Aplikasi Pendekatan Kodaly
Aplikasi Pendekatan Kodaly
Aplikasi Pendekatan Kodaly
3.1 Pengenalan
Falsafah yang paling penting dalam pendekatan Kodaly ialah Muzik adalah untuk
semua orang. Pedagogi Kodaly menekankan perkembangan kemahiran pengalaman
muzikal secara menyeluruh dan berurutan. Kodaly percaya bahawa semua kanakkanak mempunyai potensi untuk menjadi celik muzik. Mereka hanya perlu diberi
peluang untuk memperkembangkan skil persembahan, skil pendengaran dan skil-skil
muzik yang lain untuk menjadi celik muzik. Kodaly juga percaya bahawa suara adalah
alat muzik yang paling utama kerana ia adalah alat muzik alat yang semulajadi. Tujuan
nyanyian dijadikan fokus adalah kerana kemahiran nyanyian merupakan asas
kemahiran bagi semua kemahiran muzik yang lain. Menurut Kodaly, setiap kanak-kanak
selalu mempelajari bahasa ibonda mereka terlebih dahulu sebelum mempelajari bahasa
yang lain. Maka dalam pengajaran muzik, kanak-kanak harus diajar lagu-lagu rakyat
bahasa ibunda mereka sebelum mempelajari lagu-lagu dari bahasa asing.
Kaedah Kodaly adalah satu kaedah yang berterusan dan sentiasa berkembang. Banyak
perubahan telah berlaku sejak kaedah ini bermula dan sedang dalam proses perubahan
untuk mencari cara yang lebih baik lagi untuk memupuk rasa cinta kepada muzik.
Kaedah Kodaly menjadi tunjang dan nadi kepada kurikulum muzik di sekolah mahu pun
di institut pendidikan guru.Terdapat 3 jenis teknik atau komponen di dalam pengajaran
dan pembelajaran kaedah Kodaly iaitu:
i. Tonik Solfa
ii. Isyarat Tangan
iii. Simbol, Notasi dan Sebutan Irama
Kaedah berurutan ini berfokus kepada isi kandungan yang disusun dengan sistematik
mengikut kebolehan kanak-kanak pada tahap perkembangannya.
i. Konsep Irama
Salah satu unsur muzik yang ketara yang boleh dijadikan contoh di sini ialah irama.
Irama yang asas didalam kaedah ini ialah irama bersamaan dengan pergerakan kanakkanak seperti berjalan (krocet mempunyai nilai 1 kiraan) dan berlari (kuaver
mempunyai nilai kiraan). Elemen-elemen muzik yang lain seperti bentuk (form),
harmoni, tempo, dinamik boleh diatur atau disusun secara berurutan dalam kaedah ini.
Selain
konsep
irama,
konsep
melodi
juga
perlu
diperkenalkan
secara
b. Nyanyian
Suara merupakan satu alat muzik yang semulajadi yang berkesan dan dimiliki oleh
semua orang. Kanak-kanak menggunakan suara sebagai alat untuk melahirkan
perasaan gembira, sayang, sedih, takut atau seronok. Cara yang baik bagi kanak-kanak
menggunakannya untuk menimba pengalaman muzikal ialah kegiatan nyanyian. Oleh
itu nyanyian merupakan aktiviti yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran
muzik dan asas yang terbaik dalam perkembangan dan kemahiran muzik.
c. Pendengaran Dalaman
Teknik ini dikenali sebagai inner hearing dan inner singing yang dapat menguji
kesemua elemen muzik kanak-kanak. Pendengaran dalaman memainkan peranan yang
penting dalam kemahiran muzik seperti nyanyian, permainan alat dan lain-lain bidang
muzik. Berikut adalah beberapa aktiviti kemahiran pendengaran dalaman yang boleh
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran muzik:
Contoh 1
Gunakan lagu yang mudah seperti Lompat Si Katak Lompat, Bangun Pagi Gosok Pagi,
Jong-jong Inai dan sebagainya. Pelajar harus faham bahawa tujuan latihan ini adalah
untuk menguji tempo, melodi dan elemen-elemen muzikal lain yang telah mereka
pelajari.
