Download as PPTX, PDF, TXT or read online from Scribd
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 19
* PENDEKATAN
PEMBELAJARAN SEJARAH
KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH
SJHK 3093 PENDEKATAN PEMBELAJARAN SEJARAH
Pendekatan pembelajaran boleh dianggap
sebagai titik tolak atau sudut pandang kita terhadap proses pembelajaran. Pendekatan juga merupakan cara atau langkah- langkah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas. Di dalam konteks pendidikan, konsep pendekatan bermakna cara mendekati sesuatu, misalnya objektif pelajaran yang ditentukan untuk pengajaran dan pembelajaran. DEFINISI STRATEGI PEMBELAJARAN
Berdasarkan Kamus Dewan (1998), strategi merupakan
rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat. Strategi merupakan satu perancangan yang melibatkan satu operasi dan aktiviti pengurusan kaedah yang digunakan untuk mencapai matlamat tertentu. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, strategi merujuk kepada satu set aksi pengajaran yang bertujuan utk mencapai objektif yang diharapkan. Strategi merujuk kepada cara-cara bagaimana guru mengendalikan sesuatu aktiviti pembelajaran dengan sistematik dan bukan dengan caracuba jaya. …sambungan
Strategi merupakan tindakan-tindakan spesifik
yang dilakukan dengan sengaja oleh guru untuk mencapai matlamat-matlamat khusus dalam proses pembelajaran.
Strategi pembelajaran sejarah merujuk kepada
kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan. STRATEGI PEMBELAJARAN SEJARAH
A.BERPUSAT KEPADA GURU
Guru mengawal keadaan dan memonopoli fokus dan aktiviti pengajaran
Ciri–Ciri Strategi Pemusatan Guru
Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru memainkan peranan yang penting sedangkan murid berperanan sebagai penonton sahaja. Komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid adalah sehala. Guru banyak bercakap dan murid banyak mendengar dan pasif …sambungan..
Kepimpinan guru bersifat autokratik. Murid
tidak berpeluang menyumbangkan pendapat. Guru banyak bertindak mengawal dan memberi arahan. Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan pencapaian objektif pengajaran guru Murid kurang berminat terhadap penerangan guru Sifat-sifat sosial kurang dipupuk Menekankan ujian sumatif untuk penggredan Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada penyuburan nilai murni atau perkembangan emosi. Strategi ini mementingkan pencapaian murid berdasarkan keputusan ujian dan peperiksaan. Teknik mengajar guru ditumpukan kepada penyampaian fakta-fakta secara menghafal. Pembelajaran murid banyak berbentuk mengingat dan menghafal dan kurang berupaya membuat interpretasi. Mementingkan pengelolaan kaedah keseluruhan kelas. Perbezaan murid dari segi kebolehan dan minat tidak diberikan perhatian. Murid menjadi kurang kreatif dan tidak berinisiatif. B. Berpusat Kepada Murid
Guru berperanan sebagai pembimbing atau
fasilitator sahaja. Pembelajaran secara aktif melibatkan murid Proses pembelajaran berbentuk penerokaan idea dan konsep baru Menggalakkan murid bertanggungjawab dan membantu mereka memahami bagaimana untuk belajar Ciri-ciri strategi pemusatan murid : Melibatkan penglibatan aktif murid di dalam pembelajaran di mana guru hanya sebagai pembimbing ketika menjalankan aktiviti. Wujud komunikasi dua hala antara guru & murid. Kaedah penyoalan boleh digunakan untuk membantu murid berfikir secara kritis ketika memberikan jawapan. Amalan demokratik wujud di mana murid digalakkan memberi pandangan ketika melakukan aktiviti perbincangan dalam kumpulan Wujudnya perkembangan secara menyeluruh dan seimbang dari segi intelek, rohani, sosial dan jasmani. Strategi pengajaran dan pembelajaran mengutamakan pencapaian hasil pembelajaran. Penilaian formatif selalu digunakan untuk mengenalpasti kelemahan murid dalam sesuatu tajuk. -sambungan C. Strategi pengajaran berpusatkan bahan Merujuk pada penggunaan banyak bahan untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan-bahan merujuk kepada alat bantu mengajar seperti buku, carta, peta, komputer , slaid, LCD, modul, dan sebagainya. Ciri–Ciri Strategi Pemusatan Bahan Bahan pengajaran memainkan peranan yang penting. Guru atau murid perlu bergantung sepenuhnya kepada penggunaan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pengajaran. ..Sambungan.. Lebih mengutamakan kecekapan dan kemahiran menggunakan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pengajaran. Dapat membantu murid memahami konsep yang abstrak dengan lebih jelas di samping memupuk semangat berdikari dengan menjalankan aktiviti pembelajaran tanpa kehadiran atau pertolongan guru. Sifat-sifat sosial yang positif dapat dipupuk melalui kaedah kumpulan yang melibatkan penggunaan bahan pembelajaran. Mementingkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bermakna melalui pengalaman yang sebenar. Dengan adanya ilmu pengetahuan yang abstrak dapat dikaitkan dengan situasi yang konkrit. Strategi apa ni ..guna rotan bagai..? …sambungan
Membantu guru memenuhi keperluan pelajar yang
pelbagai Membantu pelajar melaksanakan pembelajaran kendiri iaitu belajar : pada kadar sendiri, pada bila-bila masa di lokasi yang tidak menyulitkan mereka serta membantu pelajar yang tidak hadir. Persepsi umum … “ SESIAPA SAHAJA BOLEH MENGAJAR SEJARAH” REALITINYA, “BUKAN SEMUA ORANG BOLEH MENGAJAR SEJARAH’
KENAPA ?
Pengajaran Sejarah memerlukan kaedah dan teknik
yang bersesuaian untuk mengintegrasikan KEMAHIRAN PEMIKIRAN SEJARAH (KPS) & SUMBER PERTAMA
Adakah strategi bersepadu ini dilaksanakan dalam proses
PnP Mata Pelajaran Sejarah di sekolah ? …sambungan D. Strategi Bersepadu Strategi Penggabungjalinan Proses penyampaian beberapa kemahiran Kecekapan melaksanakan aktiviti – membaca, menulis, menghurai, mengira, mewarna, menyanyi, melukis, melabel, mengarang, becerita, berlakon dsb. Mendengar, lisan, membaca dan menulis secara bersepadu Kemahiran matematik digabungjalinkan dengan kemahiran bahasa Ciri-ciri gabugjalin: Integrasi beberapa kemahiran Prosesnya bersepadu dan menyeluruh Aktiviti dipelbagaikan dengan menarik Kemahiran utama menjadi fokus Organisasi kemahiran fleksibel Kemahiran diintegrasikan saling kukuh mengukuh antara satu sama lain. …sambungan Cara mengguna gabungjalin Mengenalpasti kemahiran utama & kemahiran sampingan Kemahiran utama diberi fokus Kemahiran-kemahiran sampingan dikuasai dahulu untuk kukuhkan kemahiran utama Kemahiran utama digunakan di peringkat perkembangan pelajaran,kemahiran sampingan digunakan di semua peringkat pelajaran Strategi penggabungjalinan kemahiran hendaklah dirancangkan berdasarkan objektif pelajaran, kebolehan & pencapaian murid. Kemahiran-kemahiran diintegrasikan dalam urutan yang sesuai. Setiap kemahiran hendaklah dikaitkan dengan kemahiran yang berikutnya secara logikal.