Kerja Lapangan Geo

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 20

SEKOLAH MENENGAH

KEBANGSAAN SEPAGAYA, LAHAD


DATU, SABAH

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI


TINGKATAN 2

TAJUK:
AMALAN BERKONSEPKAN
TEKNOLOGI HIJAU DI RUMAH
TAMAN SRI PERDANA, LAHAD
DATU SABAH

Disediakan oleh:
Nur Ayunny Auny Binti Rasmedy
Tingkatan 2KAA
SENARAI KANDUNGAN

1. PENGHARGAAN
2. PENDAHULUAN
3. OBJEKTIF KAJIAN
4. KAWASAN KAJIAN
5. KAEDAH KAJIAN
6. HASIL KAJIAN
7. RUMUSAN
8. RUJUKAN
9. LAMPIRAN
PENGHARGAAN

Saya bersyukur kerana dapat menyiapkan


tugasan Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 2.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada guru
mata pelajaran Geografi saya iaitu Encik Julhia
kerana telah membantu saya dalam
penyediaan laporan kerja lapangan ini. Tunjuk
ajar sepanjang penyediaan laporan ini
merupakan hasil komitmen yang jitu daripada
beliau. Saya amat menghargai bantuan beliau
yang telah bertungkus-lumus menyediakan
tugasan ini.
PENDAHULUAN
Saya telah menjalankan kajian tentang amalan
berkonsepkan teknologi hijau di Taman Sri
Perdana, Lahad Datu Sabah. Saya menulis
laporan ini kerana pengurusan sumber semula
jadi yang tidak terancang seperti penerokaan
tanah secara berleluasa, pelepasan gas karbon
dioksida ke atmosfera, pembuangan sisa
pepejal dan sebagainya menyebabkan
pencemaran. Saya menjalankan kajian ini
selama 5 hari bermula pada 2 Disember
sehingga 7 Disember. Pengumpulan data
dijalankan dengan melayari internet dan media
sosial untuk mendapatkan maklumat yang lebih
tepat. Kajian lapangan lengkap dan
membolehkan saya mencapai PBD yang
cemerlang.
OBJEKTIF KAJIAN

Saya menjalankan kerja lapangan di Taman Sri


Perdana, Lahad Datu, Sabah bertujuan untuk:

 Menghuraikan dan menerangkan definisi


konsep teknologi hijau.

 Membincangkan kepentingan amalan


berkonsepkan teknologi hijau di rumah.

 Menjelaskan masalah untuk melaksanakan


amalan berkonsepkan teknologi hijau di
rumah.

 Menjelaskan langkah-langkah yang boleh


dijalankan bagi mempraktikkan amalan
berkonsepkan teknologi hijau di rumah.
KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian saya adalah di sekitar Taman Sri
Perdana, Lahad Datu, Sabah.

KAEDAH KAJIAN
Saya menjalankan kajian menggunakan kaedah
yang berikut:

Pemerhatian – Saya menggunakan kaedah ini


untuk mengetahui amalan berkonsepkan
teknologi hijau di rumah yang sesuai diamalkan
dengan situasi kawasan kajian saya.

Rujukan –Rujukan buku di buku teks dan


internet digunakan untuk mengetahui
kepentingan amalan berkonsepkan teknologi
hijau di rumah.
HASIL KAJIAN
Definisi konsep teknologi hijau
1. Teknologi hijau ialah pembangunan produk,
peralatan dan sistem untuk memelihara dan
memulihara alam sekitar serta sumber semula
jadinya.
2. Teknologi hijau juga merupakan teknologi
yang mapan iaitu memenuhi keperluan pada
masa kini tanpa menjejaskan keperluan
generasi masa depan.
KEPENTINGAN AMALAN BERKONSEPKAN
TEKNOLOGI HIJAU DI RUMAH IALAH:

SOSIAL
 Peningkatan suhu dapat dikurangkan.
 Membendung pencemaran bunyi.
 Kualiti udara dapat ditingkatkan.
 Kualiti hidup masyarakat dapat
ditingkatkan.
 Kemudahan infrastruktur dapat
ditingkatkan.

EKONOMI
 Produktiviti dapat ditingkatkan.
 Keuntungan dapat ditingkatkan.
 Kos operasi dapat dikurangkan.
 Dapat meneroka peluang untuk
mengeksport produk hijau yang telah
dihasilkan.
 Dapat menyumbang kepada pendapatan
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
melalui industri fotovo

MENJANA TENAGA
 Dapat mengurangkan kebergantungan
kepada sumber tenaga yang tidak boleh
diperbaharui.
 Dapat mempromosikan kecekapan guna
tenaga negara iaitu mesra pengguna dan
selamat.
 Dapat menjana tenaga semula jadi seperti
angin, air, solar dan ombak.
MEMELIHARA DAN MEMULIHARA ALAM
SEKITAR
 Kualiti udara dan air dapat ditingkatkan.
 Sumber semula jadi dapat dilindungi.
 Pelepasan gas karbon ke udara dapat
dikurangkan.
 Keseimbangan ekosistem dapat
dilindungi.
 Penggunaan bahan yang boleh dikitar
semula.