Terangkan kepada pelajar bahawa untuk lagu yang dinyanyikan, mereka dikehendaki
untuk menyanyi frasa pertama dan kedua dengan kuat dan nyanyikan frasa ketiga
dalam kepala. Dengan erti kata lain pelajarpelajar dikehendaki untuk terus menyanyi
dengan senyap. Kemudian frasa yang terakhir perlu dinyanyikan kuat semula.
Contoh 2
Meneka lagu. Guru menggunakan isyarat tangan solfa kepada sesuatu melodi dan
meminta murid-murid menyanyikan dengan senyap di dalam kepala. Setelah guru
memberi masa untuk murid-murid merasai melodi itu, guru akan meminta murid
menyanyikan keratan melodi tersebut secara kuat.
c. Penghafalan
Kanak-kanak biasanya merasa seronok apabila mempelajari sesuatu lagu itu dengan
cara menghafal atau learning by heart. Namun ada cara yang lebih menarik dalam
memperkembangkan aspek ini. Ia boleh dilakukan melalui teknik permainan.
Contoh 1.
Guru membuat isyarat tangan dan murid menghafalnya sambil berfikir melodi tersebut.
Murid membuat isyarat tangan serta menyanyikan melodi itu kepada solfa.
Proses diulang dengan motif-motif yang pendek. (Setelah latihan dijalankan beberapa
kalai murid diberi latihan dengan menggunakan motif yang lebih panjang)
Contoh 2
Guru menggunakan skel pentatonik sebagai bahan penghafalan.
Murid diberi sehelai kertas dimana dibahagian kiri telah diisi dengan not-not pada
baluk. Dibahagian kanan pula dikosongkan.
Murid mendengar guru memainkan 2 atau 3 not dikibod berulang-ulang.
Murid digalakan berfikir dahulu sebelum menulis balik pada baluk disebelah kanan.
Setelah selesai menulis, murid menyanyi not-not yang ditulis di baluk tadi. (Aktiviti ini
boleh menggunakan symbol atau notasi lidi dengan nama solfa)
d. Improvisasi
e.
Aspek ini diperkenalkan sebagai satu cara untuk menentukan samada murid dapat
memahami konsep muzik yang dipelajari serta member keyakinan kepada mereka.
Contoh : Permainan Baling Tepuk
Guru akan membaling bola sakti kepada murid bertuah.
Guru akan bertepuk atau menggerakkan anggota badannya pada detik sambil murid
mendengar.
Murid tersebut digalakkan respon melalui bertepuk atau menggerakkan anggota
badan pada satu corak yang lain.
i. Tonik Solfa
Kodaly menggunakan system do bergerak yang berasal dari Guido Arezzo (Itali) pada
Abad ke 11. Dalam system ini, tonik solfa atau tonik pusat dalam sesebuah lagu ialah
do dalam nada major dan la dalam nada minor. Ini memudahkan pelajaran nyanyian
semerta.
Tonik Solfa menekankan perhubungan pic dan fungsinya dalam sesuatu sitem tonal.
Apabila kanak-kanak dapat menguasai tonik solfa dengan selesa melalui nyanyian,
membaca dan menulis skor mereka boleh diperkenalkan dengan not nama abjad.
Nyanyian pic dalam jeda minor ke 3 (so mi) merupakan pengajaran asas. Dengan
menggunakan tonik solfa kanak-kanak yang kenal dua not yang berpic ini boleh
membacakan not ini pada baluk dimana-mana posisi. Kodaly berpendapat skel
pentatonic (5 ton) amat sesuai digunakan kerana skel itu merupakan skel asas untuk
lagu rakyat Hungary yang berciri mood minor.
2.1 Pendahuluan
Carl Orff dilahirkan pada 10 Julai 1895 di Munich, Germany dan meninggal pada 29
Mac 1982. Merupakan seorang komposer yang berjaya pada abad ke 20 dan kejayaan
paling cemerlang dan banyak memberi kesan adalah di dalam bidang pendidikan.
