Download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9
BAHAGIAN A
PELAKSANAAN ELEMEN SASTERA DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN SENI BAHASA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
TUJUAN DAN RASIONAL KAJIAN Kajian Pelaksaan Elemen Sastera dalam Pengajaran dan Pembelajaran Seni Bahasa Kurikulum Standard Sekolah Rendah oleh Shamsudin Othman dan Abdul Rasid Jamian ini telah dijalankan ke atas 30 orang guru terpilih daripada sepuluh buah sekolah rendah daripada setiap zon negeri, iaitu Sabah, Perlis, Terengganu, Johor, Kuala Lumpur dan Kedah. Antara tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap keyakinan guru dalam pengajaran dan pembelajaran seni bahasa sepanjang perlaksanaan dan mengukur sejauh mana guru dapat menerapkan elemen dan teks sastera dalam meningkatkan keberkesanan kemahiran pembacaan murid. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk melihat pengaruh kemahiran seni bahasa dapat memberikan penekanan pada standard kandungan dan standard pembelajaran. Seni bahasa ditakrifkan sebagai bentuk pembelajaran bahasa yang menjadi pendekatan PDP yang menyeronokkan murid-murid dalam konteks kajian ini. Aspek seni bahasa merangkumi keupayaan murid memahami, mengungkap dan menghargai bahasa melalui pembelajaran yang menyeronokkan dalam konteks pembelajaran yang menyeronokkan. Rasionalnya kajian ini dijalankan adalah bagi mengetahui sejauhmana impak seni bahasa yang diterapkan dalam sesi PdP ini kepada pencapaian murid-murid dalam subjek bahasa Melayu dan apakah kesan yang didapati kepada guru khasnya dari segi mutu pengajaran dan dalam mewujudkan suasana PdP yang menyeronokkan apabila, seni bahasa ini diaplikasikan dalam subjek bahasa Melayu di sekolah.
SOALAN 2 (KONSEP SENI BAHASA) Penyelidik mengungkapkan seni bahasa sebagai dua perkataan iaitu seni yang membawa maksud teks yang penuh nilai keindahan dan boleh disampaikan dalam bentuk yang menyeronokkan seperti nyanyian, lakonan dan deklamasi. Manakala bahasa beerti suatu elemen yang terdapat dalam bentuk nahu dan tatabahasa. Apabila digabungkan, maka seni bahasa didefinisikan sebagai pembelajaran bahasa yang menyeronokkan murid-murid. Sukatan pelajaran dan standard kandungan masih boleh dicapai walaupun murid seronok dengan sesi PdP yang disediakan guru. Di samping itu, perkataan seni dan bahasa turut dikaitkan dengan perkataan didik dan hibur. Perkataan seni dikaitkan dengan perkataan didik manakala perkataan bahasa mempunyai perkaitan makna dengan perkataan didik. Murid dapat menaakul isi pelajaran namun dalam masa yang sama, sesi pembelajaran di jalankan dalam suasana menghiburkan dan menyeronokkan. Penyelidik menyifatkan seni bahasa sebagai satu transformasi dalam pendidikan oleh kerajaan yang berhasrat menjadikan sesi PdP menjadi lebih interaktif dan berpusatkan murid. Dapat disimpulkan bahawa, seni bahasa dan didik hibur merupakan satu trasnformasi pendekatan baru dalam proses PdP yang menekankan empat komponen sastera dan bahasa iaitu, nyanyian, bercerita, lakonan, dan berpuisi namun dalam keadaan yang lebih rileks, santai dan menyeronokkan bagi guru dan juga murid. Penyelidik juga memberi contoh aktiviti pantun yang diselitkan unsur nyanyian. Objektifnya masih sama, iaitu memperkenalkan bentuk dan ciri pantun, namun cara pengenalannya membuatkan murid lebih mudah memahami,membaca sekaligus melagukan pantun yang di ajar. Contohnya, untuk memperkenalkan ciri pantun dua kerat yang mudah, pantun tersebut dinyanyikan dengan melodi lagu ikan kekek dan liriknya mengandungi ilmu tentang penjagaan diri. Berikut merupakan bait pantun yang disebutkan: Kebersihan Diri Ikan keli di atas rakit, Gosok gigi supaya tak sakit
Beli sotong masak kari, Kuku dipotong kuman lari.
Ikan haruan di dalam tangki Sabun badan buang daki
Naik bot pergi ke hulu Cuci rambut bersih selalu.
