Kesahawan Muslim
Kesahawan Muslim
Kesahawan Muslim
2, (December 2020)
* Corresponding Author: Dr. Syarul Azman Shaharuddin. Jabatan Dakwah dan Usuluddin (JDUS), Fakulti
Pengajian Peradaban Islam (FPPI), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Malaysia. E-Mail:
[email protected], Telp.: (+60) 133777599.
Keywords: ABSTRACT
Muslimpreneur, Islamic The world of entrepreneurs in Malaysia has been led by Muslims.
Entrepreneur, Spiritual, This has contributed to the growth of the Muslim economy. There
Succesful are issues of failure in business management based on Islamic
spiritual values. Spirituality is the process of the internal
development of the soul. In Islam, it is based on faith in life,
believing and trust in Allah Almighty, while application of the
tauhid paradigm in both in this world and hereafter are related
affairs. The purpose of the study is to analyze the potential of
spiritual elements in the success of Muslim entrepreneurs. In this
article, the researchers applied the Systematic Literature Review
methodology, which focuses on research objectives. This article
uses three (3) steps to analyze selected articles, i.e., by
identification, screening, and eligibility. The outcome of this study
had established five (5) journal articles that discussed spiritual
elements that played an important role in the success of Muslim
entrepreneurs, based on religious practices and values that were
applied in entrepreneurship. The analysis found that the belief in
Allah and the practice of religious values helped to enhance
confidence and build the strong personality and traits of successful
entrepreneurs. This is contributed by the elements of gratitude
(shukr), approval (riḍā), and reliance (tawakkal) after the best
effort. Therefore, this study is expected to contribute to the research
on entrepreneurship in Malaysia, especially for the Muslim
community.
434
Vol. 5, No. 2, (December 2020)
Received: June 15, 2020 Accepted: October 21, 2020 Online Published: December 23, 2020
1. Pendahuluan
Kejayaan usahawan bergantung kepada beberapa komponen bagi menjayakan sesebuah perniagaan. Dalam
kajian Mubarak (2015) menyatakan kajian pengaruh spiritual dalam kehidupan banyak dijalankan di dunia
Barat. Beliau mendapati peranan spiritual penting dalam kejayaan usahawan muslim. Hal ini, kerana keyakinan
dan kebergantungan kepada Allah SWT membina motivasi serta pencapaian dalam diri usahawan Islam.
Spiritual adalah penyumbang utama kepada kejayaan usahawan muslim, kerana ia mempengaruhi personaliti
individu dan cara pengurusan peniagaan (Abdullah, 2013; Faizal, Ridhwan & Kalsom 2013; Hussin, 2003; Md
Yusof et al., 2018b; Salwa, Shahbudin, & Jusoff, 2013; Yaacob & Azmi, 2012). Terdapat beberapa pengkaji
mengkaji berkaitan dengan personaliti atau etika dan cara pengurusan perniagaan, ia berbalik kepada pegangan
agama (Md Yusof et al., 2018; Mohd Faizal et al., 2017; Rameli et al., 2014).
Spiritual adalah bersifat rohani, jiwa atau lebih tepat kerohanian iaitu berkaitan dengan pembangunan
dalaman diri (Baharom, 2005). Ia juga adalah berkaitan antara hubungan manusia dan pencipta (Md Yusof et al.,
2018a). Pendapat ini dikukuhkan dengan Mubarak (2015) yang berpendapat spiritual atau kerohanian merujuk
kepada aplikasi paradigma tauhid dalam mewujudkan kebersamaan antara urusan dunia dan akhirat. Pendapat
lain spiritual bukan sahaja daripada sudut agama tetapi ia juga boleh tercipta daripada pengalaman peribadi dan
pengaruh sekeliling (Bery, 2011). Manakala Mohd Adib, Azizi & Shuhairimi (2014) menyatakan keusahawanan
merupakan pelaksanaan usahawan bagi menjaga hubungan antara hamba dengan pencipta, hubungan antara
manusia dengan manusia dan hubungan antara manusia dengan alam, serta mencapai keredhaan Allah SWT.
