STPM D1 STPM 2024 Edisi 10 April

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 24

STPM/D1

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA


PANDUAN PENDAFTARAN CALON

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)


2024

UNTUK KEGUNAAN
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI/
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH/
SEKOLAH/INSTITUSI/CALON

KEMASKINI : 10 APRIL 2023

1
KANDUNGAN
Perkara Halaman

1. Tarikh-Tarikh Penting Pendaftaran Calon STPM 2024 3-4


2. Syarat kelayakan untuk Menduduki Peperiksaan 5
3. Mata Pelajaran yang Ditawarkan 6
4. Pemilihan Mata Pelajaran 7
5. Pendaftaran Masuk Peperiksaan STPM 7-9
6. Tukar/Tambah/Gugur Mata Pelajaran STPM 9 - 11
7. Pendaftaran Lewat Bagi Calon Yang Ingin Mengulang Untuk Memperbaiki 11 - 12
Keputusan STPM Tahun Sebelumnya
8. Kaedah Mengulang untuk Memperbaiki Keputusan STPM 12 - 14
9. Pembetulan Maklumat 14
10. Pusat Peperiksaan STPM 15
11. Jadual Waktu Peperiksaan 15
12. Perpindahan Pusat Peperiksaan STPM 15 - 16
13. Penarikan Diri daripada Peperiksaan STPM 16
14. Penangguhan Peperiksaan STPM 17
15. Penyakit Berjangkit 18
16. Calon Berkeperluan Pendidikan Khas (CBPK) 18
17. Kerja Kursus STPM 18 -19
18. Peluang Memperbaiki Keputusan Peperiksaan Semester (Peperiksaan Ulangan) 19 - 20
19. Rayuan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan Semester 20 - 21
20. Pembetulan Markah Kerja Kursus (KK) STPM 21
21. Sijil STPM 21 - 22

2
1. TARIKH-TARIKH PENTING PENDAFTARAN CALON STPM 2024 (Semester 1)
Bil. Tarikh bagi jenis calon Perkara
Sekolah/Institusi Persendirian Individu
(Calon jenis 1, 2, 7, (Calon jenis 3)
dan 8)
Pendaftaran calon sekolah/institusi dan calon
1 1 Ogos 2023 1 Ogos 2023 persendirian individu bagi peperiksaan STPM
2023 secara dalam talian dibuka.
Pendaftaran calon sekolah/institusi dan calon
2 30 Ogos 2023 30 Ogos 2023 persendirian individu bagi peperiksaan STPM
2023 secara dalam talian ditutup.
Maklumat Calon Istimewa dari Segi
3 30 September 2023 30 September 2023 Penglihatan(Buta/Rabun),Anggota/Spastik,
Pertuturan (Sengau), Pendengaran (Kurang
Dengar/Pekak) [STPM/K13(Pindaan 2021)]
diterima (jika ada).
Penghantaran borang Maklumat Calon
4 30 Oktober 2023 30 Oktober 2023 Istimewa Dari Segi Penglihatan (Buta)
(STPM/K11.1) dan borang Maklumat Calon
Istimewa Dari Segi Penglihatan (Rabun),
Anggota/Spastik, Pertuturan (Sengau),
Pendengaran (Kurang Dengar/Pekak)
[STPM/K13(Pindaan 2021)]
Laporan Pendaftaran Kemasukan Calon
5 22 Disember 2023 22 Disember 2023 (LPKC) Semester 1 (S1) dimuatnaik ke portal
Majlis Peperiksaan malaysia,
http://www.mpm.edu.my untuk disemak dan
dicetak oleh Setiausaha Peperiksaan (SUP)
Sekolah/Institusi.
Tarikh akhir SUP mengemukakan salinan
6 5 Januari 2024 5 Januari 2024 pembetulan maklumat calon dalam LPKC
S1 kepada MPM (tertakluk kepada tarikh
LPKC S1 dimuat naik ke portal MPM, ia
percuma jika dalam tempoh 14 hari dari tarikh
muat naik LPKC)
Penghantaran Rumusan Kemasukan Calon
7 22 Disember 2023 22 Disember 2023 (RKC/P) S1 dan slip meja oleh MPM ke
Jabatan Pelajaran Negeri.
Tarikh tutup permohonan perpindahan pusat
8 22 Disember 2023 22 Disember 2023 peperiksaan.

Tarikh akhir permohonan untuk menukar mata


9 30 Oktober 2023 30 Oktober 2023 pelajaran, tambah mata pelajaran, dan
menggugurkan mata pelajaran.
(Berbayar mulai 1 Sept 2023)

3
Bil Tarikh bagi jenis calon Perkara
Sekolah/Institusi Persendirian Individu
(Calon jenis 1, 2, 7, (Calon jenis 3)
dan 8)
Tarikh akhir permohonan tukar dan tambah
10 30 Oktober 2023 30 Oktober 2023 mata pelajaran tanpa caj.

Tarikh akhir tambah mata pelajaran pada


11 15 Feb 2024 15 Feb 2024 semester 2 STPM 2024.

Dalam tempoh dua Dalam tempoh dua


minggu selepas minggu selepas
pengajaran dan pengajaran dan
pembelajaraan pembelajaraan (P&P)
(P&P) semester 2 semester 2 bermula.
bermula.

* Perubahan tarikh tertakluk kepada pindaan

4
2. SYARAT KELAYAKAN UNTUK MENDUDUKI PEPERIKSAAN STPM
2.1 Calon yang mempunyai satu daripada kelayakan yang berikut:
(a) Lulus Bahasa Melayu* SPM sekurang-kurangnya gred P8 tahun 1999 atau
tahun-tahun sebelumnya.
(b) Lulus Bahasa Melayu* SPM dengan sekurang-kurangnya gred E tahun 2000
hingga 2012
(c) Lulus SPM tahun 2013 hingga tahun semasa dengan mendapat sekurang-
kurangnya gred E dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah*
(i) sekurang-kurangnya gred C bagi tiga mata pelajaran, atau
(ii) sekurang-kurangnya gred C bagi dua mata pelajaran dan lulus sekurang-
kurangnya gred E empat mata pelajaran
(d) GCE/SAP (Malaysia atau Cambridge dengan tiga kelulusan peringkat biasa**
yang diperoleh dalam satu peperiksaan)
2.2 Calon sekolah swasta/persendirian individu, bukti kelulusan SPM di atas akan
disemak oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Sekiranya tidak menepati
kelayakan, pendaftaran calon akan dibatalkan.
2.3 Calon yang mempunyai mana-mana kelayakan luar negeri yang setaraf dengan
SPM hendaklah terlebih dahulu memohon kebenaran untuk mengambil peperiksaan
STPM daripada MPM.

Catatan: * Calon boleh menggunakan Bahasa Melayu atau Sejarah yang diambil dalam
peperiksaan SPM ulangan
** Kelulusan peringkat biasa GCE/SAP bermakna kepujian pada peringkat
SPM/MCE.

5
3. MATA PELAJARAN YANG DITAWARKAN
Sebanyak 23 mata pelajaran ditawarkan dalam peperiksaan STPM 2024, iaitu seperti yang
disenaraikan di bawah ini.

Bil. Kod Mata Pelajaran

1. 900 Pengajian Am
2. 910 Bahasa Melayu
3. 911 Bahasa Cina
4. 912 Bahasa Tamil
5. 913 Bahasa Arab
6. 920 Literature in English
7. 922 Kesusasteraan Melayu Komunikatif
8. 930 Syariah
9. 931 Usuluddin
10. 932 Tahfiz Al Quran
11. 940 Sejarah
12. 942 Geografi
13. 944 Ekonomi
14. 946 Pengajian Perniagaan
15. 948 Perakaunan
16. 950 Mathematics (M)
17. 954 Mathematics (T)
18. 958 Information and Communications Technology
19. 960 Physics
20. 962 Chemistry
21. 964 Biology
22. 966 Sains Sukan
23. 970 Seni Visual

Catatan: Maklumat lanjut sila rujuk Peraturan dan Skema Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan
Malaysia dan sukatan pelajaran peperiksaan bagi mata pelajaran yang berkenaan bagi
tujuan pemilihan mata pelajaran dan kertas yang dipilih yang boleh didapati dan dimuat
turun daripada portal MPM.

