Minit Mesyuarat Pibg 2015
Minit Mesyuarat Pibg 2015
Minit Mesyuarat Pibg 2015
PK 07/3
Hari : Sabtu
1.1. En Rosdi Bin Jusoh mengucapkan ribuan terima kasih kepada para ibu bapa,
pentadbir dan guru-guru atas kehadiran pada hari ini. Pengerusi menyatakan,
mesyuarat dimulakan terlebih dahulu dan seterusnya diadakan majlis perasmian.
Pengerusi turut memperkenalkan pengetua yang baharu iaitu Pn Hajah Redziah Binti
Sariang yang menggantikan Allahyarham Tn Haji Norulhisham Bin Zainal. Pengerusi
turut meminta hadirin yang beragama Islam menyedekahkan surah Al-Fatihah kepada
arwah.
2.1. Pengetua, Pn Hajah Redziah Binti Sariang mengucapkan ucapan terima kasih
kepada YDP PIBG yang mempengerusikan mesyuarat pada kali ini. Beliau turut
memberi penjelasan berkaitan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), iaitu penilaian yang
menggantikan PMR yang telah bermula pada tahun lepas (2014). Pentaksiran
Tingkatan 3 ini merangkumi penilaian pelajar-pelajar daripada segi akademik dan juga
bukan akademik.
3.1. YDP PIBG menyerahkan kepada setiausaha Pn Nor Asma Binti Zainal. Beliau
menerangkan dan membentangkan laporan PIBG yang telah dijalankan sepanjang sesi
yang lepas. Beliau meminta hadirin merujuk halaman 23-27.
4.1. Tiada
5.1. Dibentangkan oleh setiausaha PIBG Pn Nor Asma Binti Zainal seperti dalam
muka surat 28-29.
5.2. Merujuk kepada aktiviti 13 (muka surat 29), Pn Rohana Binti Saat mencadangkan
Majlis Restu Ilmu Pelajar bukan sahaja diadakan kepada pelajar yang mengambil
peperiksaan PT3 atau SPM sahaja tetapi sepatutnya diadakan kepada pelajar-pelajar
lain yang terlibat dalam gejala sosial yang semakin teruk agar timbul keinsafan dalam
diri mereka. Pn Rohana Binti Saat juga mencadangkan majlis ini boleh diadakan
beberapa kali dalam tempoh setahun. Respon En Abd Razak Bin Leman turut
menyatakan bahawa cadangan tersebut adalah sesuatu yang baik untuk pelajar-pelajar
yang kurang berdisiplin.
5.4. Pn Rohana Binti Saat menanyakan berkaitan surat amaran yang akan dikeluarkan
oleh pihak sekolah apabila terdapat pelajar-pelajar yang tidak hadir ke sekolah untuk
tempoh berapa lama? Pn Rohana Binti Saat turut mempersoalkan apabila terdapat
pelajar-pelajar yang terlibat dalam salah laku seperti merokok dan sebagainya, adakah
pihak sekolah akan terus menghubungi polis atau pihak tertentu? Respon Pengetua
memaklumkan bahawa setiap pagi guru-guru tingkatan akan menanda kehadiran
pelajar di dalam buku kedatangan seawal 7.15 pagi di tapak perhimpunan (sama ada
ponteng atau tidak hadir dengan kenyataan). Beliau turut menjelaskan bahawa ponteng
terbahagi dua iaitu ponteng berturut dan ponteng tidak berturut. Bagi ponteng berturut,
surat amaran pertama akan dikeluarkan pada hari ke-3, surat amaran kedua akan
dikeluarkan 7 hari selepas amaran pertama (hari ke-10), surat amaran terakhir akan
dikeluarkan 7 hari selepas amaran kedua (hari ke-17) dan surat buang sekolah akan
dikeluarkan 14 hari selepas amaran terakhir (hari ke-31). Bagi ponteng tidak berturut
pula, surat amaran pertama akan dikeluarkan pada hari ke-10, surat amaran kedua akan
dikeluarkan 10 hari selepas amaran pertama (hari ke-20), surat amaran terakhir akan
dikeluarkan 20 hari selepas amaran kedua (hari ke-40) dan surat buang sekolah akan
dikeluarkan 20 hari selepas amaran terakhir (hari ke-60). Pengetua turut menyatakan,
ada segelintir pelajar yang tidak menyampaikan surat-surat amaran tersebut kepada ibu
bapa mereka. Respon Pengetua bagi salah laku yang dilakukan pelajar-pelajar
seperti menunggang motosikal tanpa lesen memandu, tidak memakai topi keledar,
meletakkan motosikal di kawasan premis perniagaan, menghisap rokok dan
sebagainya memerlukan penglibatan dan kerjasama daripada ibu bapa dalam
membendung masalah ini. Isu-isi yang berkaitan disiplin para pelajar ini juga
menyebabkan pelajar-pelajar yang terlibat akan diberikan surat amaran pertama,
kedua, ketiga, digantung sekolah atau dibuang sekolah.
