Kajian Kes Pengurusan Displin Bilik Darjah
Kajian Kes Pengurusan Displin Bilik Darjah
Kajian Kes Pengurusan Displin Bilik Darjah
PENGENALAN
Belakangan ini, masalah disiplin pelajar semakin membimbangkan dan sering
diperkatakan oleh masyarakat. Walaupun pelbagai bentuk program pengurusan
disiplin pelajar telah dilaksanakan namun kemorosotan disiplin dalam kalangan
pelajar terus diperkatakan dan implikasinya sering menjadi isu hangat di dada
akhbar. Rogers (2004) menyatakan bahawa keadaan ini amat membimbangkan
guru-guru pada masa kini. Tingkah laku pelajar kadangkala menggugat kesabaran
guru yang membawa kepada guru tidak dapat mengawal emosi dan bertindak
mengikut kehendak masing-masing. Hal ini menimbulkan pelbagai masalah
sampingan seperti guru diserang, ditumbuk, didakwa di mahkamah dan sebagainya.
Perkara seperti ini telah menjatuhkan imej profesion perguruan di mata masyarakat
(Khalim Zainal, et.al 2007).
Pada 7 April 2004, polis telah menyenaraihitamkan 200 buah sekolah berikutan
penglibatan 100,000 murid yang terlibat dengan pelbagai kes disiplin termasuk
jenayah. Sekolah-sekolah ini terdiri daripada pelbagai aliran termasuk sekolah
rendah, menengah, sekolah berasrama penuh, sekolah agama, dan sekolah jenis
kebangsaan Cina (SJKC). Murid-murid yang terlibat dengan kesalahan termasuk
jenayah serius seperti gengsterisme, buli, peras ugut, memukul pelajar dan meminta
wang pertaruhan.
Noran Fauziah (2004), menyatakan bilik darjah tidak lagi selamat kepada pelajar.
Kajian beliau menunjukkan salah satu salah laku disiplin yang kerap berlaku di
sekolah ialah kegiatan membuli. Dapatan beliau menunjukkan 95.8% pelajar sekolah
menengah dan 82.7% pelajar sekolah rendah membuli seara psikologi manakala
65.3 pelajar sekolah menengah dan 56% pelajar sekolah rendah telah membuli
secara fizikal.
Menurut Noh Omar (2006), 1.74 peratus daripada 5.5 juta pelajar sekolah di
negara ini terbabit dengan masalah disiplin, 90 peratus daripada 27,412 pelajar
yang menjalani ujian air kencing didapati positif dadah dengan kebanyakan
mereka mengambil ganja. Pada tahun 2004, 187 daripada 23,219 pelajar
menjalani ujian yang sama disahkan positif dadah.
Rentetan daripada masalah ini, pada tahun 2001 Kementerian Pelajaran Malaysia
telah melaksanakan satu kaedah pengurusan disiplin yang menggunakan mata
penalti bagi setiap kesalahan pelajar. Kaedah ini dikenali sebagai Program Sistem
Penalti atau PSP. Di samping menggunakan mata penalti, bentuk tindakan lain ialah
seperti memberi amaran, membuat kerja khidmat sosial, menghubungi ibu
bapa/penjaga, merotan, menandatangani surat perjanjian, memberi kaunseling dan
alternatif yang terakhir ialah buang sekolah. Kaedah ini diperkenalkan untuk
menggantikan pengurusan disiplin konvensional yang dilaksanakan sebelumnya.
Namun demikian kajian yang dilakukan oleh Khalim Zainal, et.al 2007 mendapati
bahawa tiada perbezaan yang signifikan bagi persepsi pelajar dalam kesan
pengurusan disiplin bilik darjah secara umum antara sekolah yang mengikuti PSP
dengan yang mengikuti PDK [t(712)=-0.089,p>0.05].
Perkara
pelajar ialah
berhubung dengan keruntuhan akhlak pelajar yang melakukan pelbagai salah laku
seperti membuli, berkhalwat, penyalahgunaan dadah, melepak, ponteng, berjudi,
peras ugut, bergaduh, merokok, gengsterisme, vandalisme dan sebagainya. Hakikat
yang sukar diterima ialah semakin berkembangnya ilmu pengetahuan, semakin luas
pula keruntuhan akhlak dalam kalangan pelajar sekolah di negara kita.
PERNYATAAN MASALAH
Kemorosotan disiplin dalam kalangan pelajar telah mengundang pelbagai masalah
sampingan terutamanya kepada guru-guru sekolah. Pihak sekolah pula sedaya
upaya cuba mengawal disiplin pelajar dengan melaksanakan pelbagai bentuk
program pengurusan disiplin pelajar.
Menurut
sumber
maklumat
daripada
Kementerian
Penerangan
Malaysia,
murid
dilaksanakan
di
usaha-usaha
peringkat
yang
sekolah
dilakukan
sepanjang
ini
belum
tahun
terbukti
supaya
pelaksanaan
setiap
program
tersebut
dapat
dibuktikan
keberkesanannya.
a.
b.
c.