Beliau banyak menghasilkan bahanbahan pengajaran untuk kanak kanak dalam
menghasilkan muzik seperti menggunakan suara iaitu alat muzik yang natural dan alat
alat perkusi yang ringkas.
Pengajaran Orff bermula dengan menggunakan ritma ( rhythm ) sebagai elemen muzik
yang asas, menari dan pengucapan (speech). Semua ini digabungkan dan digunakan
sebagai satu bahasa dalam pengajaran muzik kepada kanakkanak. Improvisasi juga
merupakan asas pengajaran yang penting dalam pendekatan Orff.
Pendekatan Orff berkembang bukan hanya untuk kanak- kanak tetapi bagi orang
dewasa juga. Pendekatan ini berdasarkan kepada kepercayaan beliau bahawa kaedah
yang mudah untuk 10 mengajar muzik adalah dengan memperlihatkan perhubungan
semula jadi pelajarpelajar terhadap ritma dan melodi, dan ianya berlangsung secara
semula jadi. Orff merumuskan perkara ini dengan mengadakan program yang
dirancang dengan sempurna dan berhati hati. Ia bermula dengan corak pengucapan,
gerakan berirama dan ton dua notasi serta pergerakan yang logik dalam melodi
pentatonik.
Dalam pendekatan pengajaran Orff, beberapa elemen muzik yang penting digunakan
antaranya
eksplorasi,
imitasi,
improvisasi
dan
penciptaan
yang
mana
akan
meningkatkan daya kreativiti kanak-kanak melalui tindak balas semula jadi mereka
terhadap muzik.
2.2.1 Eksplorasi
Orff mengalakkan kanak-kanak menerokai serta melakukan eksperimen dengan bunyibunyi muzikal dan gerakan berdasarkan kreativiti semula jadi mereka. Proses ini
merangkumi beberapa aspek iaitu penerokaan ruang, bunyi dan bentuk.
Penerokaan Ruang
Penerokaan bunyi
Orff memulakan dengan penerokaan bunyi-bunyi berdasarkan apa yang berlaku dalah
kehidupan seharian seperti bunyi-bunyi yang bisa didengar. Antaranya bunyi ketukan
pintu, kereta, angin, ombak dan sebagainya. Bunyibunyi ini akan menjadi lebih teratur
dengan menciptakan beberapa corak irama.
Penerokaan bentuk
Penerokaan bentuk berlaku serentak dalam penerokaan ruang dan bunyi. Apabila
kesemuanya di gabungkan dan disusun kanak-kanak akan diajar untuk mengenal
bentuk-bentuk frasa dalam gerakan ataupun corak .
2.2.2. Imitasi
Menurut Orff kanak-kanak mudah belajar sesuatu kemahiran melalui proses imitasi.
Proses ini adalah amat penting untuk memperkembangkan potensi muzikal kanakkanak. Sebagai contoh dalam pengajaran muzik di bilik darjah guru menepuk satu
corak irama manakala murid-murid akan meniru tepukan gurunya.
2.2.3 Improvisasi
tanpa memukul notnot yang tidak berkaitan. Dengan ini pelajar / kanakkanak diminta
mencipta atau membuat lagu sendiri mengikut kreativiti masing masing.
2.2.4 Penciptaan
Orff Schulwerk adalah pendekatan pembelajaran muzik yang merangkumi segala aspek
dalam ekspresi muzik. Sebagaimana yang diketahui, kanakkanak belajar dalam situasi
yang aktif, di mana proses peniruan dan penerokaan akan membimbing mereka untuk
melakukan improvisasi dan memahami muzik. Pertuturan, lagu, pergerakan dan alat
muzik adalah komponen penting untuk mengajar irama, melodi, bentuk, harmoni dan
timbre. Semua ini penting bagi kanakkanak merasai dan membuat irama dan melodi
sebelum mempelajari membaca dan menulis muzik. Hal ini sama seperti proses kanakkanak belajar bercakap sebelum belajar membaca atau menulis, kanak-kanak tersebut
perlu ada kemahiran sedia ada sebelum didedahkan dengan kemahirankemahiran
yang
lain.
kanakkanak.
