Mohd Radhi Bin Hafi Che Daud LWN Khadijah BT Yaacob

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 9

Mohd Radhi Hj Che Daud lwn.

[2005] 1 CLJ (Sya) Khadijah Yaacob 187

MOHD RADHI HJ CHE DAUD a

lwn.
KHADIJAH YAACOB
MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH, KELANTAN b
DAUD MUHAMMAD HR
AHMAD IBRAHIM HR
NIK HASHIM NIK ABDUL RAHMAN HR
[RAYUAN MAL NO: 30/1995]
13 DISEMBER 1998
c
HADHANAH: Kanak-kanak - Jagaan - Kebajikan kanak-kanak - Kedua-
ibu bapa menuntut di institusi pengajian tinggi - Kanak-kanak dalam
jagaan bapa/nenek sebelah bapa selama lebih tiga tahun - Memberikan
jagaan kepada nenek sebelah ibu - Sama ada bertentangan dengan
kebajikan kanak-kanak - Sama ada akan menyentuh hati kanak-kanak d
- Enakmen Acara Sivil Syariah 1984 [Kelantan] s. 118 - Enakmen
Keluarga Islam 1983 [Kelantan] ss. 70, 71
[Nota Pengarang: Enakmen Acara Sivil Syariah 1984 telah dimansuh oleh
Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah 2002. Enakmen memansuh,
e
namun begitu, telah mengekalkan peruntukan s. 118 dengan sedikit
pindaan melalui s. 121nya. Enakmen Keluarga Islam 1983 juga telah
dimansuh oleh Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2002 – tetapi
peruntukkan ss. 70 & 71 Enakmen 1983 masih dikekalkan masing-masing
oleh ss. 82 dan 83 Enakmen memansuh tersebut dengan sedikit pindaan]
f
Dalam pertikaian mengenai hak untuk menjaga dua orang kanak-kanak kembar
di sini, Mahkamah Kadi Khas, Tanah Merah telah memberikan hak jagaan
kepada nenek di sebelah ibu kanak-kanak tersebut (‘yang menuntut’). Terkilan
bapa kanak-kanak tersebut (‘perayu’) telah merayu terhadap keputusan yang
dibuat. Di hadapan yang arif hakim-hakim rayuan, persoalan penting yang timbul g
adalah sama ada keputusan mahkamah di bawah harus dibatal – sekaligus
memberikan hak jagaan kepada perayu – dalam keadaan di mana: (i) ibu bapa
kanak-kanak tersebut masih belum bercerai (ibu sedang belajar di Universiti
Kebangsaan Malaysia dan bapa belum tamat pelajaran di luar negara); (ii)
kanak-kanak kini berada dalam jagaan perayu di bawah asuhan emak perayu
h
(‘Mariam’), iaitu nenek di sebelah bapa kanak-kanak tersebut; dan (iii)

i
188 Laporan Syariah [2005] 1 CLJ (Sya)

