Kaedah Pembelajaran Luar Bilik Darjah
Kaedah Pembelajaran Luar Bilik Darjah
Kaedah Pembelajaran Luar Bilik Darjah
Pembelajaran luar bilik darjah ini telah diperkenalkan oleh Kementerian Pembelajaran sejak tahun 2000 lagi. Pembelajaran luar bilik darjah (PLBD) adalah suatu program atau aktiviti luar bilik darjah yang terancang dan berstruktur. Aktiviti ini berpusatkan murid dan bertujuan untuk menyokong dan mengukuhkan pelaksanaan kurikulum sekolah.Ia juga merangkumi pembelajaran yang progresif. Selain itu, ia memberi fokus mengenai perkembangan potensi individu secara menyeluruh dari segi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Objektif yang ditekankan ialah menyediakan murid untuk belajar sesuatu tajuk atau konsep yang akan dipelajari , atau sebagai satu proses mempelajari. Domain pembelajaran terdiri daripada tiga iaitu pengetahuan, sikap dan kemahiran. Selain itu, dapt mengukuhkan kefahaman murid terhadap konsep yang dipelajari di dalam kelas, memberikan pengalaman pembelajaran dalam situasi yang sebenar, bermakna dan menyeronokkan. Kemudian, ia juga membolehkan murid berfikir dan menguasai ilmu pengetahuan melalui pengalaman kontekstual, meningkatkan minat dan sikap murid untuk belajar, mengembangkan kemahiran mengumpul, memproses, dan menganalisis data serta maklumat. Akhir sekali, dapat menerapkan nilai-nilai murni. Terdapat tiga Model PLBD iaitu Model PLBD 1 merupakan pembelajaran di luar bilik darjah iaitu di kawasan sekolah seperti makmal komputer, makmal sains dan taman sekolah. Model PLBD 2 pula ialah berhampiran kawasan sekolah seperti taman permaianan, kawasan kampung dan luar pagar sekolah. Model PLBD 3 ialah pembelajaran jauh dari kawasan sekolah (dengan kebenaran PPD) merupakan satu lawatan yang terancang dan berintegrasi ilmu). Kawasan tersebut ialah kawasan sekolah lain, taman sains, universiti, pusat sukan dan taman rekreasi. Perancangan PLBD dilakukan sebelum, semasa dan selepas. Sebelem pembelajaran, tujuan dan objektif PLBD. Hasil pembelajaran tajuk atau konsep dalam sukatan atau sikap dan kemahiran. Ia juga perlu memenuhi segala syarat dan kehendak rasmi seperti kebenaran bertulis daripada pihak sekolah, PPD, dan ibu bapa.
Kemudian, ia juga perlu diberi taklimat berkenaan keselamatan, peraturan dan tanggungjawab guru serta murid. Sebelum memulakan pembelajaran perlu menyediakan peralatan untuk aktiviti. Semasa aktiviti pembelajaran perlulah menyelia dan mengawal murid supaya keselamatan murid sentiasa terjaga. Menggalakkan murid membuat pertanyaan untuk mendapat maklumat. Membuat perhatian secara langsung dan memberi bantuan kepada yang memerlukan, mengumpul dan merekod maklumat, mematuhi peraturan lawatan serta bekerjasama dalam kumpulan. Selepas aktiviti PLBD, guru perlu memberikan maklumat tambahan jika diperlukan murid, membimbing murid membuat rumusan, menilai pembelajaran murid dan keberkesanan aktiviti PLBD, menyusun maklumat yang terkumpul, menjawab soalan-soalan tugasan dan membuat rumusan.
http://cikgu2pj3.blogspot.com/2012/01/kaedah-pembelajaran-luar-bilik-darjah.html
PENGENALAN
Program Pembelajaran Luar Bilik Darjah (PLBD) telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sejak tahun 2000 supaya pembelajaran menjadi lebih bermakna dan lebih berbentuk kontekstual. Ini adalah selaras dengan saranan UNESCO supaya mengamalkan Four Pillars of Education: Learning to Know, Learning to Do, Learning to Live Together dan Learning to Be. Untuk memastikan PLBD dilaksanakan dengan lebih berkesan, Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) telah mengeluarkan Garis Panduan PLBD (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2005) bagi membantu guru menjalankan PLBD. Pengertian, objektif dan tiga model PLBD yang melibatkan kerja lapangan dan lawatan dijelaskan dalam dokumen ini. Berdasarkan garis panduan
dalam dokumen tersebut, Buku Panduan PLBD Ekonomi Asas ini adalah bertujuan untuk membantu guru Ekonomi Asas melaksanakannya dalam matapelajaran Ekonomi Asas di sekolah.
