini mempunyai nama yang unik dan akan diedarkan oleh E-Sentral. So, don't miss it!

Saya juga akan pergi makan angin dalam sedikit masa lagi. Dah lama kami rancang tetapi tak ada kesempatan. Jadi insyaa-Allah kami akan merehatkan diri selama hampir tiga minggu.

Wassalam.


Tuesday, August 14, 2018

Nak Tulis di Majalah Pula

Assalam

Itulah rancangannya. Saya rancang nak mulakan sebuah majalah digital baru. Saya sedang cari kawan-kawan yang nak 'contribute' article untuk majalah saya ini. Harap-harap saya akan berjaya. Dah malas nak buat novel atau tulis yang berat-berat, sebab itulah teringat nak tulis di majalah sahaja. Kalau buat secara digital, mungkin mudah untuk orang membacanya. Insyaa-Allah, akan saya lakukan.

Anda ada judul yang boleh diletak sebagai nama majalah baru saya? Kalau ada, sila maklumkan pada saya ok. Terima kasih.

                                                              contoh majalah digital

Tuesday, August 07, 2018

PULANG

Assalam

Semakin hari semakin liat pula untuk updatekan blog ini. Apa pun, saya nak juga share dengan anda sekelian tentang tayangan filem berjudul 'PULANG' yang dilakonkan oleh Remy Ishak dan Puteri Aisyah. Selama ini, saya memang jarang tengok movie Melayu. Malah, memang jarang tengok movie di pangung wayang, tetapi entah mengapa, saya teringin nak tengok cerita PULANG ni. Alhamdulillah, memang tidak menghampakan. Bagi saya mungkin, this is the best Malay movie yang saya pernah tonton. Saya tak akan bagi 100% sebab saya rasa movie mat salih pun tak mampu dapat status perfection, tapi saya memang puas hati dengan jalan cerita dan lakonannya. Walaupun cerita ini dikatakan merupakan kisah benar, namun saya juga percaya jalan ceritanya tidaklah seratus peratus ikut cerita yang sebenarnya. Banyak tokok tambahnya. Kalau tidak, mungkin tidak menarik.

Saya pernah belajar di Liverpool dan ketika itu, saya berulang alik dari Manchester ke Liverpool. Saya buat program sarjana di University of Liverpool dan banyak kawan-kawan Malaysia saya yang memang tinggal di Liverpool. Saya memang tahu tentang masyarakat kelasi Melayu (dari Melaka dan Singapura) yang tinggal di Liverpool dan saya juga pernah ke rumah salah seorang daripada mereka (dah tak ingat namanya). Saya kenal beberapa keluarga Melayu yang tinggal tetap di Liverpool (kebanyakannya berkahwin dengan orang tempatan Liverpool). Bila tonton cerita 'PULANG', sangat nostalgia buat kami yang pernah tahu tentang keluarga Melayu di Liverpool. Malah, masyarakat kelasi Melayu Liverpool memang banyak menolong pelajar Malaysia yang belajar di Liverpool.

Saya percaya, lebih banyak lagi filem-filem yang begini yang perlu diketengahkan kerana ini merupakan legasi kita semua.

Bagi anda yang belum ada kesempatan untuk tonton 'PULANG', elok pergilah tonton. Mungkin minda anda lebih terbuka lagi insyaa-Allah. Perjalanan hidup kita hari ini jauh lebih mudah daripada mereka yang terdahulu daripada kita. Apatah lagi anak-anak muda hari ini, mungkin ramai yang tak pernah mengerti betapa sukarnya hidup di zaman sebelum ini. Wallahuaklam.



Tuesday, July 17, 2018

Novel Baru

Assalam

Sejak musim buah durian ni, kami pun teramat sibuk di Lenggeng. Tak henti-henti kami atur group yang nak datang ke kebun kami. Alhamdulillah. Memang seronok walaupun tak dinafikan sangat penat, tapi oleh kerana suka dan teruja, kami juga jadi terlupa akan kepenatannya. Syukur kepada Allah SWT kerana mengizinkan kami untuk 'entertain' kawan-kawan dan kenalan.

