Ujian Khi Kuasa Dua

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 29

Ujian Khi

Kuasa Dua
Bila nak guna?
Digunakan untuk menguji sama ada terdapat
hubungan di antara 2 pembolehubah kualitatif.
Digunakan bagi mengenal pasti perbandingan
dua variabel yang berskala nominal.
Sebagai contohnya ingin membandingkan
variabel jantina iaitu kategori lelaki dan
perempuan dengan tahap kemahiran
berkomunikasi sama ada tahap tinggi, tahap
sederhana, tahap rendah.
Ujian chi-square turut digunakan bagi
menentukan kebagusan (chi-square test
for
goodness-of-fit).

Sebagai contohnya seorang penyelidik


ingin menjalankan kajian mengenai
kemahiran berkomunikasi dalam
kalangan pelajar di sebuah sekolah.
Objektif kajian untuk menentukan perbezaan
tahap kemahiran komunikasi dalam kalangan
pelajar.
Hasil analisis kajian menunjukkan bahawa terdapat
pelajar yang mempunyai tahap komunikasi yang
tinggi, sederhana dan juga rendah.
Oleh itu chi-square test for goodness-of-fit boleh
digunakan untuk menentukan tahap kemahiran
komunikasi mana yang signifikan dan
menyumbang paling besar dalam kalangan pelajar
tersebut (baca nilai residual dan Obseverd N).
Cara mengira X2 dengan
menggunakan SPSS
Bagi contoh ini, ianya adalah data dari sebuah kajian
kes-kawalan mengenai kes SGA (small for gestational
age) di HUSM. Yang ingin dilihat ialah sama ada wujud
hubungan di antara faktor risiko passive smoking
dengan kejadian SGA.
Kedua-dua variabel adalah kualitatif iaitu Case
(SGA/Normal) dengan Smoking (No/Active/Passive).
1. Mula-mula buka data tersebut
2. Kemudian klik pada menu Statistics
-Summarise -Crosstabs (seperti rajah
dibawah).
3.
Pada requester yang timbul, isikan variabel yang
ingin dilakukan ujian tersebut.
Biasanya faktor risiko (SMOKING) diletakkan pada
baris dan penyakit (CASE) diletakkan di lajur.
Boleh masukkan lebih dari satu variabel kuantitatif
yang ingin diuji. Klik butang Statistics dan pilih chi-
square.
Tekan "continue" dan kemudian tekan butang CELLS.
Pilih ROW PERCENT. Tekan CONTINUE dan tekan
butang "OK".
4.
Selepas ini ujian chi-square akan dilakukan
oleh SPSS dan tingkap "Output" akan
timbul menunjukkan hasil analisa.
Yang akan kelihatan adalah seperti
dibawah;
5.
Ini menunjukkan bahawa dikalangan perokok
pasif, peratus SGA lebih tinggi iaitu 57.1%
berbanding dengan yang tidak iaitu 32.8%.
Dari jadual seterusnya, nilai chi square ialah
10.328 dan nilai p ialah 0.001. Maka terbukti ada
hubungan antara perokok pasif dan kejadian
SGA.
6.
Maka jadual yang dilukis bagi laporan tesis adalah
seperti di bawah;
Jadual 1: Jadual kontigensi menunjukkan hubungan antara
risiko rokok dengan kejadian SGA.
Kumpulan Normal SGA Jumlah

Tidak merokok 41 20 61

Perokok pasif 67 89 156

Jumlah 108 109 217


Ujian-T
analisis inferensi
menguji/melaporkan perbezaan min
digunakan untuk membandingkan di antara dua
variabel.
Sebagai contohnya, penyelidik ingin mengenal pasti
perbezaan di antara tahap kemahiran berkomunikasi
(score/ratio) dan juga jantina (nominal).
objektif kajian tersebut untuk mengenal pasti
perbezaan tahap kemahiran berkomunikasi dalam
kalangan pelajar lelaki dan pelajar perempuan.
Dengan kata lain, objektif kajian ini ialah untuk melihat
sama ada pelajar lelaki ataupun pelajar perempuan
yang lebih tinggi tahap kemahiran komunikasi mereka.
Jantina sebagai IV manakala tahap kemahiran
berkomunikasi sebagai DV.
T-test yang digunakan ini merupakan jenis two
independent samples t-test.
Terdapat 3 faktor mempengaruhi nilai-t (untuk
menyatakan perbezaan/Menolak Ho):
Perbezaan min yang besar
Saiz sampel (n); sampel yang besar, maka nilai t adalah
besar (peluang menolak hipotesis turut besar). n yang
besar juga turut memungkinkan penyelidik melakukan
type 1 error (menolak hipotesis yang benar).
Varians; varians yang besar, t akan menjadi kecil
(kemungkinan menolak hipotesis adalah sangat
rendah). Dan, bagi varians yang kecil pula, t akan
menjadi besar (kemungkinan menolak Ho adalah
tinggi).
Cara melakukan Ujian T
Independent
mengggunakan SPSS
Mula-mula buka data tersebut (Jika tidak tahu
bagaimana, klik di SINI.)
Kemudian klik pada menu - Data - Select Cases. Pilih "If
condition is satisfied" dan klik pada butang "If..".
Pada petak putih taip "status="C""(lihat rajah dibawah)
dan klik butang
"Continue" dan butang "Okay".
3. Kemudian klik pada menu Statistics -Compare Means
-Independent Samples T Test (seperti rajah dibawah).
4. Pada requester yang timbul, isikan variabel yang
ingin dilakukan ujian tersebut.
Pada petak "Test Variable(s):", masukkan variabel
kuantitatif (chhamd6) yang ingin diuji.
Boleh masukkan lebih dari satu variabel kuantitatif yang
ingin diuji.
Pada petak "Grouping Variable:", masukkan variabel
kualitatif (drug), kemudian klik pada butang "Define
Groups" dan masukkan kumpulan yang ingin
dibandingkan (S & F).
Klik butang "continue" dan kemudian butang "okay".
5. Selepas ini ujian t independent akan dilakukan oleh
SPSS dan tingkap "Output" akantimbul menunjukkan
hasil analisa. Yang akan kelihatan adalah seperti
dibawah;
6. Ini menunjukkan jumlah sampel (N), min dan
sisihan piawai bagi chhamd6 bagi kumpulan S dan F.
Rujukan
http://pubhealthcollo.org/spss/3.htm
https://cikguamirul.wordpress.com/2011/10/31/t-test-ku
liah-gb6323-minggu-ke-7/
https://rosma212.wordpress.com/2011/06/28/statistik-biva
riat-t-test/

You might also like