(sumber : Huraian Sukatan Pelajaran KSSR, KPM,2010) Selain itu, antara contoh seni bahasa lain yang boleh diajar menggunakan bahasa berirama. Melihat kepada lirik lagu yang terdiri dari kosa kata lebih dari dua suku kata, seperti segak, lembut, wangi, bersih meudahkan pemahaman murid kerana lagu ini dinyanyikan secara gembira dan santai. Tidak hanya mewujudkan sesi PdP yang menyeronokkan, pendekatan ini turut membantu guru memudahkan proses pengajaran untuk tajuk membatangkan suku kata dalam puisi, murid juga dapat mengetahu kepelbagaian kaum dan pakaian tradisional di Malaysia. Baju Saya Cantik
Mari kita gembira Baju bersih dan cantik Semua segak bergaya Menawan dan menarik Sari doti ceongsam samfu Sari doti ceongsam samfu Kain lembut halus Wangi jika dibasuh Pakaian majlis rasmi Semua orang memuji Baju kurung Melayu Baju kurung Melayu
Pada pendapat saya, pendekatan seni bahasa ini sangat wajar dijalankan di dalam sesi PDP sebagai alternatif lain dalam mewujudkan suasana PdP yang kondusif, seronok, tidak bosan, namun dalam masa yang sama masih lagi menekankan kepada pencapaian objektif dan isi kandungan pelajaran. Hal ini disokong oleh Shamsudin Othman (Kalam Bahasa,Ogos,2004) yang dalam tulisannya menyatakan bahawa konsep belajar dalam berhibur atau didik hibur adalah pendekatan yang sesuai dengan konsep seni bahasa yang diperkenalkan. Selain dari memberi fokus kepada aktiviti pelbagai genre seperti nyanyian, lakonan, puisi, lagu, pantun,syair dalam sesi PdP bahasa Melayu, guru juga boleh mempelbagaikan kaedah seperti menggunakan ICT, BBB lain yang dapat menarik perhatian dan minat murid untuk memahami suatu konsep dalam subjek bahasa Melayu dengan lebih baik. Bukan sahaja itu, seni bahasa ini juga dilihat dapat menyatupadukan subjek bahasa Melayu dengan subjek lain sebagai contoh, pendidikan kesihatan (pantun kebersihan diri), penerapan amalan nilai-nilai murni turut dapat diserap dalam proses PdP bukan sahaja dari segi penyampai PdP namun juga secara selitan. Contohnya, dengan melakukan aktiviti berkumpulan, semangat bekerjasama, dan toleransi boleh diterapkan sebagai kurikulum tersembunyi dalam mendidik murid-murid. Imaginasi murid juga dapat ditingkatkan terutamanya apabila melibatkan aktivit seperti lakonan, menyanyi,menari, main peranan dan sebagainya. Murid bebas,mengekspresikan watak masing-masing mengikut imaginasi mereka secara kreatif dalam menghidupkan watak yang diberikan. Aspek terpenting dalam konsep didik hibur ini adalah memastikan penglibatan murid seramai mungkin dan aktiviti yang dirancang mestilah santai dan bersahaja. Selain daripada menitikberatkan objektif pembelajaran, konsep seni bahasa ini turut menyatupadukan pelbagai bidang ilmu, nilai murni, dan kemahiran bernilai tambah yang dipelajari semasa sesi PDP subjek Bahasa Melayu.
SOALAN 3 (DAPATAN KAJIAN) Kajian yang dijalankan ini merupakan kajian berbentuk kuantitatif deskriptif yang menggunakan borang kaji selidik yang dibina oleh pengkaji bagi mendapatkan maklum balas daripada responden. Sekolah yang dipilih merupakan sekolah rintis yang dilantik oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai uji kaji untuk setiap modul yang dilaksanakan. Statistik deskriptif untuk melihat kekerapan dan min responden digunakan dalam kajian dalam setiap item dalam soal selidik yang digunakan. Peratusan dan kekerapan digunakan untuk menganalisis markah ujian yang didapati. Skor min keseluruhan pemboleh ubah telah diringkaskan dalam jadual 2. Keputusan min tertinggi yang dicatatkan adalah guru berpendapat bahawa penggunaan bahasa sastera dalam PdP banyak memberi manfaat kepada murid dan guru dalam pelaksanaan elemen sastera dalam pengajaran dan pembelajaran seni bahasa iaitu dengan catatan 3.12 (sp=.630). Diikuti dengan kefahaman konsep guru terhadap huraian Sukatan Pelajaran Seni Bahasa iaitu dengan catatan 3.11(sp=.387). Tahap pembacaan murid dalam elemen sastera juga berlaku peningkatan dengan catatan min sebanyak 3.07 (sp=.307) .Untuk pengajaran guru berdasarkan KSSR mencatatkan min sebanyak 2.98 (sp=.257) serta penggunaan teks dan bahan mengajar dalam pembelajaran seni bahasa sebanyak 2.96 (sp=.243). catatan min terendah didapati dalam masalah pelaksanaan elemen sastera. Jika dihat pada dapatan dalam jadual 2 ini, dapatlah disimpulkan bahawa bentuk kurikulum baharu yang diaplikasikan dan masih terdapat isu-isu yang timbul dalam mengaplikasikannya di dalam PdP. Pun begitu, banyak manfaat yang didapati oleh guru dan murid menerusi pola kurikulum baharu ini dengan penggunaan teks, kefahaman konsep sukatan pelajaran kepada guru, serta tahap pembacaan murid yang berlaku peningkatan. Tahap Pembacaan Murid Penyelidik seterusnya, meringkaskan keputusan tahap pembacaan selepas penggunaann seni bahasa dalam PdP di dalam jadual 4. Kaedah didik hibur yang diapliaksikan guru dalam sesi PdP ternyata sangat membantu meningkatkan tahap pembacaan murid. Ini dibuktikan dengan keputusan yang dicatatkan dalam jadual 4, dimana keputusan yang dicatatkan semua item tidak banyak beza antara satu sama lain kecuali pada item melafaz dan memahami puisi dengan intonasi yang betul menggunakan bahasa yang indah secara didik hibur iaitu dengan catatan min 2.97 (sp=.440). Guru turut berpendapat bahawa, elemen sastera dapat meningkatkan penguasaan bacaan mentalis (min =3.05, sp=.328), di samping murid dapat menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu melalui nyanyian secara didik hibur iaitu dengan catatan min 3.06 dan sp= .346 . Selain dapat meningkatkan penguasaan bacaan mekanis(min = 3.10,sp=.353), elemen sastera ini juga dapat membantu murid memahami teks lebih baik (min=3.10 , sp=.314). Penyelidik menyatakan perbezaan antara bacaan mekanis dan mentalis. Bacaan secara mekanis membawa maksud bacaan dalam hati yang bertujuan untuk memahami sesuatu teks dengan mendalam. Bacaan mentalis diertikan bahawa bacaan secara kuat dan tepat serta menggunakan tanda bacaan yang betul. Item yang mencatatkan bacaan tertinggi dengan jumlah min 3.15 dan sp =.360 ialah elemen sastera dikatakan pelengkap kepada PdP bahasa. Jelaslah di sini bahawa, penggunaan elemen sastera dalam PdP bahasa banyak meningkatkan tahap pembacaan murid dari beberapa aspek seperti, peningkatan dalam memahami teks dengan baik, penguasaan bacaan mekanis, penguasaan bacaaan mentalis, serta membantu murid menyebut dan memahami unsur seni selain membantu melafaz dan memahami puisi dengan intonasi yang betul. Manfaat Pelaksanaan Elemen Sastera dalam Pengajaran dan Pembelajaran Seni Bahasa Penyelidik turut meringkaskan beberapa item bagi menggambarkan tentang manfaat yang didapati daripada pelaksanaan elemen sastera dalam PdP. Keputusan yang dicatatkan menunjukkan bahawa peningkatan kemahiran murid adalah tinggi. Antara manfaat yang diperoleh adalah murid memahami maklumat yang disampaikan oleh guru dengan catatan min 2.97 dan sp=.382. Kemahiran menulis turut menunjukkan peningkatan (min = 3.02, sp =.371), dan min sebanyak 3.08 sp = .365 dicatatkan bagi kemahiran lisan yang dilihat semakin menunjukkan peningkatan dalam kalangan murid-murid. Kemahiran membaca turut menunjukkan peningkatan dengan catatan min sebanyak 3.13 dan sp=.346. Turut berkongsi nilai min dan sisihan piawai yang sama adalah peningkatan