Dalam kajian Mohd Zain et al. (2017) majoriti usahawan berjaya mengamalkan nilai-nilai agama
dalam setiap aktiviti keusahawanan. Sebilangan besar menyatakan bahawa elemen spiritual meningkatkan
motivasi usahawan untuk terus memajukan perniagaan. Tokoh usahawan bumiputra seperti Syed Mokhtar al-
Bukhari berjaya dengan mengamalkan nilai-nilai agama dalam pengurusan perniagaan beliau. Ini dikukuhkan
dalam kajian Ibrahim, Musani dan Muhammad (2008) menyatakan bahawa Syed Mokhtar al-Bukhari
mengabungkan amalan perniagaan dan amalan spiritual. Namun begitu, terdapat juga segelintir peniaga
menggunakan khidmat pawang dan bomoh bertujuan mendapatkan pelaris untuk premis mereka (Abdullah,
2011; Hamid, Ishak & Hashim, 2017). Jesteru itu, kajian ini memfokuskan kepada peranan spiritual sebagai
agen dalam kejayaan usahawan muslim.
Falsafah tauhid adalah asas pegangan Islam yang menjadi jaringan holistik dalam konsep spiritual Islam. Tauhid
menerangkan hakikat kewujudan Allah SWT dan fitrah manusia (usahawan) di dunia ini (Md Yusof et al.,
2018a). Ini bermaksud, percaya dan yakin kewujudan Allah SWT dalam diri setiap individu muslim,
menjadikan diri takut melakukan kemungkaran dan melaksanakan perintah Allah. Definisi ini membawa makna
ketaqwaan individu kepada Allah (Arif, 2013). Firman Allah SWT dalam surah Hūd ayat 49:
435
Vol. 5, No. 2, (December 2020)
(Kisah Nabi Nuh) itu adalah dari perkara-perkara yang ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (wahai
Muhammad), yang engkau tidak mengetahuinya sebelum ini. Oleh itu, bersabarlah. Sesungguhnya kesudahan
yang baik (yang membawa kejayaan di dunia dan kebahagian di akhirat) adalah bagi orang-orang bertaqwa.
Secara ringkasnya ayat ini menjelaskan, terdapat banyak kisah nabi Nūḥ yang tidak diketahui oleh
Rasulullah dan kaumnya. Pengetahuan mengenai kisah para nabi adalah daripada wahyu yang disampaikan
kepada Rasulullah SAW. Kalimah ﱪ ِ ْ َ ﻓmerujuk kepada baginda supaya bersabar dalam menyampaikan dakwah
ْ ﺎﺻ
ِ ِ ِ
kepada kaumnya. Pengkaji memberi penekanan kepada kalimah َ ﺇِ ﱠن اﻟ َْﻌﺎﻗﺒَﺔَ ﻟ ْﻠ ُﻤﺘﱠﻘmenerangkan bahawa individu
ﲔ
yang bertaqwa akan peroleh kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat (al-Qurṭubī, 1964). Jelas di sini
bahawa usahawan muslim yang mengaplikasikan amalan dan nilai Islam dalam pengurusan perniagaan memberi
impak terhadap kejayaan usahawan muslim tersebut.
Setiap perkara dari segi ibadah, muamalat dan munakahat telah disyariatkan segala perintah dan
larangan bagi pengikutnya agar tidak tersasar daripada landasan kebenaran (Hamid et al., 2018). Bidang
keusahawanan termasuk kategori muamalat, selari dengan kajian Mohd Adib et al. (2018) keusahawanan
merupakan cabang muamalat dalam meningkatkan ekonomi Islam. Individu yang menceburi dalam bidang ini
bukan sekadar mengaut keuntungan semata-mata, sebaliknya mencari keredaan Allah SWT. Ini kerana
keusahawanan Islam adalah berpaksikan kepada al-Quran dan al-Sunnah.
Menurut Yaakub dan Adnan (2018) faktor kejayaan seseorang dalam bidang keusahawanan terbahagi
kepada dua iaitu, faktor luaran dan dalaman. Faktor luaran adalah bantuan modal, ilmu pengetahuan dan
sokongan komuniti. Faktor dalaman pula merangkumi amalan nilai-nilai agama, sikap dan minat. Pengkaji ini
memfokuskan kepada faktor dalaman yang menjadi topik utama kajian ini. Mempraktikkan nilai agama dalam
kehidupan seharian, serta berpegang kepada konsep “rezeki milik Allah” akan melahirkan sifat bersyukur, di
samping meningkatkan motivasi seseorang kerana kebergantungan dan pengharapan kepada Allah SWT
menjadi tunjang utama (Usman et al., 2020).
Amalan agama membantu usahawan meningkatkan motivasi untuk kekal dalam bidang diceburi dan
kepuasan diri. Nilai-nilai agama adalah bermula daripada niat, solat dan doa, zakat dan sedekah, kebajikan dan
tanggungjawab sosial (Mubarak, Rahman & Yaacob, 2015). Namun begitu rata-rata masyarakat Islam masih
mengabaikan etika Islam dalam aktiviti keusahawanan, perkara ini berlaku kerana kurang kefahaman dan
penghayatan usahawan muslim terhadap asas Islam (Idris, Abd Rahman & Razali, 2019; Rossidi, 2017).
