Soalan Tugasan Pembelajaran-Jawapan

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 11

SOALAN TUGASAN PEMBELAJARAN (KUMPULAN)

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)


PRASEKOLAH
AMBILAN JUN 2011
PRA 6T

PRA3111
PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
INTERAKSI MAC 2014


1. Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sri Kenanga telah mendapat aduan daripada ibu bapa bahawa
guru prasekolah telah memberikan laporan perkembangan pembelajaran anak-anak mereka semasa
pertengahan tahun tanpa menjalankan ujian. Bagi menyelesaikan masalah ini, Guru Besar telah
meminta guru Prasekolah Sri Kenanga mengadakan taklimat kepada ibu bapa. Taklimat yang akan
diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada ibu bapa mengenai sumber maklumat
perkembangan kanak-kanak prasekolah. Bantu cikgu prasekolah menyediakan bahan taklimat tersebut.
Bahan taklimat tersebut perlulah dihuraikan secara menyeluruh berserta contoh yang bertetapan
supaya mudah difahami ibu bapa.

Jawapan :
Taklimat Penilaian Pentaksiran Prasekolah
Pengenalan
Pendidikan Prasekolah bertujuan untuk memperkembangkan potensi kanak-kanak secara menyeluruh dan bersepadu
dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat,
menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran,
menanamkna keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak. Untuk memastikan
matlamat dan objektif tersebut tercapai, pentaksiran perlu dijalankan untuk menilai perkembangan kanak-kanak dari
semasa ke semasa.
Konsep pentaksiran
Pentaksiran ialah proses mengumpul bukti dan membuat pertimbangan tentang keperluan, kekuatan, kebolehan dan
pencapaian.
Definisi Pentaksiran Prasekolah
Pentaksiran ialah proses mengumpul maklumat dan mengesan kemajuan kanak-kanak dalam aspek pengetahuan,
kemahiran dan penguasaan kanak-kanak terhadap sesuatu proses pembelajaran bagi membantu perkembangan
yang seterusnya. Proses ini dijalankan secara berterusan dan bersesuaian dengan objektif pembelajaran dan tahap
perkembangan individu setiap kanak-kanak semasa kanak-kanak mengalami proses pembelajaran.
Pentaksiran adalah satu proses yang berterusan dan dijadikan sebahagian daripada proses pengajaran dan
pembelajaran. Hasil pentaksiran membolehkan guru mengambil tindakan susulan yang berkesan dan seterusnya
membantu guru memperkembangkan potensi kanak-kanak dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor.
Pentaksiran murid prasekolah bukan bertujuan melabel dan membandingkan murid dengan murid yang lain,
tetapi untuk meningkatkan pembelajaran murid berkenaan. Istilah yang sering digunakan untuk pentaksiran seperti ini
ialah Pentaksiran Autentik atau Pentaksiran secara formatif (Formative assessment). Pentaksiran autentik merujuk
kepada bentuk penilaian di mana murid ditaksir pada masa menjalankan tugasan aktiviti pembelajaran harian di
dalam dan di luar kelas.
Pentaksiran dijalankan secara berterusan, sesuai dan dapat membantu perkembangan kanak-kanak.
Penilaian berterusan berlaku sepanjang masa dan tidak menunggu akhir proses untuk menilai. Ianya dilakukan pada
setiap masa tidak kira pada masa murid menjalankan pembelajaran, bermain, berbual dan apa sahaja aktiviti murid
akan dinilai.
Ciri-ciri Pentaksiran Pasekolah
1. Mengambil kira psikologi dan sifat semulajadi kanak-kanak.
2. Lebih mementingkan proses bukan produk.
3. Dijalankan tidak secara langsung.
4. Dijalankan dalam suasana semula jadi.
5. Dijalankan dalam suasana tidak formal.
6. Dijalankan dalam keadaan yang tenang.
7. Tidak bertujuan membandingkan murid dengan murid.
8. Tidak melabelkan murid sebagai pandai, tidak pandai,
9. Dijalankan secara beterusan, bukan hanya di akhir pembelajaran.
10. Maklum balas segera di beri untuk tujuan penambahbaikan.
11. Bersifat diagnostik: mengenal pasti kekuatan, kelemahan dan keperluan
12. Tidak berfokus kepada ujian pencapaian tetapi tahap perkembangan murid.
13. Tugasan pentaksiran diberi menyerupai situasi dan pengalaman seharian murid.
14. Mengambil kira kekuatan, keupayaan, minat dan kekangan (persekitaran) murid.
15. Menepati Standard Pentaksiran yang ditentukan dalam dokumen Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan.
Kaedah Pentaksiran
Kaedah pentaksiran ditentukan berdasarkan maklumat awal tentang kemahiran, kebolehan dan keupayaan kanak-
