Perlembagaan Kelab Senamrobik

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAWANG

NO. PENDAFTARAN          /2011/SMKR


 
PERATURAN-PERATURAN (PERLEMBAGAAN) PERSATUAN
 
Pada mematuhi Subperaturan 5(1)(a) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998, Akta
Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 41, Perundangan (A):
P.U. (A) 196 bertarikh 21hb Mei 1998, maka berikut ini dikemukakan Peraturan-Peraturan (Perlembagaan)
KELAB SENAMROBIK SMK Rawang yang selepas ini disebut sebagai ”kelab” sahaja.
PERATURAN  1            NAMA DAN ALAMAT

a.         Nama Persatuan:          KELAB SENAMROBIK


SMK Rawang,
 
b.         Alamat:                         SMK Rawang,
KM 25.6, Jalan Ipoh,
48000, Rawang, Selangor

PERATURAN  2            MATLAMAT


Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan potensi secara seimbang dan
menyeluruh dalam  aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek
 
PERATURAN  3            OBJEKTIF

Objektif Persatuan/Kelab/Pasukan Beruniform KELAB SENAMROBIK


Ini ialah :
3.1  Memberi pendedahan dan pengetahuan kepada murid tentang senamrobik yang betul
3.2  Memupuk dan menanam semangat suka kepada aktiviti sukan
3.3  Meningkatkan tahap kecergasan murid
3.4 Melahirkan masyarakat yang mengutamakan senaman dan kesihatan
3.5  Membantu pelajar-pelajar supaya menggunakan masa lapang untuk kegiatan yang sihat
3.6  Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam lapangan yang berkaitan

 
PERATURAN  4            KEAHLIAN 
4.1        Dibuka kepada semua murid sekolah ini.
4.2        Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan
4.3        Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan akan
mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan persatuan ini.
 
PERATURAN  5            GURU PENASIHAT
5.1        Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.
5.2        Guru Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan pelaksanaan
sesuatu aktiviti.
5.3        Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti dijalankan.

PERATURAN  6            AHLI JAWATANKUASA


6.1        Dilantik semasa Mesyuarat Agung.
6.2        Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli   yang tidak  dapat 
hadir  tetapi  menulis   surat  tunjuk  sebab  layak  dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa.
6.3        Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.
6.4        Ahli    Jawatankuasa    Kecil    boleh   dilantik   oleh  Guru   Penasihat  tanpa mengadakan
mesyuarat.
6.5        Ahli Jawatankuasa yang  hendak   meletakkan   jawatan   hendaklah menghantar surat 
perletakan  jawatan   kepada  Guru Penasihat.
6.6        Ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah terdiri:-
6.6.1     Pengerusi
6.6.2     Naib Pengerusi
6.6.3     Setiausaha
6.6.4     Bendahari
6.6.5     Ahli Jawatankuasa(bilangan bergantung keperluan)
6.6.8     Pemeriksa Kira-Kira(2 orang)
 
PERATURAN   7           TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA
7.1        Pengerusi
7.1.1     Mempengerusikan  semua  mesyuarat  dan  bertanggungjawab atas kesempurnaan
semua mesyuarat
7.1.2     Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan
diambil tindakan yang sewajarnya.
7.1.3     Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke
semasa.
 
7.2        Naib Pengerusi

7.2.1     Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggung jawab yang diberi.
7.2.2     Mempengerusikan   mesyuarat  semasa  ketiadaan pengerusi.
7.2.3     Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat .
 7.3        Setiausaha
7.3.1     Menguruskan hal-hal surat menyurat.
7.3.2     Mencatat   dan   menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan-kegiatan.
7.3.3     Mencatat kehadiran ahli
7.3.4     Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.
7.3.5     Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke
semasa.
 
7.4        Bendahari
7.4.1     Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan
7.4.2     Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan
bertanggungjawab di atas kesahihannya.
7.4.3     Menyediakan Penyata    Kira-Kira   bulanan    dan tahunan serta
menandatanganinya.
7.4.4     Melaporkan  kedudukan  kewangan  sekiranya  diminta   di dalam mesyuarat ahli
jawatankuasa.
7.4.5    Menyediakan Laporan Kewangan untuk di audit dan dibentangkan dalam Mesyuarat
Agung.
7.4.6     Menjalankan  tugas-tugas  lain yang diarahkan  oleh  Guru Penasihat dari masa ke
semasa.
 
