Catatan Mesyuarat Dewan Negeri Selangor 1-Mac-2024

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 131

1 MAC 2024 (JUMAAT)

MESYUARAT PERTAMA

PENGGAL KEDUA

DEWAN NEGERI SELANGOR YANG KELIMA BELAS TAHUN 2024

SHAH ALAM, 1 MAC 2024 (JUMAAT)

Mesyuarat dimulakan pada jam 10.00 Pagi

YANG HADIR

Y.B. Tuan Lau Weng San


(Tuan Speaker)

Y.A.B. Dato’ Seri Amirudin bin Shari, S.P.M.S (Sungai Tua)


(Dato’ Menteri Besar Selangor)

Y.B. Tuan Ng Sze Han (Kinrara)

Y.B. Tuan Ir. Izham bin Hashim (Pandan Indah)

Y.B. Tuan Borhan bin Aman Shah, P.J.K. (Tanjong Sepat)

Y.B. Dato’ Ng Suee Lim, D.P.M.S. (Sekinchan)

Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail, P.M.W. (Sungai Air Tawar)

Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi (Kota Anggerik)

Y.B. Puan Jamaliah Bin Jamaluddin (Bandar Utama)

Y.B. Tuan Papparaidu A/L Veraman (Banting)


1 MAC 2024 (JUMAAT)

Y.B. Tuan Dr. Mohammad Fahmi Bin Ngah (Seri Setia)

Y.B. Puan Anfaal Binti Saari (Taman Templer)

Y.B. Tuan Mohd Kamri Bin Kamaruddin (Bukit Antarabangsa)


(Timbalan Speaker)

Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri (Pelabuhan Klang)

Y.B. Tuan Rajiv A/L Rishyakaran (Bukit Gasing)

Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz


D.C.S.M., D.M.S.M., A.M.S., J.P. (Dusun Tua)

Y.B. Tuan Leong Tuck Chee (Pandamaran)

Y.B. Tuan Dr. Gunarajah A/L R George (Sentosa)

Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze (Subang Jaya)

Y.B. Tuan Chua Wei Kiat (Rawang)

Y.B. Puan Lim Yi Wei (Kampung Tunku)

Y.B. Puan Wong Siew Ki (Seri Kembangan)

Y.B. Puan Mariam Binti Abdul Rashid (Meru)

Y.B. Tuan Ong Chun Wei (Balakong)

Y.B. Tuan Abbas Salimmi Bin Che Adzmi@Azmi (Seri Serdang)

Y.B. Tuan Syed Ahmad Bin Abdul Rahman Alhadad (Lembah Jaya)

Y.B. Tuan Yew Jia Haur (Teratai)

Y.B. Tuan Danial Al-Rashid Bin Haron Aminar Rashid (Batu Tiga)

Y.B. Tuan Cheong Kian Young (Kajang)

Y.B. Tuan Lwi Kian Keong (Sungai Pelek)


1 MAC 2024 (JUMAAT)

Y.B. Puan Pua Pei Ling (Bukit Lanjan)

Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei (Bandar Baru Klang)

Y.B. Tuan Muhammad Izuan Bin Ahmad Kasim (Kota Damansara)

Y.B. Tuan Preakas A/L Sampunathan (Kota Kemuning)

Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali


S.P.M.S., S.S.D.K. (Hulu Kelang)

Y.B. Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi, D.P.M.S. (Sijangkang)

Y.B. Datuk Abdul Rashid bin Asari,


P.S.D., S.M.S., J.P. (Selat Klang)

Y.B. Tuan Muhammad Hilman bin Idham (Gombak Setia)

Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah (Sungai Ramal)

Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin (Taman Medan)

Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh, P.J.K. (Sementa)

Y.B. Tuan Mohd Rafiq Bin Mohd Abdullah (Kuang)

Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin (Sungai Burong)

Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh


S.S.A.P., D.G.S.M., D.M.S.M., D.S.M., B.K.T. (Dengkil)

Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz (Semenyih)

Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad, P.P.N. (Morib)

Y.B. Dato' Dr. Ab. Halim Bin Tamuri, D.S.I.S. (Paya Jaras)

Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh (Permatang)

Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari (Sungai Panjang)

Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan, D.I.M.P. (Jeram)


1 MAC 2024 (JUMAAT)

Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan (Ijok)

Y.B. Tuan Mu'izzuddeen Bin Mahyuddin (Hulu Bernam)

Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya, D.I.M.P. (Bukit Melawati)

Y.B. Tuan Muhammad Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani (Batang Kali)

Y.B. Tuan Wan Dzahanurin Bin Ahmad, P.P.N. (Sungai Kandis)

TIDAK HADIR

Y.B. Puan Lee Kee Hiong (Kuala Kubu Baharu)

Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi (Sabak)


1 MAC 2024 (JUMAAT)

TURUT HADIR

(Mengikut Fasal (3) Perkara LII Undang-Undang Tubuh Kerajaan


Selangor 1959)

Y.B. Dato’ Setia Haji Haris Bin Kasim, S.S.I.S., D.P.M.S., A.S.A., P.P.T.
Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

Y.B. Dato’ Salim Bin Soib @ Hamid, D.P.M.S., D.S.D.K., P.K.T.


Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor

Y.B. Dato’ Dr. Ahmad Fadzli Bin Ahmad Tajuddin, D.P.M.S., P.C.M., A.M.P.
Pegawai Kewangan Negeri Selangor

5
1 MAC 2024 (JUMAAT)

PEGAWAI BERTUGAS

Puan Gayathri Prasena A/P Jaya Kumar


Setiausaha Bahagian Dewan

Encik Muhajirih bin Ahmad


Penolong Setiausaha Dewan

Puan Sharul Jinna Teng binti Shamsul Teng


Penolong Setiausaha Pentadbiran

Puan Siti Salina binti Muftar


Setiausaha Pejabat

Encik Muhamad Effendy bin Roslan


Encik Muhammad Aidil Shafiq bin Khairol Umar
Encik Mohd Sahrul bin Shaiful Bahri
Bentara

Encik Mohamad Izad Shafiq bin Ahmad Mashudi


Puan Nurul Liana binti Musa
Pelapor Perbahasan

6
1 MAC 2024 (JUMAAT)

SETIAUSAHA DEWAN : Selamat pagi dan salam sejahtera. Aturan urusan


mesyuarat bagi Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang
Kelima Belas pada 1 Mac 2024 dimulakan dengan bacaan doa.

PENOLONG SETIAUSAHA : Bacaan doa.

TUAN TIMBALAN SPEAKER : Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum


W.B.T., salam sejahtera, selamat pagi. Dewan Negeri Selangor mengalu-alukan
kehadiran Pengerusi MPKK DUN Sekinchan serta Ahli Majlis Sabak Bernam seramai
8 orang yang diketuai oleh Encik Wong Ah Chai. Selamat Datang ke Dewan Negeri
Selangor.

SETIAUSAHA DEWAN : Aturan urusan mesyuarat seterusnya. Pertanyaan-


pertanyaan.

TUAN TIMBALAN SPEAKER : Saya mulakan dengan Semenyih.

Y.B. TUAN NUSHI BIN MAHFODZ : Terima kasih. Soalan nombor 28.

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA


Y.B. TUAN NUSHI BIN MAHFODZ
(N24 SEMENYIH)

TAJUK : RIBUT TROPIKA 'JELAWAT'

28. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a) Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri dalam menghadapi


kesan ribut tropika 'jelawat'?

JAWAPAN :

Y.B. TUAN MOHD NAJWAN BIN HALIMI : Terima kasih Tuan Speaker.
Untuk menjawab persoalan daripada Semenyih, berkenaan dengan langkah-langkah
yang diambil oleh Kerajaan Negeri dalam menghadapi kesan ribut tropika 'jelawat'?.
Untuk makluman Yang Berhormat,

a) Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada 17 Disember 2023 telah


mengeluarkan nasihat ribut tropika Jelawat yang bergerak ke arah barat kira-
kira 396 kilometer (km) timur laut Davao, Filipina. Menurut Jabatan
Meteorologi Malaysia, ribut berkenaan berada pada kedudukan kira-kira
1,254 km dari timur laut Sandakan dan bergerak selaju 20 km sejam. Walau

7
1 MAC 2024 (JUMAAT)

bagaimanapun, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia ia tidak


mendatangkan kesan signifikan kepada Malaysia.

Walau bagaimanapun, untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri


Selangor telah bersedia dan mengambil langkah-langkah dalam menghadapi
segala kemungkinan kejadian bencana termasuk kesan ribut tropika 'jelawat'.
Kerajaan Negeri telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan
Bencana Negeri Bil. 1/2023 pada 23 Oktober 2023 yang telah dipengerusikan
oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Mesyuarat ini bagi
menyelaraskan maklumat berkaitan tinjauan cuaca sepanjang musim
Monsun Timur Laut (MTL), serta mendapatkan maklum balas agensi
berhubung kesiapsiagaan menghadapi kejadian bencana. Ini termasuk
status anggota bertugas, aset-aset, serta keperluan logistik oleh setiap
agensi dan jabatan. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD)
yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah telah diaktifkan segera di semua
lokasi bencana. Pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD)
dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) telah bersiap siaga
memainkan peranan masing-masing bagi menghadapi musim MTL dengan
melaksanakan operasi dan koordinasi bersepadu di peringkat daerah dan
negeri.

Semua jabatan dan agensi memainkan peranan selaras dengan Arahan


Majlis Keselamatan Negara (MKN) Nombor 20 : Dasar dan Mekanisme
Pengurusan Bencana Negara. Segala bantuan pengoperasian bersepadu
hendaklah diselaraskan melalui JPBD bagi Tahap 1 manakala JPBN bagi
Tahap 2.

Y.B. TUAN NUSHI BIN MAHFODZ : Soalan tambahan.

TIMBALAN SPEAKER : Sila.

Y.B. TUAN NUSHI BIN MAHFODZ : Terima kasih Yang Berhormat


EXCO di atas jawapan. Sebagaimana yang kita tahu Semenyih agak terdedah
kepada risiko ribut dan seingat Yang Berhormat EXCO pun turun ketika ribut
melanda Kampung Sesapan Minangkabau, Batu Rimbau dan Kampung Sungai
Ajai. Terima kasih di atas perhatian. Cumanya, adakah Kerajaan Negeri
bercadang untuk menambah sistem ataupun siren untuk memastikan ada amaran
awal diberikan kepada penduduk sekiranya ribut ataupun bencana ini berlaku lagi.
Terima kasih.

Y.B. TUAN MOHD NAJWAN BIN HALIMI : Terima kasih. Cadangan


daripada Semenyih tadi, saya akan usulkan kepada pihak Unit Pengurusan
Bencana Negeri dan juga pada masa yang sama akan berbincang pihak
Jawatankuasa Infrastruktur untuk menambah baik persiapan dan juga langkah-

8
1 MAC 2024 (JUMAAT)

langkah untuk kita mengatasi masalah banjir dan pada masa yang sama alert
sekiranya berlaku banjir pada peringkat yang lebih awal. Terima kasih Yang
Berhormat.

TUAN TIMBALAN SPEAKER : Kota Damansara.

Y.B. TUAN MUHAMMAD IZUAN BIN AHMAD KASIM : Terima kasih


Yang Berhormat Timbalan Speaker, Kota Damansara soalan nombor 29.

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA


Y.B. TUAN MUHAMMAD IZUAN BIN AHMAD KASIM
(N39 KOTA DAMANSARA)

TAJUK : PENANAMAN JAGUNG SEBAGAI SUMBER MAKANAN AYAM


TERNAKAN

29. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a) Berapakah hasil yang dapat dituai berdasarkan pilot projek yang dijalankan?

b) Apakah cadangan Kerajaan Negeri untuk memberi galakan kepada pemilik tanah
untuk menanam jagung tersebut?

c) Apakah insentif yang kerajaan sediakan agar golongan muda dapat turut serta
di dalam bidang penanaman tersebut?

JAWAPAN:

Y.B. TUAN IR. IZHAM BIN HASHIM : Bismillahirrahmanirrahim. Terima


kasih Yang Berhormat Kota Damansara, terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Kota
Damansara bertanyakan isu penanaman jagung bijian, sebagi sumber makanan
ayam ternakan. Untuk makluman Yang Berhormat,

Kerajaan Negeri di bawah Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor telah berjaya


menuai hasil pertama jagung bijian ataupun bijirin melibatkan 42 ekar daripada
keseluruhan 300 ekar ladang di Kuala Langat Selatan, Selangor pada Januari yang
lepas. Projek telah bermula sejak Mei tahun lalu dengan penanaman baka jagung
bijian jenis Pacific 789 yang tahan lembapan dan sesuai dengan keadaan tanah di
Kuala Langat Selatan telah pun dituai baru-baru ini.

Sebanyak 118 tan hasil diperolehi pada fasa pertama tuaian di kawasan seluas 42
ekar ini dengan kos kira-kira RM900.00 setiap tan berbanding harga import sebanyak

9
1 MAC 2024 (JUMAAT)

RM1,200.00 setiap tan (tidak termasuk pengangkutan). Pengurangan


kebergantungan kepada import ini sudah pasti akan memberi sedikit impak positif
kepada rantaian bekalan seperti menurunkan kos makanan ayam dan seterusnya
dapat membantu mengawal harga jualan ayam khususnya yang dibuat oleh PKPS.
Pelaksanaan projek ini adalah komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam
meneruskan program intervensi harga makanan yang diperkenalkan sejak 2022.
Selain daripada kita mengusahakan jualan di bawah JER itu kita juga melihat
bagaimana harga produk yang dapat kita turunkan dan salah satunya adalah
makanan jagung ini yang merupakan makanan utama kepada ayam, untuk supaya
memastikan akses makanan segar pada harga berpatutan yang mencukupi kepada
rakyat Selangor khususnya menjelang musim perayaan. Sebanyak 100 daripada
keseluruhan 300 ekar telah pun dibersihkan bagi memulakan fasa penanaman kedua
bermula pada bulan Mac tahun ini.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, tanaman jagung bijirin atau bijian ini
mempunyai permintaan dan jualan tinggi serta boleh memberi keuntungan yang
berpatutan. Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor
(PKPS) mengalu-alukan kerjasama strategik dengan mana-mana pihak yang
berminat untuk menceburi bidang penanaman jagung bijirin ini. Ini pun kita telah
menerima banyak pertanyaan dan permohonan untuk bekerjasama dalam bidang ini
khususnya di Negeri Selangor, tumpuannya di Negeri Selangor dan akan
menawarkan kepakaran teknikal sedia ada untuk kerjasama secara komersial. Di
samping itu juga, kita telah melihat untuk membantu pemilik tanah atau pihak-pihak
yang berminat untuk mengusahakan tanaman jagung bijian ini dengan cara bimbingan
kaedah penanaman yang betul, ini melibatkan juga penduduk di Selangor yang
mempunyai tanah yang lebih kecil di bawah konsep Contract Farming ataupun
tanaman berkelompok untuk mereka.

Yang Bahagian 3 soalan ini bertanyakan soalan mengenai golongan muda ya, untuk
menarik minat golongan muda untuk melibatkan sama dalam projek penanaman
jagung bijian ini. Di bawah Pelan Transformasi Agro (PeTA) Selangor 2021 – 2025
penglibatan golongan belia dan wanita adalah menjadi objektif juga untuk kita libatkan
mereka dalam bidang pertanian terutamanya pertanian moden. Jadi, atas usaha
Kerajaan Negeri melalui PKPS juga ini dan Jabatan Pertanian untuk menarik golongan
muda dan melibatkan diri dalam tanaman jagung bijian ini adalah antaranya skim
latihan yang telah kita telah sedang kendalikan di bawah oleh Jabatan Pertanian
Negeri Selangor melalui inkubator usahawan tani, latihan kejuruteraan pertanian juga
menggalakkan penggunaan teknologi moden seperti penggunaan IOT dalam pelbagai
bidang pertanian dan juga mekanisasi dalam pertanian dan juga dalam masa yang
sama juga membantu dari segi dana, pinjaman dan geran sama ada melalui Jabatan
dan juga Agrobank dan Hijrah Selangor serta juga membantu dalam usaha kita
membuat pemasaran yang luas. Maknanya kita beri jaminan untuk membeli produk-
produk jagung ini supaya dapat kita pasarkan secara bersama. Jadi, tak perlu mereka

10
1 MAC 2024 (JUMAAT)

bimbang kepada aspek pemasaran yang akan kita kendalikan di bawah Contract
Farming, sekian terima kasih.

Y.B. DATUK SERI JAMIL BIN SALLEH : Soalan tambahan.

Y.B. TUAN MUHAMMAD IZUAN BIN AHMAD KASIM : Terima kasih


kepada Yang Berhormat EXCO di atas jawapan itu tadi. Cuma saya nak tanya
daripada pihak Yang Berhormat EXCO adakah pihak Kerajaan Negeri mempunyai
perancangan untuk, sebab tadi salah satu yang disebut ialah program skim latihan
atau inkubator. Cuma masih banyak lagi tanah-tanah yang dimiliki oleh PKPS yang
kemungkinan kita boleh gunakan konsep mentor menti yang mana golongan anak
muda, mungkin wanita juga boleh terlibat, turut sama kita gunakan konsep mentor
menti dalam tempoh setahun ke dua tahun setiap daripada mereka diberikan sebidang
tanah dalam beberapa ekar dan diajar dalam cara menguruskan kewangan di set up
kan dia punya company. Apabila hasilnya setelah 2 tahun mereka sudah mempunyai
ilmu dan menguruskan syarikat masing-masing, mereka sendiri boleh keluar daripada
konsep mentor menti itu dan pergi ke Agrobank membuat pinjaman kerana
mempunyai rekod perniagaan dan secara tidak langsung ini boleh mengembangkan
lagi konsep tersebut. Terima kasih.

Y.B. TUAN IR. IZHAM BIN HASHIM : Terima Kasih Kota Damansara. Itulah
sebenarnya kita telah laksanakan di peringkat awal lagi di bawah Pelan Transformasi
Agro Selangor ini daripada awal memang kita meletakkan mentor menti ini sebagai
satu program penting kerana kita sedar bahawa kalau usahawan ini ataupun
agroprenuer ini kalau tidak dibimbing daripada awal sehingga ke peringkat pemasaran
kita dapati kegagalannya sangat tinggi. 1 daripada 10 kita dapati dalam statistik 1
daripada 10 akan gagal. 1 sampai 10 yang berjaya sebenarnya kalau kita tidak
bimbing begitu dan memang kita telah laksanakan dan jagung bijian ini semua
termasuk dalam 12 tanaman yang merupakan tanaman bernilai tinggi yang kita telah
melaksanakan setakat ini adalah melon ya. Melon yang baru ini pun kita lancarkan,
di bawah agrobandar lagi. Itu sebenarnya telah pun dilaksanakan di bawah mentor
menti program dan ada lagi tanaman-tanaman yang telah kita kenal pasti termasuklah
halia, salad yang bernilai tinggi iaitu sayuran yang bernilai tinggi, jagung bijian ini
termasuk dalam 12 tanaman bernilai tinggi yang sedang kita beri fokus. Itu memang
kita laksanakan dan kita kembangkan lagi. Terima kasih.

Y.B. DATUK SERI JAMIL BIN SALLEH : Soalan tambahan.

Y.B. DATO’ DR. AHMAD YUNUS BIN HAIRI : Soalan tambahan.

TUAN TIMBALAN SPEAKER : Silakan Dengkil.

Y.B. DATUK SERI JAMIL BIN SALLEH : Yang Berhormat, saya ingin
bertanya isu penanaman jagung ini akan berterusanlah tidak akan mencukupi. Jadi

11
1 MAC 2024 (JUMAAT)

adakah usaha-usaha daripada pihak kerajaan untuk membuka seluas-luasnya permit


untuk pengimportan jagung berkenaan? Supaya harganya dapat bersaing dengan
baik.

Y.B. TUAN IR. IZHAM BIN HASHIM : Terima kasih Yang Berhormat mana?
Dengkil, minta maaf. Yang Berhormat Dengkil, sebenarnya keperluan jagung bijian
ini untuk makanan ayam dan juga ruminan adalah di sekitar 4 juta tan setahun. Sangat
banyak dan kita mengimport lebih RM3 bilion nilai dia dan memang sebenarnya
memang mendapat galakan di peringkat negeri dan juga di peringkat persekutuan
bahawa usaha untuk kita mengurangkan apa nama ini pergantungan kepada jagung
daripada luar ini sebenarnya. Sekarang ini kita hanya mampu mengeluarkan
tempatan di seluruh negara di sekitar 3 peratus begitu sahaja daripada keperluan
jagung bijian ini. Sangat, jadi potensinya sangat besar dan tidak ada masalah untuk
mengimport jagung ini tetapi masalahnya sekarang ini ialah kita perlu kurangkan
pergantungan itu dan saya yakin dan percaya tanaman ini merupakan satu tanaman
yang berpotensi besar sebenarnya sebab ayam ini saya yakin akan berterusan
keperluan ayam ini meningkat bukan mengurang keperluan ayam. Jadi, sudah pasti
makanannya adalah menjadi penting dan jagung ini untuk pengetahuan Ahli-Ahli Yang
Berhormat 65 % daripada makanan ayam adalah jagung. 65 %, setakat ini masih lagi
bertahan 65 % satu nilai yang tinggi, untuk ruminan itu dia rendah sedikit tetapi untuk
ayam memang tinggi. Jadi kita perlu galakkan sekarang ini untuk tingkatkan dan kita
berjaya buktikan bahawa kos tempatan lebih murah dalam RM900 satu tan. Saya
yakin selepas pusingan kedua, pusingan ketiga dia akan turun lagi kepada RM600
sedangkan harga yang kita import sekarang RM1200 itu kira dah rendah biasanya dia
boleh naik sehingga RM1500 hingga RM1800 satu tan. Memang menguntungkan dan
boleh diusahakan di dalam Negara untuk mengurangkan pergantungan kepada
jagung daripada luar. Terima kasih.

Y.B. DATO’ DR. AHMAD YUNUS BIN HAIRI : Soalan tambahan. Terima kasih.
Kalau tadi disebutkan Yang Berhormat EXCO bahawa pengeluaran pertama adalah
118 tan daripada 42 ekar yang telah diusahakan dan saya kira kalau 300 ekar tidak
melebihi daripada 1,500 tan dalam satu (1) tuaian. So, dalam masa setahun,
berapakah jangkaan yang kita boleh dapat dan berapa keperluan kalau di negeri
Selangor ini dalam setahun setakat ini, kalau tadi 4 juta tan itu, untuk satu Selangor?
Jadi, saya juga hendak tahu dalam sudut contract farming ini sekurang-kurangnya
adakah, berapa ekar yang nampak ia ada commercial value kepada pemilik untuk
mereka juga terlibat kepada, dalam contract farming ini yang akhirnya juga akan
memberikan satu kebaikan kepada pengusaha-pengusaha yang di luar yang
berminat. Terima kasih.

Y.B. TUAN IR. IZHAM BIN HASHIM : Terima kasih Yang Berhormat Sijangkang.
Untuk pengetahuan semua, jagung ini, dia punya tanaman dia, ia sekitar empat (4)
bulan, empat (4) bulan untuk kita harvest. Jadi, maknanya dalam setahun itu, kita
boleh buat dua (2) kali lah untuk kita usahakan dan uniknya di sini, di Kuala Langat

12
1 MAC 2024 (JUMAAT)

Selatan ini, yang kita buat baru-baru ini ialah ia di tanah gambut. Ini adalah
merupakan sejarah dalam negara orang tanam jagung dalam tanah gambut. Cuma
ada masalahnya sekarang ini, ini membuktikan bahawa dalam sebarang jenis tanah
boleh ditanam jagung ini. Jadi, kecuali tanah yang banjir lah, tidak boleh diusahakan.
Cuma masalah tanah gambut ini mekanisasi lah sebab jagung ini kalau hendak
economical dan berdaya maju ia perlu dibuat di kawasan yang luas supaya kita boleh
mechanize kan menggunakan jentera yang, jadi tidak boleh masuklah, lembik. Jadi
kita akan tengok macam mana lah untuk baiki lagi dan kita boleh turunkan lagi kos.
Keperluan Selangor ini, saya tidak ada exact figure tetapi keperluan negara itu
memang ada tetapi memang tinggilah sebab Selangor ini antara pengeluar ayam yang
agak tinggi dalam negara kita. Di Sabak Bernam sahaja tiga juta ekor satu cycle.
Jadi, satu angka yang besar dan kita mengeluarkan hampir 50% keperluan Selangor
ini kita mengeluarkan 50% lagi kita import daripada luar negeri Selangor. So,
maknanya tinggi penggunaan jagung, ayam, jagung bijian ini bagi negeri Selangor
dan saya tidak lihat ada masalah untuk kita mendapatkan pasaran dalam jagung ini
cuma kita hendak kena jaga kosnya dan saya yakin dengan, kita ada buat ujian
sebelum ini pun di Sungai Tengi di sini pun kita dah buat dan kita dapati kos memang
boleh menguntungkan untuk kita laksanakan secara lebih meluas termasuklah cara
contract farming. Terima kasih.

TUAN TIMBALAN SPEAKER : Terima kasih. Yang Berhormat Teratai.

Y.B. TUAN YEW JIA HAUR : Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker.
Soalan saya Nombor 30.

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA


Y.B. TUAN YEW JIA HAUR
(N22 TERATAI)

TAJUK : PELABURAN DARI LUAR NEGARA

30. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a) Sila nyatakan jenis dan modal pelaburan dari luar negara dalam tempoh 3 tahun
yang lepas.

JAWAPAN :

Y.B. TUAN NG SZE HAN : Tuan Speaker, sejak tiga tahun yang lalu,
iaitu 2021 hingga September 2023, sejumlah RM47.57 bilion modal pelaburan asing
telah masuk ke negeri Selangor. Daripada jumlah ini RM21.53 bilion adalah bagi
sektor pembuatan dan selebihnya iaitu RM26.04 bilion adalah sektor perkhidmatan.

13
1 MAC 2024 (JUMAAT)

Secara keseluruhan, jumlah modal pelaburan asing ke Selangor pada tiga (3) tahun
tersebut adalah RM1.99 bilion pada 2021, RM30.17 bilion pada 2022 dan RM15.4
bilion untuk tahun 2023. Ini adalah angka sehingga September 2023. Jadi bagi
senarai jenis modal pelaburan dari luar negara dalam tempoh tiga (3) tahun yang
lepas, bagi penyumbang utama bagi sektor pembuatan adalah electronics dan
electrical products dengan jumlah pelaburan sebanyak RM14,227,331,681.00. Ini bagi
sektor pembuatan, penyumbang utama iaitu electronics dan electrical products.

Dan bagi penyumbang utama bagi sektor perkhidmatan, iaitu information and
communications adalah sebanyak RM21,364,000,000.00 dan oleh kerana jawapan ini
melibatkan banyak angka sekiranya saya perlu baca sektor by sektor, ia mengambil
masa yang sangat panjang, jadi saya akan membekalkan jawapan ini secara bertulis
kepada Yang Berhormat Teratai. Dan untuk makluman Ahli Dewan juga, Invest
Selangor telah meletakkan sasaran pelaburan asing dan domestik sebanyak RM45
bilion bagi tahun 2023. Dan semalam, saya hendak kongsikan satu berita baik.
Semalam, Malaysian Investment Development of Authority ataupun MIDA telah
mengumumkan jumlah pelaburan iaitu merangkumi kedua-dua pelaburan domestik
dan asing berjumlah RM55.3 bilion melebihi sasaran Kerajaan Negeri Selangor (Ahli
Dewan menepuk meja). Berdasarkan data MIDA juga untuk tahun 2023, projek
perkilangan atau sektor pembuatan mencatatkan peningkatan tahun ke tahun iaitu
RM19.3 bilion tahun lalu berbanding dengan RM12.2 bilion pada tahun 2022. Sekian,
terima kasih.

Y.B. TUAN ONG CHUN WEI : Soalan tambahan. Yang Berhormat, bolehkah saya
bertanya? Berapakah jumlah pelaburan domestik sahaja bagi tiga (3) tahun yang ini?

Y.B. TUAN NG SZE HAN : Tuan Speaker dan juga Yang Berhormat
Balakong, secara keseluruhan, untuk tempoh tiga (3) tahun yang lepas, jumlah
pelaburan domestik adalah sebanyak RM42.9 bilion dan RM45.7 bilion seperti yang
disebut tadi menjadikan jumlah pelaburan tiga (3) tahun negeri Selangor adalah
sebanyak RM90.4 bilion. Yang hampir, yang penting sekali, biar saya habis dulu,
hampir 65,000 peluang pekerjaan baru terhasil daripada jumlah pelaburan ini dan
hampir separuh daripadanya adalah (ketawa) pekerjaan mahir. Jadi, saya hendak
menekankan di sini mengenai pekerjaan mahir yang tinggi ini, Kerajaan Negeri
Selangor sentiasa beriltizam untuk melahirkan pekerja mahir di Selangor apabila kita
membuat penilaian pelaburan yang ingin masuk ke negeri Selangor kerana saya
nampak ini memang merupakan satu perkara yang cukup penting dan contohnya saya
hendak bagi satu perbandingan, antara dua (2) sektor yang terbesar di Malaysia iaitu
automotif dan aeroangkasa. Pada 2019 sektor aeroangkasa menjana RM16 bilion
dan dengan hanya 25,000 pekerja tetapi automotif memerlukan 700,000 pekerja dan
menjana RM50 bilion. Sektor aeroangkasa cuma perlukan 75,000 pekerja mahir
untuk peroleh pendapatan yang sama dengan hanya 10% tenaga kerja yang
diperlukan untuk sektor automotif. Jadi, sektor beginilah yang menjadi keutamaan
yang tinggi bagi Kerajaan Negeri Selangor dan semua taman industri yang Kerajaan

14
1 MAC 2024 (JUMAAT)

Negeri Selangor bina termasuk Selangor Aero Park di Sepang, di bawah


pembangunan IDRISS bermatlamat menyediakan peluang pekerjaan berkemahiran
tinggi, berproduktiviti tinggi dan yang penting sekali kita dapat mewujudkan lebih
banyak peluang pekerjaan dengan gaji yang lebih tinggi bagi anak-anak muda di
negeri Selangor dan seluruh warga Selangor. Terima kasih.

TUAN TIMBALAN SPEAKER : Hulu Kelang, silakan.

Y.B. DATO’ SERI MOHAMED AZMIN BIN ALI : Yang Berhormat EXCO
menjawab soalan Teratai dan Balakong tetapi saya tidak faham mengapa dia tengok
kepada saya? Saya belum tanya soalan tambahan lagi ya. Mungkin dia
menjangkakan saya akan bertanya. Berdasarkan pengumuman MIDA semalam
sukacita saya memberikan maklumat tambahan. Negeri Selangor mencatatkan
RM55.3 bilion. Jangan tepuk dulu. Pulau Pinang mencatatkan RM71.8 bilion dan
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan RM58.3 bilion. Dengan jumlah
yang diumumkan Selangor jatuh ke tangga ketiga berbanding tangga kedua pada
tahun 2022 dengan nilai pelaburan RM60.5 bilion. Walau bagaimanapun, saya
bersyukur kerana Selangor mencatatkan satu angka yang baik cuma saya hendak
tanya dengan Yang Berhormat EXCO. Kalau kita teliti jumlah pelaburan di peringkat
negara pada suku tahun keempat 2023. Ada pertambahan RM104.5 bilion daripada
RM225 bilion sehingga September, melonjak kepada RM329.5 bilion ada
pertambahan RM104.5 bilion itu. Namun, yang menjadi persoalannya daripada
RM104.5 bilion ini, yang datang ke Selangor hanya RM13.7 bilion. Manakala jumlah
yang jauh lebih besar berlabuh di Pulau Pinang, Johor, Wilayah Persekutuan. Jadi,
Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri Selangor untuk memastikan sektor-sektor
baru ini yang kita bincang panjang semalam dalam perbahasan sama ada soal sektor
digital, sektor AI dapat datang ke Negeri Selangor rather than to other States seperti
Pulau Pinang dan negeri Johor. Terima kasih.

Y.B. TUAN NG SZE HAN : Terima kasih soalan daripada Hulu Kelang.
Tadi dia telah bersedia hendak bangun untuk bertanya, jadi saya pandang kepada
Yang Berhormat Hulu Kelang dan ingin memberi peluang kepada Yang Berhormat
Hulu Kelang untuk bertanya. Jadi, tadi yang disebutkan oleh Yang Berhormat Hulu
Kelang itu memang betul. Tiga negeri yang mencatatkan pelaburan yang paling tinggi,
pertama Pulau Pinang, yang kedua Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan
kedudukan negeri Selangor adalah di kedudukan yang ketiga tetapi bagi saya yang
pertama sekali adalah ketiga-tiga ini adalah di bawah kerajaan yang. Dan bagi negeri
Selangor, Kerajaan Negeri Selangor telah meletakkan sasaran sebanyak RM45 bilion
bagi tahun 2023 dan kita berjaya melebihi target yang telah kita set kan iaitu RM55.3
bilion. Bagi saya ini merupakan satu pencapaian yang cukup baik dan saya hendak
ucapkan tahniah kepada semua agensi di Negeri Selangor kerana telah berusaha kuat
untuk mencatat satu rekod yang baru iaitu RM55.3 bilion. Jauh melebihi RM45 bilion
yang telah diletakkan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Dan bagi soalan yang
ditanyakan oleh, soalan kedua yang ditanyakan oleh Yang Berhormat Hulu Kelang itu,

15
1 MAC 2024 (JUMAAT)

bagaimana eh kenapa kita hanya berjaya menarik RM13 bilion berbanding dengan
RM104.5 bilion yang dimasuk ke Malaysia bagi suku yang terakhir. Bagi saya, tadi
saya telah jawab yang paling penting sekali, bukan kata jumlah pelaburan itu tidak
penting, itu penting, saya setuju jumlah pelaburan itu penting tetapi ia bukan segala-
galanya kerana Kerajaan Negeri Selangor memberi fokus kepada industri yang boleh,
yang akan masuk dan akan memberi spillover effect yang dapat mewujudkan peluang
pekerjaan dengan gaji yang lebih tinggi dan dapat mewujudkan rantaian ekosistem
yang lebih lengkap supaya kita dapat membawa SME dan pembuatan, sektor
pembuatan perkhidmatan yang lain di negeri Selangor bersekali dengan pelaburan
yang akan masuk ke negeri Selangor. Ini merupakan fokus yang utama sebentar lagi
dan Pulau Pinang berjaya mencatat satu angka pelaburan yang cukup tinggi kerana
sektor semi konduktor dan Kerajaan Negeri Selangor juga akan mengumumkan satu
pelan rancangan tidak lama lagi berkenaan sektor semi konduktor yang akan
diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dan saya yakin berita
baik ini tidak lama lagi kita akan dapat kongsikan bersama semua warga negeri
Selangor.

Y.B. DATO’ SERI MOHAMED AZMIN BIN ALI : Tuan Speaker, boleh satu
sahaja? Tambahan daripada jawapan EXCO.

TUAN TIMBALAN SPEAKER : Silakan.

Y.B. DATO’ SERI MOHAMED AZMIN BIN ALI : Saya percaya Yang Berhormat
EXCO boleh dapat maklumat yang lebih terperinci daripada MIDA. RM104.5 bilion ini
diluluskan hanya pada saat-saat akhir, iaitu pada bulan Disember memandangkan
Kerajaan Persekutuan telah meluluskan satu blueprint yang saya sebut DESAC Digital
Ecosystem Acceleration Scheme begitu, untuk mempercepatkan approval bagi
pelabur-pelabur dalam sektor yang berkualiti tinggi. Jadi, RM104.5 bilion itu bukan
sektor yang labour intensive, memang yang melibatkan digital, melibatkan AI dan
teknologi-teknologi tinggi. Jadi, hampir kesemua pelaburan yang diluluskan pada
suku keempat tahun lepas memang tertumpu sektor berimpak tinggi. Jadi, persoalan
saya tadi mengapa Selangor tidak dapat menggamit pelaburan yang berkualiti ini.
Untuk melabur di Selangor dan mereka memilih negeri-negeri lain walaupun secara
keseluruhannya baik untuk negara tetapi saya mahu Selangor terus menjadi hub bagi
teknologi tinggi khususnya dalam sektor digital dan juga AI, terima kasih.

Y.B. TUAN NG SZE HAN : Terima kasih daripada pandangan dan


cadangan daripada Yang Berhormat Hulu Kelang. Jadi di Negeri Selangor tadi saya
telah sebut kita akan mengumumkan satu pelan rancangan untuk membangunkan
industri semi konduktor tidak lama lagi. Ini bukan sahaja semi konduktor ia termasuk
IC Design, ini akan diumumkan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar tidak lama
lagi tunggulah berita baik ini yang akan diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’
Menteri Besar dan ini akan membantu Negeri Selangor untuk mengadakan satu
ecosystem yang setanding dengan Negeri-negeri lain dan maka dengan ada

16
1 MAC 2024 (JUMAAT)

rancangan itu saya yakin kita akan dapat menarik lebih banyak pelabur semi
konduktor yang berkualiti tinggi dan berimpak tinggi ke Negeri Selangor. Terima
kasih.

TUAN SPEAKER : Terima kasih Yang Berhormat EXCO.

Y.B. TUAN ROSNIZAN BIN AHMAD : Terima kasih Tuan Pengerusi, soalan saya
nombor 31.

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA


Y.B. TUAN ROSNIZAN BIN AHMAD
(N53 MORIB)

TAJUK : RUMAH SELANGORKU MORIB

31. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar : -

a) Apakah status terkini Rumah Selangorku di Morib yang tergendala? Bilakah


projek ini dapat disempurnakan kerana sepertimana yang dimaklumkan oleh
pemaju adalah ianya akan disempurnakan sepertimana dijadualkan iaitu pada
akhir Disember 2023?

JAWAPAN :

Y.B TUAN BORHAN BIN AMAN SHAH : Terima kasih Yang Berhormat Morib dan
terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Yang Berhormat Morib ada
bertanyakan tentang apakah status terkini Rumah Selangorku di Morib yang
tergendala, bilakah projek ini dapat disempurnakan kerana sepertimana yang
dimaklumkan oleh pemaju adalah ianya akan disempurnakan sepertimana
dijadualkan iaitu pada akhir Disember 2023. Untuk makluman Yang Berhormat,
beberapa siri mesyuarat dan lawatan tapak telah diadakan bagi memantau
perkembangan pembinaan projek Rumah Selangorku Pangsapuri Morib Anggun oleh
pihak Kerajaan Negeri dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan. Antara
perkembangan terkini adalah seperti berikut, Pada 22 Januari 2024, pihak Jabatan
Perumahan Negara (JPN) telah mengadakan Mesyuarat Di Bawah Seksyen 10E
(1)(a) Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1966 (Akta 118) Untuk
Hadir Di Hadapan Pegawai Pemeriksa Bagi Tujuan Siasatan Secara Lisan Berkaitan
Projek Perumahan Bermasalah Sentoria Harta. Hasil daripada mesyuarat tersebut,
terdapat pindaan Jadual Pelaksanaan Projek yang mana projek dijangkakan akan
siap sepenuhnya pada Disember 2024. Jadual ini adalah selaras seperti mana yang
dikemukakan kepada pihak LPHS pada 22 November 2024. Pihak Majlis
Perbandaran Kuala Langat (MPKL) juga telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa
Kecil Pemulihan Projek Perumahan Swasta Terbengkalai & Bermasalah Daerah

17
1 MAC 2024 (JUMAAT)

Kuala Langat Bil.1/2024. Pada 7 Februari 2024 melibatkan pembangunan Rumah


Selangorku Morib, pihak MPKL akan mengeluarkan notis untuk memohon laporan
secara bertulis daripada pihak pemaju. Hasil daripada tindakan tersebut, beberapa
langkah yang telah dan akan dibuat oleh pihak pemaju iaitu, pihak pemaju telah
menyelesaikan perkara berkaitan Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. yang mana
‘Bank Guarantee’ (BG) telah dikemukakan dan Pelan Sistem Bekalan Air Luaran
Interim telah pun mendapat kelulusan. Oleh yang demikian, kerja-kerja infrastruktur
yang berkaitan boleh dilaksanakan oleh pemaju. Jadi maksudnya pihak pemaju
melunaskan BG yang ini pokok asal yang Berhormat Morib menyebabkan tidak boleh
utiliti antara elektrik dan juga air tidak dapat dilaksanakan tetapi apabila BG telah
dijelaskan maka telah menjadi tanggungjawab pihak Air Selangor dan juga pemaju
boleh meneruskan kerja-kerja dan terdapat pelabur baru yang akan menyokong projek
dan suntikan dana signifikan. Yang ini sudah ada suntikan dana baru dan ada
perubahan pengurusan tertinggi syarikat turut diganti dalam lapangan diteruskan
maksudnya Lembaga Pengarah sudah bertukar jadi Lembaga Pengarah sudah
bertukar dan kita datang dengan Lembaga Pengarah yang baru menyebabkan
beberapa perkara teknikal yang harus di teruskan dan ketiga terdapat pindaan Jadual
Pelaksanaan Projek yang mana projek dijangkakan akan siap sepenuhnya dan ini
jaminan yang diberi oleh pihak pemaju dan dipantau oleh pihak MPKL serta LPHS di
mana pada Disember 2024 dapat diteruskan ataupun diserahkan kepada pihak
pembeli dan pihak pemaju juga sedang menyelesaikan perkara-perkara berkaitan
dengan pihak perbankan dan juga melancarkan kerja pembinaan di lapangan.
Nampaknya daripada segi projek ini kita memantau dan dapat melaksanakan.
Seterusnya Insha’ Allah Disember 2024 akan dapat disiapkan. Terima kasih Yang
Berhormat.

TUAN SPEAKER : Ada soalan tambahan? Morib silakan.

Y.B. TUAN ROSNIZAN BIN AHMAD : Terima kasih kepada jawapan daripada
EXCO. Cuma apa saya perhatikan, projek ini sudah terlalu lama dan menjanjikan
tempoh yang drag, yang lama dan saya selalu memantau keadaan ini sebabkan
pembeli adalah daripada penjawat awam sendiri dan kita pun tahu keadaan ini.
Kesempitan mereka dengan membayar bank dan menyewa rumah lain. Apa pun saya
akan memantau terus terima kasih kepada EXCO yang diberitahu pada Disember
2024 dan soalan saya, adakah kali ini jaminan itu diberi? Kerana kita faham kita tidak
boleh selalu berjanji sebab janji itu menyakitkan bila tidak ditepati. Sekian, terima
kasih.

Y.B TUAN BORHAN BIN AMAN SHAH : Terima kasih Yang Berhormat Morib. Ya
lah jaminan ini kita adalah turutan daripada keputusan dan apa juga yang dibuat oleh
pihak pemaju berjanji kepada pihak MPKL dan juga LPHS dan adalah menyebabkan
perkara yang antara yang saya nampak kelewatan ini kerana mereka masa itu ada
masalah dana untuk membayar BG yang pada asalnya mereka harus bayar sebanyak
RM18juta tetapi atas usaha yang diberi dan sokongan yang diberikan Yang Amat

18
1 MAC 2024 (JUMAAT)

Berhormat Dato’ Menteri Besar, kita telah memberikan kelonggaran sedikit. Maka
dengan sumber yang kita beri, kelulusan yang itu, mereka dapat melunaskan dan
membayar BG ini kepada pihak utiliti. Jadi ini yang antara yang menyebabkan
masalah suntikan dana dan saya lihat usaha oleh pemaju ini telah menuju ke jalan
yang agak lebih menyelesaikan masalah. Terima kasih.

TUAN SPEAKER : Yang Berhormat Paya Jaras.

Y.B. DATO’ DR. HALIM BIN TAMURI : Soalan saya nombor 32.

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA


Y.B. DATO' DR. HALIM BIN TAMURI
(N38 PAYA JARAS)

TAJUK : PROJEK PELEBARAN JALAN FT54, SUNGAI BULOH

32. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar : -

a) Berapakah jumlah rumah penduduk di sepanjang jalan yang terlibat dalam projek
pelebaran jalan ini?

b) Adakah penduduk tersebut menerima pampasan atau ganti rugi?

JAWAPAN :

Y.B. TUAN IR. IZHAM BIN HASHIM : Terima kasih Yang Berhormat Paya Jaras
dan Tuan Timbalan Speaker. Paya Jaras bertanyakan soalan berhubung dengan
Projek Menaiktarafkan Jalan Persekutuan FT 54 daripada Sungai Buloh ke Asam
Jawa Kuala Selangor yang telah pun siap pada tahun 2021 tentang jumlah penduduk
yang terlibat dalam projek menaiktarafkan ini. Sebanyak 91 Lot tanah yang terlibat di
sepanjang jalan bagi projek pelebaran ini jalan FT54 dan telah menerima pampasan
daripada Kerajaan Persekutuan dan keseluruhan pampasan berjumlah RM
25,598,427.99. Terima kasih.

TUAN SPEAKER : Soalan tambahan silakan.

Y.B. DATO’ DR. HALIM BIN TAMURI : Terima kasih kepada Yang Berhormat
dengan jawapan yang diberikan. Cuma saya hendak tanyakan sedikit ada beberapa
kes penduduk yang berjumpa dengan saya iaitu, mereka yang tidak dapat pampasan.
Yang dapat pampasan sudah dapat geran tapi ada penduduk yang lama duduk situ
peneroka dan mereka memang ada memohon tanah tetapi tidak dapat, tetapi mereka
sudah duduk situ dekat 40 tahun meneroka. Jadi adakah mereka yang distatuskan
sebagai peneroka, yang tidak dapat lot tanah ini akan dapat ganti ataupun, mereka ini

19
1 MAC 2024 (JUMAAT)

akan diberikan peluang untuk dapat gantian sebab mereka ini orang lama-lama dekat
situ tetapi apabila mohon kepada Kerajaan Negeri tidak dapat. Ada dalam 15 hingga
20 orang yang berjumpa dengan saya. Adakah mereka diberi peluang satu, berapa
jumlah pampasan? dan kedua adakah mereka dapat peluang tanah walaupun secara
legal nya memang tiada tanah tetapi secara yang dibuat mereka sudah stay lama
dengan bukti-bukti yang telah diberikan? Mohon penjelasan daripada EXCO, terima
kasih.

Y.B. TUAN IR. IZHAM BIN HASHIM : Terima kasih Yang Berhormat. Untuk
makluman Yang Berhormat, sebarang projek yang melibatkan pengambilan tanah di
sama ada jalan atau sebagainya memang kita akan buat bancian yang lengkap untuk
mendapatkan maklumat dan projek ini sebagaimana disebutkan tadi di bawah
Persekutuan tetapi kita membantu dari segi mendapatkan mereka-mereka
menyelesaikan isu tanah di laluan jajaran ini dan setakat ini memang yang dikenal
pasti 91 lot dan telah pun dibayar tetapi jika ada lagi yang kita dapati ada bantahan
dan sebagainya, boleh dibawa ke dalam pengetahuan saya untuk kita lihat secara
teliti balik sebab projek ini pun telah 3 tahun sudah siap dan kita hendak tengok balik.
Setakat ini memang setakat yang diberikan dan jika ada lagi kita kan tengok kalau ada
kewajaran untuk kita meneliti balik isu-isu berkaitan pampasan ini. Terima kasih.

TUAN SPEAKER : Yang Berhormat Pelabuhan Klang.

Y.B. TUAN AZMIZAM BIN ZAMAN HURI : Terima kasih Yang Berhormat Tuan
Speaker soalan dari Pelabuhan Klang bernombor 33.

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA


Y.B. TUAN AZMIZAM BIN ZAMAN HURI
(N46 PELABUHAN KLANG)

TAJUK : ALAM SEKITAR

33. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar : -

a) Apakah inisiatif yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk melindungi dan
memulihara alam sekitar di Selangor?

b) Bagaimanakah Kerajaan Negeri akan mengatasi masalah pencemaran sungai?

c) Apakah langkah-langkah yang diambil untuk menggalakkan amalan kitar semula


di kalangan rakyat?