kanak. Kaedah merujuk kepada aktiviti yang hendak dilaksanakan oleh kanak-kanak. Apa-apa sahaja aktiviti yang
dilakukan oleh kanak-kanak yang memberikan maklumat tentang pembelajaran mereka boleh dijadikan pentaksiran.
Di peringkat prasekolah, pemerhatian adalah satu kaedah yang lazim digunakan untuk mengumpul maklumat dan
evidens.
Pemerhatian bermaksud pengamatan kepada perlakuan kanak-kanak yang bersesuaian dengan
perkembangan mereka. Dalam konteks penilaian, pemerhatian adalah satu kaedah yang sistematik yang dilakukan
oleh guru untuk mengumpul data dan maklumat dan merekodnya dengan tepat. Guru perlu ada kemahiran memerhati
secara prihatin pada apa yang berlaku pada setiap kanak-kanak melalui pemerhatian yang dibuat terhadap tingkah
laku, perbualan dan hasil kerja kanak-kanak.
Tingkah laku adalah merujuk kepada tindakkan atau tindak balas dalam sesuatu situasi. Melalui pemerhatian
terhadap tingkah laku kanak-kanak, guru boleh memerhatikan dan menilai murid semasa aktiviti bermain pondok,
menyusun blok bersama rakan-rakan, bermain bersama rakan atau bersendirian.pemerhatian tingkah laku juga boleh
di buat semasa aktiviti pembelajaran seperti membuat kolaj dalam kumpulan,melukis, mewarna dan sebagainya.
Manakala pemerhatian terhadap perbualan atau interaksi boleh diperhatikan semasa perbualan atau
interaksi antara murid dengan guru, perbualan atau interaksi antara murid dengan murid, interaksi murid dengan
bahan, main peranan, bercerita, bersoal jawab, semasa aktiviti nyanyian, hafazan, bacaan dan lain-lain. Pemerhatian
ke atas kanak-kanak hendaklah dilakukan dalam semua domain iaitu domain kognitif, afektif dan psikomotor.
Selain itu, guru boleh menilai hasil kerja murid melalui rekod kerja yang dikumpulkan dan menjadi sumber
maklumat kemajuan kanak-kanak, kekuatan, kelemahan, konsep dan kemahiran yang perlu mereka ketahui dan
kuasai. Hasil kerja murid yang boleh diperhati dan dinilai ialah lukisan, mewarna, lakaran,tulisan, buku skrap,
kraftangan, lembaran kerja, model menggunakan bongkah , video kanak-kanak dan gambar yang diambil semasa
kanak-kanak menjalani aktiviti pembelajaran dan pengajaran di prasekolah dan sebagainya. Setiap bahan atau hasil
kerja murid dikumpulkan dalam bentuk portfolio.
Pemerhatian hendaklah dijalankan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Perancangan pentaksiran perlu dibuat bersekali dengan perancangan pengajaran dan pembelajaran. Semasa proses
pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran berlangsung, guru membuat pemerhatian secara berterusan dan mencatat
maklumat dalam rekod yang bersesuaian. Maklumat yang direkod adalah tahap penguasaan, perkembangan,
kemajuan, potensi, sikap dan nilai-nilai yang murid pamerkan. Pemerhatian dan perekodan yang teliti dan lengkap
akan memudahkan guru memberi maklum balas dan menghasilkan pelaporan murid. Pemerhatian boleh direkodkan
dengan menggunakan rekod senarai semak, rekod anekdot, rekod berterusan ( Running Record ), rekod skala Kadar
dan hasil kerja murid (portfolio).
Apakah yang ditaksir?
Perkara yang di taksir merupakan kandungan di dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Perkara-perkara
merangkumi domain pengetahuan, kemahiran dan nilai yang ingin di kembangkan dalam diri murid dikategorikan
mengikut enam tunjang iaitu:
Tunjang Komunikasi
Tunjang Sains Dan Teknologi.
Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai.
Tunjang Fizikal Dan Estetika
Tunjang Kemanusiaan
Tunjang Ketrampilan Diri.
Laporan
Laporan merupakan rumusan yang di buat oleh guru daripada maklumat yang dikumpul dan analisis yang di buat
mengenai perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh dan spesifik. Ulasan yang di buat menunjukkan kebolehan
dan pencapaian sebenar diri murid.
Rumusan
Pentaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak dapat disimpulkan sebagai sebahagian daripada proses
pembelajaran kanak-kanak dengan tujuan mengumpul maklumat berkenaan pengetahuan, kemahiran dan
pencapaian kanak-kanak bagi membantu perkembangan yang seterusnya. Proses ini perlu dijalankan secara
berterusan dan besesuaian dengan objektif pembelajaran dan tahap perkembangan individu setiap kanak-kanak
semasa kanak-kanak mengalami proses pembelajaran.
Disediakan oleh - Juriah bt Zaini, Noriza bt Ahmad dan Haslina bt Ismail

