Laporan Pbs Terapi

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

LAPORAN TERAPI

Semasa saya melaksanakan pbs (pengalaman berasaskan sekolah), saya


telah menerima arahan untuk mengkaji seorang murid yang mengalami masalah
pembelajaran di sebuah Sekolah Integrasi Pendidikan Khas. Saya telahpun
mengenalpasti masalah yang terdapat pada murid tersebut sama ada dari segi
ketidakupayaan, kecacatan halangan atau rintangan untuk mencapai perkembangan
dari segi kognitif, emosi, sosial atau psikomotor. Sehubungn dengan itu, saya telah
pun melaksanakan satu kaedah terapi untuk membantu murid bermasalah
pembelajaran tersebut demi mencapai perkembangannya. Oleh itu, saya telah pun
memilih seorang murid Sindrom Down yang bernama Syikin untuk dikenal pasti
masalah yang dihadapi. Sindrom Down merupakan satu kecacatan genetik. Masalah
ini juga dikenali dengan Trisomi 21 kerana terdapat kehadiran sebahagian ataupun
kesemua kromosom 21 dalam diri kanak-kanak Sindrom Down. Perkataan Sindrom
Down diambil sempena nama doktor yang mengenal pasti masalah ini iaitu Dr John
Langdon Down. Beliau merupakan seorang doktor warga British. Beliau meneliti
masalah berkaitan dengan Sindrom Down ini pada tahun 186 dan berjaya
memberikan ciri-ciri Sindrom Down dengan lebih teliti hasil gabungan perbezaan
besar dan kecil pada struktur badan

Gambar 1: Murid yang di kaji bernama Asyikin

1
Berdasarkan pemerhatian yang saya jalankan, Syikin merupakan kanak-
kanak sindrom down yang mempunyai masalah seperti kemahiran motor kasar dan
motor halus. Syikin sangat sukar untuk berjalan dan memegang benda yang kecil
dan lebih halus. Adakalanya syikin hendaklah perlu dipimpin dan dibantu untuk
membuat sesuatu kerja yang melibatkan benda kecil. Seterusnya, syikin juga
mempunyai perkembangan intelektual yang lemah. Sesuai dengan teori Mon-
Williams bahawa kanak-kanak sindrom mempunyai masalah kognitif iaitu lebih
rendah daripada purata. Ketika bermain atau melakukan sesuatu kerja, syikin agak
bingung dan resah untuk melakukan sesuatu perkara lebih-lebih lagi mengenai
warna, bentuk, ukuran dan membezakan objek. Bukan itu sahaja, perkembangan
sosial Syikin juga agak kurang dan lemah kerana Syikin di dapati sangat kurang
untuk bergaul dengan rakan-rakannya yang lain. Dia lebih suka untuk membuat
kerja dan makan berseorang diri atau dengan kawan rapatnya sesorang. Tidak
seperti rakan-rakan lain yang bergaul dengan semua orang. Seterusnya, emosi
Syikin juga kadang terganggu di mana dia kerap kali atau suka memarahi rakannya
apabila sesuatu perkara yang dia tidak suka di lakukan. Contohnya, Syikin kerap
marah apabila alat tulisnya di pinjam oleh rakan-rakan lain. Kemudian Syikin kerap
beremosi dengan sesuatu perkara yang tidak kena.

Oleh itu, berdasarkan kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh Syikin ini,
saya telahpun membuat kaedah terapi yang sesuai dengan bagi mengurangkan
masalah tersebut. Saya telah meminta izin dengan guru mengajar untuk membuat
kajian terhadap Syikin pada waktu kelas. Saya telahpun menggunakan kaedah
terapi bermain. Terapi bermain adalah sebahagian rawatan pada kanak-kanak yang
merupakan salah satu intervensi yang berkesan bagi kanak-kanak untuk
menurunkan atau mencegah kecemasan sebelum dan sesudah tindakan operatif.
Dengan demikian dapat difahami bahawa didalam rawatan pesakit kanak-kanak,
Terapi bermain merupakan suatu aktiviti didalam melakukan asuhan keperawatan
yang sangat penting untuk mengurangkan kesan hospitalisasi bagi pertumbuhan
dan perkembangan anak selanjutnya (Nursalam, 2005).

