Peranan Pasukan Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) Dalam Menangani Ancaman Komunis, 1968-1989
Peranan Pasukan Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) Dalam Menangani Ancaman Komunis, 1968-1989
Peranan Pasukan Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) Dalam Menangani Ancaman Komunis, 1968-1989
23-39
Abstract
Malaysia was one of the countries that faced the security threat of communist insurgency; inflicted by
the Communist Party of Malaya (CPM) since 1948. Although having been defeated by the Malayan
Security Forces in 1960, the CPM took their second opportunity by reviving their armed struggle,
prompting the Second Malaysia Emergency in 1968 which lasted for almost 40 years. The success of
the Malaysian Security Forces in the Second Emergency was based on meticulous implementation of
intelligence services by the Royal Malaysian Police Special Branch (SB) Division, known for their
high reputation and efficiency in counter-intelligence in the 1970s. This study focuses on the roles
and functions of the Special Branch, primarily its intelligence strategies and tactics, which led to the
defeat of the CPM in 1989.
Pengenalan
Malaysia adalah salah sebuah daripada negara di dunia yang menghadapi ancaman
Insurgensi Komunis selepas Perang Dunia Kedua terutamanya apabila rantau Asia
Tenggara telah menjadi sasaran kepada Kesatuan Komunis Soviet Union untuk meluaskan
lagi empayar mereka ke serata dunia ketika awal Perang Dingin. Pada tahun 1948, Parti
Komunis Malaya (PKM) yang diketuai oleh Chin Peng telah melancarkan serangan ke
seluruh Semenanjung Tanah Melayu bagi mengambil alih kuasa pemerintahan Kerajaan
British di Tanah Melayu bersandarkan prinsip “Kekuasaan Politik Lahir Daripada Laras
Senapang” yang telah diagungkan oleh pemimpin komunis China, iaitu Mao Tse Tung.1
Walau bagaimanapun, usaha PKM telah gagal dalam melancarkan pemberontakan
bersenjata mereka dengan berkat usaha dan peranan pasukan keselamatan yang dimainkan
oleh pasukan tentera dan Tanah Melayu pada ketika itu. Salah satu faktor yang memberikan
kemenangan kepada pasukan keselamatan di Malaya adalah hasil daripada idea British
untuk menubuhkan sebuah unit yang berperanan sebagai penyalur maklumat perisikan
yang diterajui oleh Pasukan Polis Persekutuan Malaya yang dinamakan sebagai Cawangan
Khas ataupun lebih dikenali sebagai Special Branch. Pasukan Cawangan Khas Polis Diraja
Malaysia (PDRM) ini ditubuhkan pada tahun 19482 dan berperanan sebagai sebuah badan
perisikan yang bertanggungjawab dalam menyalurkan maklumat perisikan kepada
angkatan tentera British serta pasukan keselamatan ketika Darurat 1948-1960.
Kebanyakan ahli akademik serta sejarawan berpendapat Pasukan Cawangan Khas
PDRM telah memainkan peranan yang besar dalam menentukan kejayaan British ketika
menghadapi Insurgensi Komunis di Tanah Melayu, antaranya seperti Comber,3 Komer,4
Short,5 Leong,6 dan Reduan.7 Pemberontakan bersenjata PKM ketika Darurat 1948-1960
menemui jalan buntu apabila kebanyakan daripada pasukan penggempur PKM serta
rejimen utama mereka telah berjaya dimusnahkan oleh pasukan keselamatan melalui
tekanan yang lahir daripada kebijaksanaan British serta pasukan keselamatan dalam
melaksanakan taktik serta strategi ‘cegah-rintang’ (counter-insurgency). Akhirnya pada tahun
1960, kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan berakhirnya darurat di seluruh negara.8
Dalam pada itu, sebahagian besar daripada pasukan penggempur PKM serta Ahli
Jawatankuasa Pusat PKM telah berundur ke selatan Thailand. Ini adalah bertujuan bagi
23
Sejarah, No. 25, Bil. 2, Disember 2016, hlm. 23-39
membina semula kekuatan parti mereka setelah mereka ditewaskan oleh pasukan
keselamatan.9 PKM mengambil masa selama lapan tahun untuk membina semula kekuatan
mereka sebelum melancarkan pemberontakan bersenjata bagi kali kedua dan berterusan
selama 21 tahun.
Artikel ini akan mengupas peranan yang telah dimainkan oleh Pasukan Cawangan
Khas PDRM dalam menangani ancaman bersenjata komunis pada tahun 1968-1989, serta
melihat apakah taktik dan strategi yang telah dijalankan oleh Pasukan Cawangan Khas
PDRM dalam membendung usaha PKM untuk mendominasi negara ini melalui “laras
senapang”. Pasukan Cawangan Khas PDRM merupakan salah sebuah organisasi yang
masih dianggap sebagai rahsia sehingga kini serta tidak mendapat liputan yang meluas
mengenai peranan serta penubuhannya oleh orang ramai. Kebanyakan di antara kita
menganggap bahawa peranan yang ditonjolkan oleh Pasukan Cawangan Khas PDRM
semata-mata bagi menahan golongan kiri serta reformis yang mengancam keselamatan
negara. Akan tetapi tugas serta bidang yang telah ditonjolkan oleh Pasukan Cawangan Khas
PDRM lebih besar daripada apa yang digembar-gemburkan oleh pandangan umum
masyarakat pada hari ini.
24
Sejarah, No. 25, Bil. 2, Disember 2016, hlm. 23-39
E1 E2 E3
KOMUNISME EXTREMISM LOGISTIK
E4 E5 E6
EXTERNAL KESELAMATAN PENTADBIRAN
COMMUNISM
E7
TERRORISM
Sumber: Maklumat yang diperoleh daripada Datuk Dr. Leong Chee Woh, Bekas Timbalan Pengarah
Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (1981-1984) pada 25 Mei 2015.
