Proposal KT
Proposal KT
Proposal KT
SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR UNTUK SUBJEK KEMAHIRAN HIDUP BAGI MENINGKATKAN KEFAHAMAN DAN MINAT MURID-MURID.
1.0 PENDAHULUAN.
Kurikulum Baru Sekolah Rendah ( KBSR ) telah digubal atas rasional bahawa aktiviti pembelajaran dan pendidikan peringkat rendah merupakan pendidikan asas yang melibatkan tiga kemahiran, iaitu membaca, menulis dan mengira ( 3 M ) . Pendidikan peringkat rendah juga hendaklah menyeluruh dan seimbang dari segi perkembangan intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani. KBSR juga dirancangkan untuk memberi setiap murid peluang yang sama untuk mendapat kemahiran, pengetahuan, nilai, sikap dan amalan-amalan yang diperlukan. Murid-murid juga diberi peluang dan ruang bagi mengembangkan atau mempertajamkan bakat, minat dan daya kreatif mereka. Sewaktu menjalani praktikum saya yang lepas, saya telah mengenal pasti pelbagai masalah yang dihadapi oleh murid di sekolah ini, seperti, masalah emosi (5%), masalah akademik (25%), masalah sosial (10%) dan masalah salah laku ( 60%). Jumlah murid yang ramai dalam satu kelas bercampur yang mempunyai tahap kebolehan murid yang berbeza (lemah, sederhana dan cemerlang) sememangnya memberi satu masalah yang besar kepada saya dalam memastikan segala isi pengajaran yang disampaikan diterima oleh sejumlah murid yang ramai dalam satu masa serentak. Ini kerana, saya tidak dapat memfokuskan pengajaran kepada setiap peringkat kebolehan murid. Justeru itu,saya telah memfokuskan masalah yang berlaku kepada murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran subjek Kemahiran Hidup. Murid-murid mengalami masalah untuk mengingati dan memahami konsep-konsep, teori-teori mahupun setiap fungsi-fungsi komponen yang telah dijelaskan. Kegagalan murid-murid untuk berbuat demikian menyebabkan mereka tidak dapat menguasai sepenuhnya setiap sub topik yang mereka telah pelajari sekaligus murid-murid menunjukkan reaksi bosan ketika
pengajaran dan pembelajaran dilakukan. Masalah ini telah dikenal pasti ketika proses pengukuhan yang diberikan semasa di akhir pengajaran dan pembelajaran. Muridmurid tidak mencapai objektif pengajaran yang diharapkan kerana terdapat sebilangan daripada mereka tidak dapat menjawab soalan pada lembaran kerja dengan tepat. Tindakan ini menunjukkan mereka tidak faham dan sekaligus memberikan kesan buruk kepada mereka kelak pada waktu peperiksaan yang akan datang. Untuk mengenalpasti murid yang bermasalah, saya akan berjumpa murid-murid tersebut untuk berbincang. Melalui sesi temubual, saya akan cuba mengenalpasti dan mencari punca kepada pembawaan masalah itu. Pada masa yang sama, saya juga menggunakan kaedah pemerhatian. Berhubung dengan pemasalahan di atas, saya ingin mengubah cara pengajaran saya melalui pemilihan bahan kartun sebagai bahan bantu mengajar untuk mempertingkatkan lagi kefaham murid sekali gus meningkatkan minat murid-murid terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran. 1.1 REFLEKSI SOROTAN LITERATUR. Kamus mendefinisikan bahan sebagai sesuatu atau beberapa benda yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu atau untuk sesuatu tujuan. Bahan juga berkaitan dengan hal-hal yang akan membincangkan seperti dalam pengajaran dan pembelajaran. Pada asasnya, perkataan bahan dapat diertikan sebagai merangkumi segala benda, alat, maklumat dan media yang dapat memenuhi sesuatu tujuan dan bahan. Oleh itu bahan bantu mengajar merupakan bahan sokongan yang dapat membantu keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran selain cara penyampaian isi pelajaran secara konvensional. Guru