Tugasan Hdps 2303 Polisi & Perkhidmatan
Tugasan Hdps 2303 Polisi & Perkhidmatan
Tugasan Hdps 2303 Polisi & Perkhidmatan
E-MEL : [email protected]
C. Didikan Diri
Kanak-kanak mampu menjelaskan persepsi mereka dan menyusun pengalaman melalui
aktiviti yang sesuai, apabila persekitaran mereka disusun secara lengkap dengan pelbagai
bahan pembelajaran yang menarik. Kanak-kanak berkebolehan menyusun pengetahuan
mereka apabila mereka terlibat dalam sesuatu aktiviti pembelajaran. Guru tidak perlu
mengajar kanak-kanak secara formal. Guru hanya menunjuk ajar perlu mengajar kanak-kanak
secara formal. Guru hanya menunjuk ajar dan membimbing mereka dalam pemilihan bahan
dan aktiviti.
D. Bahan Pembelajaran
Guru hanya menunjuk ajar cara yang “betul” bagaimana menggunakan bahan tersebut selepas
kanak-kanak memilih aktiviti pembelajarannya secara bebas dan sukarela.
Mengikut Montessori, matlamat kurikulum pada peringkat awal adalah bagi memajukan diri
kanak-kanak daripada segi; penumpuan perhatian; kemahiran memerhati dan meneliti;
kesedaran berkenaan susunan dan peraturan; keseimbangan pergerakan; kesedaran persepsi
dan kemahiran praktikal; konsep Matematik; kemahiran bahasa; kemahiran menulis dan
membaca; kebiasaan dengan seni kreatif; pemahaman berkenaan alam semulajadi;
pengalaman dan pemahaman berkenaan sains sosial; pengalaman menggunakan kemahiran
berfikir secara kritis melalui pengalaman menyelesaikan sesuatu masalah.
1. Ibu bapa patut diberi latihan dalam perkembangan kanak-kanak dan cara menggunakan
pengetahuan ini dalam membimbing anak mereka.
2. Terdapat tempoh sensitif yang merupakan masa paling sesuai bagi kanak-kanak menerima
maklumat dan konsep tertentu. Tempoh sensitif ini berbeza mengikut kadar perkembangan
seseorang kanak-kanak.
3. Kanak-kanak mampu melatih diri sendiri, dengan bimbingan yang minimum daripada
orang dewasa.Kanak-kanak yang biasa berdikari dalam proses pembelajaran akan terus
belajar secara demikian apabila dewasa kelak.
4. Maklumat yang diterima melalui deria adalah maklumat asas dalam semua jenis
pembelajaran.
7. Kanak-kanak memerlukan persekitaran dan alat pembelajaran yang tersusun dan bersaiz
kanak-kanak.
8. Guru perlu menyediakan persekitaran yang lengkap bagi membantu kanak-kanak belajar
secara bebas.
9. Peranan guru hanya membantu kanak-kanak, bukan memaksa ataupun menentu arah
pembelajaran mereka.
2.2 KANAK-KANAK
Pendidikan Model Montessori menitikberatkan aktiviti individu. Kanak-kanak dari kumpulan
umur yang berbeza akan memulakan aktiviti dan bebas untuk melakukan apa-apa sahaja
projek yang dipilih, menentukan ruang kerja untuk aktiviti yang dipilih sama ada di atas tikar
kain, lantai atau di meja. Pembelajaran juga berlaku melalui proses peniruan dan pemerhatian
dari kumpulan kanak-kanak yang lebih tua yang dapat melakukan aktiviti yang diberi oleh
Kanak-kanak yang lebih muda. Kanak-kanak melakukan aktiviti arahan kendiri secara bebas
atau bekerja berdua-dua dalam satu masa.
2.3 GURU
Proses pembelajaran dalam Model Montessori ini lebih kepada demonstrasi dan
pengawasan dari jauh. Guru memerhati dengan cekap tanpa memberi peneguhan kerana
aktiviti adalah berbentuk ganjaran kendiri iaitu motivasi secara intrinsik. Guru-guru yang
menjalankan Model Montessori, belajar mengenai kaedah dan kurikulum melalui kursus
intensif. Berikut adalah contoh kursus intensif untuk guru prasekolah.
Membuat Rancangan Aktiviti Harian
Penyediaan Bahan Bantu Mengajar
Strategi Pengajaran & Pembelajaran Bilik Darjah Berpusatkan Kanak-kanak
Penggunaan komputer dalam Pengajaran & Pembelajaran
Penyediaan menu makanan seimbang
Menguruskan tingkah laku kanak-kanak
.
2.4 BAHAN-BAHAN PEMBELAJARAN
Bahan yang digunakan oleh Model Montessori adalah didaktik contohnya bahan sebenar
yang digunakan dalam kehidupan seharian iaitu cawan, gelas, pisau.Ia dijalankan dengan
pengawasan rapi oleh pengawasan orang dewasa. Kanak-kanak didedahkan dengan
pengajaran seperti memasak menggunakan api dan menyiram pokok bunga. setiap reka
bentuk adalah untuk tajuk yang khusus. Ia adalah berbentuk pembentukan diri sendiri dengan
itu kanak-kanak mendapat maklumat bahan yang segera daripada bahan selepas pembetulan
tugasan diselesaikan.