7.5        Ahli Jawatankuasa
7.5.1     Membantu menjalankan tugas dalam segala  program  dan aktiviti yang
dilaksanakan.
7.5.2     Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.
7.5.3     Menjalankan  tugas-tugas lain yang  diarahkan  oleh  Guru Penasihat dari masa ke
semasa
 
7.6        Pemeriksa Kira-Kira
7.6.1     Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan tahunan dan
bertangungjawab keatasnya.
7.8.2     Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.
PERATURAN  8            KEWANGAN
8.1        Sumber utama kewangan persatuan adalah melalui   derma yang diputuskan  semasa
Mesyuarat Agung dan telah diputuskan sebanyak RM5.00  seorang bagi tiap-tiap bulan.
8.2        Persatuan   juga   boleh   memperolehi    kewangan melalui aktiviti.
8.3        Ahli-ahli     yang     bersetuju     menyertai     aktiviti     yang memerlukan perbelanjaan  besar 
boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut.
8.4        Semua pungutan/penyimpanan   boleh   dimasukkan ke  dalam   Akaun   SUWA   sekolah, 
sekiranya mendapat kebenaran Pengetua/Guru Besar.
 
PERATURAN  9            KEHADIRAN/PENYERTAAN
 
9.1        Ahli   dikehendaki   menghadiri   semua aktiviti  yang  dijalankan  oleh kelab  sepanjang tahun.
9.2        Kegagalan   berbuat  demikian  sebanyak tiga kali berturut-turut menuntut ahli  menulis  surat 
tunjuk  sebab.  Tindakan memotong markah kehadiran dalam penilaian  kokurikulum boleh
diambil sekiranya gagal berbuat demikian.
 
PERATURAN  10           AKTIVITI
10.1      Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli jawatankuasa.
10.2      Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan diumumkan kepada
pengetahuan ahli.
 
PERATURAN  11           PERATURAN-PERATURAN
 
11.1      Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.
11.2      Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.
11.3      Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.
 
PERATURAN  12           TINDAKAN DISIPLIN
 
12.1      Diambil  terhadap   ahli   yang   melanggar   perlembagaan persatuan  dan   tidak   mematuhi 
peraturan  yang ditetapkan.
12.2      Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:
12.2.1   Amaran lisan
12.2.2   Amaran bertulis
12.3      Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada Guru
Penasihat persatuan secara  bertulis  dan  keputusan  Guru   Penasihat adalah muktamad.
PERATURAN  13           PINDAAN PERLEMBAGAAN
 
13.1      Mana-mana   bahagian    dalam     perlembagaan   ini  sah sehingga  ia dipinda.
13.2      Cadangan  pindaan  perlembagaan  boleh dibuat oleh ahli, ahli    jawatankuasa,      Guru  
Penasihat   atau   pentadbir sekolah secara bertulis.
13.3      Satu  mesyuarat khas  yang  dihadiri  oleh  Guru Penasihat dan  Ahli Jawatankuasa  akan 
membincangkan  cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.
13.4      Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamirkan dan disahkan oleh Pengetua.
 
PERATURAN  14           PEMBUBARAN PERSATUAN
 
14.1      Pengetua  diberi  kuasa  untuk  membubarkan  persatuan  jika didapati      melanggar
perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.
14.2      Segala hutang wajib dijelaskan.   Baki  kewangan  diputuskan dalam Mesyuarat Agung
Tergempar.
 
PERATURAN  15           HAL-HAL LAIN
 
15.1      Setiap    ahli    perlu   mengetahui   tanggungjawab  sendiri  terhadap aktiviti yang dijalankan.
15.2      Ahli-ahli  hendaklah   sentiasa  peka dan mengikuti  aktiviti dengan penuh minat.

……………………..…………          …………………………..…………...        …………………..…………….…….


(  SYANEZUWANI BT ISMAIL ) (NURUL FAMALEANA BT ZULMADEE) (FATIMAHWATI BT AWANG SAMAH)
Setiausaha                                      Pengerusi                                       Guru Penasihat
Kelab SENAMROBIK                Kelab SENAMROBIK       Kelab SENAMROBIK               
         

 
Tarikh:   ............................                   Tarikh: ....................................               Tarikh: ......................................

You might also like