Jadual 1: Peranan serta Fungsi Jabatan Yang Terdapat di bawah Pasukan Cawangan Khas
PDRM Ketika Darurat, 1970-1990
25
Sejarah, No. 25, Bil. 2, Disember 2016, hlm. 23-39
26
Sejarah, No. 25, Bil. 2, Disember 2016, hlm. 23-39
perkaderan yang dijalankan beroperasi daripada kem-kem latihan yang dibina dalam
kawasan hutan di sekitar Betong.15 Kebanyakan daripada anak-anak muda yang
diindoktrinisasikan oleh pihak PKM merupakan anak-anak muda yang berpendidikan
daripada sekolah-sekolah Vernakular Cina seperti Methodist, Chung Hwa, Kuen Chen,
Tsun Jin, dan Sekolah Cina Confucius.16 Pada masa yang sama, organisasi bawah tanah
PKM juga turut menggunakan saluran massa melalui pergerakan kesatuan yang bertapak di
Semenanjung Malaysia seperti kesatuan buruh, persatuan-persatuan pelajar, kongres sekerja
serta parti-parti politik yang berhaluan kiri17 bagi merekrut golongan muda untuk
mendapatkan latihan bercorak ketenteraan di selatan Thailand yang merangkumi latihan
bersenjata seperti peperangan gerila, taktik peperangan hutan, serang hendap, pembuatan
jerangkap samar, gerakan bawah tanah, pembelajaran doktrin komunisme, serta perisikan.18
Latihan-latihan ini dijalankan secara berterusan dengan mendapat tunjuk ajar
daripada kader-kader PKM yang didatangkan khas dari negara China.19 Sesetengah
daripada kader-kader ini pernah mempunyai pengalaman yang meluas dalam peperangan
melawan pihak Jepun ketika Perang Manchuria 1936. Justeru latihan yang dijalani oleh
anak-anak muda yang menyertai PKM di selatan Thailand telah diajar oleh jurulatih yang
sangat profesional dan berpengalaman dalam perang gerila. Beberapa tahun sebelum PKM
melancarkan pemberontakan bersenjata untuk kali yang kedua, Jawatankuasa Pusat PKM
telah mengarahkan pasukan penggempur PKM untuk membina kem-kem dalam hutan di
sekitar kawasan yang baru serta strategik. Walaupun sejumlah besar kem-kem komunis
telah dibina ketika Darurat 1948-1960, akan tetapi Jawatankuasa Pusat PKM telah
memberikan arahan kepada unit-unit penggempur PKM untuk meninggalkan kem-kem
tersebut atas faktor keselamatan bagi mengelakkan lokasi mereka mudah ditemui oleh
pasukan keselamatan di masa hadapan.20
Pada tahun 1968, Jawatankuasa Pusat PKM telah mengeluarkan arahan bagi
melancarkan pemberontakan bersenjata yang kedua melalui petikan ucapan bersempena
dengan sambutan Penubuhan PKM yang ke-40 yang berbunyi:
27
Sejarah, No. 25, Bil. 2, Disember 2016, hlm. 23-39
Pada 1 Jun 1968, pihak PKM telah melancarkan pemberontakan bersenjata mereka
apabila unit penggempur mereka telah menyerang sebuah konvoi pasukan keselamatan di
Kroh, Pengkalan Hulu yang menyebabkan kematian 16 orang anggota Pasukan Polis Hutan
(PPH).22 Dengan itu bermulalah detik peranan berat yang dimainkan oleh Pasukan
Cawangan Khas PDRM dalam menangani ancaman komunis di Malaysia. Peranan utama
yang ditonjolkan oleh pasukan Cawangan Khas adalah bagi mendapatkan dan memberikan
maklumat serta info perisikan kepada pasukan keselamatan yang terlibat ketika Darurat
1968-1989 iaitu Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).23
Perisikan adalah kaedah yang terpenting dalam memastikan bahawa konsep ‘cegah-rintang’
(counter-insurgency) yang dijalankan berjaya. Ini kerana sumber perisikan berperanan
sebagai mata dan telinga kepada pasukan keselamatan bagi mengetahui kedudukan serta
kekuatan pasukan musuh.
Secara dasarnya, tugas pengumpulan data perisikan dibahagikan kepada beberapa
sektor kerana Pasukan Cawangan Khas PDRM turut bekerjasama dengan Pasukan Perisikan
Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam menangani ancaman komunis di Malaysia. Sebagai
contoh, Pasukan Cawangan Khas PDRM hanya terlibat dalam proses pengumpulan data
perisikan terhadap musuh di kawasan bandar hingga ke pinggir hutan, manakala pasukan
Perisikan TDM bertanggungjawab untuk menjalankan proses pengumpulan maklumat
risikan dalam kawasan tanggungjawab yang kebiasaannya terletak di tengah kawasan
hutan yang menjadi tempat pasukan penggempur PKM berlindung.24 Di samping itu, tugas
utama Pasukan Cawangan Khas PDRM adalah bagi menghapuskan pergerakan bawah
tanah komunis yang dikenali sebagai Min Yuen yang berperanan sebagai anggota bawah
tanah yang bertanggungjawab bagi membekalkan pasukan penggempur dengan bekalan
asas seperti makanan, bekalan perubatan, wang tunai, serta pakaian bagi membantu
kelangsungan perjuangan bersenjata PKM di hutan untuk jangka masa yang panjang.25
Tugas menghapuskan pergerakan Min Yuen adalah amat mencabar kerana
kebiasaannya anggota Min Yuen yang direkrut ini adalah mereka (individu) yang menjalani
kehidupan biasa dalam masyarakat seperti petani, penjual ikan di pasar, orang kampung,
pekedai runcit, penoreh getah serta sesiapapun yang dirasakan sesuai.26 Keadaan ini
amatlah menyukarkan Pasukan Cawangan Khas PDRM bagi mengenalpasti ahli-ahli Min
Yuen yang beroperasi di sesebuah tempat. Mengapakah Pasukan Cawangan Khas PDRM
begitu obses dalam memusnahkan pergerakan Min Yuen? Organisasi bawah tanah Min Yuen
dilihat secara dasarnya sebagai ancaman utama kepada kejayaan operasi ketenteraan yang
dijalankan bagi menggempur pasukan komunis dalam hutan. Ini kerana ejen-ejen Min Yuen
berperanan sebagai ejen perisikan bagi pihak PKM dalam mengenal pasti pergerakan
pasukan keselamatan ketika operasi memburu komunis dilancarkan.27
Sebagai contoh, terdapat suatu kes seorang isteri kepada anggota Pasukan Polis
Hutan sedang membeli ikan bilis di sebuah pasar di sesebuah daerah. Penjual ikan bilis itu
adalah salah seorang daripada ejen Min Yuen telah bertanya kepada isteri tersebut