Pada 14 Mac lalu, saya telahpun melaksanakan terapi bermain kepada


Syikin. Bagi masalah kemahiran motor kasar Syikin yang lemah, saya telah
menggunakan aktiviti seperti melompat dengan menggunakan jumping bouncher.
Ketika syikin bermain lompatan tersebut, saya telah memimpinnya dengan

2
memegang tangan nya dan berlompat bersama. Aktiviti ni mampu mengurangkan
serba sedikit masalah fizikal Syikin di mana dapat membantu dia untuk berjalan
dengan lebih stabil dan seimbang. Selain itu, bagi perkembangan motor halus pula,
saya telah menggunakan aktiviti bermain puzzle. Aktiviti ini mampu melatih Syikin
untuk memperkembangkan lagi motor halusnya. Dia akan lebih biasa untuk
memegang sesuatu benda yang kecil atau halus jika aktiviti ini mampu di jalankan
berterusan. Hal ini boleh membantu Syikin untuk memegang pensil dan menulis
dengan lebih baik lagi. Bagi masalah kognitif atau intelektual Syikin pula, saya telah
melakukan aktiviti suai padan dengan menggunakan huruf dan nombor. Contohnya,
Syikin perlu memasang huruf ataupun nombor yang kosong dengan melekatkan
span huruf pada span yang kosong mengikut saiz yang sesuai dan betul. Oleh hal
demikian, ini dapat membantu atau menarik minat kanak-kanak sindrom down
seperti Syikin untuk belajar. Oleh itu, terapi bermain juga sangat membantu untuk
meningkatkan lagi tahap kognitif kanak-kanak sindrom down. Bagi masalah sosial
pula yang dihadapi oleh syikin, aktiviti bermain dapat meningkatkan sosialnya
dengan rakan-rakannya yang lain. Saya telah menggunakan aktiviti bermain secara
berkumpulan dan berpasukan. Syikin di minta untuk melengkapkan sesuatu akitiviti
dengan kerjasama rakan-rakan yang lain dan memerlukan kemenangan. Oleh itu,
dengan aktiviti bermain secara berpasukan ini, Syikin dapat bergaul dan bermain
bersama-sama dengan rakan-rakannya yang lain.

Gambar2. Terapi bermain aktiviti Gambar 3: terapi bermain aktiviti

3
bouncher jump. melompat secara berperingkat

Gambar4: terapi bermain aktiviti suai padan

Secara kesimpulannya, guru-guru perlu dilengkapkan dengan pelbagai


kemahiran strategi pengajaran terkini yang telah terbukti berkesan melalui kajian
saintifik. Selain itu juga, guru juga harus mengenal pasti terapi yang sesuai untuk
kanak-kanak sindrom down agar mereka berpeluang mengembangkan potensi
kendiri mereka. Akhir sekali, guru arus perdana juga perlu bekerjasama untuk
melatih kanak-kanak bermasalah pembelajaran ketika di pendidikan inklusif nanti.

4
RUJUKAN

Choong, L. K. (2010). Bimbingan dan kaunseling kanak-kanak. Selangor Darul


Ehsan:

KumpulanBudiman

Jamila K.A Mohamed. 2005. Pendidikan khas untuk kanak-kanak istimewa. Kuala
Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Suspendi, 2007, Terapi Bermain untuk Anak Anak, diakses hari Sabtu 17
September
2011 pukul 20.00 WIB, http://www.wordpress.com.

Tedjasaputra, M. S 2001, Bermain, Mainan, dan Permainan. Grasindo,


Jakarta.Ulfa, F 2009, Pengaruh Terapi Bermain : Cooperative Play terhadap
Peningkatan Kemampuan Sosialisasi Anak Autis di Sekolah Kebutuhan
Khusus Bangun Bangsa Surabaya, PSIK FKP UNAIR, Skripsi tidak
dipublikasikan.

5
LAMPIRAN

You might also like