PENGERTIAN PLBD
Garis Panduan PLBD (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2005) memberi pengertian PLBD seperti berikut: Pembelajaran luar bilik darjah (PLBD) adalah suatu program atau aktiviti luar bilik darjah yang terancang dan berstruktur. Aktiviti ini berpusatkan murid dan bertujuan untuk menyokong dan mengukuhkan pelaksanaan kurikulum sekolah. Ia juga merangkumi persekitaran pembelajaran yang progresif.
OBJEKTIF PLBD
PLBD boleh digunakan untuk tujuan menyediakan murid untuk belajar sesuatu tajuk atau konsep yang akan dipelajari, mengukuhkan apa yang telah dipelajari, atau pun sebagai satu proses mempelajari sesuatu tajuk atau konsep. Objektif-objektif PLBD merangkumi tiga domain pembelajaran, iaitu domain pengetahuan, domain sikap dan domain kemahiran. Antaranya ialah:
Mengukuhkan kefahaman murid terhadap konsep yang dipelajari dalam kelas; Memberikan pengalaman pembelajaran dalam situasi yang sebenar, bermakna dan menyenorokkan; Membolehkan murid berfikir dan menguasai ilmu pengetahuan melalui pengalaman kontekstual; Meningkatkan minat dan sikap murid untuk belajar; Mengembangkan kemahiran sosial dan kerja berpasukan; Mengembangkan kemahiran mengumpul, memproses dan menganalisis data dan maklumat.
MODEL PLBD
Model PLBD 1: Luar bilik darjah dalam kawasan sekolah. Model PLBD 2: Berhampiran kawasan sekolah. Model PLBD 3: Jauh dari kawasan sekolah (dengan kebenaran PPD) (Lawatan terancang & berintergrasi ilmu)
PERANCANGAN PLBD
PERANCANGAN PLBD
Guru Murid
Sebelum PLBD
Menetapkan tujuan & objektif PLBD (hasil pembelajaran tajuk / konsep dalam sukatan, sikap dan kemahiran) Ulangkaji pengetahuan dan kemahiran sedia ada yang diperlukan untuk aktiviti PLBD Memenuhi segala syarat dan kehendak rasmi seperti kebenaran bertulis daripada pihak sekolah, PPD dan ibu bapa Memaklumkan kepada murid dan ibu bapa tentang tujuan dan program LPBD Mendapatkan nombor telefon ibu bapa murid supaya senang dihubungi
Membuat tempahan tempat dan pengangkutan Memastikan bas mempunysi insuran penumpang, permit perjalanan dan dua orang pemandu. Memastikan insuran berkumpulan telah diambil untuk murid Memastikan seorang guru pengiring ditugaskan untuk sekumpulan sepuluh orang murid Membahagikan murid kepada lima orang dalam satu kumpulan dan melantik ketua bagi setiap kumpulan untuk menjaga kebajikan setiap ahli kumpulan di sepanjang lawatan Melawat tempat PLBD dan merancang aktiviti Memberi taklimat kepada murid tentang keselamatan, peraturan dan tanggung jawab masing-masing Membahagikan tugas & tanggung jawab kepada murid Menyediakan bahan-bahan yang diperlukan (termasuk alat-alat seperti kamera, perakam audio dll) Mengetahui dan menyedari tujuan dan objektif lawatan Menguasai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk aktiviti lawatan Melatih teknik-teknik mengumpul maklumat Mengetahui dan memahami tanggung jawab diri dan kumpulan Memahami peraturan dan aturcara lawatan Menyediakan bahan yang diperlukan untuk aktiviti lawatan Memahami keperluan-keperluan keselamatan
Semasa PLBD
Menyelia dan mengawal murid supaya keselamatan murid sentiasa terjaga Memberi bantuan bila diperlukan Mengalakkan murid menanya soalan untuk mendapat maklumat Membuat pemerhatian secara langsung Mengumpul dan merekod maklumat Mematuhi peraturan-peraturan lawatan Berkerjasama dalam kumpulan
Selepas PLBD