Ramai juga yang bertanya, "Dah tak menulis ke?"

Hahaha... susah nak jawab kan?

Sebenarnya saya sudah pun siapkan sebuah manuskrip yang bagi saya sangat menarik, tapi mungkin saya akan keluarkan secara digital sahaja kot. Tapi kalau anda nak baca kenalah masuk ke e-sentral dan membelinya di sana. Tapi jangan cari lagi tau... saya belum lagi letak di sana. Coming soon.

Apa-apa pun, life goes on bagi saya. Malah, saya lebih segar, relax dan happy, alhamdulillah kerana saya berada dekat dengan apa yang saya suka lakukan dalam hidup ini. Jangan lupa, hidup kita hanya sementara sahaja, jadi janganlah sia-siakannnya dan yang paling penting, kita jangan sakitkan hati orang lain sebab satu hari nanti, mungkin Allah akan sakitkan hati kita pula. Nauzubillah minzalik.

Semoga kita lakukan yang terbaik, buat yang baik-baik kerana itulah yang Allah SWT mahukan daripada hamba-hamba-Nya.

Wassalam.


Monday, July 02, 2018

Ada Penyakit Murung?

Assalam

Dulu-dulu, tak mudah kita dengar cerita tentang insan-insan yang dihinggapi penyakit murung. Namun hari ini, penyakit murung ini mudah sangat menghinggapi insan-insan di sekeliling kita. Malah, setiap kali saya berada dalam kereta dan mendengar radio, itulah peringatan yang diberikan, agar mereka yang berdepan dengan kemurungan cepat-cepat mendapat pertolongan.

Saya kenal ramai juga yang punyai penyakit yang begini. Asalnya mungkin kerana sebab-sebab tertentu dan tidak semestinya sebab-sebab yang berat. Kadang-kadang mungkin kerana sesuatu perkara yang tidak dapat dikawal, kemudian datang pula masalah lain yang bertimpa-timpa. Hati tidak tenang dan otak turut jadi serabut. Mulalah jiwa bergelora dan kalau tidak pandai mengawal, kemurungan akan datang berdepan dengan kita.

Pun begitu, saya sangat pasti dan yakin, setiap penyakit yang datang itu ada ubatnya, insyaa-Allah, namun kita sebagai manusia wajib mencarinya. Kalau kita biarkan, pasti kita yang akan menderita mungkin buat selama-lamanya.

Bagi saya, kita sebagai insan, wajib memberi keutamaan pada diri kita sendiri. Kalau kita sakit, kita perlu berusaha untuk mengatasinya. Jangan harapkan orang lain untuk tolong kita walaupun orang lain itu merupakan orang yang rapat dan penting buat kita. Kita boleh bercerita dan meluahkan perasaan, tetapi usaha itu seharusnya datang daripada diri kita. Kalau kita biarkan begitu sahaja, tahu-tahu semuanya hilang kawalan. Bila kita teruk, mungkin orang yang rapat dan sayang kita akan berubah hatinya.

Sebaik-baiknya, kita pastikan kita dapat mengawal diri kita sendiri. Carilah alternatif untuk ubah fokus kita, ubah perasaan kita. Seberat mana sekalipun beban yang kita tanggung, pasti ia tidak akan berada dengan kita buat selama-lamanya. Percayalah. Tetapi kalu kita biarkan diri kita sengsara dengan beban yang datang itu, maka kita akan terjerat, tak mampu untuk lepaskan diri.

Carilah hobi yang baik. Bagi saya, berada dengan pokok, bercucuk tanam, merupakan antara perkara-perkara yang terbaik yang dapat kita lakukan. Salah satu ialah kerana diri kita akan mempunyai oksigen yang cukup. Pokok-pokok dapat memberi ketenangan kepada kita. Sekali pun resah dan gelisah, bercucuk tanam mampu untuk relakskan minda kita. Itu bukan bererti yang kita perlu bercucuk tanam secara besar-besaran, sekalipun sedikit sahaja, namun setiap kali kita melihat pokok yang kita tanam itu tumbuh dan ada perbezaan, pasti keseronokan akan menjelma. Anugerah Ilahi. Ini merupakan antara ubat terbaik.