murid dalam kemahiran murid dalam 4M. Bukan hanya kepada murid, kecekapan pedagogi guru turut meningkat dengan catatan min 3.13 dan sp=.384 selepas pelaksanaan seni bahasa seperti yang disasarkan oleh sukatan KSSR. Catatan min tertinggi iaitu sebanyak 3.30 dan sp= .355 dapat dilihat pada kemahiran murid yang boleh mengulang kembali apa-apa yang disampaikan oleh guru secara tepat. Pengajaran Seni Bahasa Guru Berdasarkan KSSR Penyelidik turut melihat impak terhadap pengajaran seni bahasa guru berdasarkan KSSR setelah mengaplikasikan Elemen Sastera dalam PdP. Guru dilihat lebih menggunakan pendekatan yang tersendiri sewaktu mengajar seni bahasa dalam bilik darjah (min = 3.18 dan sp =.451) dan cara pengajaran seni bahasa guru dikatakan berbeza dengan guru lain (sp=3.01 dan sp=.489). Cara pengajaran guru dilihat berbeza kerana mereka mempelbagaikan teknik pengajaran seni bahasa (min 3.23 dan sp=.478), dan adakalanya, guru melakukan pengajaran di luar bilik darjah (sp = 3.01 dan sp= .539) disamping adanya pengajaran berlaku di dalam bilik darjah semata (min=3.01, sp=.539). Selain itu, sumber dan bahan yang digunakan oleh guru bagi pengajaran seni bahasa mencukupi (min = 2.51, sp=.530),guru juga menggunakan pengajaran seni bahasa dalam tempoh masa yang sesuai (min =3.02 dan sp=.374) di samping tugasan yang diberi kepada murid adalah selaras dengan pengajaran guru (min=3.16, sp=.408) merupakan antara bukti guru memahami tentang penggunaan seni bahasa dalam PdP (min= 3.01,sp=.496). Lebih dari itu, guru juga tuut bersetuju dengan pelaksanaan elemen sastera dalam sukatan pelajaran sekolah rendah (min= 3.17,sp=.481 dimana guru sedia mengaplikasi teknik didik hibur ketika mengajar seni bahasa dalam bilik darjah dengan catatan min tertinggi 3.23 dan sp= .514. Melihat kepada keputusan yang dicatatkan, elemen seni bahasa dalam PdP merupakan kaedah yang dapat membantu sara PdP guru bahasa melayu. Kepelbagaian kaedah dan cara pengajaran dilihat menjadi faktor dalam usaha mningkatkan kefahaman murid sekaligus membantu meningkatkan keyakinan guru dalam mengajar bahasa Melayu. Penggunaan Teks Sastera dan Bahan Mengajar dalam Pembelajaran Seni Bahasa Penyelidik meringkaskan penggunaan teks dan bahan mengajar dalam pembelajaran seni bahasa di dalam jadual 6. Melihat kepada jadula tersebut, rata-rata guru yang terlibat berpuas hati dengan bahan puisi dan prosa seni bahasa yang digunakan sebagai teks semasa sesi PdP dijalankan apabila kedua item ini berkongsi jumlah catatan min dan sisihan piawai yang sama iaitu min= 2.72 sp=.507. Guru turut menggunakan Bahan Bantu Belajar (BBB) seperti perisian komputer dalam PdP bagi membantu tingkatkan kefahaman murid (min=3.10 dan sp=.426). Selain daripada BBB elektronik, guru turut menggunakan BBB bukan elektronik contohnya, kad imbasan,gambar, carta dan buku dalam PdP atas tujuan untuk meningkatkan tahap pembelajaran dan kefahaman murid sekaligus mencapai objektif pembelajaran. Catatan tertinggi dicatatkan pada bahan bantu mengajar seni bahasa bersikap kreatif iaitu min=3.13 dan sp= .384 dan perkara itu diakui sendiri oleh guru-guru yang terlibat dan kebanyakan bahan bantu mengajar adalah hasil tangan sendiri oleh guru (min= 2.93 dan sp=.451). Catatan keputusan yang direkodkan telah menjawab keempat-empat persoalan yang sering dialami PdP guru bahasa Melayu , iaitu tentang kesan elemen seni bahasa .Empat persoalan tersebut adalah tentang keyakinan guru dalan pengajaran dan pembelajaran bahasa, keberkesanan teks sastera terhadap peningkatan tahap pembacaan murid, fungsi teks sastera terhadap pemahaman pembacaan murid dan perkaitan tahap pembacaan murid dengan pembelajaran mata pelajaran bahasa. Dapatan keseluruhan kajian mendapati bahawa,30 peratus guru menyambut baik pelaksanaan seni bahasa dalam PdP bahasa melayu dan mereka menjadikan pengajaran secara didik hibursebagai asas dalam PdP. Terbukti, elemen ini dapat meningkatkan kemahiran murid dalam berbahasa Melayu, iaitudengan meningkatkan penguasaan 3M, selain keyakinan diri, kemahiran lisan murid semakin meningkat. Impak terpenting adalah penglibatan murid dalam aktiviti PdP juga semakin mebanggakan apabila mereka tidak lagi segan untuk menyertai aktiviti berbahasa seperti menari, menyanyi, berpantun dan sebagainya. Pengaplikasian seni bahasa dalam PdP guru juga turut ditingkatkan, selain suasana PdP berjalan dengan keadaan yang seronok, harmoni, aktif dan lebih relaks berbanding sebelum ini.