Memberi maklumat tambahan jika diperlukan oleh murid Membimbing murid membuat rumusan Menilai pembelajaran murid dan keberkesanan aktiviti PLBD (termasuk pengurusan & pengelolaan aktiviti). Menyusun maklumat yang dikumpul Menjawab soalan-soalan tugasan dan membuat rumusan Menyemak dapatan dan rumusan dengan murid atau kumpulan lain Menyediakan laporan Menghantar / membentang hasil / laporan Membincang isu-isu yang mengelirukan (jika ada)
http://easeritanjong.blogspot.com/2008/04/pembelajaran-luar-bilik-darjah.html
Model PLBD 1. LUAR BILIK DARJAH DALAM KAWASAN SEKOLAH 2. BERHASMPIRAN KAWASAN SEKOLAH 3. JAUH DARI KAWASAN SEKOLAH-DENGAN KEBENARAN PPD DAN PENGETUA SEKOLAH/ GURU BESAR. PERSEDIAAN GURU/PELAJAR 1. Sebelum 2. Semasa 3. Selepas Melawat sungai berhampiran sekolah sebelum -pralawatan utk guru -perbincangan-kegunaan dan kepentingan sungai(bidang alam sekitar) -sumbangsaran-punca-punca, masalah pencemaran air sungai semasa -memerhati kesan kegiatan ekonomi di kawasan itu -mengambil sampel air sungai -mengambil foto dll selepas -menjalankan uji kaji sampel air sungai--ada kaitan dengan sains/geografi -mencadangkan langkah-langkah mengatasi pencemaran-jika ada -menulis laporan-pentadbir sekolah/ ppd/jpn dan pegawai daerah -membuat buku skrap dengan mengumpul bahan dari keratan akhbar
Model sosial direka cipta untuk mengambil peluang demi membina komuniti pembelajaran. Model pengajaran sosial bertujuan untuk membantu pelajar
menajamkan pemikiran melalui interaksi dengan orang lain serta cara bekerjasama dengan individu lain secara produktif dan bagaimana dapat berfungsi sebagai seorang ahli dalam pasukan atau kumpulan. Model ini membantu untuk memperkembangkan perspektif individu dan kumpulan dalam memperjelas dan mengembangkan idea-idea. Secara tidak langsung, pemikiran seseorang akan lebih terbuka kepada idea-idea orang lain. Mod dalam model lebih menekankan kepada penyiasatan atau penerokaan secara kumpulan seperti dalam pembelajaran koperatif dan main peranan. Sebagaimana istilah sosial, model ini membantu pelajar mengenal pasti pelbagai perspektif sesuatu masalah dan memahami penaakulan di sebalik pelbagai pemikiran, berbanding dengan diri sendiri. Berbekalkan pandangan ini, seseorang dapat membentuk perdebatan untuk membuat justifikasi terhadap hujahnya. Mod interaktif ini mendorong pelajar mengumpulkan maklumat dan berbincang dengan menggunakan kemahiran sosial. Mengikut Joyce et al. (2001) model sosial ini melatih pelajar menggunakan kemahiran mendengar dan memahami konteks, berkebolehan menyusun maklumat serta merta dan merangka soalan untuk memperoleh data serta dapat menggabung semua maklumat untuk menyelesaikan masalah. Pembelajaran Koperatif Koperatif bermaksud kerjasama. Pembelajaran koperatif diertikan sebagai sekumpulan murid belajar secara kerjasama, dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah. Melalui pembelajaran secara koperatif, murid-murid saling berinteraksi dan bantu-membantu dalam aktiviti pembelajaran dengan tujuan mencapai kemajuan dan prestasi yang cemerlang. Model pengajaran koperatif bukan sahaja membantu pelajar dalam menguasai kandungan pembelajaran, tetapi membantu mereka memperoleh kemahiran dalam aspek sosial dan perhubungan manusia. Menurut Arends (2001), fokus utama pembelajaran koperatif berkisar kepada tiga perkara iaitu: - Pencapaian akademik - Penerimaan kepelbagaian - Kemahiran sosial
