Soalan Penyelesaian Masalah Matematik Tahun 3

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

SOALAN PENYELESAIAN MASALAH MATEMATIK TAHUN 3

1. Bilangan penduduk Kampung Setia ialah 11 220 orang. Jumlah penduduk


Kampung Emas adalah 2 kali bilangan penduduk Kampung Setia. Berapakah
jumlah penduduk bagi kedua-dua kampung tersebut?

2. Jadual di bawah menunjukkan kedatangan pengunjung ke Taman Rama-rama


Melaka pada tahun 2015.

Bulan Januari Ogos Oktober


Bilangan
pengunjung 265 074 412 304

Jumlah pengunjung bagi ketiga-tiga bulan itu ialah 875 191 orang.

a) Hitung bilangan pengunjung pada bulan Ogos. (2 markah)

b) Berapakah beza antara bilangan pengunjung yang terbanyak dengan


pengunjung yang paling sedikit? ( 2 markah)

By: Cikgu Aishah.M


3. Terdapat 58 680 ekor haiwan di sebuah ladang. 17 456 ekor adalah kambing dan
selebihnya adalah lembu. Jika 4 575 ekor lembu telah dijual, berapa ekor
lembukah yang tinggal di ladang itu?

4. Jadual di bawah menunjukkan bilangan murid di Sekolah Kebangsaan Seri


Gading.

Bangsa Melayu Cina India


Bilangan 420 35

Jumlah keseluruhan bagi murid di sekolah Kebangsaan Seri Gading ialah 859 orang.

a) Hitung bilangan murid bangsa Cina di sekolah tersebut. ( 2 markah)

b) Berapakah beza antara bilangan murid bangsa yang terbanyak dengan murid
bangsa yang sedikit? ( 2 markah)

By: Cikgu Aishah.M


5. Aiman mempunyai 2 555 ekor anak ayam. Dia menjual sebanyak 779 ekor
anak ayam kepada Pak Cik Atan. Kemudian, dia membeli 51 ekor lagi anak
ayam. Berapa jumlah anak ayam Aiman yang tinggal?

6. Sebuah bas dua tingkat membawa 79 orang penumpang. Apabila bas berhenti,
sebanyak 33 orang penumpang turun dan 9 orang penumpang naik. Berapakah
jumlah penumpang yang ada di dalam bas tersebut?

By: Cikgu Aishah.M

You might also like