2. Akta Pendidikan 1996 dan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Prasekolah)1997, yang ditulis dalam
perenggan 5. (1) menyatakan bahawa

Tiap-tiap tadika hendaklah membuat penilaian berterusan tentang perkembangan murid-
muridnya dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor.

Jelaskan mengapa hal ini perlu dikuatkuasakan untuk murid-murid prasekolah.

JAWAPAN :

Pentaksiran dan peniliana adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan
menggunakan pelbagai kaedah. Iamerupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara
berterusan. Ia hendaklah dilaksanakan secara tidak formal selaras dengan Syeksen 19 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). Secara
keseluruhannya pentaksiran dan penilaian bertujuan untuk mengenalpasti kecerdasan dan potensi murid bagi memperkukuh
dan mempertingkatkan perkembangan mereka. Hasil pentaksiran dan penilaian membolehkan guru mengambil tindakan
susulan yang berkesan dan seterusnya membantu guru mengembangkan potensi murid ke tahap optimum dalam domain
kognitif, afektif dan psikomotor. Jesteru penilaian berterusan tentang perkembangan murid dalam domain kognitif, afektif dan
psikomotor perlu dikuatkuasakan untuk murid-murid prasekolah.

Domain kognitif adalah melibatkan tahap perkembangan pemikiran kanka-kanak terhadap kemahiran yang telah
dipelajari. Domain afektif pula adalah berfokus terhadap sikap, nilai minat dan perasaan. Manakala domain psikomotor pula
adalah melibatkan tahap penguasaan murid dari segi motor halus dan motor kasar kanak-kanak.

Ketiga-tiga domain tersebut amat penting bagi mengukur tahap perkembangan murid-murid. Ia merupakan gambaran
tentang perkembagan murid, menilai keberkesanan pengajaran yang dijalankan secara berterusan. Ia juga dapat membantu
memperbaiki pengajaran dan pembelajaran dan merancang tindakan susulan. Selain daripada itu, ianya boleh memberi
maklumbalas terhadap kemajuan murid.

Penilaian ke atas kanak-kanak daripada peringkat prasekolah adalah sangat penting kepada guru prasekolah untuk
mengesan pencapaian, perkembangan dan kemajuan kanak-kanak secara berterusan dalam domain kognitif, afektif dan
psikomotor. Dalam menjalankan penilaian, guru perlu megambil kira beberapa perkara seperti pengetahuan kanak-kanak
mengenai diri sendiri, keluarga dan rakan-rakan selain dari pengetahuan yang dikuasai dalam pengajaran dan pembelajaran
yang telah mereka lalui di prasekolah.

Kemahiran kanak-kanak dari segi pertuturan, penguasaan bacaan dan tulisan, kemahiran berfikir serta kemahiran
psikomotor kasar dan halus juga perlu diambil kira. Aspek-aspek lain ialah seperti kreativiti, sikap dan sahsiah kanak-kanak serta
kebolehan berkomunikasi perlu diperhatikan oleh guru-guru prasekolah dengan teliti dan prihatin.

Disediakan oleh - ZAINORA BT. ZAKARIA, FARIDAH BANU BT. NOOR MOHAMED dan ROSNAH BT. ABDULLAH
3.







