Kertas Kerja Orientasi Tahun 1 2022 2023

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

KERTAS KERJA

HARI ORIENTASI

TAHUN 1 2022\2023
KERTAS KERJA HARI ORIENTASI TAHUN 1 2022 \ 2023
ANJURAN UNIT HEM & KAUNSELING
SEKOLAH KEBANGSAAN BERANANG

HARI ORIENTASI TAHUN 1 2022 \ 2023

1.0 TAJUK PROGRAM

1.1 Kertas cadangan perlaksanaan Hari Orientasi Tahun 1 SK Beranang peringkat sekolah
bagi Tahun 2022 \ 2023 ini dikemukakan kepada Guru Besar SK Beranang untuk kelulusan
program.

2.0 PENGENALAN

2.1 Pada setiap tahun, semua sekolah rendah diarahkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri
Selangor untuk mengadakan Hari Orientasi murid Tahun 1. Kertas kerja ini dihasilkan sebagai
persediaan untuk menyambut kemasukan murid tahun 1 sesi 2022 \ 2023. Dalam kertas kerja
ini, akan dinyatakan program yang dijalankan dan senarai nama ahli jawatankuasa yang
terlibat

3.0 MATLAMAT

3.1 Mendedahkan bakal murid-murid Tahun 1 kepada suasana persekolahan sebenar.


3.2 Memberi penerangan kepada ibu bapa mengenai Sistem Pembelajaran Masa Kini yang
berasaskan kepada Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR)
3.3 Dapat memberi pendedahan kepada ibubapa tentang Hal Ehwal Sekolah yang perlu
mereka ketahui dan juga Sarana Ibubapa

4.0 OBJEKTIF

4.1 Memberi suntikan kepada murid-murid yang akan menempuh alam persekolahan supaya
lebih bersedia menjelangnya hari persekolahan sebenar.
4.2 Menjelaskan kepada ibu bapa hal-hal berkaitan persekolahan anak-anak yang perlu
mereka ketahui bagi mereka yang anak-anaknya baru melangkah ke alam persekolahan demi
menjalinkan hubungan yang lebih rapat di antara sekolah dengan ibu bapa serta untuk
kebaikan bersama.

5.0 SASARAN

5.1 Program ini diadakan khas untuk murid-murid Tahun 1 yang akan memulakan sesi
persekolahan mereka pada tahun 2022 \2023.

6.0 STRATEGI DAN PELAKSANAAN

Tarikh : 26 Februari 2022

Hari : Sabtu

Masa : 8:30 hingga 10:00 pagi

Tempat : Secara atas talian melalui Google Meet di kediaman masing masing

7.0 JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM

Pengerusi : En. Zakaria Bin Abdul Rani (Guru Besar)


Timb. Pengerusi : En. Mohd Hafeez Bin Mansor (GPK HEM)
Naib Pengerusi : Pn. Badriah Binti Jaafar (GPK KO KURIKULUM)
Penyelaras Program : Pn. Nursaidah Binti Mohd Said
Pen. Penyelaras Program : Pn. Sharifah Nurul Huda Binti Syed Hassan
Setiausaha : Pn. Suhaini Binti Salleh
Pengacara Majlis : En. Noorhisham Bin Hamzah (Guru Bimbingan & Kaunseling)
Pembaca Doa : Ustaz Ibrahim Bin Daud
Pendaftaran : Nor Hidayatul Ziana Binti Jahari
Guru yang terlibat : Pn. Nurul Aini Binti Aw Mohd Nor
: Pn. Rizua Zulaira Zulaira Binti Ahmad Tajuddin
: Guru guru kelas Tahun 1 2022 \ 2023

8.0 Tentatif Program

8:00 pagi : Pendaftaran


- Ibu bapa\Penjaga diminta untuk mengisi kehadiran pada borang kehadiran dengan
menekan link google form yang disediakan
- Mohon kepada ibu bapa \ penjaga untuk mengisi dengan lengkap borang yang
telah disediakan untuk keperluan data terkini murid sekolah
8:30 pagi : Perhimpunan Rasmi
- Ucapan Alu-aluan Pengerusi Majlis
- Bacaan Doa
9:00 pagi : Taklimat Ibu bapa \ Penjaga Tahun 1 2022 \ 2023
- Ucapan Guru Besar - En. Zakaria Bin Abdul Rani
- Ucapan GPK HEM - En. Mohd Hafeez Bin Mansor
- Taklimat ringkas PBD - Pn. Siti Norhaslin Binti Talib
- Taklimat ringkas Disiplin & Keselamatan Murid –
Pn. Nurul Aini Binti Aw Mohd Nor
- Taklimat ringkas Program Transisi – Pn Nursaidah Binti Mohd Said
- Taklimat ringkas SPBT- Pn. Rizua Zulaira Binti Ahmad Tajuddin

10:00 pagi : Penutup dan Bersurai

9.0 Penutup

Program Hari Orientasi Tahun 1 2022 \ 2023 yang dijalankan ini diharap dapat memberi
manfaat dan langkah persediaan kepada bakal murid tahun 1 kepada suasana persekolahan yang
sebenar disamping ianya dapat memberi suntikan semangat kepada murid-murid yang akan
menempuh alam persekolahan agar lebih bersedia menjelangnya hari persekolahan sebenar.Dan bagi
ibu bapa \ penjaga ianya dapat memberi ketepatan maklumat serta panduan dan persedian kepada
mereka dalam mendepani suasana dan hari persekolahan anak anak nanti.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

…………………………………………….. …………………………………………..
(PN. NURSAIDAH BINTI MOHD SAID) (EN. MOHD HAFEEZ BIN MANSOR)
Penyelaras Program Hari Orientasi Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Tahun 1 2022 \ 2023 SK Beranang, Selangor
SK Beranang, Selangor

Disahkan oleh :

……………………………………………
(EN. ZAKARIA BIN ABDUL RANI)
Guru Besar
SK Beranang, Selangor

You might also like