mengapakah beliau membeli ikan bilis dalam kuantiti yang banyak. Lantas si isteri tersebut
memberitahu pekedai tersebut bahawa suaminya akan terlibat dalam operasi di daerah
tersebut pada keesokan harinya. Pekedai runcit tersebut lantas menyampaikan mesej yang
diterimanya tadi kepada ejen Min Yuen yang lain lantas akan memberikan kelebihan kepada
pasukan penggempur PKM bagi bersedia untuk menjangkakan bahawa pasukan
keselamatan akan datang bagi memburu mereka di kawasan mereka berkubu. Ini akan
memberikan kelebihan kepada pasukan penggempur PKM untuk menjalankan serang
hendap terhadap konvoi pasukan keselamatan yang sedang bergerak kekawasan kubu
mereka mahupun memberikan mereka kelebihan untuk beralih ke lokasi mereka berasa
selamat dan ketika pasukan keselamatan tiba di kawasan operasi, pasukan penggempur
komunis mungkin telah lama meninggalkan kawasan terbabit tanpa sebarang kecelakaan.28
Terdapat juga kes ejen Min Yuen dalam kalangan penoreh getah telah berjaya memberi
28
Sejarah, No. 25, Bil. 2, Disember 2016, hlm. 23-39
29
Sejarah, No. 25, Bil. 2, Disember 2016, hlm. 23-39
sesebuah food dump serta arms dump berjaya dimusnahkan oleh pasukan keselamatan, ia
sekali igus akan melumpuhkan pergerakan Unit-unit Penggempur PKM. Ini kerana secara
dasarnya, manusia memerlukan makanan untuk hidup dan sekiranya pasukan komunis
terputus bekalan makanan, ia akan melemahkan stamina serta moral anggota-anggota PKM
bagi meneruskan perjuangan mereka dalam hutan.38 Tambahan pula, keadaan kehidupan
dalam hutan yang ekstrim serta cuaca yang tidak menentu sudah pasti akan menyukarkan
urusan seharian mereka. Pada 14 Mac, 25 April dan 28 April 1974, pasukan penggempur
PKM yang beroperasi di kawasan hutan di Sungai Liang, Pahang telah dijumpai mati akibat
kebuluran kesan daripada operasi rondaan pasukan keselamatan di kawasan terbabit yang
menimbulkan tekanan kepada pasukan penggempur PKM tersebut yang terputus bekalan
makanan.39 Pasukan Cawangan Khas PDRM juga akan membuat analisis terhadap barang
makanan serta peluru yang dirampas bagi mengenal pasti kekuatan sebenar pasukan
penggempur PKM di kawasan food dump dan arms dump tersebut ditemui.40
Ketika Darurat 1968-1989, Pasukan Cawangan Khas PDRM juga turut mempunyai
tanggungjawab yang besar dalam menembusi sistem komunikasi bawah tanah PKM.41
Sistem Komunikasi amatlah penting dalam memastikan bahawa segala arahan daripada
pihak Jawatankuasa Pusat PKM dapat dijalankan oleh pasukan penggempur PKM yang
berada di serata negeri di Semenanjung Malaysia. PKM tidak menggunakan alat transmitter
komunikasi ataupun battlefield radio ketika menyampaikan sesuatu arahan kepada pasukan
penggempur PKM mereka kerana faktor-faktor keselamatan. Secara amnya, transmisi radio
menggunakan gelombang yang dilancarkan daripada unit komunikasi wayarles mampu
dipintas oleh pihak pasukan keselamatan yang turut dilengkapi dengan kemudahan radio
Medan yang lebih canggih, sekali gus mampu menggugat keselamatan pasukan
penggempur PKM apabila rancangan mereka mungkin boleh dikesan oleh pasukan
keselamatan dengan hanya memintas transmisi radio perhubungan mereka.42
Tambahan pula, keadaan bentuk muka bumi Semenanjung Malaysia yang
bergunung-ganang serta berhutan tebal menghadkan liputan kawasan bagi penggunaan
gelombang radio wayarless.43 Sebagai langkah berjaga-jaga, pasukan penggempur PKM telah
menggunakan sistem “pembawa utusan” ataupun dikenali sebagai “Jungle courier”.44 Jungle
courier adalah seorang individu yang dipilih oleh pihak PKM yang ditugaskan untuk
menyampaikan mesej arahan perintah daripada Jawatankuasa Pusat PKM yang
berpengkalan di selatan Thailand untuk masuk ke Semenanjung Malaysia. Jungle courier
juga turut digunakan oleh pasukan penggempur PKM untuk berhubung dengan pasukan
penggempur PKM yang berada di negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia.45 Jungle
courier akan ditugaskan untuk membawa mesej penting kepada unit yang telah ditugaskan.
Mesej tersebut ditulis di atas kertas yang kecil (rolling slip) dan disembunyikan di suatu
tempat pengambilan yang dinamakan sebagai “Peti Surat Mati” ataupun lebih dikenali
sebagai “Dead Letter Box (DLB)”.46
Lokasi-lokasi DLB ini hanya diketahui oleh jungle courier dan sistem pengesanan
DLB ini adalah rumit seperti mana bagi mengesan lokasi food dump yang telah diterangkan
sebelum ini.47 Tugas Pasukan Cawangan Khas PDRM adalah bagi mengenal pasti lokasi
DLB yang telah dibina oleh anggota bawah tanah komunis. Ini kerana apabila DLB dapat
dijumpai, Pasukan Cawangan Khas PDRM mampu menembusi sistem komunikasi rahsia
PKM dengan memanipulasi maklumat arahan yang telah diberikan oleh pasukan
penggempur PKM sebelum ini. Sebagai contoh, antara maklumat yang terkandung dalam
DLB adalah lokasi serta masa pertemuan ejen-ejen komunis untuk mengambil bekalan
makanan yang telah disiapkan oleh anggota Min Yuen mahupun lokasi mesyuarat di antara
kader-kader PKM dalam sesebuah daerah.48 Dengan cara memanipulasi maklumat tersebut,
Pasukan Cawangan Khas PDRM mampu mengenalpasti niat serta gerak kerja PKM sekali
gus memudahkan pasukan keselamatan untuk membuat serang hendap di lokasi
pertemuan ahli-ahli PKM yang telah ditetapkan sepertimana yang telah tercatat dalam
30
Sejarah, No. 25, Bil. 2, Disember 2016, hlm. 23-39
DLB49. Kaedah ini adalah salah satu cara bagaimana organisasi Min Yuen serta sistem
komunikasi rahsia PKM dapat dihancurkan oleh Pasukan Cawangan Khas PDRM ketika
Darurat 1968-1989. Hasilnya, pasukan keselamatan telah berjaya menghapuskan serta
menangkap sejumlah anggota kumunis sekali gus melumpuhkan sistem komunikasi rahsia
PKM secara berterusan.
