Kebudayaan Kebangsaan
Kebudayaan Kebangsaan
Kebudayaan Kebangsaan
KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
4.1
Latar Belakang
usaha-usaha
yang
dijalankan
ke
arah
meningkatkan
pembangunan
kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan utama bagi
pembinaan bangsa dan ketahanan negara.
4.2
Objektif
Peristiwa hitam 13 Mei 1969 mengajar kita supaya lebih berwaspada. Latar belakang
rakyat Malaysia yang berbagai-bagai kaum belum terjalin kukuh dalam satu kesatuan
sikap dan cara hidup. Kesatuan inilah yang akan meletak kepentingan negara pada
tempat yang paling atas daripada sifat-sifat atau kepentingan kaum masing-masing.
Perubahan corak masyarakat terlalu banyak ditentukan oleh arah politik
perkauman yang dibuktikan dengan tertubuhnya badan-badan dan gerakan politik
kaum. Konflik kaum ternyata tidak dapat dibendung dan ditambah pula dengan hasutan
politik di kalangan rakyat.
Objektif untuk melahirkan dan memelihara peribadi dan identity Malaysia boleh
dilakukan dengan mengubah corak politik perkauman kepada politik berbilang kaum.
Masyarakat Bumiputera dan bukan Bumiputera harus menyedari hakikat ini. Pendidikan
awal akan mereda dan menumpulkan perasaan perkauman. Generasi baharu akan
terlibat dalam pelbagai sektor. Sekiranya semua kaum mempunyai pemikiran yang
sama, maka apa-apa pun perubahan dan kemajuan tetap menurut acuan Malaysia.
Acuan yang sama akan melahirkan satu bentuk masyarakat dengan pemikiran
yang sama. Persamaan dari segi pemikiran, cara hidup dan tindakan akan melahirkan
satu peribadi dan identiti kebangsaan yang unggul.
4.3
Perpaduan rakyat menjadi satu cabaran utama yang dihadapi oleh Kerajaan Malaysia.
Isu perpaduan adalah utama dari sembilan cabaran untuk mencapai matlamat
Wawasan 2020 yang berbunyi Mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu yang
mempunyai matlamat yang serupa dan boleh dikongsi bersama, berintegrasi di
peringkat Wilayah dan antara kaum, berasaskan persamaan hak dan keadilan
Cabaran ini berkait dengan cabaran ke lima yang berbunyi Mewujudkan
masyarakat liberal dan bertolak ansur dengan rakyat pelbagai kaum bebas
mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada
masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada negara. Cabaran ini berkait
pula dengan cabaran ke tujuh iaitu untuk Mewujudkan masyarakat berbudi dan
berbudaya penyayang iaitu sistem sosial yang lebih mementingkan masyarakat
daripada diri sendiri dan kebajikan insan tidak berkisar kepada individu tertentu sahaja.
Terdapat beberapa faktor sejarah yang menyulitkan proses pencapaian
perpaduan di Malaysia. Di antaranya ialah :
yang
sama.
Keadaan
ini
melebarluaskan
lagi
jurang
pergaulan,