memainkan peranan penting dalam menentukan bahan bantu mengajar yang berkesan. Keberkesanan bahan bantu mengajara yang dipilih mampu mempengaruhi minat murid-murid untuk meneruskan tumpuan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Atan Long dan Mat Nor Hussin(1987) beliau berpendapat, bahan-bahan pengajaran dan bahan bantu mengajar ada berbagai-bagai. Bahan-bahan itu mungkin dalam bentuk buku,carta asal atau slaid yang dipancarkan pada layar dan sebagainya yang merupakan bahan yang menyokong penyampaian isi pembelajaran. Penggunaan bahan bantu mengajar
bertujuan untuk membantu guru mengajar dengan lebih berjaya selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mengutamakan kepentingan murid-murid. Melalui falsafah ini, Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha menjelaskan konsep pembangunan kemanusiaan dalam penggubalan kurikulum selain memberi perhatian kepada perkembangan individu khususnya dari aspek jasmani,emosi,rohani dan intelek. Sehubungan dengan itu, bahan bantu mengajar dapat dilihat sebagai medium yang berupaya menyerlahkan bakat dan potensi murid-murid untuk subjek Kemahiran Hidup Sekolah Rendah ini. Berkaitan dengan pemilihan bahan kartun pula adalah kerana kartun merupakan bentuk utama komunikasi grafik yang berupa gambaran interpretasi menggunakan simbol-simbol untuk menyampaikan sesuatu pesanan secara cepat dan ringkas. Kartun juga merupakan sejenis lukisan universal yang menggambarkan peristiwa harian yang disampaikan secara lucu dan jenaka dan juga sebagai kritikan sosial. Dalam erti kata lain, kartun merupakan persembahan lakaran atau bentuk-betuk simbolik yang bertajuk atau tidak dan membawa motif atau maksud melalui bentuk lakaran tersebut. Kartun juga mempunyai daya penarik yang unik serta boleh mempengaruhi sikap dan perlakuan pembaca. Penggabungan dua konsep ini menjadikan bahan bantu mengajar lebih praktikal dan tahap kebolehgunaan yang tinggi untuk digunakan semasa mengajar. 2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN. Sepanjang pengajaran saya yang lepas, banyak masalah salahlaku dan masalah pembelajaran yang diperhatikan melalui tindak tanduk murid-murid. Diantaranya ialah kelas bising, murid suka bermain, murid cepat bosan,murid tidak dapat menguasai sesuatu pembelajaran, murid tidak mencapai objektif pengajaran dan murid-murid kurang berminat untuk belajar. Masalah yang paling katara ialah mengenai murid-murid yang tidak dapat menguasai sesuatu pembelajaran atau tidak faham dan akan mengakibatkan murid-murid cepat bosan dengan sesuatu pengajaran yang disampaikan. Masalah ini di perhatikan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran subjek Kemahiran Hidup. Walaupun subjek ini dilihat lebih kepada pengajaran melibatkan amali, namun begitu penyampaian teori-teori dan juga konsep-konsep tidak
diabaikan. Penguasaan teori dan konsep tersebut menjadi kayu ukur untuk guru-guru untuk menilai tahap kefahaman murid-murid tehadap sesuatu pengajaran yang telah di sampaikan dan keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Setiap kali soalan diajukan kepada murid-murid, mereka tidak dapat menjawabnya dengan tepat dan memuaskan. Begitu juga ketika menjawab soalan pada lembaran kerja. Lain pula semasa pembelajaran,murid-murid menunjukan reaksi bosan dan kurang berminat kepada pengajaran yang disampaikan. Sehubungan dengan masalah tersebut, saya berpendapat bahawa ia perlu diambil serius dan segera mengambil langkah mengatasinya. Jika tidak diatasi, masalah ini akan berterusan sampai bila-bila. Kesan tidak langsung daripada masalah tersebut ialah prestasi murid akan