31
Sejarah, No. 25, Bil. 2, Disember 2016, hlm. 23-39
komunis, kebarangkalian untuk mereka hidup adalah tipis sekali. Akan tetapi sekiranya
mereka berjaya dalam sesebuah misi, maka data perisikan yang telah dikumpul daripada
lapangan amatlah berguna kepada pasukan keselamatan kerana darjah ketepatan risikan
tersebut kebiasaannya adalah tinggi serta tepat yang memungkinkan kejayaan sesebuah
operasi serang hendap musuh yang bakal dijalankan kemudian.
Selain daripada menghantar ejen ke lapangan untuk mengutip data perisikan secara
langsung, pasukan Pasukan Cawangan Khas PDRM juga turut menggunakan taktik
memanipulasikan anggota-anggota musuh yang telah menyerah diri kepada pasukan
keselamatan sebelum ini yang turut dikenali sebagai SEP dan CEP.57 Anggota SEP ini adalah
bekas anggota komunis yang telah menyerah diri mahupun meninggalkan perjuangan
mereka. Setelah disoal siasat oleh pasukan keselamatan, kebiasaannya anggota SEP akan
bekerjasama dengan pihak pasukan keselamatan mahupun Pasukan Cawangan Khas PDRM
bagi mendedahkan maklumat-maklumat berkaitan dengan pergerakan kumpulan
bersenjata yang pernah mereka sertai sebelum ini.58
Seringkali SEP akan mendedahkan lokasi markas pasukan yang mereka pernah
sertai berada. Maklumat-maklumat seperti nama kader-kader mahupun komander rejimen
ataupun pasukan penggempur PKM, kekuatan pasukan, lokasi food dump, persenjataan,
serta lain lain lagi maklumat yang berguna kepada perisikan Pasukan Cawangan Khas
PDRM akan dimanipulasikan dengan sebaik mungkin bagi memberikan kelebihan kepada
pasukan keselamatan untuk memburu serta memerangkap musuh melalui operasi Cari dan
Musnah yang bakal dijalankan kemudian.59 Tidak dapat dinafikan bahawa peranan yang
ditunjukkan oleh anggota SEP dalam memberikan maklumat perisikan terhadap musuh,
amat membantu pasukan keselamatan terutamanya Pasukan Cawangan Khas PDRM dalam
memusnahkan komunis dengan mendapat kejayaan yang cemerlang.
Selain daripada SEP, terdapat satu lagi sumber perisikan yang digunakan oleh
Pasukan Cawangan Khas PDRM sebagai taktik dalam mendapatkan data perisikan iaitu
dengan menggunakan Agen Gred Khas ataupun dikenali sebagai Special Grade Agent (SGA).
SGA merupakan anggota musuh yang telah menyerah diri ataupun ditangkap oleh pasukan
keselamatan akan tetapi, masih lagi mempunyai hubungan yang baik dengan unit lama
yang mereka pernah sertai. Dalam erti kata lain, SGA masih lagi dipercayai oleh rakan
dalam pasukan mereka kerana mereka tidak mengetahui bahawa rakan mereka pernah
ditangkap oleh pasukan keselamatan sebelum ini. SGA akan menyusup masuk semula ke
dalam unit lama mereka dan akan menjalankan tugas mereka seperti biasa. Akan tetapi
tanpa diketahui oleh anggota komunis yang lain, SGA telah menjadi ejen perisikan bagi
pihak kerajaan60. SGA juga tidak semestinya anggota musuh yang menyerah diri, akan
tetapi mereka juga merupakan individu biasa yang tinggal dalam sesebuah tempat, akan
tetapi mempunyai hubungan yang baik dengan anggota musuh. SGA juga berperanan
sebagai mata dan telinga bagi pasukan keselamatan dan dalam sesetengah kes, mereka akan
dibayar elaun imbuhan sekiranya berjaya memberikan maklumat perisikan terhadap musuh
dengan tepat ataupun maklumat perisikan yang telah diberikan oleh mereka membuahkan
hasil dengan tertangkapnya ataupun terbunuhnya pemimpin utama dalam Rejimen
mahupun pasukan penggempur PKM.61
Tugas SGA juga mempunyai darjah risiko bahaya yang tinggi. Sekiranya mereka
ditangkap oleh komunis, mereka akan diseksa hingga mati oleh anggota skuad penggempur
PKM kerana terdapat kes apabila penyamaran SGA terbongkar apabila mereka
membelanjakan wang hasil daripada elaun yang telah diberikan oleh pihak pasukan
keselamatan secara berlebihan sehingga menimbulkan syak wasangka pasukan komunis.
Pihak komunis melihat SGA tersebut berbelanja di luar daripada kemampuan diri mereka
sebagai seorang petani lantas menyebabkan pihak komunis berasa curiga bahawa SGA
tersebut merupakan tali barut pasukan keselamatan yang dibayar.62 Terdapat lagi beberapa
taktik yang digunakan selain daripada tiga jenis taktik yang disebutkan di atas iaitu Agen
32
Sejarah, No. 25, Bil. 2, Disember 2016, hlm. 23-39
lapangan, SEP, dan SGA. Tetapi atas faktor kerahsiaan, maka taktik tersebut tidak
diumumkan kepada pihak awam. Ketiga-tiga jenis taktik yang digunakan oleh Pasukan
Cawangan Khas PDRM ini telah memberikan kejayaan yang besar dalam operasi mereka
menghapuskan ancaman komunis pada tahun 1968 hingga 1989.