5.5. En Ramli Bin Ahmad mencadangkan pihak PIBG mewujudkan satu cara yang
berkesan dalam menangani masalah surat-surat amaran yang telah dikeluarkan tetapi
tidak disampaikan oleh anak-anak kepada ibu bapa mereka, contohnya seperti
Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK07 Pengurusan Mesyuarat
penggunaan alat elektronik seperti aplikasi whatsapp, we chat dan sebagainya dan jika
ianya memerlukan kos yang berbayar dicadangkan pihak PIBG untuk
menanggungnya. Respon En Abd Razak Bin Leman menyarankan ibu bapa agar peka
akan program-program atau aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah dengan melihat
banner yang digantung di pintu pagar sekolah atau menanyakan sendiri kepada anak-
anak mereka. Beliau turut meminta ibu bapa memaklumkan kepada pihak sekolah jika
ada perubahan alamat rumah atau nombor telefon bagi memastikan surat-surat atau
perkara-perkara yang perlu diberitahu oleh pihak sekolah dapat disampaikan dengan
mudah dan berkesan. Respon En Mohd Naim Bin Karmani turut mencadangkan untuk
mewujudkan satu laman web sekolah. Sewa bagi satu tapak laman web ini akan
dikenakan bayaran sebanyak RM 150 setahun. Laman web ini merangkumi tiga
bahagian utama iaitu kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum. Ibu bapa para
pelajar boleh membuka dan melihat sendiri senarai-senarai program yang dianjurkan
oleh pihak sekolah atau apa sahaja maklumat terkini berkaitan sekolah dengan mudah.
Dalam urusan untuk menyenaraikan nama-nama pelajar yang terlibat, beliau turut
menyatakan penggunaan seperti aplikasi whatsapp, we chat dan sebagainya
memerlukan senarai nombor telefon yang agak banyak seterusnya menyebabkan
sesuatu urusan itu tidak dapat berjalan dengan lancar dan agak menyukarkan pihak
sekolah.
6.1. YDP PIBG menyerahkan kepada Bendahari, Pn Zarina Binti Mutaat untuk
menerangkan dan membentangkan Penyata Kewangan PIBG 2014/2015. Beliau
meminta hadirin merujuk halaman 30-34.