Berikut merupakan rekod penilaian mengenal huruf, membaca suku kata KV, suku kata KVK, dan
membaca perkataan murid prasekolah iaitu Johan. Semasa penilian dijalankan Johan gagal menyebut
huruf T, J Y, gagal membunyikan suku kata KV iaitu da, fo ni, wi, du dan ne. Johan juga gagal
membunyikan suku kata KVK kes dan gagal membaca perkataan feri dan jeti.

Sediakan rekod yang bersesuaian, analisiskan data secara keseluruhan dan buat laporan berkaitan.
Rancangkan satu tindakan susulan yang bertepatan.

Jawapan : Rekod Senarai Semak
Nama Murid : Johan bin Ahmad
Nama Guru : Puan Sososo
Tunjang Komunikasi
Standard Pembelajaran Ulasan Tarikh Ulasan Tarikh) Ulasan Tarikh)
Kemahiran Membaca
Membunyikan huruf besar secara
rawak
Tidak boleh menyebut huruf
T,J dan Y
24/1/2014

Membunyikan suku kata terbuka
(KV)
Tidak boleh membunyikan
suku kata da fo ni wi
du dan ne
15/2/2014

Membunyikan suku kata tertutup (
KVK)
Gagal menyebut suku kata
tertutup iaitu kes
16/3/2014

Membaca perkataan (KVKV) Tidak boleh membaca
perkataan feri dan jeti


Analisis Data
Januari Februari Mac April
Belum kenal 3 huruf Belum kuasai suku kata
terbuka secara
keseluruhan
Tidak boleh membunyikan suku
kata tertutup yang mempunyai
huruf e ditengah ( contoh kes)
Tidak boleh membaca
perkataan tertentu.



0
1
2
3
4
5
6
7
Huruf KV KVK KVKV
Graf Kemahiran Membaca
Januari
Februari
Mac
April
D P R B I L K
F T Q X C G
O V M W J N
H E Y U A S Z
Ba ca da qa te
ke pe je lo mo
fo to ri gi ni wi
zu hu yu du
me se fe ne

Hen tak bok ros sup
das lem zip sos wal
tor jen rum pin can
min tuk van kes
nom gin
Baju sudu ubi tipu
soto peti sepi vila
mata kutu labu logo
feri nasi suzi Pasu
kota tuju jeti besi topi
LAPORAN
Pada bulan Januari Johan tidak boleh menyebut 3 huruf besar secara rawak iaitu huruf T, J dan Y. Ini disebabkan
Johan jarang melihat huruf tersebut dipersekitaran dan juga kurang penekanan daripada guru. Pada bulan Februari
Johan tidak boleh membunyikan setiap satu daripada suku kata tertentu daripada vokal a seperti da, vokal o seperti
fo, vokal i seperti ni dan vi, vokal u seperti du dan vokal e seperti ne. Masalah ini adalah disebabkan murid ini tidak
memberi penumpuan sepenuhnya semasa guru mengajar. Seterusnya pada bulan Mac, Johan tidak boleh
membunyikan suku kata tertutup iaitu, suku kata kes. Ini jelas menunjukkan Johan tidak dapat membezakan vokal e
pepet dan e taling. Pada bula April pula, Johan gagal membaca perkataan iaitu feri dan jeti. Ini rentetan daripada
Johan kurang menguasai vokal e.

TINDAKAN SUSULAN.
Guru perlu memperbanyakkan aktiviti latih tubi menyebut huruf T,J,Y, Membunyikan suku kata terbuka, membunyikan
suku kata tertutup dan membaca perkataan, dengan menggunakan pelbagai cara seperti kad huruf, membentuk huruf
menggunakan doh, mewarna huruf, menggunakan aplikasi ict dan pelbagai cara lagi. Guru juga perlu tumpukan lebih
perhatian kepada Johan dalam setiap aktiviti yang dilakukan. Guru juga perlu berjumpa dengan ibu bapa dan
nyatakan kelemahan Johan berdasarkan pemerhatian yang dijalankan oleh guru. Kerjasama ibu bapa amat perlu
demi peningkatan prestasi Johan.
Disediakan oleh - Sopuan binti Ishak, Soleha binti Mat Taib dan Sopiah binti Zakaria


4. Sebagai seorang Juru Latih Utama Prasekolah, anda diminta memberikan kursus kepada guru-
guru prasekolah di daerah Kuala Muda bagaimana menganalisis maklumat pentaksiran sebelum
membuat laporan perkembangan kanak-kanak. Sediakan bahan-bahan untuk anda memberikan kursus
tersebut.