33
Sejarah, No. 25, Bil. 2, Disember 2016, hlm. 23-39
bersenjata yang telah dilancarkan oleh mereka. Mereka menjadikan anggota Pasukan
Cawangan Khas PDRM khususnya yang berbangsa Cina sebagai sasaran utama
pembunuhan kerana PKM menganggap bahawa mereka adalah golongan pengkhianat yang
sanggup berpaling tadah dengan membunuh bangsa mereka sendiri.69 Tambahan pula,
anggota Pasukan Cawangan Khas PDRM berbangsa Cina amat mudah menyamar sebagai
anggota komunis disebabkan kebolehan mereka untuk berkomunikasi dalam bahasa Cina
dengan fasih. Justeru itu, taktik ini mudahkan mereka untuk melakukan taktik penyamaran
dengan menyamar sebagai anggota komunis dilengkapi dengan uniform untuk menembusi
ke dalam kumpulan pasukan penggempur PKM tanpa menimbulkan sebarang syak
wasangka.70
Tahun demi tahun berlalu, perjuangan bersenjata PKM mula menampakkan bibit-
bibit kelemahan apabila pada akhir tahun 1970-an berlaku perpecahan dalam organisasi
PKM yang menyebabkan PKM telah berpecah menjadi 3 buah organisasi.71 Keadaan PKM
bertambah buruk apabila bermula tahun 1980-an, hasil kebijaksanaan pemimpin negara
melalui rundingan meja bulat telah berhasil menyebabkan Parti Komunis China bersetuju
untuk menghentikan segala bantuan ketenteraan kepada PKM tetapi mengambil langkah
sekadar memberikan sokongan moral kepada perjuangan PKM.72 Nasib seperti tidak
menyebelahi PKM pada tahun 1980-an apabila rakan seperjuangan mereka iaitu Parti
Komunis Thailand (PKT) telah mengambil langkah untuk menamatkan perjuangan
bersenjata mereka secara rasmi dengan meletakkan senjata kepada kerajaan Thailand.73
Senario politik dunia turut berubah apabila di akhir tahun 1980-an, kebanyakan daripada
negara-negara di Blok Eropah Timur sudah mula berpecah daripada pemerintahan
Kesatuan Sosialis Republik Soviet Union.
Kebanyakan negara dalam Blok Komunis termasuk negara China dan Vietnam telah
mengamalkan Dasar Polisi Keterbukaan dalam hubungan serantau serta ekonomi telah
memperlihatkan ideologi Komunisme serta Sosialisme semakin tidak relevan dengan arus
perubahan zaman.74 Kebanyakan -negara Komunis di dunia mempunyai pertumbuhan
negara yang mundur serta lembab jika dibandingkan dengan negara-negara dalam Blok
Kapitalis seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, dan Jerman Barat yang lebih
maju berkembang selaras dengan arus peredaran semasa. Setelah hampir 40 tahun
mengangkat senjata, akhirnya PKM telah bersetuju untuk menamatkan perjuangan
bersenjata mereka yang dianggap sebagai sia-sia melalui termetrainya Perjanjian Damai Hat
Yai yang berlangsung pada tahun 1989.75
Kesimpulan
Pasukan Cawangan Khas PDRM dilihat sebagai pasukan yang telah memberikan kelebihan
yang besar kepada pasukan keselamatan dalam menghapuskan ancaman bersenjata PKM
ketika Darurat 1968-1989. Pasukan Cawangan Khas PDRM telah membuktikan peranannya
sebagai sebuah organisasi yang mengumpulkan data perisikan bagi faktor kekalahan PKM.
Pasukan Cawangan Khas PDRM telah mengambil pengalaman mereka ketika Darurat 1948-
1960 dalam melawan komunis dengan sebaik mungkin apabila mereka mengambil langkah
proaktif dengan membangunkan organisasi pasukan untuk menjadi lebih efisien serta
sistematik. Ini dapat dibuktikan melalui penubuhan Divisyen E1 hingga E8 yang beroperasi
mengikut kepakaran serta tugas setiap jabatan dalam pasukan dengan lebih teratur serta
mengikut kepakaran anggota masing-masing.
Darurat 1968-1989 juga telah memberikan pengalaman yang bermakna kepada
Pasukan Cawangan Khas PDRM apabila keupayaan serta taktik pasukan dalam menangani
ancaman bersenjata PKM menjadi lebih mencabar. Pada ketika itu, PKM dilihat lebih
bersedia dalam melancarkan serangan terhadap kerajaan apabila mereka telah
mempertingkatkan kesiap siagaan unit-unit serta pasukan penggempur PKM yang turut
34
Sejarah, No. 25, Bil. 2, Disember 2016, hlm. 23-39
mendapat bantuan persenjataan serta latihan daripada Parti Komunis China serta Parti
Komunis Vietnam yang mempunyai pengalaman besar dalam menjalankan aktiviti perang
gerila terutamanya apabila pasukan tentera Vietnam telah berjaya mengalahkan tentera
Amerika Syarikat ketika Perang Vietnam 1963-1974.
Kekuatan serta strategi peperangan gerila yang dilancarkan oleh PKM telah dilihat
membuahkan hasil dalam menguji tahap kecekapan serta kesediaan Pasukan Cawangan
Khas PDRM ketika tahun 1970-an. Pasukan Cawangan Khas PDRM telah berusaha untuk
menggunakan seberapa banyak taktik bagi menghancurkan sistem komunikasi organisasi
PKM dengan cara menjalankan akitviti perisikan medan melalui penghantaran ejen
lapangan. Pada masa yang sama, anggota musuh yang telah menyerah diri (SEP) mahupun
ditangkap oleh pasukan keselamatan telah dimanipulasi sebaik mungkin oleh Pasukan
Cawangan Khas PDRM bagi membantu pasukan dalam menghapuskan PKM secara
langsung. Kaedah ini turut mendorong kejayaan Pasukan Cawangan Khas PDRM bukan
sahaja dengan menembusi sistem komunikasi PKM malahan dalam sesetengah kes, ianya
turut membuahkan hasil yang lebih besar apabila kaedah tersebut mampu membantu
pasukan keselamatan dalam menghapuskan pemimpin kanan PKM di peringkat
Jawatankuasa Daerah atau Jawatankuasa Negeri.
