Peraturan Sekolah SJK (T) LDG Nam Heng.

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 6

VISI

"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"

MISI
"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

PERATURAN SEKOLAH
1. KEHADIRAN

1. Semua murid mesti hadir ke sekolah pada tiap-tiap hari persekolahan kecuali pada hari cuti yang telah ditetapkan atau sakit. 2. Semua murid mestilah sampai ke sekolah selewat-lewatnya 5 minit sebelum loceng permulaan dibunyikan kecuali hari hujan. 3. Semua murid mesti balik mengikut jadual waktu kelas masing-masing yang telah ditetapkan kecuali dengan arahan Guru Besar atau Guru Darjah atas sebab-sebab tertentu. 4. Semua murid mesti memberitahu Guru Kelas sebab-sebab tidak hadir ke sekolah dengan cara bertulis. 5. Murid-murid yang tidak hadir ke sekolah berturut-turut tanpa memberitahu tindakan akan diambil. 6. Guru Kelas hendaklah menulis surat kepada ibu bapa /penjaga bertanyakan sebab-sebab tak hadir.

2.

WAKTU BALIK Sebelum balik atau meninggalkan bilik darjah murid-murid mestilah :-

1. Bersihkan bilik darjah dan susun kerusi meja dengan rapi mengikut giliran bertugas yang telah ditetapkan oleh Guru Darjah. 2. Tentukan semua jenis suis lampu dan kipas angin ditutup. 3. Pintu dan tingkap juga mestilah ditutup. 4. Beratur dan berjalan berdua-dua.

3.

PAKAIAN MURID LELAKI

1. Semua murid lelaki mestilah berpakaian bersih dan kemas. 2. Pakaian murid lelaki ialah baju putih, west biru tua, tali leher biru tua dan seluar biru tua. 3. Baju hendaklah dimasukkan ke dalam seluar. 4. Memakai tali pinggan yang berwarna biru tua atau hitam sahaja tanpa kepala besi. 5. Memakai pakaian yang dibenarkan sahaja untuk menghadiri aktiviti sekolah.

4.

PAKAIAN MURID PEREMPUAN

1. Semua murid perempuan mestilah berpakaian bersih dan kemas. 2. Pakaian seragam ialah baju putih, west biru tua, tali leher biru tua dan gaun biru panjang. 3. Dilarang memakai barang kemas yang keterlaluan. 4. Dilarang memakai alat solek seperti gincu, inai, bunga dan lain-lain. 5. Memakai riben biru tua atau hitam bagi murid-murid perempuan. 6. Memakai pakaian yang dibenarkan sahaja untuk menghadiri aktiviti sekolah.

5.

KASUT SEKOLAH

1. Kasut sekolah mestilah berwarna putih dan ianya mestilah kasut kain 2. Dilarang memakai kasut kulit atau bertumit tinggi 3. Dilarang memakai selipar kecuali sebab-sebab tertentu seperti kaki berkudis, luka, bengkak dan lainlain.

6.

SARUNG KAKI

1. Sarung kaki mestilah berwarna putih dan tidak berbelang-belang. 2. Dilarang memakai sarung kaki terlalu panjang.

7.

LENCANA

1. Ianya mestilah dipakai pada tiap-tiap hari persekolahan termasuklah rombangan sekolah atau majilis majlis rasmi di sekolah. 2. Sematkan atau lekatkan pada poket baju. (murid lelaki) 3. Sematkan atau lekatkan pada sebelah kiri gaun.(murid perempuan) 4. Lencana yang hilang atau yang rosak mestilah digantikan dengan yang baru dengan segera.

8.

PAKAIAN SENAMAN

1. Semua murid adalah diwajibkan memakai baju T sekolah dan track suit sekolah. 2. Murid lelaki dibenarkan memakai seluar pendek yang berwarna biru tua, putih dan hitam dan singlet atau baju T putih. 3. Murid perempuan dibenarkan memakai seluar panjang atau pendek yang berwarna hitam, putih dan biru tua sahaja. 4. Semua murid haruslah memakai kasut semasa bersenam.

9.

RAMBUT MURID LELAKI

1. Rambut mestilah selalu pendek dan tidak mencecah kolar baju. 2. Rambut mestil sentiasa kemas, berminyak dan tidak berfesyen.

10. RAMBUT MURID PEREMPUAN 1. Digalakan berambut pendek. 2. Murid yang berambut panjang haruslah sentiasa kemas, mesti diikat dengan rapi atau berdandan. 3. Boleh mengikat rambut dengan reben berwarna hitam, putih dan biru tua. 4. Rambut haruslah tidak dikerintingkan berfesyen secara keterlaluan.

11. ALATAN PERSEKOLAHAN 1. Alatan persekolhaan mestilah mencukupi dan jangan amalkan sikap suka pinjam meminjam daripada kawan. 2. Buku tulis mesti mencukupi. tulis nama, perkara dan darjah /tahun p[ada kulit buku tersebut. Jangan conteng atau dicarek. 3. Semua murid mesti menulis dengan menggunakan pensel sahaja. 4. Buku-buku teks yang diberi pinjam hendaklah dibalut dan dijaga kebersihan serta keselamatannya. 5. Murid digalakan membawa buku-buku mengikut jadual waktu harian untuk mengurangkan beban beg berat. 6. Pastikan buku-buku latihan diperiksa oleh guru dari semasa ke semasa. 7. Buku latihan yang hampir habis atau sudah habis harus digantikan dengan buku yang baru dengan kadar segera.