Semestinya bila diri berada dekat dengan Tuhan, jiwa akan berasa tenang. Tunaikan solat, bukan sekadar wajib, tetapi solat-solat sunat. Begitu juga dengan al Quran, sekalipun membacanya sedikit-sedikit, ia tetap membantu dengan secara yang besar, insyaa-Allah.

Kalau anda murung, please get out of it! Anda mampu untuk melakukannya, insyaa-Allah.

Wassalam.

                                                            Pasti akan tenangkan jiwa

Wednesday, June 27, 2018

Tak Perlu Jadi Zalim

Assalam.

Memang saya terlalu sibuk sampaikan tak sempat berdepan dengan lap top ni. Memang ada menggunanya, tetapi saya guna untuk hal lain.

Apa-apa pun, masih sempat lagi saya nak ucapkan Selamat Hari Raya buat semua. Semoga Allah SWT pelihara kita dunia dan akhirat. Aamiin.

Di bulan Ramadhan yang baru berlalu, macam-macam yang telah berlaku termasuk beberapa kematian yang berkaitan dengan penulis-penulis buku di tanah air ini. Semoga Allah rahmati roh mereka yang sudah pergi. Aamiin.

Di bulan Ramadhan juga, salah seorang anak saudara saya (yang sangat rapat dengan keluarga saya) telah kehilangan bayi yang dikandungnya. Bayi itu lahir, namun Allah lebih sayangkannya. Terpaksalah anak saudara saya berdepan dengan satu ujian yang besar buatnya, namun kami percaya Allah sedang membina kekuatan untuk dirinya. Alhamdulillah, setiap ujian yang datang itu adalah hikmah yang kita tidak tahu. Insyaa-Allah.

Saya pula, alhamdulillah, Allah masih memberi tenaga untuk berlaku aktif walaupun ada juga hal-hal yang kurang menyenangkan berlaku pada saya, cuma saya anggap itu semua hal kecil-kecil sahaja. Di hari raya pertama, saya telah berdepan dengan penyakit 'allergy' dan terpaksa ke hospital untuk diberi suntikan. Beberapa hari selepas itu, saya kena sakit tekak pula. Pun begitu, saya tetap bersyukur pada Ilahi kerana diberi ujian yang kecil sahaja.


Pun begitu, kadang-kadang mungkin kita menjadi sangat hairan apabila kita tahu ada manusia di luar sana yang mungkin tidak punyai hati perut. Mempunyai pembantu, namun dilayan pembantu itu seperti haiwan, mungkin jauh lagi teruk daripada haiwan. Yang peliknya, manusia yang saya maksudkan ini, mempunyai pelajaran, namun semestinya tiada akhlak! Sebagai Muslim, kalau kita tak punyai akhlak, lebih baik kita tidak anggap diri kita sebagai Muslim. Nauzubillah min zalik. Semoga Allah SWT memberi petunjuk yang baik kepada manusia yang tersesat perjalanannya.

Mungkin apa yang kami lihat itu merupakan satu pengajaran buat semua orang di sekeliling. Sekalipun terasa hebat, namun kita tetap ada kekurangan! Dalam begitu, kalau kita merupakan manusia zalim, maka diri kita adalah sama seperti puak Zionis yang sangat zalim itu!

Semoga Allah berikan kita ilmu dan hati yang mulia. Aamiin ya Rabbal alamin.

Monday, May 21, 2018

Sedih Bila Difikirkan

Assalam

Kita perlu jatuh untuk tahu siapakah yang menjadi kawan setia kita. Biasanya bila kita sedang berada di atas atau di kemuncak, semua orang sukakan kita. Malah, ada yang sanggup buat apa sahaja asalkan dapat faedahnya. Walhasil, beginilah manusia. Masing-masing seringkali fikirkan diri sendiri dan jarang sangat mahu fikirkan tentang orang lain.