Model pembelajaran koperatif dicirikan dengan: - Tugasan koperatif - Matlamat - Struktur ganjaran Dalam konteks ini, pelajar-pelajar dalam situasi pembelajaran dikehendaki bekerjasama untuk menyelesaikan untuk menyelesaikan satu tugasan bersama demi mencapai matlamat yang sama. Mereka juga saling bergantung antara satu sama lain untuk mencapai ganjaran bersama. Menurut pelopor Slavin (2005), pembelajaran koperatif merupakan pembelajaran aktif yang berupaya untuk mengubah suatu situasi pembelajaran yang pasif kepada suatu yang dinamis serta berpusatkan pelajar. Sebagai kesimpulannya, dapat dilihat bahawa pembelajaran koperatif sebenarnya berhasrat untuk mengubah norma dalam kalangan pelajar muda agar mereka dapat menerima hakikat untuk mencapai kecemerlangan dalam tugasan dan pembelajaran. Selain itu, model pengajaran sosial ini sangat memanfaatkan kumpulan pelajar berpencapaian rendah dan tinggi apabila mereka menyelesaikan tugasan pembelajaran bersama. Sebagai contoh, pelajar berpencapaian rendah akan menerima bantuan daripada rakan sekumpulan yang merupakan tutor kepada mereka. Manakala, pelajar berpencapaian tinggi akan memperoleh kebaikan sebagai tutor dalam proses tersebut serta akan menggalakkan mereka untuk berfikir secara mendalam terhadap perkara-perkara dalam topik tertentu. Konsep Utama Pembelajaran Koperatif Pembelajaran koperatif merujuk kepada satu set strategi pengajaran yang merangkumi interaksi pelajar secara koperatif terhadap kandungan mata pelajaran. Amalan pembelajaran koperatif adalah berbeza-beza dan pembentukan kumpulan mungkin bercorak kompleks mahupun mudah dalam suasana kelas yang terdiri daripada aktiviti pembelajaran koperatif dilaksanakan dalam persekitaran pembelajaran yang demokratik dan peranan aktif oleh pelajar dalam menentukan cara pencapaian pembelajaran mereka.
Selain itu, di sini dapata kita lihat bahawa melalui pembelajaran koperatif ini guru memainkan peranan dalam menstruktur kumpulan dan prosedur tau langkah-langkah, manakala pelajar mengawal keadaan dan corak interaksi dalam kumpulan. Maksud pelajar mengawal corak interaksi dalam kumpulan ialah di mana pilihan pelajar itu sendiri untuk mahu terlibat secara aktif mahupun pasif dalam sesuatu interaksi dalam kumpulan. Terdapat enam konsep pembelajaran koperatif iaitu: - Pasukan - Keinginan untuk bekerjasama - Pengurusan koperatif - Kemahiran bekerjasama - Prinsip asas pembelajaran koperatif - Struktur pembelajaran koperatif Kelebihan Pembelajaran Koperatif - Membawa manfaat kepada pelajar yang lemah yang mendapat bantuan daripada pelajar yang cerdas. - Menunjukkan peningkatan signifikan konsep kendiri pelajar. - Pelajar lebih berminat dengan keadaan bilik darjah yang lebih sesuai. - Menghasilkan pembentukan kemahiran sosial dan perhubungan sosial secara positif dalam kalangan pelajar. - Menunjukkan peningkatan kebolehan pelajar dalam memainkan peranan dalam aktiviti kognitif dan afektif. - Memupuk pencapaian tinggi, bukan pembelajaran bercorak persaingan dan individualistik tanpa mengira umur, bidang pelajaran dan tugasan. - Kajian meninjukkan bahawa pembelajaran loperatif ini membawa kepada penambahbaikan dalam perhubungan etnik dalam kalangan pelajar. - Pelajar mempunyai kawalan diri dalaman dan mempunyai motivasi intrinsik. Simulasi : Main Peranan dan Lakonan Definisi dan Konsep Simulasi