a mahkamah di bawah, dalam mencapai keputusannya, hanya mendengar saksi-


saksi yang menuntut dan seorang saksi perayu sahaja, tanpa mendengar
keterangan perayu atau hujah penggulungan yang hendak dibuat oleh peguam
perayu.
Diputuskan (membenarkan rayuan):
b
Daud Muhammad HR menyampaikan penghakiman mahkamah
[1] Perbicaraan di bawah cacat dari segi prosedur. Mahkamah Kadi tidak
mendengar jawapan daripada perayu sedangkan perayu hadir semasa
perbicaraan hari pertama itu. Sepatutnya perayu boleh didengar di sebelah
c petang selepas mahkamah berehat. Selain itu, permohonan peguam perayu
untuk mengemukakan hujah di akhir perbicaraan sebelum keputusan
diumumkan telah ditolak tanpa alasan yang boleh diterima dari segi
undang-undang atau hukum syarak. Hak ibu juga tidak dijelaskan sama
ada layak menjaga kanak-kanak tersebut atau sebaliknya sebelum
d dibenarkan berpindah kepada nenek sebelah ibu. (ms 193 a-e)
[2] Tujuan hadhanah atau penjagaan kanak-kanak ialah muslihat dan kebaikan
kanak-kanak yang dipelihara sebagai hak asasi kanak-kanak itu dan hak
ini mesti diutamakan lebih dari hak pihak-pihak yang ingin memelihara
mereka. Dalam kes ini, Kadi Khas nampaknya lebih cenderung
e mengambil kira kepentingan dan keadaan pihak yang menuntut, dan tidak
menitik-beratkan kepentingan dan kebajikan kedua-dua kanak-kanak.
(ms 194 c; 195 a)
[3] Tiada keterangan yang menunjukkan bahawa muslihat dan kebaikan
f
kanak-kanak tersebut telah terjejas ketika berada dalam peliharaan perayu
dan Mariam. Selain itu, kedua-dua kanak-kanak sudah berada di bawah
jagaan perayu, dalam peliharaan dan asuhan nenek mereka Mariam, sejak
3 Mac 1995 lagi, yang bermakna sudah lebih tiga tahun kanak-kanak
tersebut duduk menetap bersama-sama dengan neneknya Mariam – suatu
tempoh yang mencukupi untuk membentuk kemesraan di antara kanak-
g
kanak tersebut dengan neneknya itu. Mahkamah percaya akan tersentuh
hati kanak-kanak tersebut kalau dipisah dari neneknya Mariam.
(ms 195 b-d)
[Rayuan dibenarkan. Keputusan mahkamah di bawah dibatalkan. Jagaan
h kedua kanak-kanak diberikan kepada perayu dan ibunya Mariam]

i
Mohd Radhi Hj Che Daud lwn.
[2005] 1 CLJ (Sya) Khadijah Yaacob 189

HADHANAH: Children - Custody - Welfare of child - Both parents a


studying in institutes of higher learning - Children cared for by father/
paternal grandmother for three years running - Granting custody of
children to maternal grandmother - Whether against interest of children
- Whether would upset children emotionally - Syariah Civil Procedure
Enactment 1984 [Kelantan] s. 118 - Islamic Family Law Enactment 1983 b
[Kelantan] ss. 70, 71
[Editor’s Note: The Syariah Civil Procedure Enactment 1984 was repealed
by the Syariah Court Civil Procedure Enactment 2002. The repealing
Enactment, however, has retained and reproduced s. 118 vide its s. 121
with slight amendment. The Islamic Family Law Enactment 1983 too was c
repealed by the Islamic Family Law Enactment 2002 – but the repealing
Enactment, likewise, has retained ss. 70 & 71 thereof vide its ss. 82 & 83
with slight amendment]
In the tussle for the custody of twin children herein, the Special Kadi Court, d
Tanah Merah, granted custody of the children to their maternal grandmother
(‘the claimant’). Dissatisfied, the children’s father (‘the appellant’) appealed
against the order. Before the learned appellate judges, the main issue that arose
was whether the order of the court below ought to be revoked – and hence
whether custody ought to be given to the appellant – in circumstances where:
e
(i) the parents of the children had remained married; (the mother was a student
at the National University, Malaysia whilst the father had not completed his
studies overseas); (ii) the children were presently under the care of the
appellant and the appellant’s mother (‘Mariam’), the children paternal
grandmother (‘Mariam’) and (iii) the court below, in coming to its decision,
had only heard the claimant’s witnesses and one witness for the appellant, f
and had seemingly refused to hear the appellant counsel’s submission.
Held (allowing the appeal):
Daud Muhammad AJ delivering the judgment of the court
g
[1] The trial below was procedurally flawed. The Kadi Court had not
hearkened to hear the evidence of the appellant notwithstanding that he
was present in court on the first day of the hearing. The court ought
to have heard the appellant in the afternoon after the recess. This aside,
the application of the appellant’s counsel to submit was refused without
any valid reason in law or in syarak. Likewise, no explanation was made h
as to the mother’s right, ie. whether or not she was entitled to custody
before custody could shift to the children’s maternal grandmother.