6
4. PEMILIHAN MATA PELAJARAN
4.1 Sijil STPM merupakan sijil terbuka.
4.2 Dalam satu sesi peperiksaan calon boleh mengambil sekurang-kurangnya satu mata
pelajaran dan selebih-lebihnya lima mata pelajaran. Jika calon mengambil lima atau
empat mata pelajaran, satu daripadanya mestilah Pengajian Am.
4.3 Calon tidak boleh mengambil kombinasi bagi sesuatu mata pelajaran atau kertas yang
tidak dibenarkan oleh sukatan pelajaran peperiksaan.
4.4 Calon jenis 1, 7, dan 8 dibenarkan untuk mengambil mata pelajaran yang tidak
ditawarkan di sekolah/institusi (luar pakej sekolah) dengan syarat mata pelajaran yang
hendak diambil itu mempunyai kertas peperiksaan alternatif bertulis yang
menggantikan KK. Namun demikian, kelulusan untuk mengambil kertas peperiksaan
altenatif bertulis ini di sekolah perlu mendapat kebenaran MPM secara bertulis.
Pengetua sekolah bertanggungjawab memaklumkan kepada JPN berkenaan perkara ini.
Pendaftaran calon yang ingin mengambil mata pelajaran yang tidak ditawarkan di
sekolah/institusi hendaklah dihantar terus oleh Pengetua/Setiausaha Peperiksaan
Sekolah/Institusi ke MPM (u.p. Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET)
sebelum tarikh tutup pendaftaran semester 1 dan salinan ke JPN. Sekolah tidak
dibenarkan meneruskan tawaran peperiksaan kertas alternatif bertulis ini sehingga
mendapat kelulusan MPM.
4.5 Maklumat lanjut yang berkaitan dengan pemilihan mata pelajaran dan kertas yang perlu
diambil boleh dirujuk dalam Peraturan dan Skema Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan
Malaysia 2024 dan sukatan pelajaran peperiksaan bagi mata pelajaran yang berkenaan
di portal MPM, http://www.mpm.edu.my.

5 Pendaftaran Masuk Peperiksaan STPM

5.1 Pemakluman tentang tarikh pendaftaran peperiksaan STPM dibuka dan ditutup boleh
dirujuk pada Kalendar Peperiksaan STPM di portal rasmi MPM, http://www.mpm.edu.my,
Facebook rasmi MPM (Majlis Peperiksaan Malaysia), dan Instagram rasmi MPM
(majlispeperiksaan).

5.2 Calon yang mengambil peperiksaan ini terbahagi kepada lima jenis seperti yang berikut:

(a) Calon jenis 1, iaitu calon sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan
(b) Calon jenis 2, iaitu calon sekolah swasta
(c) Calon jenis 3, iaitu calon persendirian individu
(d) Calon jenis 4, iaitu calon persendirian individu yang memperbaiki keputusan
peperiksaan tahun sebelum
(e) Calon jenis 7, iaitu calon sekolah agama kerajaan negeri
(f) Calon jenis 8, iaitu calon sekolah integriti

5.3 Semua calon jenis 1, jenis 7, dan jenis 8 dikehendaki mendaftar sekali sahaja, iaitu
dalam Semester 1, untuk menduduki peperiksaan STPM bagi ketiga-tiga semester. Calon
dibenarkan mengambil maksima sehingga lima mata pelajaran termasuk Pengajian Am.
Mata pelajaran Pengajian Am wajib diambil untuk permohonan ke universiti awam dan
pengiraan Purata Nilai Gred (PNGK) STPM.

7
5.4 Calon jenis 1, jenis 7, dan jenis 8 tidak boleh menukar status jenis calon ke jenis 2
(sekolah swasta) atau jenis 3 (persendirian individu) tanpa kebenaran daripada MPM.
Sekolah mesti menulis surat kepada MPM memaklumkan perkara ini. Disebabkan yuran
bagi STPM adalah percuma kepada calon jenis 1, jenis 7, dan jenis 8, maka calon yang
telah diluluskan menukar status ke jenis 2 atau jenis 3 mesti membayar yuran kepada
MPM terlebih dahulu. Permohonan untuk menukar status ke calon jenis 3 hendaklah
dikemukakan ke MPM selewat-lewatnya dua (2) bulan sebelum peperiksaan
Semester 2. Calon tidak dibenarkan menukar status pada semester 3.

5.5 Calon jenis 2 dan jenis 3 boleh mendaftar pada Semester 1 atau Semester 2. Jika calon
jenis 2 dan jenis 3 mendaftar pada Semester 1, calon akan menduduki peperiksaan
STPM Semester 1, Semester 2, dan Semester 3. Sekiranya calon mendaftar pada
Semester 2, calon boleh menduduki peperiksaan dalam Semester 2 atau menduduki
peperiksaan sekali gus pada Semester 3 (peperiksaan Semester 3, Ulangan 1, dan
Ulangan 2).

5.6 Bayaran yuran* untuk mengambil peperiksaan ini adalah seperti yang berikut:

(a) Yuran Asas RM120.00


(b) Yuran setiap mata pelajaran RM90.00
(c) Caj mengulang peperiksaan bertulis per kertas RM50.00

5.7 Bayaran yuran bagi calon yang menukar status daripada calon jenis 1, jenis 7, atau
jenis 8 kepada calon sekolah jenis 2 atau jenis 3 adalah seperti yang berikut:

(a) Yuran Asas RM120.00


(b) Yuran setiap mata pelajaran per semester RM30.00

5.8 Bagi calon jenis 2 dan jenis 3, bayaran yuran STPM hendaklah dijelaskan sekali gus
semasa membuat pendaftaran. Calon akan mendapat keputusan peperiksaan dengan
kod W, sekiranya yuran peperiksaan tidak dijelaskan sepenuhnya.

5.9 Pendaftaran masuk peperiksaan bagi semua jenis calon dibuat secara dalam talian.
Pengetua/Setiausaha Peperiksaan Sekolah/Institusi/Calon dikehendaki melayari portal
MPM https://online.mpm.edu.my bagi tujuan pendaftaran.

5.10 Bagi calon jenis 2 dan 3 pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan
berikut: https://daftarstpm.mpm.edu.my/

Nota:
* Calon sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan dikecualikan daripada membayar yuran STPM.
Walau bagaimanapun, semua calon yang ingin mengulang peperiksaan bertulis bagi sesuatu semester,
calon akan dikenakan caj sebanyak RM50.00 per kertas.

8
5.10 Bagi calon yang tidak memiliki kad pengenalan atau tidak boleh didaftarkan secara dalam
talian. Pendaftaran hendaklah di buat secara manual ke MPM (u.p. Setiausaha Bahagian
Pengendalian STPM dan MUET)
5.11 Bagi calon jenis 2, Pengetua/Setiausaha Peperiksaan Sekolah/Institusi dikehendaki
membayar bayaran asas dan bayaran mata pelajaran STPM yang hendak diambil oleh
calon sekolahnya dengan membeli nombor PIN MEC (nombor PIN Malaysian
Examinations Council) bagi setiap calon secara dalam talian melalui
https://mypay.com.my/web/mpm.
Calon dinasihatkan merujuk Senarai Mata Pelajaran dan Kertas pada halaman 30-35
(Buku Peraturan dan Skema Peperiksaan Edisi Tahun 2024) sebelum membeli PIN
MEC.

