Definisi KPS Jawapan

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Arahan:

Beri definisi atau menghurai dengan menggunakan perkataan sendiri, maksud istilah berikut:

KEMAHIRAN PROSES SAINS ASAS

1. Memerhati:
- merupakan asas kepada semua kemahiran proses sains
- melibatkan proses pengumpulan maklumat tentang sesuatu objek, peristiwa atau fenomena dengan
menggunakan sebahagian atau kesemua deria
-bentuk pemerhatian kualitatif & kuantitatif
-sesuatu perubahan juga diambilkira dalam pemerhatian

2.Mengelas:
- kebolehan untuk menyusun, mengasing dan mengumpulkan objek atau fenomena kepada kumpulan
masing-masing berdasarkan sesuatu kriteria atau ciri/sifat tertentu.
-ahli yang mempunyai ciri sepunya dikategorikan dalam kumpulan.
-pengelasan objek yang paling ringkas menggunakan sistem binari.(ciri ada/tiada)
-pengelasan sesiri digunakan apabila perbezaan ciri tidak jelas/ketara.

3.Mengukur & menggunakan nombor:


-merupakan kebolehan membuat pemerhatian secara kuantitatif dengan menggunakan nombor dan
alat pengukuran berunit piawai.

4.Membuat inferens:
- merupakan kemahiran untuk menerangkan sesuatu pemerhatian/peristiwa berasaskan maklumat daripada
pengalaman yang lampau dan data yang baru diperhatikan.

5.Meramal:
-membuat jangkaan pemerhatian akan datang berdasarkan pemerhatian yang lampau, data-data yang sedia
ada, pola-pola data yang diperhatikan, atau graf yang dilukis daripada data-data awal.
-terdapat dua jenis ramalan iaitu ramalan secara interpolasi, dan ramalan secara ekstrapolasi.
-Suatu ramalan secara interpolasi merupakan ramalan yang dibuat dalam julat data pemerhatian, manakala
ramalan secara ekstrapolasi dibuat melampaui julat data pemerhatian.

6.Berkomunikasi:
-merupakan kebolehan mempersembahkan idea atau maklumat dalam pelbagai bentuk, misalnya secara
lisan, secara tulisan, menggunakan alat-alat komunikasi seperti graf, rajah, peta konsep, model, jadual, carta
dan simbol.
-juga merangkumi kebolehan untuk mendengar idea orang lain dan merespon terhadap idea
tersebut.

7.Menggunakan perhubungan ruang dan masa:


-merupakan kemahiran dalam memerihal perubahan parameter seperti lokasi, jarak, arah, bentuk, saiz,
isipadu, suhu dan jisim dengan masa.
-menghuraikan kedudukan, pergerakan, arah, susunan dalam ruang, simetri dan bentuk suatu objek
mengikut masa.
-melibatkan kemahiran menyusun kejadian atau peristiwa mengikut kronologi.

KEMAHIRAN PROSES SAINS BERSEPADU

8. Mengawal pembolehubah:
Kemahiran mengawal pembolehubah merupakan kemahiran mengenal pasti pembolehubah-pembolehubah
yang dimalarkan, pembolehubah yang dimanipulasikan, dan pembolehubah bergerak balas dalam sesuatu
penyiasatan sains.
Pembolehubah yang dimanipulasikan diubah untuk melihat hubungannya dengan pembolehubah
bergerakbalas, dan pada masa yang sama, semua pembolehubah lain dimalarkan untuk memastikan
pengujian yang adil.

9. Membuat hipotesis:
Kemahiran membuat hipotesis merupakan kemahiran untuk meramal bagaimana satu pembolehubah boleh
memberikan kesan kepada pembolehubah kedua.
merupakan pernyataan umum tentang hubungan antara Pemboleh ubah manipulasi dengan pemboleh ubah
bergerak balas.

10. Mendefinisi secara operasi:


Kemahiran mendefinisi secara operasi merupakan kemahiran mendefinisi sesuatu konsep atau
pembolehubah dengan menyatakan secara spesifik apa yang mesti dicerap dan bagaimana pembolehubah
tersebut dapat diukur.

11. Mentafsir data/Interpretasi data:


Kemahiran dalam memberikan penerangan yang rasional tentang suatu objek, peristiwa, pola daripada
maklumat yang dikumpul.

12. Mengeksperimen:
merupakan penyiasatan untuk menguji sesuatu hipotesis. Proses mengeksperimen melibatkan penggunaan
semua atau gabungan kemahiran-kemahiran proses sains yang lain.

You might also like