Menurut Ibrahim, Musani dan Muhammad (2008) kefahaman dan penghayatan asas Islam membentuk peribadi
usahawan Muslim. Oleh itu usahawan muslim perlu mengadaptasikan etika Islam dalam aktiviti keusahawanan.
Dalam kajian lain, kunci memperolehi keredhaan Allah SWT ialah dengan mengaplikasikan sifat-sifat
Rasulullah SAW iaitu siddiq, amanah, fatanah dan tabligh dalam aktiviti keusahawanan (Azman et al., 2014).
Usahawan muslim yang mengaplikasikan moral dan nilai Islam dalam aktiviti peniagaan menjadi salah satu
faktor utama kejayaan dan kepuasan diri. Pendapat ini diberi penekanan dalam Salwa, Shahbudin, dan Jusoff
(2013) nilai agama dan amalan agama membantu usahawan muslim dalam membina strategi perniagaan yang
diceburi. Ini bermaksud kepercayaan dan kekuatan spiritual membantu kejayaan perniagaan yang diceburi.
3. Metodologi Kajian
Kajian ini menggunakan kaedah systematic literature review (SLR). Metodologi ini telah banyak diguna pakai
oleh beberapa pengkaji, antaranya Kamal dan Hussin (2020), dan Usman dan Shahabuddin (2019). Kaedah ini
mengaplikasikan carian yang sistematik untuk mengenal pasti peranan spiritual terhadap kejayaan usahawan
muslim. Menurut Higgins et al. (2011) systematic literature review (SLR) merupakan kajian yang bertujuan
mencari dan menganalisis secara komprehensif, berstruktur, tiada keraguan dan boleh diulang pada proses
seterusnya. Pengkaji mengaplikasikan metod kajian yang digunakan oleh Kitchenham & Charters (2007) dan
Shaffril et al. (2019). Dalam kajian ini pengkaji mengaplikasikan 3 fasa kajian iaitu pengenalpastian
(identification), saringan (screening) dan kelayakan (eligibility). Tiga fasa ini perlu melalui proses yang ketat
dan teliti. Gambar rajah 1 menjelaskan langkah-langkah dan jumlah dapatan artikel yang dikaji dalam kajian ini.
Kajian ini menggunakan dua jenis pengkalan data (database) iaitu google search engine dan google
scholar. Pengkalan data ini cukup memenuhi syarat bagi bidang kajian ini. Menurut Xiao and Watson (2019)
436
Vol. 5, No. 2, (December 2020)
kata tidak ada satu pun database yang lengkap. Maka mereka cadangkan untuk guna lebih dari satu database,
dan Younger (2010) menyokong kaedah ini kerana dia berpendapat bila guna lebih dari satu, ia akan menutup
kelompong pada keduanya atau lebih. Selain itu, menurut Shaffril et al. (2019) tiada pengkhusus jenis pengkalan
data yang digunakan, asalkan ia melalui proses yang ketat. Maka ia dilabelkan sebagai analisis literatur
sistematik.
Fasa pengenalpastian (indentifacation) adalah proses untuk mengenal pasti artikel yang memfokuskan
kepada perbincangan mengenai impak elemen spiritual dalam kejayaan usahawan muslim. Oleh itu, fasa ini
perlu mengaplikasikan kaedah kepelbagaian kata kunci bagi pencarian artikel. Sebanyak 18,600 artikel yang
terkumpul daripada google search engine dan google scholar. Angka ini adalah dapatan sebelum menggunakan
kaedah kepelbagaian kata kunci. Dapatan pencarian selepas mengaplikasikan kaedah tersebut, merekodkan
pengurangan artikel terkumpul iaitu sebanyak 350. Kata kunci yang digunakan adalah seperti berikut; google
search engine: Title-Abs- (muslim preneur or muslim entrepreneur or islam entrepreneurship or keusahawanan
islam or perniagaan islam or usahawan muslim and spiritual), google scholar: TS: "muslimpreneur or muslim
entrepreneur or islam entrepreneurship or keusahawanan islam or perniagaan islam or usahawan muslim" and
"spiritual".