JAWAPAN :

20
1 MAC 2024 (JUMAAT)

Y.B. PUAN JAMALIAH BINTI JAMALUDDIN : Terima kasih Yang Berhormat


Pelabuhan Klang. Pelbagai Inisiatif yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri
Selangor dalam melindungi dan memulihara alam sekitar. Jadi antara usaha-usaha
dan inisiatif-inisiatif yang dijalankan, saya kan list kan secara ringkas kerana nampak
macam karangan. Pertamanya, Kempen Kesedaran seperti Karnival Alam Sekitar
keduanya Kempen bebas Plastik dan Pelaksanaan Kutipan Caj Beg Plastik dan ketiga
Program Penanaman Pokok, keempat Program Pengumpulan E-waste dan
seterusnya Pembangunan Large Scale Solar dan Pemasangan Panel Solar dan
Lampu Solar di Bangunan Kerajaan Negeri dan seterusnya Dasar larangan
Beroperasi Kilang Permis Memproses Sisa Kitar Semula Plastik di Negeri Selangor,
Dasar Perubahan Iklim Negeri Selangor, Penambahbaikan Caj Beg Plastik Negeri
Selangor dan pada tahun ini kita juga akan teruskan usaha bagi menubuhkan Pusat
Adaptasi Perubahan Iklim. Kerajaan Negeri melalui Lembaga Urus Air Selangor
ataupun (LUAS) telah melaksanakan 12 tindakan berikut dalam mengatasi isu
pencemaran sungai merangkumi menjalankan rondaan 24 jam melalui Skuad
PANTAS LUAS bagi memastikan tindakan-tindakan pemuliharaan kualiti sumber air
dan penguatkuasaan ke atas pihak yang berkaitan yang menyebabkan aktiviti
pencemaran dapat diambil. Selain daripada itu menjalankan tinjauan sungai-sungai
di Negeri Selangor melalui Unit Penguatkuasaan LUAS bagi mengenal pasti aktiviti-
aktiviti dalam 50 meter rizab sungai yang berpotensi menyumbang kepada isu
pencemaran sumber air dan juga Kajian Inventori Guna Tanah Di Rizab Sungai bagi
sungai-sungai berisiko bagi langkah pencegahan dan kawalan aktiviti di rizab sungai
bagi tindakan pemantauan dan penguatkuasaan bersepadu. Seterusnya pemasangan
stesen telemetri kualiti air di hulu muka sauk sebagai sistem amaran awal ataupun
early warning system bagi meminimumkan henti tugas loji rawatan air, pemantauan
berkala ke atas kawasan-kawasan yang telah diisytiharkan sebagai zon perlindungan
di bawah Seksyen 48 Enakmen LUAS (1999) seperti Kawasan Empangan dan kolam-
kolam sumber air alternatif dan seterusnya LUAS juga melaksanakan tindakan
penguatkuasaan secara penyitaan di bawah Seksyen 99A sehingga seksyen 99F
Enakmen LUAS (1999) ke atas harta benda yang mempunyai berkaitan dengan
kesalahan-kesalahan tertentu dan seterusnya mengambil tindakan penguatkuasaan
secara pengkompaunan atau pendakwaan secara terus bagi kesalahan-kesalahan
berkaitan pencemaran sumber air tanpa lesen/kebenaran daripada Pengarah LUAS.
Selain daripada itu perkara yang penting adalah kolaborasi bersama agensi-agensi
Kerajaan di peringkat Persekutuan dan Negeri seperti PDRM, SPEN, Jabatan Alam
Sekitar, Pentadbir Tanah dan Daerah, Pihak-pihak Berkuasa Tempatan dan juga
melalui pihak berkepentingan iaitu Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. dalam
mengesan suspek-suspek yang disyaki menyebabkan pencemaran air, LUAS juga
melaksanakan blok pemantauan kualiti air atau pun dikenali sebagai River Monitoring
Program (RMP) di sepanjang rizab sungai utama Negeri Selangor dan juga anak-anak
sungai yang berisiko. Selain daripada itu usaha bersama dengan komuniti dan
pemimpin kawasan juga sangat penting. Oleh itu LUAS juga mempergiatkan usaha

21
1 MAC 2024 (JUMAAT)

dan memperkasakan penglibatan agensi komuniti NGO dan pihak berkepentingan


dalam aktiviti pemuliharaan sungai-sungai di Negeri Selangor.
Jadi, antara program yang dilaksanakan sebagai contoh Sahabat Sungai atau pun
dikenali Friends of River di mana program ini sebenarnya meliputi seluruh kawasan
sungai di Negeri Selangor yang menggalakkan penglibatan komuniti setempat dalam
memelihara dan memulihara kawasan sungai masing-masing. Selain daripada itu,
pelaksanaan ataupun penambahbaikan yang terkini adalah melaksanakan polisi
Pelepasan Sifar ataupun Zero Discharge Policy dan Polluter Pays Principle (PPP)
melalui pengenalan Peraturan Baharu, Peraturan-Peraturan Pelesenan Pembuangan
Air Kembalian dan Kemasukan atau Pelepasan Bahan Buangan dan Bahan
Pencemar Negeri Selangor 2024 dan Peraturan ZDP ini akan dijangka berkuat kuasa
pada suku kedua tahun 2024. Dan selain daripada itu juga, sebenarnya kita membuat,
mempunyai jawatankuasa-jawatankuasa yang telah ditubuhkan bagi pemantauan
dan penguatkuasaan berterusan. Sebagai contoh, Jawatankuasa Pengurusan
Lembangan Sungai dan Pantai Negeri Selangor yang dipengerusikan oleh Yang
Berhormat EXCO Infrastruktur dan Kemudahan Awam, pasukan petugas Lembangan
Sungai Klang, Lembangan Sungai Langat dan Lembangan Sungai Selangor yang
dipengerusikan oleh Pengarah Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan
Jawatankuasa Kecemasan Pencemaran Sumber Air Negeri Selangor yang
dipengerusikan oleh Yang Berhormat EXCO Kesihatan Awam dan Alam Sekitar. Dan
seterusnya pemantauan berkala ke atas kawasan-kawasan yang diisytiharkan
sebagai Zon Pelindungan. Selanjutnya juga, LUAS sebenarnya telah meminda
undang-undang bagi mengenakan tindakan ataupun hukuman yang lebih berat
kepada pesalah jenayah alam sekitar seperti pencemaran sumber air dengan
meminda Enakmen LUAS 1999 pada tahun 2020 seperti menetapkan hukuman yang
lebih berat iaitu hukuman penjara sebagai hukuman mandatori, menjadikan hukuman
denda daripada maksimum RM100,000.00 kepada denda minimum RM200,000.00
dan maksimum sehingga RM1 juta bagi kesalahan mencemarkan sumber air tanpa
lesen di bawah Seksyen 79(4), Enakmen LUAS 1999 dan juga memasukkan hukuman
tambahan di bawah Sub Seksyen 79(5) iaitu mana-mana orang yang disabitkan
dengan kesalahan hendaklah membayar semua perbelanjaan yang dilakukan oleh
LUAS ini termasuk memperbaiki ataupun memulihkan apa-apa pencemaran yang
disebabkan oleh kesalahan di bawah Seksyen 79 tersebut dan juga telah
memasukkan pencemaran bau sebagai salah satu elemen pencemaran di bawah
Seksyen 79(1)(a), Enakmen LUAS 1999.

Dan seterusnya kepada soalan langkah-langkah yang diambil untuk menggalakkan


amalan kitar semula di kalangan masyarakat, Kerajaan Negeri Selangor bersama
dengan kerjasama PBT dan Pejabat Daerah Tanah dan agensi lain sebagainya telah
mengadakan banyak kempen kesedaran seperti Kempen Bebas Plastik di setiap
acara ataupun program rasmi Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan bagi
memupuk kesedaran dan kesan negatif penggunaan plastik. Seterusnya
menggalakkan premis-premis menyediakan beg kitar semula kepada pengguna sama
ada secara percuma ataupun dengan jualan harga beg yang berpatutan, menjadikan

22
1 MAC 2024 (JUMAAT)

beg kitar semula sebagai salah satu pemberian sumbangan semasa program ataupun
acara bersama komuniti, menyediakan lebih banyak kemudahan pusat kitar semula,
memberikan insentif ataupun award kepada individu ataupun syarikat yang aktif dalam
aktiviti kitar semula, menjalankan penguatkuasaan berterusan premis-premis
perniagaan untuk tidak membekalkan beg plastik sekali guna ataupun polisterina dan
memberi bengkel kesedaran mengenai program kitar semula kepada semua lapisan
masyarakat terutamanya di sekolah dan juga di pusat pengajian tinggi supaya anak
muda juga terlibat dalam kempen kesedaran. Dan seterusnya, baru-baru ini juga
penganjuran Program Bawa Beg Sendiri di Bazar-bazar Ramadan dan pasar malam
dengan memberikan insentif berbentuk kupon ataupun makanan kepada pengguna
yang menyertai program tersebut dan juga penganjuran Program Bawa Beg Sendiri
di Bazar-bazar Ramadan dan pasar malam dengan memberikan insentif
berbentuk..yang ini sama. Tapi melihat menjelangnya bulan Ramadan, kita juga
mengharapkan kerjasama daripada semua Ahli-Ahli Dewan Negeri, pihak PBT dan
juga agensi kerajaan supaya kita dapat menggalakkan penggunaan beg sendiri
ataupun beg kitar semula di Bazar-bazar Ramadan. Sekian, terima kasih.

Y.B. DATO’ DR. AHMAD YUNUS BIN HAIRI : Soalan tambahan.

TUAN TIMBALAN SPEAKER : Terima kasih. Sijangkang. Bagi Sijangkang


dululah.

Y.B. DATO’ DR. AHMAD YUNUS BIN HAIRI : Boleh Pelabuhan Klang ya?
Terima kasih Tuan Speaker. Antara jawapan yang sangat panjanglah saya dengar.
Mungkin Pelabuhan Klang rindu suara daripada EXCO.

Tadi, pencemaran bau adalah sebahagian daripada pencemaran di bawah Enakmen


LUAS dan di kawasan saya ini, ada satu anak sungai ataupun parit besar sejajar
dengan Jalan Manggis di Teluk Panglima Garang. Yang mana pencemaran bau ini
saya ingat sudah berlanjutan hampir puluhan tahunlah. Dan saya kira ini hasil
daripada perindustrian yang ada di sekitar itu. Dan, setakat ini saya tidak nampak ada
satu penyelesaian yang tuntas. Saya harapkan apakah inisiatif yang mungkin boleh
dibulatkan oleh EXCO lah saya ingat diberikan keutamaan, antara keutamaan yang
sangat pentinglah sebab ini kawasan perindustrian dan memberikan impak kepada
masyarakat tempatan dan saya ingat menyebabkan pergaduhan di kalangan mereka
juga. Apakah mungkin inisiatif yang boleh dilakukan oleh peringkat EXCO oleh
Kerajaan Negeri? Terima kasih.

Y.B. PUAN JAMALIAH BINTI JAMALUDDIN : Terima kasih Yang Berhormat


Sijangkang. Saya kalau boleh minta pertolongan dan bantuan daripada Yang
Berhormat untuk memberikan maklumat yang lebih terperinci supaya kita dapat
sampaikan kepada LUAS dan melihat sekiranya aduan yang dibangkitkan oleh Yang
Berhormat itu adakah kita dapat menyelesaikan menggunakan enakmen yang terbaru
yang telah dimasukkan ke dalam Enakmen LUAS 1999.

23
1 MAC 2024 (JUMAAT)

Y.B. TUAN DR. AFIF BIN BAHARDIN : Satu lagi Yang Berhormat.
TUAN TIMBALAN SPEAKER : Okay, okay. Taman Medan.

Y.B. TUAN DR. AFIF BIN BAHARDIN : Saya, sebab ini soalan bertulis saya
dah ada jawapannya sekali. Ini tentang Enakmen LUAS yang telah kita wartakan
pada tahun 2020 dan kita lihat hukuman-hukuman yang telah digariskan dalam
enakmen ini sangat berat. Antaranya hukuman penjara, kena bayar denda, kena
pulihkan balik. Saya nak sedikit maklumat mungkin untuk perkongsian Ahli Dewan
supaya kita semua sedia maklum, Adakah dengan adanya enakmen ini, pernah tak
enakmen ini dikuat kuasa? Makna ada tak yang pesalah yang dah ditangkap dan
dihukum dengan enakmen ini? Sebab kalau ada dan kita kena promosikan supaya
mana-mana pesalah atau mereka yang nak mencemar sumber air di Negeri Selangor
akan rasa takut untuk buat benda ni. Sebab i think deterrence is important. Bukan
hanya kita dah gubal akta, kita dah apa enakmen jadi saya harap mungkin Yang
Berhormat EXCO boleh kongsikan pada kita. Ada tak pesalah-pesalah yang dah
ditangkap dan juga dah dijatuhkan hukuman dengan enakmen yang LUAS tahun 2020
pindaan ini?

Y.B. PUAN JAMALIAH BINTI JAMALUDDIN : Terima kasih Yang Berhormat


Taman Medan. Memang sukacita dimaklumkan kita telah menambah berat hukuman
yang telah disebutkan seperti tadi tetapi juga saya ingin sebenarnya memaklumkan
dalam perbincangan dengan pihak LUAS juga kita melihat apabila mengendalikan isu
pencemaran air sungai dan sebagainya sebenarnya mereka mempunyai strategi-
strategi yang tertentu di mana pada beberapa tahun ini kita telah fokus lebih kepada
mengenakan nilai kompaun. Mengapa begitu? Kerana kompaun lebih senang
digunakan dan kita dapat melaksanakan denda dan hukuman dengan lebih cepat.
Jadi, sekiranya berbanding dengan tahun 2017 sehingga tahun 2020, jumlah nilai
kompaun hanyalah di dalam anggaran saya lihat tidak sampai RM10,000.00 jumlah
yang telah dikompaun tetapi daripada tahun 2021 sehingga tahun 2023 jumlah yang
telah dikompaun melebihi RM700,000.00. Jadi, pada beberapa tahun ini apa yang
telah saya dapat maklumat dan informasi daripada pihak LUAS ataupun JAS ataupun
yang berkaitan antara isu-isu yang terjadi adalah banyak pihak pengilang, pihak
industri dan mungkin yang melakukan kesalahan jenayah alam sekitar dan
sebagainya mereka tidak mempunyai kesedaran. Jadi apa yang dilakukan dalam
beberapa tahun ini lebih kepada bagaimana kita boleh menyebarkan kesedaran,
apakah jenis peraturan yang patut dipatuhi oleh mereka yang membuka kilang
ataupun melakukan aktiviti-aktiviti yang menyumbang kepada pencemaran air sungai
dan juga kita melakukan kompaun secara orang kata lebih serius dan juga lebih
banyak dan dibuktikan dalam beberapa tahun ini sebenarnya banyak kes pencemaran
air sungai dan pencemaran lain telah diturunkan. Saya tidak mempunyai data dan
statistik tapi kalau nak saya boleh berikan.

TUAN TIMBALAN SPEAKER : Satu lagi Pandamaran.

24
1 MAC 2024 (JUMAAT)

Y.B. TUAN LEONG TUCK CHEE : Pandamaran boleh. Okay. Dalam hal ini
saya menyokong Taman Medan di mana kita harap sebab kita kena tegas terhadap
pencemar air di dalam Negeri Selangor sebab kita menghadapi banyak pencemaran
air mengakibatkan ramai rakyat Selangor terkesan dengan gangguan bekalan air.
Jadi, kita hanya walaupun hanya kompaun, kompaun tu tadi saya dengar daripada
Yang Berhormat EXCO hanya RM700,000.00, lebih tapi tak ada penjara. Mereka,
bagi RM700,000.00 lebih ni saya tak tau dari berapa syarikat atau pengusaha. Jadi,
amaun ini mungkin adalah sangat kecil kepada sesuatu syarikat yang besar. Jadi,
pandangan kita adalah tegas dan kita perlu ya, penjarakan. Menegaskan dengan
hukuman penjara barulah semua orang takut dengan tidak mencemarkan air. Jadi,
apa pandangan EXCO? Terima kasih.

Y.B. PUAN JAMALIAH BINTI JAMALUDDIN : Terima kasih Yang Berhormat


Pandamaran. Saya tunggu je soalan. Mana soalan? Rupanya nak minta pandangan.
Pandangan saya setujulah. Cuma saya nak ingatkan kembali setiap jenis hukuman
penalti dan sebagainya dia mempunyai proses-proses tertentu. Sekiranya kita mahu
melakukan pertuduhan, dia mungkin lebih panjang. So, kita tidak boleh hanya
bergantung kepada pertuduhan sahaja. Saya setuju sekiranya mempunyai kes-kes
yang berat kita seharusnya mengambil tindakan. Tetapi bagaimana kita nak
menentukan sama ada tindakan pertuduhan diambil ataupun tidak, ianya tidak terletak
pada saya. Ianya terletak pada PUU dan agensi-agensi yang boleh mengambil
tindakan sebab dia perlu juga melihat kepada bukti, saksi dan sebagainya, bagaimana
kita boleh caj orang itu dan mempunyai peratusan untuk memenangi kes itu secara
tinggi. Pada waktu yang sama juga kita perlu lihat kepada kes kecil. Selain daripada
kompaun, kita juga keluarkan notis dan sebagainya. Kita nak memastikan perkara
paling penting adalah warga Selangor dan mereka yang melakukan perniagaan
ataupun daripada industri ataupun pekilang mereka memahami apakah jenis tugas
dan tanggungjawab yang patut dilaksanakan. Oleh itu juga, untuk menggalakkan
kesedaran ini LUAS pada tahun ini juga telah melaksanakan bercadang untuk
melaksanakan Zero Discharge Policy dengan PPP. Terima kasih.

TUAN TIMBALAN SPEAKER : Terima kasih Bandar Utama. Yang


Berhormat Sungai Pelek.

Y.B. TUAN LWI KIANG KEONG : Terima kasih Tuan Timbalan Speaker.
Soalan saya nombor 34.

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA


Y.B. TUAN LWI KIAN KEONG
(N56 SUNGAI PELEK)

TAJUK : HUKUMAN KEPADA PEMILIK HAIWAN TERNAKAN

25
1 MAC 2024 (JUMAAT)

34. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a) Apakah dasar atau polisi oleh pihak berkuasa tempatan dalam undang - undang
terhadap pemilik haiwan ternakan yang dibiarkan berkeliaran dan boleh
menyebabkan kemalangan sehingga menyebabkan kecederaan serta
kehilangan nyawa?

JAWAPAN :

Y.B. DATO’ NG SUEE LIM : Terima kasih Tuan Timbalan Speaker dan
terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Pelek yang minat terhadap dengan
soalan hukuman kepada pemilik haiwan ternakan. Tuan Timbalan Speaker, sehingga
kini, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengambil tindakan berdasarkan Seksyen 5(1)
Enakmen Mengawal Lembu-Kerbau 1971 yang memperuntukkan denda tidak
melebihi RM1,000.00 atau penjara selama tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya
sekiranya didapati pemilik ternakan telah membiarkan ternakan berkeliaran di luar
kawasan penternakan yang dibenarkan. Pejabat Daerah dan Tanah juga boleh
mengambil tindakan di bawah Seksyen 427 Kanun Tanah Negara yang
memperuntukkan denda sebanyak RM100.00. Sekian, terima kasih.

TUAN TIMBALAN SPEAKER : Ada soalan tambahan. Sijangkang.

Y.B. DATO’ DR. AHMAD YUNUS BIN HAIRI : Terima kasih Tuan Speaker.
Di Kuala Langat di Bukit Changgang dia ada satu tapak yang disebutkan pusat
ternakan ruminan yang saya kira hasrat utamanya untuk menempatkan lembu-lembu
berkeliaran, pengusaha-pengusaha lembu berkeliaran terutamanya di kawasan Kuala
Langatlah. Cuma setakat ini saya dimaklumkan masih lagi walaupun tapak-tapak, lot-
lot ini telah diagih-agihkan. Tetapi daripada sudut pelaksanaan masih banyak lagi
yang kosong yang tidak digunakan. Antaranya adalah disebabkan tapak ini adalah
kawasan yang agak rendah yang terdedah kepada banjir apabila hujan lebat.

So saya hendak mendapatkan kepastian daripada EXCO, bilakah ini mungkin dapat
diselesaikan dan sebahagian di Kuala Langat ini menjadi punca juga kemalangan
apabila berlaku pelanggaran lembu-lembu yang berkeliaran di tengah jalan ini, terima
kasih.

Y.B. DATO’ NG SUEE LIM : Ya, terima kasih Yang Berhormat Sijangkang atas
soalan tambahan tersebut. Kita akan pantaulah apa yang disuarakan oleh Yang
Berhormat tentang tapak-tapak penempatan lembu-lembu tersebut dan saya nampak
isu ini menjadi kritikal di mana selalu lembu kalau dia berkeliaran apabila kita hendak
cek, siapa tuan tidak ada satu yang mengaku dia tuan. Itu masalahnya, tapi apabila
kita kenakan tindakan barulah tuan itu muncul depan. Kadang-kadang pihak

26
1 MAC 2024 (JUMAAT)

penguatkuasa juga menghadapi masalah untuk mengenal pasti siapa tuan dan
sebagainya. Tapi isu-isu seperti ini penempatan, kalau ada kita akan tempat
tersebutlah kalau ada kita akan tempatkan. Dan bagi saya kita akan semak juga pada
enakmen tersebut. Denda RM1,000 mungkin terlalu kecil, mungkin terlalu kecil
mungkin kita akan semak, perincikan supaya denda ini boleh dinaikkan kepada
RM5,000 atau RM10,000. Esok senang sikit kita hendak jaga lembu-lembu tersebut,
kalau tidak tuannya akan lalai hilang tanggungjawab, tidak menjaga lembu mereka
dengan baik. Sekian, terima kasih untuk Yang Berhormat.

Y.B. DATO’ DR. AHMAD YUNUS BIN HAIRI : Tengok aset nanti sebab saya tengok
EXCO kelam kabut berkomunikasi dengan EXCO-EXCO lain semasa saya tanyakan
soalan.

TUAN TIMBALAN SPEAKER : Okay, Sungai Pelek.

Y.B. TUAN LWI KIAN KEONG : Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Sebenarnya
saya hendak katakan apabila berlakunya kemalangan yang menyebabkan nyawa dan
sebagainya tidak ada tuan yang mengaku itu ternakan dia. Itu yang jadi masalah
pada PBT atau pun mana penguatkuasaannya itu. Saya berharap perkara ini boleh
dibawa ke satu perbincangan ke dalam MMKN dan membuat tindakan yang lebih
tegas terhadap penternak sebab yang mungkinnya kita boleh letak cip dan sebagainya
dalam penternakan tersebut, binatang tersebut supaya dia dapat identiti itu dapat
dikenal pasti kepunyaan tuannya. Dan tindakan telus boleh diambil sebab setakat ini
di Sungai Pelek telah berlaku dua atau tiga kemalangan yang meragut nyawa. Dan
selepas itu tidak ada pun siapa yang mengaku itu adalah binatang ternakan mereka.
Saya harap perkara ini boleh di ambil berat pada pihak Kerajaan Negeri, terima kasih.

Y.B. DATO’ NG SUEE LIM : Terima kasih Yang Berhormat Sungai Pelek yang
prihatin tentang isu lembu terbiar tanpa kawalan ini. Tapi saya hendak balas apa yang
Yang Berhormat Sijangkang tadi kata kita kelam kabut tidak jawab soalan, sebab ini
berkaitan isu lembu terbiar dan sebagainya. Kalau dasar penguatkuasaan PBT tapi
kalau isu yang lain yang berkaitan dengan pertanian, jadi saya tengok sama ada
EXCO pertanian perlu jawab itu tadi, jadi itu bukan soalan kelam kabut, kita hendak
tengok mana satu yang betul. Sijangkang ini kurang faham, mungkin kebelakangan
ini tension sikit ada isu berkaitan, isu berkaitan bagaimana hendak jawab tentang
pendirian itu. Itulah, tak apa, saya biarkan, sabar, sabar, sabarlah ya. Untuk Yang
Berhormat Sungai Pelek, memang isu kita akan adakan penelitian dan kalau boleh
bengkellah, membincangkan bagaimana untuk mengawal selia juga mengawal isu-isu
ini dengan lebih baik daripada peringkat PBT dengan enforcement dan saya ambil
maklum dengan perkara ini, terima kasih Yang Berhormat Sungai Pelek.

TUAN TIMBALAN SPEAKER : Yang Berhormat Permatang.

27
1 MAC 2024 (JUMAAT)

Y.B. PUAN NURUL SYAZWANI BINTI NOH : Indah berkilat batu delima, soalan
saya nombor 35.

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA


Y.B. PUAN NURUL SYAZWANI BINTI NOH
(N09 PERMATANG)

TAJUK : KETIADAAN PUSAT JAGAAN KANAK-KANAK DI TANJONG


KARANG

35. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar : -

a) Apakah inisiatif Kerajaan Negeri dalam menangani isu ketiadaan Pusat Jagaan
bagi kanak-kanak yang dipisahkan dari ibu bapa yang terlibat dengan
penyalahgunaan dadah di Tanjong Karang?

b) Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk menjalankan program


berkebajikan untuk kanak-kanak tersebut?

JAWAPAN :

Y.B. PUAN ANFAAL BINTI SAARI : Terima kasih Tuan Timbalan Speaker dan juga
Yang Berhormat Permatang. Berkaitan soalan 35, dalam rekod Jabatan Kebajikan
Masyarakat Negeri Selangor terdapat 8 Pusat Jagaan kategori kanak-kanak di Daerah
Kuala Selangor yang memberikan jagaan dan perlindungan kepada kanak-kanak itu
tujuh (7) beroperasi secara harian dan satu (1) berkediaman termasuklah memberi
jagaan dan perlindungan kepada kanak-kanak yang dipisahkan daripada ibu bapa
yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Bagi soalan (b), apakah perancangan Kerajaan Negeri, di mana dasar pembangunan
kanak-kanak Negeri Selangor menggariskan matlamat bagi mewujudkan mekanisme
khas untuk membantu golongan kanak-kanak terpinggir dan berkeperluan khas
termasuklah kanak-kanak yang berada di rumah perlindungan. Antara tindakan yang
digariskan dalam dasar tersebut ialah mengadakan lawatan ke Rumah Perlindungan
Kanak-kanak terpinggir secara berkala serta mengadakan sesi kaunseling yang
dijalankan oleh kaunselor terlatih. Selain itu, ruang juga harus disediakan agar kanak-
kanak tersebut boleh berkongsi masalah dan mendapatkan bantuan sekiranya
memerlukan. Sekian, terima kasih.

TUAN TIMBALAN SPEAKER : Permatang, soalan tambahan.

Y.B. PUAN NURUL SYAZWANI BINTI NOH : Okay, antara isu masalah anak-anak
di rumah perlindungan ini. Yang kita lihat apabila salah satunya ialah apabila anak-

28
1 MAC 2024 (JUMAAT)

anak ini dia lebih daripada 1 adik-beradik, saya ingat dia ada adik-beradik yang lain.
Jadi maksudnya isu dia dekat sini, bila mereka ini dipaksa dipisah-pisahkan.
Maksudnya antara rumah-rumah perlindungan yang berbeza, jadi ada banyak ialah,
ada mengalami tekanan emosi dan tekanan isu-isu tekanan perasaan yang akhirnya
yang juga menyumbang kepada masalah keciciran pelajaran pada anak-anak ini. Jadi
saya ingin bertanya apakah inisiatif yang Kerajaan Negeri bersama dengan Jabatan
Kebajikan Masyarakat dalam menyelesaikan masalah ini, sekian terima kasih.

Y.B. PUAN ANFAAL BINTI SAARI : Terima kasih Tuan Timbalan Speaker dan
Yang Berhormat Permatang. Setiap rumah perlindungan perlu memenuhi
tanggungjawab untuk memastikan anak-anak di rumah perlindungan menjalani sesi
persekolahan. Oleh itu, melihat perlunya ada hubungan rasmi di antara rumah
perlindungan dan juga pihak sekolah, ini penting untuk mengelakkan keciciran bagi
kanak-kanak rentan ini bagaimana kita mengadakan kerjasama rentas portfolio bukan
saja dari keluarga tetapi juga dengan pendidikan, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan
Jabatan Pendidikan.

TUAN TIMBALAN SPEAKER : Sekarang Sungai Panjang.

Y.B. TUAN MOHD RAZALI BIN SAARI : Buah saga, buah pelam, soalan 36.

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA


Y.B. TUAN MOHD RAZALI BIN SAARI
(N03 SUNGAI PANJANG)

TAJUK : SUKAN PERMOTORAN

36. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar : -

a) Bagaimana kerajaan memanfaatkan litar yang sedia ada untuk peminat sukan
permotoran?

b) Adakah kerajaan menyediakan pakej (harga ehsan) bagi menggalakkan


penggunaan litar yang betul?

c) Adakah Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan permohonan jalan-jalan yang


sesuai untuk dijadikan sebagai litar drift, drag dan lain-lain?

JAWAPAN :

Y.B. TUAN MOHD NAJWAN BIN HALIMI : Terima kasih Tuan Timbalan Speaker,
kebetulan hari ini sama pula colour baju kita, merah jambu. Untuk menjawab soalan
daripada Sungai Panjang berkaitan sukan permotoran, soalan pertama. Litar

29
1 MAC 2024 (JUMAAT)

permotoran yang memenuhi syarat dari Persatuan Automobil Malaysia (AAM) dan
Motorsport Association of Malaysia (MAM) yang berada di Negeri Selangor hanya
terdapat 3 buah litar iaitu Sepang International Circuit (SIC) yang dioperasikan oleh
Sepang International Circuit Sdn Bhd. Yang kedua Litar Lumba Rakyat Kuala
Selangor yang diuruskan oleh Wadacs Pro Resources dan yang ketiga Litar Elite USJ
Speedway Subang Jaya yang diuruskan oleh MOFAZ Motorsport Sdn Bhd.

Untuk soalan kedua, eh sorry, namun begitu saya sambung tadi. Semua kemudahan
tersebut bukanlah di bawah kawalan Kerajaan Negeri Selangor. Oleh yang demikian
semua aktiviti sukan permotoran dijalankan oleh Persatuan Automobil Malaysia dan
Motorsport Association of Malaysia. Kerajaan Negeri sentiasa memberikan sokongan
kepada mana-mana pihak yang ingin menjalankan sebarang aktiviti permotoran
sepertimana pelaksanaan bersama Perlumbaan Petronas Malaysia Cub Prix
Championship, Go-kart dan mini bike.

Untuk soalan kedua, memandangkan pengurusan litar-litar tersebut di bawah kawal


sedia pihak syarikat atau operator, Kerajaan Negeri tidak terlibat dari segi pengurusan
dan ketentuan harga pakej bagi penggunaan mana-mana litar perlumbaan. Walau
bagaimanapun, sekiranya ada aduan atau pun rungutan tentang harga yang mungkin
tidak munasabah, kita bersedia untuk berbincang dengan pihak syarikat bagi mengkaji
harga yang baru.

Untuk soalan ketiga, Kerajaan Negeri Selangor boleh mempertimbangkan mana-


mana cadangan yang dikemukakan sekiranya terdapat kawasan atau laluan jalan raya
yang bersesuaian. Walau bagaimanapun ianya tertakluk kepada kesesuaian lokasi
dan pembangunan sekitar kawasan ataupun laluan yang dirujuk kepada Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT) mahupun Jabatan Kerja Raya berkaitan urusan perihal
tanah, penyelarasan aspek kacau ganggu dan bantahan penduduk, kajian impak
sosial dan alam sekitar serta lain-lain pematuhan syarat- syarat teknikal. Terima
kasih.

Y.B. TUAN MOHD RAZALI BIN SAARI : Soalan tambahan.

TUAN TIMBALAN SPEAKER : Soalan tambahan, silakan.

Y.B. TUAN MOHD RAZALI BIN SAARI : Ada soalan tambahan dan cadangan.
Baju sama bagi lebih sikit. Soalannya walaupun Kerajaan Negeri telah berusaha
menjalankan program-program aktiviti-aktiviti permotoran sihat dan Pihak Berkuasa
sentiasa menggembleng tenaga untuk menanganinya tetapi kenapa gejala rempit dan
lumba haram di lokasi-lokasi panas seperti Federal Highway, Persiaran Sultan
Ibrahim, LATAR Highway turun daripada Ijok itu pun. Dan lokasi yang lain kelihatan
masih berleluasa seperti tiada mereda dan di manakah silapnya. Cadangan Sungai
Panjang mencadangkan supaya Kerajaan Negeri menjemput mereka-mereka yang
mahir dengan dunia permotoran termasuk motosikal dan kereta. Untuk permotoran
jalanan, ini bukan permotoran dalam litar. Permotoran jalanan untuk sama-sama

30
1 MAC 2024 (JUMAAT)

membantu Kerajaan Negeri mencari formula untuk meredakan gejala rempit dan
lumba haram di Negeri Selangor, demi kebajikan masyarakat yang pastinya terkesan
dengan gejala negatif permotoran ini, terima kasih.

Y.B. TUAN MOHD NAJWAN BIN HALIMI : Baik terima kasih Sungai Panjang
dengan pandangan dan cadangan beliau. Saya sekadar respons isu rempit dan
lumba haram ini, dia isu yang bukan hanya di Selangor sebenarnya, tapi di seluruh
negara dan Insha’ Allah di peringkat Kerajaan Negeri kita sambut baik daripada Yang
Berhormat dan akan mengadakan libat urus dan juga engagement dengan izin,
dengan ikon-ikon atau pun influencer yang terlibat dalam sukan permotoran ini untuk
kita kenal pasti apa keperluan mereka, crowd motor ini dan kita akan santuni secara
baik dan seimbang, Insha’ Allah terima kasih Yang Berhormat.

TUAN TIMBALAN SPEAKER : Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Bandar Baru
Klang.

Y.B. TUAN DR. QUAH PERNG FEI : Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, soalan
saya nombor 37.
PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA
Y.B. TUAN DR. QUAH PERNG FEI
(N45 BANDAR BARU KLANG)

TAJUK : PROJEK LRT 3

37. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar : -

a) Apakah status terkini landasan dan stesen LRT 3 di DUN Bandar Baru Klang dan
projek keseluruhannya?

b) Adakah punca air bertangkung di perparitan sepanjang LRT 3 terutamanya


depan Pasar Borong Meru dan padang Sekolah Tinggi Klang, setiap kali hujan
lebat?

JAWAPAN :

Y.B. TUAN NG SZE HAN : Tuan Timbalan Speaker, status kemajuan keseluruhan
projek LRT3 sehingga Januari 2024 adalah pada kadar 93.88%, di mana status
kemajuan infra Bandar Baru Klang bagi pembinaan landasan adalah 99.24% dan
status kemajuan Bandar Baru Klang bagi pembinaan stesen adalah 91.03%. Projek
LRT3 dijangka siap sepenuhnya dan mula beroperasi pada Mac 2025.

Keseluruhan kerja-kerja perparitan dan longkang telah siap sepenuhnya mengikut


reka bentuk Konsultan dan telah mendapat kelulusan dari pihak Jabatan Pengairan

31
1 MAC 2024 (JUMAAT)

dan Saliran Negeri Selangor serta Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK). Beberapa
siri kejadian banjir telah berlaku di Jalan Meru iaitu di hadapan kompleks Pasar Jalan
Meru dan di hadapan Sekolah Tinggi Klang semasa di peringkat pembinaan
pembangunan LRT3 dan selepas penyiapan kerja. Susulan daripada beberapa siri
kejadian banjir, pihak MBDK telah mengarahkan pihak LRT3 untuk membuat semakan
dan mengkaji punca kejadian banjir dan cadangan untuk mengatasi perkara tersebut.
Beberapa perkara yang perlu di teliti dan diambil kira oleh pihak LRT3 adalah seperti
berikut : -

i. Melalui pemerhatian, pihak LRT3 perlu menyemak keperluan dan


keberkesanan parit erong (scuper drain);
ii. Membuat kerja pembersihan parit alir keluar di sepanjang Jalan Meru
sehingga ke Sungai Klang;
iii. Menyemak pembinaan dan ubah suai pembetung di kawasan Bulatan
Kota; dan
iv. Mengkaji semula punca kejadian dan membuat cadangan untuk mengatasi
masalah kejadian banjir ini.

Pihak perunding LRT3 sedang membuat kajian semula lokasi-lokasi kejadian banjir
tempatan. Antara punca utama yang dikenal pasti penyumbang berlakunya air
bertakung ketika hujan lebat adalah berlaku sekatan di hilir perparitan ke sungai,
terdapat mendapan dan sampah sarap serta halangan utiliti yang menyekat aliran
perparitan. Masalah air bertakung juga berlaku apabila berlakunya hujan lebat yang
melampau pada ketika air laut pasang besar. Ia akan mengakibatkan berlakunya
aliran balik air atau pun back flow kembali ke perparitan sepanjang Jalan Meru,
seterusnya menyebabkan air melimpah dan mengakibatkan air bertakung. Pada
tahun ini, pihak MBDK akan menaik taraf perparitan di kawasan Lorong Nuri
berhadapan Sekolah Tinggi Klang, yang sering kali mengalami kejadian banjir apabila
berlaku hujan lebat. Sekian, terima kasih.

Y.B. TUAN DR. QUAH PERNG FEI : Soalan tambahan.

TUAN TIMBALAN SPEAKER : Silakan.

Y.B. TUAN DR. QUAH PERNG FEI : Terima kasih Yang Berhormat EXCO, saya
juga hendak tanya memandangkan LRT akan siap tahun depan 2025. Saya hendak
tanya kenapa tidak ada tempat parking yang mencukupi untuk stesen LRT.

Y.B. TUAN NG SZE HAN : Ini telah berbeza dengan soalan pokok. Parking di
mana? Nanti saya semak, nanti saya bagi maklumat kepada Yang Berhormat Bandar
Baru Klang. Parking di stesen yang mana?

Y.B. TUAN DR. QUAH PERNG FEI : Yang di High School, High School, Sekolah
Tinggi.

32
1 MAC 2024 (JUMAAT)

Y.B. TUAN NG SZE HAN : Oh, Sekolah Tinggi, baik nanti saya semak dan saya
akan beri maklumat kepada Yang Berhormat.

Y.B. TUAN DR. QUAH PERNG FEI : Terima kasih.

Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM : Tuan Timbalan Speaker, soalan
tambahan.

TUAN TIMBALAN SPEAKER : Silakan.

Y.B. TUAN MOHAMMAD HILMAN BIN IDHAM : Baik, Yang Berhormat EXCO.
Isu tentang masalah jalan raya disebabkan pembangunan LRT 3 ini, saya kira bukan
berlaku di Sekolah Tinggi Klang sahaja. Tetapi ia berlaku hampir di seluruh jajaran itu.
Jadi, sebab itu saya ingin bertanya dalam kelulusan yang diberikan oleh Kerajaan
Negeri untuk pembangunan itu, Apakah PBT ada meletakkan syarat-syarat ataupun
dasar Kerajaan Negeri untuk memastikan masalah-masalah jalan, especially jalanlah,
itu dapat diselesaikan sebab isu LRT 3 ini. Saya kira Kota Anggerik mesti setuju
dengan saya. Dalam Kota Anggerik pun sendiri kawasannya terlalu teruk. Dalam
kawasan Shah Alam tu. Berhampiran dengan Dewan Negeri Selangor. Jadi sebab
itu saya nak tanya. Apakah ada garis panduan yang jelas supaya kalau kerosakan itu
berlaku, ia mesti segera diperbaiki supaya ia tidak mengganggu keharmonian dan
perjalanan kehidupan seharian penduduk. Terima kasih.

Y.B. TUAN NG SZE HAN : Baik, terima kasih Yang Berhormat Gombak
Setia. Kalau kata seluruh jajaran itu mengalami masalah yang sama dan mengalami
masalah banjir kilat, yang itu saya tidak setuju lah. Tetapi yang saya setuju itu ada
sesetengah bahagian yang memang mengalami masalah banjir kilat selepas
pembinaan dimulakan. Sebenarnya, bagi setiap PBT semasa mereka memohon
Kebenaran Merancang akan meletakkan syarat-syarat bagi kontraktor untuk
mengikuti syarat-syarat yang ditetapkan oleh setiap PBT dan PBT juga akan
menyemak adakah syarat-syarat itu dipatuhi sebelum memberi sokongan bagi
permohonan CCC yang tidak lama lagi. Terima kasih.

TUAN TIMBALAN SPEAKER : Yang Berhormat Sentosa.

Y.B. TUAN GUNARAJAH A/L R GEORGE : Terima kasih Tuan Timbalan


Speaker. Pulau Pandan Pulau Papan, soalan saya No. 38.

33
1 MAC 2024 (JUMAAT)

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA


Y.B. TUAN GUNARAJAH A/L R GEORGE
(N48 SENTOSA)

TAJUK : PROGRAM SITHAM

38. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a) Nyatakan prestasi kewangan Program Sittham pada tahun 2020-2023.

b) Apakah plan pembaharuan program pada tahun 2024?

JAWAPAN :

Y.B. TUAN NAJWAN BIN HALIMI : Terima kasih Tuan Timbalan Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat Sentosa. Soalan berkaitan SITHAM. Untuk makluman
Yang Berhormat Sentosa, untuk saya jawab ni ia agak panjang kerana melibatkan
carta kedudukan kewangan program SITHAM yang mana saya akan kemukakan
secara bertulis, cuma saya boleh ringkaskan sedikit rumusannya. Sejak daripada
tahun 2020 sehingga 2023 sebanyak lebih kurang RM2.6 juta telah diperuntukkan
untuk program-program SITHAM dan baki terakhir untuk 2023 adalah sebanyak
RM40,699.00. Dan untuk soalan kedua berkenaan program-program pada tahun
2024, untuk makluman Yang Berhormat, buat masa ini program ataupun inisiatif
SITHAM ini kita sedang selaraskan semula kerana kita melihat terdapat pelbagai
latihan-latihan di bawah Jawatankuasa Keusahawanan ini yang perlu kita kemaskan
dan Insha’ Allah untuk program SITHAM ini kita akan selaraskan dengan lebih baik
kerana kita juga sekarang ini sedang dalam menstrukturkan semula semua program-
program keusahawanan di negeri Selangor ini dan kita akan umumkan kelak tentang
status SITHAM dan peruntukan yang akan kita turunkan selepas ini. Terima kasih
Yang Berhormat.

Y.B. TUAN GUNARAJAH A/L R GEORGE : Soalan susulan.

TUAN TIMBALAN SPEAKER : Silakan.

Y.B. TUAN GUNARAJAH A/L R GEORGE : Terima kasih Tuan EXCO, Yang
Berhormat EXCO. Sentosa sedia maklum tentang perkembangan dan perancangan
SITHAM. Bagaimana keberkesanan dan juga berjaya dalam program melancarkan
program untuk usahawan-usahawan masyarakat India khususnya. Adakah apa-apa
perancangan pengurusan SITHAM ataupun Kerajaan Negeri yang boleh kita bekerja
dengan MITRA kerana dana mereka lebih banyak dan mungkin pengurusan SITHAM
ataupun Kerajaan Negeri di bawah Yang Berhormat EXCO boleh memulakan satu
program kerjasama dengan MITRA supaya usahawan-usahawan Selangor tidak perlu

34
1 MAC 2024 (JUMAAT)

memohon kepada mereka tetapi kita juga boleh membantu mereka dalam proses-
proses mendapat bantuan dana dan juga program-program yang dirancang. Terima
kasih.

Y.B. TUAN NAJWAN BIN HALIMI : Baik, terima kasih Yang Berhormat Sentosa.
Memang kita telah berhubung dan bertemu dengan pihak MITRA berkenaan dengan
program-program bantuan untuk latihan keusahawanan dan dalam peringkat
sekarang ini, kita sedang menyelaraskan semula dan di bawah Kerajaan Negeri kita
juga ada program i-SEED di bawah Jawatankuasa Pembasmian Kemiskinan dan ia
bersifat agak redundant dengan SITHAM ini, sebab itu kita pada masa sekarang ini
sedang untuk menyusun kembali dan pada masa sama memanfaatkan dana-dana
yang ada di peringkat pihak MITRA untuk kita selaraskan di negeri Selangor. Terima
kasih.

TUAN TIMBALAN SPEAKER : Terima kasih. Yang Berhormat Ijok.

Y.B. TUAN JEFRI BIN MEJAN : Terima kasih kepada Tuan Speaker. Terang
sungguh cahaya bulan, soalan Ijok Nombor 39.

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA


Y.B. TUAN JEFRI BIN MEJAN
(N11 IJOK)

TAJUK : ASET YAYASAN SELANGOR DI BUKIT BINTANG DAN KAMPUNG


PANDAN

39. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a) Apakah status terkini kedudukan dan perancangan terkini Bangunan Yayasan


Selangor di Bukit Bintang dan Kampung Pandan?

b) Adakah Kerajaan Negeri dan Yayasan Selangor mempunyai rancangan khusus


untuk menggunakan aset-aset tersebut di masa hadapan memandangkan ia
telah terbengkalai sejak 10 tahun lalu?

JAWAPAN :

Y.A.B. DATO’ MENTERI BESAR : Terima kasih Ijok atas soalan yang
dikemukakan dan menjurus kepada dua (2) aset yang dimiliki oleh Yayasan Selangor
iaitu bangunan di Bukit Bintang dan aset hartanah di Kampung Pandan. Untuk
jawapan (a) berkenaan dengan bangunan Yayasan Selangor di Bukit Bintang, pihak
Yayasan telah menawarkan pajakkan jangka panjang kepada syarikat-syarikat yang
akan memohon dan telah memohon dan proses ini akan dimuktamadkan pada tahun

35
1 MAC 2024 (JUMAAT)

ini, pada tahun 2024 dan Insha’ Allah saya ingat pada akhir Februari lalu ataupun hari
ini atau semalam kita telah muktamadkan hal tersebut. Dan yang kedua, untuk aset
hartanah Yayasan Selangor di Kampung Pandan, kita telah memeterai perjanjian
pembangunan untuk membangunkan kawasan berkenaan dengan sebuah syarikat.
Perintah pembangunan daripada DBKL ataupun development order ataupun
kebenaran merancang daripada DBKL telah diperolehi dan cadangan pembangunan
perumahan dan perdagangan pada 22 Januari 2024. Projek pembangunan ini
dijangka akan disiapkan dalam jangka masa lapan (8) tahun dan dianggarkan
daripada pembangunan di kawasan Kampung Pandan minimum kita akan
menetapkan pulangan lebih kurang RM250 hingga RM300 juta daripada
pembangunan yang dibuat dan saya perlu meneliti perjanjian yang ditandatangani
pada 22 Januari. Untuk maklumat lanjut ataupun maklumat tambahan kalau saya nak
maklumkan sebenarnya pada tahun 2019 lagi kita telah mula memberikan kebenaran
kepada mana-mana pihak untuk membangunkan kawasan Bukit Bintang tetapi
malangnya setelah beberapa tahun selain daripada kesan pandemik, syarikat terbabit
gagal dan kita terpaksa membatalkan perjanjian tersebut sebelum kita
mengemukakan satu tempoh jangkaan list yang panjang untuk membangun semula,
refurbish ataupun menyewakan kepada keseluruhan bangunan yang ada tersebut.
Dan untuk maklumat lanjut kalau saya boleh sampaikan bahawa jumlah investment
yang akan digunakan oleh syarikat di kawasan di Bukit Bintang adalah pada kadar
RM20 juta untuk membangun semula, refurbish ataupun menaik taraf bangunan
tersebut dan dianggarkan dalam tempoh 25 tahun kita akan mendapat pulangan
sekitar RM118 juta. Terima kasih.

TUAN TIMBALAN SPEAKER : Terima kasih Yang Berhormat Menteri Besar.


Dipersilakan Kota Kemuning.

Y.B. TUAN PREAKAS A/L SAMPUNATHAN : Terima kasih Timbalan


Speaker. Soalan saya Nombor 40.
PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA
Y.B. TUAN PREAKAS A/L SAMPUNATHAN
(N50 KOTA KEMUNING)

TAJUK : MENAMBAH BAIK INFRA DI KAMPUNG TRADISI

40. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a) Apakah tindakan penyelarasan dan tindakan jangka masa panjang serta pendek
dari kerajaan Selangor melalui stanco infra bagi menambah baik infra di
kampung tradisi yang bukan di bawah penyeliaan PBT?

JAWAPAN :

36
1 MAC 2024 (JUMAAT)

Y.B. DATUK RIZAM BIN ISMAIL : Terima kasih Yang Berhormat Kota
Kemuning. Tuan Speaker, saya memohon soalan ini dijawab bersekali dengan soalan
Nombor 75 daripada Yang Berhormat Sungai Pelek. Kerajaan Negeri sentiasa
komited terhadap pembangunan sosio-ekonomi, sosial dan infrastruktur di kampung-
kampung tradisi di Negeri Selangor. Sehubungan dengan itu, bagi tahun 2024
Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah RM2 juta bagi pembangunan
ekonomi kampung tradisi dan RM2 juta untuk program pembangunan desa khusus
bagi program-program pembangunan sosioekonomi dan sosial. Manakala sejumlah
RM2 juta akan diperuntukkan untuk menaik taraf jalan-jalan luar bandar di semua
daerah di negeri Selangor serta peruntukan berjumlah RM2 juta bagi projek-projek
naik taraf dan baik pulih balai raya dan kemudahan awam luar bandar yang lain di
semua daerah di negeri Selangor. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri sentiasa
mengalu-alukan cadangan bagi projek pembangunan sosial dan ekonomi desa serta
permohonan bagi projek pembangunan desa dan akan dinilai dari segi keperluan dan
keadaan semasa bagi pelaksanaannya. Cadangan dan permohonan bagi
menjalankan program ini hendaklah dikemukakan melalui Pejabat Daerah dan Tanah
untuk diangkat kepada Unit Perancangan Ekonomi Negeri yakni UPEN. Selanjutnya
akan dibawa untuk penelitian dan pertimbangan Yang Berhormat EXCO Kemajuan
Desa, Perpaduan dan Pengguna. Terima kasih.

TUAN TIMBALAN SPEAKER : Terima kasih. Ada soalan tambahan?

Y.B. TUAN PREAKAS A/L SAMPUNATHAN : Ada soalan susulan. Terima


kasih YB EXCO. Saya nak tanya berkenaan dengan sama ada daripada EXCO ada
apa-apa rancangan pembangunan di kawasan Kampung Bukit Lanchong dan
Kampung Baru Hicom di DUN Kota Kemuning?

Y.B. DATUK RIZAM BIN ISMAIL : Terima kasih Yang Berhormat. Pihak
Kerajaan Negeri memang ada untuk merancang beberapa pembangunan khususnya
dari segi kemajuan desa berkenaan dengan pengindahan di kampung-kampung yang
kita boleh angkat untuk diketengahkan dari segi apa yang ada di dalam kampung itu.
Walaubagaimanapun, sekiranya Yang Berhormat ada idea ataupun perancangan
yang lebih teliti, ia boleh kemukakan kepada pihak Pejabat Daerah dan Tanah
ataupun terus kepada pihak saya. Terima kasih Yang Berhormat.

Y.B. DATO’ AHMAD YUNUS BIN HAIRI : Soalan tambahan. Terima kasih.
Kalau yang disebutkan oleh Yang Berhormat EXCO tadi ya, RM2 juta untuk infra jalan
dan RM2 juta untuk infra kemudahan awam di seluruh Negeri Selangor yang saya kira
jumlah kampungnya terlalu banyak. Bagaimanakah kaedah untuk pengagihan ini dan
adakah ini juga tidak melibatkan daripada peruntukan MARRIS yang telah sedia ada
untuk jalan-jalan di luar bandar dan saya juga nak dapat maklumat sama ada jalan-
jalan di luar bandar ini semuanya telah didaftarkan sebagai jalan MARRIS, yang mana
akan ada peruntukan tahunan daripada Persekutuan. Terima kasih.

37
1 MAC 2024 (JUMAAT)

Y.B. DATUK RIZAM BIN ISMAIL : Jalan yang telah pun didaftarkan dan
dipohon ke peruntukan di bawah MARRIS, ia akan dilaksanakan di bawah MARRIS.
Walau bagaimanapun, seperti yang saya nyatakan tadi sekiranya ada keperluan dari
segi pembaikan balai raya, pengindahan kampung, ia boleh dimasukkan sebagai tajuk
supaya ia boleh diletakkan di bawah bajet RM2 juta bagi projek-projek menaik taraf
dan juga RM2 juta bagi peruntukan menaik taraf jalan-jalan luar bandar, seperti juga
di balai raya seperti yang saya nyatakan tadi. Walau bagaimanapun, dalam masa
yang sama Kerajaan Negeri ada menjalinkan hubungan yang baik dengan Kerajaan
Persekutuan di mana di bawah Kementerian Kemajuan Desa juga ada
memperuntukkan banyak projek-projek jalan luar bandar. Seperti tahun 2023,
keseluruhan projek ada 72 projek, peruntukan tahun 2003 melibatkan
RM151,573,355.00 dan 28 projek baru melibatkan RM12,775,100.00 dan 44 projek
sambungan melibatkan RM138,798,225.00. Terima kasih atas pandangan dan
cadangan daripada Yang Berhormat Sijangkang.

Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM : Soalan tambahan Speaker.

TUAN TIMBALAN SPEAKER : Bukit Melawati.

Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM : Satu, satu sahaja soalan
tambahan.

TUAN TIMBALAN SPEAKER : Masa dah ...

Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM : Boleh? Soalan tambahan?