merosot dari semasa ke semasa dan mengganggu tahap pencapaian semasa ujian dan peperiksaan. Bagi membantu murid-murid untuk meningkatkan lagi kefahaman dan menarik minat mereka, saya mencadangkan satu kaedah penggunaan bahan kartun sebagai Bahan Bantu Mengajar (BBM) adalah jalan penyelesaian yang sesuai. Sebagaimana yang diketahui, BBM merupakan segala kelengkapan yang digunakan oleh guru/ murid untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Peralatan mengajar bukan terhad kepada buku-buku teks, papan hitam, kapur dan gambar-gambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran yang melibatkan semua pancaindera melihat, mendengar, rasa, hidu dan sebagainya, merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh murid-murid. Bahan kartun pula merupakan bentuk utama komunikasi grafik yang berupa gambaran interpretasi menggunakan simbol-simbol untuk menyampaikan sesuatu pesanan secara cepat dan ringkas. Kartun juga merupakan sejenis lukisan atau lakaran yang menggambarkan peristiwa harian/ peristiwa semasa yang disampaikan secara lucu dan jenaka dengan pelbagai karenah yang menarik. Dalam erti kata lain, kartun merupakan persembahan lakaran atau bentuk-betuk simbolik yang bertajuk atau tidak dan membawa motif atau maksud melalui bentuk lakaran tersebut. Kartun juga mempunyai daya penarik yang unik serta boleh mempengaruhi sikap dan perlakuan pembaca. Dengan penggabungan dua konsep tersebut, maka terciptalah satu strategi pengajaran yang menggunakan Bahan Kartun sebagai Bahan Bantu Mengajar. Penggabungan dua konsep bertujuan untuk mempertingkatkan lagi kefahaman murid dalam setiap
pengajaran dan pembelajaran serta menarik minat murid untuk bersama-sama mengikuti setiap langkah dan proses semasa pembelajara. Penggunaan BBM berbentuk kartun ini akan digunakan sebagai penterjemah dan atau penyampai mesej mengenai sesuatu konsep atau teori yang ingin disampaikan oleh guru dan menjadi satu pemangkin untuk memastikan murid-murid mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Segala apa mesej dan maklumat yang ingin disampaikan akan di simulasikan atau dilakonkan oleh watak-watak kartun tersebut. Dengan mengunakan kaedah tersebut, saya harapkan ianya dapat membantu mengatasi masalah berkaitan kefahaman murid dan minat murid terhadap isi pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan dengan itu, kajian saya ini akan berfokuskan kepada pemilihan bahan kartun sebagai Bahan Bantu Pengajaran (BBM) untuk meningkatkan lagi kefahaman dan keseronokkan murid semasa sesi pengajaran Kemahiran Hidup. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN 3.1 OBJEKTIF UMUM. 1. Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kefahaman murid terhadap pengajaran Kemahiran Hidup dan meningkatkan minat murid semasa pembelajaran. 3.2 OBJEKTIF KHUSUS 1. Membantu menyelesaiakn masalah murid untuk mengusai sesuatu teori atau konsep sesuatu tajuk pembelajaran dalam subjek Kemahiran Hidup. 2. Melihat sejauh mana keberkesanan kaedah pemilihan bahan kartun sebagai Bahan Bantu Mengajar untuk subjek Kemahiran Hidup. 3. Membantu murid untuk lebih berminat kepada pengajaran berkaitan teori dan konsep untuk subjek Kemahiran Hidup.
3.3 SOALAN KAJIAN 1. Sejauh manakah pemilihan bahan kartun sebagai Bahan Bantu Mengajar dapat membantu menyelesaikan masalah kefahaman murid-murid untuk subjek Kemahiran Hidup? 2. Mengapakah murid-murid sukar untuk mengusai sesuatu tajuk berkaitan teori dan konsep untuk subjek Kemahiran Hidup? 3. Apakah punca murid-murid cepat bosan dan kurang berminat dengan topik-topik berkaitan teori dan konsep untuk subjek Kemahiran Hidup?