Dari segi peningkatan kualiti hidup rakyat


dengan menjamin kualiti alam sekitar yang
lebih mapan. Pencemaran udara, air, bunyi dan
sebagainya akan menjejaskan kualiti hidup
rakyat sekiranya masalah tersebut dibiarkan
berterusan.
TERDAPAT BEBERAPA MASALAH UNTUK
MELAKSANAKAN AMALAN BERKONSEPKAN
TEKNOLOGI HIJAU. ANTARANYA IALAH:

 Kos untuk membeli produk hijau.


 Masalah pembuangan sampah merata-rata
yang menjadi punca pencemaran atau
longkang dan parit tersumbat.
 Penggunaan tenaga berlebihan.
 Penggunaan produk mesra alam
berkurangan.
 Pembaziran air.
LANGKAH-LANGKAH YANG BOLEH DIJALANKAN
BAGI MEMPRAKTIKKAN AMALAN
BERKONSEPKAN TEKNOLOGI HIJAU DI RUMAH

PENJIMATAN TENAGA
 Praktikkan penggunaan pencahayaan
semula jadi.
 Tutup suis dan cabut plag peralatan eletrik
yang tidak digunakan.
 Tetapkan suhu penyaman udara minimum
pada 24 darjah Celsius.

PEROLEHAN PRODUK HIJAU


 Utamakan penggunaan bahan mesra alam.
 Amalkan pembelian bahan kimia
biodegradasi untuk pembersihan dan
penyelenggaraan.
 Gunakan kertas kitar semula.
 Galakkan penggunaan kereta hybrid.
PENGANGKUTAN
 Amalkan penggunaan pengangkutan awam
atau perkongsian kenderaan.
 Gunakan perkhidmatan park atau ride
untuk mengurangkan kesesakan jalan raya.
 Galakkan penggunaan basikal atau berjalan
kaki ke sekolah atau pejabat mengikut
kesesuaian.

PENGURANGAN SISA
 Meminimumkan penggunaan peralatan
pakai buang untuk mengurangkan sisa
pepejal.
 Kuat kuasakan pengasingan sisa pepejal isi
rumah secara berperingkat.
PENJIMATAN AIR
 Pastikan pili air ditutup dengan betul.
 Buat aduan dengan segera jika terdapat
kerosakan atau kebocoran paip.
 Menadah air hujan untuk digunakan semula
bagi mencuci kereta, halaman rumah dan
menyiram tumbuhan.

AMALAN 5R
 Gunakan tong kitar semula yang betul.
 Galakkan pengedaran dokumen secara
eletronik.
 Cetak atau membuat salinan di kedua-dua
belah muka surat.
LANDSKAP
 Menanam pokok di persekitaran rumah.
 Pastikan sistem perparitan berfungsi
dengan baik.
RUMUSAN
Rumusannya, amalan berkonsepkan teknologi
hijau di rumah yang paling utama ialah
penjimatan tenaga, penjimatan air,
pengurangan sisa, amalan 5R dan landskap.
Penjimatan tenaga amat penting. Dengan
menjimatkan tenaga, kita sebagai individu
sudah menyumbang kepada pengurangan CO2
dan perubahan iklim. Kita semua sebagai
individu boleh memberi impak dan membuat
perubahan kecil untuk memperbaiki keadaan.

Pelbagai masalah dihadapi untuk melaksanakan


amalan berkonsepkan teknologi hijau di rumah.
Antaranya adalah pencemaran udara,
penggunaan tenaga berlebihan, pembaziran air
dan sebagainya.
Terdapat beberapa cadangan untuk
menghadapi masalah untuk melaksanakan
amalan berkonsepkan teknologi hijau.
Antaranya adalah dengan tutup suis dan cabut
plag peralatan eletrik yang tidak digunakan,
kuat kuasakan pengasingan sisa pepejal isi
rumah secara berperingkat dan memastikan pili
air ditutup dengan betul.

Saya bersyukur kerana dapat menjalankan


kajian ini dan berharap kajian ini dapat
memberi manfaat kepada penduduk dan
masyarakat umum. Kajian ini juga diharap
dapat mewujudkan masyarakat yang
bertanggungjawab dan bekerjasama antara
satu sama lain.
RUJUKAN
BUKU
 Buku Teks Geografi Tingkatan 2

INTERNET
 https://www.bharian.com.my/amp/
taxonomy/term/61/2015/03/40615/
teknologi-hijau-tingkat-kualiti-hidup-pacu-
ekonomi-negara
 https://question.pandai.org/note/read/gf-
08-05-02/kssm-f2-gf-05/teknologi-hijau
LAMPIRAN

You might also like