Fasa kedua ialah saringan (screening) iaitu dengan memfokuskan kepada beberapa kriteria sebelum
membuang dan mengambil artikel. Beberapa kriteria telah disuaipadankan dengan artikel yang dipilih iaitu,
melibatkan hanya artikel jurnal bermula tahun 2015 sehingga 2020 yang mempunyai kata kunci terpilih
melebihi 3 pengulangan dalam artikel tersebut. Tempoh ini adalah tempoh yang sesuai untuk dijalankan kajian.
Kerana ia tidak terlalu lama daripada tahun terkini (Long, 2009). Kata kunci tersebut ialah, muslimpreneur,
keusahawanan Islam, spiritual, kerohanian dan kejayaan. Artikel yang tidak memenuhi kriteria tersebut tidak
akan dipilih. Setelah fasa dua dijalankan sebanyak 12 artikel yang diperoleh. Pengkaji mendapati 3 artikel perlu
dibuang pada fasa ini, kerana terdapat pengulangan pada data kajian. Kelayakan (Eligibility) merupakan fasa
ketiga dan pada fasa ini pemilihan akan dibuat secara manual. Iaitu dengan menilai jika terdapat artikel
berulang, tidak menepati tema kajian, tidak memenuhi kriteria pemilihan artikel untuk kajian dan penambahan
jika perlu. Pada peringkat ini terdapat 9 artikel perlu dinilai kelayakan mengikut kriteria kajian. Pengkaji
mendapati 4 artikel yang tidak memenuhi kriteria kajian, iaitu bukan artikel jurnal dan tahun kurang daripada
lima tahun terkini. Selepas tiga fasa ini dijalankan, pengkaji mendapati hanya lima artikel perlu di kaji dalam
kajian ini.
437
Vol. 5, No. 2, (December 2020)
Bagi menganalisis kajian ini secara sistematik, lima (5) artikel telah dikenal yang menepati tema kajian iaitu
spiritual mendorong motivasi seseorang. Jadual 1 menyenaraikan artikel jurnal hasil daripada analisis SLR.
2. Zanatul Shima Internationa Exploring The Kepentingan Kajian Terdapat tiga kategori daripada konsep al-
aminuddin, l Journal of Concept Of AL- dan keutamaan Kualitatif falāḥ dalam perspektif Islam daripada
Ummi Salwa Business FALĀḤ in ibadah dalam pandangan pakar.
Ahmad and Applied Business: An kehidupan 1. Tanggungjawab terhadap agama.
Bustamam, Social Insight From memberi impak a) Ibadah
Muhammad Science Muslim Experts besar dalam diri 2. Nilai-nilai Islam dalam aktiviti
Khairi usahawan keusahawanan
Mahyuddin & muslim. a) Ukhwah,
Salma Bermula b) Intergriti,
sathiman, 2016 daripada c) Ihsan,
menjaga d) Maslahah
hubungan e) Sharī‛ah
dengan Allah, 3. Keuntungan perniagaan
usahawan merupakan elemen
muslim terdidik a) Prestasi perniagaan,
mengaplikasika b) Pembayaran zakat
n etika dalam c) Aktiviti kemasyarakatan.
perniagaan
seperti menjaga
kemaslahatan
manusia
disekeliling,
mengamalkan
amanah dalam
berusan serta
menerapkan
aktiviti halal.
Tambahan lagi,
konsep
bersyukur
dalam
keusahawanan
438
Vol. 5, No. 2, (December 2020)
iaitu dengan
pemabayaran
zakat dan
membantu
pihak yang
memerlukan
meningkatkan
nilai
tanggungjawab
dan memahami
konsep sebenar
keusahawanan
Islam.
3. Nadratun Internationa Developing the Kajian ini cuba Kajian Peranan orientasi keusahawanan adalah
Nafisah Abdul l Journal of Concept of Firm melihat peranan Kuantitati penting dalam menyumbang kejayaan
Wahab, Engineering Success Among dan membina f usahawan. kajian empirical telah dijalankan
Shahrina & Muslim SMEs satu framework menggunakan Partial Least Squares
Othman, Technology in Malaysia: a untuk muslim Structural Equation Modelling (PLS-SEM)
Noraini Study of Islamic SMEs success bagi mengumpul data. Orentasi
Nasirun@Hirun Religion yang melihat keusahawanan berjaya dibahagika kepada
, Abdullah Pratices as peranan utama tiga elemen iaitu, inovasi, risiko dan
Abdul Ghani & Moderator amalan spiritual proaktif. Kajian ini mendapati bahawa
Mohd Rushdi membantu eleme tersebut bergantung kepada amalan
Idrus, 2018 kejayaan agama iaitu ibadat, kemaafan, iman dan
usahawan mengingati Allah (zikrullah).
muslim.
