Tokoh Barat

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

TOKOH BARAT- MARIA MONTESSORI (1870-1952)

Pandangan Maria Montessori Terhadap Pengurusan Bilik Darjah


Maria

Montessori

berpendapat

bahawa

kanak-kanak

memerlukan

persekitaran dan alat pembelajaran yang tersusun dan bersaiz dengan mereka. Ia
adalah untuk memberi keselesaan kepada kanak-kanak semasa mereka belajar
dalam kelas. Dengan itu, kerusi dan meja yang sesuai mengikut saiz kanak-kanak
perlu disediakan manakala perabot-perabot yang bersaiz besar perlu dialihkan
supaya tidak menghalang ruang bagi kanak-kanak semasa menjalankan aktiviti
dalam kelas.
Pengaruh Maria Montessori
Pandangan Montessori terhadap pengurusan bilik darjah prasekolah telah
memberi impak yang besar kepada Malaysia. Kebanyakan bilik darjah prasekolah di
Malaysia telah menggunakan meja dan kerusi yang kecil serta bersaiz dengan
kanak-kanak supaya memudahkan mereka untuk belajar dalam kelas.
Implikasi Terhadap Pengurusan Bilik Darjah di Malaysia
Semua saiz meja dan kerusi yang terdapat dalam prasekolah di Malaysia
adalah bersesuaian dengan saiz umur murid di antara 5 hingga 6 tahun. Oleh itu,
jelaslah bahawa meja dan kerusi dalam bilik darjah prasekolah adalah lebih kecil
berbanding dengan sekolah rendah.
Selain itu, meja murid dalam bilik darjah prasekolah disusun secara
berkelompok dan bukan bentuk barisan. Hal ini demikian murid prasekolah sentiasa
melakukan aktiviti berkumpulan semasa pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu,
susunan meja seperti itu akan memudahkan mereka untuk berinteraksi dan
berbincang dengan rakan-rakan. Ini juga boleh mengelakkan kecederaan kanakkanak kerana mereka biasanya suka berlari dalam kelas.
Tambahan pula, susunan perabot dan peralatan dalam bilik darjah prasekolah
di Malaysia adalah disusun dengan rapi. Ruang antara sekelompok meja dengan
sekelompok meja yang lain adalah cukup dan luas bagi kanak-kanak prasekolah
agar mereka tidak akan cedera dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta
memudahkan kanak-kanak mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid
dan aktiviti berkumpulan.

Pandangan Maria Montessori Terhadap Kurikulum


Dari aspek kurikulum pendidikan prasekolah, Maria Montessori telah
menekankan latihan daya penglihatan, pendengaran dan sentuhan yang bertujuan
bagi membolehkan kanak-kanak mendapat pengalaman dan latihan menggunakan
deria yang cekap.
Pengaruh Maria Montessori
Konsep minda yang mudah menyerap telah banyak digunakan dalam
prasekolah di Malaysia. Guru akan meminta murid untuk menggunakan kelima-lima
pancaindera mereka untuk merasa, menyentuh, menghiru dan sebagainya sebelum
mula untuk mengajar.
Implikasi terhadap Kurikulum di Malaysia
Montessori berpendapat bahawa minda kanak-kanak mudah menyerap
sesuatu maklumat yang diterima melalui deria mereka sebelum mereka bersedia
untuk diajarkan konsep tersebut. Seorang kanak-kanak mula menyerap kejadian
yang berlaku di sekelilingnya dan menyusun pengalaman ini daripada saat kelahiran
lagi. Dengan itu, kebanyakan prasekolah di Malaysia telah menggunakan cara the
five senses iaitu murid belajar melalui pancaindera mereka.
Guru-guru di prasekolah biasanya akan menyediakan beberapa alat bantu
mengajar yang mudah disentuh atau dihidu mahupun dimakan oleh murid-murid
sebelum atau semasa mereka mengajar. Kanak-kanak akan lebih senang untuk
mengingati semasa mereka melihat atau meyentuh benda tersebut dengan organ
sendiri. Ada dalam kalangan mereka kadang-kala tidak percaya bahawa apa yang
diajar oleh guru sehingga mereka melihat benda tersebut dengan mata sendiri.
Menurut

Dokumen

KSPK

2012,

guru

merancang

pengajaran

dan

pembelajaran yang dapat menyokong perkembangan murid dalam aspek berikut:


banyak memupuk kanak-kanak supaya belajar melalui deria dalam proses PdP,
memenuhi kawasan kelas dengan alat-alat yang sedia ada seperti alat bantu
mengajar dan lain-lain. Selain itu, guru prasekolah juga menjalankan pengajaran dan
pembelajaran yang mengambil kira tentang keperluan individu murid. Justeru, sudah
teranglah bahawa implikasi idea Maria Montessori terhadap sistem pendidikan
prasekolah di Malaysia dari aspek kurikulum.