Sikit.

TUAN TIMBALAN SPEAKER : Okay, silakan tapi habiskan pukul 11.00 lah.

Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM : Yang Berhormat EXCO, satu
juga tentang kampung Melayu tradisi ini, selain daripada isu jalan. Hari ini dengan
keadaan hujan yang tidak menentu ini kampung Melayu tradisi kita selalu dan sering
kali dilanda banjir. Banjir kilat. Akibat daripada isu saliran longkang yang tidak diurus
dengan baik. Dan bukannya tidak diurus dengan baik, kebanyakan longkang-
longkang kita ini, bukan sentiasa longkang lah, mungkin paritlah sebab ia dulu hanya
digali ia tidak menggunakan culvert. Jadi, ini juga merupakan salah satu tuntutan.
Sebab itu saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat EXCO, apakah di bawah
peruntukan PLB ada disediakan peruntukan khusus untuk kampung-kampung Melayu
tradisi ini kita naik taraf paritnyan itu kepada longkang yang dengan culvert? Kerana
ini merupakan saya kira bukan masalah di kawasan Gombak Setia sahaja, hampir di
kesemua kampung-kampung Melayu tradisi masalah ini menyebabkan banjir kilat
yang acap kali berlaku. Kalau jalan ni, dah kita dengar, ada RM2 juta, ada ini, tetapi
saya nak tanya ada tak peruntukan khusus di bawah PLB, Luar Bandar, untuk naik
taraf longkang-longkang ini. Terima kasih.

38
1 MAC 2024 (JUMAAT)

TUAN TIMBALAN SPEAKER : Yang Berhormat EXCO, satu minit sahaja.

Y.B. DATUK RIZAM BIN ISMAIL : Terima kasih Yang Berhormat Gombak
Setia. Buat masa ini belum ada peruntukan khusus berkenaan dengan perkara ini.
Walau \bagaimanapun, dengan anggaran dalam RM2 juta peruntukan yang
disediakan tadi itu, ia mungkin boleh digunakan untuk membantu memperbaiki
perkara-perkara yang dilihat perlu di kawasan luar bandar, walau bagaimanapun,
sekiranya kawasan Yang Berhormat Gombak Setia itu, kampung yang duduk di dalam
kawasan PBT, ia juga boleh dimaklumkan kepada pihak PBT dan juga pihak JPS,
terima kasih Yang Berhormat.

TUAN TIMBALAN SPEAKER : Dah habis masa. Saya nak Peraturan Mesyuarat.
Ha okay. Terima kasih Tuan Speaker. Saya hendak bawa Peraturan Mesyuarat 24
(8) yang dengan jelas menyebut bahawa semua pertanyaan-pertanyaan bertulis mesti
dijawab dalam minggu pertama Persidangan Dewan dan hari ini merupakan hari
terakhir bagi minggu pertama Sidang Dewan kali ini tetapi masih banyak soalan-
soalan bertulis yang belum dijawab oleh pihak EXCO. Saya sendiri tidak mendapat
dua jawapan bertulis daripada Kerajaan Negeri dan mengikut rekod yang ada pada
Perikatan Nasional sebanyak 25 soalan yang belum dijawab oleh Pihak Kerajaan
Negeri. Jadi saya pohon selaras dengan Peraturan 24(8), saya pohon kepada Yang
Berhormat Speaker memberi peringatan kepada EXCO-EXCO Kerajaan Negeri
supaya mematuhi Peraturan Mesyuarat 24(8) dan jangan disalahkan kepada pegawai
Kerajaan. Bebannya adalah pada EXCO Kerajaan Negeri kerana kita tidak mahu
bertindak macam Menteri Pelancongan, dia salahkan kepada Ketua Pengarah
salahkan pegawai kerajaan, kita patut bebankan kepada EXCO Kerajaan Negeri yang
gagal memberi jawapan sehingga hari ini sebanyak 25 soalan bertulis belum terjawab.
Terima kasih.

TUAN TIMBALAN SPEAKER: Okay Hulu Kelang. Saya dimaklumkan yang jawapan
daripada soalan itu akan diberikan pada hari ini. Terima kasih. Ahli- ahli Yang
Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan jam 11.00 pagi dengan ini saya
menangguhkan sesi pertanyaan untuk urusan seterusnya.

SETIAUSAHA DEWAM : Aturan seterusnya sambungan usul menyembah ucapan


terima kasih serta menjunjung kasih di atas ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan
Selangor.

TUAN TIMBALAN SPEAKER: Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian saya


mempersilakan Yang Berhormat Permatang untuk menyambung perbahasan. 5 minit.

Y.B. PUAN NURUL SYAZWANI BINTI NOH : Terima kasih Tuan Speaker. Untuk
makluman Dewan, saya sukacitanya telah menerima jawapan bagi soalan bertulis
saya bernombor 328. Namun begitu, sayangnya saya hanya mendapat 2 jawapan
bagi soalan bertulis tersebut iaitu jawapan (a) dan (b). Manakala soalan (c) tidak

39
1 MAC 2024 (JUMAAT)

dijawab sedangkan soalan (c) tersebut adalah dengan izin Tuan Speaker, my core
question bertanyakan secara spesifik berkenaan projek di DUN Permatang. Saya
berharap selepas ini Kerajaan Negeri lebih peka untuk soalan-soalan yang spesifik
macam ini. Jadi soalan saya Tuan Speaker, di Permatang kami ada dua projek
perumahan yang bermasalah. Yang pertamanya Projek Perumahan Taman Mutiara
di bawah Pemaju Suasana Cemerlang Sdn. Bhd. yang telah diklasifikasikan sebagai
projek sakit di bawah KPKT, manakala yang keduanya adalah Projek Taman Sungai
Yu Indah di bawah pemaju Serambi Padu Berhad yang telah diklasifikasikan sebagai
projek lewat dan dalam pemerhatian. Untuk pengetahuan adalah salah satu Projek
Rumah Selangorku. Jadi saya ingin tahu apakah tindakan paling efektif yang boleh
Kerajaan Negeri bantu projek-projek perumahan ini agar dapat diteruskan dalam
masa terdekat kerana saya bimbang dan kasihan dengan pembeli-pembeli yang
menjadi mangsa. Bayangkan mereka terpaksa membayar ansuran rumah dan juga
rumah sewa, jadi mereka terpaksa membuat dua bayaran pada masa yang sama dan
kebanyakan mereka adalah golongan B40 luar bandar. Jadi sekali lagi saya
menggesa Kerajaan Negeri dan Jabatan-jabatan berkaitan untuk bersama-sama
mempermudah urusan dengan izin, delivery of vacant possession pembeli yang
terlibat dan akhir sekali Tuan Speaker, Tuanku juga bertitah baru ini agar jabatan-
jabatan yang memberi perkhidmatan terus kepada rakyat seperti Jabatan Kerja Raya,
Jabatan Pengairan dan Saliran dan lain-lain pastikan baik pulih harta awam
diselenggarakan dengan baik. Ini termasuklah pembaikan jalan-jalan raya yang rosak.
Di tempat saya di Permatang terdapat banyak sangat tempat yang gelap gelita kerana
masalah lampu jalan yang rosak. Sesetengah kemalangan di kawasan gelap telah
menyumbang kepada risiko kepada kemalangan maut. Baru-baru ini dalam masa 2
bulan, telah terjadi 2 kemalangan maut di spot yang sama iaitu di kawasan kilometer
53 Jalan Klang -Telok Intan di Hadapan Cendol Borhan. Jadi selain daripada 2
kemalangan maut yang viral ini Tuan Speaker, di tempat yang sama juga telah berlaku
kemalangan-kemalangan yang lain. Jadi saya benar-benar berharap dan menggesa
agar Kerajaan Negeri dapat bekerja sama dengan Kerajaan Persekutuan untuk
memastikan semua lampu jalan di kawasan tersebut berfungsi dan kalau boleh dibina
penghadang jalan untuk mengekang kereta-kereta ini daripada memasuki daripada
jalan arah yang bertentangan kerana ini adalah isu kritikal dan perlu perhatian penuh
pihak Kerajaan kerana kalau kita hendak tunggu lampu solar yang dijanjikan untuk
dipasang, untuk diganti, berapa lama tempoh yang diperlukan oleh Kerajaan Negeri?
Yang itu kita hendak tahu dan penyelenggaraan lampu jalan ini janganlah dipandang
enteng. Saya juga berharap Kerajaan dapat menambah sedikit dapat bersepakat
dengan Kerajaan Persekutuan untuk menambah peruntukan untuk penyelenggaraan
jalan-jalan, khususnya di kawasan hotspot kemalangan. Untuk mengakhiri
perbahasan saya ini izinkan saya untuk menyampaikan 3 buah pantun.

Seri kandi tunggal tidak sendiri,


dikelilingi pahlawan gagah sejati,
kalau hendak jadi pemimpin bestari,
pakailah akal celikkan hati.

40
1 MAC 2024 (JUMAAT)

Tiada rasa selain cinta,


apabila rindu jangan lah lesu,
jadi pemimpin umpama pelita,
terangi rakyat selesaikan isu.

Kalau kail panjang sejengkal,


lautan dalam jangan diduga,
jadi pemimpin biar berakal,
barulah rakyat merasa bangsa.

Sekian daripada saya.

TUAN TIMBALAN SPEAKER: Yang Berhormat Kuang.

Y.B. TUAN MOHD RAFIQ BIN MOHD ABDULLAH : Terima kasih Yang Berhormat
Speaker. Saya mestilah nak kan peluang. Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 8%, 8%
kita hari ini ya. Hari ini saya hendak mulakan dengan menzahirkan ucapan tahniah
saya di atas pelantikan beberapa individu ke jawatan-jawatan penting di Negeri
Selangor, di antaranya kita dapat Datuk Bandar baru di Shah Alam, dapat Datuk baru
di Petaling Jaya dan juga tahniah, di atas pengumuman Klang sebagai Bandaraya.
Saya juga hendak zahirkan ucapan terima kasih saya kepada beberapa orang
individu, lain antaranya YDP MPS banyak membantu Kuang dan juga kakitangan di
MPS dan begitu juga DO Gombak dan tahniah saya di atas pelantikan OCPD yang
baru di Gombak juga ucapan terima kasih saya kepada OCPD Sungai Buloh. Mereka-
mereka ini banyak membantu pejabat saya dalam menyelesaikan masalah rakyat.
Pada pagi yang mulia ini ada beberapa perkara yang ingin saya bangkitkan untuk
pertimbangan dan juga perhatian Kerajaan Negeri. Pertamanya, isu kenderaan berat
sekali lagi saya bangkitkan dalam Sidang kali ini. Menyebabkan lori-lori yang melalui
Lorong Melati. Saya ada mendapat laporan daripada IPD sebanyak 577 saman telah
dikeluarkan terhadap kenderaan-kenderaan berat di Lorong Melati yang, lorong itu
sebenarnya digazet kan hanya untuk kenderaan 5 tan. Sepanjang tahun 2023, 2024
setakat ini ada 46 kenderaan yang telah disaman. Jadi persoalan nya ada berapa
kuari yang ada di bawah DUN Kuang ini? Jawapan yang diberikan kepada saya di
bawah Pejabat Tanah dan Daerah Gombak ada 1, di bawah Perhutanan ada 6 dan di
tambah dengan 3 lagi yang baru lulus menjadi semuanya secara total ada 10 buah
kuari di dalam kawasan DUN Kuang sahaja. Bayangkan 10 buah kuari, berapa banyak
lori yang keluar masuk? Masalahnya bukan masalah saya seorang. Ia juga menjadi
masalah besar kepada DUN Paya Jaras. Bagaimana hendak menyelesaikan masalah
ini?

Saya bagi solusi kepada Kerajaan Negeri. Hari ini saya berdiri, saya tidak mahu
sekadar melontarkan masalah, saya hendak beri cadangan kepada penyelesaian
kepada masalah ini. Cadangan pertama menyelesaikan masalah lori-lori yang masuk

41
1 MAC 2024 (JUMAAT)

ke Lorong Melati ini, kita sudah turun ke lapangan perhati, kaji, kita rasa masalah ini
akan dapat diselesaikan jika kita memasang palang. Satu di persimpangan Kuang
masuk ke Lorong Melati dan satu lagi sebelah SK Bukit Rahman Putera. Kalau dua-
dua palang ini dapat dipasang, maka saya yakin kita dapat menyelesaikan masalah
ini. Jadi saya minta pihak-pihak yang berwajib untuk kenal pasti betul-betul, cadangan
ini dan laksanakannya supaya dapat menyelesaikan masalah lori-lori yang keluar
masuk di Lorong Melati. Saya hendak petik sebahagian daripada Titah Tuanku hari
itu, Tuanku menyebut mengenai Pembangunan Sultan Idris Shah Green Energy Plan
iaitu Taman Tenaga Hijau yang merangkumi fasiliti loji sisa kepada waste to energy
dengan kemampuan 2,400 tan sampah menjana 130.5 megawatt tenaga elektrik yang
melibatkan 4 fasa. Untuk rekod, saya selaku Yang Berhormat ADN Kuang,
menyokong penuh Titah Tuanku untuk melaksanakan pembangunan Sultan Idris
Shah Green Energy. Walau bagaimanapun, yang dibantah atau di mohon
dipertimbangkan semula oleh Kerajaan Negeri adalah tempat untuk dilaksanakan
cadangan ini. Saya dimaklumkan oleh jawapan yang diberikan kepada saya,
Kerajaan Negeri telah meluluskan secara dasar Loji Tenaga Hijau, pada bulan
November 2022. Yang akan dibangunkan di Lot 3847 Rawang Selangor dan akan
menggunakan tanah seluas 245 ekar. Besar rupanya loji ini 245 ekar rasa macam
dump site, dengan izin. Kapasiti 240 tan sampah bermakna, satu lori bawa 10 tan
sampah bermakna kita bercerita tentang 240 lori yang akan masuk dan 240 lori yang
akan keluar. Belum ada lagi lori sampah yang masuk membawa keharuman yang
wangi, tiada. Bayangkan 240 lori sampah akan masuk dan 240 lori sampah akan
keluar melalui Bandar Tasik Puteri. Yang bersebelahannya ada Gamuda Garden dan
bersebelahannya ada Scientech yang berdekatannya ada Sime Darby Development.
Yang kalau projek ini, dilaksanakan maka impak pertama adalah kejatuhan nilai
hartanah di sekeliling kawasan tersebut. Itu masalah pertama. Saya hendak relate
benda ini dengan satu perkara lagi. Ini di Pennsylvania, Amerika Syarikat ada sebuah
bandar, namanya Centralia, bandar ini wujud daripada tahun 1811, keluasan bandar
ini adalah 150 ekar berbanding 245 ekar cadangan WTE kita. 155 ekar sahaja bandar
ini. Pada tahun 1962, berlaku satu insiden apabila Datuk Bandar nya ada dump site
mengambil pendirian atau keputusan untuk membakar sampah tersebut. Tanpa
menyedari bahawasanya pada tahun 1811 kawasan itu adalah kawasan lombong
arang batu. Hari ini untuk makluman semua, bandar itu tidak ada poskod juga telah
di revoke, bandar itu adalah satu ghost town. Semasa pembakaran sampah dibuat,
api itu telah sampai ke jajaran arang batu bawah tanah. Menyebabkan keseluruhan
bandar itu mengeluarkan asap tidak dapat dibendung dan pembakaran arang batu
bawah tanah dijangka akan berterusan selama 250 tahun. Hari ini kita meluluskan
satu projek bagus teknologinya, mungkin canggih tetapi dicadangkan pembinaannya
di Batu Arang di kawasan itu memang terkenal di lombong arang batu. Ini ada sejarah,
ada fakta. Saya hanya memperingatkan Dewan, saya hanya memberi peringatan dan
amaran jangan sampai benda yang berlaku di Amerika Syarikat berlaku di Batu Arang
kerana Kerajaan Amerika Syarikat, terpaksa mengeluarkan modal yang sangat besar
untuk memindahkan keseluruhan 1,200 penduduk di Centralia keluar dan membayar
pampasan. Hari ini bandar itu ada rekod boleh google Centralia.

42
1 MAC 2024 (JUMAAT)

Jadi kita saya mohon sekali lagi buat pertimbangan secara adil, buat pertimbangan
secara khusus mengenai kesesuaian kawasan yang kita pilih untuk melaksanakan
projek ini.

Saya nak terus kepada isu kedua. Isu bekalan air ke Kampung Damai. Sedih rasanya
berbicara tentang satu kampung di Selangor yang berbicara tentang tak ada air.
Bukan tak ada air, tekanan airnya sangat rendah. Kawasan kampung itu berada di
kawasan yang lebih tinggi daripada kolam tadahan air. Kebanyakan kawasan-
kawasan yang duduk di kawasan yang tinggi ini hanya menerima bekalan air pada
waktu malam. Waktu siang buka tap, tak ada air. Jadi baru-baru ini saya dah duduk
dengan pihak Air Selangor, berbincang tentang cara untuk menyelesaikan masalah.
Ini dan mereka bersetuju bahawa perlunya kepada pembinaan sebuah elevated water
tank di atas sebidang tanah seluas hampir 1 ekar. Dua perkara di sini, pertama kita
kena kenal pasti tanah yang sesuai untuk dibina benda ni. Keduanya kosnya adalah
sebanyak RM48 juta. Pengambilan tanah dianggarkan lebih kurang RM3 juta. Saya
nak sebut benda ni kalau ikut daripada jawapan Yang Berhormat EXCO Pandan
Indah, cadangan ini mungkin dijangka akan dapat diselesaikan pada tahun 2027. Ini
kita 2024 Februari, Mac. 24, 25, 26, 27 macamana kita nak menghadap rakyat dan
maklum kepada mereka yang masalah ini akan berlarutan sehingga tahun 2027. Jadi
saya mohon kalau dapat disediakan, peruntukan sebanyak ini sebenarnya kawasan
tanah yang diperlukan juga telah dikenalpasti. Mungkin kita dapat selesaikan dengan
seberapa segera yang boleh. Kenapa perlu diselesaikan segera, kerana berlaku satu
lagi masalah baru-baru ini. Pihak MPS telah meluluskan satu kebenaran merancang
kepada Bumi Utama sebuah syarikat perumahan buat projek perumahan tapi selepas
projek itu siap, ulasan semasa kebenaran merancang adalah bekalan air cukup.
Tetapi apabila projek itu siap, pihak Air Selangor mengeluarkan jumlah yang perlu
dibayar sebanyak 15, RM6 juta kepada syarikat perumahan. Ini menjadi masalah.

TUAN TIMBALAN SPEAKER : Kuang, penutup ya.

Y.B. TUAN MOHD RAFIQ BIN MOHD ABDULLAH : Belum 15 minit, Yang
Berhormat.

TUAN TIMBALAN SPEAKER : Harini 10 minit.

Y.B. TUAN MOHD RAFIQ BIN MOHD ABDULLAH : Jangan la, 10 minit.

TUAN TIMBALAN SPEAKER : Harini 10 minit sebab kena kejar masa.

Y.B. TUAN MOHD RAFIQ BIN MOHD ABDULLAH : 3 minit lagi, 3-4 minit lagi.
Saya percepatkan. Jadi saya mohon pihak MPS selepas ini kalau nak keluarkan
kebenaran merancang sila dapatkan bukti-bukti yang lebih atau ulasan yang lebih
konkrit sebelum meluluskan apa-apa projek perumahan di Kuang, kalau boleh jangan

43
1 MAC 2024 (JUMAAT)

luluskan sebarang projek perumahan ataupun apa-apa Cadangan kebenaran


merancang di Kuang sehingga kita selesai masalah air dulu.

Perkara seterusnya ialah isu bulan puasa dah dekat. Kawasan-kawasan kampung
Orang Asli memerlukan ustaz-ustaz ataupun imam untuk dihantar ke kawasan-
kawasan tersebut. Saya dimaklumkan tidak ada sebarang peruntukan disediakan.
Untuk imam-imam ini, kita hantar ke surau-surau di kampung-kampung Orang Asli.
Jadi mohon kepada EXCO berkaitan untuk mengambil perhatian tentang benda ni
yang last saya kena sebut juga ialah isu di Tasik Biru. Kita ada Laguna Biru 1, Laguna
Biru 2 dan Laguna Biru 3 dalam perancangan. Laguna Biru 1 dan Laguna Biru 2 ada
lebih kurang 2440 unit perumahan, jalan masuknya hanya ada satu sahaja. Kita ada
cadangan untuk membina jalan masuk dan keluar kedua, mohon EXCO Perumahan
kalau dapat berbincang dengan Sime Darby Development dia ada tanah sebelah tu
yang terus link ke LATAR, kalau dapat EXCO berbincang dengan Sime Darby
mungkin dapat disegerakan pembinaan jalan kedua keluar masuk ke Laguna Biru
sebab tanpa ada jalan masuk pertama dan kedua ke Laguna Biru, saya fikir cadangan
untuk pembinaan kondominium atau apartment baharu di Tasik Kundang tidak wajar
untuk diteruskan. Kerana masalah jalan keluar masuk itu sudah sangat kritikal di
kawasan itu.

TUAN TIMBALAN SPEAKER: Okay, tutup ya.

Y.B. TUAN MOHD RAFIQ BIN MOHD ABDULLAH : Ada beberapa perkara penting
lagi, tapi nampaknya Speaker macam dah

TUAN TIMBALAN SPEAKER: Dah tak boleh dah.

Y.B. TUAN MOHD RAFIQ BIN MOHD ABDULLAH : Saya nak akhiri lah satu
sahaja lagi. Titah Tuanku juga yang menyebut, Tuanku, sekejap saya nak baca benda
ini biar jangan salah.

TUAN TIMBALAN SPEAKER: Tuan jangan lama, tuan. Kita bagi peluang kepada
pembahas-pembahas lain.

Y.B. TUAN MOHD RAFIQ BIN MOHD ABDULLAH : Lebih kurang lah, maksudnya
Tuanku bertitah untuk kali kedua mencadangkan supaya pelaksanaan Ahli Majlis 50%
daripada kakitangan professional. Saya mohon kerajaan Negeri jangan sampai
Tuanku terpaksa bertitah kali ketiga, ini dah kali kedua. Menyebut kepada benda yang
sama “suka Beta mengingatkan sekali lagi kepada Pihak Berkuasa Tempatan agar,
suka Beta mengingatkan sekali lagi” dua kali dah. Jadi saya mohon ambil tindakan
yang serius kali ini. Mungkin pelantikan telah dibuat, jadi kita tak boleh buat apa, tetapi
kalau di dalam kita merangka atau melantik Ahli Majlis baharu di sesi akan datang,
mungkin cadangan atau syor daripada Tuanku ini boleh diambil secara serius supaya

44
1 MAC 2024 (JUMAAT)

kerajaan Negeri dilihat akur dengan permintaan daripada Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Sultan Selangor.

TUAN TIMBALAN SPEAKER : Yang Berhormat, boleh tutup.

Y.B. TUAN MOHD RAFIQ BIN MOHD ABDULLAH : Sekian, Tuan Speaker.
Terima kasih.

TUAN TIMBALAN SPEAKER : Saya persilakan Pandamaran.

Y.B. TUAN LEONG TUCK CHEE : Terima kasih Tuan Timbalan Speaker kerana
memberi peluang kepada Pandamaran untuk menjunjung kasih ucapan Duli Yang
Maha Mulia Sultan Selangor. Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat.
Pandamaran sekali lagi ingin menyentuh isu banjir kilat yang sering berlaku di DUN
Pandamaran. Pandamaran ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan ribuan
terima kasih kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan juga MBDK Majlis
Bandaraya Diraja Klang kerana telah banyak membantu dan melaksanakan projek-
projek tebatan banjir di DUN Pandamaran. Akan tetapi, ia masih tidak dapat memadai
untuk mengatasi masalah banjir kilat yang sering berlaku. Oleh itu Pandamaran
menyeru kepada kerajaan Negeri supaya dapat bekerjasama dengan kerajaan
Persekutuan dalam kajian system-sistem saliran yang sedia ada di daerah Klang.
Kajian ini perlu meliputi seluruh Klang dan juga perlu beri cadangan dan nasihat
kepada kerajaan apa yang perlu dilakukan dan dilaksanakan demi mengurangkan
kekerapan banjir kilat di daerah Klang. Kerajaan juga perlu mengeluarkan dana dan
peruntukan yang secukupnya bagi cadangan-cadangan yang telah dicadangkan
untuk melaksanakan projek-projek ini. Pandamaran sangat-sangat letih dan sentiasa
dalam keadaan fobia apabila hujan lebat. Oleh itu, Pandamaran sangat haraplah
kerajaan dapat mempertimbangkan permintaan Pandamaran sebab Klang dijangka
akan ditenggelami oleh air laut pada tahun 2050. Tindakan ini dapat menyelamatkan
Bandar Klang.

Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini,
Pandamaran sangat gembira dan rasa bangga kerana agensi-agensi kerajaan
sekarang menuju ke arah dengan izin, paperless dalam proses memberi kemudahan
kepada penduduk atau pengguna supaya mereka dapat menyemak cukai-cukai atau
bil-bil melalui laman web atau pun apps. Ini bukan sahaja memudahkan pembayar,
malah juga dapat mengurangkan penggunaan kertas. Namun, agensi-agensi perlu
memberi peluang kepada pengguna warga emas yang mungkin tidak begitu pandai
menggunakan bahan-bahan elektronik yang canggih dalam zaman ini. Pandamaran
berpendapat agensi-agensi ini perlu memberi borang kepada pengguna warga emas
untuk memilih adakah mereka nak bil-bil fizikal atau pun mereka nak bayar melalui
apps atau pun laman web. Agensi-agensi ini perlu lah hantar bil-bil ke rumah mereka
jika mereka memilih untuk bil fizikal supaya mereka dapat membayar bil-bil.

45
1 MAC 2024 (JUMAAT)

Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Persiaran Raja Muda Musa adalah satu
jalan yang lebar dan panjang sehingga 7 kilometer. Ramai mat rempit yang telah
memilih kawasan ini untuk tujuan lumba haram. Penduduk mengadu bahawa mereka
tidak dapat tidur lena kerana kacau ganggu bunyi. Ramai penduduk sering membuat
laporan polis serta membuat aduan kepada Pandamaran walaupun pihak polis kerap
mengambil tindakan tapi ia tidak dapat menghapuskan aktiviti lumba haram. Di dewan
yang mulia ini, Pandamaran ingin memohon jasa baik daripada JKR supaya dapat
menambah lagi sreet biker line, dengan izin walaupun JKR telah ada buat 2 zon street
biker line tapi ia tidak memadai. Mat rempit asyik berlumba haram di kawasan
tersebut. Saya harap semoga JKR dapat mempertimbangkan dan harap Exco Yang
Berhormat Izham dapat bantu dalam kes ini.

Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Pandamaran ingin menyentuh program
INSAN yang telah dilaksanakan pada 2 tahun lepas. Pandamaran berpendapat,
berpandangan program INSAN ini perlu menukar cara pendaftaran melalui syarikat
insurans dengan cara yang lebih efektif. Pandamaran mencadangkan supaya waris-
waris mangsa kemalangan maut boleh mengemukakan dokumen-dokumen seperti
sijil kematian dan juga fotostat kad pengenalan ke pusat khidmat. Dalam sijil kematian
ada mengatakan jenis kematian dan pusat khidmat akan boleh menggunakan
dokumen-dokumen tersebut untuk menghantar untuk mendapatkan wang khairat
kematian. Ini bukan sahaja dapat menjimatkan kos perbelanjaan kerajaan Negeri
malah dapat mengeratkan hubungan rakyat dan wakil rakyat. Maka Pandamaran
harap kerajaan Negeri terutamanya Yang Amat Berhormat dapat mempertimbangkan.

Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebelum Pandamaran


mengakhiri perbahasan menjunjung kasih titah Tuanku, Pandamaran ingin
menyentuh sekali lagi tentang SOCSO kakitangan pusat khidmat. Mereka bekerja
untuk kerajaan tetapi layanan tidak begitu bagus. Mereka sentiasa dimaki dan
dimarah oleh rakyat jika permohonan tidak dapat kelulusan. Memang kesian
kakitangan kita. Maka Pandamaran sekali lagi harap Kerajaan Negeri dapat
mempertimbangkan untuk memberi jaminan SOCSO kepada kakitangan yang
berkhidmat untuk PKM Pusat Khidmat Masyarakat dan juga kerajaan.

Akhir sekali, Pandamaran menyokong penuh titah ucapan Duli Yang Maha Mulia
Sultan Selangor

Y.B. TUAN Y.B. PREAKAS A/L SAMPUNATHAN : Tuan Speaker, boleh


mencelah?

TUAN TIMBALAN SPEAKER : Nak mencelah? Okay.

Y.B. TUAN Y.B. PREAKAS A/L SAMPUNATHAN : Adakah Pandamaran juga


setuju elaun yang diberikan kepada kakitangan pejabat juga adalah kurang dan tidak
mencukupi di mana pada masa sekarang adalah lebih kurang RM2000 sahaja. Ini

46
1 MAC 2024 (JUMAAT)

juga akan membebankan mereka padahal mereka terpaksa bekerja lebih masa untuk
rakyat. Adakah Pandamaran setuju perlu tambahkan elaun mereka juga.

Y.B. TUAN MOHD RAFIQ BIN MOHD ABDULLAH : Boleh tambah sikit lagi?
Saya tambah sikit lagi.

Y.B. TUAN Y.B. PREAKAS A/L SAMPUNATHAN : Saya jawab soalan dulu.
Pandamaran setuju dengan cadangan daripada Yang Berhormat Kota Kemuning
kerana kakitangan kita, dia bekerja walaupun ada masa waktu pejabat tapi kadang-
kala mereka kena kerja pada waktu minggu. Mereka tidak dapat dibayar ya, mereka
akan kerja. Jadi saya harap kerajaan juga akan mempertimbangkan supaya gaji yang
ditawarkan tu dapat ditingkatkan ke RM2,500. Silakan.

Y.B. TUAN MOHD RAFIQ BIN MOHD ABDULLAH : Terima kasih Pandamaran
bagi laluan. Nak tanya juga Pandamaran apakah pandangan Pandamaran terhadap
ADN-ADN Pembangkang yang mendapat peruntukan jauh lebih sedikit untuk pejabat
dan kebanyakan daripada kakitangan kami bekerja secara sukarela tanpa ada elaun
dan gaji juga. Jadi minta bagi pendapat.

Y.B. TUAN LEONG TUCK CHEE : Boleh masuk kerajaan. Okay, saya
sebenarnya ini adalah, saya percaya kerajaan Negeri telah bersetuju untuk memberi
sumbangan kepada ADUN Pembangkang. Jadi saya tak tahu berapa lagi, ini adalah
dalam perbincangan Yang Amat Berhormat dengan Ketua Pembangkang. Jadi saya
rasa peruntukan yang telah diberikan itu anda boleh gunakan lebih baik daripada dulu.
Dulu bila kita pembangkang itu, satu sen pun tak ada. Satu sen pun tak ada. Okay
untuk pengetahuan. Bila zaman dululah, jadi sekarang kerajaan kita baik, kita bagi
peruntukan untuk menyewa pusat khidmat dan juga mencari kakitangan. Jadi saya
rasa tiada masalah. Jadi ini dengan akhir sekali saya menjunjung kasih, menyokong
penuh titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Sekian, terima kasih.

TUAN TIMBALAN SPEAKER : Terima kasih Pandamaran. Yang Berhormat


Sungai Panjang.

Y.B. TUAN MOHD RAZALI BIN SAARI : Bismillahirrahmanirrahim.


Assalamualaikum W.B.T. dan salam sejahtera. Tuhan kita berfirman (Bahasa Arab) :
Mafhumnya, katakanlah sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku
hanyalah untuk Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Suratul
an-Nam surah yang keenam, ayat 162, juzuk 8, halaman 150. Tuan Yang Dipertua,
terima kasih dan Ahli Dewan-Dewan yang dimuliakan, izinkan saya memulakan
perbahasan Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor ini dengan
serangkap pantun :-

47
1 MAC 2024 (JUMAAT)

Pelbagai Bangsa Berlainan Bahasa,


Bahasa Melayu Menyatukan Kita,
Jika Ingin Menabur Jasa,
Betulkan Niat, Tetapkan Jiwa.

Y.B. TUAN MOHD RAZALI BIN SAARI : Saya mewakili rakyat di kawasan Sungai
Panjang, mengambil bahagian untuk membahaskan Usul Menjunjung Kasih Ke
Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor atas titah yang menzahirkan
kecaknaan kepada kerajaan jua kepada rakyat sempena Pembukaan Persidangan
Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Ke-15. Saya juga ingin merakamkan setinggi
penghargaan dan jutaan terima kasih ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan
kerana sudi menyampaikan Titah Baginda kepada Dewan Yang Mulia ini pada 27
Februari 2024 dan mengambil berat nasihat serta syor Duli Yang Maha Mulia Tuanku
Sultan. Tuan Yang Dipertua, dalam Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan pada
27 Februari 2024, setiap barang Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku menggambarkan
kepimpinan yang cukup berhemah. Menggambarkan kepimpinan yang berhikmah
dan menggambarkan kepimpinan yang selaras dengan Maqasidul al-Syariah
terutamanya apa yang dititahkan “Suka Beta ingatkan kepada Speaker dan Ahli-Ahli
Dewan Negeri Selangor agar bertindak adil serta bertoleransi antara satu sama lain
dan menumpukan perbahasan kepada perkara yang memberikan manfaat yang
sebaiknya kepada rakyat dan kemajuan negeri”. Tuan Speaker, ini bagi menamatkan
kemelut dan politik dendam. Yang tidak menentu secara harmoni pada hari ini. Tuan
Yang Dipertua, berdasarkan Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan
Selangor, di Istiadat Mesyuarat Pertama Pembukaan Persidangan Penggal Kedua
Dewan Negeri Selangor pada 27 Februari yang lalu, pada hemat saya, Titah nasihat
dan syor Duli Yang Maha Mulia Sultan Kerajaan Negeri perlu memperkasa, Kerajaan
Negeri perlu menyegerakan dan Kerajaan Negeri perlu melaksanakan Titah nasihat
dan syor Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Saya ingin menyentuh, Sungai Panjang ingin
menyentuh lima isu. Yang pertama, berkenaan dengan keterjaminan makanan.
Kawasan Sungai Panjang, Sabak Dan Tanjung Karang adalah kawasan penanaman
padi yang telah disebut oleh Sungai Burong. Dan saya menambahkan sedikit, supaya
Kerajaan Negeri boleh memikirkan untuk menambah insentif kepada pesawah, yang
menanam padi untuk beras bukan untuk benih. Keluasan sawah padi sebanyak
17,000 hektar dan 42% iaitu 7,000 hektar padi yang ditanam untuk kegunaan benih,
manakala 58% iaitu 10,000 hektar padi yang ditanam untuk beras. Dan padi-padi
benih ini sebenarnya dibeli oleh kawasan-kawasan lain hampir seluruh negeri di
Malaysia, membeli padi benih di selangor. Maka apakah sebaiknya kita menyediakan
padi benih ini hanya untuk Negeri Selangor sahaja iaitu yang memerlukan lebih kurang
2,000 hektar ataupun 10% sahaja. Dan benih-benih lain Kedah boleh guna padi
Kedah, Melaka boleh guna padi-padi Melaka dan ini lebih memberikan banyak
tanaman padi untuk menghasilkan beras. Dan untuk itu, Kerajaan Negeri boleh
memberikan insentif mana-mana yang menanam padi untuk beras, diberikan insentif
mengikut jumlah tan setiap-setiap musim. Dan kita tahu kenapa ramai yang menanam
dan menjual padi benih? Kerana padi benih dibeli dengan harga yang lebih tinggi

48
1 MAC 2024 (JUMAAT)

daripada padi beras. Contoh, daripada Sawah Sempadan, Sekinchan harga dari
RM1,800 sampai ke Sungai Panjang, sampai ke Bagan Terap harga jadi turun
daripada RM1,600 hingga RM1,500 dan ada RM1,400. Ini yang pertama. Maka saya
berharap Kerajaan Negeri boleh mengambil ini sebagai satu ruang dan peluang untuk
membantu petani-petani dan meningkatkan lagi beras di Negeri Selangor dengan
menumpukan tanaman untuk beras bukan untuk benih.

Yang kedua, sistem e-Tanah dan ini lebih teratur dan efektif apabila kita melihat Titah
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan mengesyorkan bahawa sistem e-Tanah ini
dilaksanakan akan menjadikan lebih teratur dan efektif. Tetapi yang sebelum ini kita
melihat Laporan Ketua Audit Negara, (LKAN) mendapati pengurusan tanah rizab
Melayu, (TRM) secara keseluruhannya dirumuskan kurang cekap dan berkesan.
Maka kita melihat beberapa tempat contohnya di daerah Sabak Bernam. Tanah yang
diambil tanah rizab digantikan kepada tempat lain tetapi tidak digantikan dengan nilai
yang sama dan status yang sama. Saya turun lawat periksa ada pita penguat kuasa
yang dicabut. Apa isu sebenarnya? Satu tanah yang diminta di sebelah Sekinchan
tanah rizab diminta oleh penduduk dan digantikan di Parit Baru. Maka tanah tersebut
apabila diganti di Parit Baru nak pula tanah tersebut. Setelah dipita, diceroboh juga.
Apa isu yang sebenarnya berlaku perkara tersebut? Jadi saya mengharapkan dengan
sistem e-Tanah ini saya menuntut penjelasan dan jawapan secara bertulis daripada
PTD, apakah ada pencerobohan terhadap tanah yang diganti kepada rizab? Begitu
juga tanah-tanah wakaf yang mesti diurus dengan baik jika tiada hitam putihnya.

Dan yang ketiga, berkenaan dengan SRA yang uzur, merujuk kepada laporan audit
dalam baik pulih bila persoalan dan pertanyaan saya pada kali ini laporan audit
menyebut bahawa daripada tahun 2021 hingga 2023 sebanyak 95 buah sekolah SRA
yang sangat uzur. Dan perlu peruntukkan semasa tahunan. Dan di sini dijawab tak
boleh buat, kenapa? Kerana kos peruntukkan yang sangat besar. Sebab itu pada sesi
yang lepas saya membangkitkan tentang isu pembahagian sekolah-sekolah ada
sekolah empat buah sahaja. Empat buah sekolah sahaja peruntukkan RM2 juta dan
RM2 juta dibahagi dengan empat. Sebuah sekolah dapat RM500 ribu. Berbanding
dengan sekolah yang banyak 457 sekolah diberi sebanyak RM10 juta sebuah sekolah
hanya mendapat sekitar RM2 ribu lebih. Kerajaan membicarakan tentang adil. Bagi
adil tapi adakah ini dikatakan adil? Sekolah yang banyak tapi dapat sikit. Sekolah
yang sikit tapi dapat banyak. Ada 95 buah sekolah dan saya dapat satu surat daripada
pengerusi PIBG Sekinchan juga. Saya tidak tahu kenapa orang Sekinchan minat bagi
kat saya. Sekolah ini tunggu masa nak roboh. Anai-anai. SRA Harmoni, saya rasa
Sri Serdang pun bersetuju juga kalau nak bagi peruntukkan kepada SRA. Sebab sesi
lepas, dia sebut tentang sekolah dah tak cukup, ramai pelajar dan sebagainya. Jadi
saya berharap kerajaan boleh memikirkan kembali. Peruntukkan sebanyak RM500
ribu kepada 4 buah sekolah berbanding dengan lebih daripada 200 buah sekolah yang
diberikan, eh 400 buah sekolah yang diberikan hanya RM10 juta sahaja. Keempat,
Institusi Masjid dan Surau. Juga perlu diurus dengan profesional adil dan telus. Kita
mengambil maklum bahawa fahaman pluralisme dan liberalisme telah difatwakan

49
1 MAC 2024 (JUMAAT)

sesat pada 17 Julai 2014, sepuluh tahun yang lalu. Sepuluh tahun dahulu tak ada
yang membangkitkan isu ini. Sepuluh tahun yang dulu tak ada yang mencabar fatwa
Negeri Selangor. Hari ini dicabar fatwa liberal. Bila kerajaan, bila fatwa menyebut
liberal, sesat maka dicabar dengan peringkat-peringkat. Saya ingin bertanya kepada
Kerajaan Negeri Selangor,

Y.B. PUAN MARIAM BINTI ABDUL RASHID : Sungai Panjang, Sungai Panjang
laluan, Sungai Panjang

Y.B. TUAN MOHD RAZALI BIN SAARI : apakah Kerajaan Negeri Selangor bersedia
untuk mempertahankan fatwa yang telah ditetapkan sepuluh tahun yang lalu?

Y.B. PUAN MARIAM BINTI ABDUL RASHID : Sungai Panjang bagi laluan. Sungai
Panjang boleh beri laluan.

Y.B. TUAN MOHD RAZALI BIN SAARI : Saya tengah sedap, potong. Haa boleh
lah.

Y.B. PUAN MARIAM BINTI ABDUL RASHID : Tak, boleh tak Sungai Panjang
jelaskan.

TUAN SPEAKER : Saya ingin ingatkan tinggal dua minit sahaja lagi.

Y.B. TUAN MOHD RAZALI BIN SAARI : Ha itulah.

Y.B. PUAN MARIAM BINTI ABDUL RASHID : Jelaskan fakta bantahan tersebut di
Dewan yang mulia ini. Jangan hanya sebut ada bantahan. Apakah bantahan itu?
Dan butiran-butirannya. Terima kasih.

Y.B. TUAN ABBAS SALIMMI BIN CHE ADZMI@AZMI : Sungai Panjang.


Sungai Panjang.

Y.B. TUAN MOHD RAZALI BIN SAARI : Baik. Terima kasih. Saya teruskan.

Y.B. TUAN ABBAS SALIMMI BIN CHE ADZMI@AZMI : Sungai panjang.

TUAN SPEAKER : Ada yang ingin mencelah lagi.

Y.B. TUAN MOHD RAZALI BIN SAARI : Masa saya tinggal dua minit lagi.
Sikit-sikit lagi. Dua minit. Dua minit.

Y.B. TUAN ABBAS SALIMMI BIN CHE ADZMI@AZMI : Sikit je. Sikit je.
Ada sedikit kekeliruan. Saya ada keliru sikit. Adasedikit keliru kat situ.

50
1 MAC 2024 (JUMAAT)

Y.B. TUAN MOHD RAZALI BIN SAARI : Dua minit. Saya teruskan. Liberal jangan
panas dengan liberal. Saya tak kata sapa-sapa. Saya tak kata sapa-sapa.

Y.B. TUAN ABBAS SALIMMI BIN CHE ADZMI@AZMI : Bukan masalah.


Saya pun tak kata Sungai Panjang. Cuma saya nak minta penjelasan sahaja.

Y.B. TUAN MOHD RAZALI BIN SAARI : Saya tak kata siapa-siapa. Liberal
ialah satu pemikiran.

Y.B. TUAN ABBAS SALIMMI BIN CHE ADZMI@AZMI : Sungai Panjang,


apa kena mengena masjid dan surau dengan liberal tadi? Sungai Panjang ukur
dengan point yang ketiga ialah tentang masjid dan surau. Tiba-tiba corner pergi
liberal...

(Dewan riuh)

TUAN SPEAKER : Seri Serdang, duduk Seri Serdang.

Y.B. TUAN MOHD RAZALI BIN SAARI : Boleh menjejaskan keharmonian masjid
dan surau. Masjid dan surau..

Y.B. TUAN ABBAS SALIMMI BIN CHE ADZMI@AZMI : Apa kena


mengena masjid dan surau dengan liberalism dengan fatwa?

Y.B. TUAN MOHD RAZALI BIN SAARI : Ada kelompok dan golongan yang
berfikiran liberal pluralisme agama berada dalam kalangan masyarakat pada hari ini.

(Dewan riuh)

Y.B. PUAN MARIAM BINTI ABDUL RASHID : Buktikan dengan fakta dan butir-butir.

(Dewan riuh)

TUAN SPEAKER : Semua duduk dulu. Semua duduk dulu.

Y.B. TUAN MOHD RAZALI BIN SAARI : Yang kelima boleh Speaker.

(Dewan riuh)

Y.B. TUAN DR. MOHAMMAD FAHMI BIN NGAH : Speaker, Peraturan Tetap.

Y.B. PUAN MARIAM BINTI ABDUL RASHID : Tajuk pengurusan masjid dan surau...

51
1 MAC 2024 (JUMAAT)

Y.B. TUAN ABBAS SALIMMI BIN CHE ADZMI@AZMI : Masjid dan


surau, tumpu kepada pengurusan masjid dan surau. Apa kena mengena dengan fatwa
semua? Saya rasa tajuk itu tak sesuai.

Y.B. TUAN DR. AFIF BIN BAHARDIN : Sungai Panjang. Saya minta Yang
Berhormat Timbalan Speaker, saya minta Sri Serdang semua duduk.

TUAN SPEAKER : Semua duduk. Sekarang ini floor Sungai Panjang, kalau dia bagi
ruang saya bagi tapi masa...

Y.B. PUAN MARIAM BINTI ABDUL RASHID : Jangan la sengaja nak kelirukan...
sengaja nak kelirukan
(Dewan riuh)

TUAN SPEAKER : Saya bagi masa seminit lagi Sungai Panjang landing sekarang,
tutup. You tutup.

Y.B. TUAN DR. MOHAMMAD FAHMI BIN NGAH : Peraturan Tetap.

TUAN SPEAKER : Peraturan Tetap, siapa yang naikkan Peraturan Tetap?

TUAN SPEAKER : Peraturan Tetap, saya, saya sini. Seri Setia.

TUAN SPEAKER : Seri Setia, silakan.

Y.B. TUAN DR. MOHAMMAD FAHMI BIN NGAH : Peraturan Tetap 36(2),
tidak boleh disebutkan apa-apa perkara yang sedang dalam timbangan mahkamah.
Sekiranya pada pengerusi harus meletakkan kepentingan pihak yang berbicara itu.
Isu fatwa Negeri Selangor ini sedang dibicarakan di peringkat Mahkamah
Persekutuan.

TUAN TIMBALAN SPEAKER : Ada sebut apa-apa perkataan? Ada yang


mana yang percakapan dalam pertimbangan mahkamah yang di oleh ni? Saya minta
penjelasan daripada Sungai Panjang.

Y.B. TUAN MOHD RAZALI BIN SAARI : Okay. Nak tarik balik ke macam
mana tu?

TUAN TIMBALAN SPEAKER : Tarik balik.

Y.B. TUAN MOHD RAZALI BIN SAARI : Tarik balik je. Tarik balik tapi saya tak
mengkhususkan kepada Sister in Islam.

TUAN TIMBALAN SPEAKER : Tak apa. Tarik balik.

52
1 MAC 2024 (JUMAAT)

Y.B .TUAN MOHD RAZALI BIN SAARI : Okay.

TUAN TIMBALAN SPEAKER : Sekarang ini masa Sungai Panjang dah


tamat.

Y.B. TUAN MOHD RAZALI BIN SAARI : Satu lagi. Satu lagi last. Ini last.

TUAN TIMBALAN SPEAKER : Sungai Panjang, dah habis dah masa Sungai
Panjang.

Y.B. TUAN MOHD RAZALI BIN SAARI : Kepentingan Sungai Panjang.

TUAN TIMBALAN SPEAKER : Ya.

Y.B. TUAN MOHD RAZALI BIN SAARI : Jalan FT05 laluan utama.

Y.B. TUAN AZMIZAM BIN ZAMAN HURI : Dah, dah, dah. Orang lain nak
ucap. Orang lain! Masa tak ada!

Y.B. TUAN MOHD RAZALI BIN SAARI : Mohon supaya Kerajaan Negeri
menggesa laluan ini terus diserap kepada JKR Daerah, supaya dapat di selenggara
dengan baik.

Y.B. TUAN AZMIZAM BIN ZAMAN HURI : Orang lain nak ucap pula.

Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM : Pelabuhan Klang


Speaker?

Y.B. TUAN MOHD RAZALI BIN SAARI : dalam jagaan kontraktor mangku
bumi. Segala aduan dan cercaan.

TUAN TIMBALAN SPEAKER : Pembahas baru. Sungai Panjang sila duduk.


Masa dah habis Sungai Panjang. Sebab hari ini hari Jumaat.

Y.B. TUAN MOHD RAZALI BIN SAARI : Saya diganggu.

Y.B. TUAN AZMIZAM BIN ZAMAN HURI : Dah, dah, dah.

Y.B. TUAN MOHD RAZALI BIN SAARI : Saya diganggu.

TUAN TIMBALAN SPEAKER : 30 saat. Penutup.

Y.B. TUAN MOHD RAZALI BIN SAARI : Okay, 30 saat.

53
1 MAC 2024 (JUMAAT)

TUAN TIMBALAN SPEAKER : 30 saat.

Y.B. TUAN MOHD RAZALI BIN SAARI : Dicadangkan proses yang sepatutnya
serahan kepada JKR daerah persekutuan dibuat dengan segera apabila serahan
sudah dilakukan baru ada kontraktor konsesi untuk menyelenggara pembaikan dan
potong rumput akan ada juga peruntukan khas, pembaikan yang berkaitan. Akhirnya
pantun subur langkas hamparan ku ini, akan awan puteri, hati nan

TUAN TIMBALAN SPEAKER : Terima kasih Sungai Panjang. Terima kasih


banyak-banyak.

Y.B. TUAN MOHD RAZALI BIN SAARI : Hati nan bakhil

TUAN TIMBALAN SPEAKER : Sungai Panjang!

Y.B. TUAN AZMIZAM BIN ZAMAN HURI : Dah, dah, dah.

Y.B. TUAN MOHD RAZALI BIN SAARI : Terima kasih, Assalamualaikum


W.B.T.

TUAN TIMBALAN SPEAKER : Sungai Panjang dah duduk. Okay


pembahas seterusnya. Tak ada yang bangun ya? Pembahas Sentosa. Silakan
Sentosa.

Y.B. TUAN GUNARAJAH A/L R GEORGE : Okay, terima kasih Tuan


Timbalan Speaker. Terima kasih Tuan Speaker yang saya hormati kerana memberi
peluang kepada Sentosa mengambil bahagian dalam perbahasan menjunjung kasih
ya. Saya terus ke perkara-perkara yang penting. Prestasi kewangan Kerajaan Negeri
Ini baca teks la. Nanti I akan ulang ya, menunjukkan satu prestasi yang cemerlang
apabila rizab Kerajaan Negeri melalui Kumpulan Wang Disatukan merekodkan angka
berjumlah RM3.561 juta. Walaupun kebanyakan negara di Asian mencatatkan
prestasi pertumbuhan sederhana.