4. Tahukan
murid-murid
mengenai
pentingnya
mengusai
sesuatu
tajuk
pembelajaran? 4.0 KUMPULAN SASARAN Kelas Bilangan Murid Murid Lelaki Murid Perempuan Jawatan (Tahap 2) __ Orang __ Orang __ Orang Ketua = Penolong = Pengawas sekolah = Prestasi Akademik Pengawas pusat sumber = Terdiri daripada ___ ___ murid lemah 10 12 Tahun. murid
5.1 PERANCANGAN TINDAKAN LANGKAH 1( mengumpul data murid) Sebelum kajian dijalankan, saya mengumpul beberapa data penting yang diperlukan untuk bahan kajian saya. Saya akan mengedarkan soal selidik kepada murid-murid mengenai kafahaman dan minat mereka untuk sesuatu matapelajaran Kemahiran Hidup( rujuk lampiran 1), maklumat murid (rujuk lampiran 2 ) dan soal selidik di kalangan guru-guru ( rujuk lampiran 3) LANGKAH 2.(membuat pemerhatian terhadap pelajar) Saya akan menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran seperti biasa tehadap kelas yang di jadikan bahan kajian saya. Semasa pengajaran:1. Saya akan memerhatikan murid-murid mengenai tahap tumpuan mereka tehadap proses pengajaran dan pembelajaran 2. Mengenalpasti murid yang bermasalah( tidak menumpukan perhatian) dan mengisi borang pemerhatian murid (rujuk lampiran 4)
Selepas sesi pengajaran berakhir, guru perlu menyemak lembaran kerja yang dilakukan oleh murid dan guru mengisi borang pemarkahan (rujuk lampiran 5) mengenai tahap kefahaman murid-murid terhadap pengajaran dan peratusan murid yang dapat menjawab dengan tepat.
Sekali lagi sesi pengajaran dan pembelajaran dilakukan kepada murid-murid. Pada sesi pengajaran kali ini,saya akan menggunakan BBM dan pemilihan bahan kartun sebagai Bahan Bantu Mengajar. Saya akan mengaplikasikan kaedah ini secara maksimum semasa menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran. Semasa sesi pengajaran, saya juga akan:1. Saya akan memerhatikan murid-murid mengenai tahap tumpuan mereka tehadap proses pengajaran dan pembelajaran. 2. Mengenalpasti bilangan murid yang masih tidak memberi penumpuan dan mengisi borang pemerhatian murid (rujuk lampiran 4)
Selepas sesi pengajaran berakhir, guru sekali lagi perlu menyemak lembaran kerja yang dilakukan oleh murid dan guru mengisi borang pemarkahan (rujuk lampiran 5) mengenai tahap kefahaman murid-murid terhadap pengajaran dan peratusan murid yang dapat menjawab dengan tepat. LANGKAH 4 Selepas selesai sesi kajian terhadap subjek(murid), saya akan mengumpul semua datadata dan menyusun data-data tersebut dalam bentuk jadual yang senang untuk di analisis. Saya akan memastikan segala data dan pembolehubah-pembolehubah yang diperlukan mencukupi dan mengikut spesifikasi yang diperlukan.