Definisi bagi simulasi ialah suatu situasi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah yang terkawal dan sengaja diwujudkan sama ada dengan situasi yang sebenar dengan tujuan menjalankan latihan penyelesaian masalah tertentu. Teknik simulasi digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah untuk membolehkan murid-murid berlatih sendiri aktiviti lakonan dalam keadaan teratur dan terkawal dengan tujuan mengemukakan cara penyelesaian untuk sesuatu masalah yang dicipta. Masalah ini boleh melibatkan sesuatu kajian yang rumit, masalah disiplin atau masalah-masalah berlaku di alam sekitar. Sebagai kesimpulannya, dengan menggunakan teknik simulasi ini dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, murid akan menjalankan aktiviti pembelajaran dengan cara melakon sesuatu peristiwa situasi mahupun peristiwa dalam sesuatu keadaan yang telah diaturkan. Murid dapat mengemukan cara penyelesaian sesuatu masalah yang telah ditimbulkan melalui aktiviti lakonan ini. Simulasi Penggunaan efektif model simulasi dalam bilik darjah bergantung kepada bagaimana guru menyelitkan simulasi yang disediakan dalam kurikulum dan mengaplikasikan serta mengukuhkan pembelajaran. Perlu diingatkan bahawa, kebolehan guru dalam melaksanakan aktiviti secara simulasi adalah sangat penting. Menurut buku Murid dan Alam Belajar yang ditulis oleh Noriati A.Rashid et. al., dalam pengajaran yang menggunakan model simulasi, terdapat empat fasa yang penting iaitu: - Orientasi - Latihan peserta - Proses simulasi - Perbincangan Melalui fasa yang pertama, guru akan mengemukakan topik yang ingin di ajar, menerangkan konsep simulasi. Manakala untuk fasa yang kedua pula ialah, murid-muridmula bersimulasi dan guru memperkenalkan peraturan, permainan,
prosedur, cara mendapar skor, jenis keputusan yang perlu dibuat serta matlamat simulasi. Seterusnya ialah melibatkan pelajar dalam simulasi. Pelajar melibatkan diri dalam permainan atau simulasi. Pada ketika tertentu, guru boleh menilai prestasi serta menilai maklum balas pelajar. Fasa terakhir pula merangkumi perbincangan pelajar selepas simulasi tentang hasil pembelajaran, proses simulasi serta banding beza antara simulasi dengan dunia sebenar. Contoh-contoh simulasi yang boleg guru laksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah: 1.Pemusatan kepada penerbitan Pelajar berbincang tentang sesuatu rancangan untuk menghasilkan sesuatu penerbitan. Perbincangan dan keputusan yang dibuat akan menghasilkan suatu projek atau penerbitan. Contoh situasinya ialah: - Menerbitkan majalah dan program radio atau televisyen - Menerbitkan rancangan video televisyen. 2.Pemusatan kepada masalah Pelajar berbincang tentang masalah dan membuat keputusan serta menyelesaikan masalah. Contoh situasi: -Menentukan lokasi yang sesuai untuk pembinaan lapangan terbang antarabangsa -Orang awam enggan membantu orang buta menyeberangi jalan raya Tujuan Simulasi Proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan teknik simulasi mempunyai beberapa tujuan iaitu: 1. Untuk menguasai kemahiran Sebagai contoh, simulasi melatih murid bertutur secara spontan melalui aktiviti lakonan. Selain itu, ia juga dapat melatih murid kemahiran menyusun ayat dan menggunakan sebutan yang tepat. 2. Untuk membina sikap positif