Tuan Speaker, Rancangan Selangor Pertama mula mengorak langkah pada tahun
2024. Satu perancangan berserta garis masa yang telah diunjurkan dalam
perancangan Selangor Pertama ini memberi satu daya tarikan serta keyakinan
pelabur asing untuk terus melabur di Negeri Selangor. Sentosa yakin dan percaya
Selangor akan terus menjadi negeri mesra pelabur dan dapat menarik pelaburan
seperti mana yang diunjurkan. Tuan Timbalan Speaker, Kerajaan Negeri sering
mendahului negeri-negeri lain dalam memperkenalkan inisiatif atau program
kebajikan untuk rakyat. Iltizam Selangor Penyayang merupakan program yang cukup
inklusif dan komprehensif buat rakyat Selangor. Program Iltizam Selangor Penyayang
ini berjaya dilaksanakan dan ditambah baik setiap tahun disebabkan tadbir urus yang
cekap, telus dan berintegriti oleh Kerajaan Negeri. Selain daripada itu, Jelajah Ehsan

54
1 MAC 2024 (JUMAAT)

Rahmah telah menjadi satu fenomena di Negeri Selangor apabila setiap hari, setiap
minggu Jelajah Ehsan ini memasuki setiap pelosok Negeri Selangor dengan
mengadakan jualan murah barangan asas. Hasil Kerajaan Negeri apabila diurus
dengan baik akhirnya diberikan kembali semula kepada rakyat Selangor.

Sentosa juga mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan tahniah kepada
Majlis Bandar Raya Diraja Klang atas pemasyhuran sebagai...

Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM : Speaker.

Y.B. TUAN GUNARAJAH A/L R GEORGE : Majlis Bandaraya Diraja.

Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM : Speaker, Peraturan


Tetap.

TUAN TIMBALAN SPEAKER : Ya?

Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM : Bukan mencelah.


Peraturan Tetap Speaker.

TUAN TIMBALAN SPEAKER : Peraturan Tetap. Berapa?

Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM : Sebab saya nak petik
Peraturan Tetap ini 35(6). Sebab saya setuju dengan Yang Berhormat Lembah Jaya
semalam, bahawa dalam perbahasan ini kita tak boleh membaca. Berbahas ini mesti
berbahas. Dia bukan membaca.

TUAN TIMBALAN SPEAKER : Tadi saya tengok dia ada baca dan tengok
juga.

Y.B. TUAN GUNARAJAH A/L R GEORGE : Dengar dulu.

TUAN TIMBALAN SPEAKER : Teruskan.

Y.B. TUAN AZMIZAM BIN ZAMAN HURI : Saya setuju dengan Speaker.

Y.B. TUAN GUNARAJAH A/L R GEORGE : Eh Gombak Setia. Gombak


Setia dengar dulu. Saya belum habis perbahasan saya.

Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM : Jadi mulai daripada


sekarang kita lihat

TUAN TIMBALAN SPEAKER : dibenarkan untuk refer pada nota-nota yang


dibagi, yang digunakan. Silakan.

55
1 MAC 2024 (JUMAAT)

Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM : Jadi sebab itu Speaker,
saya minta kalau boleh kena adillah dalam Ruling. Jadi lepas ini kita lihat, baca
ataupun baca dan tengok crowd.

Y.B. TUAN GUNARAJAH A/L R GEORGE : Semalam Gombak Setia pun


baca juga.

Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM : Boleh tengok video lah.

Y.B. TUAN GUNARAJAH A/L R GEORGE : Sentosa mengambil kesempatan


ini mengambil ucapan tahniah kepada Majlis Bandaraya dan seterusnya menzahirkan
ucapan tahniah kepada Yang Berusaha Datin Paduka Noraini Roslan yang dilantik
sebagai Datuk Majlis Bandar Raya Diraja Klang wanita pertama. Sentosa yakin dan
percaya dengan pengalaman luas beliau untuk terus mengemudi Majlis Bandaraya
Diraja Klang dengan lebih cemerlang serta membawa Bandaraya Klang ke satu tahap
yang lebih tinggi dan menjadi sebuah bandar raya yang kondusif didiami.

Sentosa berharapan tinggi penaiktarafan Taman Sentosa. Taman Sentosa adalah


satu taman, dalam taman itu ada 25 taman. Status Bandar Sentosa akan menjadi
realisasi. Ini sejajar dengan visi Majlis Bandar Raya dan banyak kerja-kerja perlu
dilaksanakan dan harap pengumuman ini dapat diumumkan dalam masa enam bulan.
Satu kontraktor satu kawasan. Ini adalah satu permintaan untuk semua majlis bandar
raya ataupun PBT untuk melantik satu kontraktor untuk satu jaga satu kawasan
kerana ada banyak pertindihan kerja di mana dalam satu kawasan ada dua/tiga
kontraktor diberi tanggungjawab untuk kerja-kerja pembersihan dan sebagainya.

Tuan Timbalan Speaker, saya ingin tumpukan perhatian Dewan ke masalah


kebanjiran warga asing sejak akhir-akhir ini menjadi isu yang semakin hangat di
negara kita. Negara kita telah menjadi tumpuan warga asing dari pelbagai negara
untuk mencari rezeki. Ini kerana pekerja tempatan kurang berminat dalam sektor-
sektor ini dengan alasan kurang berminat dalam sektor-sektor ini dengan memandang
rendah pekerjaan sebegini. Adakah kerajaan bercadang ataupun boleh mengenakan
peraturan tertentu kepada majikan di Negeri Selangor supaya mengambil pekerja
tempatan daripada pekerja asing? Cadangan Sentosa ialah wujudkan program
insentif untuk warga Selangor, warga Malaysia untuk menggantikan warga asing.
Pekilang dan juga majikan sanggup belanja sampai RM10,000 untuk mendapatkan
permit kerja dan bawa mereka dari negara sumber. Bolehkah Kerajaan Negeri
dengan kerjasama majikan ataupun gabungan pekilang wujudkan satu program untuk
beri mereka insentif kewangan kepada pekerja-pekerja tempatan? Mungkin bantuan
insentif kewangan ini boleh membantu mereka dan terus bantu agenda negara.

Tuan Speaker, dalam kita memberi keutamaan kepada pembangunan ekonomi serta
merakyatkan ekonomi Selangor, Kerajaan Negeri perlu memberi perhatian khusus
dalam menambahbaik dan meningkatkan tahap infrastruktur awam seperti jalan raya

56
1 MAC 2024 (JUMAAT)

yang menghubungkan wilayah luar bandar dan wilayah bandar. Keadaan jalan raya
perlu dinaiktaraf seiring dengan perkembangan aktiviti ekonomi di kawasan luar
bandar. Sesungguhnya kegemilangan sebuah tamadun tidak boleh dibina dalam
sehari atau dua. Sebaliknya boleh runtuh dengan sekelip mata jika tanggungjawab
dan amanah diabaikan atau difitnah.

Baru-baru ini Hulu Kelang telah menyatakan berkenaan Air Selangor dan PKNS. This
are business entity, dengan izin Tuan Timbalan Speaker ada kalanya kita menang,
ada kalanya kita kalah. Tetapi ini ada bergantungan dengan risiko. Risiko boleh
datang dari ketidaktentuan dalam pasaran, kegagalan projek dan sebagainya.
Sentosa percaya PKNS, pengurusan PKNS dan Air Selangor telah dan sedang
menjalankan tanggungjawab dengan baik. Oleh itu, kita perlu beri mereka masa dan
jangan asyik cari salah.

Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada pembahas daripada ADN


pembangkang yang banyak membagi cadangan memberi constructive criticism.
Right? Kerana inilah apa yang kita perlu buat. Kita ambil iktibar dari Yang Dipertuan
Agong. Baru-baru ini beliau, Yang Dipertuan Agong telah mengatakan jangan politik.
Tunggu masa untuk pilihan raya. Sementara itu marilah kita sama-sama membina
negara ini dan negeri ini supaya kita boleh memberi yang terbaik

Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM : Tuan Speaker.

Y.B. TUAN GUNARAJAH A/L R GEORGE : kepada rakyat Selangor.

Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM : Sentosa.


Mencelah.

Y.B. TUAN GUNARAJAH A/L R GEORGE : Saya tak ada masa nak bagi
you.

Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM : Perbahasan mesti ada


celahan, kalau membaca tak ada.

TUAN TIMBALAN SPEAKER : Gombak Setia.

Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM : Perbahasan ada


celahan.

TUAN TIMBALAN SPEAKER : Gombak Setia.

Y.B. TUAN GUNARAJAH A/L R GEORGE : Tanya dengan baik-baik.

57
1 MAC 2024 (JUMAAT)

TUAN TIMBALAN SPEAKER : Sentosa tak bagi. Duduk Gombak Setia.

Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM : Saya nak tanya ini
konstruktif. Ha ok baik. Terima kasih Yang Berhormat Sentosa. Cuma saya nak
bertanya kepada Yang Berhormat Sentosa, apakah peranan kita sebagai Ahli Dewan
ini bila ada sesuatu isu berlaku sebagaimana yang Yang Berhormat Sentosa sebut
tadi, kita kadangkala mesti, kita bukan nak kritik tetapi kita ingin menegur perkara yang
sedang berlaku kerana kita tak mahu ianya akhirnya mendatangkan kemudaratan
yang lebih besar. Jadi Yang Berhormat Sentosa tadi sebut seolah-olah kita kena puji
saja. Tak boleh, nak kritik, betul kita kena kritik dan kadangkala kita mesti memberikan
ataupun menyatakan kebenaran walaupun ianya pahit. Sebab itu saya nak bertanya
apakah seolah-olah kita ini tak boleh berperanan untuk mengkritik ataupun
memberikan/menyatakan kelompangan apa yang berlaku dalam kerajaan.

Y.B. TUAN GUNARAJAH A/L R GEORGE : Terima kasih Gombak Setia.


Memang itu yang saya nak bagi tahu tapi constructive criticism, dengan izin. Right.
Cadangan yang bernas, cadangan yang baik memang akan diterima oleh Kerajaan
Negeri. Baru-baru ini kita pun sedia tahu pengumuman akan dibuat oleh Yang Amat
Berhormat. Perbincangan daripada pihak ketua pembangkang untuk peruntukan
yang perlu diberikan. Bincang dengan baik, memang Kerajaan Negeri, Yang Amat
Berhormat akan bincang fikirkan yang akan juga bagi yang terbaik untuk ADN
Pembangkang. Biar saya teruskan. Terima kasih.

Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM : Tak, bukan. Saya nak
cakap ini je. Saya nak cakap nampak macam berbahas. Terima kasih.

Y.B. TUAN GUNARAJAH A/L R GEORGE : Okay, terima kasih.

Y.B. TUAN DR. AFIF BIN BAHARDIN : Saya nak mencelah sikit.

Y.B. TUAN GUNARAJAH A/L R GEORGE : Boleh.

Y.B. TUAN DR. AFIF BIN BAHARDIN : Boleh. Terima kasih Sentosa.
Sentosa ini sahabat saya pada dulu, kini dan selamanya. Saya tertarik bila... Team
sama dulu waktu pemilihan. Jadi Yang Berhormat Sentosa, Yang Berhormat
bangkitkan tentang peranan kami sebagai pembangkang untuk beri constructive
criticism, maknanya menghargai peranan pembangkang. Dan Yang Berhormat dah
sebut pun tentang soal peruntukan. Adakah Yang Berhormat setuju sebagai
persediaan untuk pengumuman Menteri Besar. Mungkin Menteri Besar boleh ambil
ilham daripada Yang Berhormat Sentosa nanti. Adakah Yang Berhormat setuju
supaya peruntukan itu diberikan sama nilai dia, ADN Kerajaan dan juga ADN
Pembangkang)? Sebab apa? Sebab kami sekarang 22 pembangkang. Jadi penggal
depan kami jadi kerajaan, Sentosa jadi pembangkang baru kami boleh bagi sama rata.
Jadi adakah Yang Berhormat Sentosa setuju dengan pandangan saya ini?

58
1 MAC 2024 (JUMAAT)

Y.B. TUAN GUNARAJAH A/L R GEORGE : Itu saya lepaskan kepada


Yang Amat Berhormat untuk mengambil tindakan. Okay. Sementara itu kalau nak
lebih peruntukan, datang sebelah sini. Okay? Boleh?

TUAN TIMBALAN SPEAKER : Masa ada dua minit ya.

Y.B. TUAN GUNARAJAH A/L R GEORGE : Dia kena tolak dari masa
mereka.

Okay, akhir sekali Tuan Timbalan Speaker. Boleh Sentosa mendapat rekod pecahan
bilangan kaum pekerja di bawah agensi kerajaan di Selangor dan bagaimana
Kerajaan Negeri boleh mencapai peratusan bukan Melayu, Cina dan India
terutamanya di setiap agensi tersebut, serta bilakah kita boleh mencapai ini. Kerana
secara realiti ada kekurangan pekerja bangsa Cina dan India dalam jabatan kerajaan
dan tidak ada ataupun tidak dapat peluang untuk generasi muda ataupun generasi
baru.

Akhir kata Tuan Speaker, saya yakin dan percaya Kerajaan Negeri di bawah
kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin
Shari dapat meneruskan, ini kena puji Gombak Setia, kena puji. Kali ini Dato’ Seri
Sungai Tua. Okay. Meneruskan kecemerlangan memimpin Negeri Selangor untuk
terus unggul di samping memartabatkan rakyat Selangor. Ini ada satu pantun untuk
Hulu Kelang, boleh ya?

Keranamu kami mendapat tua,


Keranamu kami bangsa berjaya,
Keranamu kami hidup selesa,
Kerana Selangor kita semua berjaya.

Berjalan dari bukit ke hulu,


Singgah membeli ayam jantan,
Jika tuan tidak melulu,
Sudah pasti tidak menjadi mantan.

Sentosa mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

Y.B. TUAN AZMIZAM BIN ZAMAN HURI: Hidup Sentosa!

TUAN TIMBALAN SPEAKER : Terima kasih Yang Berhormat Sentosa.


Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan 12 tengah hari. Dengan
ini saya menangguhkan Dewan sehingga jam 3 petang. Dewan ditangguhkan.

(DEWAN DITANGGUHKAN)

59
1 MAC 2024 (JUMAAT)

(DEWAN DISAMBUNG SEMULA)

(TUAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN)

TUAN SPEAKER : Selamat petang Ahli-Ahli Yang Berhormat semua. Dewan


sambung semula. Morib silakan. 10 minit.

Y.B. TUAN ROSNIZAN BIN AHMAD : Terima kasih. Assalamualaikum dan


salam sejahtera pada semua Dewan Negeri Selangor. Alhamdulillah. Terima kasih
Tuan Speaker untuk memberi peluang untuk berbahas dalam Dewan yang mulia ini.
Saya mewakili Morib...

TUAN SPEAKER : Morib kali ini pandai-pandai jaga masa ya. Jangan macam
tahun lepas.

Y.B. TUAN ROSNIZAN BIN AHMAD : Di atas titah ucapan Duli Yang Maha
Mulia Sultan Selangor supaya kita berusaha memperbaiki setiap kekurangan yang
ada. Memperkukuhkan perhubungan yang baik dan muhibah sesama rakyat.
Menghindari persengketaan dan menjauhi segala perbuatan yang boleh
memudaratkan kepada Negeri Selangor terutama amalan rasuah dan
penyalahgunaan kuasa. Marilah kita bersama mengambil maklum dan tanamkan
dalam diri kita apa yang dititahkan oleh Tuanku Sultan Selangor. Bulat air kerana
pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Di mana bumi dipijak, di situ langit
dijunjung. Tuan Speaker, apa pun Morib ada beberapa perkara yang ingin saya
bahaskan di dalam Dewan yang mulia ini. Dari segi pembangunan Negeri Selangor
tidak ketinggalan malah semakin rancak dan maju oleh itu banyak perkara yang perlu
difikirkan. Kebaikan juga, keburukan sesuatu pembangunan amatlah penting. Dan
ingatlah jangan kita mengejar pembangunan tetapi rakyat di sekitar dan penduduk di
kawasan akan terpinggir. Seperti pepatah ada mengatakan kera di hutan disusui,
anak di rumah mati kelaparan. Hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicicah.
Kita lihat pembangunan juga jika tidak dikawal akan meningkatkan masalah kepada
penduduk setempat. Oleh itu harap pihak Kerajaan Negeri Selangor dapat
memastikan perkara-perkara penting seperti masalah alam sekitar, gejala sosial,
pendidikan, ekonomi dan sebagainya. Dari segi alam sekitar menerusi agensi atau
jabatan-jabatan berkenaan haruslah melakukan pelbagai usaha termasuk
memperketatkan undang-undang berkaitan alam sekitar. Penguatkuasaan
seharusnya dilakukan dari awal lagi kerana jika dibiarkan berterusan maka ia akan
membawa kemusnahan yang lebih besar terhadap alam sekitar kerana apa yang
sering berlaku sekarang adalah tindakan hanya akan diambil bila sesuatu masalah
sudah menjadi serius. Atau pun apabila sesuatu bencana itu berlaku barulah tindakan
diambil. Kehilangan harta benda dan nyawa sudah tidak boleh diselamatkan lagi. Di
mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Berat mata memandang, berat lagi bahu

60
1 MAC 2024 (JUMAAT)

memikul. Oleh itu saya berharap pihak Kerajaan Negeri Selangor dapat mengatasi
masalah kelemahan dan kekangan haruslah diatasi segera termasuk keberkesanan
kaedah kawalan alam sekitar. Pastikan semua bentuk kawalan sedia ada itu
mencukupi dan mencapai piawaian yang telah ditetapkan.

Tuan Speaker, di dalam pembangunan infrastruktur perkara yang sering kita


bangkitkan oleh semua kawasan adalah termasuk jalan raya, parit, longkang dan
sebagainya. Dalam belanjawan yang telah dibentangkan baru-baru ini dengan
peruntukan yang diberikan kepada jabatan-jabatan adakah ianya mampu memberi
perkhidmatan dan menambah baik pembangunan infra di seluruh Negeri Selangor?
Saya amat berharap agar pihak Kerajaan Negeri begitu juga EXCO yang berkaitan
agar pihak Kerajaan Negeri dapat menilai kembali peruntukan yang disalurkan dan
akan menambah peruntukan kepada pihak yang berkaitan. Dengan rizab yang
melebihi RM3.5 bilion Morib. Mengharapkan agar ditingkatkan peruntukan untuk
maintenance ataupun peruntukan penyelenggaraan kepada jabatan-jabatan yang
berkenaan. Seperti di kawasan saya Morib dari segi pembiayaan peruntukan kepada
jabatan-jabatan amat terhad dan ini menyebabkan pembangunan dan
penambahbaikan jalan-jalan negeri dan kampung juga tidak dapat dibuat
keseluruhannya. Dan ini akan menyebabkan kemalangan yang juga akan meragut
nyawa. Bak kata pepatah, sudah terhantuk baru mengadah. Sesal dahulu
pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Masalah banjir yang disebabkan parit
dan longkang tidak di selenggara dengan baik juga itu perlu difikirkan. Antaranya di
kampung saya di kawasan saya Kampung Kanchong Darat. Jalan kampung ini yang
telah lama rosak dan tidak semua diturap dan juga parit-parit yang semua tidak di
selenggara dengan baik. Begitu juga dengan kampung-kampung di sekitar Kampung
Kelanang, Kampung Bandar, Pematang Pasir, Sungai Buaya dan boleh dikatakan
keseluruhan kampung di kawasan DUN Morib tidak dapat penyelenggaraan yang
baik. Morib memohon agar peruntukan perbelanjaan kepada jabatan-jabatan ini perlu
diberikan perhatian dan diberi penambahan agar dapat perkara-perkara yang saya
sebut tadi dapat diselesaikan untuk menambah kebaikan malahan sekarang mereka
semua telah dibebankan dengan kenaikan cukai pintu. Apa pun saya mengucapkan
ribuan terima kasih kepada pegawai-pegawai daerah terutama pada Tuan D.O. dan
juga YDP Majlis Perbandaran Kuala Langat dan juga Ketua-Ketua Jabatan seperti
JKR, JPS yang saya rasa mereka ini semua bekerja keras untuk pembangunan dan
kemakmuran di Kuala Langat, khasnya di kawasan saya DUN Morib. Dan saya yakin
penjawat awam ini di Negeri Selangor adalah yang terbaik dan bekerja keras untuk
memastikan perkhidmatan diberikan kepada rakyat terlaksana dengan amat baik
seperti apa yang telah dititahkan oleh Tuanku Sultan Selangor dalam Titah Ucapan
Tuanku di persidangan penggal Kedua Dewan Negeri Selangor tiga hari yang lepas.

Tuan Speaker, berkenaan cukai pintu yang telah dijalankan saya berharap agar
selepas ini pihak PBT dapatlah memberi perkhidmatan yang terbaik. Ini bukan sahaja
berkenaan dengan kutipan sampah tetapi rakyat akan bertanya apakah perkhidmatan
yang kerajaan berikan kepada mereka? Adakah penambahbaikan dari segi

61
1 MAC 2024 (JUMAAT)

infrastruktur dan perkhidmatan seperti jalan bertambah baik? Rakyat tidak peduli pun.
Bila mereka sudah membayar pasti mereka hendak perkhidmatan yang terbaik. Morib
berharap agar pihak Kerajaan Negeri Selangor akan memberi perkhidmatan yang
terbaik kepada rakyat. Berkenaan bantuan bencana, saya amat prihatin kepada
mangsa bencana dan saya amat berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor
kerana ada memberi bantuan ini. Namun apa yang kita tahu bantuan bencana ini
amat sedikit dibandingkan dengan kerosakan atau kehilangan harta benda mangsa.
Morib mencadangkan agar pihak Kerajaan Negeri Selangor menilai semula bantuan-
bantuan bencana ini supaya ditingkatkan dengan apa yang diberikan sebelum ini.
Bencana berlaku ini bukanlah kehendak kita dan juga adalah satu ujian pada diri kita
dan jangan lupa ini juga adalah ujian kepada kerajaan Negeri Selangor untuk
bagaimana Kerajaan Negeri Selangor dengan ikhlas membantu mangsa-mangsa ini.
Sakit sama mengadu, luka sama meniup.

Tuan Speaker dalam kita mengawal kebanjiran anjing-anjing liar yang semakin tidak
terkawal apakah tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui jabatan
berkenaan seperti Jabatan Veterinar dalam menangani masalah yang saya kira
berlaku di seluruh Negeri Selangor. Perkara ini amat membimbangkan kerana ada
juga laporan penduduk digigit dan diganggu dan mengganggu kanak-kanak dan anak-
anak yang hendak pergi sekolah. Saya amat simpati dengan keadaan ini dan saya
rasa pihak PBT yang selalu dipersalahkan dan saya rasa tidak adil kerana ada jabatan
yang khusus dalam perkara ini. Apakah Kerajaan Negeri Selangor dan jabatan ini
ada solusi untuk perkara ini ataupun pihak Jabatan Veterinar perlu membuat sesuatu
tindakan yang lebih agresif? Di kawasan saya di DUN Morib ini tidak ketinggalan
bukan sahaja kawasan-kawasan pekan

TUAN SPEAKER : Yang Berhormat jaga masa.

Y.B. TUAN ROSNIZAN BIN AHMAD : pelik juga bila mana sekarang
kawasan tradisi bukan sahaja monyet, anjing-anjing liar ini semakin banyak dan
beranak pinak dan saya harap benda ini dapat di ambil serius oleh Kerajaan Negeri
Selangor. Tuan Speaker, yang terakhir saya mewakili penduduk Kuala Langat
khususnya di DUN Morib amat berbangga dengan lahirnya atlet pemain badminton
yang telah mengharumkan nama negara dan negeri kita Selangor yang kita sayangi.
Dilahirkan di Kampung Kanchong Darat, keluarga Dato’ Haji Mohd Sidek bin Haji
Abdullah Kamar adalah nama yang tak asing lagi telah melahirkan nama-nama seperti
Misbun, Razif, Jalani, Rahman. Anak-anak beliau ini semua adalah nama-nama
legenda badminton. Yang menaikkan nama negara kita Malaysia dan Negeri
Selangor khususnya. Berkenaan dengan kita meraikan tahun Melawat Selangor pada
2025, Morib ingin mencadangkan agar kediaman dan tempat kelahiran beliau
diangkat sebagai tempat yang akan disenaraikan di dalam tempat-tempat yang boleh
dikunjungi oleh pelancong. Pergi bersenam di pusat senaman, memakai bauan yang
sangat wangi, terima kasih Tuan Speaker yang budiman, lain kali berilah masa lebih
lagi. Sekian, terima kasih.

62
1 MAC 2024 (JUMAAT)

TUAN SPEAKER : Yang Berhormat bangun awal boleh dapat lebih masa.
Seterusnya Balakong.

Y.B. TUAN ONG CHUN WEI : Terima kasih Tuan Speaker kerana memberi
peluang kepada Balakong untuk mengambil bahagian dalam perbahasan menjunjung
kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor. Balakong ingin
memulakan perbahasan dengan ucapan syabas dan tahniah atas usaha yang telah
dilakukan oleh Kerajaan Negeri dalam meringankan beban rakyat Selangor. Antara
inisiatif yang telah mendapat sambutan yang baik ialah jualan Ehsan rahmah (JER).
Sejak pelaksanaan program ini pada tahun 2022 lebih daripada RM25 juta telah
dibelanjakan. JER terbukti berjaya apabila pengendalinya iaitu PKPS telah menerima
Anugerah Pengurusan Berkualiti 2023. Pengiktirafan itu juga membuktikan bahawa
Kerajaan Negeri menerusi PKPS telah berjaya dalam isu jaminan bekalan makanan
khususnya pasca COVID-19. Balakong berterima kasih kepada Kerajaan Negeri
Selangor kerana telah meneruskan program JER pada tahun 2024. Balakong ingin
mencadangkan supaya jualan ini dapat diadakan juga pada waktu malam bagi
memudahkan isi rumah yang bekerja. Balakong juga berharap agar barangan asas
yang dijual pada setiap program dapat ditambahkan supaya mencukupi untuk
permintaan para pengunjung. Tuan Speaker

Y.B. TUAN MOHD RAZALI BIN SAARI : Balakong, nak mencelah. Soalan.

Y.B. TUAN ONG CHUN WEI : Boleh.

Y.B. TUAN MOHD RAZALI BIN SAARI : Setuju ke Balakong sekiranya


program Jualan Ehsan ini dibuka di tempat-tempat umum jualannya berbanding
sebelum ini hanya ahli-ahli politik yang menjalankannya. Ketua Kampung, Ketua-
Ketua Politik. Setuju tak kalau dibuka untuk jualan kepada umum. Buat di dewan
balai raya dan sebagainya. Sebab dia boleh mohon secara online.

Y.B. TUAN ONG CHUN WEI : Saya rasa cadangan itu baik Cuma satu
perkara yang kita perlu pertimbangkan adalah sekiranya jualan Ehsan Rahmah itu dia
buka di kawasan yang ada kedai-kedai runcit mungkin dia akan beri kesan negatif
juga kepada para peniaga. Itu sahaja yang saya minta sambung perbahasan saya.
Tuan Speaker, seterusnya Balakong ingin menyentuh tentang isu tapak loji rawatan
kumbahan yang telah dihentikan operasi. Dalam persidangan Dewan yang lepas
Balakong telah bertanya tentang lokasi loji rawatan kumbahan yang telah dihentikan
operasi dan didapati sebanyak 61 tapak tersebut berada di DUN Balakong. Balakong
mendapati loji-loji ini telah terbiar dan belum ada sebarang perancangan malah tidak
di selenggara dengan baik. Sehubungan dengan itu, Balakong ingin mencadangkan
supaya diteliti supaya tapak tersebut supaya diberikan lesen pendudukan sementara
ataupun TOL kepada JMB ataupun Persatuan Penduduk bagi kegunaan letak
kenderaan sekali gus menyelesaikan kekurangan parkir terutamanya di kawasan
pangsapuri kepadatan tinggi. Tuan Speaker, itu kerosakan jalan raya yang

63
1 MAC 2024 (JUMAAT)

mengundang kepada ancaman keselamatan harus dipandang serius. Malahan perlu


disusuli dengan tindakan segera. Setiap kali berjumpa jalan berlubang pertanyaan
seperti bilakah jalan akan dibaiki. PBT tak buat kerja ke?. Pasti kedengaran. Namun
begitu, yang sering menjadi pemasalahan adalah pada jalan-jalan yang masih belum
diserahkan kepada PBT. Balakong ingin mencadangkan supaya PBT yang lazimnya
menjadi pihak pertama menerima aduan dapat mengambil tindakan segera untuk
membaiki kerosakan jalan. Meskipun jalan-jalan tersebut barangkali masih di bawah
penyelenggaraan pemaju saya minta agar jalan rosak boleh dibaiki terlebih dahulu
oleh PBT sekiranya pemaju gagal bertindak segera dan menuntut semula bayaran
daripada mereka kemudian. Begitu juga kepada isu jalan-jalan yang masih belum
diserahkan tetapi pemaju telah pun gulung tikar. Balakong minta agar satu
mekanisme yang komprehensif dapat diwujudkan demi keselamatan para pengguna.
Balakong teruja dengan tindakan segera yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri
Selangor terhadap satu insiden tanah runtuh di kawasan perumahan Taman
Wawasan Puchong. Sehubungan dengan itu, Balakong juga ingin sekali lagi menarik
perhatian Kerajaan Negeri tentang insiden tanah runtuh yang berlaku di Indah Court
di DUN Balakong pada November tahun lepas supaya kerja pembaikan cerun dapat
dilakukan dalam masa terdekat. Objektif penubuhan program Pusat Dokumen
Pengenalan Diri atau pun MySelf telah mencapai satu kejayaan besar dengan
membantu menyelesaikan lebih daripada 2,000 kes berkaitan dokumen pengenalan
diri sejak tahun 2018 yang membabitkan kes anak angkat, sijil kelahiran serta
warganegara.

Tuan Speaker, anak-anak yang dilahirkan di Malaysia tetapi tidak diberikan


kerakyatan menjadi satu isu yang perlu diteliti dan ditangani kerana individu tanpa
kerakyatan mungkin menghadapi kesukaran untuk akses keperluan termasuk
pendidikan, perubatan, peluang pekerjaan dan terpaksa hidup dalam pinggiran
masyarakat. Malahan terdapat juga pelapis sukan yang tidak dapat meneruskan cita-
cita mereka untuk mewakili negara atau pun negeri. Walaupun berpotensi tinggi di
sebabkan mereka ini tidak ada kerakyatan. Golongan ini tidak diberikan kerakyatan,
rata-rata kerana ibu mereka merupakan bukan warganegara dan bapanya
warganegara tetapi lambat mendaftarkan perkahwinan sebelum anak-anak dilahirkan.
Ataupun terdiri daripada kanak-kanak terbiar dan identiti ibu bapa kandung tidak dapat
disahkan tetapi dijadikan anak angkat tanpa kerakyatan. Balakong menyambut baik
sasaran yang telah ditetapkan oleh KDN (Kementerian Dalam Negeri) untuk
memproses sekurang-kurangnya 10,000 permohonan kewarganegaraan setahun.
Dan ini dilihat sebagai satu harapan baru bagi ribuan individu yang menghadapi
masalah kerakyatan ketika ini. Sehubungan dengan itu, Balakong berharap agar
Kerajaan Negeri melalui Unit MySelf akan meneruskan kerjasama padu bersama
Kerajaan Pusat untuk menyusun dan menambah baik rangka kerja terhadap
permohonan kewarganegaraan ini. Sekian sahaja Tuan Speaker, dengan itu
Balakong menyokong.

TUAN SPEAKER : Terima kasih. Ya Jeram.

64
1 MAC 2024 (JUMAAT)

Y.B. DATO’ HARRISON BIN HASSAN : Terima kasih Tuan Speaker.


Assalamualaikum WBT salam sejahtera, salam Jeram Bestari. Setinggi-tinggi
kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Allah SWT, dengan limpah kurnianya dan
dengan izinnya dapat sekali lagi saya berdiri mewakili rakyat Jeram dalam membawa
isu dan permasalahan ke Dewan yang mulia ini. Saya juga berbesar hati kerana
berpeluang mengambil bahagian dalam perbahasan di Raja ini dan menjunjung kasih
serta penghargaan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan di atas titah Baginda
yang banyak menyentuh soal pentadbiran yang cekap, pembangunan infrastruktur
dan juga kemudahan asas serta kebajikan rakyat. Sesungguhnya keprihatinan
Baginda terhadap pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat merupakan perkara
yang diakui dan tidak asing lagi bagi warga Negeri Selangor sekian lamanya. Jika
diteliti keseluruhan titah Baginda, salah satu perkara yang cukup menarik dan penting
adalah seruan Baginda untuk Kerajaan Negeri segara mengurangkan kerenah
birokrasi dan peraturan yang menyusahkan urusan. Sekali gus menekankan sense
of urgency dalam menyampaikan apa jua perkhidmatan kepada rakyat.

Saya tentu sekali menyokong penuh seruan ini setelah melihat sendiri bagaimana
rakyat di kawasan saya telah kerap kali menjadi kerenah, menjadi mangsa kepada
birokrasi yang melampau ini. Malah amalan ini bertambah parah dengan adanya
faktor kecenderungan berpolitik yang berlaku sehingga hari ini yang membawa
kepada kesulitan kepada pihak rakyat. Kira sajalah berapa kali pengunjung Pusat
Khidmat saya terpaksa pulang dengan rasa kecewa apabila tidak dapat menjawab
satu jawapan yang solid. Sememangnya daripada saya sebagai ADN Pembangkang,
apa yang lebih penting apabila komunikasi daripada Kerajaan sendiri agak
mengelirukan.

Tuan Speaker sebagai contoh, program Jelajah Kembali Ke Sekolah yang sedang
berlangsung sekarang ini. Program ini menawarkan RM100 kepada setiap pelajar
yang layak dan berkehendakkan pemohon hadir sendiri ke pejabat ADN atau pun
pejabat penyelaras DUN. Namun demikian, seperti mana yang Dewan sedia maklum,
di kawasan saya di DUN Jeram ini, penyelaras masih belum dilantik. Namun oleh
sebab situasi begini, Pusat Khidmat saya menjadi tumpuan, ramai rakyat jelata yang
datang memohon program ini. Saya akui bahawa program-program sebegini yang
baik yang dikelolakan oleh Kerajaan Negeri ini patut disokong. Tetapi saya juga minta
Kerajaan Negeri menambah baik daripada segi komunikasi dan juga pengagihan
skim-skim yang baik ini. Akhirnya kalau perkara ini diteruskan, rakyat juga yang pulang
hampa dengan tangan kosong. Sehingga di Pusat Khidmat saya di Puncak Alam
untuk DUN Jeram, ada yang sampai terpaksa mengambil Grab daripada Sungai
Sembilang terus ke Shah Alam hanya untuk mendapatkan jawapan yang
mengecewakan. Ternyata keadaan ini tiada langsung sense of urgency daripada
pihak Kerajaan Negeri. Maka dengan itulah saya ingin menekankan bahawa birokrasi
ini yang separuh masak dan menyusahkan rakyat mesti dihentikan segera. Saya tidak
menolak apa-apa program dan inisiatif yang baik seperti ini di bawah kelolaan
Kerajaan Negeri harus diteruskan. Namun akan datang, saya mohon ...

65
1 MAC 2024 (JUMAAT)

Y.B. TUAN MOHD SHAFIE BIN NGAH : Mohon mencelah.

Y.B. DATO’ HARRISON BIN HASSAN : Sila

Y.B. TUAN MOHD SHAFIE BIN NGAH : Terima kasih Jeram, Tuan Timbalan
Speaker. Berkaitan yang Jeram pakai ialah sense of urgency dalam delivered
melaksanakan produk Negeri Selangor. Saya percaya satu perubahan telah dibuat
oleh Kerajaan Negeri ialah berbincang dengan Pembangkang. Kita menguruskan
peruntukan Jawatankuasa baru-baru ini. Apa pandangan Jeram jika saya beri
pandangan bahawa Pembangkang bersedia untuk berbincang dengan Kerajaan
untuk sama-sama delivered produk Negeri Selangor ini kepada masyarakat? Jangan
sampai mereka terkontang-kanting contoh pergi ke Sungai Ramal bawa ke Kajang,
Kajang pun tak larat nak buat, pergi ke Balakang, Balakong pun tidak mampu hendak
buat, apa kita bincang sama-sama, buat sama-sama, terima kasih.

Y.B. DATO’ HARRISON BIN HASSAN : Terima kasih sahabat saya Yang
Berhormat Sungai Ramal, saya amat bersetuju sebenarnya saya pun hendak sebut
tadi. Apalah salah kiranya perkara-perkara ini atau pun program-program seperti ini
dikongsi bersama ADN-ADN Pembangkang kerana saya di Jeram, saya bersedia,
saya bersedia untuk menambahkan kakitangan atau pun sukarelawan untuk
membantu, membantu untuk mengagihkan segala permohonan daripada pihak-pihak
Kerajaan Negeri daripada segi Program Kembali Ke Sekolah dan pelbagai lagi.
Kerana akhirnya matlamat kami sama, saya pasti ADN Kerajaan, ADN Pembangkang
matlamat kita tak lain dan tidak bukan adalah untuk memberikan perkhidmatan yang
baik kepada rakyat tanpa mengira political background. Jadi terima kasih Sungai
Ramal.

Tuan Timbalan Speaker, akhirnya saya seperti mana saya sebut tadi, saya memohon
penambahbaikan selain daripada perbincangan dengan pihak Pembangkang, ADN
Pembangkang ini saya mohon juga penambahbaikan daripada segi komunikasi
supaya rakyat jelata tidak keliru kerana kita tahu sebahagian besar daripada rakyat ini
dia keliru, dia tidak tahu pun siapa ADN Pembangkang, siapa ADN Kerajaan. Dia
tahu ada satu Pusat Khidmat Masyarakat, dia pergilah, dia bawaklah naik tangga,
bawalah permohonan pelbagai, akhirnya mendapat jawapan yang kecewa untuk
mereka. Jadi kalau boleh saya mintalah pihak Kerajaan melihat kembali perkara-
perkara sebegini.

Tuan Speaker, Dewan yang mulia ini, saya menyambut titah bagi Tuanku agar Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT) menetapkan lantikan Ahli-ahli Majlis supaya 50%
datangnya daripada golongan profesional tanpa kecenderungan politk. Sudah tiba
masanya juga Badan-badan Berkuasa di negeri ini bergerak sebagai satu platform
yang mengutamakan perkhidmatan yang terbaik dan juga adil untuk rakyat tanpa
mengira political background. Sekiranya perkara ini tidak diubah, maka sampai bila-
bilalah masalah dan keutamaan rakyat tidak dapat diatasi dengan segera. Di DUN

66
1 MAC 2024 (JUMAAT)

Jeram contohnya, sesetengah Ahli Majlis yang dilantik ini masuk 6 bulan saya menjadi
ADUN tidak sampai sekali pun, sekali pun yang saya ajak berbincang untuk
menyelesaikan masalah rakyat. Saya ini yang menjadi ADUN pun tidak dilayan, jadi
inikah contoh Ahli-ahli Majlis yang saya dengar sebelum ini daripada pihak Kerajaan
ada yang memohon supaya elaun Ahli Majlis dinaikkan. Tidak ada masalah kalau
hendak dinaikkan tetapi kenalah sesuai dengan performance atau pun prestasi
masing-masing.

Y.B. TUAN DANIAL AL-RASHID BIN HARON AMINAR RASHID : Jeram


boleh mohon laluan, boleh? Sikit, sikit, sikit ada masa lagi lampu hijau lagi. Saya
mendengar Yang Berhormat Jeram menyebut tentang Kerajaan negeri elok
diteruskan, tetapi saya kira benda yang paling penting ialah bagaimana pihak
Pembangkang boleh menyokong perbelanjaan Kerajaan sebab apa yang berlaku
pada bulan 11 tahun lepas, pihak Pembangkang sendiri tidak menyokong
perbelanjaan. Yang kedua bercakap tentang servis Ahli Majlis ini. Kami
bertanggungjawab kepada semua yang dipertanggungjawabkan kepada Ahli Majlis.
Dan saya kira tidak ada satu pun kepentingan untuk kita berhubung dengan ADN di
pihak Pembangkang dalam keadaan kita masih menyelesaikan masalah yang kita
terima dan apa jua aduan yang kita dapat, kita akan terus ajukan kepada pihak Ahli
Majlis. Tapi saya nampak bila ada ruang daripada Sungai Ramal, daripada Jeram
mengutarakan kesediaan untuk bersama itu, saya sambut baik. Dan boleh juga saya
kira satu pelaksanaan boleh dilaksanakan ialah mungkin ADN Pembangkang boleh
menyiapkan senarai aduan itu dan boleh disampaikan kepada Ahli-ahli Majlis dan
penyelaras kita nanti pada masa akan datang, terima kasih.

Y.B. DATO’ HARRISON BIN HASSAN : Terima kasih Batu Tiga, tetapi dalam
kes Jeram ini saya boleh menyiapkan senarai permasalahan yang ada tetapi
masalahnya apabila saya menelefon Ahli Majlis tidak langsung dijawab. Dah 6 bulan
saya telefon. Ahli-ahli Majlis untuk menyampaikan segala masalah kita kena faham,
saya pasti Batu Tiga juga faham kerana tidak semua rakyat ini terus diberi kepada
Ahli Majlis. Ada yang datang terus ke Pusat Khidmat ADN Pembangkang, jadi tidak
apalah, apa-apa pun seperti mana yang sahabat saya Yang Berhormat Sungai Ramal
sebut, kita sedia berbincang apa sekali pun dari segi perbincangan bajet dan juga
pengagihan skim-skim Kerajaan, jadi kita sedia berbincang. Jadi saya teruskan, saya
sudah potong banyaklah Batu Tiga fasal tadi, dah potong dah ini. Tuan Speaker,
dalam isu kualiti perkhidmatan awam juga bagi Tuanku telah menitahkan supaya
Jabatan-jabatan memberi perkhidmatan terus kepada rakyat ini memastikan
kemudahan awam di selenggara dengan baik. Aspek ini perlu saya ulangi kerana ia
amat menepati cita rasa dan keperluan harian penduduk di kawasan saya baik di
bandar mahupun di kampung. Kemudahan awam yang paling popular sekali tentulah
berkaitan dengan jalan raya, lampu jalan dan perparitan yang juga telah disebut oleh
Yang Berhormat Morib, Yang Berhormat Paya Jaras dan juga Kuang tadi.

67
1 MAC 2024 (JUMAAT)

Untuk isu jalan raya dan perparitan saja sudah berpuluh kali saya berurusan dengan
PBT di kawasan saya iaitu MPKS, Ketua-ketua Kampung dan juga agensi-agensi lain
seperti JKR, JPS dan Pejabat Tanah. Sebahagian besar daripada mereka ini
memang saya puji kerana sentiasa memberikan komitmen dan maklum balas yang
pantas di susuli dengan khidmat terbaik dalam menyelesaikan apa jua jenis aduan.
Namun demikian, tidak munasabahlah sekiranya saya menggesa pihak JKR Daerah
untuk melebarkan jalan-jalan yang sempit yang sesak walaupun saya sedar
peruntukan ini amat terhad. Peruntukan yang sebegini hanyalah boleh digunakan
untuk menampal lubang-lubang buat sementara waktu dan saya pasti perkara ini
bukan saja di Jeram malah di hampir semua DUN-DUN yang lain. Oleh yang
demikian, saya minta saya menggesa pihak Kerajaan Negeri untuk mengambil
tindakan yang lebih radikal dalam membantu agensi-agensi daerah ini untuk
memastikan bahawa peruntukan yang secukupnya tiba di DUN masing-masing.
Sebagai contoh, peruntukan MARRIS, pembahagian dana melalui pemberian
penyelenggaraan jalan negeri ataupun MARRIS oleh Kerajaan Persekutuan kepada
Kerajaan Negeri bukan tiada, ada tetapi saya mengambil kesempatan ini untuk
bertanya juga kepada pihak Kerajaan apakah status cerapan jalan yang terbaru.

TUAN SPEAKER : Ya Yang Berhormat.

Y.B. DATO’ HARRISON BIN HASSAN : Saya juga mohon bahawa Kerajaan
Negeri memaklumkan kaedah terkini dalam pengagihan dana-dana MARRIS ini terus
kepada DUN-DUN yang berada di bawah yang memerlukannya. Jadi seterusnya sikit
lagi, sikit lagi.

TUAN SPEAKER : Berapa lama?

Y.B. DATO’ HARRISON BIN HASSAN : One minute. Saya hendak namakan
juga jalan-jalan yang saya sebutkan tadi ...

TUAN SPEAKER : Ringkaskan, ringkaskan.

Y.B. DATO’ HARRISON BIN HASSAN : Saya ringkaskan, saya hendak


namakan jalan antaranya dalam DUN saya Jalan Alam Perdana di Bandar Puncak
Alam, Jalan Simpang 3 di Jeram, Jalan Haji Mohamad Ikram dan Jalan Dato’ Miskon
di Bukit Kerayong yang merentasi kawasan Kapar. Ini adalah jalan-jalan yang amat-
amat teruk, saya bukanlah mengharapkan peruntukan yang mewah daripada
Kerajaan Negeri atau pun Pusat. Saya faham kerana peruntukan ini terhad. Cuma
apa yang saya sebutkan hari ini, saya mohon saya gesa pihak Kerajaan Negeri
mengambil tindakan atau pun mencari satu solution yang jangka masa panjang.
Kerana kebanyakan jalan-jalan ini dilalui oleh kenderaan berat yang mempunyai
konsesi atau projek atau pun yang telah diberikan oleh pihak Kerajaan Negeri atau
pun Pusat. Jadi saya mohon supaya tindakan untuk mengenakan kompaun yang
lebih tinggi kepada syarikat-syarikat ini kerana jalan-jalan ini saya rasa dah lebih

68
1 MAC 2024 (JUMAAT)

sekian lama, 10 tahun di Jalan Bukit Kerayong sebagai contohnya. Jadi sehingga hari
ini JKR Daerah hanya boleh hanya mampu untuk menampal sedikit demi sedikit, lepas
3 bulan, lepas 3 bulan jalan berlubang kembali. Jadi oleh itu, saya dah potong tiga
muka surat ini, Tuan Speaker. Akhirnya saya memohon sekali lagi pihak Kerajaan
Negeri untuk melihat kembali infrastruktur jalan yang saya pasti saya bercakap ini
mewakili sebahagian besar daripada ADN-ADN Kerajaan dan juga Pembangkang.
Untuk memastikan bahawa peruntukan yang secukupnya dan juga solution untuk
jangka masa panjang supaya jalan ini tidak ...

TUAN SPEAKER : Yang Berhormat sesi soal jawab ada juga, soalan-soalan
ini boleh bertanya pada soalan tambahan.

Y.B. DATO’ HARRISON BIN HASSAN : Oleh yang demikian Tuan Speaker
akhir kata daripada saya Kerajaan Negeri tentu faham kapasiti kami sebagai ADN
Pembangkang ini jauh lebih terhad, daripada ADN Kerajaan. Kami terperangkap
apabila keluhan dan cabaran yang saya sebutkan tadi diadukan oleh rakyat di
kawasan kami. Saya mohon segala perbincangan dimulakan oleh pihak Kerajaan
untuk sama-sama dikongsi bersama beban tanggungjawab kepada rakyat ini dikongsi
juga dengan ADN-ADN Pembangkang.

TUAN SPEAKER : Yang Berhormat, cukup-cukup.

Y.B. DATO’ HARRISON BIN HASSAN : Saya menaruh harapan yang tinggi
agar cadangan yang diutarakan tadi dapat diambil kira dan diperhalusi oleh pihak
Kerajaan, sekian Assalamualaikum W.B.T.

TUAN SPEAKER : Terima kasih ya. Ya pembahas seterusnya? Ada? Ya


Semenyih.

Y.B. TUAN NUSHI BIN MAHFODZ : Terima kasih Tuan Speaker di atas
ruang dan kesempatan yang diberikan kepada Semenyih untuk turut berbahas
di dalam usul menyembah ucapan terima kasih dan menjunjung kasih atas titah
ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Assalamualaikum W.B.T. dan salam
sejahtera. Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, berdasarkan kepada
titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang tuntas dan komprehensif.
Semenyih akan hanya menyentuh dua inti pati utama. Daripada titah ucapan Duli
Yang Maha Mulia Tuanku yang sarat dengan cadangan, pandangan, syor, nasihat
dan teguran ikhlas. Menggambarkan sikap prihatin, cakna dan dekatnya isu Negeri
dan rakyat Negeri Selangor di hati Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

Yang pertama, berkaitan dengan Good Governance ataupun tadbir urus, tata kelola
yang baik di semua peringkat di Negeri Selangor. Semenyih berpandangan nasihat
dan teguran diberikan kepada para penjawat awam di Negeri Selangor agar
melakukan anjakan paradigma dalam setiap tugasan dan tanggungjawab yang

69
1 MAC 2024 (JUMAAT)

diamanahkan seharusnya dibacakan bersekali dengan ingatan khusus Duli Yang


Maha Mulia Tuanku kepada Pihak Berkuasa Tempatan berkaitan keanggotaan Ahli-
Ahli Majlis selain efficiency perkhidmatan Jabatan-Jabatan apatah lagi harapan Duli
Yang Maha Mulia Tuanku kepada kita semua Ahli-Ahli Berhormat agar Sidang Dewan
Negeri menjadi contoh terbaik kepada rakyat di luar sana, agar suasana perbahasan
sentiasa dalam keadaan adil, harmoni, berlangsung dengan penuh integriti dan
bertanggungjawab. Justeru, Semenyih mengambil peluang ini untuk memperingatkan
diri sendiri dan dengan penuh rendah diri mengajak dan menyeru semua Ahli-Ahli
Yang Berhormat agar sama-sama kita bertindak secara lebih profesional, berintegriti
dan bertoleransi. Di dalam dan di luar Dewan. Semenyih percaya apa yang
diterjemahkan oleh kita semua di dalam Dewan yang mulia. Ini bermula daripada
bagaimana sikap dan budaya kita di luar Dewan. Marilah sama-sama kita cuba
mengelak atau setidak-tidaknya mengurangkan elemen politik melampau di dalam
Dewan. Sama ada di dalam perbahasan ataupun jawapan soalan lisan mulut dengan
provokasi, sindiran yang tidak berkesudahan, apatah lagi merugikan. Sebaliknya,
marilah sama-sama kita memanfaatkan masa yang sangat terhad ini dengan
mengembalikan fungsi Dewan Negeri, meluluskan undang-undang, bajet tahunan
selain bertindak sebagai mekanisme, semak dan imbang. Bagi polisi, projek dan
perancangan Kerajaan Negeri. Ambillah sama-sama peluang ini sebagai forum untuk
kita membangkitkan, membahaskan dan mencari penyelesaian bersama kepada
masalah-masalah yang dihadapi oleh komuniti setempat kita semua. Ringkasnya
ayuhlah kita bersatu hati memfokus kepada tugas dan peranan kita untuk
memperhalusi polisi-polisi negeri di dalam Dewan yang mulia ini. Demi kemaslahatan
warga negeri dan kalau nak berpolitik sangat-sangat pun silakanlah berpolitik dengan
matang dan sejahtera di luar daripada Dewan yang mulia ini. Dalam hal ini, Semenyih
percaya prestasi dan mutu perkhidmatan para penjawat awam di Negeri ini termasuk
Ahli-Ahli Majlis di peringkat PBT sebenarnya sangat berkait rapat dengan sikap,
budaya dan kompetensi kita sebagi Ahli-Ahli Yang Berhormat berfungsi dengan
efisien sebagai Ahli Majlis Perundangan di dalam Dewan yang mulia dan wakil rakyat
di luar sana. Ibarat kata pepatah “bagaimana acuan begitulah kuihnya, bagaimana
contoh begitulah gubahannya”. Sesuailah dengan jolokan Negeri Selangor Darul
Ehsan. Ehsan bukan sahaja bermaksud berbuat baik, tetapi juga mempertingkatkan
kualiti kerja yang pastinya amat bergantung pada dua syarat utama iaitu ialah ilmu
pengetahuan yang menyeluruh dan keterampilan kemahiran yang mantap. Tanpa
kedua-dua syarat, ilmu dan kemahiran tidak akan lahir perbuatan atau mutu kualiti
kerja yang bertaraf Ehsan.