5.12 PIN MEC juga boleh dibeli di kaunter BSN secara pukal oleh Setiausaha Peperiksaan
(SUP) sahaja.

5.13 Bagi calon jenis 3, calon dikehendaki membayar bayaran asas dan bayaran mata
pelajaran STPM yang hendak diambil dengan dengan membeli nombor PIN MEC
(nombor PIN Malaysian Examinations Council) secara dalam talian
https://mypay.com.my/web/mpm.
Calon dinasihatkan merujuk Senarai Mata Pelajaran dan Kertas pada halaman 30-35
(Buku Peraturan dan Skema Peperiksaan Edisi Tahun 2024) sebelum membeli PIN MEC.

5.14 Pendaftaran untuk menduduki peperiksaan STPM hanya dibuka pada Semester 1 dan
Semester 2 sahaja (sila rujuk Kalendar Peperiksaan STPM di portal MPM)*. PIN MEC
yang dibeli (merangkumi pendaftaran STPM untuk Semester 1, Semester 2, dan
Semester 3) hanya boleh digunakan untuk pendaftaran peperiksaan STPM pada
semester tahun semasa sahaja (PIN MEC yang dibeli untuk pendaftaran STPM pada
Semester 1 akan tamat tempohnya pada tarikh tutup pendaftaran Semester 1. Calon
yang ingin mendaftar STPM pada Semester 2 hendaklah membeli PIN MEC pada
Semester 2).
5.15 Pendaftaran calon jenis 1, jenis 7, dan jenis 8 bagi mata pelajaran di luar pakej sekolah
mesti mendapat kelulusan daripada MPM. Pendaftaran mata pelajaran di luar pakej
sekolah hanya dibenarkan untuk mata pelajaran yang mempunyai kertas alternatif
bertulis sahaja.
5.16 Permohonan untuk mengambil mata pelajaran di luar pakej sekolah hendaklah dihantar ke
MPM melalui Pengetua Sekolah/Institusi dan salinan permohonan hendaklah dihantar
kepada Jabatan Pendidikan Negeri (u.p.Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan).
Nota:
* Pendaftaran pada Semester 2 hanya terhad kepada calon jenis 2 dan calon jenis 3 sahaja.

6 Tukar/Tambah/Gugur Mata Pelajaran STPM

6.1 Tukar/Tambah/Gugur mata pelajaran hanya dibenarkan pada semester calon membuat
pendaftaran, iaitu sama ada pada Semester 1 (semua jenis calon) atau Semester 2 (calon
sekolah swasta/persendirian individu). Yuran bagi mata pelajaran yang digugurkan/ditukar
tidak akan dikembalikan.

9
6.2 Jika calon telah mendaftar bagi sesuatu mata pelajaran dan ingin menukar mata pelajaran
itu dengan mata pelajaran yang lain selepas tamat tempoh pendaftaran, caj sebanyak
RM50.00 akan dikenakan. Penukaran mata pelajaran selepas tamat tempoh pendaftaran
hendaklah dikemukakan selewat-lewat dua bulan dari tarikh tutup pendaftaran bagi
sesuatu semester yang berkenaan. Penukaran mata pelajaran hanya boleh dibuat pada
semester calon membuat pendaftaran sahaja. Penukaran mata pelajaran selepas dua
bulan daripada tarikh tutup pendaftaran tidak akan dilayan.

6.3 Penambahan mata pelajaran dibenarkan sekiranya calon belum mendaftar sehingga lima
mata pelajaran. Penambahan mata pelajaran boleh dibuat pada Semester 1 atau pada
Semester 2.

6.4 Tarikh akhir permohonan calon yang ingin menambah mata pelajaran perlu diterima di
MPM adalah selewat-lewatnya dua bulan dari tarikh tutup pendaftaran Semester 1,
manakala tarikh akhir permohonan menambah mata pelajaran pada Semester 2, perlu
diterima di MPM adalah dua minggu selepas pengajian Semester 2 bermula.

6.5 Caj sebanyak RM50.00 disamping RM90.00 bagi setiap mata pelajaran yang ditambah
akan dikenakan.

6.6 Calon yang mendaftar bagi tujuan memperbaiki keputusan keseluruhan disebabkan tidak
menerima tawaran ke IPT tidak dibenarkan untuk menukar atau menambah mata
pelajaran selepas membuat pendaftaran.

6.7 Calon tidak dibenarkan untuk menggugurkan mata pelajaran pada Semester 2 dan
Semester 3.

6.8 Calon jenis 1, jenis 2, jenis 4, jenis 7, dan jenis 8 yang ingin menukar, menambah atau
menggugur mata pelajaran hendaklah mengemukakan permohonan menggunakan
borang (STPM/K14) kepada MPM melalui Pengetua/Setiausaha Peperiksaan
Sekolah/Institusi dan menghantar salinan permohonan kepada Pejabat Pendidikan
Daerah (u.p.Unit Pentaksiran dan Peperiksaan)/Jabatan Pendidikan Negeri (u.p.Sektor
Pentaksiran dan Peperiksaan) mengikut tempoh yang telah ditetapkan. Borang
(STPM/K14) boleh dimuat turun dan dicetak daripada portal MPM.

6.9 Calon mesti menduduki kesemua kertas yang telah didaftarkan pada setiap semester.
Sekiranya calon tidak menduduki salah satu kertas pada semester yang berkenaan,
keputusan peperiksaan dengan kod X akan dikeluarkan pada kertas dan mata pelajaran
tersebut. Sekiranya calon tidak menghantar KK atau tidak menduduki kertas alternatif
bertulis menggantikan KK (sila rujuk syarat mata pelajaran), keputusan kod X juga akan
dikeluarkan. Pengiraan PNGK calon juga akan terjejas.

6.10 Calon boleh menyemak status pendaftaran STPM mereka melalui semakan pada
Laporan Pendaftaran Kemasukan Calon (LPKC) dengan melayari portal MPM.
Semakan LPKC hendaklah dibuat pada setiap semester calon menduduki peperiksaan
dalam tempoh 2 bulan sebelum peperiksaan.

10
6.11 Calon jenis 2 dan jenis 3 perlu mencetak LPKC masing-masing pada setiap semester
untuk dibawa ke pusat peperiksaan sebagai tiket untuk menduduki peperiksaan. Bagi
calon jenis 1, jenis 7, dan jenis 8, semakan boleh dibuat secara berkelompok melalui
Setiausaha Peperiksaan Sekolah/Institusi. Setiausaha Peperiksaan Sekolah/Institusi
hendaklah menyediakan buku rekod akuan bahawa semua calonnya telah menyemak
LPKC masing-masing. Calon jenis 1, jenis 7, dan jenis 8 tidak perlu mencetak LPKC untuk
dibawa ke pusat peperiksaan dan memadai membawa Kad Pengenalan masing-masing
bagi menggantikan LPKC sebagai tiket untuk menduduki peperiksaan.

6.12 Setiausaha Peperiksaan Sekolah/Institusi/Calon hendaklah menghubungi MPM


(u.p. Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET) atau Jabatan Pendidikan
Negeri (u.p. Sektor/Unit Pentaksiran dan Peperiksaan) dengan kadar SEGERA jika
maklumat calon tiada dalam senarai semakan LPKC atau berbeza dengan Penyata
Pendaftaran (STPM/PP). Permasalahan juga boleh diemelkan ke [email protected]

6.13 Calon tidak dibenarkan menduduki kertas peperiksaan yang tidak didaftarkan.

7 Pendaftaran Lewat Bagi Calon Yang Ingin Mengulang Untuk Memperbaiki Keputusan STPM
Tahun Sebelumnya

7.1 Pendaftaran lewat STPM tahun semasa hanya dibenarkan kepada calon STPM tahun
sebelum yang gagal mendapat tawaran memasuki Institut Pengajian Tinggi (IPT).