Sebaik sahaja kita jatuh, maka bertaburanlah mereka lari! Bukan sekadar lari, ada itu tak mahu mengaku yang kita pernah baik dengannya! Nauzubilah minzalik. Namun perkara seperti ini, seharusnya menjadi pengajaran buat kita. Pilihlah kawan kita. Jangan percaya cakap semua orang di keliling kita. Ramai yang suka bohong! Ramai juga yang kaki pembelit. Kata orang putih, 'manipulate'. Memang payah nak cari yang hatinya ikhlas, apatah lagi untuk berkawan dengan kita. Kadang-kadang, memang ada manusia yang pilih kawan segak berupa, pilih warna kulitnya, pilih latar belakang keluarganya, pilih bangsanya, pilih semua yang baik untuk dirinya. Jarang-jarang mahu berkawan dengan mereka yang mempunyai kekurangan. Masing-masing mahu untung. Malah, ada ketika, kita tak ingat pun sebenarnya dunia ini sekadar tempat kita menumpang sahaja. Ada ketika kita naik di atas, ada ketika, kita jatuh ke bawah. Hargailah teman-teman yang berada dengan kita ketika kita berada di bawah.

Bagi sayalah, terlalu ramai manusia di negara ini yang mulutnya pedih bila berkata-kata. Memang orang Malaysia tak pandai berperang, tapi kalau mulutnya itu, kalah peperangan di Syria atau di Iraq. Rata-rata orang Malaysia sangat terhibur bila dapat mengutuk orang lain. Bertambah terhibur kalau dapat mengaibkan orang yang mereka benci. Mungkin dulu pernah suka, tapi bila dah tak suka, berguni-guni kata hina yang dikeluarkan.

Cukup-cukuplah tu. Tak payah terlalu menghina orang lain, sebabnya kita tak tahu apa perhubungannya dengan Allah SWT. Mungkin hari ini dia hina di mata kita, tapi di akhirat nanti, mungkin Allah mengangkat pula martabatnya kerana terlalu ramai yang menghinanya ketika di dunia. Wallahuaklam.

Apa-apa pun, di bulan Ramadhan yang mulia ini, biarlah kita jaga tingkah laku dan lidah kita. Jagalah jari kita, jangan main tulis yang bukan-bukan, atau forward yang tak benar atau yang mengaibkan. Semua itu adalah dosa buat kita juga.

Semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita dan jadikan kita insan yang berkahlak mulia.

Aamiin ya Rabbal alamin.

Thursday, May 17, 2018

Ramadhan Kareem

Alhamdulillah, kita bertemu bulan Ramadhan sekali lagi. Semoga Allah SWT juga izinkan kita untuk beramal ibadat di bulan yang mulia ini.

Sudah-sudahlah mengata orang!

Alhamdulillah, kali ini rakyat Malaysia telah tunjukkan sesuatu yang lebih matang. Masing-masing telah memilih untuk adakan satu perubahan. Semoga negara yang ditakbirkan oleh barisan orang lain ini mampu untuk membawa kebaikan untuk negara kita ini. Tapi tak mahulah sekadar 'new broom sweeps clean' sahaja. Biarlah berterusan, agar rakyat yakin!

Pun begitu, rakyat juga tak bolehlah nak duduk bersenang lenang tanpa mahu berusaha apa-apa, tetapi mengharapkan bantuan kerajaan depan belakang, termasuk tepi sekali! Sudah-sudahlah tu mengharapkan bantuan dan duit free! Bila mula begitu, rakyat akan jadi malas, tahu-tahu dah mula memakan rasuah semula.

Kita hidup tak perlu materialistik. Lihat di sekeliling kita, siapa yang gila material, akhirnya akan merana jua. Tak ada keberkatannya.

Sama-samalah kita cuba sedaya upaya untuk perbaikikan diri. Sama-samalah kita berdoa agar negara ini dilindungi Allah dan rakyatnya menjadi manusia yang bijak pandai, tahu mana yang elok dan mana yang tidak.

Hidup Malaysia!

Allahuakbar!