Bagi mengumpul segala maklumat dan data yang diperlukan, saya akan menggunakan pelbagai cara antaranya ialah:i. Mengedarkan borang soal selidik mengenai kefahaman dan minat murid terhadap subjek Kemahiran Hidup. ii. mengkodkan murid dalam kategori lemah,sederhana dan cerdik dan mengisi borang maklumat murid iii. menbuat soal selidik terhadap guru-guru berkenaan masalah yang dihadapi iv. membuat pemerhatian mengenai penumpuan murid ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. v. Merekod markah untuk setiap lembaran kerja yang diberikan sebelum dan selepas tindakan di jalankan kepada murid. 5.3 PERANCANGAN CARA MENGANALISIS DATA Data akan dianalisis untuk dua hasil dapatan iaitu dari segi kefahaman murid melalui markah semakan lembaran kerja dan penumpuan murid melalui borang pemerhatian. 1. Contoh borang analisis (untuk aspek tahap kefahaman murid) Keputusan Perlaksanaan Tindakan NAMA MURID 1 2 3 4 5 6 38 2. Contoh borang analisis (untuk aspek penumpuan murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran) Kelakuan 1: bercakap yang tiada kaitan dengan tugasan yang diberi NAMA MURID KEKERAPAN YANG DILAKUKAN MURID SEBELUM TINDAKAN MARKAH PERATUS SELEPAS TINDAKAN MARKAH PERATUS
SEBELUM TINDAKAN
SELEPAS TINDAKAN
Kelakuan 2: membuat contengan (doodling) NAMA MURID KEKERAPAN YANG DILAKUKAN MURID SEBELUM TINDAKAN SELEPAS TINDAKAN
Kelakuan 3 : berangan -angan NAMA MURID KEKERAPAN YANG DILAKUKAN MURID SEBELUM TINDAKAN SELEPAS TINDAKAN
Kelakuan 4: berjalan dari satu tempat ke tempat yang lain NAMA MURID KEKERAPAN YANG DILAKUKAN MURID SEBELUM TINDAKAN SELEPAS TINDAKAN
Kelakuan 5: membuat kerja lain NAMA MURID KEKERAPAN YANG DILAKUKAN MURID SEBELUM TINDAKAN SELEPAS TINDAKAN
Kelakuan 6: mengganggu murid secara fizikal NAMA MURID KEKERAPAN YANG DILAKUKAN MURID SEBELUM TINDAKAN SELEPAS TINDAKAN
Kelakuan 7: mencuba untuk menarik perhatian NAMA MURID KEKERAPAN YANG DILAKUKAN MURID SEBELUM TINDAKAN SELEPAS TINDAKAN
Kelakuan 8 : mengasah pensel NAMA MURID KEKERAPAN YANG DILAKUKAN MURID SEBELUM TINDAKAN SELEPAS TINDAKAN
Kelakuan 9: keluar kelas untuk ke tandas. NAMA MURID KEKERAPAN YANG DILAKUKAN MURID SEBELUM TINDAKAN SELEPAS TINDAKAN
5.42 KOS KAJIAN BIL 1 2 3 4 5 6 JENIS BAHAN KERTAS A4 PRINTER CARTRIDGE POTOSTAT BAHAN KUANTITI X HARGA SEUNIT 1 x rm 8.00 1 x RM 50.00 DAN 1 x RM 30 JUMLAH KOS RM 8.00 RM 50.00 RM 30.00 RM 2.00 RM 3.00 RM 12.00 RM 105.00
LAPORAN KAJIAN BUKU CATATAN GURU 1 x RM 2.00 KERTAS WARNA 5 x RM 0.60 POLISTRIN 4 x RM 3.00 JUMLAH
6.0 TINJAUAN LITURATUR Bahan Bantu Mengajar (BBM) adalah faktor terpenting dalam menentukan kejayaan program pembelajaran, menimbulkan rangsangan keinginan pelajar-pelajar untuk mengetahui sesuatu dan untuk menjadikan pembelajaran baik dan lebih menarik. Bahan bantu mengajar (BBM) bukanlah merupakan sesuatu yang tersisih sifatnya daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Mengikut Noraziah Abdul Hamid ( 1981: 2 ) , bertajuk Alatan Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa, alat bantu itu mestilah dianggap sebagai satu bahagian yang padu dalam proses tersebut. Ia bertujuan untuk menambah kelancaran perhubungan antara guru dan murid dan sebaliknya, murid sesama murid serta membantu atau mempercepatkan proses pemahaman mereka. Pendapat ini disokong sama oleh Edgar Dale ( 1964 ) yang digambarkan dalam bentuk cone of experience di mana proses pembelajaran bermula dengan proses aspek semi-abstrak hingga kepada yang lebih abstrak. Penggunaan BBM juga sebahagian daripada kaedah dan idea-idea yang disampaikan