TOKOH TIMUR--- IBNU KHALDUN (1332 1406)


Pandangan Ibnu Khaldun terhadap Pengurusan bilik darjah
Menurut pandangan Ibnu Khaldun, beliau mempercayai bahawa mempunyai
satu suasana yang sesuai dan selamat di prasekolah dapat mengawal kanak-kanak
daripada terlibat dalam pengaruh jahat dan bahaya yang biasanya mengancam
perkembangan kanak-kanak.
Pengaruh Ibnu Khaldun
Pengaruh beliau ini amat membawa implikasi kepada pengurusan bilik darjah
prasekolah di Malaysia supaya kanak-kanak prasekolah terjamin daripada pengaruh
luar. Pelbagai pihak dalam sekolah akan memastikan kanak-kanak berada dalam
keadaan yang selamat semasa belajar.
Implikasi terhadap pengurusan bilik darjah di Malaysia
Keselamatan prasekolah di Malaysia yang dikuatkuasakan termasuklah
keselamatan lalu lintas, keselamatan bangunan dan perabot, keselamatan kawasan
permainan serta keselamatan peralatan elektrik, suis dan pendawaian. Kementerian
pelajaran

malaysia

berkerjasama

dengan

Tenaga

Nasional

Berhad

untuk

menggalakkan skim perlindungan dan penggunaan alat pencegahan kebakaran dan


peti pertolongan cemas untuk disediakan supaya menjamin kanak-kanak dapat
belajar dalam suasana yang selamat.
Selain itu, pagar yang sempurna dibina untuk mengelakkan kanak-kanak
keluar dari kawasan prasekolah dan juga mengelakkan orang jahat masuk ke dalam
kawasan prasekolah supaya keselamatan kanak-kanak terjamin. Di samping itu,
persekitaran kawasan prasekolah juga perlu dipenuhkan dengan pelbagai gambaran
atau warna cat yang berwarna-warni kerana ini dapat membantu kanak-kanak
terutamanya dari segi emosi mereka.
Dengan ini, maka kanak-kanak yang belajar dalam bilik darjah dapat
memenuhi aspek KSPK yang bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak
berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang
selamat.

Pandangan Ibnu Khaldun Terhadap Kurikulum


Ibnu Khaldun menekankan bahawa kanak-kanak perlu belajar daripada
mudah kepada yang lebih susah. Beliau percaya bahawa kanak-kanak akan lebih
mudah untuk mengingati apa yang telah dipelajari jika benda yang dipelajari
berkesesuaian dengan usia mereka.
Pengaruh Ibnu Khaldun
Pandangan daripada Ibnu Khaldun telah memberi kesedaran kepada
Kementerian Pelajaran Malaysia bahawa kurikulum pendidikan perlu diubahsuai
dengan mengikuti usia kanak-kanak yang belajar dari yang mudah ke benda yang
susah. Dengan itu, kurikulum pendidikan prasekolah adalah yang paling senang
diikuti dengan sekolah rendah, menengah, barulah universiti.
Implikasi Tokoh Terhadap Kurikulum
Pendapat beliau pada peringkat permulaan ialah jangan mengajar kanakkanak, terutamanya bagi mereka yang berumur kurang daripada 6 tahun dengan
perkara-perkara yang susah. Kanak-kanak tersebut seharusnya belajar daripada
mudah kepada yang lebih susah. Otak kanak-kanak memerlukan masa yang
panjang untuk berkembang, dengan itu mereka tidak seharusnya belajar benda yang
susah pada usia yang muda.
Kanak-kanak seharusnya belajar benda secara berperingkat-peringkat. Ini
dapat membantu mereka supaya belajar dengan lebih efektif. Mereka akan lebih
menumpukan benda yang mudah dipelajari berbanding dengan benda yang mereka
rasa susah untuk belajar. Belajar secara berperingkat-peringkat juga dapat memupuk
sikap mereka yang suka belajar itu.
Bagi murid-murid yang beragama Islam, Ibnu Khaldun menyarankan
pembacaan Al-Quran harus diajar sebelum menghafalnya. Berdasarkan Dokumen
KSPK 2010 (muka surat 80 dan 81), murid akan diajar untuk mengetahui bahasa AlQuran dan huruf jawi sebelum menghafal surah Al-Quran.

You might also like