5.
Hasil kerja murid merupakan salah satu rekod yang boleh digunakan untuk mendapatkan
maklumat perkembangan murid prasekolah. Apakah rekod yang bersesuaian digunakan untuk merekod
hasil tugasan di atas. Apakah maklumat perkembangan murid yang boleh anda rekod daripada hasil
tugasan tersebut.
Sediakan rekod yang bersesuaian dan buat laporannya. Jelaskan mengapa anda memilih jenis rekod
tersebut. Rancang tindakan susulan untuk mengembangkan lagi potensi murid ke tahap yang optmum.

6. Tindakan susulan merupakan satu aktiviti yang dilakukan oleh guru selepas melaksanakan
pentakisran. Jelaskan EMPAT perkara yang perlu diberi perhatian untuk membuat tindakan susulan
terhadap perkembangan kanak-kanak.
Jawapan:
Mengenalpasti kekuatan, kelemahan dan potensi murid. mengenal pasti kecerdasan murid sama ada mereka telah
maju dlm pelajaran. sebagai contoh mengenal pasti adakah murid telah menguasai kemahiran dan kebolehan dalam
dalam semua domain yang dinilai. potensi murid dalam semua tunjang perlu di kenalpasti. umpamanya
mengenalpasti kemahiran motor halus seperti kemahiran menguntai manik, membutang baju dan mengikat tali kasuit.
psikomotrakan manipulative.Pergerakan ini memerlukan kanak-kanak mengawal penggunaan anggota badan mereka
seperti tangan dan kaki. Malahan aktiviti seperti melambaikan tangan dan membaling objek juga

7.

Standard pentaksiran keenam adalah berkaitan dengan etika yang perlu dipatuhi guru semasa
menjalankan pentaksiran terhadap kanak-kanak.
Jelaskan etika-etika pentaksiran yang perlu diikuti oleh guru prasekolah dan huraikan kepentingan etika
pentaksiran tersebut di patuhi.

8.


Cikgu Aida ingin mengetahui kebolehan motor halus murid dalam kelasnya. Bantu cikgu Aida mengenal
pasti dan merancang aktiviti pentaksiran yang boleh dijalankan untuk mengumpul maklumat. Kenal
pasti juga rekod-rekod pentaksiran yang hendak digunakan.
Jawapan:
Perkembangan motor didefinisikan sebagai proses yang mana memerlukan bagi membentuk cara mereka melakukan
gerakan.Kemahiran motor halus juga melibatkan pergerakan manipulative.Pergerakan ini memerlukan kanak-kanak
mengawal penggunaan anggota badan mereka seperti tangan dan kaki. Malahan aktiviti seperti melambaikan tangan
dan membaling objek juga dapat mengembangkan motor halus kanak-kanak tersebut. Antara aktiviti motor halus
ialah seperti a. main doh, b. untai manik, c. membutang baju, d.main lego, e. main puzzle, f. membuka dan menutup
tudung botol, g.memasukkan benang ke dalam lubang, h.mengikat tali kasut, i. mengasingkan bijian ke dalam bekas
berlainan, j. menggunting kertas mengikut bentuk dan k. Main Pasir
contoh Rekod Anekdot untuk menilai Aktiviti : Main Pasir
Nama : Muhammad Munir Mohtar Umur : 6 tahun
Tarikh : 21.04.2014 Kelas : Pra Bijak
Masa : 9.00 pagi Tempat : Di Anjung Prasekolah
Nama Guru: Pn Norizan Abdullah

Pemerhatian :
Aqilah bermain bersama sekumpulan 5 orang di pusat main pasir. Mereka
bermain dengan beberapa peralatan main pasir seperti pengorek,
pencedok, cawan, baldi, dan sebagainya.
Semasa aktiviti baru bermula, kedengaran Aqilah memberi cadangan
kepada kanak-kanak yang lain.
Aqilah : Mari kita buat rumah dengan pasir. Lepas buat rumah, kita buatlah
bukit dan sungai di belakang rumah, buat pagar di sekeliling rumah. Nanti





Mempunyai sifat kepimpinan


Pentaksiran harus dijalankan dengan penuh beretika, hak asasi kanak-kanak perlu dipenuhi

Pentaksiran yang sah dan boleh dipercayai ialah pentaksiran yang menggunakan
pelbagai sumber dan maklumat untuk menjelaskan perkembangan pembelajaran
seseorang murid (Baker, 2007, Cizek 2010).

tentu rumah kita cantik.