oleh guru kepada murid-muridnya. Walau kaedah apa digunakan sekalipun BBM pasti turut sama, supaya komunikasi guru murid berjalan dengan baik.Dewasa ini pengetahuan memerlukan seorang guru. saintifik, psikologi pembelajaran dan perkembangan teknologi beberapa BBM yang baru dan juga yang lama, digunakan untuk Menurut Kamarudin Husin(1989),tugas pengajar adalah untuk murid-
mempercepatkan proses pembelajaran, tetapi tidak berupaya mengambil tempat memberitahu atau menyampai satu himpunan maklumat atau fakta kepada murid. Tujuan BBM juga untuk mempengaruhi dan menghibur. BBM ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru/ murid untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Peralatan mengajar bukan terhad kepada buku-buku teks, papan hitam, kapur dan gambar-gambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran yang melibatkan semua pancaindera melihat, mendengar, rasa, hidu dan sebagainya, merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh murid-murid. Atan Long ( 1981: 179-203 ) membahagikan alat bantu mengajar kepada tiga kumpulan: alat pendengaran, alat-alat pandangan dan alat pandang-dengar. Noraziah Abdul Hamid ( 1981) membahagikan BBM kepada dua iaitu media elektronik dan media bukan elektronik. Manakala Hanapiah Sudin ( 1979: 51-52 ) dan Khairiah Ahmad ( 1980-13 ) mengkelaskannya kepada dua iaitu software dan hardware Ngui Kuen Sang (1981: 35 ) mengenai BBM, kita tidak dapat memberi takrif yang tetap walaupun pada keseluruhannya ramai pendidik menyetujui bahawa penggunaan BBM dalam situasi pengajaran pembelajaran adalah pengalaman yang melibatkan penggunaan penglihatan dan pandangan seseorang. Atan Long ( 1982: 174 ) BBM terdiri daripada pelbagai bahan dan sesuatu bahan boleh disampaikan dengan pelbagai cara, misalnya dalam bentuk buku, carta, atau dibubuh pada slaid dan dipancarkan pada skrin. Alat-alat penyampaiannya dinamakan BBM. Thomas, R.Murray, Swartout, Sherwin G ( 1963)
hanya alat bantu mengajar yang mempunyai komunikatif tinggi yang mampu membantu pelajar memperolehi pengalaman belajar yang berfaedah bagi mengembangkan penghargaan. Berdasarkan pendapat-pendapat di atas bolehlah disimpulkan bahawa BBM boleh dibahagikan kepada tiga kategori: Bahan-bahan yang menggunakan media elektronik seperti filem pelajaran, filem jalur, slaid, overhead projektor (OHP), pita video, radio, pita rakaman, piring hitam, CD , komputer,radio kaset, televisyen, internet dan sebagainya. Bahan yang tidak menggunakan media bukan elektronik seperti suara, gambar, carta, model, surat khabar, papan hitam, papan putih, papan flanel, papan magnet, kad-kad imbasan, buku dan sebagainya. Bahan bercorak pengalaman saperti lakonan, lawatan, projek, pameran, bahan maujud (realia) dan sebagainya. Bahan Kartun pula adalah lukisan tentang peristiwa-peristiwa harian yang digambarkan secara menyeronokkan sebagaimana yang dinyatakan oleh Mat Nor Husin(1988) dan mentafsirkan kartun sebagai sejenis lukisan yang mengisahkan hal sehari-hari secara berjenaka. Kartun juga merupakan gambaran interprestasi menggunakan simbol-simbol untuk