7.2 Calon hendaklah membuat pendaftaran lewat secara dalam talian dalam tempoh satu
minggu selepas keputusan kemasukan ke UA diumumkan. (sila rujuk Kalendar
peperiksaan STPM 2025)

7.3 Calon yang mendaftar lewat bagi kes ini hendaklah menduduki peperiksaan bagi ketiga-
tiga semester sekali gus pada Semester 3, iaitu kertas Ulangan 1, Ulangan 2, dan
Semester 3.

7.4 Calon yang mendaftar lewat/ingin memperbaiki keputusan dibenarkan memilih sama ada
hendak melaksanakan KK atau tidak melaksanakannya mengikut tiga pilihan yang berikut:

7.4.1 Boleh bawa markah KK / kertas alternatif bertulis bagi menggantikan KK tahun
lepas ke tahun mengulang. Jika langkau dua tahun atau lebih rujuk perkara (7.7)
ATAU
7.4.2 Jika tidak memilih perkara 7.4.1. calon mesti menduduki peperiksaan kertas
alternatif bertulis bagi mengantikan KK untuk mata pelajaran berikut: Sains Sukan,
Geografi, Seni Visual, Physics, Chemistry, Biology, dan Perakaunan.
7.4.3 Bagi mata pelajaran selain daripada perkara 7.4.2, calon boleh membuat KK /
kertas alternatif bertulis bagi menggantian KK yang baharu. Markah lama tidak
boleh diguna pakai sama sekali walaupun markah baharu kelak lebih rendah
daripada markah lama.

7.5 Calon yang mendaftar lewat juga dikehendaki menyiapkan KK mengikut keperluan mata
pelajaran yang diambil (sila rujuk Senarai Mata Pelajaran dan Kertas pada halaman 30-35
Buku Peraturan dan Skema Peperiksaan STPM 2024). Mekanisme pelaksanaan dan
penghantaran KK bagi calon yang mendaftar lewat bagi kes ini akan ditentukan oleh MPM.
Sila hubungi Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengendalian STPM dan MUET, MPM.

11
7.6 Bagi calon jenis 2 dan calon jenis 3 yang mengambil mata pelajaran baharu berbanding
mata pelajaran tahun sebelumnya dan tiada markah KK calon dikehendaki mengambil
kertas peperiksaan alternatif bertulis yang menggantikan KK. Namun demikian, sekiranya
mata pelajaran tersebut tidak menawarkan kertas peperiksaan alternatif bertulis yang
menggantikan KK, calon dikehendaki melaksanakan KK (sila rujuk Senarai Mata Pelajaran
dan Kertas pada halaman 30-35 Buku Peraturan dan Skema Peperiksaan STPM 2024).

7.7 Bagi calon yang pertama kali mengambil STPM sebagai calon persendirian individu (calon
jenis 3) ATAU melangkau mengulang lebih dua tahun atau lebih. Calon MESTI:

7.7.1 Menduduki kertas alternatif bertulis bagi menggantikan KK jika mata pelajaran
tersebut menawarkan kertas alternatif bertulis bagi menggantikan KK ATAU
7.7.2 Melaksanakan KK jika mata pelajaran tersebut tidak menawarkan kertas alternatif
bertulis bagi menggantikan KK. MPM akan menghubungi calon dan memberi
panduan kepada calon.
Sila rujuk senarai mata pelajaran dan kertas Buku Peraturan dan Skema Peperiksaan
tahun 2024. (ms 30-35)

7.8 Calon hendaklah merujuk kepada Sukatan Pelajaran Peperiksaan STPM untuk
mendapatkan maklumat tentang KK. Manual KK juga boleh dirujuk pada portal MPM.

8 Kaedah Mengulang untuk Memperbaiki Keputusan STPM

Pilihan 1
Mendaftar untuk menduduki peperiksaan STPM tahun semasa secara keseluruhan
bagi mendapatkan keputusan/Sijil STPM yang baharu mengikut peperiksaan tahun
semasa (kaedah sedia ada seperti pada perenggan 4)

8.1 Calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan STPM tahun semasa dan boleh mendaftar
maksima sehingga lima mata (5) pelajaran. Sekiranya mendaftar empat (4) atau lima mata
(5) pelajaran (termasuk mata pelajaran Pengajian Am), Purata Nilai Gred Keseluruhan
(PNGK) dan tahun STPM yang tercetak pada slip keputusan STPM dan Sijil STPM adalah
mengikut tahun semasa. Sekiranya mendaftar satu (1) hingga tiga (3) mata pelajaran
sahaja, tahun STPM yang tercetak pada slip keputusan STPM dan Sijil STPM adalah
mengikut tahun semasa tanpa PNGK.

Pilihan 2
Mendaftar untuk mengulang mata pelajaran tertentu pada peperiksaan STPM tahun
semasa untuk ditampal (patching) dalam Sijil STPM tahun sebelum (Kaedah baharu)

8.2 Calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan STPM pada tahun semasa tetapi hanya
dibenarkan mendaftar maksima sehingga tiga (3) mata pelajaran dalam peperiksaan tahun
semasa. PNGK adalah berdasarkan gabungan keputusan mata pelajaran dalam
peperiksaan tahun sebelum dengan keputusan mata pelajaran tertentu yang didaftarkan
untuk diperbaiki pada tahun semasa. Tahun STPM yang tercetak pada slip keputusan
STPM dan Sijil STPM adalah mengikut tahun sebelum (asal).

12
8.3 Perincian/Penerangan tentang kaedah mengulang mata pelajaran tertentu pada peperiksaan
STPM tahun semasa untuk ditampal (patching) dalam Sijil STPM tahun sebelum (kaedah
baharu) adalah seperti yang berikut:

8.3.1 Kaedah ini adalah pilihan calon sendiri secara sukarela


8.3.2 Calon hanya dibenarkan mengambil maksima tiga (3) mata pelajaran sahaja.
Sekiranya calon hendak mengambil empat (4) mata pelajaran, calon perlu
memilih pilihan 1
8.3.3 Calon perlu menduduki semula peperiksaan bagi ketiga-tiga kertas bagi mata
pelajaran yang telah didaftarkan. Calon perlu menduduki peperiksaan Semester
3, Ulangan 1, dan Ulangan 2
8.3.4 Keputusan Nilai Gred Mata Pelajaran (NGMP) terbaik antara peperiksaan STPM
tahun sebelumnya dengan peperiksaan STPM pada tahun memperbaiki akan
diambil kira untuk ditampal (patching) bagi tujuan pengiraan PNGK yang baharu,
tetapi tahun STPM yang tercetak pada slip keputusan STPM dan sijil STPM
adalah mengikut tahun sebelumnya (tahun asal, bukan tahun semasa
memperbaiki)
8.3.5 Slip keputusan memperbaiki akan dikeluarkan sama ada keputusan mata
pelajaran yang didaftar adalah lebih baik atau sebaliknya berbanding keputusan
mata pelajaran tahun sebelumnya
8.3.6 Sijil STPM yang baharu akan dikeluarkan sekiranya calon mendapat NGMP atau
PNGK yang lebih baik daripada tahun sebelumnya (asal)
Sijil STPM yang baharu tidak akan dikeluarkan sekiranya calon mendapat NGMP
atau PNGK yang sama atau lebih rendah daripada NGMP atau PNGK
peperiksaan tahun sebelumnya (asal)
8.3.7 Calon yang mendapat keputusan X (Tidak Hadir) atau keputusan Y (keputusan
bagi satu mata pelajaran yang dibatalkan kerana sabit kes salah laku) pada tahun
sebelumnya, dibenarkan untuk mendaftar mata pelajaran yang terlibat dalam
peperiksaan memperbaiki keputusan STPM melalui pilihan ini. Namun demikian,
calon yang mendapat keputusan Y, yang dibatalkan dua atau lebih mata
pelajaran tidak dibenarkan untuk memperbaiki keputusan dengan
menggunakan kaedah ini. Calon yang dibatalkan keputusan keseluruhan STPM
atau yang digantung daripada menduduki peperiksaan STPM untuk satu tempoh
yang ditetapkan juga tidak dibenarkan untuk memperbaiki keputusan
peperiksaan dengan menggunakan kaedah ini
8.3.8 Calon yang mendapat keputusan X (tidak menghantar Kerja Kursus) dibenarkan
mendaftar mata pelajaran yang terlibat dan perlu mengambil kertas alternatif
bertulis bagi menggantikan Kerja Kursus (KK). Bagi mata pelajaran yang tiada
kertas alternatif bertulis menggantikan KK, calon dikehendaki
melaksanakan/menyiapkan KK pada semester yang ditetapkan untuk mata
pelajaran tersebut
8.3.9 Kaedah pelaksanaan KK adalah sama seperti kaedah sedia ada yang
dipraktikkan kepada calon yang memperbaiki keputusan empat mata pelajaran
STPM
5.3.10 Yuran asas dan yuran mata pelajaran adalah sama seperti yuran pendaftaran
STPM sedia ada
8.3.11 Pendaftaran untuk memperbaiki keputusan STPM dengan menggunakan kaedah
ini akan dilaksanakan pada tahun 2023 bagi kohort STPM 2022

13
8.3.12 Bagi pilihan 2, kaedah ini hanya boleh digunakan sekali sahaja, iaitu pada tahun
berikutnya sebaik sahaja keputusan keseluruhan STPM diumumkan
8.3.13 Penerimaan oleh Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terhadap permohonan
kemasukan calon yang menggunakan keputusan STPM melalui kaedah ini
(tampal) adalah tertakluk kepada penerimaan IPT sendiri dan di luar bidang
kuasa Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)
8.3.14 Kaedah pelaksanaan ini juga boleh dirujuk dalam Peraturan dan Skema
Peperiksaan STPM yang boleh dimuat turun daripada portal MPM
www.mpm.edu.my dan kaedah ini akan dilaksanakan mulai STPM Tahun 2022

9 Pembetulan Maklumat

9.1 Semua Pengetua/Setiausaha Peperiksaan Sekolah/Institusi/calon diingatkan bahawa


sebarang pindaan atau pembetulan maklumat hendaklah dilakukan selewat-lewatnya dua
minggu selepas tarikh LPKC dimuat naik pada Semester 1 melalui portal MPM. Caj
RM50.00 akan dikenakan jika pembetulan maklumat dilakukan selepas tempoh tersebut.
(Rujuk tarikh LPKC dimuat naik dalam portal MPM)

9.2 Mulai kohort STPM 2024, pembetulan maklumat hanya boleh dilakukan pada Semester 1
sahaja kecuali kepada calon sekolah swasta dan calon persendirian individu yang
membuat pendaftaran pada Semester 2.

9.3 Jika calon memaklumkan sebarang kesalahan maklumat peribadi pada hari peperiksaan,
iaitu telah melebihi tempoh 2 minggu dari tarikh LPKC Semester 1 dimuat naik melalui
portal MPM, caj sebanyak RM50.00 akan dikenakan, calon hendaklah memaklumkan
kepada Ketua Pengawas maklumat yang hendak dibetulkan. Ketua Pengawas hendaklah
mencatatkan pembetulannya di dalam Buku Rekod Pengawasan. Walau bagaimanapun
MPM hanya akan membuat pembetulan tersebut selepas MPM menerima bayaran
sebanyak RM50.00 bagi pembetulan maklumat.

9.4 Permohonan pembetulan maklumat hendaklah dibuat menggunakan Borang Pembetulan


Maklumat berserta dengan bayaran(u.p. Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM
dan MUET) dihantar terus ke MPM. RM50.00 dalam bentuk Kiriman Wang atau bank
draft atas nama Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia dan borang tersebut
boleh dimuat turun melalui portal MPM.
9.5 Calon bertanggungjawab menentukan bahawa semua butiran dan maklumat yang
dimasukkan dalam sistem pendaftaran dalam talian adalah betul dengan menyemak
maklumat pendaftaran yang tercatat pada Penyata Pendaftaran (STPM/PP) semasa
proses pendaftaran dilaksanakan.

9.6 Pembetulan maklumat ini melibatkan pembetulan ejaan nama dan nombor kad
pengenalan sahaja.

9.7 Permohonan pembetulan maklumat ini hendaklah diuruskan oleh SUP ke MPM selewat-
lewatnya satu bulan selepas LPKC Semester 1 dimuat naik.

14
10 Pusat Peperiksaan STPM

10.1 Senarai pusat peperiksaan bagi sesebuah negeri akan ditentukan oleh Sektor
Pentaksiran dan Peperiksaan (SPP, JPN) yang berkenaan. Semasa mendaftar, calon
hendaklah memilih pusat peperiksaan yang mana calon bercadang hendak mengambil
peperiksaan ini. Walau bagaimanapun, SPP, JPN berhak memindahkan/menumpangkan
calon ke pusat peperiksaan di daerah atau di bandar yang berhampiran.
10.2 SPP, JPN juga boleh menutup sesuatu pusat peperiksaan jika bilangan calon dipusat
tersebut terlalu kecil atau tidak ekonomik. Calon di pusat tersebut akan dipindahkan ke
pusat lain yang menawarkan mata pelajaran yang diambil oleh calon.

11 Jadual Waktu Peperiksaan STPM

11.1 Jadual waktu peperiksaan boleh dirujuk dan dimuat turun daripada portal MPM semasa
pendaftaran bagi sesuatu peperiksaan dibuka.

11.2 Peperiksaan bertulis akan diadakan pada setiap akhir semester, manakala Ujian Lisan
Bahasa Arab (ULBA) akan diadakan pada Semester 3, peperiksaan kertas melukis bagi
Seni Visual akan diadakan pada Semester 2. Ujian Hafazan Lisan (Syafawi) diadakan
sebanyak dua kali pada setiap Semester 1, Semester 2, dan Semester 3.

11.3 Waktu yang diperuntukkan kepada tiap-tiap kertas soalan adalah mengikut waktu dalam
sukatan pelajaran peperiksaan bagi mata pelajaran yang berkenaan. Waktu untuk
membaca soalan adalah termasuk waktu menjawab. Calon diminta berada 15 minit awal di
dalam bilik/dewan peperiksaan sebelum peperiksaan bermula. (Sila rujuk Jadual Waktu
Peperiksaan dalam portal MPM).

11.4 Kertas yang terlibat dengan pertembungan perlu diduduki oleh calon pada hari yang sama.
Calon yang terlibat dengan pertembungan waktu peperiksaan hendaklah mendapatkan
keterangan lanjut daripada Ketua Pengawas. Ketua Pengawas akan memaklumkan calon
tentang waktu peperiksaan bagi kertas yang bertembung itu. Dalam kes ini, waktu rehat
calon akan diubah suai oleh Ketua Pengawas.

11.5 Calon tidak dibenarkan membawa masuk Jadual Waktu Peperiksaan, buku, nota, kertas,
telefon bimbit, atau peralatan lain yang tidak dibenarkan ke dalam dewan/bilik
peperiksaan.