i
190 Laporan Syariah [2005] 1 CLJ (Sya)

a [2] The purpose of hadhanah or guardianship of children is their interest and


welfare as a matter of their fundamental right, and this right must
override and take priority over all other considerations, including the
interest of those who prompted to be their custodian or guardian. In the
present case, the Special Kadi, instead of according priority to the
b children’s welfare and interest, was apparently more inclined to give
considerations to the need and interest of the claimant.
[3] There was no evidence to show that the welfare and well-being of the
children were adversely affected while they were under the care of the
appellant and Mariam. In addition, both children had been under the
c guardianship of the appellant, and the care of Mariam, since 3 Mac 1995,
meaning that they had been under the care of Mariam for more than 3
years – a period sufficient to create a bond of love between the children
and their said grandmother. The court is inclined to believe that to
separate the children from their paternal grandmother Mariam would, in
d the circumstances, disturb them emotionally.
[Appeal allowed. Decision of court below revoked. Custody of children
reverted to appellant and his mother Mariam]

Kes-kes yang dirujuk:


e
Wan Abdul Aziz lwn. Siti Aishah [1975] 1 JH(1) : 47

Perundangan yang dirujuk:


Enakmen Acara Sivil Syariah 1984 [Kelantan], s. 118
Enakmen Keluarga Islam 1983 [Kelantan], ss. 70, 71
Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1982 [Kelantan], s. 20(1)
f
Kitab-kitab yang dirujuk:
I’aanah al-Talibin
Matla’ al Badrain
Nihayat al-Muhtaj
Sunan Abi Daud
g
Bagi pihak perayu - Rosniza Muhamad
Bagi pihak responden - Nik Mohd Amin Nik Abdullah

i
Mohd Radhi Hj Che Daud lwn.
[2005] 1 CLJ (Sya) Khadijah Yaacob 191

PENGHAKIMAN a

Daud Muhammad HR:


Dalam kes ini pihak merayu telah membuat rayuan terhadap keputusan
Mahkamah Kadi Khas di Tanah Merah, Kelantan mengenai hak jagaan dua
orang anak lelaki kembar cucu pihak menentang yang dilahirkan pada 3 Januari b
1994 iaitu Mohamad Amir Akram bin Mohamed Radzi dan Mohamad Amir
Ikram bin Mohamed Radzi. Kedua-dua ibu bapa kepada kanak-kanak itu belum
bercerai akan tetapi ibu mereka sedang belajar di Universiti Kebangsaan Bangi
dan ayahnya pun belum tamat pelajarannya di luar negara. Kedua-dua kanak-
kanak tersebut telah berada di bawah jagaan bapanya Mohamed Radzi dalam
c
peliharaan dan asuhan Mariam binti Che Mamat, ibu Mohamed Radzi. Pada
mulanya anak-anak itu dijaga secara bergilir-gilir, dua minggu di rumah perayu
dan dua minggu di rumah bapa mereka lebih kurang setahun, lepas itu jadi
huru hara rumahtangga sejak Hari Raya Puasa 1415 Hijrah bersamaan 3
haribulan Mac 1995 dan selepas itu kanak-kanak itu telah diambil oleh bapanya
dan dipelihara oleh ibunya, Mariam binti Che Mamat. Tuntutan telah dibuat d
oleh nenek anak-anak itu kerana ibu mereka masih belajar di Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Mahkamah Kadi Khas Tanah Merah telah mendengar keterangan dari pihak
menuntut dan saksi-saksinya termasuk ibu kanak-kanak itu pada 18 September e
1995. Pada hari itu pihak kena tuntut ada hadir dan bersedia untuk memberi
keterangan dengan menyediakan dua orang saksi. Akan tetapi pada 2.20 petang
hari itu, kadi itu telah menangguhkan perbicaraan kes itu hingga 24 September
1995. Sayangnya pada hari yang ditetapkan itu pihak kena tuntut dan peguamnya
tidak dapat hadir oleh kerana kena tuntut ada di luar negeri dan peguamnya
f
uzur dan selepas mendengar seorang yang dipanggil oleh mahkamah sebagai
saksi kena tuntut dan penggulungan peguam yang menuntut kadi telah
menangguhkan kes itu untuk keputusan pada 22 Oktober 1995. Pada 22
Oktober 1995 peguam yang kena tuntut memohon untuk membuat rumusan
akan tetapi tidak dibenarkan oleh kerana kadi berkata hari itu telah ditetapkan
g
untuk keputusan mahkamah. Mahkamah telah memberi hukumannya
mensabitkan tuntutan yang menuntut dan menghukumkan dia layak dan berhak
pada hadhanah dua cucunya dari 22 Oktober 1995 sehingga dua kanak-kanak
tersebut meningkat umur sepuluh tahun atau datang perintah lain dari mahkamah.
Dihukumkan juga pihak yang kena tuntut boleh datang bagi bermesra dengan
dua orang anaknya pada masa yang sesuai seperti pada hujung minggu dan h
hari kelapasan am dan boleh membawa mereka ke mana-mana untuk bersiar-