Kanak-kanak yang lain bersetuju. Aqilah membahagikan peralatan
permainan pasir kepada kawan-kawannya. Jadi setiap seorang
mempunyai alat mainan tersebut.
Aqilah: Ambil seorang satu benda-benda ni. Jom kita buat rumah kita
cantik-cantik. Nanti kita kongsi-kongsi guna alat-alat ni.
Akhirnya rumah pasir pun siap dibina tanpa sebarang konflik hasil
daripada peranan yang dimainkan Aqilah.


Aqilah memahami erti persahabatan
dan bekerjasama sesama rakan-rakan.

Menunjukkan sifat toleransi dan
pandai membahagikan peralatan
sama rata.



9. Konteks persekitaran merupakan salah satu pembolehubah yang perlu dipertimbangkan semasa
melaksanakan pentaksiran dan penilaian kanak-kanak.
Nyatakan pandangan anda tentang aspek persekitaran yang mempunyai pengaruh besar terhadap
proses pentaksiran. Jelaskan bagaimana aspek tersebut mempengaruhi pentaksiran dan berikan
contohnya.
JAWAPAN yang disediakan oleh kumpulan 9.
KOMEN :
SEPATUTNYA jawapan dimulakan dgn memberikan maksud persekitaran dan senaraikan 4 faktor yang
mempengaruhi persekitaran. bincangkan setiap faktor dgn menyertakan contoh. Nyatakan juga bagaimana faktor
tersebut memberi pengaruhnya kepada pentaksiran.

KEUTUHAN INSTITUSI KELUARGA (IBU BAPA / KELUARGA )
Ibu bapa memberi pengaruh yang amat besar dalam perkembangan dan pertumbuhan diri setiap kanak-kanak. Tumbesaran
yang sempurna adalah dibina sejak dari dalam kandungan lagi. Begitu juga dengan pembentukan sahsiah dan disiplin kanak-
kanak. Contohnya perkembangan bahasa di rumah boleh mempengaruhi corak komunikasi kanak-kanak ketika di sekolah. Begitu
juga baka boleh mempengaruhi perkembangan kanak-kanak itu. Oleh itu, pentaksiran yang dijalankan dipengaruhi oleh
kebolehan yang dibentuk oleh ibu bapa dan keluarga di rumah.
Kedudukan ekonomi yang tidak kukuh atau tidak baik akan memberi kesan pada perkembangan kanak-kanak. Kanak-kanak
mungkin terbiar kerana ibu bapa lebih memikirkan bagaimana untuk memenuhi keperluan hidup berbanding kepentingan
pendidikan. Kanak-kanak akan terabai dan terbiar kerana kurangnya keselasaan di rumah dan tidak menerima makanan yang
berzat.
RAKAN SEBAYA/ KAWAN
Pengaruhnya amat besar dalam perkembangan komunikasi atau pengetahuan kanak-kanak. Dari segi emosi mereka lebih dekat
dengan rakan sebaya. Kanak-kanak yang berumur 2-3 tahun sudah mula mahu berinteraksi dengan rakan sebaya. Sedangkan
guru akan berinteraksi dengan kanak-kanak tersebut dalam usia 5-6 tahun. Apabila kanak-kanak berinteraksi dengan rakan
sebaya mereka menunjukkan kebolehan diri yang lebih baik berbanding apabila berinteraksi dengan guru. Hal ini boleh
mempengaruhi pentaksiran yang dibuat terhadap kanak-kanak.
PENDIDIKAN PRASEKOLAH
Guru memainkan peranan penting dalam persekitaran pembelajaran murid di sekolah. Komitmen guru terhadap tahap
pencapaian kanak-kanak amat penting . Contohnya guru yang prihatin, rajin mencari maklumat, kreatif dalam merancang
pembelajaran yang menarik dan sesuai untuk kanak-kanak sudah tentu memberi impak yang besar terhadap perkembangan
pembelajaran kanak-kanak.
Guru bertindak sebagai fasilitator, perancang dan dapat menyediakan persekitaran yang kondusif yangmenggalakkan kanak-
kanak meneroka. Guru harus peka dengan latar belakang murid yang memberi gambaran tentang perkembangan kanak-kanak.
Guru akan menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran secara berterusan. Tindakan ini dapat membantu guru
memperbaiki pengajaran dan pembelajaran dan merancang tindakan susulan.
Tanggungjawab guru sebagai fasilitator ialah membantu kanak-kanak untuk memahami konsep baru, menyusun maklumat bagi
memudahkan kanak-kanak mengaitkan pelajaran baru dengan pelajaran lama. Guru perlu sedar bahawa sesetengah kanak-
kanak mungin berada dalam mood yang berbeza. Untuk memnuhi keperluan kanak-kanak yang berbeza ini guru boleh
mengadakan satu perbincangan berasaskan apa yang mereka pelajari daripada eksperiman atau kajian yang mereka alami.
PERSEKITARAN
PENDIDIKAN
PRASEKOLAH
EKONOMI
KELUARGA
KEUTUHAN
INSTITUSI
KELUARGA
(IBU BAPA/
KELUARGA)
RAKAN/KAWAN
EKONOMI
Ibu bapa yang mempunyai pendapatan yang kukuh dapat menyediakan prasarana yang baik kepada anak-anak. Anak-anak akan
membesar dengan sihat dan cemerlang. Sementara anak-anak yang mempunyai ibu bapa yang berpendapatan rendah pula
kurang mendapat kemudahan yang baik untuk meningkatkan pembelajaran. Mereka juga kurang mendapat makanan yang
berzat, buku-buku tambahan, computer dan sebagainya. Oleh itu faktor ekonomi tidak seharusnya mempengaruhi penilaian
terhadap kanak-kanak.
NAMA AHLI KUMPULAN: NUR KHAMIDAH BINTI MOHAMED BANDI, MUFISHOH BINTI SAID dan NORHIDAYAH BINTI MOHAMED
BAKRIM