12 Perpindahan Pusat Peperiksaan STPM

12.1 Permohonan untuk berpindah ke pusat peperiksaan yang lain hendaklah menggunakan
borang STPM/K14 dan dikemukakan ke MPM (u.p. Setiausaha Bahagian Pengendalian
STPM dan MUET) tidak lewat dari sebulan sebelum hari pertama peperiksaan STPM
bermula. Permohonan yang diterima selepas tempoh tersebut tidak akan dilayan.

12.2 Calon yang lewat membuat permohonan berpindah pusat peperiksaan, iaitu kurang
daripada sebulan sebelum peperiksaan maka tukar pusat tersebut hanya akan dibuat
dalam semester berikutnya.

15
12.3 Pindah pusat peperiksaan hanya dibenarkan atas sebab yang munasabah, dan bayaran
sebanyak RM50.00 akan dikenakan jika permohonan dikemukakan selepas
pendaftaran ditutup bagi sesuatu semester.

12.4 Calon sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan dinasihatkan memilih sekolah
yang mempunyai mata pelajaran yang sama dengan yang telah didaftarkan bagi
memudahkan pengendalian KK calon.

12.5 Perpindahan pusat peperiksaan akan diluluskan sekiranya pusat tersebut menawarkan
mata pelajaran yang telah didaftarkan oleh calon.

12.6 Calon yang telah menduduki peperiksaan semester 1 di sekolah lama , apabila berpindah
ke sekolah baharu dan tiada sekolah di kawasan tersebut yang menawarkan mata
pelajaran yang telah diduduki semasa semester 1, maka SUP sekolah baharu hendaklah
membuat permohonan mata pelajaran luar pakej untuk calon tersebut ke MPM (u.p.
Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET) dan memberi salinannya kepada
Pejabat Pendidikan Daerah (Unit Pentaksiran dan Peperiksaan)/Jabatan Pendidikan
Negeri (Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan)

12.7 Calon yang telah diluluskan perpindahan pusat peperiksaannya mestilah menduduki
peperiksaan di pusat yang baharu dengan menggunakan nombor pusat dan angka giliran
yang baharu. Maklumat terkini akan tercatat pada LPKC semester yang berkenaan.

12.8 Setiausaha Peperiksaan Sekolah/Institusi di sekolah calon yang baharu hendaklah


membuat permohonan tentang perpindahan pusat kepada MPM bagi calon yang
berpindah ke sekolah tersebut menggunakan borang STPM/K14 dan memberi salinan
kepada Pejabat Pendidikan Daerah (Unit Pentaksiran dan Peperiksaan)/Jabatan
Pendidikan Negeri (Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan). Permohonan ini hendaklah
dibuat selewat-lewatnya dalam tempoh satu bulan selepas calon berpindah ke
sekolah baharu.

13 Penarikan Diri daripada Peperiksaan STPM

13.1 Yuran peperiksaan calon yang menarik diri daripada mengambil peperiksaan STPM tidak
akan dikembalikan.

Kecuali bagi kes yang berikut:

(a) Calon yang sakit berpanjangan. Surat pengesahan daripada Pegawai Perubatan
Kerajaan hendaklah dikemukakan.
(b) Calon yang meninggal dunia. Salinan surat perakuan/Sijil Kematian hendaklah
dikemukakan oleh ahli keluarga atau warisnya kepada Majlis Peperiksaan Malaysia.
(u.p. Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET)
(c) Calon yang berjaya menyambung pelajaran ke IPTA/IPTS. Salinan surat tawaran
hendaklah disertakan sebagai bukti.
(d) Atas sebab yang munasabah, tertakluk kepada keputusan MPM.

16
13.2 Calon/Waris yang ingin menuntut pengembalian yuran STPM hendaklah mengemukakan
permohonan secara bertulis melalui, kepada Ketua Eksekutif MPM (u.p. Setiausaha
Bahagian Pengendalian Peperiksaan STPM dan MUET) berserta dengan slip pembelian
PIN MEC atau resit pembelian bank draft/kiriman wang yang digunakan untuk
pendaftaran.

13.3 Jumlah yuran yang dikembalikan akan ditentukan oleh MPM dan yuran hanya akan
dikembalikan selepas sesuatu sesi peperiksaan itu tamat.

14 Penangguhan Peperiksaan STPM

14.1 Calon yang ingin menangguhkan peperiksaan STPM pada Semester 1 dan Semester 2
(kecuali peperiksaan Semester 3 dan Ulangan) hendaklah mengemukakan
permohonannya secara bertulis kepada Ketua Eksekutif, MPM dengan memberikan
sebab yang munasabah beserta bukti kepada MPM selewat-lewatnya sebulan sebelum
tarikh peperiksaan tersebut bermula. Kelulusan permohonan untuk menangguhkan
peperiksaan ini tertakluk kepada pertimbangan MPM.
14.2 Calon yang diluluskan oleh MPM untuk menangguhkan peperiksaan pada Semester 1
atau Semester 2 hendaklah menduduki peperiksaan Ulangan 1 atau Ulangan 2
peperiksaan STPM pada Semester 3 tahun yang sama. Tiada Penangguhan untuk
peperiksaan Semester 3 (calon mesti menduduki peperiksaan Semester 3).
14.3 Calon diberi peluang untuk memohon penangguhan peperiksaan Semester 1 atau
Semester 2 bagi perkara-perkara yang berikut;

a. Calon sakit berpanjangan


b. Calon sakit kritikal
c. Calon yang mempunyai sebab yang munasabah; tertakluk kepada keputusan MPM.
14.4 Calon tidak boleh menangguhkan peperiksaan Semester 3, Ulangan 1 dan Ulangan 2.
14.5 Bagi calon jenis 1 dan jenis 7 yang ingin menangguhkan tahun persekolahan/peperiksaan,
calon hendaklah mendapatkan kelulusan dari pihak Jabatan Pendidikan Negeri (u.p
Bahagian Pengurusan Sekolah) melalui sekolah mengenai kemasukan semula ke
Tingkatan 6 bagi tahun penangguhan.

14.6 Bagi calon jenis 2 dan jenis 3 yang ingin terus menangguhkan tahun peperiksaan STPM,
calon hendaklah mendapatkan kelulusan dari MPM dan perlu membuat bayaran asas
sebanyak RM120.00 dalam bentuk kiriman wang beserta salinan surat kelulusan tersebut
semasa membuat pendaftaran baharu. Bayaran tersebut perlu dihantarkan terus ke MPM
(u.p. Setiausaha Bahagian Pengendalian Peperiksaan STPM dan MUET) semasa
pendaftaran baharu (tahun semasa) dibuka.

17
15 Penyakit Berjangkit

Calon yang menghidap sebarang penyakit berjangkit pada dasarnya tidak dibenarkan
mengambil peperiksaan. Jika dibenarkan, calon akan mengambil peperiksaan di bilik yang
berasingan. Calon hendaklah memaklumkan MPM (u.p. Setiausaha Bahagian Pengendalian
Peperiksaan STPM dan MUET) secara bertulis tentang penyakit berjangkit yang di alami
dengan kadar segera.

16 Calon Berkeperluan Pendidikan Khas (CBPK)

16.1 Bagi calon berkeperluan pendidikan khas (buta, rabun, spastik, autisme, sengau, bisu,
pekak, dan lain-lain), permohonan awal diperlukan supaya keperluan persediaan khas
bagi calon berkenaan dapat diadakan. Pengetua sekolah/calon persendirian individu
dikehendaki mengemukakan [Borang STPM/K13 (pindaan 2006)] berserta dengan
dokumen sokongan MPM dan salinan kepada Jabatan Pendidikan Negeri (u.p.
Sektor/Unit Pentaksiran dan Peperiksaan) selewat-lewatnya satu minggu selepas
tarikh tutup sesuatu pendaftaran.