i
192 Laporan Syariah [2005] 1 CLJ (Sya)

a siar dengan syarat kedua-duanya dihantar kembali kepada penjaganya. Dalam


keputusannya kadi telah berkata hukumannya berdasar kepada beberapa kitab
termasuk ‘I’aanah al-Talibin dan Nihayat al-Muhtaj dan beberapa undang-
undang iaitu s. 70 Enakmen Keluarga Islam Kelantan, s. 10 (2) Enakmen
Pentadbiran Mahkamah Syariah Kelantan 1984 dan s. 20 (1) Enakmen
b Pentadbiran Mahkamah Syariah Kelantan 1982. Sayangnya butir-butir lengkap
kitab-kitab dan undang-undang itu tidak diberi.
Rayuan telah dibuat oleh pihak kena tuntut-perayu dalam kes ini pada 6 Ogos
1996 akan tetapi sayangnya rayuan itu hanya dapat didengar oleh Mahkamah
Rayuan Syariah pada 13 Disember 1998. Dalam masa itu kanak-kanak itu
c masih tinggal dengan ibu perayu iaitu Mariam binti Che Mamat menjadikan
jumlah masa di mana kanak-kanak itu telah tinggal dengannya lebih daripada
tiga tahun.
Dari segi acara rujukan boleh dibuat kepada s. 118 Enakmen Acara Sivil Syariah
d Kelantan 1984 yang memperuntukkan:
(1) Jika satu tindakan dipanggil:

(a) tiada satu pihak pun hadir, tindakan itu boleh dibuang;

(b) defendan tidak hadir, mahkamah boleh (tertakluk kepada bukti formal
e penyampaian):

(i) Di mana tuntutan itu adalah jumlah-jumlah tertentu memberi


penghakiman kepada plaintif dengan serta merta.

(ii) Dalam lain-lain kes membicara dan memutuskan tindakan di dalam


f ketidakhadirannya.

(iii) Plaintif tidak hadir tuntutan boleh dibuang dan mahkamah boleh
membicarakan dan memutuskan mana-mana tuntutan balas.

(1) Mahkamah boleh mengikut budi bicaranya dalam kes tersebut memerintahkan
penangguhan.
g
(2) Mana-mana penghakiman atau perintah yang diberi semasa satu pihak tidak
hadir boleh, atas permohonannya dan jika sebab yang patut berkenaan
ketidakhadirannya diberi, diketepikan dan prosiding itu boleh dibicarakan
semula atas terma-terma berkenaan kos atau sebaliknya seperti yang
difikirkan patut oleh mahkamah. Notis permohonan hendaklah diberi kepada
h
pihak lawan.

i
Mohd Radhi Hj Che Daud lwn.
[2005] 1 CLJ (Sya) Khadijah Yaacob 193

Dalam kes ini perbicaraan tidak lengkap. Mahkamah Kadi tidak mendengar a
jawapan daripada kena tuntut sedangkan beliau hadir semasa perbicaraan hari
pertama dan sepatutnya boleh didengar di sebelah petang selepas mahkamah
berehat dan lagi permohonan peguam kena tuntut untuk mengemukakan
rumusan dan hujah di akhir perbicaraan sebelum keputusan diumumkan ditolak
tanpa alasan yang boleh diterima dari segi undang-undang atau hukum syarak b
supaya keadilan dapat ditegakkan kepada semua pihak baik kepada pendakwa
atau kena dakwa. Rasulullah S.A.W. ketika mengutus Sayyidina Ali k.w.
menjadi kadi ke Yaman telah bersabda yang bermaksud:
Apabila datang dua orang yang bertikai duduk di hadapan kamu, jangan sekali-
kali kamu menghukum sehingga kamu mendengar hujah pihak kedua. c

Hadis No. 3438 dalam Mukhtasar Sunan Abi Daud


Dalam kitab Matla’ al-Badrain ada disebut maksudnya:
Seorang kadi wajib menyamai antara orang yang mendakwa dan orang yang d
didakwa ketika mendengar keterangan, kadi hendaklah mendengar keterangan dua-
dua pihak yang terlibat (pendakwa dan yang didakwa). Jangan hanya mendengar
keterangan seorang sahaja tanpa yang seorang lagi.