4. Solahuddin Jurnal Islam Dalam Penerapan Kajian Dapatan temu bual daripada tokoh
Abdul Hamid, Sultan Budaya amalan agama Kualitatif usahawan Melayu MARA yang dipilih.
Che Zarrina Alauddin Keusahawanan: dalam aktiviti Mengaitkan kefahaman agama merupakan
Sa’ari, Mohd Sulaiman Kajian dan keyakinan faktor yang perlu diaplikasikan dalam
Nizho Abdul Shah Terhadap terhadap Allah perniagaan. Serta hasil analisis mendapati
Rahman & Usahawan keusahawanan bahawa 96.1% mempunyai penghayatan
Mohd Sobhi Melayu Berjaya membantu Islam yang tinggi.
Ishak, 2018 di Negeri usahawan
Kedah muslim
membina
keyakinan diri
dan bermotivasi
dalam
pengurusan
keusahawanan.
Merujuk kepada jadual 1 analisis literatur sistematik yang dijalankan, kajian mendapati hasil analisis
mengumpulkan lima artikel jurnal berkaitan dengan elemen spiritual penyumbang utama bagi membentuk
kejayaan usahawan muslim. Berdasarkan penelitian sorotan literatur sistematik ianya jelas menunjukkan bahawa
elemen spiritual adalah komponen utama untuk membentuk usahawan muslim berjaya. Kesemua artikel yang
dikaji jelas memfokuskan kepada kepentingan hubungan hamba dan pencipta.
439
Vol. 5, No. 2, (December 2020)
Elemen spiritual adalah perkara yang berkaitan dengan ketauhidan dan kepercayaan individu kepada
pencipta. Selain itu, amalan yang diaplikasikan dalam kehidupan seharian iaitu ibadah. Dalam Islam individu
muslim wajib melaksanakan solat lima waktu sehari semalam sebagai tanda kehambaan kepada Allah dan
kesyukuran di atas segala kurnian dalam hidup (Mubarak, 2015).
Selain itu, kajian menunjukkan kepuasan diri serta motivasi diri adalah berdasarkan niat individu dalam
perniagaan, iaitu menjadikan perniagaan sebagai platform membantu umat Islam dari segi ekonomi. Di samping
mampu menunaikan zakat seperti yang dituntut dalam Islam. Tidak ketinggalan juga membantu individu atau
golongan yang tidak berkemampuan. Bukan itu sahaja, sifat bersyukur serta berserah kepada Allah setelah
berusaha merupakan faktor yang boleh meningkatkan motivasi usahawan dalam perniagaan (Rossidi, 2017).
Menurut Hamid, Sa’ari, Rahman & Ishak (2018) elemen spiritual merupakan sebuah gagasan yang
menyimpulkan bahawa di antara agama dan ekonomi mempunyai kaitan antara satu sama lain. Ini menunjukkan
bahawa spiritual merupakan pemangkin bagi kejayaan dalam bidang keusahawanan. Tambah Hamid et al.
(2018) lagi, Barat telah mula menyedari bahawa elemen spiritual penting bagi meningkat motivasi serta
produktivi dalam menguruskan perniagaan. Hal ini menunjukkan bahawa spiritual mempunyai kepentingan
untuk membentuk usahawan muslim berjaya.
Kajian Mubarak, Rahman dan Yaacob (2015) menjelaskan bahawa kebergantungan usahawanan
muslim terhadap Allah meningkatkan keyakinan dan motivasi dalam diri usahawan. Berdasarkan penyataan
tersebut pengkaji mendapati bahawa keyakinan yang tinggi dan kepercayaan kepada Allah SWT menjadi medan
utama membentuk usahawan muslim berjaya, firman Allah dalam surah al-Kaḥf ayat ke 18:
“Pada saat yang sedekimian itu kekuasaan memberi pertolongan hanya tertentu bagi Allah, Tuhan yang
sebenar-benarnya; Dialah sebaik-baik pemberi pahala, dan sebaik-baik pemberi kesudahan yang berbahagia
(kepada hamba-hambaNya yang taat)”
Elemen spiritual terhadap kesan kejayaan usahawan jelas dalam ayat tersebut yang menunjukkan
kebergantungan kepada kuasa Allah SWT. Menurut al-Suyūṭī dan al-Maḥallī (2003) kalimah اﻟْ َﻮَﻻﻳَﺔbermaksud
pertolongan, manakala kalimah اﳊَ ِّﻖ
ْ merujuk kepada sifat daripada Lafzhul Jalalah. Allah adalah sebaik-baik
penolong dan pemberi pahala. Lafaz ﻋُ ْﻘﺒًﺎbermaksud balasan bagi orang-orang beriman. Mengambarkan bahawa
individu yang mentaati dan melaksanakan suruhan Allah akan memperolehi pertolongan dan keberuntungan dari
segi material dan spiritual. Ketaatan yang disebut disini adalah melaksanakan perintah iaitu solat, puasa, zakat
dan haji. Firman Allah SWT dalam surah Muḥammad ayat 2:
“Dan (sebaliknya) orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh serta beriman kepada Al-
Quran yang diturunkan kepada nabi Muhammad SAW satu kebenaran daripada Tuhan mereka, Allah
mengampunkan dosa-dosa mereka dan menjayakan keadaan mereka (di dunia dan di akhirat).”