Yang kedua Tuan Speaker, selain prestasi kewangan Negeri 2023 dan Rancangan
Selangor Pertama 2024. Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor juga
menyentuh secara langsung soal infrastruktur Negeri, demi kesejahteraan rakyat
Selangor. Semenyih amat berharap agar peringatan Duli Yang Maha Mulia Sultan
Selangor berkaitan paip air pecah, usang, termasuk paip-paip yang sudah tidak
mampu menampung keperluan semasa (outdated) mendapat perhatian serius
daripada Pihak Berkuasa Tempatan. Semenyih percaya ini adalah antara punca

70
1 MAC 2024 (JUMAAT)

utama banjir kilat mudah berlaku di kawasan Semenyih selain faktor pembangunan
yang kurang terancang, khususnya dari sudut penguatkuasaan. Semenyih percaya
kita semua ada banyak isu lain yang berbangkit di peringkat PBT yang perlu kepada
perhatian serius seperti isu sampah, aliran trafik, jalan rosak, kilang haram dan lain-
lain. Berdasarkan perbahasan Sidang yang lalu, Semenyih berharap sekurang-
kurangnya isu pembinaan semula Pasar Awam di Pekan Semenyih dapat diberikan
perhatian selain isu laman niaga MPKj di Bandar Seri Putera yang belum
menampakkan sebarang progress. Dalam masa yang terbatas ini, kawasan
Semenyih yang sedang rancak membangun, khususnya dengan taman-taman
perumahan ingin membangkitkan secara khusus, kemudahan perkhidmatan asas
berkaitan pendidikan dan kesihatan, dengan kepadatan penduduk menjangkau lebih
200,000 orang. Adalah sesuatu yang sukar diterima oleh penduduk setempat, dengan
hanya mendapat 5 buah Sekolah Menengah di DUN Semenyih. Berbanding 17 buah
Sekolah Rendah di DUN kami. Semenyih berharap agar pembinaan Sekolah
Menengah Kebangsaan Bandar Bukit Mahkota mendapat pemantauan dan perhatian
terdekat daripada pihak Kerajaan Negeri agar dapat dilaksanakan mengikut garis
masa yang telah ditetapkan. Adapun dari sudut perkhidmatan kesihatan Semenyih
merasa cemburu dengan fasiliti dan infrastruktur kesihatan di tempat-tempat lain
dengan kebanjiran penduduk Semenyih, pada hari ini setidak-tidaknya Klinik
Kesihatan Beranang perlu diberikan perhatian khusus dan diberi nafas yang baru.
Kami di DUN Semenyih tidak ada sebarang Hospital. Tengok dekat sebelah sana ada
Hospital Serdang ada pula sebelah lagi Hospital Putrajaya, Hospital Cyberjaya
sampailah kepada Hospital Sepang yang khabarnya akan buka. Semua ada sebut.
Yang paling dekat dengan kami adalah Kajang. Maka kami sangat berharap dan
semua sedia maklum bagaimana kemampuan ataupun apa yang ada di Hospital
Kajang sangat-sangat perlukan perhatian. Maka kami sangat bergantung kepada
klinik-klinik kesihatan, kami sedar Klinik Kesihatan di Semenyih sedang dibangunkan
semula mengikut jadual Insha’ Allah pada tahun hadapan akan dapat diselesaikan
pun begitu dengan kebanjiran yang ada pada hari ini. Maka berbondong-bondonglah
pesakit-pesakit daripada Pekan Semenyih pergi ke Pekan Beranang untuk
mendapatkan perkhidmatan Klinik Kesihatan di Pekan Beranang yang 3 tahun lagi
akan menjangkau usia 100 tahun. Boleh masuk UNESCO kot ini. So, minta perhatian
agar Klinik Kesihatan Beranang diberikan penambahbaikan atau kalau boleh di
upgrade jadi Hospital terus. Sebab sudah barang tentu dengan lambakan penduduk
di Ecohill dan segala yang ada di sekeliling termasuk mereka daripada Lenggeng dan
sebagainya datang mendapatkan perkhidmatan di Pekan Beranang, maka Semenyih
sangat-sangat berbesar hati sekiranya, perkara ini mendapat perhatian yang
sewajarnya. Sebagai cadangan, demi untuk memastikan Selangor dapat sama-sama
kita bangunkan dengan suasana harmoni, mahabbah sebagaimana yang dititahkan
Semenyih bercadang mencadangkan agar sesi libat urus melibatkan semua pihak.
Bukan hanya ADN-ADN Pembangkang, tetapi juga dapat dikembangkan kepada
Ketua-Ketua Kampung, Persatuan Penduduk, KRT dan sebagainya sekadar untuk
mendapatkan feedback, sumbang saran daripada masyarakat setempat yang duduk
terus dengan masyarakat. Agar akhirnya keputusan-keputusan yang kita buat

71
1 MAC 2024 (JUMAAT)

mengambil kira semua faktor bukan hanya di sudut politik. Dalam hal ini saya boleh
memuji MPKj ketika cuba berbincang tentang menaikkan cukai pintu. Dijemput kami
ADN-ADN Pembangkang untuk mendapatkan pandangan. Sudah barang tentu kami
ini pembangkang bukanlah kerja nak membangkang semua benda. Benda yang baik
sebab kami pun pernah jadi Kerajaan, kami pun pernah jadi Ahli Majlis. Sudah tentu
sekiranya perkara itu rasional, baik untuk Negeri sudah barang tentu kematangan
mengajar kita untuk membuat keputusan terbaik bukan untuk diri kita tetapi untuk
kemaslahatan semua.

Y.B. TUAN DR. MOHD ZAMRI BIN MOHD ZAINULDIN : Semenyih


boleh?

Y.B. TUAN NUSHI BIN MAHFODZ : Warna kuning satu. Silakan.

Y.B. TUAN DR. MOHD ZAMRI BIN MOHD ZAINULDIN : Terima Kasih
Semenyih, Tuan Speaker, setuju tak Semenyih kalau kita katakan juga isu libat urus
ini boleh diguna pakai pada cukai taksiran yang akan dikenakan kepada kampung-
kampung ini?

Y.B. TUAN NUSHI BIN MAHFODZ : Ya, itulah yang saya maksudkan
makna kata semua aspek termasuklah sekecil kalau kita kata kecil pengurusan
sampah, minta pandangan. Ketua-Ketua Kampung, mereka yang terlibat untuk
memberikan keputusan yang lebih komprehensif dan menyeluruh untuk kebaikan
semua. Terima kasih Tuan Speaker, Assalamualaikum W.B.T.

TUAN SPEAKER : Ada lagi? Ya, Hulu Bernam. Hulu Bernam.

Y.B. TUAN MU’IZZUDDEEN BIN MAHYUDDIN : Baik. Assalamualaikum


W.B.T dan selamat sejahtera. Pertamanya saya ingin ucapkan ribuan terima kasih.
Kepada Tuan Speaker atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut serta
membahas dalam usul menyembah ucapan terima kasih serta menjunjung kasih ke
atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Sempena pembukaan
Mesyuarat Pertama Penggal Kedua, Dewan Negeri Selangor Kelima Belas. Titah
nasihat Baginda Tuanku supaya kita menumpukan perbahasan kepada perkara yang
memberi manfaat kepada rakyat dan kemajuan negeri perlu diberi perhatian serius.
Jadi, peluang dan ruang ini akan saya gunakan sebaik mungkin untuk menjadi semak
imbang yang berkesan demi masa depan rakyat Selangor yang lebih baik.

Tuan Speaker, inisiatif Kerajaan Selangor membangunkan Sistem eTanah melalui


Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor (PTGS) dan Pejabat-Pejabat Daerah dan
Tanah yang telah dilancarkan pada Oktober 2023 yang lalu. Adalah satu inisiatif yang
cukup baik. Kemajuan dan inovasi Sistem Tadbir Urus melalui aspek digitalisasi ini
mampu meningkatkan tahap kecekapan dalam menjalankan proses semakan,
perancangan dan pemantauan. Namun begitu, harus saya ingatkan bahawa proses

72
1 MAC 2024 (JUMAAT)

transisi maklumat daripada sistem konvensional kepada sistem digital ini. Kerajaan
Negeri perlu memastikan bahawa tahap integriti dan keselamatan maklumat rakyat
dijadikan priority dengan izin atau keutamaan di sepanjang proses data migration
dengan izin atau pemindahan data dan juga maklumat. Kerajaan Negeri harus
memberi jaminan sepenuhnya kepada tahap keselamatan dan integriti terhadap
maklumat tersebut, Kerajaan Negeri perlu mengambil langkah bertanggungjawab
sepenuhnya, sekiranya maklumat-maklumat ini diubah atau hilang daripada rekod
semasa proses transisi akibat sikap tidak bertanggungjawab dan tidak berintegriti
pihak-pihak tertentu. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, perkara ini bukan perkara
yang boleh kita ambil mudah. Saya ingin berkongsi kepada semua bahawa ada satu
kejadian yang baru sahaja berlaku di Sepang. Selepas Sistem eTanah ini
dilancarkan, ada seorang waris bagi pemilik hartanah bernombor HSM 11830, No. PT
7065, beliau telah membayar cukai tanah seperti biasa pada 5 Januari 2023 di Pejabat
Daerah dan Tanah Sepang. Kemudian pada Oktober 2023 yang lalu Sistem eTanah
ini dilancarkan. Awal tahun ini pada 30 Januari 2024, apabila beliau hadir ke Pejabat
Daerah dan Tanah Sepang untuk melakukan semakan dan bayaran cukai tanah.
Beliau tidak lagi boleh melakukan bayaran kerana apa, kerana status tanahnya telah
dibatalkan hakmilik. Sedangkan beliau tidak ada menerima sebarang notis dan
pemakluman tentang perkara ini. Soalan saya kepada Kerajaan Negeri,
bagaimanakah perkara sebegini boleh berlaku? Apakah jaminan keselamatan
maklumat pemilikan tanah kepada beribu lagi lot-lot pemilikan yang telah dipindah
maklumat kepada Sistem eTanah ini supaya tidak sewenang-wenangnya digugurkan
hakmilikan? Saya gesa Kerajaan Negeri supaya mengambil perhatian serius
terhadap perkara sebegini, jangan biarkan perkara sedemikian mencacatkan usaha
kita ke arah pendigitalan.

Tuan Speaker, saya ingin meneruskan lagi perbahasan saya menyentuh perkara
berkaitan perubahan iklim yang sedang berlaku di negara kita. Sebentar tadi saya
keluar bersolat Jumaat bersama-sama seluruh Yang Berhormat, saya kira semua ada
rasa perubahan iklim di luar sana lebih panas daripada yang biasa. Sebelum ini
laporan Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) meramalkan
negara kita akan mengalami musim kemarau selama 5 hingga 10 tahun yang mana
ia akan bermula pada 2025 hingga 2035. Saya ingin merujuk artikel tinjauan cuaca
jangka panjang bagi bulan Mac hingga Ogos 2024, daripada Jabatan Meteorologi
Malaysia, yang mana negara kita akan mengalami musim kering atau El-Nino yang
dijangkakan berpanjangan sehingga suku tahun yang kedua pada tahun ini. Daripada
jadual ringkasan tinjauan cuaca yang diramalkan, ini mengikut negeri Selangor bakal
mencatatkan kadar jumlah hujan bulanan bermula bulan Mac ini sehingga Ogos pada
tahun ini pada kadar purata tetapi jumlah hujan dilihat merosot sehingga ke bulan
Ogos. Bagaimana sekiranya musim kering ini kekal berlanjutan? Saya ingin bertanya
kepada Kerajaan Negeri berapa lamakah reserve air di Selangor mampu bertahan
sekiranya musim kering ini kekal berlanjutan? Dan apakah usaha-usaha Kerajaan
Negeri mendidik masyarakat supaya menggunakan air secara berhemah? Kerana
saya memetik intipati titah ucapan Tuanku bahawa purata penggunaan bagi satu

73
1 MAC 2024 (JUMAAT)

orang di Negeri Selangor adalah sebanyak 250 liter sehari. Sangat tinggi. Kalau kita
boleh umpamakan 50 botol air minuman bersaiz 5 liter itu digunakan oleh satu orang
di Negeri Selangor ini, pada satu hari. Jadi saya ingin menyinggung Kerajaan Negeri
bagaimanakah setakat ini pencapaian usaha Kerajaan Negeri dalam menggalakkan
penggunaan system penuaian air hujan atau rain water harvesting system, dengan
izin, di bangunan-bangunan kerajaan dan perumahan-perumahan baharu sebagai
Langkah penjimatan alternatif mengurangkan penggunaan air terawat. Saya juga
ingin mengesyorkan Kerajaan Negeri Bersama-sama kerajaan Persekutuan supaya
berbincang untuk meningkatkan kesedaran umum mengenai tanggungjawab
menjaga sungai dan meningkatkan kesedaran umum untuk melaporkan pencemaran
sungai melalui kempen-kempen atau Kerajaan Negeri boleh juga menyediakan
peruntukan khas kepada NGO bagi membantu menjalankan aktiviti menjaga sungai
dan kempen kesedaran supaya kolam-kolam takungan air di Selangor sentiasa kekal
bersih dan terpelihara daripada pencemaran. Syor kedua saya supaya Kerajaan
Negeri juga turut mengkaji penggunaan air dari bawah tanah sebagai sumber
tambahan bagi air mentah.

Tuan Speaker, sebelum saya mengakhiri perbahasan, saya pada petang ini saya ingin
mengambil perhatian Ahli-Ahli Dewan berkaitan dengan isu anak muda di Selangor.
Merujuk laporan DOSM, Selangor menjuarai carta pada kedudukan tertinggi kes
perceraian di negeri ini. Lebih parah lagi direkodkan perceraian tertinggi berlaku di
kalangan mereka yang kumpulan umur pada awal 30-an iaitu pasangan muda yang
berkahwin dalam tempoh 5 tahun perkahwinan. Kalau boleh saya tunjukkan ini. Tuan
Speaker, pasangan muda hari ini adalah golongan yang amat tertekan dengan kos
memulakan hidup yang tinggi. Anak-anak muda ini perlu menanggung kos sewa
rumah dan utiliti, kos jagaan anak. Yang lepasan kolej dan juga universiti pula perlu
membayar hutang belajar ditambah lagi dengan kos makan dan pakaian mereka dan
anak-anak mereka yang cepat membesar. Baru beli baju hari ini, 2 bulan depan kena
beli baju lagi. Selang 2 tahun tambah anak lagi dan bertambah-tambah lah kos hidup
anak muda hari ini. Jadi Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, anak muda hari ini juga
terpaksa melakukan kerja, dua tiga kerja. Bebanan kos mereka dan juga masa
mereka bersama keluarga amat, amat kurang. Jadi inilah faktor-faktor yang sedikit
sebanyak mendorong kepada kes perceraian yang berlaku di Negeri Selangor ini.
Jadi saya ingin syorkan supaya kerjaan Negeri menubuhkan satu jawatankuasa yang
khusus dapat mengkaji kaedah membantu meningkatkan ekonomi khusus, pasangan
muda dalam tempoh 5 tahun selepas perkahwinan yang amat mencabar. Kerajaan
Negeri boleh mempertimbangkan syor saya supaya semua pasangan muda yang
berkelayakan yang baru sahaja berkahwin diberikan bantuan khusus sewa rumah dan
bantuan khusus pembelian makanan dan juga pakaian bagi bayi dan juga anak kecil
yang cepat membesar selama tempoh 5 tahun mungkin, dengan syarat-syarat
kelayakan yang tertentu. Syor saya yang kedua Kerajaan Negeri melalui EXCO
Agama boleh berbincang dengan Kementerian Agama supaya ditambah kursus
berkala selepas perkahwinan. Bagi pasangan berkahwin kurang daripada 5 tahun,
perkasakan lagi perkhidmatan sistem pengurusan perkahwinan Islam Malaysia

74
1 MAC 2024 (JUMAAT)

(SPPIM) yang mana kita ada kursus pra perkahwinan ditambahkan lagi kursus
selepas perkahwinan dalam tempoh perkahwinan yang kurang daripada 5 tahun.
Mungkin kandungan kursus itu boleh dimasukkan kefahaman agama yang dapat
membantu memberi pengukuhan agama kepada mereka. Sesi perkongsian
pasangan yang telah mencapai usia perkahwinan, yang matang juga boleh
dimasukkan sebagai modul bagi berkongsi cabaran hidup yang mereka telah lalui dan
bagaimana mereka menanganinya kepada pasangan-pasangan muda ini. Selain itu
Kerajaan Negeri juga perlu mempercepatkan pembangunan sektor ekonomi yang
berimpak tinggi supaya peluang yang lebih besar buat anak muda untuk menceburi
dan meningkatkan taraf hidup mereka di negeri ini.

Tuan Speaker, banyak lagi yang saya ingin bahaskan namun masa sangat
mencemburui. Saya kira saya akhiri dahulu ucapan saya dan juga perbahasan saya
pada petang ini. Saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas peluang yang
telahpun diberikan kepada saya bagi menyertai perbahasan pada petang ini dan saya
mengakhiri perbahasan saya dengan menjunjung kasih ke atas Titah Ucapan Duli
Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Terima kasih.

Y.B. TUAN SPEAKER : Siapa lagi? Sungai Pelek?

Y.B. TUAN LWI KIAN KEONG : Terima kasih. Salam sejahtera salam Kita
Selangor diucapkan kepada Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian.
Tuan Speaker, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana diberi
pelluang dalam perbahasan, menjunjung kasih Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia
Tuanku Sultan Selangor di Istiadat Mesyuarat Pertama Pembukaan Persidangan
Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas.

Tuan Speaker, secara keseluruhannya, daripada intipati titah ucapan dapat


dirumuskan bahawa Baginda Tuanku amat berpuas hati dengan kecekapan
pentadbiran Kerajaan Perpaduan Negeri Selangor. Di bawah pimpinan YAB Dato’
Menteri Besar, melalui kebijaksanaan dalam titah ucapan Baginda Sungai Pelek yakin
kerajaan sentiasa menitikberatkan kemajuan, kesejahteraan serta keselesaan rakyat
Negeri Selangor yang sentiasa terpelihara.

Tuan Speaker, Sungai Pelek amat menyambut baik saranan dan titah Tuanku dalam
menasihatkan penjawat awam di Negeri Selangor. Sungai Pelek berpandangan
budaya ‘little napoleon’, dengan izin patut dihapuskan. No wrong door policy, dengan
izin perlu diamalkan bagi membantu menyelesaikan permasalahan rakyat dan saya
juga ambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Majlis Perbandaran
Sepang dan Pejabat Daerah dan Tanah Sepang kerana dua agensi ini sentiasa
membantu rakyat dan prihatin untuk selesaikan masalah rakyat. Terima kasih saya
ucapkan sekali lagi. Penglibatan Wakil Rakyat dalam program-program anjuran
kerajaan dan keterlibatan dalam menentukan keputusan-keputusan penting harus
diperkasakan dalam semua agensi kerajaan. Saya sebut sini sebab saya rasa ada

75
1 MAC 2024 (JUMAAT)

kadang-kadang syarat yang melibatkan agensi kerajaan, jabatan di dalam semua


orang kata maklumat kepada ADN ataupun Wakil Rakyat. Saya harap perkara ini
dapat ditambahbaik.

Tuan Speaker, permasalahan banjir yang sering berlaku di kawasan Sungai Pelek,
saya mohon agar Kerajaan Negeri dapat mempercepatkan projek tebatan banjir yang
dirancang bagi mengatasi masalah banjir yang berlaku di Sungai Pelek. Perkara ini
sangat perlu ditangani segera kerana kekerapan isu banjir di Sungai Pelek ini telah
meningkat sehingga 5 ke 6 kali setahun di kawasan-kawasan yang spesifik dan saya
juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Pengairan dan Saliran Sepang
kerana sentiasa turun padang bersama saya untuk buat penyelesaian dalam isu-isu
banjir dan isu-isu parit yang sumbat. Dalam titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan
sebelum ini turut membangkitkan berkenaan perkhidmatan cemerlang Pihak
Berkuasa Tempatan. Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan dan Saliran untuk terus
memberi perkhidmatan yang baik dan memastikan sistem pengurusan baik pulih
maintenance, dengan izin, yang melibatkan harta awam dan infrastruktur yang sedia
ada dalam keadaan baik. Di kawasan Sungai Pelek projek menaiktaraf Jalan B48 dari
Jenderam ke Sepang telah lama dibangkitkan untuk perhatian daripada pihak negeri
namun saya telah melihat kawasan tersebut dan mendapati belum ada sebarang
tindakan atau progress work, dengan izin, bagi projek tersebut dijalankan. Perkara ini
sangat menggusarkan kerana pertambahan mendadak kenderaan lebih-lebih lagi
pada waktu kemuncak atau puncak dan jalan ini merupakan laluan utama ke pekan
Sungai Pelek. Selain daripada itu kadar kemalangan sering berlaku telah menjadikan
kesesakan yang lebih teruk. Justeru itu, saya amat berharap agar projek naiktaraf
jalan B48 ini dapat dipercepatkan. Sekiranya diberi perhatian khususnya, kemalangan
maut dapat dielakkan seperti pagi tadi, saya sebut dalam soal jawab dengan Yang
Berhormat EXCO, telah berlakunya 3 kemalangan yang melibatkan nyawa. Saya
harap perkara ini dapat dipercepatkan sebab di kawasan tersebut adalah sangat
gelap-gelita pada waktu malam dan belum nampak lagi proses pekerjaan dimulakan
untuk menambahbaik infrastruktur di kawasa tersebut dan saya harap kerja baikpulih
itu dapat disegerakan dalam tempoh masa sebulan, dua bulan ini. Saya telah ikut
perkembangan di Jabatan Jalan Raya di JKR di Sepang dan mereka tengah berusaha
saya harap perkara ini dapat dipercepatkan lagi supaya kita elak kemalangan yang
sebegitu banyak yang boleh meragut nyawa pengguna jalan.

Tuan Speaker, antara perkara lain yang menjadi perhatian Sungai Pelek adalah
ketidakkawalan terhadap binatang ternakan seperti lembu, kambing yang dibiarkan
berkeliaran sehingga menyebabkan kemalangan. Ini juga dalam soalan mulut yang
saya dah lontarkan sebelum ini dan saya harap ada perubahan selepas ini dan ada
juga perancangan buat merangka undang-undang baharu supaya kuatkuasaan itu
yang lebih berat, lebih tegas kepada penternak binatang-binatang seperti ini, lembu
dan kambing dan lain-lain.

76
1 MAC 2024 (JUMAAT)

Tuan Speaker, Sungai Pelek menyarankan supaya pihak berkuasa tempatan


mengkaji dasar dalam melesenkan kilang memproses sampah AP kerana
pemprosesan sisa plastik yang akan menyebabkan pencemaran udara dan juga
sumber air seperti pagi tadi, yang panjang lebar dijawabkan oleh EXCO Alam Sekitar,
Yang Berhormat. Saya rasa punca ini adalah daripada kilang-kilang yang buat
sampah AP ni yang memproses sampah AP dan kebanyakan sampah tersebut adalah
sampah daripada luar negara diimport. Untuk makluman Tuan Speaker dan Ahli-ahli
Yang Berhormat, di Sepang Majlis Perbandaran Sepang kita larang sekali dengan
semua lessen yang berkaitan dengan sampah-sampah AP. Dan tak pernah pun ada
satu lessen dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Sepang bagi kilang yang memproses
sampah AP ni. Saya harap ini dapat dikaji oleh pihak negeri supaya lesen seperti ini
diberhentikan serta-merta dan tidak membawa satu implikasi kewangan yang banyak
kerana mungkin dikenakan fee pada kilang tersebut cuma dalam seribu, dua ribu
sahaja bukannya sebanyak yang mana kita jangkakan.

Tuan Speaker, Sungai Pelek amat setuju dengan Bukit Gasing berkenaan dengan
kaunter bersepadu yang perlu diwujudkan bagi memudahkan urusan seharian rakyat
seperti contoh di kawasan kepadatan perumahan di Sungai Pelek adalah terletak lebih
jauh apabila kerja-kerja permohonan atau pun urusan permohonan ke agensi-agensi
kerajaan terpaksa berjalan jauh 45 minit sehingga ke Sepang ataupun Majlis
Perbandaran Sepang yang terletak di Cyberjaya termasuk agensi-agensi lain seperti
Pejabat Daerah dari pekan Sungai Pelek ke Bandar Baru Salak Tinggi memakan
masa sebanyak 35 minit. Kalau dalam maksud saya tempoh atau waktu yang sesak
dengan traffic impact, dengan izin.

Perkara terakhir yang ingin Sungai Pelek cadangkan di Dewan yang mulia ini adalah
pembinaan pusat rekreasi tertutup. Ini meliputi daripada kompleks sukan dan
kompleks renang. Sungai Pelek melihat keperluan kompleks ini adalah untuk
membekalkan aktiviti kepada generasi muda. Buat masa ini anak-anak muda di
kawasan Sungai Pelek terpaksa ke Cyberjaya untuk mendapatkan kemudahan
beriadah. Justeru, Sungai Pelek berharap agar kerajaan dapat meneliti keperluan
Pusat Rekreasi ini dengan sewajarnya. Tuan Speaker akhir kata Sungai Pelek sekali
lagi menzahirkan rasa terima kasih kepada Dato Menteri Besar di atas keprihatinan
rakyat menikmati kemajuan dan kehidupan lestari di bumi Selangor yang bertuah ini.
Sungai Pelek juga menyokong penuh dan menjunjung segala Duli Yang Maha Mulia
Tuanku Sultan Selangor. Sekian, terima kasih ucapan saya.

TUAN SPEAKER : Sungai Kandis. Tekan mic, benda itu menutup


pemandangan.

Y.B. TUAN WAN DZAHANURIN BIN AHMAD : Yang Berhormat Tuan


Speaker Selamat Petang kepada semua Yang Berhormat. Saya ingin mengucapkan
setinggi-tinggi kesyukuran dan penghargaan terima kasih kerana diberi kesempatan
serta peluang untuk turut serta dalam perbahasan usul menjunjung kasih titah Duli

77
1 MAC 2024 (JUMAAT)

Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor. Setiap titah dan saranan yang penuh
kebijaksanaan Duli Yang Maha Mulia Tuanku harus dijunjung ke arah
penambahbaikan lagi pentadbiran Kerajaan Negeri dan yang paling penting sekali
marilah kita menyahut seruan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan supaya menjaga
hubungan baik dan muhibah sesama rakyat menghindari persengketaan dan
menjauhi segala perbuatan yang boleh membawa kemudaratan kepada Negeri
Selangor terutama amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Yang Berhormat Tuan Speaker bagi tahun 2024 Kerajaan Negeri telah
memperuntukkan RM23 juta dalam usaha untuk memastikan pengurusan
pembangunan jabatan banjir berkesan. Sungai Kandis menjunjung kasih titah Tuanku
Sultan yang menyentuh isu pengurusan banjir yang mana harus dilihat lebih terperinci
terutamanya penyelenggaraan parit-parit dan longkang di kawasan penduduk yang
padat. Claim balik masa nanti ya. Tuan Speaker, walaupun banjir kilat disebabkan
keadaan cuaca dan jumlah taburan hujan yang luar biasa namun penyelesaian segera
yang itu dituntut oleh rakyat Selangor. Kawasan DUN Sungai Kandis juga tidak
ketinggalan dalam isu banjir kilat yang sudah berlarutan sejak sekian lama dan sudah
dibangkitkan kepada YB EXCO beberapa kali. Masalah banjir kilat ini berlaku bukan
semata-mata disebabkan faktor semula jadi tetapi lebih kepada aspek
penyelenggaraan yang di abaikan atau tidak diperhatikan dengan betul-betul. Begitu
juga dengan faktor pembangunan. Sebagai contoh penduduk-penduduk di Jalan Siswi
Kampung Sungai Kandis di kawasan saya berhadapan dengan isu banjir kilat serta
kerosakan jalan akibat daripada kerja-kerja yang dijalankan untuk Projek Lebuh Raya
Pantai Barat. Penduduk terpaksa menggunakan laluan yang rosak dan mendap selain
parit-parit yang kecil. Walau bagaimanapun terima kasih yang tidak terhingga kepada
pihak JKR Klang yang telah sentiasa sudi membantu penduduk-penduduk kawasan
kami setiap kali aduan-aduan dipanjangkan. Untuk makluman Ahli-ahli Dewan semua
lokasi yang saya maksudkan di Jalan Siswi ini tidak pernah mengalami masalah banjir
sebelum ini tetapi kini mereka mula berdepan dengan masalah banjir sejak Projek
Lebuh Raya Persisiran Pantai Barat bermula. Mendapan ke atas parit kecil ini telah
menyebabkan saluran air perlahan dan tidak mampu menampung air hujan selepas
satu jam. Begitu juga dengan penduduk di Johan Setia, Jalan Klang-Banting
berhampiran Johan Setia pernah ditutup ekoran kejadian tanah mendap dipercayai
kerja-kerja menanam cerucuk bagi pembinaan Projek LRT 3. Jangan kita mengejar
pembangunan sedangkan penduduk setempat menjadi mangsa kepada
pembangunan yang menguntungkan separuh pihak. Ingin saya tegaskan mereka
bukan menghalang atau menolak pembangunan namun ianya haruslah seimbang
dengan keselesaan penduduk terutamanya aspek keselamatan. Kesemua isu-isu
yang menyumbang kepada ketidakselesaan penduduk ketika satu-satu projek
dilaksanakan harus diselesaikan dengan kadar segera. Janganlah pandang hanya
sebelah mata cuba kita letak diri kita di dalam keadaan mereka yang terpaksa
menghadapi kepayahan akibat daripada isu-isu yang lambat ditangani. Sebagaimana
titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor perlu ada sense of urgency
dengan izin dan bertindak segera dalam memastikan perkhidmatan berkaitan rakyat

78
1 MAC 2024 (JUMAAT)

diselesaikan dengan pantas dan sempurna. PBT-PBT dan Agensi-agensi Kerajaan


harus mengambil serius apa yang dimaksudkan. PBT perlu menambah baik dan
mempertingkatkan aktiviti penyelenggaraan sistem perparitan, pembuangan sampah
dan memotong pokok serta membersihkan kawasan belukar. Sungai Kandis mohon
di dalam Dewan yang mulia ini agar Kerajaan Negeri dapat menyelesaikan isu-isu
parit, longkang dan jalan yang tidak bertuan dengan kadar segera. Saya ingin
mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada kontraktor WCE
iaitu IJMC yang telah bersetuju untuk menyelenggara parit yang tidak bertuan dengan
sekali permintaan sahaja di Jalan Siswi bagi mengurangkan kejadian banjir kilat.
Kemudian baru-baru ini pihak JKR Klang juga mengambil alih penyelenggaraan parit
Jalan Siswi, terima kasih. Alhamdulillah persetujuan untuk mereka menyelenggara
secara bergilir-gilir ini adalah hasil perancangan yang telah diatur oleh saya bersama
pasukan juga pihak kontraktor WCE, JKR Klang dan JPS Klang. Walau
bagaimanapun ini adalah one off good will mereka untuk jangka pendek. Mereka tidak
boleh berterusan membuat pembersihan secara berkala parit, longkang, jalan yang
tidak bertuan ini kerana kekangan bajet. Oleh itu, Sungai Kandis mohon sekali lagi
agar Kerajaan Negeri Selangor bersama YB EXCO untuk dapatkan satu pelan
tindakan penyelenggaraan parit tidak bertuan ini dengan kadar segera. Pejabat
Daerah juga sudah sering kali kami hubungi dan nampaknya belum dapat hasil yang
sebenar.

Yang Berhormat Tuan Speaker, untuk makluman Ahli Dewan DUN Sungai Kandis
mempunyai 7 buah kampung umum mengetahui jalan-jalan kampung ini laluannya
kecil dan sempit kebanyakan jalan kampung ini telah menjadi jalan pintas ditambah
pula kehadiran lori-lori yang berat yang membuatkan jalan ini terus bertambah rosak.
Jalan raya hanya untuk 10 tan tetapi kenderaan-kenderaan berat yang lalu melebih
40 tan. Sudahlah jalannya kecil yang menjadi sibuk dan sesak setiap kali waktu
puncak dengan kehadiran kenderaan berat dengan lori yang keluar masuk ke tempat
mereka. Papan tanda 10 tan yang diletakkan di bahu jalan tidak dipedulikan selain
daripada perhiasan, palang yang dibuat pun dilanggar. Baru-baru ini lori kontena
melalui Jalan Siswi di Sungai Kandis telah melanggar beberapa tiang telekom dan
TNB. Habis kabel-kabel telekom dan TNB di situ, tiang pun patah tersembam ke tanah
mujur tidak berlaku kemalangan yang melibatkan penduduk kampung. Penguatkuasa-
penguatkuasa diminta sering-seringlah masuk jalan recce tengok jalan di DUN Sungai
Kandis. Saya mohon pihak Penguatkuasaan PBT, JPJ dan PDRM untuk turun lebih
kerap kelapangan terutama di kawasan kampung yang terlibat dengan sesuatu projek
pembangunan bersekala besar. Tidak ketinggalan juga kawasan yang mempunyai
kilang-kilang sama ada yang halal ataupun haram. Dalam kampung habis rosak akibat
daripada kenderaan berat mereka. Pihak JKR Klang pun sudah merungut jalan yang
mereka baiki kembali rosak. Soalan saya kenapa kilang-kilang ini masih wujud
walaupun sudah lama kilang-kilang ini telah diketahui umum? Kenapa tidak ada
tindakan? Adakah patut penduduk-penduduk sendiri yang bangun memberontak di
situ? Tolong PBT ambil tindakan. Saya berharap Pihak Berkuasa PBT mahupun
Pejabat Daerah dan Tanah mengambil tindakan tegas terhadap kilang yang

79
1 MAC 2024 (JUMAAT)

beroperasi tanpa kebenaran ini. Tuntut jumlah kerosakan yang terpaksa dibuat untuk
membaiki jalan-jalan raya yang rosak, jalan hak milik penduduk tetapi dimusnahkan
oleh kenderaan-kenderaan berat oleh kontraktor-kontraktor. Penduduk pun sudah
berkali-kali membuat aduan. Tidak perlu tunggu sehingga berita di televisyen atau
akhbar berkenaan isu ini baru tindakan hendak diambil. Duli Yang Maha Mulia Tuanku
juga sudah memberi teguran semasa Sesi Pembukaan Sidang Dewan baru-baru ini.
Titah Baginda menasihati para Penjawat Awam di Negeri Selangor agar melakukan
anjakan paradigma dalam setiap tugasan dan tanggungjawab yang telah
diamanahkan. Jangan memekakkan telinga sahaja apabila rakyat berkata kita makan
gaji buta. Segala kerenah birokrasi dan peraturan yang menyusahkan urusan
Kerajaan perlu dikurangkan segera. Sewaktu sesi townhall yang dianjurkan oleh
Majlis Bandar Raya Diraja Klang awal tahun ini berhubung dengan kilang tanpa
kebenaran saya bersetuju dan menyokong penuh kenyataan yang dibuat Dato’
Bandar Klang yang mana kilang-kilang yang masih bertukar status halal seperti tamat
program pemutihan kilang tanpa kebenaran akan diambil tindakan tegas termasuk
larangan meneruskan operasi kilang. Tetapi berapa lama kah peluang ini akan diberi
bertahun-tahun sudah peluang ini diberi tetapi sehingga sekarang masih terus diberi
peluang mangsa adalah penduduk. Saya mohon kepada Kerajaan Negeri Selangor
agar memandang serius akan isu kilang-kilang haram ini keran ianya melibatkan
kerosakan infrastruktur termasuk menjejaskan hak keselamatan orang awam. Satu
page lagi Yang Berhormat Speaker. Saya berpandangan sudah tiba masa nya
program pemutihan kilang tanpa kebenaran ini ditamatkan tanpa perlu disambung
lagi, Kerajaan Negeri perlu ada satu dasar berhubung status kilang-kilang haram yang
dianggarkan berjumlah lebih 7 ribu di Selangor. Program Pemutihan Kilang tanpa
kebenaran ini pun sudah lama berjalan fikirkan lah keselamatan dan keselesaan
penduduk. Di kesempatan ini saya juga mohon YB Sekinchan selaku EXCO Kerajaan
Tempatan dan Pelancongan untuk turun melawat ke kawasan saya di DUN Sungai
Kandis lihat, rasa dan alami sendiri apa yang terpaksa dilalui oleh penduduk yang
terpaksa berkongsi dengan jalan kenderaan-kenderaan berat ini tidak perlu pergi
banyak tempat saya bawa ke Jalan Dato Sellathevan pun sudah cukup memberi
gambaran jalan yang rosak teruk apabila turut digunakan oleh kenderaan berat seperti
lori. Selesai lawatan saya juga menjemput Tuan Speaker sekali saya bawa makan
nasi arab di bawah pejabat saya.

Yang Berhormat Tuan Speaker saya juga ingin menyentuh tekanan air rendah di
beberapa kawasan di Sungai Kandis terutama apabila waktu puncak di sebelah pagi
dan petang. Sudahlah tarif air dinaikkan bermula 1 Februari 2024 penduduk masih
lagi terpaksa berdepan dengan isu tekanan air rendah termasuk di kawasan Pejabat
Khidmat DUN Sungai Kandis.

TUAN SPEAKER : Yang Berhormat boleh ringkaskan.

Y.B. TUAN WAN DZAHANURIN BIN AHMAD : Semalam Yang Berhormat


Hulu Kelang ada menyentuh tentang kegagalan Air Selangor menggantikan paip-paip

80
1 MAC 2024 (JUMAAT)

lama dalam tahun 2022 berikutan masalah pentadbiran seperti yang dilaporkan oleh
Rating Agency Malaysia Berhad, saya ingin mengulangi soalan Yang Berhormat Hulu
Kelang apakah Kerajaan Negeri Selangor dan Air Selangor mempunyai keupayaan
untuk mencapai 300 kilometer dalam projek penggantian paip-paip lama?

TUAN SPEAKER : Yang Berhormat hendak bertanya kepada Hulu Kelang?

Y.B. TUAN WAN DZAHANURIN BIN AHMAD : Yang Berhormat Tuan


Speaker saya pendekkan sedikit bagi menghormati rakan-rakan lain dan sekian
dahulu daripada saya Sungai Kandis menjunjung kasih titah Duli Yang Amat Mulia
Tuanku Sultan Selangor.

TUAN SPEAKER : Sementa, sudah sedia Sementa? Saya tengok Sementa


sudah siap sedia.

Y.B. TUAN NOOR NAJHAN BIN MOHAMAD SALLEH :


Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam
sejahtera. Terima kasih Tuan Speaker kerana memberi peluang kepada Sementa
untuk membahaskan dan menjunjung kasih atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia
Sultan Selangor. Saya mulakan dengan baca ayat Al-Quran (Ayat Al-Quran).

“Sesungguhnya Allah menyuruhmu menyampaikan Amanah kepada yang berhak


menerimanya dan apabila kamu menetapkan hukum di antara manusia hendaklah
kamu melakukannya dengan adil. Sesungguhnya Allah S.W.T. adalah yang sebaik-
baik, yang memberi pengajaran kepada kamu. Sesungguhnya Allah maha
mendengar lagi maha melihat”.

Tuan Speaker, titah ucapan D.Y.M.M. Sultan Selangor sarat dengan mesej
perpaduan, keharmonian, keadilan dan kebajikan serta kesejahteraan rakyat.
Sehubungan itu, walaupun kami berperanan sebagai pembangkang, mana yang baik
untuk rakyat kami akan tetap menyokong manakala yang mana boleh diperbaiki kami
pasti akan menegur sebagai semak dan imbang demi kebaikan bersama.

Tuan Speaker, Sementa ingin memetik titah Tuanku yang berbunyi “Beta mahu agar
kerenah birokrasi dan peraturan yang menyusahkan dalam urusan-urusan kerajaan
dikurangkan segera”. Maka, perkara yang pertama Sementa ingin merujuk kepada
satu surat jemputan mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah
(JTPD Daerah Klang) bertarikh 9 Februari 2024 di mana dalam senarai jemputan ADN
yang dijemput didapati untuk ADN Sungai Kandis yang baru berucap tadi dan ADN
Selat Klang sahabat saya yang ada di bawah, kedua-dua namanya tiada dalam
senarai. Namun, yang ada nama ialah Penyelaras DUN yang berkenaan iaitu
Penyelaras DUN daripada Sungai Kandis dan Selat Klang. Bagi DUN Sementa,
ADNnya dijemput iaitu saya sendiri. Ada berkemungkinan kerana Penyelaras DUN
Sementa belum dilantik lagi. Justeru Dewan Yang Mulia ini saya ingin memohon

81
1 MAC 2024 (JUMAAT)

penjelasan daripada Kerajaan Negeri yang pertama, siapakah keahlian mesyuarat


JTPD yang sepatutnya? Yang kedua, saya mohon adanya keselarasan semua
daerah di Negeri Selangor. Tanpa ada perbezaan dan yang ketiga, mengapa ADN
yang diangkat oleh majoriti rakyat tidak dijemput? Rakyat telah angkat kami sebagai
ADN di tempat kami kenapa tidak dijemput di dalam mesyuarat tersebut?
Kebanyakan rakyat akan bertemu dan membuat aduan kepada ADN setempat. Lalu
aduan ini perlu disalurkan kepada tempatnya iaitu Mesyuarat JTPD. Selain daripada
saluran yang lain di dalam untuk kita memastikan setiap permasalahan dapat
diselesaikan. Justeru, tidak munasabah apabila ADN yang telah diangkat oleh majoriti
rakyat tidak dijemput dalam mesyuarat tersebut.

Perkara yang kedua, masih lagi berkaitan tentang Program Pemutihan Kilang Tanpa
Kebenaran (KTK). Seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Sungai Kandis
sebentar tadi, sejumlah 7,221 kilang tanpa kebenaran dikesan beroperasi di seluruh
Selangor sehingga kini. EXCO Kerajaan Tempatan & Pelancongan iaitu Yang
Berhormat Sekinchan memberitahu sendiri hanya 7% yang berjaya diputihkan. Maka
timbullah banyak persoalan di situ. Bagaimana perkara ini masih boleh berlaku lagi
dengan jumlah yang begitu besar? Angka ini membuktikan seolah-olah kerajaan
sangat tidak tegas bagi membanteras kewujudan kilang haram ini. Kilang-kilang
haram ini bukan sahaja tidak mendatangkan apa-apa hasil kepada Kerajaan Negeri,
bahkan ia turut menjejaskan ekosistem setempat dengan menghasilkan pelbagai jenis
pencemaran dengan melonggokkan longgokan-longgokan sampah haram, dengan
pencemaran air di sungai dan sebagainya. Dan semalam saya mendapat jawapan
daripada Yang Berhormat Sekinchan iaitu tentang angka kilang haram ataupun KTK
yang masih beroperasi di DUN Sementa. Dan apabila saya lihat semula, jumlah KTK
di bawah Majlis Bandaraya Diraja Klang rupa-rupanya sebahagiannya itu berada di
DUN Sementa. Dan habis saya perkecilkan lagi angka tersebut dan saya melihat di
sana sejumlah 113 KTK berada di sebuah kampung yang kecil iaitu Kampung
Perepat. Kampung itu kecil, rasa Yang Berhormat Sekinchan maklum ya, kampung
itu kecil tapi ada sebanyak 113 kilang tanpa kebenaran berada di situ. Sekiranya
perkara ini kita biarkan dan lebih-lebih lagi Kampung Perepat ini adalah kawasan baru,
kebun baru, banyak tanah lapang dan sekarang ini apa yang saya lihat sebagai ADN
setempat, ialah banyak tanah-tanah dah mula diratakan untuk dibuat gudang, dibuat
kilang dan juga industri di situ tanpa kebenaran. Maka atas dasar itu, saya ingin
mohon jaminan daripada pihak Kerajaan Negeri agar tiada lagi kilang-kilang haram
dibina dalam masa mendatang ini. Yang pastinya saya ulang balik DUN Sementa
masih banyak lagi kawasan lapang. Justeru tidak mustahil akan banyak lagi kilang
tanpa izin akan dibina di kawasan tersebut walaupun tidak dinafikan di sana sudah
ada zoning namun tetap dilanggar oleh mereka. Justeru, saya mohon kepada pihak
yang berkuasa untuk membuat pemantauan lebih kerap dan penguatkuasaan perlu
dilaksanakan.

Seterusnya, perkara yang ketiga masih lagi isu rakyat iaitu isu infra jalan raya.
Rentetan dengan banyaknya kilang haram tadi, yang bukan pada zoning nya

82
1 MAC 2024 (JUMAAT)

mengakibatkan banyak kenderaan berat lalu-lalang di kawasan kampung. Akibatnya


banyak jalan rosak disebabkan jalan-jalan kampung sememangnya tidak mampu
untuk menampung bebanan kenderaan berat tersebut. Kesannya banyak jalan yang
kritikal, mendap, tebing, perparitan tumbang. Seperti kalau saya boleh sebutkan di sini
sepanjang jalan Kempas Kiri, sebahagian Jalan Merbau, Kampung Perepat dan
beberapa jalan yang lain. Justeru, mohon kepada pihak yang berwajib untuk
mencadangkan dan melaksanakan tindakan yang sebaik mungkin. Bagi mengatasi
masalah ini. Namun begitu, ingin saya ucapkan terima kasih kepada Majlis Bandaraya
Diraja Klang, JKR, PLB, Pejabat Daerah yang telah menjawab soalan bertulis
berkenaan naik taraf jalan di DUN Sementa. Moga dapat dilaksanakan dengan
mengikut jadual yang ditetapkan dan biarlah berkualiti dan bukan setakat janji buat.

Yang seterusnya perkara yang keempat, isu yang ingin saya bawa isu nasib nelayan
di DUN Sementa. Untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, di DUN Sementa terdapat
sebanyak 12 pangkalan nelayan. Terdapat 12 pangkalan nelayan. Antara rintihan
daripada persatuan dan juga daripada nelayan-nelayan yang kita temui pertamanya,
memohon kepada pihak yang berwajib untuk mendalamkan sungai. Khususnya di
kawasan jeti nelayan termasuklah pangkalan nelayan Tok Muda, Sungai Kapar,
Perepat, Sementa, Sungai Keramat, Jalan Genting, Jalan Kunci Air dan Jalan Sungai
Daun. Yang keduanya, isu pencemaran di Sungai Puloh. Mohon kepada agensi yang
berkenaan untuk ambil tanggungjawab termasuk Jabatan Alam Sekitar, PBT, JPS dan
juga LUAS. Dan yang ketiga, rintihan daripada mereka ada di antara jeti nelayan ini
yang telah dibuat penambakan tanpa izin. Yang ini saya mohon kepada pihak yang
berwajib untuk membuat pemantauan sebelum ianya menjadi mudarat, dengan
menebang paya-paya bakau dan seumpamanya.

Tuan Speaker, akhir sekali saya ingin menyentuh tentang untuk menjelang Ramadan
ini. Menjelang Ramadan ini maka banyaklah isu dan permintaan daripada rakyat di
bawah sana khususnya golongan peniaga-peniaga dan penjaja di bawah sana. Maka,
saya amatlah mengharapkan agar agensi berkaitan benar-benar seimbang antara
membuat kawalan agar peluang sama rata diberikan khususnya kepada anak
tempatan sepanjang tempoh ini. Pada masa yang sama, bantuan, tunjuk ajar dan
khidmat nasihat juga wajar diberikan bagi memudah cara mereka ini mencari rezeki
di tempat sendiri. Keseimbangan antara kawalan, penguatkuasaan dan juga bantuan
yang diberikan ini bakal juga memanjangkan kesejahteraan dan kemakmuran rakyat
jelata seluruhnya. Boleh lagi Tuan Speaker?

TUAN SPEAKER : Panjang lagi ke Yang Berhormat Sementa?

Y.B. TUAN NOOR NAJHAN BIN MOHAMAD SALLEH : Akhir.

TUAN SPEAKER : Akhir? Terima kasih.

83
1 MAC 2024 (JUMAAT)

Y.B. TUAN NOOR NAJHAN BIN MOHAMAD SALLEH : Ok. Yang


ketujuh, yang terakhir. Menyentuh titah ucapan D.Y.M.M. Sultan Selangor berkaitan
alam sekitar, sukalah saya memanjangkan sekali lagi, agar bukan sekadar insentif
dan inisiatif baharu bagi menambah persediaan mendepani isu perubahan iklim
namun lebih, daripada itu pemulihan keadaan sedia ada juga mestilah diberikan
perhatian. Walaupun nampak berulang namun saya masih merasakan banyak lagi
usaha, pemantauan, penguatkuasaan dan pemulihan perlu dilakukan khususnya
terhadap isu-isu tapak-tapak pelupusan sampah haram, pencemaran alam sekitar,
pencemaran bunyi kilang-kilang haram yang sangat banyak di DUN Sementa.
Walaupun begitu, saya amat berterima kasih di atas kerjasama dan bantuan yang
sangat baik yang telah diberikan oleh agensi-agensi kerajaan. Baik pusat mahupun
negeri terhadap siri-siri aduan sebelum daripada ini sehingga ke saat ini. Diharapkan
kerjasama ini berterusan dan kita dapat merungkaikan, punca masalah serta dapat
juga menghukum pelaku dan penyebab kepada masalah ini seadil-adilnya. Terima
kasih kepada Yang Berhormat Sekinchan yang turut turun padang baru-baru ini sudah
pastinya harapan besar untuk melihat isu sampah haram yang setinggi kira-kira 20
kaki ini dapat diselesaikan dengan segera....