10. Rancang 3 bentuk rekod yang akan anda laksanakan dalam proses membuat pemerhatian
semasa rutin pagi.

Rutin Pagi ialah aktiviti lazim yang dilakukan setiap hari oleh murid-murid prasekolah setiap hari sebaik sahaja mereka sampai ke
kelas prasekolah. Rutin pagi sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran ialah menanggal dan meletakkan kasut di atas rak,
bersalaman dengan guru dan PPM dan mengambil sarapan pagi dan bermain bebas. Rutin pagi yang termasuk dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran ialah beratur, membaca doa belajar, menyanyi lagu patriotik dan lagu sekolah, melafaz ikrar
Prasekolah, memeriksa kebersihan, menanda kedatangan diikuti dengan perbualan tentang hari, tarikh, cuaca, perasaan,
kesihatan dan tema pada minggu berkenaan. Umumnya Rutin pagi yang termasuk dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
hanyalah 10 minit dan rutin yang tidak termasuk dalam sesi pengajaran dan pembelajaran biasanya memakan masa 15 -30
minit. Rekod-rekod yang boleh dilaksanakan semasa ruti n pagi ialah rekod berterusan, rekod anekdot dan senarai semak.

Rekod berterusan (running record) ialah catatan dalam bentuk cerita narrative yang dibuat ke atas individu atau
kelompok murid semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Pemerhatian dijalankan dalam tempoh 5 -10 minit. Berbeza dengan
rekod anekdot, pemerhatian dirancang oleh guru.

Contoh rekod berterusan.
Nama: Ahmad Akif B. Abdullah. Umur: +- 5 tahun.
Nama guru: Pn. Anis Suraya Bt. Ali Masa: 8.00 pagi.

Pemerhatian Ulasan
Semasa slot Rutin Pagi, guru mengarahkan semua murid beratur
dalam dua barisan mengikut jantina tetapi Akif masih leka bermain
lego.

Setelah berkali-kali guru memanggil namanya, barulah Adam datang
dan menolak-nolak rakannya untuk beratur di hadapan. Rakan-
rakan yang lain kelihatan marah dan tidak puas hati.

Cikgu Anis menegur perbuatan Akif . Dia diam membatu.
Semasa menyanyikan lagu-lagu patriotik , Akif masih lagi tidak
duduk diam, dia memusing-musingkan badannya dan menoleh ke
kiri dan ke kanan.