Merujuk Tafsīr al-Jalālayn ayat ini menjelaskan tentang para sahabat daripada golongan ansar yang
telah beriman dan beramal soleh. Bahawa Allah SWT akan menghapuskan dosa-dosa mereka dan memperbaiki
kehidupan mereka. Berdasarkan ayat tersebut, individu yang mengamalkan nilai-nilai Islam dalam hidup,
nescaya hidupnya diberkati Allah SWT (al-Suyūṭī & al-Maḥallī, 2003). Selain itu, mengaplikasikan amalan-
amalan agama mampu membentuk keperibadian usahawan muslim yang lebih kompiten dalam pengurusan
keusahawanan. Amalan yang dimaksudkan merangkumi akidah, ibadah dan nilai-nilai akhlak yang mulia.
Akhlak yang baik adalah natijah daripada ibadah yang dilakukan. Kenyataan ini sokong oleh Md Yusof et al.
(2018) bahawa amalan kerohanian membentuk jati diri dan matlamat jelas yang ingin dicapai.
440
Vol. 5, No. 2, (December 2020)
5. Kesimpulan
Kajian mendapati bahawa elemen spiritual adalah faktor utama bagi kejayaan seseorang dalam perniagaan. Hal
ini bertepatan dengan lima dapatan kajian yang merujuk kepada elemen-elemen berikut. Pertama,
kebergantungan kepada Allah SWT menjadi medan utama membentuk kejayaan usahawan. Keduanya, niat
untuk membangunkan ekonomi umat Islam. Ketiga, melaksanakan suruhan serta meninggalkan larangan iaitu
dengan melakukan kewajipan sebagai seorang muslim, menunaikan solat, menunaikan zakat dan lain-lain.
Keempat, bersyukur dengan rezeki yang telah dianugerahkan. Kelima, tawakal dan reda dengan setiap ketentuan
yang ditetapkan setelah berusaha sebaik-baiknya. Kajian menunjukkan bahawa pengamalan spiritual yang tinggi
dalam kalangan para usahawan Muslim memberikan impak yang besar dalam kejayaan bidang keusahawanan
Justeru itu, kajian ini diharapkan dapat menjadi sumber dalam kajian berkaitan bidang keusahawanan
terutamanya masyarakat muslim.
Penghargaan
Penghargaan diberikan kepada Geran Penyelidikan dan Inovasi KUIS (GPIK) 2019. No
Geran:2019/P/GPIK/GPZ-005, Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIS) yang bertajuk Pembinaan Model
Mualafpreneur dalam Pembangunan Komuniti Mualaf di Negeri Selangor.
Rujukan
Abd Muin, M. A., Abu Bakar, A., & Abdullah, S. (2014). Model usahawan berjaya dalam amalan nilai-nilai
murni keusahawanan sosial Islam. Journal of Human Development and Communication Volume,
3(September 2016), 129–141.
Abdullah, S. (2013). The Characteristics of successful entrepreneurs from Islamic perspective. Journal Islamic
and Human Advanced Research, 3(6), 322–345. https://doi.org/10.2298/eka0462025p.
Abdullah, S. (2011). Aplikasi nilai-nilai murni dalam kalangan usahawan ke arah pembangunan usahawan
Muslim yang holistik. Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan.
Aminuddin, Z. S., Bustamam, U. S. A., Mahyuddin, M. K., & Sathiman, S. (2016). Exploring the concept of al-
Falāḥ (succes) in business: an insight from Muslim experts. International Journal of Business and Applied
Social Science, 2(8), 1–13.