Sebagai contoh, masalah yang ditimbulkan dalam situasi yang terkawal biasanya melibatkan unsur-unsur pertentangan sosial. Melalui simulasi yang dilakonkan, konflik sosial itu dapat diselesaikan. 3. Untuk membawa situasi sebenar ke dalam bilik darjah Contoh yang boleh diberikan ialah semasa melaksanakan teknik simulasi ini, situasi-situasi yang berlaku di luar bilik darjah boleh digambarkan dalam bilik darjah. Misalnya, untuk memperjelaskan konsep demokrasi, guru boleh menjalankan simulasi di mana murid-murid berlakon sebagai pengundi dalam situasi pilihan raya yang direka. Jenis-jenis simulasi yang biasa digunakan dalam aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah terbahagi kepada dua: - Sosiodrama - Main peranan Sosiodrama Definisi : bagi sosiodrama ialah suatu aktiviti lakonan yang menarik. Biasanya, aktiviti lakonan dalam sosiodrama adalah berdasarkan sesuatu cerita yang menggambarkan sesuatu situasi atau isu berkonflik, mempunyai perwatakan yang menentang nilai sosial. Contoh yang boleh diberikan adalah seperti: - Cerita Hang tuah dan Hang Jebat Disebabkan sosiodrama adalah aktiviti lakonan yang berdasarkan cerita yang lengkap, skrip lakonan biasanya disediakan terlebih dahulu untuk murid-murid yang dipilih berlakon supaya murid-murid dapat membuat persediaan. Selain itu, sosiodrama melibatkan situasi yang berkonflik, maka ia akan mengajar dan menggalakkan murid untuk berfikir secara langsung mahupun tidak langsung tentang cara penyelesaian masalah berkonflik itu secara kritis dan rasional. Kelebihan sosiodrama ini ialah membolehkan murid-murid menunjukkan sikap dan perasaan melalui lakonan, menyusun idea dan melatih mereka bertindak balas secara spontan apabila berhadapan dengan situasi berkonflik yang sama. Aktiviti lakonan melalui sosiodrama akan bermula selepas membaca skrip drama yang telah disediakan terlebih dahulu di dalam bilik darjah. Guru pula akan
memilih murid-murid untuk berlakon dan murid-murid yang telah dipilih ini akan memainkan peranan masing-masing mengikut situasi yang digambarkan. Selepas aktiviti lakonan, guru akan meminta murid untuk mengadakan aktiviti perbincangan bagi menganalisis dan menilai watak-watak lakonan serta membuat rumusan tentang apa yang telah dilakonkan. Main Peranan Definisi : Menurut Mok Soon Sang dalam bukunya yang bertajuk Psikologi Pendidikan dan Pedagogi Murid dan Alam Belajar, main peranan merujuk kepada satu teknik mengajar dalam bilik darjah. Main peranan merupakan lakonan spontan yang melibatkan sekumpulan murid tanpa menggunakan sebarang skrip. Aktiviti lakonan ini adalah berdasarkan kepada sesuatu atau masalah yang timbul. Selain itu, dalam aktiviti main peranan ini, murid biasanya akan membayangkan sesuatu situasi yang timbul, kemudian melakonkannya mengikut situasi yang dibayangkan secara spontan. Menurut buku Siri Pendidikan Guru Murid Dan Alam Belajar, (Noriati A. Rashidet. al), main peranan adalah bertujuan untuk memberikan peluang kepada murid untuk melibatkan diri dalam lakonan serta perbincangan selain daripada melatih mereka untuk melakonkan pelbagai watak dan mengalami sendiri sesuatu situasi. Murid-murid akan belajar memahami tingkah laku orang lain dalam aktiviti main peranan ini. Di samping itu, pelajar boleh menguasai kemahiran-kemahiran seperti kemahiran bahasa daripada laras bahasa serta sebutan. Guru akan menerangkan secara ringkas mengenai objektif lakonan dan watak-watak yang terlibat salam situasi itu kepada murid-murid dalam bilik darjah terlebih dahulu. Murid-murid yang terlibat dalam lakonan dikehendaki memikirkan serta mengemukakan idea tentang cara penyelesaian masalah yang timbul itu. Disebabkan aktiviti main peranan ini adalah bertujuan untuk menyelesaikan satu masalah sahaja, kebiasaannya lakonan main peranan ini akan mengambil masa selama 8 hingga 10 minit sahaja. Selepas aktiviti main peranan dijalankan, penilaian serta rumusan terhadap prestasi para pelakon perlu dibuat oleh guru. Aktiviti main peranan ini sebenarnya dapat membantu murid yang pasif melibatkan diri dalam aktiviti main peranan serta seterusnya membina keyakinan diri mereka serta dapat memupuk sifat-sifat sosial. Selain itu, para murid juga