16.2 Pengetua sekolah boleh memohon pertimbangan khas untuk diberikan kepada
seseorang calon sekolah yang prestasi peperiksaannya mungkin terjejas disebabkan
oleh musibah penyakit yang baharu dihidapinya atau musibah/kemalangan yang
menimpa dirinya. Permohonan boleh dibuat secara bertulis berserta dengan bukti
dokumen sokongan kepada MPM selewat-lewatnya sehari selepas tarikh akhir
peperiksaan bertulis.

16.3 Pengetua sekolah/Ketua Pengawas boleh memohon untuk mendapatkan jurutulis pindah
(Pengawas tambahan) bagi calon yang tidak dapat menulis sendiri akibat kecederaan.
Bagi calon yang menggunakan perkhidmatan jurutulis pindah (Pengawas tambahan),
skrip jawapan calon perlu dihantar bersama pita/CD rakaman jawapan calon. SPP, JPN
perlu memaklumkan kepada MPM dengan kadar SEGERA secara bertulis beserta
dengan bukti dokumen sokongan tentang perkara ini.

16.4 Pengetua sekolah boleh memohon pertimbangan khas bagi calon-calon berkeperluan
pendidikan khas, sekiranya calon menghadapi masalah untuk melaksanakan KK. MPM
akan mempertimbangkan permohonan tersebut mengikut kes.

16.5 Pihak sekolah hendaklah menulis dengan jelas keperluan khas yang diperlukan oleh
calon semasa mengisi borang STPM/K13.

17 Kerja Kursus (KK) STPM

17.1 KK bagi mata pelajaran berkenaan merupakan komponen yang wajib diambil oleh setiap
calon. Kegagalan calon menjalankan KK atau menghantar KK pada tarikh yang
ditetapkan akan menyebabkan calon mendapat keputusan kod X pada kertas dan mata
pelajaran tersebut.

18
17.2 KK terdiri daripada lima bentuk KK, iaitu kertas projek, kajian lapangan, amali sains, amali
sains sukan, dan ujian syafawi. Dalam aspek wajaran pula, peratusan wajaran yang
ditawarkan dalam KK adalah berbeza mengikut mata pelajaran, iaitu antara 20% hingga
40%.

17.3 Manual KK bagi setiap mata pelajaran untuk guru dan calon boleh dimuat turun daripada
portal MPM pada semester yang menawarkan KK walau bagaimanapun Manual KK bagi
mata pelajaran Perakaunan, Mathematics (Management), Mathematics (Technical),
Information and Communication Technology, Physics, Chemistry, Biology dan Sains
Sukan yang dimuat turun pada Semester 1.

17.4 Sekiranya guru KK bagi sesuatu mata pelajaran bersara atau sakit berpanjangan dan
tidak ada pengganti, maka Pengetua Sekolah hendaklah memaklumkan MPM (u.p.
Setiausaha Bahagian Pengendalian Peperiksaan STPM dan MUET) dengan kadar
SEGERA.

17.5 Calon yang ingin memperbaiki keputusan peperiksaan STPM, boleh memilih sama ada
hendak melaksanakan KK atau tidak melaksanakannya. (Rujuk 7.4)

17.6 Soalan Tema KK boleh dimuat turun pada semester yang menawarkan Kerja Kursus
melalui portal MPM.

17.7 Calon Berkeperluan Pendidikan Khas (CBPK) hendaklah memaklumkan secara rasmi
kepada MPM dengan kadar segera jika menghadapi masalah untuk melaksanakan KK.

18 Peluang Memperbaiki Keputusan Peperiksaan Semester (Peperiksaan Ulangan 1 dan


Ulangan 2)

18.1 Tiada prasyarat kelulusan gred minimum dalam sesuatu semester untuk melayakkan
pelajar mengikuti pengajian pada semester yang berikutnya.

18.2 Calon hanya dibenarkan mengulang peperiksaan bertulis Semester 1 dan/atau


peperiksaan bertulis Semester 2 bagi tujuan memperbaiki keputusan peperiksaan
berkenaan pada hujung Semester 3 sahaja bagi kohort yang sama. Peluang untuk
menduduki peperiksaan ulangan bagi semester yang berkenaan hanya sekali sahaja.

18.3 Keputusan peperiksaan semester yang terbaik akan diambil kira antara peperiksaan
bertulis yang diduduki kali pertama dengan peperiksaan ulangan.

18.4 Calon yang ingin mengulang peperiksaan bertulis sesuatu semester akan dikenakan caj
sebanyak RM50.00 per kertas. Calon hendaklah membeli PIN MEC untuk mendapatkan
nombor mendaftar peperiksaan ulangan.

18.5 Tiada peperiksaan ulangan bagi KK dan juga peperiksaan kertas alternatif bertulis yang
menggantikan KK serta kertas bertulis Semester 3.

18.6 Calon yang tidak hadir dalam peperiksaan semester dengan alasan yang tidak
munasabah dan calon yang disabitkan dengan kes salah laku, tidak dibenarkan untuk
mendaftar peperiksaan ulangan. Ini kerana tujuan asas peperiksaan ulangan adalah
untuk memperbaiki keputusan peperiksaan semester yang telah diduduki.

19
18.7 Calon yang tidak dapat hadir dalam peperiksaan semester dengan alasan yang
munasabah hendaklah mengemukakan permohonan ke MPM (u.p. Setiausaha
Bahagian Pengendalian STPM dan MUET) dengan kadar segera sebelum/selepas
sesuatu peperiksaan semester itu bermula/tamat. Bukti sokongan juga hendaklah
disertakan bersama dengan surat permohonan untuk menduduki peperiksaan ulangan.
Caj sebanyak RM50.00 per kertas akan dikenakan.

18.8 Calon yang hendak menukar mata pelajaran yang telah didaftarkan bagi peperiksaan
ulangan selepas tarikh tutup pendaftaran, akan dikenakan caj sebanyak RM50.00.
Bayaran hendaklah dibuat dalam bentuk kiriman wang/wang pos atas nama Ketua
Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia. Calon yang ingin menukar mata pelajaran
sebulan selepas tarikh tutup pendaftaran tidak akan dilayan.

18.9 Calon WAJIB membeli PIN MEC apabila pendaftaran dibuka dan membuat pendaftaran
dalam tempoh pendaftaran dibuka.

18.10 Calon yang telah membeli PIN MEC Ulangan 1 atau Ulangan 2 hendaklah membuat
pendaftaran dalam tempoh pendaftaran dibuka. MPM tidak akan menerima pendaftaran
calon 1 bulan selepas tarikh tutup pendaftaran Ulangan 1 dan Ulangan 2 dan PIN MEC
itu juga tidak boleh digunakan lagi termasuk sebagai bayaran calon bantahan serta
wang pembelian PIN MEC tersebut tidak akan dipulangkan.

19 Rayuan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan Semester

19.1 Rayuan penyemakan semula keputusan peperiksaan semester akan dibuka secara dalam
talian dengan membeli nombor PIN MEC daripada Bank Simpanan Nasional atau secara
dalam talian (http://mypay.dapat.com.my/web/mpm). Maklumat lanjut berkaitan dengan
rayuan penyemakan semula keputusan peperiksaan boleh didapati daripada portal MPM.