Dalam usaha Pasukan Cawangan Khas PDRM membanteras kegiatan bersenjata
PKM pada tahun 1970-an, mereka turut mengalami tekanan yang berterusan daripada pihak
komunis. Ini dapat dilihat apabila pada sekitar tahun 1970-an, pihak komunis melalui
pasukan penggempur PKM telah berjaya melancarkan serangan terhadap beberapa orang
anggota Pasukan Cawangan Khas PDRM di seluruh Semenanjung Malaysia. Serangan
tersebut dilihat sebagai salah satu usaha yang dilakukan oleh PKM untuk melemahkan
kegiatan pengumpulan perisikan yang dijalankan oleh Pasukan Cawangan Khas PDRM.
Serangan tersebut juga menjadi suatu bentuk pembalasan yang bersifat dendam terhadap
kematian rakan-rakan persejuangan dalam pasukan mereka yang mungkin terbunuh akibat
pertempuran dengan pihak pasukan keselamatan hasil daripada sumber perisikan anggota
Pasukan Cawangan Khas PDRM yang berdedikasi dalam menjalankan tugas mereka tanpa
mengira bahaya yang menyebabkan mereka kehilangan nyawa.
Secara amnya, Pasukan Cawangan Khas PDRM merupakan salah sebuah daripada
pasukan yang memberikan kejayaan yang besar khususnya kepada kejayaan negara dalam
menangani ancaman bersenjata PKM pada Darurat 1968-1989. Pada hari ini, Cawangan
Khas masih lagi beroperasi dalam pasukan PDRM dan kecekapan serta kualiti mereka
masih lagi pada tahap yang tinggi. Walaupun ancaman bersenjata komunis telah tamat
hampir 3 dekad yang lalu, akan tetapi Pasukan Cawangan Khas PDRM pada masa kini
menghadapi ancaman keselamatan yang lebih besar daripada apa yang pernah mereka lalui
sebelum ini terutamanya apabila mereka terpaksa menghadapi ancaman yang bersifat
global seperti ancaman keganasan terorisme, serta pergerakan persatuan yang bersifat
extremisme yang dilihat mampu menghancurkan kestabilan politik serta sosial di sesebuah
negara seperti ancaman Pertubuhan Negara-Negara Islam Iraq dan Syria (IS) yang semakin
menular sehingga ke Asia Tenggara. Ancaman seperti ini telah memberikan Pasukan
Cawangan Khas PDRM tanggungjawab yang lebih besar dalam mempertahankan
keselamatan dalam negeri serta negara dengan lebih aktif.
Nota
1 Lihat C.C. Too, “International Seminar on Communism in Asia 1966”, hlm. 5. Arkib Negara
Malaysia. ANM 2006/0007931/W/A/04/A/04/E/3.
2 Menurut Leon Comber, Pasukan Cawangan Khas Polis Persekutuan Malaya (SB) telah
ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1948. Akan tetapi SB adalah sebuah organisasi yang
35
Sejarah, No. 25, Bil. 2, Disember 2016, hlm. 23-39
diwujudkan hasil daripada legasi yang ditinggalkan oleh Perkhidmatan Keselamatan Malaya
ataupun dikenali sebagai Malaya Security Service yang telah ditubuhkan sebelum berlakunya
Perang Dunia Kedua. Lihat Leon Comber, Malaya’s Secret Police 1945-1960: The Role of the Special
Branch in the Malayan Emergency, Singapore: Institute of Southeast Asian Studies, 2008, hlm. 26-27.
3 Ibid., hlm. 289.
4 R.W. Komer, “The Malayan Emergency in Retrospect: Organization of a Successful
Counterinsurgency Efforts”, Report for the Advanced Research Projects Agency, RAND Corporation,
Santa Monica, California, USA, Febuari 1972, hlm. 41-45.
5 Anthony Short, In Pursuits of Mountain Rats: The Communist Insurrection in Malaya, Singapore:
Cultured Lotus, 2000, hlm. 80.
6 Leong Chee Who, Scorpio the Communist Eraser, USA: Rocky Mountain Press, 1996, hlm. 357-358.
7 Mohd Reduan Haji Asli, Pemberontakan Bersenjata Komunis di Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, 1993, hlm. 36-37.
8 Perdana Menteri Tanah Melayu pertama, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj secara rasmi telah
mengisytiharkan berakhirnya darurat pada 31 Julai 1960. Lihat John Nagl, Learning to Eat Soup
with a Knife: Counterinsurgency Lessons from Malaya and Vietnam, USA: University of Chicago Press,
2005, hlm. 103.
9 PKM telah mengundurkan keseluruhan Unit-Unit Penggempur Bersenjata mereka ke kawasan
hutan di selatan Thailand meliputi kawasan Songkhla, Narathiwat, Yala dan Patani sejurus
berakhirnya Darurat pada tahun 1960 sebagai langkah bagi membina semula kekuatan dalaman
PKM. Lihat Ho Hui Ling, Pergerakan Bersenjata Parti Komunis Malaya 1968-1989: Kebangkitan
Semula dan Penumpasannya, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2015, hlm. 44.
10 Unit Divisyen E adalah kod rasmi jabatan yang berada di bawah Pasukan Cawangan Khas Polis.
11 Deputy Commissioner Police (DCP) ataupun Timbalan Pesuruhjaya Polis adalah pangkat anggota
dalam Kumpulan Pegawai Kanan Polis yang setaraf dengan Mejar Jeneral dalam perkhidmatan
Tentera Darat dan Udara. Lihat Kerjaya dalam Pasukan Polis Diraja Malaysia, Cawangan
Perhubungan Awam, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, Kuala Lumpur, 1975, hlm.
14.
12 Senior Assistant Commisioner of Police (SAC) ataupun Penolong Pesuruhjaya Kanan Polis adalah
pangkat anggota dalam Kumpulan Pegawai Kanan Polis yang setaraf dengan pangkat Brigadier
Jeneral dalam perkhidmatan Tentera Darat dan Udara. Lihat J.J. Raj, The Struggle for Malaysian
Independence, Petaling Jaya: MPH Group Publishing Sdn. Bhd, 2007, hlm. 267-269.