menyampaikan sesuatu pesanan secara tepat dan ringkas. Kartun juga merupakan sejenis lukisan berbentuk universal yang menggambarkan peristiwa harian yang disampaikan secara lucu dan jenaka. Pada masa ini,penggunaan kartun sebagai salah satu bahan hiburan dan jenakan telah berkembang dengan pesatnya sama ada melalui media cetak mahupun media elektronik. Watak-watak seperti Mickey Mouse,Popeye,Doraemon dan juga watak dari Malaysia iaitu Upin dan Ipin mempunyai keajaiban dalam merangsang komunikasi kanan-kanak. Guru sepatutnya menggunakan keajaiban ini sebagai salah satu pendekatan dalam menyampaikan isi pelajaran kepada murid-murid. Bahan ini boleh menjadi penggerak di dalam sesuatu situasi tertentu. Oleh yang demikian, penggabungjalinan antara dua konsep ini amatlah strategik sebagai panduan untuk membina Bahan Bantu Mengajar(BBM). Bahan Bantu Mengajar sikap ilmiah dan sikap sosial, kemantapan emosi dan daya
sememangnya digunakan sebagai pemangkin kepada pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran. Bahan kartun pula menyumbang kepada unsur-unsur humor dan jenaka. Seterusnya, dengan penggabungjalinan antara dua konsep ini, maka akan tercipta satu Bahan Bantu Mengajar yang bersifat jenaka dan unsur-unsur kartun yang di jadikan sebagai Bahan Bantu Mengajar dapat menarik minat murid-murid untuk memberi lebih fokus kepada sesi pengajaran dan pembelajaran. Dengan terjadinya perlakuan yang sedemikan, maka potensi untuk menyelesaikan masalah berkaitan dengan kefahaman murid-murid serta menarik minat mereka semasa sesi pengajaran dan pembelajaran amatlah cerah. Oleh yang demikian, pemilihan bahan kartun sebagai Bahan Bantu Mengajar untuk meningkatkan kefahaman dan minat murid telah menjadi fokus kajian saya pada kali ini dan diharap, kajian ini sedikit sebanyak membantu dalam mencapai Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi kayu ukur kecemerlangan taraf pendidikan negara kita.
LAMPIRAN 1 BORANG SOAL SELIDIK MURID ( KEFAHAMAN DAN MINAT MURID) NAMA:________________________________ KELAS:____________ 1. Adakah murid meminati mata pelajaran Kemahiran Hidup? A- YA B- TIDAK C- TIDAK PASTI
2. Apakah jenis pembelajaran yang diminati oleh murid? A- TEORI B- AMALI C- TIDAK PASTI digunakan oleh guru untuk
3. BBM ialah Bahan Bantu Mengajar yang Jenis BBM yang manakah menarik minat anda? A- PETA MINDA B- TULISAN
4. Adakah BBM yang digunakan guru dapat membantu murid untuk memahami isi pembelajaran? A- YA B- TIDAK C- TIDAK PASTI
5. Apakah jenis BBM yang dapat membantu murid memahami sesuatu isi pembelajaran? A- PETA MINDA B- TULISAN C- KARTUN
7. Adakah murid selalu diberikan lembaran kerja semasa sesi pembelajaran? A- YA B- TIDAK C- TIDAK PASTI
8. Adakah murid menghadapi masalah untuk menyiapkan tugasan pada lembaran kerja? A- YA B- TIDAK C- TIDAK PASTI
9. Adakah penggunaan BBM oleh guru dapat membantu murid menyelesaikan lembaran kerja tersebut? A- YA B- TIDAK C- TIDAK PASTI
10. Apakah perasaan murid-murid sekiranya dapat menjawab soalan pada lembaran kerja dengan cepat dan betul? A- GEMBIRA B- TERTEKAN C- TIDAK PASTI
LAMPIRAN 2
38
LAMPIRAN 3 BORANG SOAL SELIDIK GURU NAMA GURU:_____________________________________ 1. .Adakah cikgu mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh murid semasa proses pengajaran? A- YA B- TIDAK C- TIDAK PASTI