Bahan-bahan adalah berbeza dari mudah kepada kompleks, dengan itu kanak-kanak
adalah tercabar dengan cara membina konsep secara progresif dari mudah kepada lebih susah.
Bahan dibina dengan teliti dan menarik, biasanya dibuat dari bahan-bahan yang sebenar
antaranya penyapu , penyodok, alat –alat pertukangan, dan stetoskop.
2.5 KURIKULUM
Bahan yang berbeza disesuaikan dalam setiap bidang kurikulum yang berbeza. Apabila
kanak-kanak mula-mula memasuki Model Montessori mereka diperkenalkan kepada
komponen kehidupan harian, di mana aktiviti-aktiviti amali ditekankan. Aktivitinya adalah
berfokuskan kepada pengurusan diri, dan kemahiran-kemahiran mengurus persekitaran seperti
membutangkan baju, menyikat rambut, menyiram pokok, mengelap tingkap dan menyapu.
Tadika Anak Soleh Kudat telah dipilih untuk melihat pelaksanaan model Montessori .
TADIKA ANAK SOLEH (TAS) yang terletak di Lot 175, Lorong 1 Taman Lavender Kudat
Sabah telah ditubuhkan pada awal 2013 oleh En. Zahari Bin Mohamad. En Zahari Mohamad
merupakan seorang Guru Pendidikan Pemulihan Khas. Beliau betugas di SK. Parapat Darat
Kudat. Beliau merupakan seorang guru inovasi dan bergiat aktif di dalam penulisan ilmiah
khususnya berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak. Nama TADIKA ANAK SOLEH
diambil daripada matlamat untuk melahirkan anak-anak soleh dan solehah yang akan
membahagiakan kedua orang tua mereka.
3.1 Visi dan Misi Tadika Anak Soleh
VISI
menyediakan lingkungan pembelajaran Montessori, mencerdaskan anak dengan
mendorong cara pembelajaran yang tersendiri untuk mempersiapkan kanak-kanak menjadi
warganegara yang bertanggungjawab dan produktif.
menyediakan lingkungan pembelajaran Montessori, kepada semua kanak-kanak berumur
dalam lingkungan 4-6 tahun untuk mengembangkan disiplin diri dengan bebas belajar dan
berkarya secara bertanggungjawab dan mencapai potensi maksimum sebagai pelajar,
profesional, dan anggota masyarakat.
MISI
Menyediakan prasarana dan lingkungan pembelajaran yang aman dan kondusif.
Memberikan pendidikan yang bermutu dan kesempatan pembelajaran pada anak.
Menitikberatkan nilai-nilai murni dalam kalangan kanak-kanak tersebut.
Mendukung pertumbuhan akademi dan emosional anak sehingga anak terus berjaya.
Guru
Kawalan orang dewasa sangat minimum. Guru memerhati kanak-kanak dari jauh dan hanya
melibatkan diri sewaktu membuat demonstrasi kepada kanak-kanak tentang bagaimana
menggunakan alat-alat atau bahan yang baru. Guru-guru tidak memuji kanak-kanak kerana
matlamat aktiviti ialah untuk mendapat “self rewarding”, motivasi intristik.
Bahan
Mempunyai ciri-ciri khusus iaitu dibentuk untuk mengajar pelajaran tertentu. Berbentuk (self
correcting). Mereka akan mendapat maklumat balik setelah berjaya atau tidak dalam
menyempurnakan tugas berdasarkan bahan tersebut. Bahan dibina daripada mudah kepada
yang lebih susah dan bahan-bahan dibina dengan cermat seperti bahan-bahan semulajadi
contohnya kayu yang digilap.
Kurikulum
Terdapat beberapa set aktiviti yang dijalankan di antaranya ialah:
Aktiviti yang berkaitan dengan kehidupan harian
Aktiviti seharian yang bukan sahaja boleh dilakukan di sekolah malah di mana sahaja.
Contohnya, membasuh baju, melipat pakaian. Ia lebih kepada kemahiran.
Di samping itu, telefon yang ditempatkan di tempat yang mudah didapati selain untuk
kegunaan harian amat diperlukan, malah juga untuk kegunaan semasa kecemasan. Parit-
paritnya jaga diletakkan dengan geriji lubang. Kawasan sekeliling bangunan dipagar bagi
mengelakkan kanak-kanak bermain di luar. Pintu-pintu pagar juga sentiasa berkunci dan
dikawal untuk mengelakkan kanak-kanak keluar dari kawasan bangunan dan orang yang tidak
kenali masuk ke dalam kawasan bangunan.
6.0 KESIMPULAN
Lee Gutek, G. (2004). The Montessori Method. USA: Rowman & Littlefield Publishers, Inc.
Sufean Husssin, Shahril @ Charil Marzuki, Ahmad Zabidi Abdul Razak & Habib Md.
Som, Alina Ranee. (2005). Pentadbiran dalam pembangunan pendidikan.
Bentong Pahang: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.