boleh berinteraksi sesama mereka dan berkomunikasi secara berkesan dengan watak-watak lain. Tambahan itu, murid-murid juga diberikan peluang untuk mempelbagaikan perasaan mengikut situasi watak yang dimainkan, serta berbincang dan memikirkan masalah sendiri. Secara tidak langsung, aktiviti main peranan ini dapat melatih murid untuk mengawal perasaan dan emosi dalam pelbagai situasi. Secara kesimpulannya, dapat dilihat bahawa melalui aktiviti main peranan ini proses pengajaran dan pembelajaran sebenarnya menjadi lebih menarik serta berkesan. Terdapat lima jenis main peranan iaitu: 1. Memerihal Satu cara berkomunikasi dimana peserta memerihal sesuatu situasi atau masalah. Contohnya, pelajar meminta kebenaran daripada guru besar untuk menganjurkan satu lawatan sambil belajar. 2. Demonstrasi Menunjukkan cara melakukan sesuatu tingkah laku atau perlakuan agar pelajar lain boleh mencontohi seperti cara bertutur yang betul dalam pelbagai situasi. 3. Latihan Melatih pelajar tentang penguasaan kemahiran tertentu seperti kemahiran berkomunikasi dengan meletakkan diri sebagai seorang pengerusi majlis atau menelefon pihak bomba kerana ada kebakaran di kawan tempat tinggal. 4. Cerminan Pelajar ditunjukkan bagaimana tingkah laku mereka dilihat oleh orang lain. Contohnya, bagaimana seorang pelajar memujuk seorang rakan untuk melakukan sesuatu untuknya. Pelajar belajar sendiri bagaimana untuk menghadapi sesuatu situasi. 5. Kepekaan Cara untuk memberikan kesedaran kepada pelajar tentang perasaan mereka terhadap satu-satu situasi atau terhadap orang lain. Hal ini akan membantu pelajar untuk memahami perasaan orang lain dalam pelbagai situasi. Contohnya,
pelajar memainkan peranan dalam sitiuasi di mana dia dirompak oleh seorang pencuri di jalan raya. Secara kesimpulannya, main peranan ini boleh digunakan untuk semua murid pelbagai tahap dan semua aras pencapaian akademik. Di samping itu, aktiviti ini boleh digunakan bagi membolehkan murid-murid meneroka sebarang stuasi dan topik. Prinsip-prinsin Pelaksanaan Simulasi - Guru hendaklah merancang situasi yang bermasalah dan mewujudkannya secara bertulis atau lisan di dalam kelas. - Sebelum menjalankan aktiviti lakonan, penerangan ringkas tentang masalah, peranan watak-watak dan tempoh masa sesi simulasi hendaklah diberikan. - Murid-murid yang mahir dalam pertuturan boleh dipilih sebagai pelakon. Tindakan ini dilakukan adalah supaya menjamin aktiviti lakonan dapat dijalankan dengan lancar. - Untuk aktiviti sosiodrama, skrip lakonan hendaklah disediakan dan diedarkan terlebih dahulu kepada murid-murid yang telah dipilih untuk berlakon. - Untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, guru boleh menyediakan bahan bantu belajar seperti topeng,kad main peranan serta alatanlatan lain. - Sesama sesi simulasi, guru perlu memastikan bahawa murid lain yang menjadi penonton benar-benar menumpukan perhatian terhadap aktiviti lakonan itu. - Manakala, selepas sesi simulasi, guru hendaklah meminta murid memberi pandangan tentang cara penyelesaian masalah seperti yang ditunjukkan dalam lakonan. - Akhir sekali, guru perlu membuat rumusan memalui perbincangan di antara murid pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran.