Kaedah Eksperimen
Kaedah Eksperimen
Kaedah Eksperimen
Murid menguji hipotesis secara penyiasatan untuk menemui konsep atau idea sains yang tertentu. kaedah saintifik digunakan semasa eksperimen. Menjalankan eksperimen menggunakan kemahiran berfikir, kemahiran proses dan kemahiran manipulatif. Secara kebiasaan, langkah yang diikuti semasa menjalankan eksperimen adalah seperti berikut: 1. Mengenal pasti masalah 2. Membuat hipothesis 3. Merancang eksperimen: - mengawal pemboleh ubah. - menentukan peralatan dan bahan yang diperlukan - menentulkan langkah menjalanakan eksperimen - kaedah mengumpulkan data dan menganalisis data 4. Melakukan eksperimen 5. Mengumpul data 6. Menganalisis data 7. Mentafsirkan data 8. Membuat kesimpulan 9. Membuat laporan Dalam konsep pelancongan pelajar, adalah dicadangkan selain daripada eksperimen yang dibimbing oleh guru murid diberi peluang mereka bentuk eksperimen, iaitu mereka sendiri yang merangka cara eksperimen yang berkenaan boleh dijalankan, data yang boleh diukur dan bagaimana menganalisis data serta bagaimana membentangkan hasil eksperimen mereka.
Sumber 2 Apakah itu Kaedah Eksperimental? Salah satu kaedah penyelidikan yang digunakan dengan meluas dalam bidang pendidikan ialah kaedah eksperimental. Kaedah eksperimental mula digunakan dalam pertanian dimana eksperimen dijalankan untuk menguji keberkesanan berbagai jenis rawatan (seperti baja, air, cahaya matahari) terhadap pertumbuhan dan penghasilan tanaman. Kaedah ini juga digunakan dalam bidang perubatan untuk menguji keberkesanan rawatan (seperti ubatan, kaedah dan prosedur) terhadap pesakit. Kini kaedah eksperimen digunakan dengan meluas dalam bidang pendidikan. Eksperimen dijalankan dalam persekitaran dimana penyelidik memerhati fenomena yang wujud akhibat daripada sesuatu tindakan dalam situasi yang terkawal (Kerlinger, 1973). Contohnya, penggunaan kaedah inkuiri dalam pengajaran mata pelajaran pendidikan kesihatan di kalangan murid sekolah rendah dan sejauh mana ia mempertingkatkan pemikiran aras tinggi. Eksperimen direka bentuk khusus untuk melihat kesan sesuatu tindakan atau rawatan yang sengaja diperkenalkan dan fenomena yang wujud seperti markah ujian, jawapan pelajar kepada sesuatu soalan atau tingkahlaku pelajar dalam kelas. Permerhatian dibuat dalam situasi yang terkawal, iaitu faktor-faktor (selain daripada rawatan) yang mungkin mempengaruhi fenomena yang wujud disingkirkan. Sumber 3 . Kaedah eksperimen / kerja praktik Kaedah eksperimen atau kerja praktik boleh ditakrifkan sebagai suatu aktiviti yang mempunyai tujuan untuk mendapatkan hasil daripada kerjanya. Dalam pengajaran matematik, kaedah eksperimen ialah suatu kaedah di mana pelajar dilatih menggunakan alat bantu mengajar untuk memahami konsep dan menguasai sesuatu kemahiran. Kaedah ini juga boleh digunakan untuk menguasai kemahiran dalam penyelesaian masalah matematik. Dalam pengajaran dan pembelajaran matematik, kaedah eksperimen telah digunakan secara meluas. Berikut adalah contoh aktiviti yang menggunakan kaedah eksperimen:Menyukat air dengan menggunakan bekas dan selinder penyukat untuk mempelajari isipadu cecair Membimbing murid melipat dan melorek bahagian kertas untuk mengenali pecahan. Menyusun jubin dalam bentuk segiempat yang berbagai saiz untuk menemui luas segiempat tepat. Mengagihkan sebilangan biji gulu ke dalam beberapa bekas yang disediakan untuk memahami konsep bahagi atau purata.
