Khamis, 19 Disember 2013

Sampai

Sampaikan pada mereka..
Bahawa dunia masih terus menantikan mahakarya kita..
Sedangkan ummah penat disibukkan dengan masalah-masalah remeh lagi kecil..

Tanyakan pada mereka..
Tarbiah ini mahagurunya siapa..
Seorang insan, sekumpulan manusia atau Rabb yang maha Esa?
Jelasnya, tiada ruang mendabik dada, bermuram durja mahu pun menyulam sangka.
Yang wajar ada hanyalah rantaian tawadhu' , muhasabah diri dan perkongsian cinta.

Ingatkan diri mereka..
Nilaian kekuatan para pemuda diukur pada 4 sisi berbeda.
Semuanya harus kita maknai sehingga sebati dalam jiwa.
Merasa kering, sakit, kecewa dan putus asa bukanlah citra warna rijal agama.
Jika pun ada, mungkin hanya silap masing-masing dalam merasa, memandang dan menguntai kata.

Jadi, serukan pada mereka.
Bahawa jujur dan sabar itu asas agama.
Rahmah dan berlaku adil itu budaya bersama.
Keluarlah dari mimpi, mainan serta kotak kecil kita.
Jika tidak sekarang, maka bila?
Jika tidak ke sana, lalu mahu ke mana?

HR (tanpa edit)
10/12/2013