13 Assistant Commisioner of Police (ACP) ataupun Penolong Pesuruhjaya Polis adalah pangkat
anggota dalam Kumpulan Pegawai Kanan Polis yang setaraf dengan pangkat Kolonel dalam
perkhidmatan Tentera Darat dan Udara. Lihat ibid., hlm. 267-269.
14 Nota peribadi SAC Datuk Dr. Leong Chee Woh, Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas Polis
Diraja Malaysia, Bukit Aman (1981-1984).
15 Sharom Hashim, Tentera Darat Menentang Insurgensi Komunis 1968-1989, Kuala Lumpur: Markas
Tentera Darat, 2001, hlm. 6.
16 Leong Chee Who, Scorpio on the Dragon Demise: The Second Malayan Communist Insurgency
Emergency 1970-1990, USA: Rocky Mountain Press, 2012, hlm. 14.
17 Arkib Negara Malaysia, The Communist threat to the Federation of Malaya 1959, ANM 2006/0007819,
2006, hlm. 19-30.
18 Sharom Hashim, Tentera Darat Menentang Insurgensi Komunis, hlm. 15.
18 A.V. Navaratnam, The Spear and The Kerambit: The Exploits of VAT 69, Malaysia’s Elite Fighting Force
1968-1969, Kuala Lumpur: Utusan Publication and Distributor Sdn. Bhd, 2001, hlm. 5-6.
19 Ibid., hlm. 6.
20 Lihat “Munchulnya Semula Anchaman Kominis Bersenjata di Malaysia Barat”, Kertas Putih
Rasmi Kementerian Dalam Negeri, Oktober 1971, hlm. 7.
21 Ibid., hlm.3.
22 Mohd Reduan Haji Asli, Pemberontakan Bersenjata Komunis, hlm. 116.
23 Lihat Ramlah Adam, Pahlawan Tegar Merdeka, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2014,
hlm. 37.
24 Temu bual bersama Bekas Penolong Penguasa Polis, ASP Meor Roslan Dato’ Meor Jaafar pada 16
November 2015. Beliau merupakan bekas anggota lapangan pasukan Cawangan Khas yang
36
Sejarah, No. 25, Bil. 2, Disember 2016, hlm. 23-39
pernah berkhidmat ketika Darurat 1981-1984. Beliau kini berkhidmat sebagai pensyarah di Pusat
Pengajian Strategik Pertahanan dan Keselamatan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
(UPNM), Kuala Lumpur.
25 Ismail Saad, ‘Pemberontakan PKM: Mengapa Gagal?’, dalam Khoo Khay Kim dan Adnan Haji
Nawang (ed.), Darurat 1948-1960, Kuala Lumpur: Muzium Angkatan Tentera, 1984, hlm. 73.
26 Sejak tahun 1954, PKM telah menubuhkan organisasi massa dalam kalangan penuduk kampung,
petani, serta orang awam sebagai salah satu kaedah bagi membentuk Barisan Bersatu Komunis
bagi menentang kerajaan melalui pergerakan revolusi. Ini menyebabkan ramai golongan
masyarakat terpengaruh dengan dakyah serta ideologi komunis yang menyebabkan mereka
secara tidak langsung menganggotai organisasi Min Yuen dengan membantu PKM dalam
memberikan maklumat persisikan terhadap Pasukan keselamatan. Lihat Arkib Negara Malaysia,
“Operational Intelligence”, ANM 1957/0537807
27 Temu bual bersama ASP Meor Roslan Dato’ Meor Jaafar, 16 November 2015.
28 Ibid.
29 Ketika tahun 1970-an, Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat terutamanya
daripada sektor pertanian apabila Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak telah
melancarkan Dasar Ekonomi Baru bagi mebangunkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara
Kasar (KDNK) negara. Salah satu kaedahnya adalah dengan meningkatkan pengeluaran hasil
pertanian negara melalui penanaman tanaman komoditi negara seperti kelapa sawit dan getah.
Sehubungan itu, banyak kawasan hutan telah ditebang bagi menjalankan projek tanaman
komoditi secara besar yang diselaraskan oleh Lembaga Pembangunan Tanah Persekutuan
(FELDA). Hasilnya dapat dilihat apabila pinggir hutan telah bertukar menjadi ladang kelapa
sawit serta getah. Lihat Tun Abdul Ghafar Baba, ‘Tun Razak Menyentuh Nadi Masyarakat Desa’,
dalam Shajaratuddur Sheikh Abdul Halim (ed.), Tun Abdul Razak Dalam Kenangan, Kuala
Lumpur: Utusan Publication Sdn. Bhd., 2006, hlm. 184-185.
30 Food Dump kebiasaannya ditanam dalam kawasan operasi PKM. Lokasi yang dipilih adalah
strategik dan sukar untuk dikesan dengan menggunakan pandangan mata kasar. Hanya
segelintir ketua ataupun kader-kader komunis yang mengetahui lokasi sebenar food dump.
Berdasarkan sumber perisikan, tebing bukit adalah lokasi yang paling sesuai digunakan bagi
menempatkan food dump kerana lokasi tersebut tidak menakung air serta memudahkan proses
pengambilan semula makanan oleh pasukan penggempur PKM. Sementara itu, Arms Dump
adalah bekas yang berisi peluru dan bahan letupan yang disorok dalam tanah bagi memastikan
pasukan penggempur PKM mempunyai bekalan peluru serta letupan yang tidak terhad untuk
digunakan dari masa ke semasa. Lihat A.V. Navaratnam, The Spear and The Kerambit, hlm. 31.
31 Ibid.
32 Sharom Hashim, Tentera Darat Menentang Insurgensi Komunis, hlm. 27.
33 A.V. Navaratnam, The Spear and The Kerambit, hlm. 29.
34 Lihat “Munchulnya Semula Anchaman Kominis”, hlm. 22.
35 Ibid.
36 A.V. Navaratnam, The Spear and The Kerambit, hlm. 78, 85- 89.
37 Temu bual bersama ASP Meor Roslan Dato’ Meor Jaafar, 16 November 2015.
38 Temu bual bersama Prof. Madya Dr. Kumar Ramakrishna, 16 Mac 2015, Rajaratnam School of
International Studies, Universiti Teknologi Nanyang, Singapura. Dr. Kumar Ramakrishna
merupakan pakar dalam bidang strategik pertahanan dan keselamatan, pengkhususan dalam
bidang insurgensi dan darurat Tanah Melayu. Beliau juga merupakan Ketua Pusat Kajian
Keselamatan Negara Singapura, Universiti Teknologi Nanyang, Singapura.