Sumber 4 KAEDAH EKSPERIMEN Eksperimen ialah proses terancang yang linear untuk menguji satu atau beberapa hipotesis yang dapat menerangkan masalah atau fenomena alamiah yang dikaji. Hipotesis ialah jangkaan awal tentang apakah yang menyebabkan sesuatu fenomena. Tujuan eksperimen ialah untuk menguji hipotesis bahawa pembolehubah tidak bersandar, X, menyebabkan perubahan dalam pembolehubah bersandar, Y, iaitu: Jika X, jadi Y. Jika kita dapat dapatan yang selaras dengan hipotesis, tidak bererti hipotesis terbukti. Proses pengesahan menggunakan kaedah penyangkalan, iaitu satu hipotesis berlawanan: H1: Jika X, jadi Y. H0: Jika X, tidak Y. Jika H0 disangkal, kita menerima H1 sebagai munasabah, semakin kerap kita dapat menolak H0 semakin keyakinan/kepercayaan kita terhadap H1 meningkat. Dalam rekabentuk eksperimen yang mantap, hipotesis kuantitatif dibuat, iaitu tujuan eksperimen untuk menguji hipotesis yang boleh diuji tepat secara statistik. Contohnya, dalam eksperimen yang mereplikasikan Hukum Boyle, hipotesis-hipotesis yang berikut boleh dibentukkan: H1: PV = C, di mana C ialah satu konstan, sekiranya T tetap. H0: PV C, di mana C ialah satu konstan, sekiranya T tetap. Pengujian hipotesis dalam kaedah sains adalah berasaskan pertimbangan kuantitatif, iaitu daripada pemerhatian yang dibuat, pengukuran dilakukan untuk mendapat maklumat statistik yang kemudiannya digunakan untuk sama ada menerima atau menolak hipotesis. Namun demikian, untuk tujuan pengajaran sains di sekolah, adalah cukup membuat hipotesis dalam bentuk jangkaan awal. Jangkaan awal boleh diterima atau ditolak berdasarkan pemerhatian kualitatif, misalnya pertukaran warna. Contohnya, untuk eksperimen untuk menguji kehadiran gula penurun dengan menggunakan larutan Benedict, jangkaan awal yang berikut boleh dibuat: H1: Larutan Benedict bertukar warna dari biru kepada merah bata . H0: Larutan Benedict tidak bertukar warna dari biru kepada merah bata. Secara ringkas, proses eksperimen boleh dirumuskan dengan rajah berikut:
diperolehi dalam eksperimen digunakan untuk sama ada menerima atau menolak hipotesis yang dibuat pada awal eksperimen. Seterusnya, seseorang pengkaji (termasuk pelajar di sekolah) mesti membuat kesimpulan sama ada hendak menerima atau menolak teori yang telah dicadangkan untuk menerangkan fenomena yang berkaitan. PENILAIAN KENDIRI Sejauh manakah amali berikut menepati rekabentuk eksperimen? Tujuan: Mengkaji hubungan antara jarak objek, jarak imej dan jarak fokus. Bahan/Radas: Skrin, pembaris meter, kanta cembung dan paku. Prosedur: 1 1Letakkan satu kanta cembung berdekatan tingkap makmal. Kemudian laraskan skrin di belakang kanta sehingga imej tajam objek yang jauh terbentuk di atasnya. 2 2Ukur jarak dari pusat optik ke skrin. Jarak ini ialah jarak fokus (f). 3 3Susun radas yang ditunjukkan dalam rajah di bawah. 4 4Ubah kedudukan jarak objek (u) mengikut ukuran yang diberi dalam jadual di bawah. Laraskan skrin sehingga imej yang tajam diperoleh. Kemudian ukur jarak imej ( v) dan lengkapkan jadual tersebut. 5 5Rumuskan persamaan matematik yang merumuskan hubungan kuantitatif di antara u, v dan f. Jarak objek (u) 3.0 f 2.0 f 1.5 f 1.0 f 0.5 f Bandingkan jawapan anda dengan jawapan di bahagian akhir pelajaran ini. Jarak imej (v)