Arif, M. (2013). Membangun kepribadian muslim melalui takwa dan jihad. Kalam, 7(2), 343-362.
Azman, A. R., et al. (2014). Konsep keusahawanan berteraskan integrasi ilmu naqli dan aqli. International
Muamalat and Entrepreneurship Conference Organized by ICEPS10, July.
Baharom, N. (2005). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bery, K. G. (2011). An operational definition of spiritual leadership (Doctoral dissertation, Virginia Tech).
Faizal, P. R. M., Ridhwan, A. A. M., & Kalsom, A. W. (2013). The Entrepreneurs characteristic from al-Quran
and al-Hadis. International Journal of Trade, Economics and Finance, 4(4), 191–196.
https://doi.org/10.7763/ijtef.2013.v4.284.
Hamid, S., Sa’ari, C. Z. & Kila, N. Z. (2013). Meneladani pembangunan keusahawanan zaman Rasulullah
SAW: Teori dan aplikasi. Konferensi Antarabangsa Islam Borneo VI 2013, 10.
Hamid, S., Sa’ari, C. Z., Rahman, N. & Ishak, S. (2018). Islam dalam budaya keusahawanan: kajian terhadap
usahawan Melayu berjaya di negeri Kedah. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah, 496–505.
Hamid, S. A., Ishak, M. S., & Hashim, H. (2017). Penghayatan agama (Religiositi) dalam pembangunan
keusahawanan. Jurnal Pembangunan Sosial, 20, 51-62.
Higgins, J. P. T., et al. (2011). The Cochrane Collaboration’s tool for assessing risk of bias in randomised trials.
BMJ (Online), 343(7829), 1–9. https://doi.org/10.1136/bmj.d5928.
Hussin, W. S. W. (2003). Ciri-ciri usahawan berjaya dari perspektif al-Qur'an. Jurnal Usuluddin, 18, 81-110.
Ibrahim, M. F., Musani, S., & Muhammad, M. Z. (2008). Konsep pemasaran Islam dalam perniagaan
berasaskan ekonomi Islam bagi usahawan Muslim. Islamic Economics and Finance, Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, pp. 2-11.
Idris, J., Abd Rahman, S. S. & Razali, A. R.. (2019). Pengaruh pengetahuan dan kefahaman agama terhadap
pembentukan sikap usahawan Muslim. E-Jurnal Penyelidikan Dan Inovasi, 6(2), 148–164.
Kamal, M. H., & Hussin, M. (2020). Analisis Tinjauan Literatur Sistematik (SLR) berkaitan penterjemahan
elemen Iltifāt. Al-Irsyad: Journal of Islamic and Contemporary Issues, 5(1), 197-210.
441
Vol. 5, No. 2, (December 2020)
Kitchenham, B., & Charters, S. (2007). Guidelines for performing Systematic Literature Reviews in Software
Engineering. https://doi.org/10.1145/1134285.1134500.
Long, A. S. (2009). Pengenalan metodologi penyelidikan pengajian Islam. Bangi: Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Md Yusof. S., Hamed. A.B, Md Tahir. R., & Othman. A. (2018a). Hablumminallah among successful Muslim
women entrepreneur: an exploratory study. International Journal of Academic Research in Business and
Social Sciences, 8(5), 1002–1014. https://doi.org/10.6007/ijarbss/v8-i5/4480.
Md Yusof. S., Hamed. A.B, Md Tahir. R., & Othman. A. (2018b). Usahawan wanita Muslim berjaya: amalan
gaya hidup Islam. International Journal of Islamic Business, 3(1), 1–8.
Mohd Adib, A. M., Azizi, A. B., & Shuhairimi, A. (2014). Model usahawan berjaya dalam amalan nilai-nilai
murni keusahawanan sosial Islam. Journal of Human Development and Communication (JoHDEC), 3,
129-141.
Mohd Adib, A. M., Shuhairimi, A., Azizah, C. O., Aemy, A., & Muhammad Anas, I. (2018). Kaedah Fiqh
dalam keusahawanan sosial Islam: satu pengenalan. The 2nd Islamic Management Development
Conference (IMDec 2018), June.
Mohd Faizal, P. R., Suhaida, M. A., Dziauddin, S., Norajila, C. M., & Noorfazreen, M. A. (2017). Etika
pengurusan sumber manusia bagi muslimpreneur dalam perniagaan berskala kecil. Proceeding of 2nd
International Islamic Heritage Conference (ISHEC 2017), 413–425.