39 Lihat “Subversive Activities: How They Are Disrupted”, Department of Information, Ministry of
Information, 1976, hlm. 21. BK036(E).
40 Temu bual bersama SAC Datuk Dr. Leong Chee Woh, Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas
Bukit Aman (1981-1984), 24 Mei 2015. Datuk Dr. Leong Chee Woh merupakan bekas anggota
lapangan (field operative) Pasukan Cawangan Khas PDRM dan pernah terlibat dalam beberapa
operasi khas menghapuskan pemimpin kanan PKM ketika Darurat 1948-1960 dan Darurat 1968-
1989. Beliau menganggotai Cawangan Khas PDRM sejak tahun 1953.
41 Arkib Negara Malaysia, “Operational Intelligence”, 1957/0537807.
37
Sejarah, No. 25, Bil. 2, Disember 2016, hlm. 23-39
38
Sejarah, No. 25, Bil. 2, Disember 2016, hlm. 23-39
58 Reduan Aslie, Tan Sri Mohd Haniff Omar: Kepolisan dan Keselamatan, Kuala Lumpur: AMK
Interaksi Sdn. Bhd., hlm. 317.
59 Ibid.
60 Temu bual bersama ASP Meor Roslan Dato’ Meor Jaafar, 16 November 2015.
61 Terdapat beberapa kes apabila SGA telah mengikuti operasi rahsia yang dijalankan oleh pasukan
Cawangan Khas PDRM dalam memburu pemimpin tertinggi PKM di Semenanjung Malaysia
yang telah memperlihatkan hasil yang efektif dalam menghapuskan ancaman komunis di
Malaysia. Lihat “Operasi Juggler”, SF 533/3/1/403 (C). Arkib Cawangan Khas, Bukit Aman,
Kuala Lumpur, Dokumen Terhad.
62 Leong Chee Who, Scorpio the Communist Eraser, hlm. 158-159.
63 Pada tahun 1976, Pasukan Cawangan Khas PDRM berjaya menghapuskan sistem hab komunikasi
utama bawah tanah PKM di negeri Perak hasil daripada serbuan Pasukan Cawangan Khas
PDRM di Fairpark, Ipoh, Perak. Lihat Mohd Azzam Hanif Ghows, Reminiscences of Insurrection:
Malaysia’s Battle against Terrorism 1960-1990, Kuala Lumpur: Wangsa Zam, 2014, hlm. 187.
64 Leong Chee Who, Scorpio the Communist Eraser, hlm. 276-277.
65 Sepanjang tahun 1969-1989, pasukan keselamatan telah berjaya membunuh seramai 212 anggota
musuh, menawan 150 orang, serta sejumlah 117 orang anggota komunis menyerah diri kepada
pihak keselamatan. Statistik Majlis Keselamatan Negara (MKN) ini menunjukkan keberkesanan
peranan Pasukan Cawangan Khas PDRM dalam menangani ancaman bersenjata komunis di
Semenanjung Malaysia. Lihat Sharom Hashim, Tentera Darat Menentang Insurgensi Komunis, hlm.
146.
66 Lihat “Subversive Activities: How They Are Disrupted”, hlm. 5.
67 Salah satu usaha Pasukan Cawangan Khas PDRM dalam mendapatkan data perisikan musuh
adalah dengan cara menterjemahkan dokumen serta surat rahsia yang ditemui pada anggota
komunis yang mati dibunuh ataupun ditangkap ketika operasi Cari dan Musnah yang dijalankan
secara bersepadu oleh pasukan keselamatan. Pada ketika Darurat 1968-1989, Pasukan Cawangan
Khas PDRM telah bekerjasama rapat dengan Jabatan Perang Psikologi yang diketuai oleh C.C.
Too yang berpengalaman luas dalam mentafsir dokumen PKM sejak Darurat 1948-1960.
Kebanyakan dokumen yang ditemui daripada anggota komunis ditulis dalam tulisan bahasa
Cina yang turut mempunyai singkatan rahsia. Kebiasaannya, anggota musuh yang menyerah diri
(SEP) akan memberi kerjasama dalam usaha mentafsirkan makna informasi sebenar yang tertulis
dalam dokumen yang telah berjaya ditemui. Lihat Lim Cheng Leng, The Story of a Psy-Warrior:
Tan Sri Dr. C. C. Too”, Batu Caves: Terbitan Persendirian, 2000, hlm. 133.
68 Ramlah Adam, Pahlawan Tegar Merdeka, hlm. 34.
69 Mohd Reduan Haji Asli, Pemberontakan Bersenjata Komunis, hlm. 135-136.
70 A.V. Navaratnam, The Spear and The Kerambit, hlm. 92-93.
71 Pada 1 November 1974, Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Tan Sri Ghazali Shafie telah
membuat pengunguman di media massa berkenaan perpecahan PKM kepada tiga kumpulan
iaitu PKM Asal yang diketuai oleh Chin Peng, PKM Kumpulan Revolusi yang diketuai oleh
Wong Chung Sing, dan PKM Marxist-Leninist yang diketuai oleh Cheong Chin Mun. Perpecahan
tersebut menyebabkan perjuangan PKM mula dilihat terarah kepada bibit-bibit perpecahan,
sekali gus melemahkan perjuangan serta sokongan terhadap perjuangan komunis. Lihat Lim
Yoon Lin, “Malaysia: The New Mood”, dalam Southeast Asian Affairs 1976, Singapura: ISEAS,
1976, hlm. 215.
72 Lihat “China to Continue Backing the CPM”, The Star, 11 Ogos 1981.
73 Parti Komunis Thailand telah menamatkan perjuangan bersenjata dengan menyerah diri kepada
kerajaan Thailand pada tahun 1981. Lihat Ramlah Adam, Pahlawan Tegar Merdeka, hlm. 58.
74 Temu bual bersama Prof. Madya Dr. Kumar Ramakrishna, 16 Mac 2015.
75 Sharom Hashim, Tentera Darat Menentang Insurgensi Komunis 1968-1989, hlm. 175.
39