12. PENGGUNAAN TANDAS 1. Murid-murid adalah dilarang menggunakan tandas guru. 2. Murid lelaki dilarang menggunkan tandas murid perempuan. 3. Murid perempuan dilarang menggunakan tandas murid lelali. 4. Dilarang bermain di dalam tandas. 5. Tutup pili air selepas digunakan. 6. Dilarang menconteng pada dinding bilik tandas. 7. Murid-murid mesti mencuci dengan bersih selepas membuang air kecil dan air besar. 8. Jangan pergi ke tandas lebih dari seorang pada sesuatu masa. 9. Jangan berlari-lari semasa ke tandas atau balik dari tandas. 10. Kebersihan tandas hendaklah dijaga bersama.

13. PENGGUNAAN PUSAT SUMBER 1. Gunakan bilik ini pada masa yang telah ditetapkan dalam Jadual Waktu Kelas masing-masing. 2. Patuhilah peraturan-peraturan Pusat Sumber yang telah ditetapkan.

14. PENGGUNAAN BILIK KOMPUTER 1. Gunakan bilik ini pada masa yang telah ditetapkan dalam Jadual Waktu Kelas masing-masing. 2. Patuhilah peraturan-peraturan bilik komputer yang telah ditetapkan.

15. PEJABAT DAN BILIK GURU 1. Tidak dibenarkan masuk ke bilik-bilik ini tanpa kebenaran. 2. Alat-alat yang dipinjam daripada pejabat hendaklah dipulangkan segera.

16. STOR DAN BILIK JASMANI 1. Dilarang mengambil dan menggunakan alatan yang ada tanpa kebenaran daripada guru Pendidikan Jasmani yang akan mengajar pada masa itu. 2. Alatan yang telah digunakan hendaklah diletakkan di tempat asalnya dengan sempurna.

17. WAKTU REHAT 1. Waktu rehat untuk semua kelas ialah dari pukul 10.45pagi hingga 11.00pagi. 2. Murid-murid haruslah berbaris semasa membeli makanan dan minuman. 3. Makanan dan minuman yang dibeli mestilah dibayar. 4. Jangan lupa basuh tangan sebelum dan selepas makan. 5. Murid-murid dilarang membeli makanan dan minuman di luar kawasan sekolah semasa waktu rehat. 6. Jangan makan dan minum sambil berjalan. 7. Piring dan gelas yang digunakan mestilah dimasukkan ke dalam besen yang disediakan. 8. Jangan makan dan minum sambil berjalan. 9. Piring dan gelas yang telah digunakan mestilah dimasukkan ke dalam besen yang disediakan. Jangan tinggalkan di merata-rata tempat. 10. Sebelum keluar rehat pastikan suis lampu dan kipas angina ditutup. 11. Jangan biasakan meminta makanana dan wang daripada kawan. 12. Jangan biasakan berhutang makanan dan minuman kepada penjual makanan. 13. Sekiranya ada yang hilang wang belanja, laporkan kepada guru kelas atau guru bertugas untuk tindakan selanjutnya. 14. Jangan gunakan waktu rehat untuk berkejar-kejar sehingga berpeluh.

18. PERHIMPUNAN 1. Perhimpunan diadakan pada tia-tiap hari Isnin pada jam 7.45pagi hingga 8.15 pagi. 2. Semua murid hendaklah berbaris mengikut kelas masing-masing. 3. Semua murid mestilah berjalan dalam barisan dari kelas masing-masing semasa hendak pergi ke tapak perhimpunan. 4. Semasa perhimpunan dilarang samasekali bercakap dan membuat bising. 5. Murid-murid yang lambat datang dikehendaki berdiri di hadapan barisan.

19. KO-KURIKULUM 1. Semua murid tahun tiga hingga tahun 6 mestilah melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum. 2. Mesti hadir mengikut jadual waktu yang ditetapkan. 3. Tidak dibenarkan keluar kawasan sekolah semasa aktiviti ko-kurikulum dijalankan. 4. Kedatangan murid ke ativiti ko-kurikulum adalah diambil kira. 5. Murid hendaklah memakai pakaian sukan sekolah semasa menghadiri aktiviti ko-kurikulum. 6. Murid juga diingatkan memakai kasut semasa mengahdiri ko-kurikulum.

Potongan Rambut a) Rambut Murid Lelaki

Mengikut surat Pekeliling Iktisas No.2/1976 peraturan rambut murid lelaki adalah seperti di lakaran gambar.

Rambut murid lelaki yang dianggap panjang adalah seperti berikut: 1. Di belakang 2. Di depan 3. Di sebelah : Rambut jatuh melebihi garisan di bawah cuping dua telinga. : Rambut menutup garisan tengah dahi. : Rambut menutup ke dua-dua telinga atau sebahagian daripadanya dan side burn melebihi garisan tengah hidung. 4. Di atas : Rambut lebih daripada 4cm. Panjang.

5. Murid lelaki tidak dibenarkan menyimpan janggut dan misai

b)

Rambut Murid Perempuan 1. Rambut murid Perempuan hendaklah jangan sehingga jatuh ke baju tetapi jika murid perempuan yang enggan memotong pendek , rambut hendaklah diikat supaya tidak mencecah ke bahu. 2. Ikatan rambut berwarna biru/hitam sebagai tocaang (plait) atau pony-tail adalah dibenarkan. 3. Sebarang perhiasan rambut seperti cekak,klip rambut beraneka fesyen dan warna serta seumpamanya tidak dibenarkan dipakai di sekolah. 4. Pengunaan gel pewarna dan pelbagai fesyen rambut serta warna adalah dilarang kepada semua murid lelaki dan perempuan.

You might also like