Mohd Nasir, R., & Nurul Huda, M. (2010). Keusahawanan menurut perspektif al-Quran. t.tp.: Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd Zain, M., Kasma, M., Marwan, I., Mohd Nazri, M., & Wan Salihin, W. A (2017). Pengaruh ciri-ciri
kerohanian terhadap motivasi usahawan. Journal of Human Development and Communication, 6, 141–
150.
Mubarak, I. (2015). Spiritualiti dan kesejahteraan insan: motivasi pencapaian usahawan berjaya di Kelantan.
Psychology Forum UMM.
Mubarak, M. Z. (2015). Konsep keusahawanan Islam: terminologi, kerohanian dan al-Falah. Kota Bharu:
Universiti Malaysia Kelantan.
Mubarak, M. Z., Rahman, A. H. A., & Yaacob, M. R. (2015). Elemen kerohanian dalam keusahawanan Islam:
kajian terhadap usahawan berjaya di negeri Kelantan. Journal of Business and Social Development, 3(1),
43-53.
al-Qurṭubī, M. (1964) Tafsīr al-Qurṭubī. Jil. 9. Kaherah: Dār al-Kitāb al-Maṣriyah.
Rameli, M. F. P., Aziz, M. R. A., Wahab, K. A. & Amin, S. M., (2014). Etika perniagaan Islam: pengalaman
usahawan Muslim di Melaka. Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia (PERKEM 2014), Oct. 17-
19.
Rossidi, U. (2017). Analisis Etika perniagaan Islam: kajian kesusahawanan Melayu Terengganu dalam industri
makanan halal. The 12th ISDEV International Islamic Development Management Conference 2017
(IDMA2017) Halal-Green Developmebt Management, December.
Salwa, A. U., Shahbudin, A. S., & Jusoff, K. (2013). Religion and business values for muslimpreneurs. Middle-
East Journal of Scientific Research, 13(1), 61-68. https://doi.org/10.5829/idosi.mejsr.2013.13.1883.
Shaffril, H. A. M., Samah, A. A., Samsuddin, S. F., & Ali, Z. (2019). Mirror-mirror on the wall, what climate
change adaptation strategies are practiced by the Asian's fishermen of all?. Journal of Cleaner
Production, 232, 104-117. https://doi.org/10.1016/j.jclepro.2019.05.262.
al-Suyūṭī, J., & Al-Maḥallī, J. (2003). Tafsīr al-Jalālayn. Jil. 1. Kaherah: Dār al-Ḥadīth.
Usman, A. H., & Shahabudin, F. (2019). Analisis literatur sistematik terhadap keperluan modul psikoterapi Al-
Quran: Tumpuan pemulihan salah laku pedofilia. Systematic literature analysis on requirements of the
quranic psychotherapy module: The focusing on pedophilia remedies. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman
Shah, 37–47.
Usman, A. H., Wazir, R., Shaharuddin, S. A., Salleh, N. M., Nasir, M. N., & Shahabudin, M. F. R. (2020).
Maqam Sabar dalam psikoterapi pemulihan pedofilia: kajian terhadap Qūt al-Qulūb Syeikh Abū Ṭālib Al-
Makkī (W. 996 M). Al-Irsyad: Journal of Islamic and Contemporary Issues, 5(1), 293-301.
Wahab, N. N. A., Othman, S., Hirun, N. N. @, Ghani, A. A., & Idrus, M. R. (2018). Developing the concept of
firm success among Muslim SMEs in Malaysia: a study of Islamic religion practices as moderator.
International Journal of Engineering & Technology, 7(3.30), 374–377.
https://doi.org/10.14419/ijet.v7i3.30.18336
Xiao, Y., & Watson, (2019). Guidance on conducting a systematic literature review. Journal of Planning
Education and Research, 39 (1), 93-112.
442
Vol. 5, No. 2, (December 2020)
Yaacob, Y., & Azmi, I. A. G. (2012). Entrepreneur’s social responsibilities from Islamic perspective: a study of
muslim entrepreneurs in Malaysia. Proceeding of 2012 2nd International Conference on Business and
Economics Research, 1131–1138. https://doi.org/10.1016/j.sbspro.2012.09.1094.
Yaakub, Z., & Adnan, N. I. M. (2018). Faktor-faktor kejayaan usahawan ikon Majlis Agama Islam Melaka
(MAIM). Success factors of Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) icon entrepreneur. Journal of
Advanced Research in Social and Behavioural Sciences, 1(1), 82–93.
Younger, P. (2010). Using Google Scholar to conduct a literature search. Nursing Standard. 24 (45), 40-46.
443