Cikgu Anis memandang tepat kepadanya dan membuat isyarat
supaya Akif menumpukan perhatian semasa menyanyikan lagu
Negaraku.

Akif berdiri tegak dan menyanyikan lagu Negaraku.
Akif memerlukan lebih dari sekali arahan
sebelum mengikutinya.


Akif sukar menurut peraturan.



Akif tidak selesa berada dalam situasi
tersebut. Dia berasa tertekan.




Akif tahu dia diperhatikan dan tahu
perbuatannya tidak disukai oleh guru.


Akhirnya, Akif mematuhi arahan guru

Domain yang diperhatikan.
Domain kognitif: Sukar menurut arahan/ kurang memahami arahan guru, Tidak boleh memberi tumpuan dalam tempoh masa
yang agak panjang. Kurang peka kepada keadaan sekeliling.
Domain afektif: Kurang berminat mengikuti pengajaran guru. Tabiat suka menganggu.
Domain psikomotor: Telah menguasai kemahiran motor halus, lebih berminat kepada aspek manipulatif dan ada ciri-ciri
hiperaktif.

SENARAI SEMAK SEMASA RUTIN PAGI
NAMA MURID : SITI SALEHA BT ANUAR
NAMA GURU : HANISA BT HASSAN
KANDUNGAN PEMERHATIAN ULASAN

1.1 Memberi salam dengan jelas dan
bertatasusila


/

Murid boleh memberi salam tetapi dengan
suara yang amat perlahan

1.2 menjawab salam dengan jelas dan
bertatasusila


/
Murid menjawab salam dengan perlahan dan
malu-malu seperti tiada keyakinan diri

1.3 bersalam dengan guru dan pembantu
pengurusan murid


/
Murid boleh bersalam dengan guru dan ppm
dengan cara yang betul

1.4 meletakkan kasut di tempat yang betul


/
Murid telah boleh meletakkan ksut di tempat
yang betul

1.5 berbaris dengan tertib dan mengambil
sarapan mengikut giliran


/
Murid boleh berbaris dengan tertib semasa
mengambil sarapan

1.6 membaca doa sebelum dan selepas
makan


/
Murid boleh membaca doa sebelum dan
selepas makan

1.7 membaca doa sebelum memulakan
pembelajaran dengan jelas dan tertib


/

Murid membaca doa tetapi dengan suara yang
perlahan

1.8 memberi respons semasa nama
dipanggil semasa guru mengambil
kedatangan


/

Cuma mengangkat tangan apabila namanya
dipanggil
1.9 berpakaian bersih dan kemas waktu
hadir ke sekolah


/

Murid berpakaian bersih semasa berada di
sekolah

Contoh Rekod Anekdot
Nama : Nur Aleesya Syafiyah Tarikh : 17.04.2014
Umur : 5 tahun Tempat : Dalam Kelas
Masa : 7.40 pagi
Pemerhatian:

Syafiah masuk ke dalam kelas. Semasa
dia sedang meletakkan begnya di atas kerusi,
tiba-tiba duit syiling yang digenggamnya terjatuh
ke dalam beg Aidid.
Syafiah terus memberitahu cikgu. Cikgu duit
Interpretasi:

Syafiah menunjukkan bahawa dia tahu bahawa membuka atau
mengganggu beg orang lain adalah satu kesalahan dan akan
dianggap mahu mencuri. Walaupun duitnya tejatuh dibahagian
atas beg dan jelas kelihatan, tetapi dia tidak mengambilnya
terus sebaliknya memberitahu guru terlebih dahulu.
jatuh dalam beg Aidid
Cikgu terus memberitahu Aidid dan meminta
Aidid melihat ke dalam begnya. Aidid mengambil
duit syiling tersebut dan memberikannya semula
kepada Syafiah.

Syafiah dapat mengaplikasikan ajaran tentang nilai-nilai murni
yang telah diajar oleh guru . Walaupun dia baru berumur lima
tahun, tetapi dia dapat memahami dan mengaplikasikannya.

Komen : tahniah kepada kumpulan 10 yang menyediakan jawapan sangat tepat berdasarkan soalan.

Disusun oleh:
Suzana Binti Abd Mutalib
Jabatan Prasekolah

You might also like