SOALAN 4 (IMPLIKASI) Berdasarkan dapatan kajian yang diperkatakan pada halaman sebelum ini, seni bahasa ini banyak memberikan impak positif kepada kedua-dua pihak iaitu guru dan juga murid. Kepelbagaian kaedah pengajaran hari ini, dapat membantu guru dlam merancang teknik pengajaran bahasa Melayu dengan berkesan. Abdullah Hassan (1987) turut menyatakan bahawa kegagalan dalam mencari teknik pengajaran bahasa Melayu menyebabkan isi pelajaran gagal disampaikan secara berkesan dan kajian lampau juga telah membuktikan bahawa kualiti pengajaran merupakan aspek penting dalam menarik minat dan tingkatkan kemahiran berbahasa murid. Majlis Peperiksaan Malaysia (1992) turut menambah bahawa antara faktor yang memperngaruhi pencapaian akademik pelajar ialah kaedah pengajaran yang dipraktikkan guru dalam bilik darjah kurang berkesan. Kajian ini dilihat dapat membantu guru mengaplikasikan teknik didik hibur dalam konsep seni bahasa. Guru akan menjadi lebih kreatif, inovasi dan relaks dalam merencana aktiviti pembelajaran bahasa Melayu yang lebih santai namun bermakna. Guru yang baik, tidak hanya berjaya memegang watak sebagai guru semata, jauh dari itu, seorang guru yang berdedikasi harus bijak dan mampu menjadikan dirinya pelakon yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Beban kerja guru yang bersifat lebih kepada pengkeranian mungkin dapat dikurangkan apabila guru turut sama terlibat secara aktif dalam sesi PDP seni bahasa yang seronok. Sebagai contoh, apabila aktiviti tersebut melibatkan aktiviti nyanyian ataupun tarian, guru boleh turut sama menyanyi dan menari dengan murid.secara tidak langsung, murid berasa dekat dengan guru sekaligus meningkatkan hubungan pembelajaran dua hala dan mereka tidak akan segan untuk bertanya sekiranya ada perkara yang tidak difahami semasa prose PDP berlangsung. Kepada murid pula, selain dapat mewarisi kreativiti guru, seronok dalam sesi PDP yang disediakan guru, murid juga dapat memahami dengan baik isi pelajaran bahasa Melayu. Menerusi aktiviti-aktiviti seni bahasa yang dijalankan seperti pantun, nyanyian, sajak dan sebagainya, keyakinan murid-murid secara tidak langsung akan dapat ditingkatkan dan kemahiran lisan murid turut meningkat. Selain itu, penguasaan kemahiran membaca 3M turut dapat ditingkatkan. Murid juga dilihat dapat menerima dengan baik pembelajaran seni bahasa khususnya apabila suatu pembelajaran itu dikaitkan dengan teks sastera seperti pantun dan puisi rakyat. Kesimpulannya, guru dan murid sama-sama mendapat manfaat dari seni bahasa ini kerana kedua-dua pihak seronok menikmati isi pelajaran walaupun pada dasarnya terdapat beberapa konsep yang sukar difahami namun dengan konsep belajar secara didik hibur membantu memudahkan proses pemahaman dan kelancaran PdP. pembelajaran masih diteruskan namun dalam suasana yang lebih meneyeronokkan, harmoni, kondusif serta menggembirakan tanpa perlu mengenepikan isi kandungan serta objektif pembelajaran yang perlu dicapai.