6.2. Merujuk kepada laporan akaun PIBG, En Abd Razak Bin Leman meminta hadirin
melihat jumlah sumbangan ibu bapa sepanjang tahun lalu (2014) yang berjumlah RM
25,270.00 sahaja. Beliau menyatakan masih ramai lagi pelajar-pelajar yang tidak
menyumbang sepanjang tahun yang lalu (lebih kurang dalam RM 20,000.00 yang
masih tidak menjelaskan sumbangan PIBG). Respon En Musliman Bin Marlan
meminta pelajar-pelajar tersebut membuat pembayaran memandangkan sumbangan
RM 30 per pelajar dalam tempoh setahun tidak mahal. Respon YDP PIBG turut
menyatakan pihak PIBG sudah pun mengeluarkan surat pemberitahuan kepada ibu
bapa berkaitan pembayaran sumbangan PIBG ini pada tahun yang lalu. Respon Pn
Zaila Binti Tukiran mencadangkan agar kutipan sumbangan PIBG ini dikutip semasa
hari pendaftaran pelajar pada awal tahun persekolahan. Respon En Mohd Naim Bin
Karmani menjelaskan bahawa pada tahun-tahun sebelum ini pihak sekolah tidak
dibenarkan memberitahu jumlah sumbangan tersebut tetapi bermula tahun 2014, pihak
sekolah dibenarkan memberitahu jumlah sumbangan tersebut. Respon En Ramli Bin
Ahmad mencadangkan agar menyenaraikan nama-nama pelajar yang tidak membuat
bayaran sumbangan PIBG di laman web sekolah dan menarik keistimewaan pelajar-
pelajar tersebut daripada menerima apa jua anugerah di sekolah. En Ramli turut
menyatakan rasa tidak puas hati terhadap ibu bapa yang tidak membuat pembayaran
sumbangan PIBG. Respon En Mohd Naim Bin Karmani menyatakan cadangan yang
dikemukan oleh En Ramli Bin Ahmad adalah sesuatu yang baik tetapi akan timbul
implikasi daripada segi perundangan jika pihak sekolah menyenaraikan nama-nama
Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK07 Pengurusan Mesyuarat
pelajar berkenaan di dalam laman web sekolah. Respon En Musliman Bin Marlan
menyatakan terdapat segelintir ibu bapa yang sudah memberikan duit sumbangan
tersebut kepada anak-anak mereka tetapi duit sumbangan tersebut tidak disampaikan
kepada guru tingkatan masing-masing. Respon Pn Rohana Binti Saat menyatakan
tidak bersetuju dengan cadangan En Ramli Bin Ahmad untuk menarik keistimewaan
pelajar-pelajar tersebut daripada menerima apa jua anugerah di sekolah. Pn Rohana
Binti Saat mensyorkan pelajar-pelajar yang tidak berkemampuan membuat bayaran
sumbangan PIBG tersebut secara ansuran.
7.2. Mengadakan kelas tambahan Cadangan usul oleh Pn Ruzitah Binti Katan,
mencadangkan agar pihak sekolah dapat mengadakan kelas tambahan bagi
mempertingkatkan kecemerlangan akademik anak pelajar tingkatan 1. Cadangan
terpaksa ditolak kerana orang yang mengusulkan cadangan tidak hadir dalam
mesyuarat.
7.3. Memasang speed breaker di hadapan pagar sekolah Cadangan usul oleh
Pn Ruhiza Binti Ab Rahim, memohon JKR membina speed breaker di hadapan pagar
sekolah bagi mengelakkan kenderaan memandu laju melebihi 30 km/j. Respon En
Ramli Bin Ahmad menyokong usul tersebut demi keselamatan anak-anak pelajar.
Respon YDP PIBG usul ini telah dipohon oleh pihak PIBG tetapi masih tiada
jawapan diberi, pihak PIBG akan cuba memohon sekali lagi agar speed breaker
tersebut dapat dipasang.
7.4. Pembiayaian bayaran sewaan laman web sekolah Cadangan usul oleh Pn
Haslinda Binti Ibrahim mencadangkan pihak PIBG membiayai bayaran sewaan laman
web sekolah bagi memudahkan ibu bapa mengetahui program-program atau
maklumat-maklumat yang terkini di sekolah melalui laman web tersebut. Respon En
Ramli Bin Ahmad menyokong usul ini.
7.6. Penyediaan mesin Water Cooler Cadangan usul oleh Pn Chin Fon Tow
mencadangkan agar pihak PIBG dapat menyediakan mesin water cooler untuk
kemudahan pelajar-pelajar berikutan keadaan cuaca yang panas sejak akhir-akhir ini.
Respon En Mohd Yusof Bin Yahya menyokong usul ini.
8 Hal-hal lain
8.1. En Abdul Halim Bin Zakaria mengajukan soalan berkaitan Penilaian Tingkatan 3,
adakah peperiksaan percubaan dibuat untuk dibuat penilaian dan bagi pelajar-pelajar
yang berpindah ke sekolah lain bagaimana penilaian dibuat? Respon En Mohd Naim
Bin Karmani PT3 dinilai secara berterusanyang merangkumi penilaian daripada segi
kokurikulum, ujian SEGAK, ujian psikometrik (mengandungi 150 soalan yang
berkaitan minat seseorang pelajar dalam sesuatu bidang) dan ujian pengetahuan (6
matapelajaran teras ujian bertulis dan 2 matapelajaran yang memerlukan pelajar
membuat kerja kursus Sejarah dan Geografi). Menurut beliau lagi, seperti kebiasaan
setiap tingkatan termasuk tingkatan 3 akan menghadapi ujian penilaian kurikulum,
peperiksaan pertengahan tahun, peperiksaan percubaan pada setiap penggal
persekolahan. Untuk pengetahuan ibu bapa / penjaga, pada bulan Oktober tahun 2015
pelajar-pelajar tingkatan 3 akan menghadapi Penilaian Tingkatan 3 (PT3) di mana
segala persiapan, penyediaan dan penandaan soalan akan diuruskan sendiri oleh guru-
guru di sekolah masing-masing. Selepas guru-guru siap menanda, pentaksir kawasan
yang terpilih akan datang ke setiap sekolah yang tertentu dan seterusnya membuat
semakan mengikut peratus yang ditetapkan daripada jumlah bilangan pelajar di
sekolah berkenaan. Jika terdapat pelajar-pelajar yang ingin membuat semakan
kembali, penyemakan akan dilakukan oleh pihak Lembaga Peperiksaan. Beliau turut
mengatakan salah satu tujuan soalan berbentuk PT3 ini dilaksanakan adalah untuk
mengelakkan soalan bocor. Soalan-soalan PT3 ini sebenarnya datang daripada pihak
Lembaga Peperiksaan dan setiap sekolah akan menerima soalan yang berbeza daripada
sekolah-sekolah lain. Respon En Mohd Naim Bin Karmani bagi pelajar-pelajar
tingkatan 3 yang akan berpindah ke sekolah lain, pelajar-pelajar berkenaan akan
dibekalkan dengan segala tugasan PBS dan kerja kursus yang telah dilaksanakan
sepanjang berada di sekolah lama untuk dibawa ke sekolah baru pelajar-pelajar
berkenaan.
8.2. Pengetua menyatakan bahawa program sarana sekolah telah dilaksanakan pada
tahun lepas dan penyertaan ibu bapa / penjaga dalam program ini tidak begitu
memberangsangkan. Program sarana memerlukan kerjasama antara komuniti yang
memerlukan ibu bapa / penjaga menyumbang sesuatu kemahiran / kepakaran kepada
pihak sekolah seperti memberi tuisyen secara percuma kepada pelajar, melatih pelajar
kawad kaki, menjahit langsir kelas dan sebagainya. Ibu bapa / penjaga yang
mempunyai kemahiran / kepakaran tertentu digalakkan untuk menjadi ahli
jawatankuasa dalam program sarana ini.
8.3. En Musliman Bin Ahmad mencadangkan agar pada mesyuarat agung PIBG akan
datang, kedudukan tempat duduk diasingkan mengikut jantina (lelaki dan perempuan)
bagi memudahkan untuk melihat perbezaan jumlah kehadiran ibu bapa / penjaga
pelajar-pelajar.
9 Ucapan penangguhan
9.1. YDP PIBG mewakili barisan AJK PIBG 2015/2016 mengucapkan ribuan terima
kasih kepada hadirin yang hadir dalam menjayakan mesyuarat agung pada kali ini.
.......................................... ................................
(Pn Nor Asma Binti Zainal) (En Rosdi Bin Jusoh)
Setiausaha PIBG YDP PIBG
Tarikh : 8 Mac 2015 Tarikh : 8 Mac 2015