Proses
Beliau
pengajaran
percaya
Orff
adalah
kanakkanak
berkaitan
menguasai
dengan
dan
perkembangan
mengembangkan
pemahaman kendiri terhadap sesuatu konsep muzik itu melalui pengalaman atau
merasai konsep itu terlebih dahulu. "Experience first, intellectualize second."
kesan terhadap perkembangan muzik bagi semua peringkat umur dan tahap. Ianya
sesuai bagi pembelajaran kendiri bagi setiap pelajar sekolah, baik di sekolah rendah
mahu pun menengah.
Penggunaan alat muzik Orff bukan sahaja mempertingkatkan kebolehan persepsi oral
dan skel tetapi juga mempertingkatkan kebolehan visual serta hubung kait antara jeda.
Dalam penggunaan alat muzik di peringkat awal, corak irama Bordun digunakan untuk
mempertingkatkan kemahiran konsep tempo.
Contoh pengajaran :
Lagu dihafal dengan menggunakan solfa dan isyarat tangan.
Guru menyanyikan corak irama melodi dan memainkan selepas didengari.
Proses ini berulangulang sehingga pelajar tahu memainkan setiap not dari lagu
tersebut.
2.3.4 Pendedahan atau pengenalan awal alat muzik Orff kepada pelajar boleh
melibatkan beberapa cadangan berikut ;
Pengalaman konsep tinggi dan rendah, laju dan perlahan serta kuat dan perlahan.
Pengenalan konsep echoing patterns yang di demonstrasikan oleh guru dan pelajar.
Berikut pula adalah cadangan beberapa langkah untuk mengajar melodi secara
berturutan iaitu So - Mi ( jeda pertama yang diajar ), So - La Mi, So - La - Mi - Do dan
Mi - Re - Do Begitu juga dengan tangga nada, ianya perlu diajar dan diantaranya
seperti tangga nada pentatonic, hexatonic,heptatonic, diatonik dan modes.
2.4 Aplikasi pendekatan Orff dalam sistem pengajaran dan pembelajaran muzik di
Malaysia.
Seperti mana yang telah dijelaskan di atas, terdapat beberapa elemen penting dalam
pendekatan pengajaran Orff iaitu ritma / rentak, melodi dan improvisasi yang mana
akan meningkatkan daya kreativiti kanak- kanak melalui tindak balas semula jadi
mereka terhadap muzik.
menterjemahkan pendekatan Orff ini dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dalam
bilik darjah?. Atau, cukupkah ilmu pengetahuan guruguru muzik tentang pendekatan
Orff?. Untuk menjawab persoalanpersoalan ini, kita seharusnya menilai diri sendiri
sebagai seorang guru muzik.
Menurut pendapat Orff, suara kanak kanak itu sendiri merupakan satu elemen muzik
yang boleh digunakan sebagai alat untuk menyampaikan konsep muzik kepada kanak
kanak tersebut. Sekiranya pendekatan ini difahami dan digunakan dengan cara baik
dan kreatif oleh guruguru muzik , maka tidak mustahil, sesi pengajaran dan
pembelajarannya akan lebih bermakna dan berkesan. Agak malang sekiranya guru
guru muzik beralasan tidak dibekalkan dengan cukup alatan muzik, maka kelas muzik
tidak dapat dijalankan. Apa yang pasti mengikut pendekatan Orff juga, penggunaan
perkusi badan (body percussion), pergerakan mudah, permainan dapat membawa
kakakkanak atau pelajar menerokai muzik dan memahami konsep-konsep muzik yang
ingin disampaikan oleh seseorang guru. Ini kerana pendekatan Orff menekankan
kepada empat komponen yang utama iaitu penerokaan, imitasi, improvisasi dan
penciptaan. Penerokaan terbahagi kepada dua iaitu penerokaan ruang dan bentuk.