19.2 Rayuan penyemakan semula keputusan peperiksaan semester akan dikenakan bayaran
sebanyak RM50.00 bagi satu kertas.

19.3 Rayuan penyemakan semula hanya boleh dipohon secara dalam talian sahaja.

19.4 Sekolah yang membuat permohonan untuk menyemak semula keputusan peperiksaan
semester semua calon mereka bagi satu kertas peperiksaan dikehendaki membayar
RM50.00 bagi setiap calon (Contoh: Calon sekolah yang menduduki peperiksaan
kertas Pengajian Am 1 ialah seramai 100 orang. Jumlah yang perlu dibayar oleh
pihak sekolah bagi menyemak keputusan peperiksaan kertas Pengajian Am 1
sekolah tersebut ialah 100 orang x RM50.00 = RM5000.00) . Bayaran hendaklah
dikemukakan dalam bentuk kiriman wang atas nama Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan
Malaysia ke MPM (u.p. Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET)

19.5 Tiada rayuan penyemakan semula untuk kertas peperiksaan alternatif bertulis bagi
menggantikan KK, dan kertas peperiksaan ulangan.

19.6 Cara penyemakan semula keputusan peperiksaan semester adalah seperti yang berikut:

(a) Menyemak penghitungan markah dan ketepatan gred yang diberikan bagi sesuatu
kertas dan mata pelajaran

20
(b) Memeriksa semula skrip jawapan calon oleh pemeriksa yang sangat
berpengalaman

19.7 Keputusan penyemakan semula akan dimaklumkan kepada calon melalui portal MPM.

19.8 Keputusan penyemakan semula yang dibuat oleh MPM adalah muktamad.

20 Pembetulan Markah KK STPM (Rujuk Buku Garis Panduan Umum Pengurusan dan
Pengendalian Kerja Kursus)

20.1 Markah KK hendaklah dihantar ke MPM secara dalam talian melalui e-submission
mengikut tarikh yang telah ditetapkan. MPM akan memuat naik markah KK dalam portal
MPM untuk semakan guru mata pelajaran. Dua minggu selepas tarikh akhir e-
submission (November hingga Disember) markah KK ditutup, Permohonan
pembetulan markah KK (jika ada) boleh dibuat kepada MPM dalam tempoh satu bulan
dari tarikh muat naik tersebut dengan menyertakan evidens calon terlibat. Markah KK
mesti berdasarkan maklumat dalam Borang Markah Kerja Kursus (BRUMKK) yang telah
dihantar lebih awal ke MPM.

20.2 Tiada lagi pembetulan markah KK selepas keputusan peperiksaan Semester 3 dan
keputusan KK dimuat naik ke portal MPM. Keputusan adalah muktamad.

21 Sijil STPM

21.1 Sijil STPM akan dianugerahkan kepada calon yang mendapat sekurang-kurangnya lulus
sebahagian dalam satu mata pelajaran (rujuk para 17.5 pada halaman 20 Buku Peraturan
dan Skema Peperiksaan STPM 2024). Sijil STPM akan di serahkan kepada calon melalui
sekolah (bagi calon jenis 1, 2, 7, dan 8) dan kepada SPP,JPN di negeri masing-masing
(bagi calon jenis 3) selewat-lewatnya pada 2 bulan selepas keputusan peperiksaan.

21.2 Calon sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan boleh mendapatkan sijil STPM
mereka di sekolah masing-masing.

21.3 Calon calon persendirian individu hendaklah mengambil sijil STPM mereka di SPP,JPN di
negeri masing-masing, bagi calon sekolah swasta/institusi boleh mendapatkan di sekolah
atau institusi masing-masing.

21.4 Calon diberi tempoh 24 bulan (2 tahun) untuk mengambil sijil STPM masing-masing
daripada pihak sekolah (bagi calon sekolah jenis 1, 2, 7, dan 8) dan daripada SPP,JPN di
negeri masing-masing (bagi calon jenis 3) . Selepas tempoh tersebut, pihak sekolah atau
SPP,JPN akan mengembalikan sijil STPM yang tidak dituntut kepada MPM. Calon yang
ingin mendapatkan sijil STPM selepas tempoh tersebut hendaklah berurusan terus
dengan MPM (u.p. Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET) dan akan
dikenakan caj sebanyak RM50.00. Bayaran hendaklah dibuat dengan menggunakan
kiriman wang (money order) atau bank draft atas nama Ketua Eksekutif, Majlis
Peperiksaan Malaysia.

21
21.5 Sijil STPM hanya dikeluarkan sekali sahaja, selepas keputusan keseluruhan peperiksaan
STPM diumumkan. Calon yang kehilangan sijil STPM hanya boleh memohon untuk
mendapatkan salinan sijil STPM sahaja. Permohonan ini hendaklah disertai dengan
maklumat calon, seperti nama penuh, nama sekolah (jika ada), tahun peperiksaan
diambil, nama pusat peperiksaan, nombor kad pengenalan, dan angka giliran.

21.6 Caj sebanyak RM50.00 akan dikenakan bagi setiap permohonan mendapatkan salinan
sijil STPM. Bayaran hendaklah dibuat dengan menggunakan kiriman wang (money order)
atau bank draft atas nama Ketua Eksekutif, Majlis Peperiksaan Malaysia.

21.7 Calon yang ingin mendapatkan transkrip sijil STPM dalam versi bahasa Inggeris
hendaklah mengemukakan bahan yang berikut:

(a) Surat permohonan transkrip sijil STPM yang menyatakan alamat universiti
dalam/luar negara yang dipohon
(b) Salinan slip keputusan STPM atau salinan sijil STPM
(c) Bayaran perkhidmatan sebanyak RM50.00 bagi setiap transkrip sijil STPM
hendaklah dibuat secara kiriman wang (money order) atau bank draft atas nama
Ketua Eksekutif, Majlis Peperiksaan Malaysia.

21.8 Transkrip sijil STPM dalam versi bahasa Inggeris akan dihantar terus oleh MPM kepada
universiti/institusi yang berkenaan. Salinan transkrip sijil STPM dan salinan surat tentang
penghantaran transkrip tersebut kepada universiti/institusi berkenaan akan dihantar
kepada calon.

21.9 Calon yang ingin mendapatkan transkrip siji STPM perlu melengkapkan borang MPM/S4
yang boleh dimuat turun daripada portal MPM dan menghantar ke MPM (u.p. Setiausaha
Bahagian Pengendalian STPM dan MUET) berserta bayaran sebanyak RM 50.00 .

21.10 Sekiranya terdapat sebab tertentu keputusan calon dibatalkan, MPM berhak menarik balik
sijil STPM yang telah dikeluarkan kepada calon.

Nota: Untuk keterangan lanjut sila rujuk Buku Peraturan dan Skema Peperiksaan (Peraturan dan
Skema Peperiksaan STPM ini digunakan mulai STPM tahun 2024) di portal MPM.

22
HALAMAN KOSONG

23
Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) merupakan Badan Berkanun
Persekutuan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Ia
ditubuhkan di bawah Akta Parlimen, Akta Majlis Peperiksaan
Malaysia 1980 [Akta 225]. MPM merupakan sebuah badan
pentaksiran yang diiktiraf di Malaysia untuk mengelolakan
peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), ujian
Malaysian University English Test (MUET) mengikut sesi dan
mengikut kaedah MUET on Demand (MoD), dan Ujian Sijil
Kecekapan Bahasa Melayu bagi Warganegara Asing (SKBMW).
Sijil STPM telah diiktiraf pada peringkat antarabangsa, dan MPM
telah berkolaborasi dengan Cambridge Assessment, United Kingdom
sejak tahun 1980. Di samping itu, MUET telah disejajarkan dengan
The Common European Framework of Reference for Languages
(CEFR) dan diiktiraf serta diterima oleh beberapa universiti
terkemuka di luar negara.

Majlis Peperiksaan Malaysia


Persiaran 1
Bandar Baru Selayang
68100 BATU CAVES
Selangor, Darul Ehsan
www.mpm.edu.my
0361261600
0361367329
Edisi Mac 2022
[email protected]
[email protected]
[email protected]

24

You might also like