2. Adakah cikgu berminat untuk menyediakan Bahan Bantu Mengajar kepada murid?
A- YA
B- TIDAK
C- TIDAK PASTI
3. Adakah BBM yang digunakan membantu cikgu dalam pengajaran dan pembelajaran? A- YA B- TIDAK C- TIDAK PASTI
4. Setiap kali cikgu mengajar tanpa menggunakan BBM, berapa peratuskah tahap penumpuan murid-murid terhadap proses pembelajaran? A- 30 B- 60 C- 90
5. Setiap kali cikgu mengajar menggunakan BBM, berapa peratuskah tahap penumpuan murid terhadap proses pembelajaran? A- 30 B- 60 C- 90
6. Adakah cikgu berminat untuk menggunakan bahan kartun sebagai BBM cikgu? A- YA B- TIDAK C- TIDAK PASTI
7. Adakah murid menghadapi masalah untuk menyiapkan lembaran kerja yang diberikan oleh cikgu? A- YA B- TIDAK C- TIDAK PASTI
LAMPIRAN 4 ( BORANG PEMERHATIAN MURID) MEMERHATIKAN TINGKAH LAKU MURID YANG MENUMPUKAN/TIDAK MENUMPUKAN PERHATIAN SEMASA CIKGU MENGAJAR. Masukkan Jadual Pemerhatian dengan kod-kod seperti dibawah yang menunjukkan tingkah laku semasa guru mengajar 1. Bercakap yang tiada kaitan dengan tugasan yang diberi 2. Pemikiran ditempat lain sambil mencakar-cakar kertas(mencoteng) 3. Berangan-angan 4. Berjalan dari satu tempat ke tempat lain
5. Membuat kerja lain 6. Mengganggu murid secara fizikal 7. Mencuba untuk menarik perhartian 8. Mengasah pensel 9. Keluar ke tandas
MURID
LAMPIRAN 5 JADUAL MARKAH LEMBARAN KERJA ( SEBELUM DAN SELEPAS) NAMA MURID 1 2 3 4 5 6 SEBELUM TINDAKAN MARKAH PERATUS SELEPAS TINDAKAN MARKAH PERATUS
38 BIBLIOGRAFI
Abdul Rahim Abdul Rashid,( 1996 ), Panduan Latihan Mengajar, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka. Ngui Kuen Sang (1981: 35 ), Pedagogi I, Siri Pendidikan Longman, Selangor, Longman Malaysia Sdn. Bhd. Noraziah Abdul Hamid ( 1981: 2 ) , Alatan Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa, Petaling Jaya. Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd Ee Ah Meng, ( 1989 )Pendidikan di Malaysia Untuk Guru Pelatih, Edisi Kedua, Petaling Jaya, Siri Pendidikan Fajar Bakti. Kamarudin Hj. Husin, ( 1994 ) KBSM dan Strategi Pengajaran Bahasa (Edisi Baru), Siri Pendidikan Perguruan, Kuala Lumpur, Kumpulan Budiman Snd. Bhd. Mat Nor Hussin, Ab. Rahman Ab. Rashid,( 1988 ) Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa, Siri Pendidikan Longman, Selangor, Longman Malaysia Snd. Bhd.
Musa Mohd Hisham, (1997). Penggunaan Bahan Bantu Belajar Dalam Bahasa Melayu, dlm. Jurnal Dewan Bahasa. 3 Mac 2010
Rozelan Mohd, Pembelajaran Masteri. Dilayari pada 23 febuari 2010 http://www.scribd.com/doc/4148111/Pembelajaran-Masteri Azmi Yahya Yaccob, Definisi Kurikulum. Dilayari pada 23 Febuari 2010 http://www.scribd.com/doc/262413754/definisi-kokurikulum Azlan Md Nor, Tesis Bertajuk Pendidikan Era Globalisasi. Dilayari pada 03 mac 2010. http://web.uthm.edu.my/ps/thesis/education/azlan%203mohdMd.%20ali.pdf