Imitasi pula merupakan model kreativiti dan merupakan peranan penting dalam
pendekatan Orff. Proses ini diringkaskan seperti berikut :
Pemerhatian-------Imitasi--------Ekperimen--------Kreativiti
Improvisasi juga amat digalakkan dalam pendekatan Orff. Ianya dapat menggalakkan
pelajar untuk menerokai muzik dengan menggunakan daya kreativiti sendiri dan boleh
dilakukan secara individu atau pun berkumpulan. Begitu juga dengan penciptaan, yang
mana pelajar akan melakukan penciptaan dengan menggunakan alatan asas (alat
muzik Orff) untuk mencipta rondo,suite mini, variasi dan lain - lain.
2.5 Beberapa cadangan Pendekatan Orff untuk diaplikasikan dalam bilik darjah
2.6 Kesimpulan
Secara umumnya setiap pendekatan muzik sama ada, Orff, Kodaly atau Dalcroze,
memang sesuai diaplikasikan dalam sistem pengajaran dan pembelajaran muzik di
negara kita ini. Secara ringkasnya dapatlah disimpulkan bahawa, sebagai seorang
guru,
kita
seharusnya
sentiasa
berusaha
untuk
menambahkan
ilmu
dan
3.1 Pengenalan
Dalcroze berpandangan bahawa muzikaliti hadir di dalam diri setiap individu. Gaya
seseorang berjalan, irama badan, gerak-geri serta pernafasan yang dilakukan secara
biasa oleh manusia menjadi sumber asas sebagai tindak balas atau respon terhadap
muzik atau rangsangan muzik. Dalam kajian yang telah dilakukan tentang penerimaan
diri manusia terhadap muzik , beliau mendapati bahawa latihan latihtubi pendengaran
(aural training) adalah perkara yang amat penting bagi pelajar muzik. Melalui kajian
inner hearing yang telah dijalankan terhadap pelajarnya melalui latihan nyanyian,
kemampuan pelajar mendengar muzik secara mental semasa membaca skor muzik
dapat dipupuk dan dipertingkatkan.
(ear-training)
dan
nyanyian
semerta
(sight-singing).
Boleh
juga
1. Aktiviti Eurythmics
Aktiviti yang boleh dilakukan adalah nyanyian dan gerakan badan. Murid boleh
melakukan gerakan mengikut rentak dan lirik lagu.
2. Aktiviti Solfege
Mendengar dan bertindak kepada pic- tinggi, rendah dan setara. Biasanya dalam
permainan
Dalcroze,
pada
peringkat
permulaan
latihan
pendengaran,
murid
dikehendaki mendengar suara mereka sendiri dan mengecam apa yang dilakukan
seperti bersiul, menjerit, menyanyi dengan suara tinggi dan rendah, bercakap dan bunyi
vokal.
Aktiviti: Dalam meter 4/4 guru memainkan/menyanyikan secara humming@ lalala
dalam satu not /pic sahaja(contoh : not G) sepanjang 2 bar. Kemudian guru memainkan
pula not yang menaik dari C ke C ( satu oktaf ) sepanjang 2 bar. Kemudian guru
memainkan not yang menurun sepanjang dua bar (C ke C). Guru memainkan not C
satu bar dan not E satu bar selepas itu menurun dari G ke C.
3. Aktiviti Improvisasi
Improvisasi merupakan
pergerakan irama) dan solfege. Biasanya improvisasi tidak berlaku pada keseluruhan
lagu hanya pada sebahagian dan pada bahagian yang tertentu dan sesuai sahaja. Guru
boleh meminta murid membuat improvisasi sendiri dengan menyambung lagu yang
diberikan oleh guru dengan mengunakan kreativiti masing-masing. Sebagai contoh lagu
di bawah (a) adalah lagu yang biasa kita dengar, manakala (b) adalah lagu yang telah
dibuat improvisasi ke atasnya.
4 Aktiviti Inner Hearing
Aktiviti untuk membantu murid meningkatkan inner hearing .
Proses:
Minta murid menyanyikan lagu Happy Birthday.
Kemudian guru memberikan score solfa lagu tersebut. Minta murid melihat dan cuba
menghafal solfa tersebut dengan menyanyikan melodi Happy Birthday.
Kemudian guru mengarahkan murid agar menyanyikan solfa tersebut tanpa melihat
pada score yang diberikan. Mereka harus menggunakan inner hearing untuk
menyanyikan solfa tersebut.