Dalam kes ini ibu bapa kepada kanak-kanak belum bercerai dan hak ibu tidak
dijelaskan sama ada layak menjaga kanak-kanak tersebut atau sebaliknya e
sebelum dibenarkan berpindah kepada nenek sebelah ibu. Seksyen 70 dan 71
Enakmen Keluarga Islam Kelantan 1983 memperuntukkan:
70(1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan s. 71 ibu adalah yang paling berhak
dan segala orang bagi menjaga anak kecilnya dalam masa ibu itu masih
dalam perkahwinan dan juga selepas perkahwinannya dibubarkan. f

(2) Jika mahkamah berpendapat bahawa ibu adalah hilang kelayakan hak
hadhanah atau penjagaan anaknya mengikut hukum syarak, maka hak itu
hendaklah berpindah kepada orang-orang mengikut susunan keutamaan
yang berikut:
g
(a) nenek sebelah ibu hingga ke atas peringkatnya

(b) bapa

(c) ... ... ...(m)

Dengan syarat bahawa penjagaan orang lain itu tidak menyentuh muslihat kanak- h
kanak itu...

71. Hadhanah, iaitu perempuan yang mempunyai hak menjaga seorang kanak-
kanak, adalah berhak menjalankan hak terhadap hadhanah jika:

i
194 Laporan Syariah [2005] 1 CLJ (Sya)

a (a) ianya adalah seorang Islam;

(b) ianya adalah sempurna akal;

(c) ianya berumur yang melayakkan ia memberi kepada kanak-kanak itu


jagaan dan kasih sayang yang mungkin diperlukan oleh kanak-kanak
b itu;

(d) ianya berkelakuan baik dari segi akhlak Islamiah;

(e) ianya tinggal di tempat di mana kanak-kanak itu tidak mungkin


menghadapi apa-apa akibat buruk dari segi akhlak dan jasmani.
c Tujuan hadhanah atau penjagaan kanak-kanak ialah muslihat dan kebaikan
kanak-kanak yang dipelihara sebagai hak asasi bagi kanak-kanak itu dan hak
itu mesti diutamakan lebih dari hak pihak yang ingin memelihara mereka. Dalam
kes Wan Abdul Aziz lwn. Siti Aishah (1975) 1 JH(1) : 47 tuntutan telah dibuat
oleh Siti Aishah seorang Penolong Kanan Guru Sekolah di Kota Bharu untuk
d mendapatkan hak jagaan anaknya Wan Anita Kartini. Yang kena tuntut
suaminya Wan Abdul Aziz ialah seorang Jurutera di Kota Bharu. Dua-dua
mereka telah berkahwin di Australia dan mendapat dua orang anak, Wan
Halimatul Tasma dan Wan Anita Kartini. Dari November 1972 mereka telah
tinggal berasingan dan anak yang pertama telah tinggal bersama dengan ibunya
e dan anak yang kedua Wan Anita dengan bapanya. Dua-dua pihak telah bercerai
pada Januari 1974. Yang menuntut masih janda dan dia membuat permohonan
supaya anaknya Wan Anita Kartini diserahkan kepadanya. Mahkamah Kadi
telah menghukumkan anak itu diserahkan kepada ibunya pihak kena tuntut. Pihak
kena tuntut telah merayu kepada jemaah keadilan, yang telah terima rayuan
dan menghukumkan anak itu hendaklah tetap di bawah jagaan bapanya dalam
f
pemeliharaan dan asuhan ibunya dan nenek kepada anak itu. Dalam
keputusannya Dato’ Haji Mohamad Noor bin Haji Ibrahim, Mufti Kerajaan
Kelantan dan Pengerusi Jemaah Pengadilan telah berkata:
Pokok dan tujuan hadhanah ialah muslihat dan kebaikan budak yang dipelihara
g dan dijaga sebagai hak asasi bagi budak itu. Hak yang mesti diutamakan lebih
dari hak pihak yang memelihara sebagaimana yang difahamkan daripada fatwa
Ibnu al-Salah yang tersebut di dalam “Tuhfah” dan “Nihayah” serta diakui
muktamadnya oleh Al-Shabramulsi juga sebagaimana yang disalinkan oleh Syed
Sabiq di dalam Fuqhul Sunnah Juzuk 8 yang bermaksud:

h Sesungguhnya setiap yang menjaga dan yang dijaga (anak) mempunyai


hak dalam hal pemeliharaan tetapi hak yang dijaga lebih kuat dari hak yang
menjaga “. Dan diterangkan oleh Ibn Qudamah dengan katanya yang
bermaksud-” Thabitnya hadhanah adalah untuk menentukan nasib
(kepentingan) kanak-kanak itu.

i
Mohd Radhi Hj Che Daud lwn.
[2005] 1 CLJ (Sya) Khadijah Yaacob 195

Dalam kes ini Kadi Khas nampaknya lebih cenderung dalam memutuskan kes a
ini dengan lebih mengambil kira kepentingan dan keadaan pihak yang menuntut
tanpa lebih beratkan kepada kepentingan dan kebajikan kedua-dua kanak-kanak
tersebut.
Di dalam kes ini tidak ada keterangan yang menunjukkan terjejas muslihat dan
b
kebaikan kedua-dua kanak-kanak itu dalam peliharaan yang merayu (pihak yang
kena tuntut) yang dijaga oleh keluarga dan ibu yang merayu Mariam binti Che
Mamat. Kadi Khas lebih utamakan hak penjagaan ibu kanak-kanak, kemudian
nenek sebelah ibu. Kedua-dua kanak-kanak tersebut telah berada di bawah
jagaan bapanya Mohd Radhi dalam peliharaan dan asuhan Mariam binti Che
Mamat (ibu Mohd Radhi) sejak Hari Raya Puasa 1415 Hijrah bersamaan 3 c
haribulan Mac 1995 dan setelah lebih kurang empat bulan barulah dibuat tuntutan
hadhanah dan sehingga ke hari ini kedua-dua kanak-kanak tersebut telah duduk
menetap bersama-sama ibu Mohd Radhi, Mariam binti Che Mamat selama lebih
daripada tiga tahun iaitu suatu tempoh yang dipercayai menjadikan kedua-dua
kanak-kanak Mohd Akram dan Mohd Ikram telah berkemesraan penuh dengan d
neneknya Mariam. Maka berdasarkan kepada keadaan tersebut mahkamah
percaya akan tersentuh hati kanak-kanak tersebut kalau dipisah secara tergesa-
gesa dari neneknya Mariam.
Keputusan
e
Oleh kerana sebab-sebab yang disebut di atas Mahkamah Rayuan Syariah
dengan sebulat suara membuat keputusan bahawa rayuan diterima dan hukuman
Kadi Khas pada 22 Oktober 1995 dibatalkan. Maka tuntutan Khadijah binti
Yaacob dalam kes ini tidak sabit dan kedua-dua kanak-kanak itu iaitu Mohamad
Amir Akram bin Mohamed Radzi dan Mohamad Amir Ikram bin Mohamed
Radzi yang dituntut itu ditetapkan di bawah jagaan dan pengawasan bapanya f
Mohamed Radzi bin Haji Che Daud dalam pemeliharaan dan asuhan orang
yang diharapkannya iaitu ibunya Mariam binti Che Mamat. Dalam pada itu
hendaklah sentiasa diadakan hubungan silaturrahim di antara kedua-dua kanak-
kanak tersebut dengan ibunya Roselaili binti Muhamad dan neneknya Khadijah
binti Yaacob kerana memutuskan silaturrahim di antara kaum kerabat adalah g
haram khasnya antara anak dan ibu. Perhubungan ini hendaklah diaturkan
sebaik-baiknya oleh perayu Mohamed Radzi bin Haji Che Daud sebagaimana
yang dipersetujui olehnya sendiri di dalam mahkamah dan hendaklah menepati
janji dan kesanggupannya itu.
h

You might also like