TUAN SPEAKER : Yang Berhormat.

Y.B. TUAN NOOR NAJHAN BIN MOHAMAD SALLEH : Untuk


memastikan pencemaran tidak terus berlaku cuma soalan orang kampung...

TUAN SPEAKER : Yang Berhormat.

Y.B. TUAN NOOR NAJHAN BIN MOHAMAD SALLEH : Yang Berhormat


Sekinchan, bila CCTV nak dipasang? Itu sahaja. Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.

TUAN SPEAKER : Ya, Hulu Bernam.

Y.B. TUAN MUHAMMAD MUHAIMIN HARITH BIN ABDULLAH SANI :Batang


Kali.

TUAN SPEAKER : Batang Kali, Batang Kali. Minta maaf. Baju warna sama
ni. Dibenarkan. Batang Kali, Batang Kali.

Y.B. TUAN MUHAMMAD MUHAIMIN HARITH BIN ABDULLAH SANI : Tuan


Speaker. Bismillah hirrahmanirrahim. Menjunjung kasih titah ucapan D.Y.M.M. Sultan
Selangor.

TUAN SPEAKER : 10 minit. Batang Kali.

84
1 MAC 2024 (JUMAAT)

Y.B. TUAN MUHAMMAD MUHAIMIN HARITH BIN ABDULLAH SANI : Yang


Berhormat Tuan Speaker dan sidang Dewan Yang Mulia. Assalamualaikum
warahmatullah hiwabarakatuh. Salam Perikatan Nasional. Jawab. Beras oh beras,
Batang Kali sedia berbahas. Mesyuarat Pertama Pembukaan Penggal Kedua Dewan
Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024. Terima kasih memberi laluan untuk
Batang kali. Adalah menjadi tanggungjawab utama kami sebagai pembangkang
yang berkualiti dan profesional dengan melaksanakan tugas sebagai pengimbang
tara, bagi menentukan dan memastikan hala tuju yang jelas ‘Selangor Menuju Abad
21’. Keprihatinan dan kebajikan rakyat Negeri Selangor menjadi tunggak utama setiap
gerak-geri Perikatan Nasional. Bagi memastikan rakyat Negeri Selangor tidak
tergelincir ke jurang kemunduran daripada pelbagai aspek. Tata kelola, saya ulang
tata kelola atau pengurusan yang jitu perlu dipraktikkan semasa persis seiring dengan
titah ucapan Tuanku, yang sayangkan rakyatnya supaya seluruh rakyat baginda
Tuanku dapat menikmati limpahan kekayaan dan kemajuan di Negeri Selangor dan
juga kebajikan rakyatnya. Sidang Dewan Yang Mulia, berdasarkan data daripada
SPR di Selangor seramai 1,011,770 pengundi atau 1.02 juta pengundi memberikan
undian dan sokongan kepada Perikatan Nasional pada PRU yang lepas. Angka ini
menunjukkan lebih daripada 50% pengundi yang keluar mengundi memberikan
undian dan sokongan kepada Perikatan Nasional pada PRN yang lepas. Batang Kali
ingin mengingatkan Kerajaan Negeri bahawa pengundi yang menyokong Perikatan
Nasional adalah rakyat Negeri Selangor dan juga rakyat Tuanku Duli Yang Maha
Mulia Sultan Selangor. Kerajaan Negeri mestilah bertindak dan mentadbir Selangor
dengan adil dan saksama tanpa mengira ideologi politik,bangsa dan agama, saksama
bukan sama rata. Semoga Tuanku diberikan kesihatan yang baik dan umur yang
panjang.

Sidang Dewan yang mulia, baru nak masuk isu, penjaja dan peniaga kecil di Selangor
dan juga penduduk kampung saya dan semua Ahli Dewan Negeri Selangor Perikatan
Nasional memandang serius akan perkara ini. Kerajaan Negeri perlu turun ke
peringkat bawah dan menyelami sendiri masalah, yang dihadapi oleh peniaga dan
penjaja kecil di seluruh Selangor. Kos bahan mentah yang meningkat secara
mendadak menghimpit pendapatan mereka yang merupakan hasil utama mata
pencarian untuk meneruskan kelangsungan hidup mohon Kerajaan Negeri
mempertimbangkan semula tidak mengenakan cukai di peringkat PBT dan Selangor,
mohon penjelasan daripada Yang Berhormat EXCO. Kami berasa amat kasihan
kepada peniaga dan penjaja kecil yang mencari sesuap nasi untuk menyara hidup
dalam Titah Ucapan Tuanku kutipan hasil Negeri pada tahun 2023 berjumlah hampir
RM3.561billion dan lebihan kewangan berjumlah hampir RM206juta. Persoalannya
mengapa perlu dikenakan cukai penjaja dan peniaga kecil termasuk cukai pintu untuk
rumah-rumah kampung ia dilihat sebagai satu bebanan tambahan hidup kepada
rakyat di Negeri Selangor khususnya golongan B40?

Yang Berhormat Tuan Speaker, perkara yang seterusnya isu berkaitan masalah
mental yang diucapkan oleh Subang Jaya pada semalam jam 12.17 tengah hari, saya

85
1 MAC 2024 (JUMAAT)

ingin menjelaskan satu isu, yang perlu diambil berat oleh Kerajaan Negeri dan Yang
Berhormat EXCO. Mengikut kajian data statistik yang dikeluarkan oleh JAKIM pada
tahun 1988 terdapat (10,000 orang) 2013 (170000 orang) 2018 (310000 orang) ini
adalah angka homoseksual yang direkodkan oleh JAKIM angka ini amat
membimbangkan kita dan sidang dewan yang mulia. Dan dijangkakan pada tahun
lepas 2023 dianggarkan sebanyak 500,000 golongan homoseksual berdasarkan
peratus peningkatan mengikut tahun-tahun sebelumnya. JAKIM melalui Bahagian
Keluarga Sosial dan Komuniti satu Mesyuarat Jawatankuasa Khas berkenaan, isu
lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT) yang beragama Islam di Malaysia
bilangan 12/023 bertempat di Dewan Syurah di Kompleks Islam Putrajaya. Mesyuarat
ini melibatkan 20 jabatan kerajaan termasuk PDRM, KDN, KKM, KBS, KPT,
Kementerian Komunikasi, dan Digital. Termasuk JAIS, MAIS dan lain-lain agensi.
Hasil mesyuarat tersebut menekankan pemerkasaan advokasi pendidikan
pencegahan dakwah bimbingan penguatkuasaan dan pemulihan mental. Menurut
kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh Mufti Selangor pada 5 September yang
lepas, LGBT dianggap sebagai penyakit mental. Saya memetik kata-kata Mufti
Selangor saya memandang serius akan perkara ini dan mencadangkan YB EXCO
dan juga Kerajaan Negeri untuk mewujudkan satu pusat pemulihan khas untuk
membantu golongan-golongan ini kembali ke fitrah alam yang semula jadi. Kita tidak
mahu keruntuhan moral di kalangan rakyat di Negeri Selangor yang menyimpang
daripada landasan agama dan fitrah alam dan kita juga tidak mahu pemimpin yang
lahir daripada golongan LGBT di Selangor.

Saya bersetuju dengan pujian yang diucapkan oleh Yang Berhormat Pelabuhan Klang
pada hari Rabu jam 12.09 yang memberikan pujian kepada pasukan polis Diraja
Malaysia PDRM khususnya di Selangor. Terima kasih saya ingin menarik perhatian
Kerajaan Negeri untuk bertindak membantu menaik taraf balai-balai yang daif di
Selangor khususnya di kawasan Batang Kali. Termasuk kemudahan-kemudahan
asas di balai, bayangkan Sidang Dewan yang mulia satu Land Rover nak bergerak ke
hadapan boleh bila undur ke belakang kena tolak ini berlaku di DUN Batang Kali.

TUAN SPEAKER : Yang Berhormat, saya nak beri peringatan Peraturan


Tetap (32)61 Seseorang ahli hendaklah mengehadkan percakapannya kepada
perkara yang hendak yang dibincangkan sahaja berkenaan dengan isu-isu aset
berkenaan dengan balai polis masuk sekolah hospital dan sebagainya ini adalah
bidang kuasa Kerajaan Persekutuan jadi mungkin kalau ianya terletak di bawah
bidang kuasa Persekutuan barang kali EXCO atau pun Kerajaan Negeri tidak dapat
memberikan jawapan yang lengkap perkara itu kena rujuk kepada Kerajaan
Persekutuan atau pun Pejabat ICU. Itu peringatan saya sahaja.

Y.B. TUAN MOHD SHAFIE BIN NGAH : Tuan Speaker, saya mohon petua
Speaker boleh? Di sebut tentang sentuh isu

TUAN SPEAKER : Yang Berhormat Sungai Ramal di bawah Peraturan Tetap

86
1 MAC 2024 (JUMAAT)

Y.B. TUAN MOHD SHAFIE BIN NGAH : Yang sama yang Speaker, sebutkan
tadi

TUAN SPEAKER : Itu (36)1 Yang Berhormat kalau bukan ini.

Y.B. TUAN MOHD SHAFIE BIN NGAH : Yang Berhormat sebut tentang isu
yang bidang kuasa persekutuan tak boleh disentuh..

TUAN SPEAKER : Saya tidak kata, tidak boleh saya kata kena precise
ataupun ringkaskan.

Y.B. TUAN MUHAMAD MUHAIMIN HARITH BIN ABDULLAH SANI : Ini


masa saya

TUAN SPEAKER : Dengan berdasarkan fahaman bahawa ianya bukan di


bawah Kerajaan Negeri kalau Kerajaan Negeri ada jawapan bagus kalau Kerajaan
Negeri tidak mendapat jawapan yang lengkap maka ialah masa akan dibazirkan
begitu itu sahaja. Itu sahaja itu nasihat saya. Bukan kata tak boleh.

Y.B. TUAN MUHAMAD MUHAIMIN HARITH BIN ABDULLAH SANI : Sebab


saya dengar banyak hujahan daripada pihak Kerajaan bahawa Kerajaan Negeri ini
seiring dengan Kerajaan Persekutuan maka, lagi mudah lah mereka untuk
menguruskan sebenarnya.

Y.B. TUAN AZMIZAM BIN ZAMAN HURI : Bidang kuasa, bidang kuasa.
Kena faham.

Y.B. TUAN MUHAMAD MUHAIMIN HARITH BIN ABDULLAH SANI : Saya


faham..

TUAN SPEAKER : Ini dalam Peraturan tetap, Yang Berhormat dia ada cara
dia, teruskan Yang Berhormat masa agak terhad.

Y.B. TUAN MUHAMAD MUHAIMIN HARITH BIN ABDULLAH SANI : Sidang


Dewan yang mulia, penjawat awam merupakan tonggak utama untuk melaksanakan
aspirasi dan kemajuan di bawa oleh Kerajaan Negeri, secara kumulatif terdapat
serarami 22,485 penjawat awam di Selangor, sehingga 31 Januari 2024. Jika
mengikut peratus komposisi kaum 93.83% daripada jumlah keseluruhan adalah kaum
Melayu dan jumlah kakitangan anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor berjumlah
11,440 orang. Dan daripada jumlah itu mengikut komposisi seramai 21,098 orang
Melayu. Sabar, kami Perikatan Nasional mencadangkan supaya mengkaji penjawat
awam Negeri Selangor di kaji semula mengikut perkara (112) Perlembagaan
Persekutuan ia adalah sebagai penghargaan dan pemangkin kepada penjawat awam

87
1 MAC 2024 (JUMAAT)

yang berjaya memastikan kewangan kerajaan Negeri Selangor mencapai sasaran


pada tahun 2023 yang lalu seperti mana yang diucapkan Yang Amat Berhormat
Menteri Besar Selangor. Dengan penuh bangga backbencher Kerajaan Negeri
menyatakan Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan selari seiring dan se
madani. Sepatutnya menjadi mudah. Apakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat
untuk mengkaji semula gaji dan gred penjawat awam? Ini Perlembagaan Persekutuan
(112) Sistem PADU dan sistem Kerajaan Negeri Selangor. Kerajaan Negeri telah
memperuntukkan sebanyak 6,59,189.04 sehingga tahun 2024 terdapat 25 buah,
sistem yang telah dibangunkan oleh Kerajaan seperti SSIPR, BINGKAS, RiDE, SIHAT
SELCARE, PTRS, SPSS, SPPS, SPHNS, e-CERIA dan lain-lain. Saya berpandangan
apakah sistem yang dibangunkan oleh Kerajaan Negeri ini yang sudah teruji dan diuji
akan kelancarannya perlu ditindih dengan sistem Pengkalan Data Utama PADU ini
akan menyusahkan menyulitkan rakyat Negeri Selangor. Dengan mewujudkan satu
lagi birokrasi Kerajaan Negeri, telah membelanjakan wang yang banyak untuk
membangun dan menyelenggara sistem yang ada sekarang, persoalannya apakah
Kerajaan Negeri untuk mewajibkan rakyat Negeri Selangor. Berdaftar dengan sistem
PADU barulah boleh menikmati inisiatif dan program-program tajaan Negeri dan
apakah sistem PADU ini dapat menjamin kerahsiaan maklumat peribadi individu
tersebut. Klinik kesihatan dan Hospital Kuala Kubu Baharu Daerah Hulu Selangor
terdapat 220 buah fasiliti kesihatan premier di Selangor yang terdiri daripada klinik
kesihatan (KK), Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) Klinik Desa (KD) Klinik Komuniti
(KKOM) dan terdapat sebanyak 13 buah hospital di Selangor aspek rawatan dan
penjagaan kesihatan amat penting untuk rakyat di Negeri Selangor yang saban hari
populasinya semakin meningkat, khususnya di kawasan Batang Kali dan Hulu
Selangor yang sering kali kini mencecah hampir 274,000 orang penduduk.

TUAN SPEAKER : Yang Berhormat ada sampaikan perkara ini kepada Ahli
Parlimen Hulu Selangor di Parlimen?

Y.B. TUAN MUHAMAD MUHAIMIN HARITH BIN ABDULLAH SANI : Yang


pertama Kementerian Kesihatan Malaysia, melalui Jabatan Kesihatan Negeri dan
Pejabat Kesihatan Negeri Selangor telah mengemukakan cadangan dan RMK12
rolling pelan ke-lima untuk pembinaan kompleks kesihatan di Bukit Sentosa, kawasan
Batang Kali di atas tanah seluas 6.8 ekar. Yang akan menyediakan perkhidmatan
pesakit luar, kesihatan ibu anak, dan klinik pergigian, yang kedua cadangan menaik
taraf Hospital KKB, dalam projek Rancangan Malaysia ke-12 rolling pelan ke-5 RP5
Jabatan Kesihatan Negeri Selangor. Persoalannya bilakah akan dilaksanakan kerana
kemudahan tersebut amat penting kepada rakyat di Hulu Selangor khususnya,
kawasan Batang Kali ini amat penting supaya kesihatan rakyat di kawasan saya
terjamin dan terbela.

Yang Berhormat Tuan Speaker, rumah ibadat merupakan tunjang asas dan peraduan
di kalangan penganut agama di Malaysia. Dan umat Islam masjid merupakan tempat
suci dan berperanan yang amat penting untuk menyatukan dan menyambung

88
1 MAC 2024 (JUMAAT)

silaturahim antara masyarakat setempat. Di kawasan saya di Bandar Sungai Buaya


jumlah komposisi penduduk dianggarkan berjumlah 17,000 orang dan di kawasan ini
tidak ada masjid, Sidang Dewan adalah bertanggungjawab bersama Kerajaan Negeri
untuk membantu membina masjid di kawasan Bandar Sungai Buaya, mohon Kerajaan
Negeri, untuk membantu dan apakah boleh Kerajaan Negeri Selangor, menyalurkan
sedikit bantuan supaya masjid di kawasan ini dapat dilaksanakan pembinaannya. Dan
perkara seterusnya industri pengetahuan iaitu iaitu yang melibatkan bidang teknologi
rekaan, pengaturcaraan komputer dan industri ini amat penting untuk memacu Negeri
Selangor supaya tidak ketinggalan apabila banyak negara-negara maju dunia telah
berada dalam landasan menuju..

TUAN SPEAKER : Yang Berhormat, ringkaskan pergi ke soalan hakikinya, isu


hakikinya.

Y.B. TUAN MUHAMAD MUHAIMIN HARITH BIN ABDULLAH SANI : Dan


penglibatan pelabur-pelabur luar dalam Negara, saya juga dimaklumkan terdapat
beberapa agensi Kerajaan yang telah melaksanakan, beberapa program seperti
Selangor Invester Soft Landing Insentif Programme, Selangor Lab Partnership
Programme, Selangor R&D Innovation EXPO SRIE, Selangor sehingga kini sejauh
manakah program-program ini memberi impak yang positif kepada pelabur luar dan
khususnya di Selangor, kesannya kepada anak-anak muda tempatan. Yang
mempunyai kemahiran individu berapakah kos keseluruhan yang dibelanjakan oleh
Kerajaan Negeri untuk menjayakan program ini agar selari RS1 dan perkara yang
terakhir Yang Berhormat Tuan Speaker, perkara berkaitan dengan tanah dengan
rendah diri saya memohon Kerajaan Negeri untuk memberi perhatian membantu
menyelesaikan warta tanah yang pertama pewartaan tanah sebagai tapak surau An-
Nur di Perumahan Kemboja 4C Bukit Sentosa 3, permohonan dari tahun 2011 yang
kedua pewartaan tapak Sekolah KAFA Integrasi Bukit Sentosa 3 yang ditubuhkan
2006. Saya akan memberikan permohonan pewartaan. Ini untuk tapak sekolah-
sekolah agama dan satu lagi isu tanah adat dusun pewartaan tanah sebagai rizab
orang asli..

TUAN SPEAKER : Teruskan tanya satu soalan sahaja.

Y.B. TUAN MUHAMAD MUHAIMIN HARITH BIN ABDULLAH SANI : Di


kawasan saya terdapat satu kampung orang asli iaitu Kampung Orang Asli Gurney
Ulu Yam Baru mohon Kerajaan Negeri dan semua agensi kerajaan terlibat
menyelesaikan isu ini dengan segera.

TUAN SPEAKER : Kampung Orang Asli Gurney?

Y.B. TUAN MUHAMAD MUHAIMIN HARITH BIN ABDULLAH SANI : Ok


dan yang terakhir saya ingin..

89
1 MAC 2024 (JUMAAT)

TUAN SPEAKER : Ada lagi? Yang terakhir.

Y.B. TUAN MUHAMAD MUHAIMIN HARITH BIN ABDULLAH SANI : Dan


satu lagi, sebelum itu saya mohon Kerajaan Negeri untuk lebih berhati-hati sebab ini
contoh bagaimana tanah pengisytiharan rizab Melayu atas semua bukan orang
Melayu ini contoh satu yang ada pada saya banyak lagi di pejabat, mohon ini berlaku
di Hulu Selangor, dan yang terakhir, saya ingin membacakan satu soalan bertulis yang
bertajuk Pembangunan Ekonomi Melayu dan Bumiputera. Soalannya Apakah inisiatif
Kerajaan Negeri Selangor dalam konsep ekonomi orang Melayu Bumiputera yang
mencapai hampir 70%..

TUAN SPEAKER : Merujuk kepada isu ucapan

Y.B. TUAN MUHAMAD MUHAIMIN HARITH BIN ABDULLAH SANI :


Mengapa soalan saya ini ditolak sebab alasannya skop terlalu umum dan tidak jelas
mohon penjelasan yang konkrit daripada Kerajaan Negeri kenapa di tolak Sidang
Dewan yang mulia akhir sekali..

TUAN SPEAKER : Perkara ini Yang Berhormat boleh rujuk kepada surat saya
sampaikan itu alasannya ada.

Y.B. TUAN MUHAMAD MUHAIMIN HARITH BIN ABDULLAH SANI : Alasannya


tidak jelas tapi soalan mulut saya ada besok hari Isnin nanti, saya mewakili rakyat di
kawasan Batang Kali menjunjung kasih Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan
Selangor di Istiadat Pembukaan Pertama Sidang Persidangan Penggal Kedua Dewan
Negeri Selangor Yang Ke-15 Tahun 2024 pada 27 Februari 2024 di Dewan Negeri
Selangor saya mengucapkan, Selamat Menyambut Bulan Ramadan dan Selamat
Berpuasa kepada semua umat Islam di Malaysia khususnya di Selangor, sekian
terima kasih.

TUAN SPEAKER : Yang Berhormat Bandar Baru Klang.

Y.B. TUAN MUHAMAD MUHAIMIN HARITH BIN ABDULLAH SANI :


Tak sebab sebelah sana tiada yang nak bahas.

TUAN SPEAKER : Bandar Baru Klang.

Y.B. TUAN DR. QUAH PERNG FEI : Ya, Yang Berhormat Tuan Speaker. Yang
Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, selamat petang dan selamat sejahtera.
Terlebih dahulu Bandar Baru Klang ingin mengambil kesempatan untuk merakam
setinggi-tinggi penghargaan titah Tuanku yang prihatin kepada rakyat, titah Tuanku
juga memberi panduan dan nasihat kepada semua yang berada dalam Dewan ini.
Dengan adanya nasihat Tuanku, Dewan dapat berjalan dengan lancar dan teratur.

90
1 MAC 2024 (JUMAAT)

Tuan Speaker, masalah banjir. Bandar Baru Klang menghadapi masalah banjir akibat
perubahan iklim. Bandar Baru Klang mengesyorkan bahawa Kerajaan Selangor
membina lebih banyak kolam tadahan di kawasan yang rentang banjir untuk langkah
jangka pendek sementara menunggu projek Sungai Kapar Kecil dan Sungai Kapar
diselesaikan dalam 72 bulan yang akan datang. Ia adalah usaha yang baik untuk
membina lebih kolam tadahan berfungsi dual seperti yang sedia ada di Taman
Enggang dan Jalan Muda. Pembinaan kolam tadahan perlu lebih banyak dibina di
sekitar DUN Bandar Baru Klang seperti Klang Utama dan Bandar Bukit Raja. Bandar
Baru Klang juga ingin menekankan bahawa pembinaan kolam tadahan di Bulatan
Berkeley tidak memuaskan kerana kemajuan projek belanja dengan perlahan
manakala jalan dirosakkan justeru menyebabkan kesesakan jalan.

Tuan Speaker, isu jalan raya dan lampu jalan. Bandar Baru Klang ingin menegaskan
bahawa Selangor adalah negeri yang paling maju di Malaysia tetapi jalan-jalan di
sekitar jalan utama seperti Jalan Haji Sirat, Jalan Meru dan Jalan Kapar amat lah
teruk. Jalan raya yang tidak merata lebih teruk lagi adalah terdapat air bertakung di
permukaan jalan raya setiap kali selepas hujan. Keadaan ini amat berbahaya kepada
pengguna jalan raya. Bandar Baru Klang juga mencadangkan untuk melakukan kajian
yang lebih mendalam mengenai projek pelebaran di Jalan Sungai Puloh kerana laluan
dua hala ini tidak mampu untuk memenuhi jumlah kenderaan yang banyak
terutamanya kenderaan berat yang keluar dari Taman Industri di Aman Perdana dan
Klang Utama. Lampu jalan ialah aspek yang kedua. Terdapat banyak kes yang
mencuri kabel elektrik di tempat tersebut yang telah menyebabkan lampu jalan tidak
menyala. Selain daripada laporan polis, Bandar Baru Klang ingin mengesyorkan
Kerajaan Selangor dapat mempertimbangkan pemasangan lampu LED Solar sebagai
cara alternatif untuk mengekang masalah kecurian kabel yang semakin berleluasa.
Isu kesihatan. Program Iltizam Selangor Sihat merupakan program perlindungan
kesihatan rakyat yang amat baik. Program ini dapat membantu rakyat mendapatkan
rawatan perubatan di klinik, panel hospital. Memandangkan peningkatan kos
perubatan dan kesannya terhadap pelan perubatan, kos perubatan telah meningkat
sebanyak 25%. Bandar Baru Klang mencadangkan Kerajaan untuk menawarkan
pemberian vaksin dan ubat-ubatan kepada panel klinik Peduli Sihat secara berpusat
atau centralized purchased. Di samping itu pesanan dalam jumlah kuantiti yang
banyak secara langsung dapat mengurangkan kos perubatan. Oleh itu, klinik panel
Peduli Sihat boleh mendapat access terhadap ubat-ubat yang lebih baik. Penjagaan
paliatif merupakan satu isu. Bandar Baru Klang harap EXCO Kesihatan dapat
memantau isu tersebut supaya penyakit terminal seperti kanser boleh mendapat
rawatan dan tumpuan dari segi psikologi dan sosial akibat daripada penyakit tersebut.

Tuan Speaker, isu alam sekitar. Selangor mempunyai paling banyak kenderaan
automotif seperti kereta dan kenderaan berat di Malaysia. Hal ini telah mengakibatkan
tayar terpakai atau tayar lama telah menjadi isu hangat kerana ia dibuang secara
haram ke ladang berhampiran atau di tapak pelupusan sampah. Bandar Baru Klang
rasa ini tidak mesra alam. Ada juga sesetengah kedai tayar yang tidak

91
1 MAC 2024 (JUMAAT)

bertanggungjawab telah membiarkan tayar terpakai di hadapan kedai mereka


sementara menunggu untuk dilupuskan. Keadaan ini boleh menyebabkan nyamuk
membiak. Oleh itu, Bandar Baru berharap agar Kerajaan Selangor dapat mencari
alternatif untuk melupuskan tayar terpakai secara mesra alam. Pengindustrian juga
menyebabkan lebih banyak kenderaan berat di jalan raya, oleh itu kita perlu mencari
solusi jangka pendek dan jangka panjang untuk menyelesaikan masalah tapak letak
kenderaan berat. Pada masa ini, kita boleh melihat kenderaan berat ini di parking di
mana-mana sahaja mengikut keselesaan mereka. Bahkan sesetengah mereka yang
telah meletak kereta, kenderaan mereka di taman perumahan bukan sahaja telah
merosakkan jalan raya taman bahkan telah menyebabkan ketidakselesaan kepada
penduduk. Seperti yang kita ketahui jalan raya di dalam taman tidak dibina untuk
menampung kenderaan berat yang 50 – 80 tan. Oleh itu, Bandar Baru Klang
mencadangkan Kerajaan mengadakan satu garis panduan atau undang-undang
untuk tapak parking kenderaan berat. Kereta terbiar yang di parking adalah lagi satu
isu serius yang perlu kita memberi garis panduan yang komprehensif dalam
menyelesaikan masalah ini. Seperti kita ketahui, Pihak Berkuasa Tempatan
mempunyai depot untuk menyimpan kereta tetapi jumlah kereta yang terbiar jauh lebih
banyak daripada depot yang dapat menampung. Oleh itu, Negeri Selangor mesti
mengadakan dasar-dasar yang lebih agresif untuk menyelesaikan masalah-masalah
ini. Ia memakan masa yang terlalu lama untuk melupuskan kereta yang terbiar yang
disimpan di depot.

Mengenai isu plastik sekali pakai atau minta izin, single used plastic. Kami sedar
bahawa pusat membeli belah besar dan kedai runcit seperti 99 Speedmart mengecaj
atau berhenti mengeluarkan plastik sekali guna. Bandar Baru Klang berharap agar
pihak Kerajaan Selangor boleh memperluaskan kempen ini kepada penjaja seperti di
pasar pagi, di pasar malam dan kedai-kedai runcit kecil. Bandar Baru Klang berharap
agar Negeri Selangor boleh mencapai sifar plastik dalam tempoh masa jangka pendek
kerana plastik ini beracun dan toksik kepada alam sekitar apabila dilupuskan. Ia boleh
mencemar lautan dan sungai kita. Ia boleh mencemari rantaian makanan kita sebagai
mikroplastik.

Tuan Speaker, isu pelancongan. Memandangkan Tahun Melawat Selangor 2025


menjelang, Bandar Baru Klang berharap agar Tourism Selangor boleh
mempromosikan Bandar Klang sebagai satu hotspot. Seperti yang kita ketahui,
Bandar Klang mempunyai banyak kedai makanan yang terkenal seperti Noble House,
Nasi Ayam Kee Heong dan lain-lain lagi. Bandar Klang juga mempunyai banyak
Persatuan Cina yang boleh menceritakan kisah atau sejarah Bandar Klang. Bandar
Baru Klang berharap agar dapat cadangan daripada Tourism Selangor mengenai
pelbagai program yang akan mempromosikan Bandar Klang sebagai destinasi
pelancongan.

Tuan Speaker, isu Pihak Berkuasa Tempatan. Bandar Baru Klang juga ingin
mencadangkan bahawa Pegawai Penguat kuasa dari pihak PBT diberi kamera badan

92
1 MAC 2024 (JUMAAT)

atau Body Cam semasa mereka bertugas. Ia adalah untuk memastikan keselamatan
dan keadilan mereka semasa bertugas. Apa-apa pertikaian semasa bertugas boleh
disemak melalui penangkapan video semasa bertugas. Masalah anjing terbiar adalah
satu isu yang tidak pernah berakhir. Sudah tiba masanya untuk membentuk sebuah
jawatankuasa untuk memantau dan untuk ada SOP disediakan untuk dipatuhi oleh
semua PBT. Saya cadangkan satu jawatankuasa ditubuhkan untuk mengkaji isu ini.
Jawatankuasa ini boleh diliputi oleh orang ramai dan NGO seperti SPCA dan PBT.

Tuan Speaker, isu Penginapan Pekerja Berpusat atau CLQ. Klang ada bandar
pelabuhan yang utama juga kilang yang paling banyak. Oleh itu, kita mempunyai
pekerja asing yang paling banyak. Dengan pekerja asing yang menetap di Bandar
raya Diraja Klang telah membawa isu-isu seperti sampah dan kebersihan. Oleh itu,
saya berharap agar pekerja asing boleh ditempatkan di CLQ. CLQ boleh
menyediakan penginapan yang selesa, kemudahan asas yang lengkap, lebih-lebih
lagi ia boleh memudahkan untuk menguruskan pekerja ini dengan didikan yang betul
mengenai budaya kita dan orang-orang tempatan. Ini adalah satu cara untuk
mengurangkan kesan negatif dengan kehadiran pekerja asing. Bandar Baru Klang
berharap agar Kerajaan Selangor dapat menetapkan pekerja asing untuk tinggal di
CLQ, menetapkan tarikh yang komited supaya pemilik kilang boleh buat perancangan
yang lebih berkesan pada masa hadapan.

Tuan Speaker, isu kipas besar HVLS dengan izin, kipas besar High Volume Low
Speed. Memandangkan kipas besar HVLS yang semakin popular dipasangkan di
kompleks membeli belah dan Dewan besar, saya ingin memberikan penekanan
kepada kebaikan penggunaan kipas besar yang semakin meningkat populariti dan di
kalangan orang ramai. Tindakan ini tidak hanya meningkatkan kesedaran dengan
pengedaran udara yang efficient tetapi juga mempromosikan kecekapan tenaga selari
dengan prinsip ESG yang amat ditekankan. Walau bagaimanapun, isu-isu yang perlu
diberi perhatian serius, kelemahan dalam SOP yang tidak jelas dan terperinci dalam
proses pembekalan, pemasangan, keselamatan dan penyelenggaraan kipas besar
mungkin menimbulkan risiko dan mencetuskan masalah. Oleh itu, saya
mencadangkan agar Kerajaan mengambil langkah-langkah proaktif untuk menangani
kekurangan dalam SOP sebagai contoh seperti lif, ia perlu dipasang oleh pakar
khusus dan perlu adanya penyelenggaraan pada masa yang ditentukan dan
diseliakan oleh jabatan yang berkenaan untuk memastikan keselamatan pengguna.
Oleh itu, saya berharap adanya perbincangan bersama Persatuan Kipas Besar HVLS
Malaysia untuk mendapatkan pengawasan yang teliti semasa proses perbekalan,
pemasangan dan penyelenggaraan. Dengan pengurusan yang berkesan ..

TUAN SPEAKER : Yang Berhormat. Jaga masa.

Y.B. TUAN DR. QUAH PERNG FEI : Sikit, 15 saat. Dengan pengurusan
yang berkesan dan pemakaian kepada SOP yang ketat, kita boleh memastikan
bahawa kipas besar memberi manfaat maksimum kepada masyarakat sambil

93
1 MAC 2024 (JUMAAT)

memastikan keselamatan. Akhir sekali, Bandar Baru Klang menyokong sepenuhnya


tentang unsur titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Terima kasih.

TUAN SPEAKER : Ya.


Y.B. TUAN DR. AFIF BIN BAHARDIN : Yang Berhormat Speaker,
saya hendak bangkitkan Peraturan Tetap Yang Berhormat Tuan Speaker yang
budiman, Peraturan Tetap 15 (1), menurut Peraturan Tetap 17, Usul hendak
menangguhkan Dewan tidak boleh dikeluarkan sehingga pukul 4.30 petang pada apa-
apa hari kecuali pukul 5.30 petang. Saya hendak petua daripada Yang Berhormat
Speaker hari ini persidangan kita sampai jam berapa Yang Berhormat? Sebab
memandangkan kalau ikut kiraan saya campur backbencher dan juga pihak
pembangkang ada lagi 9 nama.

TUAN SPEAKER : Peraturan Tetap mana? 17 (1) ?

Y.B. TUAN DR. AFIF BIN BAHARDIN : 15 (1)

TUAN SPEAKER : 15 (1)?

Y.B. TUAN DR. AFIF BIN BAHARDIN : Tentang waktu ini, tempoh nak
tangguh ni. Sama ada hari ini habis 5.30 atau..

TUAN SPEAKER : Tapi Yang Berhormat, akan diputuskan nanti, tak apa
Yang Berhormat.

Y.B. TUAN DR. AFIF BIN BAHARDIN : Baik.

TUAN SPEAKER : Yang Berhormat nak bahaskan?

Y.B. TUAN DR. AFIF BIN BAHARDIN : Wajib Yang Berhormat.

TUAN SPEAKER : Ya, ya. Silakan bahas.

Y.B. TUAN DR. AFIF BIN BAHARDIN : Terima kasih Yang Berhormat.

TUAN SPEAKER : Silakan, silakan Yang Berhormat.

Y.B. TUAN DR. AFIF BIN BAHARDIN : Bukan saya, sekarang orang lain
dulu. (Ahli Dewan ketawa).

TUAN SPEAKER : Siapa? Silakan ya. Ok, baik.

Y.B. DATUK ABDUL RASHID BIN ASARI : Salam sejahtera, Tuan


Speaker. Terima kasih memberikan saya bahas petang ini. Saya bagi pihak rakyat

94
1 MAC 2024 (JUMAAT)

DUN Selat Kelang ingin merafak sembah dan menjunjung kasih kepada Ke bawah
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan kerana sudi mencemar duli rasmikan
Persidangan ini pada 27 Februari yang lepas. Saya juga amat teruja dengan titah Duli
Yang Maha Mulia yang begitu komprehensif, pragmatik dan holistik yang mencakupi
semua masalah, kebajikan seluruh rakyat Selangor. Inilah Tuanku yang kita hormati
dan kita sayangi kerana Duli Yang Maha Mulia amat prihatin dengan soal-soal
kehidupan dan kesejahteraan rakyat di Negeri Selangor. Bak kata pujangga Rakyat
dan Raja Berpisah Tiada. Tuan Speaker, dalam masa yang agak terhad ini saya ingin
menyentuh beberapa isu sahaja yang saya rasa penting terutama sekali isu tentang
Rancangan Selangor Pertama 2024. Di mana rancangan ini akan menjadi pemangkin
kepada pembangunan dan ekonomi Negeri Selangor dan sudah pasti banyak
pembangunan-pembangunan mega, yang akan dibina di Selangor dan akhirnya
ekonomi Negeri Selangor akan bertambah kukuh, bersaing dan menambahkan hasil
dalam negeri.

Bagaimanapun, yang menjadi kegusaran saya, ialah dalam arus pembangunan yang
besar ini, apakah penglibatan syarikat-syarikat terutama syarikat-syarikat Bumiputera
yang berkelayakan untuk mengambil bahagian dalam projek-projek mega yang akan
dilaksanakan nanti. Apakah Kerajaan Negeri boleh memberikan jaminan kepada
syarikat Bumiputera ini, untuk terlibat sama di dalam projek-projek mega tersebut
kerana banyak syarikat-syarikat Bumiputera yang berkelayakan mungkin akan
ketinggalan atau tidak diberi peluang untuk bersama-sama menikmati kejayaan-
kejayaan hasil daripada pelaksanaan projek ini. Saya berharap Kerajaan akan dapat
beri perhatian dan bersikap positif kepada syarikat-syarikat. Bumiputera yang
berkelayakan untuk bersama-sama terlibat dan merasai kejayaan serta kemajuan
yang patut mereka perolehi daripada Rancangan Selangor Pertama ini.

Tuan Speaker, dalam titah Tuanku juga Baginda telah menekankan, aspek
pembelajaran dan pendidikan seperti latihan teknikal dan vokasional atau TVET. Yang
bernilai tinggi penggunaan teknologi pintar seperti artificial intelligent ataupun AI untuk
masa depan rakyat Selangor yang lebih mantap dan berjaya. Dengan adanya
pembelajaran dan program seperti ini saya percaya, perniagaan-perniagaan
kebayakannya sekarang ini menggunakan AI atau pun artificial intelligent
perindustrian, perusahaan akan lebih berjaya dan dengan adanya sistem ini teknologi
ini kita akan kita tidak mahu rakyat Selangor. Khasnya adalah muda ketinggalan dari
segi keupayaan dan prestasi mereka dalam dunia literasi yang berkembang begitu
hebat pada masa ini. Oleh itu, saya berharap kerajaan terus memberikan bantuan-
bantuan dan pembiayaan kepada institusi-institusi yang sedia ada dan membina lebih
banyak sekolah-sekolah teknikal atau TVET terutama di daerah-daerah yang
penduduknya padat seperti di Selat Klang.

Tuan Speaker Tuanku juga ada bertitah berkenaan dengan masalah air di Selangor.
Saya percaya Kerajaan Negeri telah bersungguh-sungguh, bertungkus-lumus untuk
menentukan rakyat Negeri Selangor mendapat bekalan air yang bersih dan juga tiada

95
1 MAC 2024 (JUMAAT)

gangguan atau putus bekalan air di Selangor. Saya percaya dengan Projek Skim
Jaminan Air Mentah atau SJAM rakyat Selangor akan dapat bekalan air yang cukup
dan sempurna untuk meneruskan kehidupan mereka dan saya berharap juga kerajaan
akan terus memberikan bekalan air-air percuma di bawah Skim Air Darul Ehsan atau
SADE terutama kepada sekolah-sekolah, masjid, surau dan rumah-rumah ibadah.
Kejadian gangguan bekalan air pernah berlaku di kawasan saya iaitu di Masjid Darul
Iman, Kampung Delek, Selat Klang di mana baru-baru ini kami telah mengadakan
Program Cinta Masjid. Ribuan penduduk datang ke masjid untuk mendengar tazkirah
dan juga program-program lain selama dua (2) hari. Malang sekali, dalam program
tersebut air telah putus maka program kami terganggu jadi saya berharap pihak air
Selangor dapat memastikan bahawa bekalan air kepada semua masjid dan surau-
surau akan dijaga dengan baik dan cukup supaya semua program-program di masjid
dan surau, rumah ibadah tidak akan terjejas.

Tuan Speaker, banjir juga adalah masalah besar yang mesti ditangani oleh kerajaan
terutama di kawasan-kawasan rendah yang mudah dinaiki air apabila hujan. Saya
mencadangkan untuk mengelakkan banjir terus berlaku di kawasan-kawasan
tersebut. Selain daripada Projek-Projek Tebatan Banjir yang akan dilaksanakan oleh
kerajaan dan dengan bantuan Kerajaan Pusat saya mencadangkan supaya kolam-
kolam takungan air yang sedia ada di kawasan atau pun di DUN masing-masing
dikemas kini dan dibaik pulih. Di Selat Klang umpamanya di kawasan Sungai Sireh,
ada sebuah kolak takungan air yang tidak terurus di mana rumput rampai penuh di
dalam kolam dan reka bentuk yang tidak sesuai. Dengan keadaan demografi kawasan
saya. Oleh itu saya memohon pada kerajaan melalui JPS supaya membersihkan
kolam takungan ini dan mereka bentuk semula kolam tersebut supaya nampak lebih
sempurna, indah dan untuk dipandang mata. Selain daripada itu mendalamkan lagi
kolam tersebut dan memperbaiki sistem keselamatan di kawasan kolam kerana untuk
mengelakkan daripada kaki pancing memasuki dan memancing di kawasan kolam
yang saya sebutkan tadi.

Tuan Speaker saya juga amat menjunjung kasih kepada Duli Yang Maha Mulia
Tuanku kerana mencadangkan untuk mengukuhkan lagi Inisiatif Haji Selangor. Di
mana kerajaan memberikan tajaan penuh kepada 4 orang rakyat bagi setiap daerah
yang tidak mampu untuk melaksanakan Ibadah Haji di Baitullah. Saya mencadangkan
supaya jumlah tersebut ditambah kepada 8 orang dari tiap-tiap daerah kerana kita
tahu bahawa rizab Negeri Selangor yang banyak mencukupi untuk membiayai jumlah
yang saya sebutkan tadi.

Tuan Speaker memang tidak boleh dinafikan bahawa pembangunan dalam satu
kawasan atau daerah boleh menjadi pemangkin kepada perkembangan ekonomi di
kawasan tersebut. Bagaimana pun ada kalanya boleh mendatangkan kesulitan
kepada penduduk berkenaan contohnya pembinaan ECRL, yang melalui kawasan
saya yang melalui kawasan Sungai Sireh dan juga Kampung Delek di mana 89 rumah
penduduk akan dirobohkan tidak lama lagi. Sehingga hari ini kerajaan masih lagi

96
1 MAC 2024 (JUMAAT)

belum membuat satu resolusi untuk menangani kesulitan yang akan dialami oleh
penduduk-penduduk terlibat. Pengalaman saya sebagai penasihat kepada
Jawatankuasa Bertindak Penduduk-Penduduk di Pengerang Johor di mana tanah
mereka telah diambil oleh Kerajaan Negeri Johor untuk Projek Refinery yang dikenali
sebagai Rapid Pengerang dengan kos pembinaan menceceh RM80 bilion.
Jawatankuasa bertindak penduduk Pengerang mohon kepada kerajaan seperti
berikut:

1) Kerajaan Negeri Johor memberi pampasan kepada semua tuan punya tanah
mengikut harga pasaran;
2) Membina sebuah rumah seluas 1000 kaki persegi di atas tanah berukuran 4000
kaki persegi sebagai persiapan untuk berpindah; dan
3) Memberikan kepada penduduk satu lot tanah seluas 2 ekar juga secara
percuma untuk kemudahan penduduk-penduduk terlibat bercucuk tanam

Tuan Speaker ini adalah satu contoh di Negeri Johor untuk menangani kesusahan
atau kesulitan penduduk-penduduk yang tanah mereka di ambil untuk pembangunan.
Jadi saya berharap Kerajaan Negeri Selangor. Dapat memikirkan apakah jenis
bantuan atau sokongan yang harus diberi kepada penduduk-penduduk di kawasan
saya yang rumah mereka akan di roboh tidak lama lagi.

Tuan Speaker semalam saya menerima satu surat daripada Dhaya Maju LTAT Sdn.
Bhd...

TUAN SPEAKER : Yang Berhormat.... masih panjang lagi?

Y.B. DATUK ABDUL RASHID BIN ASARI : Satu je.

TUAN SPEAKER : Masa. Ya silalah.

Y.B. DATUK ABDUL RASHID BIN ASARI : Surat ini menyatakan


bahawa, syarikat ini telah diberi kontrak oleh Kereta Api Tanah Melayu untuk menaik
taraf kemudahan infrastructure landasan kereta api berkembar elektrik di Lembah
Klang fasa 2 yang merentasi Kampung Sungai Sireh dan Kampung Delek. Sekali lagi
Tuan Speaker penduduk-penduduk di kawasan saya kampung Sungai Sireh dan
Kampung Delek akan berhadapan dengan satu lagi projek kerajaan dan saya tak
tahulah berapa rumah akan dirobohkan, siapa yang akan terlibat kerana saya belum
lagi menerima plan atau pun apa nama itu Jajaran Kereta Api tersebut. Oleh itu, saya
memohon kepada kerajaan supaya mengambil perhatian terhadap perkara ini dan
juga memberi bantuan yang sempurna sekiranya projek ini dijalankan.

Tuan speaker, itu sahaja buat masa ini saya sudahi dengan Wabillahi-Taufik-
Walhidayah dan dengan ini saya menyokong usul menjunjung kasih titah ucapan Duli

97
1 MAC 2024 (JUMAAT)

Yang Maha Mulia Sultan Tuanku Sultan Selangor di Dewan yang mulia ini. Terima
kasih Tuan Speaker.

TUAN SPEAKER : Lagi siapa yang berbahas? Meru apa? tidak ah...ye
Dengkil.
Y.B. DATUK SERI JAMIL BIN SALLEH : Terima kasih Tuan Speaker.
Assalamualaikum W.B.T. dan Salam sejahtera. Tuan Speaker pertama kali sekali
Dengkil menjunjung kasih ke atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor
di Istiadat Mesyuarat Pertama Pembukaan Persidangan Penggal Kedua Dewan
Negeri Selangor.
Titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, ini penuh dengan nasihat,
seranan serta perancangan yang menyeluruh untuk pembangunan, kemajuan,
kemasalahatan, kesejahteraan dan kemakmuran rakyat. Insha’ Allah semua seranan
nasihat serta perancangan yang telah digariskan akan diikuti dan dipatuhi. Tuan
Speaker sukacita bagi menjayakan saranan-saranan ini Dengkil ingin memfokuskan
kepada 3 perkara utama yang berkait yang pertamanya berkaitan dengan:

1) Pembangunan Hutan Warisan di Raja Selangor;


2) Selangor sebagai Destinasi Pelancongan Utama; dan
3) Kecekapan Pentadbiran di dalam Kerajaan Negeri Selangor.

Isu-isu yang lain telah pun disentuh oleh kawan-kawan saya di dalam Dewan
Undangan Negeri ini.

TUAN SPEAKER : Yang Berhormat boleh berhenti sekejap...

Y.B. DATUK SERI JAMIL BIN SALLEH : Ya..?

TUAN SPEAKER : Boleh berhenti sekejap...

Y.B. DATUK SERI JAMIL BIN SALLEH : Berhenti?

TUAN SPEAKER : Yang Berhormat berhenti sekejap. Sekejap ya..Saya


jemput Yang Berhormat..Yang Berhormat Sekinchan untuk bawa usul.

Y.B. DATO’ NG SUEE LIM : Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat
sekalian saya ingin membawa satu usul yang berbunyi seperti berikut bahawasanya
dewan yang bersidang pada hari ini mengikut peraturan 11 dan 26 (4) dalam
Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor hendaklah disambung sehingga jam 6.45
petang.

Y.B. PUAN JAMALIAH BINTI JAMALUDDIN : Tuan Speaker, saya


menyokong.

98
1 MAC 2024 (JUMAAT)

TUAN SPEAKER : Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian usul ini telah pun
disokong...saya kemukakan untuk mendapat persetujuan...Ahli-Ahli Yang Berhormat
yang bersetuju sila kata ya...Ahli-Ahli Yang Berhormat yang tidak setuju sila kata tidak.

Usul ini dipersetujui.


Saya jemput Dengkil untuk sambung.

Y.B. DATUK SERI JAMIL BIN SALLEH : Yang pertamanya berkaitan


dengan Pembangunan Hutan Warisan Diraja Selangor. Seperti, yang kita
dimaklumkan permohonan Hutan Warisan Diraja Selangor ini melibatkan kawasan
seluas 108000 hektar meliputi 26 Hutan Simpan Kekal jadi, Hutan Simpan yang
terdapat itu adalah di Hulu Selangor, Hulu Langat dan juga Hulu Gombak yang telah
diisytiharkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada 28 November 2023.
Pengisytiharan ini selaras dengan titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang
mahu menjadikan satu kawasan hutan, yang mencakupi aspek konservasi
penyelidikan, pendidikan, rekreasi, eko-pelancongan dan sebagainya. Oleh itu,
Pembangunan Hutan Warisan Diraja Selangor ini adalah amat baik dan amanat ini
harus dijaga dengan penuh tanggungjawab dan integriti. Tuan Speaker Dengkil amat
berharap agar penguatkuasaan terhadap pemuliharaan hutan simpan ini dapat
dilaksanakan sebaiknya bagi mengelakkan pencerobohan serta penerokaan haram
yang akan membinasakan program ini. Ini akan menggagalkan program baik yang
telah di ilhamkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor ia adalah amat penting
kerana ia akan diwariskan kepada generasi yang akan datang.

Yang kedua Selangor sebagai destinasi pelancongan utama. Ini adalah satu cara
untuk mempertingkatkan pendapatan Negeri Selangor dan yang berimpak tinggi dan
projek ini merupakan program berimpak tinggi. Selangor menyasarkan 7 juta
pelancong tempatan dan luar negara. Sempena Tahun Melawat Selangor tahun 2025
berdasarkan ini saya berdasarkan petikan ucapan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan
Tempatan dan Pelancongan Selangor yang juga ADN Sekinchan pada 19 Februari
2024. Untuk itu, saya berharap Kerajaan Selangor dapat mempelajari bagaimana
negeri-negeri seperti Sabah, Sarawak, Melaka dan Pulau Pinang dan Johor. Dapat
mencapai sasaran yang lebih tinggi kedatangan pelancong ke negeri-negeri tersebut
melalui pelbagai promosi dan produk pelancongan yang dibuat. Dengkil tidak mahu
Selangor ketinggalan dalam aspek program pelancongan ini. Dibandingkan dengan
negeri-negeri yang disebut di atas tadi, Selangor merupakan pintu masuk utama
negara dan usaha mempromosikan Selangor sebagai tempat pelancongan utama di
Malaysia adalah sangat diharapkan. Tuan Speaker Selangor mempunyai segala-
galanya, Selangor mempunyai lokasi yang terbaik, segala kemudahan pengangkutan
berpusat di Negeri Selangor. Malah Lapangan Terbang KLIA juga terletak di Sepang,
Selangor ia juga merupakan pusat untuk segala Pentadbiran Kerajaan dan pusat-
pusat perniagaan terkenal berada di sekitar Selangor. Terdapat banyak kemudahan
penginapan yang mencukupi untuk pelancong-pelancong menginap. Banyak tempat-
tempat yang boleh dijadikan tempat tarikan pelancong contohnya sepang khususnya

99
1 MAC 2024 (JUMAAT)

di Dengkil dulu ya, sebab terdapat banyak tasik-tasik lombong yang terbiar yang
berpotensi untuk dibangunkan dan lokasi yang paling dekat dengan semua bandar
utama. Iaitu Dengkil mempunyai bandar-bandar utama berhampirannya seperti
Cyberjaya, Kuala Lumpur dan juga bandar-bandar lain yang mempunyai pelbagai
fasiliti yang terbaik. Yang kedua kalau kita lihat di Kuala Langat kita terdapat Pantai
Morib. Pantai Morib perlu dinaik taraf. Dengan pelbagai kemudahan untuk menjadi
pusat peranginan Pantai yang menarik. Sekarang ni memang ketinggalan ya, daif
tempatnya. Begitu juga Klang. Klang kalau kita lihat Pulau Ketam, salah satu pulau
yang menjadi, boleh menjadi daya penarik untuk pelancong-pelancong datang. Kita
juga ada Istana Raja dan juga tempat-tempat bersejarah yang perlu diselenggara dan
dipromosikan untuk lawatan. Kemudian di Hulu Langat, kita ada tempat perkelahan
dan perkhemahan yang terkenal seperti Pangsun, Sungai Congkak dan beberapa lagi
destinasi di persekitaran yang perlu dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk
penginapan dan juga berekreasi. Di Hulu Selangor kita ada Bukit Fraser, satu tempat
peranginan di atas bukit juga telah sunyi dan sepi tempat tersebut. Kita ada kampung-
kampung Orang Asli. Yang terdapat banyak adat istiadat kebudayaan yang boleh
dipromosikan. Dan akhirnya kalau kita lihat di utara Selangor ni di Sekinchan ya,
tempat kawan baik saya ni. EXCO Pelancongan terdapat banyak bendang dan sawah
padi yang boleh dijadikan tempat lawatan pelancongan. Untuk itu, Dengkil berharap
Kerajaan Selangor melalui TDC memberi publisiti yang meluas tentang Selangor
sebagai tempat yang menarik melalui media sosial, program-program, produk
pelancongan Selangor di seluruh negara dan juga di peringkat antarabangsa.

Seterusnya, mengenalpasti dan memperkenalkan produk-produk baru pelancongan


yang boleh diperkembangkan secara berperingkat, seperti tempat-tempat tarikan
pelancongan yang baru. Di samping itu, makanan-makanan tempatan, hasil-hasil
kraftangan, kepelbagaian budaya, menghidupkan kembali sukan-sukan rakyat,
seperti gasing, laying-layang dan sebagainya. Akhir sekali saya berharap Kerajaan
Negeri Selangor dengan kepimpinan dan kebijaksanaan EXCO, EXCO Kerajaan
Tempatan dan Pelancongan yang juga ADN Sekinchan untuk menjadikan KPI supaya
Selangor menjadi destinasi pelancongan yang utama di negara ini. Setakat ini
promosi banyak di Sekinchan. Kalau saya lihat banyak di Sekinchan Sahaja, melalui
Tik Tok yang saya lihat tak pergi meluas di seluruh Selangor. Jadi saya berharap
EXCO Pelancongan untuk turun ke Dengkil dulu. Saya akan bawa ke tempat-tempat
yang boleh dijadikan pusat-pusat pelancongan baharu.

Yang ketiga ialah berkaitan dengan kecekapan pentadbiran Kerajaan. Antara perkara
yang disentuh oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, adalah berkaitan
pentadbiran yang berintegriti, berwawasan dan efisien. Serta kekal memberikan
perkhidmatan yang terbaik sesuai dengan Pembangunan pesat yang dicapai hari ini.
Saranan ini perlu dititikberatkan dan boleh diperolehi melalui pengukuhan
perkhidmatan awam yang sedia ada. Antaranya menyediakan satu ekosistem yang
membantu dalam urusan perkhidmatan. Contohnya, pengukuhan system komunikasi
dan teknologi maklumat yang lebih berdaya saing dan cekap. Menyediakan prasarana

100
1 MAC 2024 (JUMAAT)

yang bersesuaian dan mencukupi untuk keperluan. Yang ketiganya menyediakan


latihan berterusan bagi meningkatkan pengetahuan yang selari dengan bidang tugas
yang dilaksanakan. World class knowledge, dengan izin. Yang keempat perlu ada
koordinasi dan perkongsian maklumat antara agensi yang lebih cekap dan efisien.
Yang kelima, selain itu kita perlu menanamkan sikap budaya penyayang, caring
society, dengan izin, dan suka membantu diri serta budaya kerja yang terbaik. Dan
juga akhirmya memberi penekanan terhadap integriti dan bersikap amanah dalam
menjalankan tugas bagi mengelakkan isu yang berterusan. Kita selalu sebut isu
sakau. Jadi saya berharap perkara ini tidak berterusan berlaku ya.

Walaupun berbagai perubahan dan janji telah dibuat oleh Kerajaan Selangor kepada
rakyat Selangor, kita lihat tanpa sokongan dan kerjasama pegawai dan kakitangan
Kerajaan dalam pelbagai agensi matlamat untuk menjadikan negeri termaju di
Malaysia tidak akan tercapai. Seterusnya Tuan Speaker, Dengkil ingin mendapatkan
penjelasan yang akhir sekali tentang 8 bentuk program iltizam Selangor Penyayang
(ISP) yang masih tidak mencapai matlamatnya. Kita sedia maklum penduduk
Selangor masa kini lebih kurang 7.2 juta. Kalau 10% sahaja diambil kira di bawah
B40, kita ada 720 ribu orang. Tetapi ada 8 bentuk bantuan yang dijanjikan ini saya
rasa amat sedih ya kerana saya ada maklumat yang terkini yang diberi oleh apa itu,
jawapan bertulis kepada saya. Ada 8 program iaitu BINGKAS, Skim Mesra, Iltizam
Anak Selangor, Skim Peduli Sihat, TUNAS, Asuh Pintar Selangor, Iltizam Mahasiswa
Selangor dan Bantuan Pusat Tuisyen Rakyat Selangor. Daripada 8 ini, ada 4 yang
masih tidak ada tindakan diambil sehingga kini. Yang pertamanya, Skim Peduli Sihat,
tiada maklumat terkini sehingga sekarang. Yang kedua,TUNAS. Belum dilaksanakan.
Sedangkan pada tahun 2022 dan 2023 tindakan telah diambil walaupun jumlahnya
kecil. Kemudia, Iltizam Mahasiswa Selangor, tiada maklumat terkini dan yang keempat
Bantuan Pusat Tuisyen Selangor. Juga tiada maklumat terkini

Jadi saya berharap pihak Kerajaan Negeri dapat memberikan maklumat terkini
mengapa program-program ini tidak diteruskan walaupun telah dijanjikan dalam
pilihanraya sebelum ini. Itu sahaja daripada saya. Saya dengan ini ucapkan ribuan
terima kasih kepada Tuan Speaker dan saya dengan ini berterima kasih menyokong
Usul yang telah dibuat. Menjunjung kasih ke atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia
Sultan Selangor.

TUAN SPEAKER : Sokong ya? Terima kasih. Ya, Sijangkang?

Y.B. DATO’ DR. AHMAD YUNUS BIN HAIRI : Terima kasih Tuan Speaker.
Assalamualaikum W.B.T. Pertamanya saya ingin mengambil kesempatan dan
merakamkan ucapan menjunjung kasih Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan
Selangor di atas. Titah Ucapan di dalam Istiadat Mesyuarat Pertama Persidangan
Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor pada kali ini. Saya juga mengambil
kesempatan di sini untuk mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri terutamanya
penjawat-penjawat awam yang menjadi pemangkin yang utama memainkan peranan

101
1 MAC 2024 (JUMAAT)

untuk merealisasikan sehingga reserve Negeri Selangor mencapai lebih daripada 3.5
bilion ataupun RM3,561 juta sepertimana yang dimaklumkan. Dan saya kira ini bukan
pertama kali reserve di Negeri Selangor melebihi 3.5 bilion. Kalau kita melihat kepada
titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku ingatan Tuanku hasil negeri perlu diurus
dengan baik dan dibelanjakan untuk kemakmuran dan kesejahteraan rakyat Negeri
Selangor. Dan saya kira secara konsesnya kesemua Ahli-ahli Yang Berhormat
bersetuju bahawa dengan kekuatan ataupun kekuatan Negeri Selangor, dengan
reserve yang begitu tinggi. Bukan kita nak berbangga dengan reserve yang begitu
tinggi, bagaimana kita dapat mengagihkan kekuatan kewangan ini yang akhirnya
dapat kita merealisasikan kemakmuran dan kesejahteraan Negeri Selangor. Ada
beberapa perkara yang saya nak sentuh dalam ucapan saya berkaitan kawasan saya
terutamanya dan juga di Kuala Langat. Sepertimana kita sedia maklum antara yang
akan menjana memastikan ekonomi Selangor lebih kukuh dan berdaya saing adalah
yang disebutkan yang telah dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku, adalah
Rancangan Selangor Pertama. Yang mana saya kira 2 agenda yang cukup besar
yang ada di Kuala Langat, yang akan diadakan di Kuala Langat adalah berkaitan
Pembangunan bersepadu Selangor ataupun IDRISS dan juga Pelabuhan Carey. Apa
yang saya suka sentuh di sini adalah dengan adanya Pembangunan ini kita
mengharapkan yang Kuala Langat ini disebut sebagai Kuala Langat, Klang Valley 2.
Dan kita kira rancak Pembangunan industri-industri ini, tetapi kita tidak mahu
menghilangkan keyakinan. Daripada pelabur-pelabur terutamanya daripada luar
ataupun pelabur tempatan. Apabila saya kira isu yang paling penting pada hari ini
adalah berkaitan Pembangunan ataupun infrastruktur di Kuala Langat. Termasuklah
infrastruktur jalan, infrastruktur parit dan juga saliran, infrastruktur jaringan internet
yang saya kira masih lagi kita masih lagi ketinggalan. Kalau saya nak sebutkan soal
jalan raya. Kalau jalan raya di peringkat FT5 ataupun Jalan Persekutuan itulah,
keadaannya beribu-ribu tambalan yang saya kira ia cukup memberikan kesan kepada
pengguna-pengguna jalan raya. Tapi saya nak tumpukan bahawa pentingnya
Kerajaan Negeri Selangor hari ini, untuk melihat bagaimana jalan raya di peringkat
negeri ini harus juga dipertingkatkan. Hari ini isu kesesakan di Kuala Langat menjadi
isu yang sangat besar. Beberapa jalan yang saya kira perlu diambil kira dan juga
diberikan perhatian yang besar dan ada projek-projek untuk dinaiktaraf. Jalan
Sijangkang Utama, Jalan Utama Kampung Sri Cheding B60, Jalan Utama Batu 9
Kebun Baru B129, Jalan Utama Jenjarom B126, Jalan Sungai Rambai Batu 10 Gong
Baru B130, Jalan Bandar Lama ke Pulau Carey ini adalah jalan yang saya kira sangat
penting apabila kita bangunkan Kuala Langat atas dasar pembangunan yang cukup
rancak dan begitu juga dengan Pelabuhan. Pelabuhan Carey yang kita akan
bangunkan. Hari ini pun saya boleh katakan bahawa pengguna-pengguna Jalan
Bandar Lama yang menghala ke Pulau Carey ini cukup kecewa dengan keadaan jalan
yang saya kira mereka ini seperti igauan di siang hari. Waktu siangnya terlalu padat
dan terlalu memberikan kesan kepada kesesakkan. Jadi saya kira ini harus diambil
perhatian oleh Kerajaan Negeri begitu juga dengan sistem saliran, banjir yang saya
sebutkan tempoh hari. Yang ada Kawasan yang seolah-olah bila hujan lebat tenang,
air yang tidak selesai ataupun tidak surut bukan saja sehari, dua hari tetapi makan

102
1 MAC 2024 (JUMAAT)

masa berbulan lamanya. Dan yang kedua saya ingin sebutkan di sini adalah berkaitan
dengan program Mesra Rakyat ataupun Iltizam Selangor Penyayang 2024. Saya
masih lagi menunggu jawapan secara bertulis yang saya hantar pada sesi yang lepas.
Sepuluh soalan, 9 soalan saya dapat jawapan, 1 soalan saya tidak dapat jawapan
lagi. Iaitu saya tanyakan berkaitan dengan status program Selangor Penyayang
ataupun Mesra Selangor. Tadi disebutkan oleh Dengkil beberapa program yang saya
kira tidak nampak macam bergerak, dan saya juga lihat status daripada program-
program yang sebelum ini dalam soalan saya sebelum pilihanraya dulu, banyak
program-program yang saya kira, dia tidaklah serancak apa yang kita harapkan. Saya
masih mengharapkan walaupun saya sudah berada di Penggal Keempat, dengan
nama-nama yang cukup berbeza daripada program Merakyatkan Ekonomi Negeri
Selangor. Program Peduli Rakyat dan hari ini Iltizam Selangor Penyayang, saya
mahukan apakah program-program yang masih lagi berjalan, yang kita boleh bantu
kepada rakyat? Sebab saya lihat hari ini rakyat masih datang lagi ke pejabat saya
untuk mendapatkan bantuan-bantuan daripada sudut memudahkan memudah cara
program-program ini supaya akhirnya mereka mendapat manfaat dan walaupun kita
tidak di peringkat pembangkang ini kita tidak bersama-sama atau tidak dibenarkan
untuk terlibat dalam program-program Selangor Penyayang ini, tetapi saya kira ianya
cukup memberikan kesan kepada rakyat di bawah sana. Sebahagiannya datang ke
pejabat saya dan kita cuba bantu dan kita cuba salurkan kepada agensi-agensi
tertentu samada pejabat daerah dan sebagainya tetapi malangnya ia jugak tidak
mampak menyelesaikan masalah yang mereka perlu selesaikan. Saya telah
mendapat satu notis berkaitan dengan Skim Mesra 2024, yang mana notis itu
menyebutkan bahawa program-program yang berkaitan dengan manfaat inisiatif
Kerajaan Negeri Selangor seperti Skim Mesra Usia Emas, Skim Mesra Insan
Istimewa, BINGKAS, Iltizam, Selangor Sihat dan sebagainya perlulah diuruskan atau
pun di disalurkan kepada penyelaras Parlimen Kuala Langat. Malangnya apabila
mereka sampai ke sana, mereka juga tidak dapat diterima ataupun tidak dapat
dibantu. Sebahagian daripada mereka datang dengan menggunakan Grab. Dan
mereka ini adalah orang yang susah, yang perlu dibantu. Tetapi ia tidak dapat
berjalan dengan baik atau mungkin ada beberapa kes yang saya sendiri mengarahkan
kepada staff saya untuk bantu. Kalau borang tu dah siap walaupun ada
sebahagiannya menggunakan online dan sebagainya, ada yang perlu dihantar secara
fizikal, saya mengarahkan staff saya untuk dihantar sebagai contoh ke pejabat
YAWAS dan sebagainya. Ini tidak seharusnya berlaku.

Kemudian saya nak bawa juga isu berkaitan dengan Projek Ladang Cendawan
Sijangkang. Program yang sepatutnya untuk memberdayakan asnaf dan B40 di
bawah HIJRAH. Dan saya dimaklumkan bukan hanya sahaja di Sijangkang, tetapi
berada di beberapa kawasan-kawasan yang lain di Negeri Selangor. Saya
dimaklumkan ada 120 orang peserta. Pemberi pinjamannya adalah di bawah HIJRAH
RM26,000 dalam bentuk rumah cendawan dan bongkah cendawan dan juga RM1,000
diberikan kepada peserta-peserta untuk tujuan belian barang keperluan. Saya nak
minta penjelasan apakah syarikat, yang menguruskan ini? Kerana pada hari ini saya

103
1 MAC 2024 (JUMAAT)

melihat bahawa ianya seperti gajah putih ataupun tidak dapat dijalankan ataupun tidak
dapat diteruskan. Kerana ianya juga ada MOU dengan HIJRAH. Saya nak (kita nak)
mereka juga bertanya kepada saya bagaimana dengan pinjaman ini. Sejumlah
RM27,000/RM26,000 kepada untuk urusan ladang ini, adakah mereka kena
pulangkan? Ataupun macam mana? Dah lah mereka susah, kemudian dibebani.
Dengan keadaan ini yang saya dikatakan pada peringkat awalnya betul. Hampir 100
(kadang-kadang hampir 100 kilo sehari dapat dijual. Tetapi pada satu ketika selepas
itu dia tidak begitu disebabkan oleh kegagalan untuk menjual (syarikat itu tidak dapat
menjual) dan peserta-peserta pula disalahkan. Dan dalam masa tujuh bulan sahaja,
pendapatan mereka akhirnya yang dijangkakan boleh mendapat pendapatan lebih
daripada RM1,000 hanya tinggal RM200 dan sebagainya. Sebahagiannya pada hari
ini sudah keluar daripada menjadi peserta ini dan saya lihat ladang ini sudah gagal.
Saya minta, mohon supaya diberikan respon oleh Kerajaan Negeri.

Kemudian saya nak sebut berkaitan dengan pengurusan sampah. Saya kira pada
awal tahun ini, ada satu notis daripada KDEB Waste Management (notis pemakluman
penting perubahan sementara tapak pelupusan sisa pepejal) yang dihentikan
disebabkan oleh sistem jalan raya yang teruk, yang berlopak-lopak, yang tidak boleh
dilalui oleh kompaktor-kompaktor dan mereka ini diarahkan untuk menghantar sisa
pepejal ke Tapak Pelupusan Sisa Jeram (Jeram Sanitary Landfield) yang terletak di
Taman Sri 12 Kapar Selangor. Dan kawasan yang akan terkesan adalah Shah Alam,
Petaling Jaya, Subang Jaya, Ampang Jaya, Kuala Langat, Kajang dan juga Sepang.
Dan saya dimaklumkan oleh KDEB Waste Management sendiri, banyak kompaktor-
kompaktor yang rosak. Dan saya kira ini adalah salah satu bentuk kegagalan
pengurusan jalan yang tidak dapat dilakukan dengan sebaik mungkin. Saya kira
Kerajaan Negeri ataupun Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab sudah tentu tahu
apa yang akan berlaku terutamanya pada musim hujan yang mana akhirnya jalan-
jalan ini akan rosak dan tidak boleh dilalui. Dan saya lihat ada beberapa jentera berat
itu

TUAN SPEAKER : Yang Berhormat, jaga masa ya.

Y.B. DATO’ DR. AHMAD YUNUS BIN HAIRI : Ok. Yang sepatutnya dapat
menguruskan tetapi tidak dapat diuruskan dengan sebaiknya. Saya melawat kawasan
ini dan saya kira ianya sepatutnya tidak berlaku dan saya harapkan saya nak dapat
juga respons apakah tindakan-tindakan yang akan dilakukan oleh Kerajaan Negeri
selepas ini. Kemudian, saya nak juga menyentuh berkaitan untuk terakhir ya.

TUAN SPEAKER : Terakhir ya? Terakhir. Jangan panjang sangat.


Ringkaskan.

Y.B. DATO’ DR. AHMAD YUNUS BIN HAIRI : Mana saya nak ambil yang
terakhir ni?

104
1 MAC 2024 (JUMAAT)

TUAN SPEAKER : Isu apa tu?

Y.B. DATO’ DR. AHMAD YUNUS BIN HAIRI : Yang terakhir saya nak
mengambil isu berkaitan dengan (saya ucap tahniah kepada Kerajaan) satu Garis
Panduan Pengurusan Kewangan, Perolehan dan Aset Masjid dan Surau Negeri
Selangor Tahun 2023 berkuat kuasa 1 Januari 2024. Dan ini salah satu garis panduan
saya kira yang cukup baik bagaimana masjid dan surau dapat menguruskan
kewangan. Tapi saya juga maklum bahawa masjid dan surau ini mempunyai tanah-
tanah wakaf sebahagiannya telah diwakafkan kepada Perbadanan Wakaf Negeri
Selangor, sebahagiannya tidak lagi. Dan saya harapkan pengurusan ini juga dapat
diuruskan dengan cukup baik. Kerana ia akan memberikan impak yang baik juga
daripada sudut pendapatan kepada Negeri Selangor kepada Perbadanan Wakaf dan
juga kepada masjid-masjid.

Saya masih melihat bahawa pada tahun 2016, satu usul penyata PAC telah
dibentangkan dan saya kira daripada penyata itu juga, antara syor daripada PAC
adalah supaya Perbadanan Wakaf ini, diberikan peruntukan buat pengurusan khas
tahunan daripada kerajaan Pihak Berkuasa Negeri. Supaya dia dapat menguruskan
dengan baik walaupun Perbadanan Wakaf Selangor ini mendapat suntikan RM2juta
setiap tahun untuk pengurusan mereka. Tetapi saya juga melihat bagaimana mungkin
ada geran-geran yang boleh diberikan kepada Perbadanan Wakaf untuk memajukan
tanah-tanah ini. Yang kita tahu bahawa jumlah aset Perbadanan Wakaf saya kira
cukup besar (ratusan juta ringgit)

TUAN SPEAKER : Yang Berhormat.

Y.B. DATO’ DR. AHMAD YUNUS BIN HAIRI : dan ini harus dibangunkan
supaya ia dapat memberikan pulangan yang lebih baik, kepada tanah-tanah wakaf ini.
Jadi untuk yang terakhir sebagai pertanyaan Tuan Speaker.

TUAN SPEAKER : Pertanyaanlah. Tidak boleh melebihi 40 patah


perkataanlah.

Y.B. DATO’ DR. AHMAD YUNUS BIN HAIRI : Ok. Saya nak bertanya
kepada Kerajaan Negeri, Apakah kesan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam
kes Nik Elin Zurina binti Abdul Rashid dan Tengku Yasmin Natasha binti Tengku Abdul
Rahman lawan Kerajaan Kelantan terhadap, Peruntukan Enakmen Jenayah Syariah
Negeri Selangor 1995 dan terhadap bidang kuasa jenayah syariah Mahkamah
Syariah di Negeri Selangor? Dan apakah usaha dan tindakan Kerajaan Negeri dalam
memperkasakan bidang kuasa undang-undang dan institusi yang berkaitan dalam
pentadbiran keadilan jenayah syariah di Negeri Selangor? Jadi Tuan Speaker.

TUAN SPEAKER : Ya.

105
1 MAC 2024 (JUMAAT)

Y.B. DATO’ DR. AHMAD YUNUS BIN HAIRI : Walaupun masa sangat
terbatas, saya kira walaupun ada beberapa perkara lagi, saya ucapkan terima kasih
di atas kesempatan masa yang diberikan kepada saya. Terima kasih.

TUAN SPEAKER : Terima kasih. Ya? Ya, Bukit Lanjan. Saya bagi Bukit
Lanjanlah.

Y.B. PUAN PUA PEI LING : Terima kasih Tuan Speaker. Tuan Speaker
dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, salam sejahtera dan salam Kita Selangor
untuk semua. Saya rasa syukur dan terima kasih kerana diberi peluang untuk
menzahirkan ucapan menjunjung kasih titah diraja sempena pada sesi Mesyuarat
Pembukaan Persidangan Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Ke-15 Tahun
2024.

Saya menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang menyarankan
semua wakil rakyat untuk bekerja keras dengan penuh integriti dan tanggungjawab
demi mempertahankan kebajikan rakyat jelata dan kemakmuran bumi Selangor. Saya
percaya dengan iltizam yang kuat dan sikap bertanggungjawab yang tinggi antara kita
didampingi bersama dengan polisi-polisi Kerajaan Negeri yang membina lagi prihatin,
kita mampu mempertahankan Selangor di persada dunia. Saya menjunjung saranan
Duli Yang Maha Tuanku yang menggalakkan penjawat awam negeri untuk
mengurangkan birokrasi dan mengenakan sense of urgency (dengan izin) bagi
menghulurkan bantuan kepada rakyat. Satu isu yang saya memberi perhatian adalah
keadaan jalan raya dan isu-isu yang melibatkan keselamatan penduduk walaupun
gambaran luas agak kecil namun isu-isu seperti lubang jalan raya, jalan tidak rata,
ketiadaan lampu jalan, kerosakan lampu isyarat dan lain-lain juga merupakan sense
of urgency (dengan izin). Bagi DUN Bukit Lanjan, isu kesesakan jalan yang kerap
berlaku akibat daripada kerosakan jalan seperti di sekitar Desa Aman Puri dan
kejadian banjir akibat daripada keperluan naik taraf longkang monsoon drain (dengan
izin) ataupun sungai di sekitar Taman Wangsa Permai dan Kampung Desa Aman
yang memerlukan perhatian Kerajaan Negeri Selangor.

Tuan Speaker, Saya menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku yang
menegaskan berhubung penjagaan hutan di Negeri Selangor. Hutan merupakan
khazanah kita di Selangor. Saya menyambut baik gabungan beberapa buah hutan
simpan kekal yang meliputi 108,000 hektar. Saya harapkan lebih banyak koridor
ekologi sedemikian diwujudkan. Bukan itu sahaja, koridor ini yang menjaminkan
kestabilan alam sekitar, kepelbagaian biodiversiti dipelihara dan diwartakan, aliran
masuk pembangunan infra. Kita harus melemahkan tujuan kewujudan koridor ini.
Bicara tentang biodiversiti, saya ingin memetik sebuah ungkapan roman yang
mengatakan dengan izin the burden is falling on those who did the least to cause the
problem bermaksud golongan yang menerima kesan yang paling banyak adalah
mereka yang kurang ataupun tidak pernah berbuat apa-apa yang menyebabkan
masalah itu. Hal ini sering berlaku disebabkan pembangunan yang tidak terancang

106
1 MAC 2024 (JUMAAT)

yang menyebabkan penduduk kehilangan tempat tinggal dan kehilangan khazanah


alam dan yang penting membuka ruang untuk bencana alam. Negeri kita harus
mempunyai projek tadahan yang lebih dan berkemampuan untuk menampung
taburan hujan yang tinggi pada masa ini. Hal ini hanya mampu untuk menjadi
kenyataan jika hutan semula jadi kita dikekalkan dan aktiviti pembalakan dikawal selia.
Kawasan tanah yang terdedah kepada hujan akan menyebabkan hakisan tanah dan
yang mana-mana tanah ini akhirnya akan termendap dalam saliran sungai dan laluan
air longkang dan seterusnya memburukkan keadaan sewaktu banjir. Tambahan pula
negara kini sedang berhadapan dengan fenomena pemanasan global ataupun
dikenali sebagai El Nino yang sedang berlaku. Menurut satu kajian daripada Syahrina
Abdul Halim (Penyelidik UKM) antara benua yang akan merasai impak terbesar
dikalangan benua berpendapatan sederhana adalah Asia Tenggara. Merujuk kepada
sebuah artikel portal penebangan hutan memburukkan kemarau menjadikan El Nino
ini lebih memudaratkan. Saya mengambil kesempatan ini untuk memohon kepada
Kerajaan Negeri untuk memberi insentif kepada rider e-hailing (dengan izin) di
Selangor yang terpaksa mencari nafkah mengharungi panas yang keterlaluan.
Menurut kajian Donald El 1984, suhu yang tinggi semasa gelombang haba
meningkatkan risiko keletihan haba dan strok haba. Sumbangan Kerajaan Negeri
yang memberikan sedikit peruntukan yang membolehkan mereka menjaga hidrasi
dengan minuman penggantian elektronik adalah salah satu usaha ataupun satu titik
penghargaan bagi usaha mereka dalam merancakkan ekonomi negeri.

Tuan Speaker, kita harus sentiasa mengambil iktibar dan bersiap siaga mendepani
apa jua cabaran yang pada masa akan datang. Sebagai contohnya, pasca pandemik
yang telah menyebabkan pengangguran yang tinggi di negara kita sehingga
mencecah 700,000 orang. Kerajaan Negeri menerusi inisiatif Selangor Kerjaya
sentiasa menyemak golongan muda di dalam sanubari dengan mempromosikan
peluang pekerjaan di samping menganjurkan pameran-pameran kerjaya yang
memberangsangkan. Harapan saya pada Kerajaan Negeri adalah bagi mewujudkan
lebih banyak kursus-kursus pendek ataupun bengkel kerjaya berkaitan dengan AI
(dengan izin) broke change, cloud storage ataupun skop digitalisasi dan sosial media
bagi meningkatkan keboleh pasaran golongan muda di Selangor. Menurut kajian
Harvard Business Reveal pada Oktober 2023, potensi kecerdasan buatan AI ni bakal
melonjak melibatkan pelbagai bidang termasuk dengan industri kreatif, makmal
penyelidikan, usaha kreatif dan pemacu inovasi program. Maka adalah penting bagi
Kerajaan Negeri segera untuk memacu ke arah ini dan menyediakan tenaga mahir
kita. Dan tidak lupa juga Kerajaan Selangor harus memainkan peranan yang penting
bagi Persidangan Asean Tahun 2025 yang Malaysia akan menjadi tuan rumah.

Tuan Speaker yang dihormati, minggu depan pada tarikh 8 Mac kita akan menyambut
Hari Wanita Sedunia. Wanita memainkan peranan yang penting bukan sahaja dalam
keluarga malah juga pada institusi negara. Wanita mampu melakukan apa sahaja
dengan iltizam dan semangat yang kuat. Seangkatan dengan itu, penglibatan
golongan wanita dalam urusan pemerintahan atasan dan pengoperasian harus

107
1 MAC 2024 (JUMAAT)

dipupuk oleh Kerajaan Negeri. Kerajaan Selangor memelopori usaha


memperkasakan golongan wanita melalui kewujudan Wanita Budaya Selangor telah
membimbing dan membantu ribuan golongan wanita di Selangor menerusi dengan
Pusat Wanita Berdaya yang digerakkan ke seluruh 56 DUN. Saya mengharapkan
pihak Wanita Berdaya Selangor juga akan menumpukan golongan perempuan muda
sebagai target group dengan izin bagi mengaplikasi intervensi dan menerapkan tahap
kepimpinan. Hal ini adalah bagi memudahkan mereka memilih jalan kehidupan
semasa mencapai usia remaja dewasa.

Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Dewan sekalian, sebagai penutup saya diingatkan
tentang tanggungjawab yang besar yang kita miliki sebagai wakil rakyat untuk
mewakili pengundi kita dan bekerja untuk kepentingan terbaik mereka. Itulah sebab
Ahli-Ahli Yang Berhormat berada dalam Dewan yang mulia ini pada hari ini. Haruslah
kita ingat bahawa kita adalah sebahagian daripada satu naungan SELANGOR, hanya
melalui kerjasama dan usaha bersama barulah kita dapat membuat ataupun
membawa satu kemajuan yang sebenar dan membawa satu perubahan positif untuk
penduduk Selangor yang kita cintai. Ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat
Dato’ Menteri Besar dan barisan EXCO sekalian dan semua ahli-Ahli Dewan Negeri
Selangor. Saya mengakhiri ucapan saya dengan ungkapan pantun. Ada masa lagi
saya boleh pantun sikit.

Salam Kemaafan Saya Hulurkan,


Semoga Kemesraan Terus Berpanjangan,
Cadangan Diberi Harap Dimakbulkan,
Semoga Selangor Mendapat Keberkatan.

Tuan Speaker, Bukit Lanjan dengan ini menyokong usul Titah Duli Yang Maha Mulia
Sultan Selangor. Sekian, terima kasih.

TUAN SPEAKER : Bukit Melawati.

Y.B. DATO’ NOORAZLEY BIN YAHYA : Assalamualaikum W.B.T. Salam


sejahtera, salam Bukit Melawati keluarga kita. Yang Berhormat Speaker, pertama
sekali saya berdiri hari ini bagi mewakili rakyat Bukit Melawati. Dan melaksanakan
tanggungjawab sebagai Ahli Dewan Negeri Selangor, untuk mengambil bahagian
dalam Perbahasan Usul Menyembah Ucapan Terima Kasih, Serta Menjunjung Kasih
Ke Atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor sempena Istiadat
Pembukaan Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor yang lalu. Saya ingin merafak
sembah dan mengucapkan terima kasih ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku
Sultan Selangor, atas kesudian dan keberkatan baginda merasmikan Istiadat
Pembukaan Persidangan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Selangor Yang
Ke-15. Menyegerakan pewartaan Taman Alam Kuala Selangor sebagai hutan simpan
kekal. Yang Berhormat Speaker kita tahu bahawa Kerajaan Negeri Selangor telah
menyatakan komitmen dalam memperkasakan sumber hutan negeri melalui program

108
1 MAC 2024 (JUMAAT)

pemuliharaan dan pemeliharaan kawasan hutan, laut, paya dan pesisir pantai.
Namun apa yang berlaku pewartaan kawasan Taman Alam Kuala Selangor seluas
292.18 hektar yang telah diluluskan oleh Majlis Kerajaan Negeri Selangor pada tahun
2018 dengan nama Hutan Simpan Melawati masih lagi berstatus dalam proses.
Sejarah Taman Alam Kuala Selangor bermula dari sebuah kawasan paya bakau yang
sihat sejak 1940-an sehinggalah kawasan itu dibersihkan untuk penghasilan garam
laut pada tahun 1970-an. Projek berkenaan tidak berjaya. Dan takdir yang akhirnya
menjadi tempat persinggahan burung yang berhijrah. Pada tahun 1967, Taman Alam
Kuala Selangor diberikan status rizab alam semula jadi untuk tujuan pemuliharaan
dan pelancongan. Taman Alam Kuala Selangor dan Pantai Barat, Semenanjung
Tanah Melayu merupakan kawasan dalam rangkaian laluan Burung Hijrah Asia Timur
Australia. Taman Alam Kuala Selangor juga menjadi tempat persinggahan penting
kepada 50juta burung air yang berhijrah dan dalam 47% antara mereka dalam
keadaan terancam. Pada tahun antara bulan Oktober hingga April, beribu-ribu burung
hijrah singgah di Taman Alam Kuala Selangor. Dari aspek alam semula jadi, Hutan
Melawati ini sangat penting kerana ada sejenis lotong kelabu. Yang unik di Kuala
Selangor lotong kelabu ini hanya terdapat di Taman Alam Kuala Selangor. Antara
keunikan spesies ini termasuk mengenai habitatnya dan kajian yang diberikan dengan
haiwan ini masih belum menjadi arus perdana. Kelebihan ini menjadikan Hutan Alam
Kuala Selangor antara yang terpenting di dunia. Justeru, program pemuliharaan dan
pemeliharaan taman ini dilihat sangat penting dalam usaha kita dalam menjaga
spesies haiwan unik ini agar dapat menarik ahli petrologi tempatan dan antarabangsa.
Untuk melaksanakan kajian berkaitan, spesies tersebut sekali gus menjadikan Kuala
Selangor sebagai Hub Kajian Bertaraf Antarabangsa. Saat itu, Selangor sepatutnya
sudah lama mempunyai satu Tapak Ramsar yang berkepentingan antarabangsa
kerana Taman Alam Kuala Selangor telah memenuhi empat, daripada sembilan
kriteria Tapak Ramsar. Tapak Ramsar ini merupakan kawasan tanah basah yang
diwartakan sebagai kawasan berkepentingan yang dipersetujui dalam Persidangan
Ramsarian di bawah naungan UNESCO. Oleh sebab itu, di kesempatan di dalam
Dewan yang mulia ini, saya mohon agar pihak Kerajaan Negeri Selangor dapat
mempertimbangkan supaya proses pewartaan Hutan Simpan Melawati ini dapat
dipercepatkan melihat kepada kepentingan terhadap ekosistem flora dan fauna
sektor-sektor eco-pelancongan. Biarlah bumi Kuala Selangor ini terus makmur dihiasi
kehijauan Taman Alam Kuala Selangor dan Bukit Melawati sebagai mercu tanda kami
agar anak cucu kami nanti menikmati indahnya alam ciptaan yang Maha Esa.
Seterusnya lampu isyarat di persimpangan jalan Teluk Piah Kuala Selangor.

Yang Berhormat Speaker, mewakili suara rakyat di Bukit Melawati sudah pastinya isu
setempat menjadi keutamaan saya. Isu lampu isyarat di persimpangan Jalan Teluk
Piah Kuala Selangor atau lebih dikenali sebagai simpang maut, oleh penduduk
tempatan merupakan satu isu yang kritikal. Yang sering meragut nyawa dan sering
berlaku kemalangan di simpang tersebut. Namun menjadi kekesalan saya bila mana
permohonan untuk meletakkan lampu isyarat di simpang ini, masih menjadi persoalan
sehingga ke saat ini. Sudah berpuluh laporan polis dibuat tentang kemalangan di

109
1 MAC 2024 (JUMAAT)

Simpang Teluk Piah ini. Dan telah banyak menimbulkan kegusaran penduduk di Bukit
Melawati. Untuk makluman isu ini telah sering kali dibangkitkan baik oleh saya
mahupun rakyat. Yang memohon agar tindakan segera diambil oleh Kerajaan Negeri
supaya tiada lagi nyawa yang terkorban akibat infrastruktur yang tidak lengkap ini.
Justeru, besarlah harapan saya dan seluruh DUN Bukit Melawati, agar peruntukkan
dapat disalurkan oleh Kerajaan Negeri dengan kadar segera. Bagi memastikan
pemasangan lampu isyarat disegerakan seperti mana dalam Titah Tuanku yang
menekankan sense of urgency dengan izin. Isu tekanan air rendah di Kampung Bukit
Kuching, Kuala Selangor.

Yang Berhormat Speaker dalam pada Air Selangor beriltizam untuk beroperasi secara
bertanggungjawab dalam membina daya tahan dan kelestarian bekalan air serta
meningkatkan mutu perkhidmatan untuk kejuruteraan pengguna. Penduduk di
Kampung Bukit Kuching, Kuala Selangor sering kali mengalami gangguan bekalan air
akibat tekanan air yang rendah di kawasan mereka. Air merupakan satu elemen
penting dalam kehidupan seharian kita, oleh sebab itu saya ingin memohon jasa baik
EXCO berkenaan untuk meneliti isu in sebaiknya. Memetik jawapan Yang Berhormat
Pandan Indah yang memaklumkan sekiranya kita meningkatkan tekanan air
kebarangkalian untuk paip pecah itu tinggi. Oleh itu saya ingin mencadangkan jika
sekiranya berlaku gangguan air di Kawasan Bukit Melawati ini pihak Air Selangor.
Menyediakan tanker yang mencukupi dengan kadar segera meskipun cuma satu
penyelesaian yang bersifat sementara. Saya berharap kecekapan pihak Air Selangor
dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh rakyat, khususnya DUN Bukit
Melawati, infrastruktur dan kemudahan awam di Bukit Melawati Kuala Selangor.

Yang Berhormat Speaker. Selain itu saya juga ingin menyentuh perihal jalan-jalan
yang telah rosak dan tidak di selenggara di bawah seliaan JKR Negeri. Saya menyeru
Kerajaan Negeri dan JKR mengambil serius soal ini serta menjalankan
penyelenggaraan secara berkala dan berterusan bagi memetik kenyataan yang
Berhormat Pandan Indah juga yang lalu memaklumkan bahawa lebih separuh.
Daripada ratusan jalan raya di Selangor telah tamat tempoh bahkan ada antaranya
sudah melebihi 40 tahun. Ini menunjukkan kepentingan, menaik taraf dan
penyelenggaraan jalan-jalan di sekitar Selangor ini. Seterusnya saya juga ingin
menyentuh perihal infrastruktur dan kemudahan di Bukit Melawati, Kuala Selangor
antaranya mengenai lampu jalan. Saya bagi contoh di jalan FT54, Jalan Kepong
Kuala Selangor. Dalam perbahasan Yang Berhormat Paya Jaras juga ada disebut
mengenai keadaan jalan ini terlalu gelap berisiko kemalangan. Pada waktu malam.
Justeru, saya ingin bertanya. Adakah kerajaan bercadang untuk menambah lampu
jalan sepanjang jalan FT54 ini. Selain itu juga saya ingin meminta pihak kerajaan
untuk mengambil pertimbangan dalam pemasangan papan tanda refleks dengan izin
di sepanjang jalan yang gelap bagi mengurangkan risiko kemalangan pada waktu
malam.

TUAN SPEAKER : Yang Berhormat kita tiada masa.

110
1 MAC 2024 (JUMAAT)

Y.B. DATO’ NOORAZLEY BIN YAHYA : Selain itu, saya ingin menyentuh
pihak jalan-jalan yang rosak tidak di selenggara, saya merayu kepada Kerajaan
Negeri dan JKR mengambil serius soal ini menjalankan penyelenggaraan berkala
secara berterusan. Yang Berhormat Speaker, sebelum mengundur diri saya ingin
tekankan bahawa rakyat di luar sana semakin terhimpit, dengan kenaikan harga
barang dan kos sara hidup yang semakin memuncak. Tak cukup dengan itu subsidi
yang diberikan kepada rakyat akan mula dimansuhkan secara berperingkat kata
Menteri. Sebagai contoh, 26hb 2024, Skim Perubatan Madani dikhabarkan telah
ditarik balik sepenuhnya dan hanya akan berfungsi di 10 daerah terpilih sahaja. Tetapi
pada 29hb Menteri kata rakyat di bawah bila rakyat mula marah...

TUAN SPEAKER : Yang Berhormat, tiada masa. Masa.

Y.B. DATO’ NOORAZLEY BIN YAHYA : Ok. Ok. Hari ini 01 mac 2024
merupakan satu titik hitam buat seluruh rakyat Malaysia, di Negeri Selangor apabila
kita diberikan hadiah kenaikan cukai SST daripada 6% kepada 8%. Meskipun
pengecualian kenaikan cukai SST ini. Diberikan kepada perkhidmatan makanan dan
minimum serta telekomunikasi namun kita terlepas pandang, bilamana kerajaan tidak
mengekalkan kadar cukai SST bagi penjimatan elektronik. Elektrik contohnya yang
dilihat akan menjejaskan kedai dan gudang dan akhirnya akan berpusat kepada
rakyat.

TUAN SPEAKER : Yang Berhormat. Ya, landing.

Y.B. DATO’ NOORAZLEY BIN YAHYA : Yang Berhormat Speaker, yang ini
saya amat berharap bahawa kerajaan akan mengambil tindakan sewajarnya dalam
menyalurkan bantuan terus kepada rakyat yang memerlukan. Selain itu juga, saya
menyeru agar pihak kerajaan dapat menggunakan birokrasi sekali gus memudahkan
proses penyaluran bantuan terus kepada rakyat. Sekian terima kasih daripada Bukit
Malawati menjunjung Ucapan Titah Tuanku.

TUAN SPEAKER : Ya, terima kasih. Kota Kemuning.

Y.B. TUAN PREAKAS A/L SAMPUNATHAN : Terima kasih. Terima kasih


Tuan Speaker. Salam sejahtera kepada semua Yang Berhormat. Kota Kemuning
junjung kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku yang mengesyorkan panduan-
panduan untuk meningkatkan kemajuan Negeri Selangor. Kota Kemuning juga ingin
mengucapkan tahniah kepada Dato’ Seri Menteri Besar yang telah pun memastikan
negeri Selangor berada dalam landasan yang betul dan terus maju dalam sektor
ekonomi di mana mencapai reserve yang cukup besar pada masa yang sama
menjamin kesejahteraan rakyat Negeri Selangor. Titah Tuanku supaya Rancangan
Selangor Pertama dilaksanakan dalam masa yang ditetapkan. Visi RP-1 kalau kita
lihat adalah untuk menjadikan Negeri Selangor menjadi negeri pintar, berdaya huni

111
1 MAC 2024 (JUMAAT)

dan makmur menjelang 2025. Tak lama lagi. Selaras dengan itu saya juga sambut
baik cadangan yang diberikan oleh Hulu Kelang semalam berkenaan dengan fokus
pelaburan yang perlu diberi perhatian oleh Negeri Selangor di mana dari sudut
perkhidmatan yang mana beliau telah pun sudut perkhidmatan dalam segi
digitalization dan AI. Saya cadangkan kepada Negeri Selangor untuk perlu
mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mempertingkatkan atau untuk
mengadakan penubuhan industri AI Data Centre. Ada berbeza. Data Centre dan AI
Data Centre. AI Data Centre melibatkan super charge computer. Ini akan
menyebabkan atau memberi satu platform kepada Negeri Selangor untuk menjadi
satu pioneer state dalam industri menguasai AI. Kerana kita tahu AI ialah satu industri
yang nyata yang akan memberikan satu infrastruktur yang besar di Negeri Selangor.
Lagi satu Negeri Selangor boleh mendapat manfaat AI ini adalah dari segi kelebihan
advantage dari segi lokasi ekonomi negeri yang terbesar. Populasi yang besar.
kelebihan infrastruktur dan juga kemudahan bekalan tenaga mahir yang tinggi di
Selangor. Sudah semestinya kelebihan ini Kerajaan Negeri dapat menarik pemain-
pemain AI Data Centre yang terbesar untuk melabur di Negeri Selangor. Contoh we
just miss the boat, Nvidia sedang membangunkan Data Centre di Kulai yang jumlah
pelaburan sebanyak USD4.3 bilion lebih kurang RM19.35 bilion. Saya juga minta
Kerajaan Negeri untuk menggunakan kesinambungan yang kita ada dengan Kerajaan
Negeri dan Pusat untuk mencapai atau memberikan promosi kepada Negeri Selangor
untuk menjadi The Destination for AI Data Centre. Kota Kemuning percaya dengan
pembukaan industri AI Data Centre Park di Negeri Selangor ia akan memberikan
domino effect kepada pertumbuhan perindustrian lain yang bergantung pada AI.
Seterusnya soalan saya apakah tindakan Kerajaan Negeri akan mengambil untuk
memacu industri AI Data Centre Park di Negeri Selangor?

Seterusnya berkenaan dengan cukai taksiran. Kota Kemuning bersetuju dengan


pelaksanaan semula Kerajaan Negeri untuk meninjau pembayaran cukai taksiran
yang bersasar kepada kampung-kampung tradisi banjaran dan kampung nelayan
adalah satu langkah yang betul untuk menuju kepada tadbir urus yang lebih cekap.
Dengan ini Kerajaan Negeri juga telah memastikan pengecualian cukai hanya
diberikan kepada golongan yang memerlukan sahaja bukan kepada golongan yang
kaya seperti yang dijawab oleh EXCO PBT. Kerajaan Negeri masih prihatin kepada
golongan-golongan yang memerlukan dan sedia untuk menjamin nasib rakyat yang
tidak berupaya dan memerlukan bantuan. Pada masa yang sama Kota Kemuning
juga ingin menggunakan peluang ini untuk membawa isu-isu di kawasan DUN Kota
Kemuning. Isu pertama ialah isu banjir. Ini adalah isu standard. Semua telah
membangkitkan. Titah Tuanku bahawa pengurusan banjir perlu dilihat secara
terperinci terutamanya berkaitan dengan parit-parit dan longkang di kawasan padat.
Kota Kemuning ingin mengucapkan terima kasih kepada YB EXCO Pandan Indah,
JPS, MBSA, MBSJ dan JKR semua sedia untuk mendengar isu-isu yang dibangkitkan
di kawasan DUN Kota Kemuning tetapi apa yang kita boleh mencapai dalam
perjumpaan ini menjadi satu kebuntuan kerana ada isu-isu siapa yang perlu
menyelenggara longkang-longkang ini. Saya bagi contoh di Kawasan Perindustrian

112
1 MAC 2024 (JUMAAT)

Bukit Kemuning, Batu 5 aliran parit yang milik Majlis akan disambungkan kepada parit
JKR. Longkang JKR. Akan punch over ke longkang JKR. Tetapi JKR kata ada 3
masalah alasan yang diberikan oleh JKR. Pertama aliran air daripada perumahan
dan perindustrian sepatutnya tidak melalui longkang JKR. Maka ia tidak ada di bawah
tanggungjawab untuk selesaikan. Alasan kedua adalah lebar longkang tersebut tidak
mengikut spec JKR kerana melebihi 1.2 meter. Pada hakikatnya longkang atau parit
ini adalah menjadi lebar lebih besar daripada 1.2 meter akibat daripada hakisan tanah
yang sekian lama. Alasan ketiga adalah parit ini tidak mempunyai tuan tanah. Ini
adalah cadangan saya..

Y.B. TUAN MOHD SHAFIE BIN NGAH : Boleh mencelah tak?

Y.B. TUAN PREAKAS A/L SAMPUNATHAN : Boleh.

Y.B. TUAN MOHD SHAFIE BIN NGAH : Terima kasih Kota Kemuning. Soalan
pertindihan siapa yang patut menyelenggara itu saya fikir terlalu lama kita dengar dan
sentiasa berulang ulang. Saya percaya dengan keadaan Selangor sudah
dibangunkan sebegini rupa tak sepatutnya soal pertindihan itu masih berlaku. Soalan
saya apakah mungkin ada faktor lain seperti pemantauan dan penguatkuasaan yang
tidak cukup kuat untuk memastikan soal pertindihan ini selesai.

Y.B. TUAN PREAKAS A/L SAMPUNATHAN : Saya ada cadangan yang lebih
baik daripada itu. Mungkin Kerajaan Negeri boleh consider. Ini adalah cadangan
saya. Cadangan saya adalah bahawa penyelenggaraan akan menjadi lebih efektif
sekiranya kerajaan menempatkan semua penyelenggaraan longkang, parit yang
melibatkan pembangunan maintenance di bawah satu agensi seperti PBT yang boleh
menjalankan tanggungjawab ini secara One Stop Centre. Kita boleh dapat lihat hanya
PBT dapat menyelesaikan semua isu. Ada tuan, tak ada tuan, semuanya diselesaikan
oleh PBT sebagai One Stop Centre. Kedua, apa manfaatnya adalah proses
penaiktarafan kalau kita nak buat proses naik taraf untuk longkang atau parit Majlis
boleh lakukan secara keseluruhannya tanpa membuang masa melalui red tape yang
mana ada kawasan-kawasan yang perlukan kelulusan daripada agensi lain akibat
daripada pertindihan. Tambahan pula titah Tuanku juga telah menyatakan projek
tebatan banjir harus dilaksanakan mengikut garis masa yang ditetapkan. Namun,
Kota Kemuning mendapati bahawa projek tebatan banjir di Kota Kemuning belum lagi
diselesaikan mengikut jadual yang ditetapkan. Sepatutnya projek pemasangan tiga
skru pump di Taman Sri Muda sepatutnya siap pada Januari 2024 mengikut jadual.
Tapi saya difahamkan bahawa projek ini tidak dapat disiapkan akibat daripada TNB
tidak dapat menyambung kepada substation TNB. Kota Kemuning ingin tahu apakah
mekanisme yang digunakan oleh Kerajaan Negeri untuk memantau kerja-kerja
tebatan banjir adakah WARAS (Water Resources Assurance Scheme) masih menjadi
agensi memantau projek-projek tebatan banjir dan apakah tindakan lazimnya diambil
oleh Kerajaan Negeri kepada kontraktor yang gagal menjalankan kerja-kerja pada
masa yang ditetapkan.

113
1 MAC 2024 (JUMAAT)

Kota Kemuning juga cadangkan bahawa Kerajaan Negeri mengambil pendirian tegas
dan memastikan semua kontrak Kerajaan Negeri menetapkan satu klausa yang
dipanggil klausa penalti yang gagal membayar compensation oleh kontraktor yang
gagal menyiapkan kerja-kerja pada masa yang ditetapkan. Pada masa yang sama
Kerajaan Negeri juga harus menyenaraihitamkan bukan sahaja dari segi syarikat
tetapi juga pengarah-pengarah yang berada di belakang syarikat tersebut supaya
mereka adalah lebih bertanggungjawab untuk menjalankan kerja kontrak tersebut.
Seterusnya, saya juga pohon kerajaan Negeri untuk menyediakan satu peruntukan
tambahan bagi membina benteng di sekeliling Taman Bukit Kemuning bagi
mengelakkan banjir di kawasan perumahan tersebut. Kawasan ini sering banjir akibat
daripada aliran air daripada Lebuh raya.

TUAN SPEAKER : Yang Berhormat, lampu merah dah.

Y.B. TUAN PREAKAS A/L SAMPUNATHAN : Saya akan cuba singkatkan.


Peruntukan tambahan untuk Taman Bukit Kemuning dan isu trafik juga saya perlu
penjelasan daripada Kerajaan Negeri berkenaan dengan pembinaan flyover di
Persiaran Anggerik Mokara. Kerana saya dimaklumkan bahawa ia akan dibina oleh
pemaju-pemaju tetapi sehingga hari ini tidak ada apa-apa tindakan diambil namun
tiada apa maklum balas daripada pemaju sama ada flyover itu akan dibina atau tidak
kerana ini telah menjadikan satu isu berkenaan trafik di kawasan Kota Kemuning.

TUAN SPEAKER : Yang Berhormat, masa sudah habis. Masih ada lagi yang
nak berbahas.

Y.B. TUAN PREAKAS A/L SAMPUNATHAN : Baik saya habiskan. Isu


terakhir adalah berkenaan pengangkutan awam. Saya pohon supaya Kerajaan Negeri
juga mencadangkan bawa jaringan pengangkutan awam di DUN Kota Kemuning
seperti LRT3. Dengan ini Tuan Speaker, Kota Kemuning menyokong usul ini dan
menjunjung kasih kepada titah Tuanku. Terima kasih.

TUAN SPEAKER : Lembah Jaya.

Y.B. TUAN SYED AHMAD BIN ABDUL RAHMAN ALHADAD : Terima


kasih Tuan Speaker. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh. Salam kita Selangor dan salam Malaysia Madani. Saya sebagai
kepada warga Lembah Jaya amat berbesar hati diberikan peluang dan ruang untuk
berbahas untuk sesi perbahasan menjunjung kasih titah ucapan Duli Yang Maha Mulia
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Sultan Salahuddin Abdul Aziz
Shah. Dalam meniti bait-bait ucapan titah Diraja tentu sekali kami di Lembah Jaya
berasa amat teruja dan berterima kasih atas pelbagai nasihat dan saranan Tuanku
yang pasti dijadikan pedoman dalam merencanakan gerak kerja di DUN kami di
Lembah Jaya. Rakyat Lembah Jaya menyambut baik titah Tuanku yang mahu kita

114
1 MAC 2024 (JUMAAT)

semua berusaha memperbaiki setiap kekurangan yang ada, memperkukuhkan


hubungan baik dan muhibah sesama rakyat, menghindari persengketaan dan
menjauhi segala perbuatan yang boleh membawa kemudaratan kepada Negeri
Selangor kita terutama amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Saya percaya
keharmonian ini adalah rencah utama bagi menjamin kemajmukan dan kemajuan
Negeri Selangor yang tercinta ini. Tuan Yang Dipertua, prestasi kewangan Kerajaan
Negeri pada tahun 2023 amat membanggakan. Rizab Kerajaan Negeri melalui
Kumpulan Wang Disatukan merekodkan angka berjumlah RM3,561 juta dan kutipan
hasil negeri pula pada 2023 merekodkan angka yang melebihi sasaran iaitu sebanyak
RM2,708 juta. Alhamdulillah. Ini adalah satu petanda jelas kemampuan luar biasa
Kerajaan Negeri Selangor ini di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri
Amiruddin Shaari Menteri Besar keenam belas kita memacu perkembangan ekonomi
Selangor dalam masa yang sama memastikan perbelanjaan Kerajaan Negeri dikawal
dengan baik dalam keadaan ekonomi global yang sangat mencabar ini. Negeri
Selangor berjaya menongkah arus dan terus mencatatkan perkembangan ekonomik
yang baik. Kebijaksanaan fiskal Menteri Besar

TUAN SPEAKER : Yang Berhormat sebenarnya masa kita tidak mencukupi


saya mohon supaya terus kepada isu-isu yang hendak dikemukakan. Kalau boleh
habiskan dalam masa 5 hingga 6 minit.

Y.B. TUAN SYED AHMAD BIN ABDUL RAHMAN ALHADAD : Boleh.


Kita sedia maklum bahawa kenaikan tarif air perlu dilaksanakan dalam usaha
menjamin kelestarian modal dan pelan perniagaan Pengurusan Air Selangor Berhad.
Lembah Jaya menyambut baik dan kesediaan Kerajaan Negeri untuk dengan izin
Cushion the Impact melalui Skim Air Darul Ehsan yang akan menyerap dan
menanggung peningkatan kos menerima air percuma di bawah Skim Air Darul Ehsan
(SADE). Lembah Jaya berharap pada masa ini Kerajaan Negeri disarankan agar
menyediakan rangka dasar jangka panjang memberi insentif kepada pelaburan dalam
teknologi dan infrastruktur hijau juga supaya seterusnya mengurangkan kos masa
depan agar transisi hijau yang dirancang oleh Kerajaan Negeri Selangor dapat
manfaat kepada segenap lapisan masyarakat. Bagi pihak warga Lembah Jaya patik
ingin mengucapkan jutaan terima kasih ke atas keprihatinan Tuanku terhadap
perkara-perkara asas yang sememangnya amat diperlukan rakyat. Apabila kita
berbicara tentang pengurusan infrastruktur kita perlu tahu peranan proaktif yang
dimainkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Seperti yang semua tahu baru-baru ini
pihak MPAJ di bawah pimpinan YDP nya Dr. Ani Ahmad telah turun kawasan
kampung Lembah Jaya Utara berdekatan dengan Flat Desa Pinggiran untuk
memotong dan menebang beberapa batang pokok atas faktor keselamatan dan
penyelenggaraan susulan daripada tragedi pokok yang tumbang yang meragut nyawa
dua orang. Lembah Jaya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Skuad
Pantas MPAJ dan mengharap Pihak Berkuasa Tempatan dapat memastikan proses
penyelenggaraan berjalan dengan baik agar tragedi seperti ini dapat dielakkan pada
masa yang akan datang. Sekali lagi Lembah Jaya ingin menyampaikan ucapan terima

115
1 MAC 2024 (JUMAAT)

kasih atas Ucapan Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang pastinya akan
menjadi pedoman buat kami semua Ahli Dewan Negeri dalam menjalankan amanah,
berkhidmat kepada rakyat Selangor. Dengan ini Lembah Jaya menyokong penuh dan
menjunjung kasih titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.
TUAN SPEAKER : Teratai.

Y.B. TUAN YEW JIA HAUR : Yang Berhormat Speaker, EXCO-EXCO


Kerajaan dan Ahli-Ahli Dewan sekalian. Saya menjunjung kasih di atas titah ucapan
Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada Istiadat Mesyuarat Pertama Pembukaan
Persidangan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Selangor Ke-15 Tahun 2024.
Dalam ucapan ini izinkan saya membawa beberapa isu dan perihal-perihal berkenaan
yang mampu menjadikan Selangor sebuah negeri yang maju dan berdaya saing.
Maka suka untuk saya menyampaikan beberapa usul penting di dalam ucapan saya.

Pertama, sistem amaran awal banjir kilat bagi penduduk. Isu banjir dan bencana alam
yang kerap berlaku ini telah memberikan impak besar kepada rakyat Negeri Selangor.
Walaupun sudah wujudnya usaha dan inisiatif untuk tangani isu ini saya percaya perlu
juga ada usaha lebih untuk menjaminkan keselamatan rakyat Selangor secara
menyuluh. Isu banjir bukan isu baru di Negeri Selangor. Mungkin, untuk sesetengah
daripada kita banjir adalah perkara biasa. Ramai beranggapan banjir di Selangor tidak
seteruk banjir di negeri-negeri pantai timur seperti Terengganu dan Kelantan. Banjir
di kawasan urban seperti di Teratai misalnya hanyalah banjir kilat. Namun adalah
penting bagi kita untuk menyedari bahawa banjir kilat ini bukan fenomena normal dan
adalah wajar untuk diberikan perhatian sepenuhnya. Isu perubahan iklim dan
bencana alam tidak hanya dihadapi oleh Malaysia tetapi juga oleh negara-negara lain.
Saya ambil contoh, di Jakarta, Indonesia mereka menggunakan sistem kawalan banjir
yang memberikan amaran awal kepada penduduk dan pihak berkuasa sebelum banjir
berlaku. Sistem ini menggunakan sensor dan kemudahan lain di kawasan yang
berpotensi banjir untuk meningkatkan langkah-langkah pencegahan. Malaysia juga
mempunyai sistem yang serupa dikenali sebagai info banjir. Tapi keberadaan di
Selangor terutamanya di kawasan bandar tidak setanding dengan negeri lain kerana
kerap kali banjir di kawasan seperti ini hanya berlaku sementara. Sudah menjadi
kebiasaan saya acap kali melawat kawasan yang terlibat dengan banjir kilat. Pasti
ada longkang tersumbat, kerja-kerja baik pulih jalan yang belum siap dan sebagainya.
Janganlah kita ‘sudah terhantuk barulah nak mengadah’. Bak kata pepatah
‘mencegah lebih baik daripada mengubati’. Dalam masa yang sama, saya juga
mengangkat sepenuhnya komitmen Kerajaan Negeri dalam untuk isu bekalan air
melalui Program Projek Skim Jaminan Air Mentah yang melilputi perancangan
menguruskan air termasuk air banjir yang akhirnya boleh dijadikan sebagai sumber
air untuk kegunaan orang ramai. Di dalam era di mana masalah iklim kian meruncing,
kita juga perlu melihat dan mengamati usaha-usaha untuk menyesuaikan diri dengan
bencana di sekitar kita.

116
1 MAC 2024 (JUMAAT)

Seterusnya, Skim Insurans untuk mangsa bencana alam. Sebagai ADN Selangor,
kita sudah mengangkat sumpah untuk memastikan tidak ada rakyat Selangor yang
tercicir. Jadi wajarlah bantuan diberikan kepada mereka yang lebih cenderung
terdedah kepada bencana alam. Salah satu cara untuk menangani hal ini adalah
dengan menyediakan Skim Insurans kepada mereka yang sudah menjadi mangsa
bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh. Antara contoh nyata adalah penduduk
di kawasan Bukit Permai yang terdedah dengan bahaya tanah dan cerun runtuh.
Selain kerugian harta benda yang sudah tidak terkira, mereka juga terkesan daripada
segi mental dan fizikal. Lebih malang bagi mereka yang sudah menjadi mangsa
hingga ke saat ini ada yang masih belum mendapat apa-apa pampasan. Permohonan
pampasan kepada syarikat insurans oleh mangsa-mangsa ini selepas menunggu
selama setahun setengah selepas kejadian telah ditolak atas alasan tiada bukti
kecuaian dari Pihak Berkuasa Tempatan iaitu MPAJ. Perlulah kita fahami, mereka ini
sudah menetap di kawasan ini dengan begitu lama, ramai diantara mereka cuma
memiliki satu-satu rumah ataupun kenderaan sahaja dan masih membayar ansuran
pinjaman bank. Kejadian tanah runtuh yang menyebabkan kerosakan rumah dan
harta benda mereka telah mengakibatkan kerugian yang sangat besar. Bukan sahaja
dari segi kewangan namun ahli keluarga mangsa kini masih berada dalam keadaan
terkejut, trauma selain mengalami gangguan emosi dan mental. Saya harap pihak
Kerajaan Negeri Selangor dapat campur tangan dalam rundingan semula rayuan
permohonan pampasan dan juga mengambil inisiatif untuk membantu mereka.

Seterusnya, pemasangan peranti difibrilator laluan automatik (AED) di kawasan


awam. Ingin saya tegaskan kepentingan memasang peranti laluan, memasang AED
ini di kawasan umum ini bukanlah sekadar untuk usaha yang baik tetapi untuk
keperluan yang kritis dalam menyelamatkan nyawa orang awam. Kita seringkali
terdengar mengenai kejadian-kejadian serangan jantung mendadak yang berlaku di
tempat awam. Ketika situasi sedemikian berlaku masa adalah nyawa. Di sinilah
peranan AED menjadi penting. Dengan memasang AED di kawasan-kawasan umum
dan tempat-tempat keramaian lain, kita dapat memberikan akses kepada alat yang
boleh menyelamatkan nyawa ini kepada orang ramai. Negara-negara maju seperti di
Australia, United Kingdom sudah pun memasang AED di pusat membeli-belah dan
kompleks sukan kerana peranti ini membolehkan pesakit jantung mempunyai
keberangkalian dua hingga tiga kali ganda untuk hidup jika terkena serangan. Di
Pulau Pinang juga peranti ini sudah diwajibkan dikebayakkan bangunan-bangunan
kerajaan. AED adalah alat yang direka khas untuk digunakan oleh orang awam. Ia
dilengkapi dengan arahan yang jelas dan mudah difahami, membolehkan sesiapa
sahaja walaupun tanpa latihan perubatan formal untuk menggunakan dalam keadaan
kecemasan. Manfaat memasang AED dikawasan umum adalah jelas. Pertama sekali
ianya meningkatkan peluang untuk menyelamatkan nyawa. Kedua, pemasangan
AED menyediakan rasa aman kepada orang awam dengan mengetahui bahawa
terdapat AED di sekitar kawasan awam, orang akan merasa lebih yakin dan tenang
terutamanya mereka yang mungkin mempunyai risiko penyakit jantung. Ini dapat
mengurangkan kebimbangan dan meningkatkan keselesaan ketika berada di tempat-

117
1 MAC 2024 (JUMAAT)

tempat awam. Selain Pulau Pinang, saya rasa sudah jadi keperluan Negeri Selangor
mengikut inisiatif yang berkemampuan ini. Banyak kawasan umum masih tidak
dilengkapi dengan AED. Meninggalkan mereka yang mengalami serangan jantung
mendadak dalam keadaan yang rentan. Saya mengajak semua pihak dari kerajaan
tempatan hingga kepada pemilik peniagaan dan masyarakat untuk bekerjasama
dalam usaha ini. Memasang AED bukanlah satu kos yang besar berbanding dengan
nilai nyawa yang dapat diselamatkan. Akhir sekali, saya dengan penuh rendah diri
ingin mengucapkan rasa syukur kerana masih diberi peluang untuk berucap dalam
Dewan yang mulia ini. Setiap kali saya hadir ke sini saya sentiasa akan diingatkan
bahawa setiap masa dan ketika yang kita luangkan di sini adalah amanah dan
pinjaman dari rakyat. Masih ada ramai rakyat Selangor yang hidup susah, melarat
dan tenat. Saya akan jalankan tanggungjawab saya sebaik mungkin untuk berkhidmat
sebagai seorang ADN. Ayuh sama-sama ‘buang yang keruh, ambil yang jernih’.
Junjung kasih ke atas titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-
Haj. Semoga kita semua diberi kesihatan dan rezeki yang baik untuk Negeri Selangor
Darul Ehsan.

Y.B. TUAN ABBAS SALIMMI BIN CHE ADZMI @AZMI : Speaker. Speaker.

TUAN SPEAKER : Seri Serdang.

Y.B. TUAN ABBAS SALIMMI BIN CHE ADZMI @AZMI : Bismillahirrahmanirrahim.


Assalamualaikum w.b.t. Dihujung-hujung ni memanglah mata pun dah kuyu
penantian tu satu penyeksaan ya, TuanSpeaker. Alhamdulillah, tak boleh baca pula.
Saya berterima kasih kepada Tuan Speaker kerana memberi peluang dan ruang untuk
Seri Serdang membahaskan titah kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan
Selangor sempena Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri
Selangor Darul Ehsan Yang Kelima Belas. Dan Seri Serdang juga melihat titah
Tuanku ini bersifat holilstik dimana Tuanku mahukan Negeri Selangor lebih maju,
harmoni dan kesepaduan rakyat yang erat dan menjadi contoh kepada negeri-negeri
lain di dalam Malaysia. Walaupun pada hari ini, Selangor lebih terkehadapan daripada
negeri-negeri lain tetapi Tuanku mahukan yang lebih lagi kemampuan dan juga
kemajuan yang ada dalam Negeri Selangor.

Tuan Speaker dan semua Yang Berhormat, Seri Serdang cuba untuk mengurangkan
provokasi. Semalam, saya akur dengan kata-kata Hulu Kelang minta supaya Seri
Serdang kurangkan provokasi. Jadi, saya akan hormati kata-kata daripada Hulu
Kelang, Insha’ Allah kita kurangkan Hulu Kelang provokasi itu ya. Tuan Speaker,
pertamanya saya ucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Selangor di bawah
kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar di atas pencapaian prestasi
kewangan negeri yang sangat memberangsangkan. Rizab lebih RM3bilion,
pendapatan lebih RM2bilion pada tahun 2023. Dan saya yakin segala hasil mahsul
negeri ini diuruskan dengan sebaik mungkin dengan tatakelola yang baik dan good
governance. Namun begitu, kita tidak boleh berpuas hati dengan prestasi yang ada

118
1 MAC 2024 (JUMAAT)

pada hari ini, cabaran menguruskan negeri dan rakyat sangat mencabar pada hari ini.
Program Iltizam Selangor penyayang misalnya yang sangat popular di kalangan
rakyat Negeri Selangor lebih daripada empat puluh produk, program, Iltizam Selangor
Penyayang ini perlu diperluaskan lagi. Dan jumlah kuota pendaftaran Seri Serdang
melihat perlu ditambah lagi terutama BINGKAS, dan juga BSS. Program Iltizam
Selangor Penyayang ini hanya berada di dalam Negeri Selangor. Negeri lain tidak
ada. Sebagai contoh jualan Ehsan Rahmah. Harga barangan murah. Ya, kita akui
ada sedikit peningkatan harga barangan makanan asas tetapi atas keprihatinan dan
kepedulian Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Harapan dan Kerajaan
Perpaduan kita teruskan jualan Ehsan Rahmah ini. Jualan Ehsan Rahmah ini, Yang
Berhormat Tuan Speaker dan semua Yang Berhormat tak ada di negeri Kelantan. Tak
ada di negeri Kedah. Kedah ada, sembang ajelah boleh. Dan tak ada di negeri
Terengganu. Terengganu saya ingat dia sibuk nak jadi calon Perdana Menteri ni. Dan
Seri Serdang memohon supaya Program Jualan Ehsan Rahmah ini dipertambahkan
lagi. Setakat hari ini kami di DUN Seri Serdang hanya dapat dua kali sebulan.
Alangkah baik kalau Seri Serdang dapat tambahkan lagi empat kali sebulan, Insha’
Allah nasib rakyat akan terbela.

Y.B. TUAN DANIAL AL-RASHID BIN HARON AMINAR RASHID : Seri Serdang
semalam ada.

Y.B. TUAN ABBAS SALIMMI BIN CHE ADZMI @AZMI : Mana ada.? Mana? Sila-
sila. Pasal semalam bagikan? Jadi hari ini saya bagi.

Y.B. TUAN DANIAL AL-RASHID BIN HARON AMINAR RASHID : Saya kena ambil
masa Seri Serdang sebab Seri Sedang ambil masa saya semalam dan mungkin saya
akan ambil masa Taman Medan jugalah sebentar lagi. Apabila disebut oleh Seri
Serdang berkenaan dengan tambah baik program, saya sangat-sangat bersetuju
sebab setiap tahun demi tahun, kita akan berhadapan dengan cabaran yang baru.
Seperti yang dibawa seperti hulu Kelang dahulu yang namanya KISS, Kasih Ibu Smart
Selangor juga ditambah baik oleh pentadbiran yang diketuai oleh Sungai Tua, kita
menambah baik dan menukarkan slogan itu kepada sebuah namanya BINGKAS.
Instead of kita tumpu kepada ibu tunggal saja, BINGKAS telah diperluaskan malah
bilangan dan jumlah itu juga telah dikembangkan. So ini yang kita nak cadangkan
kepada pihak kerajaan dan mungkin saya boleh menyokong apa yang disebut oleh
Seri Serdang tadi supaya kita boleh bawa penambahbaikan tahun demi tahun. Dan
inilah Kerajaan Negeri Selangor yang diidamkan oleh masyarakat dan rakyat di Negeri
Selangor. Terima kasih banyak.

Y.B. TUAN ABBAS SALIMMI BIN CHE ADZMI @ AZMI : Terima kasih
Batu Tiga. Tiada provokasi. Seterusnya, rakyat Negeri Selangor khususnya pengundi
telah membuktikan kesetiaan dan kepercayaan yang tinggi kepada Pakatan Harapan
dan Kerajaan Perpaduan. Buktinya hari ini Kerajaan Perpaduan berada di tampuk
Kerajaan Negeri Selangor walaupun ada rakan-rakan cakap tadi kata ada kata

119
1 MAC 2024 (JUMAAT)

peningkatan pengundian daripada undi daripada orang-orang Negeri Selangor


kepada pembangkang, tetapi pembangkang tetaplah pembangkang. Kami tetap
kerajaan. Lama tak lama, lima tahun lagi. Dan ketika pilihan raya yang lepas
walaupun ada gelombang (katanya gelombang hijau, bawa datang penceramah
daripada Utara sana mai sini mai kecam Menteri Besar, menghina keputusan Tuanku
dan sebagainya) tetapi rakyat Negeri Selangor tetap bersama dengan Kerajaan
Perpaduan. Tuan Speaker, tetap kerajaan. Tuan Speaker, kalau kacau lagi
lambatlah. Taman Medan tak dapatlah peluang.

Tuan Speaker, Seri Serdang juga ingin menyentuh sedikit tentang isu kampung
tradisi. Berbuih dah EXCO kita dah bagi penerangan tetapi masih ada lagi yang tak
faham-faham apa yang diterangkan oleh YB EXCO. Saya tak tahulah apa masalah
YB EXCO dengan pihak-pihak yang tidak faham ini. Kita tahu dan kita maklum
penyeliaan kampung tradisi ini di bawah PBT. Income PBT ini tidaklah sebesar Negeri
Selangor dan PBT ini pula dia tak dapat collect (dengan izin) apa-apa hasil daripada
kampung tradisi. Dan PBT terutamanya kalau di kawasan saya ada lebih kurang lima
kampung tradisi, pihak MBSJ dengan cukup cemerlang menjaga dan menyelia
kawasan kampung-kampung tradisi ini walaupun mereka tidak mendapat kutipan
daripada kampung-kampung tradisi ini. Mereka kutip di tempat lain, servis di kampung
tradisi. Kutip tempat lain, servis di kampung tradisi. Saya ucap tahniah kepada Majlis
Bandaraya Subang Jaya yang setakat ini sangat proaktif dalam keprihatinan mereka
menjaga kampung-kampung tradisi yang ada dalam kawasan Seri Serdang. Sebab
itu saya melihat kepada mereka yang masih tidak boleh menerima hakikat ini turun
dan sila pandang dari sudut realiti sebenar kampung tradisi. Bukan menggunakan isu
ini untuk populis, apatah lagi untuk mencucuh api kemarahan penduduk terutama usul
mengenai kembalikan cukai taksiran. Kita dah bagi tahu.

Y.B. TUAN MUHAMMAD IZUAN BIN AHMAD KASIM : Seri Serdang,


mencelah.

Y.B. TUAN ABBAS SALIMMI BIN CHE ADZMI @ AZMI : lagi lambat nanti
Taman Medan tak boleh berucap. Kita dah explain dah. YB EXCO dah bagi tahu kita
sasarkan cukai taksiran ini bukan kita kenakan kepada semua. Dan sepatutnya
difahami oleh kita semua tentang kaedah ini. Dengan menguruskan sampah lagi, kita
lihat pada hari ini pertambahan rumah-rumah, premis-premis rumah, buat rumah sewa
bertingkat-tingkat, pertambahan kos untuk menguruskan sampah, kebersihan jalan
dan sebagainya. Ini semua memerlukan kos. Kos yang sangat tinggi. Tak mungkin
hanya dengan air liur boleh selesai masalah ini. Sebab itu pentingnya dikembalikan
cukai taksiran tetapi kepada sasaran tertentu. Takkanlah kita boleh bersetuju mereka
yang buat rumah di kampung tradisi dengan harga rumah tu lebih RM2juta pun
dikecualikan cukai taksiran sedangkan Taman Medan beli rumah harga ratus-ratus
ribu kena juga cukai taksiran. Tak adillah macam itu. Jadi saya rasa dalam isu
kampung tradisi ini kita perlu melihat realiti sebenar apa yang berlaku di kampung
tradisi.

120
1 MAC 2024 (JUMAAT)

Y.B. TUAN MUHAMMAD IZUAN BIN AHMAD KASIM : Seri Serdang.

Y.B. TUAN ABBAS SALIMMI BIN CHE ADZMI @ AZMI : Kota Damansara,
saya takut Taman Medan tak dapat ucap. Tak apa? Speaker, boleh ya?
Y.B. TUAN MUHAMMAD IZUAN BIN AHMAD KASIM : Kalau bagi laluan
saya berucap. Baik, terima kasih kepada Seri Serdang. Setuju atau tidak sebenarnya
pihak kerajaan mengambil pandangan yang berbeza iaitu masalah bila mana
kampung-kampung tradisi dibina rumah-rumah homestay yang banyak atau rumah-
rumah sewa yang banyak sampai naik dua tingkat, tiga tingkat ditambah pula bukan
disewa dengan rakyat Selangor atau rakyat Malaysia. Disewa dengan pihak warga
asing dan kita pun tahu warga asing dan mereka membuat sampah dan sebagainya
dan ini akan menjadikan beban yang bertambah kepada pihak PBT khususnya
menyebabkan mereka (kos sampah yang makin tinggi) tapi sebenarnya hasil kutipan
yang diambil PBT itu tak dapat dilimpahkan oleh kerana orang-orang yang sebegini.
Sebab itu Kerajaan Negeri mengambil inisiatif iaitu untuk mencukaikan kepada
mereka yang mengambil ruang-ruang yang kosong ni supaya mana pihak PBT boleh
mencukaikan kepada mereka yang mengambil untung dan hasilnya boleh diberikan
servis balik. Setuju atau tidak?

Y.B. TUAN ABBAS SALIMMI BIN CHE ADZMI @ AZMI : Saya setuju!

Y.B. TUAN MUHAMMAD IZUAN BIN AHMAD KASIM : Hui marah.

Y.B. TUAN ABBAS SALIMMI BIN CHE ADZMI @ AZMI : Dan bukan
setakat buat rumah bertingkat-tingkat saja, kebanjiran warga asing. Hari ini kalau
mereka-mereka yang merokok nak cari rokok murah, rokok smuggle (dengan izin)
pergi kampung tradisi. Ini masalah dia yang sebenar. Sebab itu saya kata kembali
kepada realiti sebenar apa yang berlaku dalam kampung tradisi. Jangan kita hanya
melihat oh Kerajaan Negeri ada rizab banyak. Kita bukan ambil rizab sikit bantu
kampung tradisi. Masalah-masalah lain kita tak lihat. Itulah yang sebenarnya yang
saya lihat, yang perlu kita lihat dalam isu kampung tradisi ini. Saya minta izin sikit lagi
Speaker. Last. Kalau boleh.

TUAN SPEAKER : Point terakhir. Ha, last. Ya.

Y.B. TUAN ABBAS SALIMMI BIN CHE ADZMI @ AZMI : Sedikit. Kemudian
masjid dan surau. Masjid dan surau adalah premis yang perlu kita beri perhatian. Di
masjid surau inilah tempat bertemu antara satu sama lain, mengeratkan silaturahim,
menimba ilmu dan juga menjalankan ibadah. Selain daripada itu, Seri Serdang
melihat perlunya masjid dan surau ini di berdaya lagi, bukan setakat tempat beribadah
tetapi dijadikan one stop centre untuk menyelesaikan isu-isu masyarakat. Juga boleh
digunakan di masjid dan surau. Seperti kita ada Program Tuisyen Percuma untuk
rakyat (Tuisyen Rakyat) boleh juga diadakan di masjid dan surau. Dan inilah yang

121
1 MAC 2024 (JUMAAT)

patut kita lakukan. Kita boleh fokus kat situ. Dan juga pendaftaran Iltizam Selangor
Penyayang, kita boleh salurkan, kita boleh buat di masjid dan surau. Apa salahnya?
Ini adalah program kerajaan. Jadikan masjid dan surau kita sebagai tempat one stop
centre dalam kita menguruskan masyarakat setempat.

Y.B. DATO’ SERI MOHAMED AZIM BIN ALI : Speaker, waktu dah tamat.
Dua minit, dah lebih.

Y.B. TUAN ABBAS SALIMMI BIN CHE ADZMI @ AZMI : Dan juga yang
terakhir Speaker. Sikit, sikit.

TUAN SPEAKER : Ya?

Y.B. TUAN ABBAS SALIMMI BIN CHE ADZMI @ AZMI : Sikit lagi.

TUAN SPEAKER : Yang terakhir ya.

Y.B. TUAN ABBAS SALIMMI BIN CHE ADZMI @ AZMI : Sikit lagi.

TUAN SPEAKER : Sebab masa semakin mencemburui.

Y.B. TUAN ABBAS SALIMMI BIN CHE ADZMI @ AZMI : Dan juga
Speaker. Speaker, pada hari ini

TUAN SPEAKER : Yang Berhormat Seri Serdang, percepatkan. Ya.

Y.B. TUAN ABBAS SALIMMI BIN CHE ADZMI @ AZMI : Pada hari ini
sedang viral Program Subuh Seperti Jumaat. Di kawasan saya sendiri esok pagi pun
ada Program Subuh Seperti Jumaat. Saya mencadangkan kepada Kerajaan Negeri
supaya di branding kan sebagai salah satu program untuk mengimarahkan masjid
apatah lagi subuh seperti Jumaat ini mendapat sambutan yang baik daripada anak-
anak muda. Kita perlu rapatkan lagi anak-anak muda kita dengan masjid dan surau.
Itulah yang perlu kita lihat pada hari ini.

Y.B. TUAN DR. AFIF BIN BAHARDIN : Yang Berhormat.

Y.B. TUAN ABBAS SALIMMI BIN CHE ADZMI @ AZMI : Yang terakhirnya
Tuan Speaker.

TUAN SPEAKER : Yang Berhormat, nak bagi laluan kepada Taman Medan
untuk mencelah? ya?

Y.B. TUAN ABBAS SALIMMI BIN CHE ADZMI @ AZMI : Kalau saya bagi
kat dia lambatlah.

122
1 MAC 2024 (JUMAAT)

TUAN SPEAKER : Kalau macam tu teruskan, teruskan. Percepatkan. Ya,


percepatkan, percepatkan.

Y.B. TUAN ABBAS SALIMMI BIN CHE ADZMI @ AZMI : Dan yang
seterusnya, terakhir, terakhir, terakhir ialah berkenaan dengan kebersihan. Hari ini
kita lihat kebersihan ini fitrah semula jadi manusia Tuan Speaker ya. Sedangkan
1,400 tahun yang lepas Rasulullah S.A.W bersabda (ayat Quran) ‘kebersihan itu
separuh daripada iman’. Saya ucapkan tahniah kepada pihak Kerajaan Negeri dan
PBT yang sentiasa memberi perhatian kepada isu kebersihan. Tahniah juga saya
ucapkan kepada KDEB Waste Management Sdn. Bhd. yang sering cakna dan prihatin
di atas kerja-kerjanya. Isu sampah khususnya jika tidak diurus dengan baik ia akan
menjadi masalah besar dan kesan sampingan kepada kehidupan rakyat. Selain
daripada itu, kita juga perlu meningkatkan kesedaran tentang pentingnya menjaga
kebersihan. Ia perlu digerakkan dengan agresif bagi memastikan seluruh rakyat di
Negeri Selangor ini faham dan menukar cara berfikir berkenaan kebersihan.

TUAN SPEAKER : Yang Berhormat.

Y.B. TUAN ABBAS SALIMMI BIN CHE ADZMI @ AZMI : selagi mana cara
berfikir kita tidak berubah

TUAN SPEAKER : Banyak lagi ke Yang Berhormat?

Y.B. TUAN ABBAS SALIMMI BIN CHE ADZMI @ AZMI : selagi itu isu
kebersihan terutama pengurusan sampah sukar untuk diuruskan. Jika kita
mengidamkan Selangor bersih seperti Jepun dan Sweden dan negara-negara lain,
pemikiran kita perlu diubah dahulu. Jika tidak, akan tiba masanya nanti kita akan
berhadapan dengan satu belanja yang besar untuk menguruskan sampah dan
kebersihan pada masa yang akan datang. Tuan Speaker,

TUAN SPEAKER : Yang Berhormat, panjang lagi ke?

Y.B. DATO’ SERI MOHAMED AZMIN BIN ALI : Speaker, Ini dah melampau.
Titah Duli Yang Maha Mulia tuanku Speaker kena berlaku adil.

TUAN SPEAKER : ya, ya, ya.

Y.B. DATO’ SERI MOHMAED AZMIN BIN ALI : Sudah lebih 5 minit.

Y.B. TUAN ABBAS SALIMMI BIN CHE ADZMI @ AZMI : Akhir sekali.

TUAN SPEAKER : Sila tutup, sila tutup.

123
1 MAC 2024 (JUMAAT)

Y.B. DATO’ SERI MOHAMED AZMIN BIN ALI : ini terlalu glaring. terlalu
melampau.

TUAN SPEAKER : Hulu Kelang, duduk.


Y.B. TUAN ABBAS SALIMMI BIN CHE ADZMI @ AZMI : Akhir sekali

TUAN SPEAKER : Hulu Kelang duduk. Saya nak tanya Seri Serdang berapa
lama lagi? Sebab masa. Saya bagi satu minit lagi ya. Satu minit lagi. Ya?

Y.B. TUAN ABBAS SALIMMI BIN CHE ADZMI @ AZMI : Ok, ok. Baik,
baik.

TUAN SPEAKER : Hulu Kelang, sabar. Bila Hulu Kelang berucap, Hulu
Kelang menggunakan masa hampir dua jam walaupun masa Yang Berhormat Ketua
Pembangkang bukannya terhad di bawah Usul Menjunjung Kasih ini.

Y.B. DATO’ SERI MOHAMED AZMIN BIN ALI : Betul, tahu pun.

TUAN SPEAKER : Jadi saya rasa biar BBC ataupun backbenchers yang lain
untuk menggunakan masa yang ada pada mereka untuk habiskan point yang terakhir.
Saya minta Hulu Kelang

Y.B. DATO’ SERI MOHAMED AZMIN BIN ALI : Kami diberikan hanya 10 minit
dan diberhentikan.

TUAN SPEAKER : Yang Berhormat diberi dua jam. Yang Berhormat Seri
Serdang, point terakhir. Point terakhir, point terakhir.

Y.B. TUAN ABBAS SALIMMI BIN CHE ADZMI @ AZMI : Terima kasih
Tuan Speaker yang budiman. Alhamdulillah. Dan akhir sekali Seri Serdang
mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan ke bawah Duli Tuanku Sultan Selangor di
atas keprihatinan baginda tuanku di atas nasib rakyat baginda. Kami Ahli Dewan
Negeri Kerajaan pastinya akan mentaati segala titah tuanku dan kesetiaan kami tidak
pernah luntur apatah lagi kepada institusi beraja dalam negara kami. Kami sesekali
tidak akan membenarkan mana-mana pihak yang cuba mencalarkan imej institusi
beraja terutama dalam Negeri Selangor ini. Tidak dinafikan ada usaha-usaha pihak
tertentu untuk mencalarkan imej institusi beraja dan seperti titah ke bawah Duli
Tuanku berkenaan keputusan MKI ada pihak yang cuba memesongkan fakta dan
seolah-olah Titah Tuanku ini tiada nilai di sisi mereka. Daulat Tuanku. Seri Serdang
menyokong penuh titah ke bawah Duli Tuanku Sultan Selangor.

TUAN SPEAKER : Yang Berhormat Taman Medan. Tiga minit ya.

Y.B. TUAN DR. AFIF BIN BAHARDIN : Saya Taman Medan

124
1 MAC 2024 (JUMAAT)

TUAN SPEAKER : tiga minit, tiga minit.

Y.B. TUAN DR. AFIF BIN BAHARDIN : mulakan ucapan saya pada
TUAN SPEAKER : dua minit saja.

Y.B. TUAN DR. AFIF BIN BAHARDIN : Pada petang ini dengan merakam
sembah dan terima kasih

TUAN SPEAKER : Yang Berhormat Hulu Kelang, jangan kata langgar saja.
Dua minit. Usul telah diluluskan.

Y.B. TUAN DR. AFIF BIN BAHARDIN : ke bawah Duli Yang Maha Mulia
Sultan Selangor atas titah ucapan

TUAN SPEAKER : Taman Medan teruskan.

Y.B. TUAN DR. AFIF BIN BAHARDIN : sepanjang Istiadat Pembukaan


Dewan Negeri Selangor. Pertamanya saya ingin mengucapkan tahniah kepada
rakan-rakan Perikatan Nasional. Kerana daripada jawapan yang diberikan kepada
saya tentang pelaksanaan Program INSAN bahawa Kerajaan Negeri Selangor, tiada
lagi perancangan setakat ini untuk meneruskan Program INSAN bagi tahun 2024. Ini
adalah berkat daripada usaha kami untuk menyemak imbang tata kelola yang
dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Saya ingin mencadangkan kepada
Speaker dalam Jawatankuasa SELCAT nanti, kita akan panggil semua yang terlibat
dalam INSAN ini untuk menjelaskan bagaimana RM12 juta duit rakyat Negeri
Selangor dibelanjakan tapi tidak membawa langsung manfaat kepada rakyat Negeri
Selangor.

Y.B. TUAN GUNARAJAH A/L R GEORGE : Taman Medan, boleh celah?

Y.B. TUAN DR. AFIF BIN BAHARDIN : Ini yang akan kita buat.

Y.B. TUAN GUNARAJAH A/L R GEORGE : Taman Medan, boleh celah?

Y.B. TUAN DR. AFIF BIN BAHARDIN : Tak payah celahlah. Duduklah.

Y.B. TUAN GUNARAJAH A/L R GEORGE : Tak bolehlah. Tadi bila saya
bahas, you celah.

Y.B. TUAN DR. AFIF BIN BAHARDIN : Duduklah. kedua, saya nak tanya

Y.B. TUAN GUNARAJAH A/L R GEORGE : Bagilah peluang celah.

125
1 MAC 2024 (JUMAAT)

Y.B. TUAN DR. AFIF BIN BAHARDIN : Bandar Utama. Saya nak tanya
kepada Bandar Utama tentang Iltizam Sihat Selangor.

Y.B .TUAN GUNARAJAH A/L R GEORGE : Mencelah.

Y.B. TUAN DR. AFIF BIN BAHARDIN : Kuota yang diberikan, diumumkan
oleh Yang Berhormat Bandar Utama hanya 100,000 orang. Yang diberikan kepada
rakyat Selangor. Belanja RM35 juta. Baru-baru ini Yang Berhormat Bandar Utama
maklumkan pada Januari

TUAN SPEAKER : Yang Berhormat, terus kepada soalan. Masa tidak


mengizinkan lagi

Y.B. TUAN DR. AFIF BIN BAHARDIN : Hanya 324 orang sahaja yang sudah
mendaftar semula untuk Iltizam Sihat Selangor. Ini membuatkan ramai orang
terutamanya Taman Medan tak dapat manfaat daripada Iltizam Sihat Selangor,
daripada bulan 12 sampai sekarang. Dan saya nak tahu kenapa Kerajaan Negeri
hanya ada 324 orang sahaja yang daftar balik? Mana yang lain? Kenapa tak beri
saja pada ADN-ADN Perikatan Nasional? Kita boleh bantu. Kita bukan nak kredit
program tetapi orang datang berjumpa dengan kami..

TUAN SPEAKER : Yang Berhormat.

Y.B. TUAN DR. AFIF BIN BAHARDIN : Minta supaya berdaftar

TUAN SPEAKER : Ringkaskanlah, ringkaskan.

Y.B. TUAN DR. AFIF BIN BAHARDIN : Tapi tak dapat daftar.

TUAN SPEAKER : Yang Berhormat, waktu telah tamat.

Y.B. TUAN DR. AFIF BIN BAHARDIN : Jadi saya minta Yang Berhormat
Bandar Utama dapat berikan jawapan kepada kami untuk kita dapat laksanakan
perkara ini dengan lebih baik.

TUAN SPEAKER : Ya, terima kasih.

Y.B. TUAN DR. AFIF BIN BAHARDIN : Ketiga, saya nak bangkitkan tentang
isu-isu Flat Taman Perangsang.

TUAN SPEAKER : Tak boleh lagi Yang Berhormat. Masa, masa. Masa Yang
Berhormat.

126
1 MAC 2024 (JUMAAT)

Y.B. TUAN DR. AFIF BIN BAHARDIN : Isu ni penting Yang Berhormat. Ni isu
fasal orang nak berak tak boleh berak ni.

TUAN SPEAKER : Saya bagi setengah minit lagi.

Y.B. TUAN DR. AFIF BIN BAHARDIN : Flat Taman Perangsang di Petaling
Jaya dah lebih 20 tahun tak ada sistem pembetungan. Dah 20 tahun. Saya telah
kirimkan dan utuskan surat kepada Menteri Besar, kepada Tanjung Sepat dan juga
kepada Sekinchan untuk bantu saya, bantu rakyat saya. Kerana..

Y.B. TUAN GUNARAJAH A/L R GEORGE : Taman Medan, saya..

Y.B. TUAN DR. AFIF BIN BAHARDIN : Kita perlukan RM2juta..

Y.B. TUAN GUNARAJAH A/L R GEORGE : Taman Medan.

Y.B. TUAN DR. AFIF BIN BAHARDIN : Untuk dibelanjakan bagi


menyambung sistem pembetungan di Taman Perangsang di Petaling Jaya..

TUAN SPEAKER : Baiklah, Yang Berhormat.

Y.B TUAN GUNARAJAH A/L R GEORGE : Taman Medan, you kawan


baik sayalah. Saya kesian tengok you.

Y.B. TUAN DR. AFIF BIN BAHARDIN : Bagi membantu 130 unit rumah
pangsa dan 22 unit rumah teres..

TUAN SPEAKER : Yang Berhormat, waktu

Y.B. TUAN DR. AFIF BIN BAHARDIN : Jadi kita dapat bantu..

TUAN SPEAKER : Yang Berhormat.

Y.B. TUAN DR. AFIF BIN BAHARDIN : Sikit saja Yang Berhormat.

TUAN SPEAKER : Sila, sila, sila. Yang Berhormat, kalau nak ucap berdiri
bangun awal-awal. Jangan nak bangun pada minit-minit terakhir. Kena berdiri.

Y.B. TUAN DR. AFIF BIN BAHARDIN : Last.

TUAN SPEAKER : Kena berdiri. Yang Berhormat bukan kali pertama di


dalam Dewan.

Y.B. TUAN DR. AFIF BIN BAHARDIN : Speaker, Titah Tuanku berlaku adil.

127
1 MAC 2024 (JUMAAT)

TUAN SPEAKER : Kita berlaku adil. Masa secukupnya telah diberikan


kepada semua Ahli Yang Berhormat untuk berucap.

Y.B. TUAN DR. AFIF BIN BAHARDIN : Yang Berhormat Speaker. Saya tahu.
Tak, Yang Berhormat Speaker.

TUAN SPEAKER : Ada lagi Ketua Pembangkang mengambil masa dua jam.
Yang lain pun dapat 10 minit setiap satu daripada ADN yang ada di sini mendapat 10
minit, daripada PAS, PBBM dapat 10 minit.

Y.B. TUAN DR. AFIF BIN BAHARDIN : Yang Berhormat Speaker, saya nak
bangkitkan tentang Selangor Green Council.

TUAN SPEAKER : duduk Yang Berhormat. Waktu telah menunjukkan 6.46.


Yang Berhormat Taman Medan duduk.

Y.B. TUAN DR. AFIF BIN BAHARDIN : Selangor Green Council ini sejak
tahun 2020 sehingga sekarang masih lagi tidak ditubuhkan.

TUAN SPEAKER : Taman Medan duduk satu kali. Taman Medan duduk!
Taman Medan duduk! Duduk!

Y.B. TUAN DR. AFIF BIN BAHARDIN : saya berharap Yang Berhormat
Bandar Utama dapat bantu kita.

TUAN SPEAKER : Taman Medan duduk! Duduk!!!

Y.B. TUAN DR. AFIF BIN BAHARDIN : percepatkan Selangor Green Council

Y.B. TUAN DANIAL AL-RASHID BIN HARON AMINAR RASHID : Taman Medan
duduklah Taman Medan.

TUAN SPEAKER : Duduk!!!!!!

..(Dewan Riuh)..

TUAN SPEAKER : Yang Berhormat Taman Medan!! Duduk!!!

..(Dewan Riuh)..

TUAN SPEAKER : Saya tak nak halau Taman Medan. I don’t want to get you
out the house. Sila duduk! Duduk!! Duduk!! Duduk!!

128
1 MAC 2024 (JUMAAT)

Taman Medan duduk!!

Waktu telah cukup. Kalau nak ucap, bangun awal. Duduk!!

Taman Medan duduk!!!

Tolong!! Duduk!!!

Duduk!!

Taman Medan duduk!

Duduk!

Duduk!

Duduk!

Ada peluang lagi minggu depan. Duduk! Duduk!

Yang Berhormat duduk.

Yang Berhormat duduk!!!

Yang Berhormat duduk!! Duduk!!!!

Duduk!! Arahan Speaker, duduk.

Duduk! Duduk! Duduk!

Waktu telah pun (usul telah diluluskan 6.45). duduk.

Duduk, duduk, duduk!!!!

Tidak boleh lagi. Duduk, duduk, duduk, duduk.

Waktu telah pun menunjukkan 6.48. Taman Medan duduk. Kalau Taman Medan nak
bahas, kena berdiri awal-awal. Bukan berdiri pada minit-minit terakhir dan minta masa
tambahan. Tak boleh. Sila duduk.
Duduk!!

Yang Berhormat duduk. Kalau Yang Berhormat berkelakuan macam ini, saya akan
keluarkan Yang Berhormat daripada Dewan. Saya akan keluarkan Taman. Duduk!!!

129
1 MAC 2024 (JUMAAT)

Y.B. TUAN DR. AFIF BIN BAHARDIN : Saya minta untuk sambung pagi Isnin!

TUAN SPEAKER : Duduk!! Duduk!!! Duduk!!! Arahan pertama! Arahan


pertama!

Y.B. TUAN DR. AFIF BIN BAHARDIN : Kalau Yang Berhormat Speaker bagi
peluang dekat saya pada hari Isnin saya akan duduk.

TUAN SPEAKER : Arahan kedua!! Duduk! Duduk! Duduk!

Arahan kedua, duduk. Duduk! Duduk! Duduk! Duduk!

Duduk, duduk, duduk.

Masa telah pun menunjukkan 6.49. masa perlu jaga Yang Berhormat. Yang
Berhormat jaga masa. Kalau Yang Berhormat nak berucap, kena berdiri awal-awal.
Bukan berdiri pada pukul 6.30. Yang Berhormat kena duduk. Duduk!!! Duduk.
Duduk. Duduk. Duduk. Duduk.

Arahan daripada saya (Petua Speaker) 44(1) kalau tidak ingkar arahan Speaker, Yang
Berhormat boleh dikeluarkan daripada Dewan yang mulia ini. Sila jaga tertib. Yang
Berhormat, jaga tertib. Dengarlah Titah Ucapan Tuanku. Jaga tertib. Tidak ada masa
kecederaan, Yang Berhormat pun mencelah orang lain. Masa diberikan. Duduk!!!

Yang Berhormat duduk, ada masa lagi. Duduk, duduk, duduk, duduk. Duduk. saya
minta Yang Berhormat duduk. Duduk. Duduk.

Y.B. TUAN DR. AFIF BIN BAHARDIN : Saya minta Speaker bagi saya 10
minit.

..(Dewan Riuh)..

TUAN SPEAKER : Tak boleh, tak boleh. Duduk. Sila duduk. Saya tak nak
halau Yang Berhormat. Yang Berhormat, saya tak nak halau Yang Berhormat keluar.
Duduk Yang Berhormat, duduk. Mantan EXCO. Yang Berhormat mantan EXCO
Pulau Pinang sepatutnya tahu tertib dalam Dewan. Ini bukan kali pertama Yang
Berhormat dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang ke ataupun Selangor. Yang
Berhormat kena tahu. Duduk. Duduk.

Peluang ada lagi. Minggu depan ada ulasan ataupun ada penggulungan. Saya hanya
boleh Yang Berhormat. Yang Berhormat, Yang Berhormat. Ya.

Ada Peraturan Tetap. Peraturan Tetap. Tak apa Yang Berhormat, masa itu emas.
Saya hanya benarkan Yang Berhormat. Dengar, dengar. Saya hanya benarkan Yang

130
1 MAC 2024 (JUMAAT)

Berhormat semasa penggulungan minggu depan, Yang Berhormat boleh bertanya


soalan. Itu saja yang boleh bagi. Tapi bahas tak boleh. Itu saja.

Baik. Masa penggulungan EXCO, Yang Berhormat boleh tanya soalan walaupun
Yang Berhormat tidak mengambil. Ada mengambil bahagian dalam perbahasan ini?
Ada satu, dua, tiga perkara boleh tanya soalan.

Sila. Itu saja, itu saja Yang Berhormat. Ini adalah.

Tidak boleh, tidak boleh.

Waktu telah pun, kita pun mendapatkan. Masa kena ikut. Yang Berhormat sila duduk.
Saya telah bertolak ansur. Saya telah bertolak ansur.

Ok, baik. Itu saja Yang Berhormat.

Waktu telah pun menunjukkan 6.51. Dewan ini ditangguhkan sehingga ke pukul 10
(4 Mac 2024). Dewan ditangguhkan.

(DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 6.51 PETANG)

131

You might also like