Soalan+fonetik+ +fonologi+hbml1203+smp
Soalan+fonetik+ +fonologi+hbml1203+smp
Soalan+fonetik+ +fonologi+hbml1203+smp
1. Jelaskan maksud bunyi-bunyi vokal utama. Huraian anda dikukuhkan dengan gambarajah vokal utama tersebut VOKAL Vokal ialah bunyi oral, tetapi ada yang dinasalkan Vokal ialah bunyi bersuara Untuk menghasilkan vokal, udara keluar melalui rongga oral dengan tanpa sekatan Sifat vokal ini ditentukan oleh kedudukan lidah dan keadaan bibir. Vokal dalam bahasa Melayu terbahagi kepada tiga, iaitu vokal hadapan, vokal tengah dan vokal belakang. Vokal Hadapan Sewaktu kita menyebut bunyi akhir dalam kata geli, depan lidah dinaikkan tinggi dalam mulut. Antara depan lidah dan lelangit keras itu terdapat saluran sempit untuk udara keluar. Huruf akhir pada perkataan geli, dilambangkan [i]. Lambang ini [ ] ialah lambing fonetik. Manakala bunyi [e] pada perkataan elok, saluran udaranya lebih luas kerana depan lidah dinaikkan tidak setinggi kedudukannya sewaktu membunyikan vokal [i]. Vokal Hadapan Sewaktu kita menyebut bunyi akhir dalam kata geli, depan lidah dinaikkan tinggi dalam mulut. Antara depan lidah dan lelangit keras itu terdapat saluran sempit untuk udara keluar. Huruf akhir pada perkataan geli, dilambangkan [i]. Lambang ini [ ] ialah lambang fonetik. Manakala bunyi [e] pada perkataan elok, saluran udaranya lebih luas kerana depan lidah dinaikkan tidak setinggi kedudukannya sewaktu membunyikan vokal [i]. Vokal Belakang Sekarang, kita akan mengenali vokal belakang pula. Sebut bunyi akhir dalam kata batu. Vokal ini ialah vokal [u]. Untuk menghasilka bunyi ini pula, bibir dibundarkan dan belakang lidah dinaikkan deka dengan lelangit lembut. Cuba anda letakkan tangan di bawah rahang dan sebut [u], kemudian sebut [o]. Ada perbezaan? Ya, ada kerana vokal [o] juga vokal belakang, tetapi kedudukan belakang lidah lebih rendah ketika kita menghasilkan bunyi [u]. Vokal Tengah [ ] Sebenarnya ada satu vokal tengah, iaitu [ ]. Vokal ini dihasilkan dengan meletakkan tengah lidah dekat dengan lelangit. Bibir dihamparkan. Sungguhpun begitu ada dua vokal kata pinjaman dan dalam bahasa baku sebagai kelainan bagi [e] iaitu [ Vokal Dinasalkan Vokal yang kita pelajari ialah vokal hadapan, vokal tengah dan vokal belakang. Betul, kerana bunyi vokal ini keluar melalui rongga oral. Pada masa vokal-vokal itu dikeluarkan, lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga nasal. vokal-vokal yang dinasalkan, iaitu vokal yang dikeluarkan melalui rongga oral dan nasal. Pada masa ini lelangit lembut diturunkan. Vokal ini dikenali sebagai vokal yang dinasalkan (yang telah melalu proses nasalisasi) yang ditandakan dengan [~] atas lambang vokal Contohnya [nani], semasa kata ini dituturkan, udara tidak seratus peratus keluar melalui rongga mulut tetapi apabila [n] disebutkan ada aliran udara yang melalui rongga hidung lalu terjadilah sengauan. Tanda [~] diwujudkan pada vokal yang seterusnya, iaitu [na]. Huraikan alat/organ artikulasi berserta dengan gambar rajah bagi mengukuhkan hujah anda. Organ Artikulasi Organ artikulasi ialah organ menghasilkan bunyi bahasa dan cara menghasilkan bunyi tersebut. Banyak alat yang terlibat dalam penghasilan bunyi bahasa. Alat yang terlibat ialah alat yang menerbitkan bunyi setelah udara dari paru-paru dipam ke dalam organ organ yang terlibat. Perbuatan ini asalnya adalah untuk keperluan pernafasan, iaitu untuk menyedut oksigen bagi membersihkan darah. Di samping itu, aliran udara juga digunakan untuk mengeluarkan bunyi bahasa. Di dalam pengujaran ini tercakup semua organ di dalam sistem pernafasan. Organ-organ in penting di dalam sistem aliran udara yang menyebabkan penghasilan bunyi. Organ dalam sistem penghasilan bunyi dikenali alat artikulasi Bibir terletak di bahagian luar rongga mulut yang bolehberfungsi menyekat perjalanan udara. Bibir terdiri dairpada otot-otot yang kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan. Apabila kita membunyikan bunyi [i] misalnya, keadaannya menjadi hampar, sebaliknya apabila kita membunyikan [u] bibir menjadi bundar. Bibi juga berfungsi di dalam membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut. Untuk membunyikan bunyi [m], [p] dan [b] misalnya, udara disekat di bibir.
hingga ke hidung. Rongga tekak dan rongga hidung boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau pun diiturunkan. Pita Suara Pita suara terletak di dalam ruang tenggorok dan ia amat penting untuk penghasilan bunyi. Seseorang yang mengalami kerosakan pita suara akan mengalami gangguan suara dan orang yang tidak mempunyai pita suara akan menjadi bisu. Pita suara terdiri dariapd dua keping selaput yang boleh terbuka dan tertutup. Di manakah halangan pertama yang berlaku pada udara yang keluar dari paruparu? Ia mungkin berlaku pada pita suara. Pita suara ialah dua membran elastik yang terletak dalam peti suara. Membran menyerupai pita yang melekat pada dinding peti suara dan terentang dari depan ke belakang. Apabila pita suara kendur dan renggang, udara lalutanpa halangan. Ruang yang renggang itu dipanggil glotis. Apakah peranan pita suara ketika menghasilkan bunyi-bunyi bahasa? Apabila pita suara kendur dan renggang, glotis terbuka Keadaan ini terjadi pada waktu bernafas dan menghasilkan sesetengah bunyi seperti /s/ dan /p/, iaitu bunyi tidak bersuara. Apabila pita suara tegang dan rapat, glotis tertutup Udara tidak dapat keluar, tetapi boleh menghasilkan bunyi letupan glotis /?/. Selain itu, pita suara itu mungkin dirapatkan tetapi tidak berapa tegang sehingga udara boleh melaluinya dan pada waktu itu pita suara bergetar. Bunyi yang terhasil ini dikenali sebagai bunyi bersuara. Jadi, pita suara berfungsi dan menentukan bunyi bersuara atau bunyi tidak bersuara. Rahang Rahang tidak memainkan peranan penting semasa pengeluaran bunyi-bunyi bahasa. Walau bagaimanapun, kedudukannya adalah penting dalam pembunyian bunyi-bunyi vokal. Keadaan terbuka antara kedua rahang (atas dan bawah) adalah sempit sewaktu membunyikan vokal-vokal [i] dan [u] dan terbuka luas sewaktu membunyikan vokal [a] dan [c]. Jelaskan maksud pita suara dan fungsinya. Pita Suara Pita suara terletak di dalam ruang tenggorok dan ia amat penting untuk penghasilan bunyi. Seseorang yang mengalami kerosakan pita suara akan mengalami gangguan suara dan orang yang tidak mempunyai pita suara akan menjadi bisu. Pita suara terdiri dariapd dua keping selaput yang boleh terbuka dan tertutup. Di manakah halangan pertama yang berlaku pada udara yang keluar dari paruparu? Ia mungkin berlaku pada pita suara. Pita suara ialah dua membran elastik yang terletak dalam peti suara. Membran menyerupai pita yang melekat pada dinding peti suara dan terentang dari depan ke belakang. Apabila pita suara kendur dan renggang, udara lalutanpa halangan. Ruang yang renggang itu dipanggil glotis. Apakah peranan pita suara ketika menghasilkan bunyi-bunyi bahasa? Apabila pita suara kendur dan renggang, glotis terbuka Keadaan ini terjadi pada waktu bernafas dan menghasilkan sesetengah bunyi seperti /s/ dan /p/, iaitu bunyi tidak bersuara. Apabila pita suara tegang dan rapat, glotis tertutup Udara tidak dapat keluar, tetapi boleh menghasilkan bunyi letupan glotis /?/. Selain itu, pita suara itu mungkin dirapatkan tetapi tidak berapa tegang sehingga udara boleh melaluinya dan pada waktu itu pita suara bergetar. Bunyi yang terhasil ini dikenali sebagai bunyi bersuara. Jadi, pita suara
berfungsi dan menentukan bunyi bersuara atau bunyi tidak bersuara. Jelaskan empat fungsi bunyi konsonan. KONSONAN Konsonan ialah bunyi-bunyi bahasa yang apabila dikeluarkan bunyi-bunyi ini menerima sekatan, sempitan, dan geseran sama ada di bahagian rongga mulut, tekak atau hidung. Bunyi-bunyi konsonan ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara. 2.2.1 Konsonan Letupan Ada sembilan konsonan yang dikeluarkan dengan udara ditahan dan dilepaskan dengan cepat. Konsonan yang dihasilkan dengan cara ini dipanggil letupan. Konsonan [p] dan [b]: Jika lelangit lembut dinaikkan dan bibir dirapatkan, kemudian udara tersekat pada dua bibir dan udara dipaksa keluar. Jika dengan cepat dibuka mulut, Nkeluarlah bunyi [p]. Penghasilan konsonan ini dinamakan letupan dua bibir tak bersuara kerana pita suara tidak bergetar. Jika pita suara bergetar, bunyi itu ialah letupan dua bibir bersuara [b]. Konsonan [t] dan [d]: Udara bukan sahaja boleh tersekat dengan merapatkan dua bibir, tetapi juga dengan mengenakan hujung lidah pada gusi, lelangit lembut dinaikkan dan udara tertahan. Jika proses sekatan ini dilepaskan, terdapat bunyi [t] letupan gusi tak bersuara. Jika pita suara digetarkan, terbitlah bunyi letupan gusi bersuara [d]. Konsonan [k] dan [g]: Bunyi letupan lelangit lembut tak bersuara [k] dan letupan lelangit lembut bersuara [g]. Untuk menghasilkan bunyi [k], belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk menyekat arus udara. Di samping itu, lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan ke rongga tekak bagi menyekat arus udara ke rongga hidung. Untuk menghasilkan bunyi [g] caranya sama seperti bunyi konsonan [k] tetapi pita suara dirapatkan, arus udara yang keluar melalui rongga mulut menggetarkan pita suara. Konsonan [c] dan [j]: Bunyi [c] dihasilkan apabila hadapan lidah dinaikkan rapat ke lelangit keras untuk membuat sekatan pada arus udara. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan terhadap arus udara ke rongga hidung. Pada masa ini pita suara direnggangkan, arus udara yang melalui rongga mulut tidak menggetarkan pita suara tetapi udara yang tersekat di hadapan lidah dan lelangit keras dilepaskan perlahan-lahan. Untuk menghasilkan konsonan [j] proses yang sama dilakukan tetapi pita suara bergetar. Hentian [?]: Hentian glotis terhasil dengan cara lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan udara ke rongga hidung. Pita suara dirapatkan dan arus udara yang keluar dari paru-paru tersekat di bahagian rapatan pita suara udara menyebabkan pita suara tidak bergetar dan hentian glotis akan dihasilkan. 2.2.2 Konsonan Geseran [s] - Mula-mula hadapan lidah dinaikkan ke gusi untuk membuat sempitan pada arus udara. Pada masa ini lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara ke rongga hidung. Pita suara direnggangkan. Arus udara melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara, lalu terhasillah bunyi [s], bunyi geseran gusi tak bersuara. [h] - Apabila udara keluar melalui pita suara yang renggang dan rongga mulut berkeadaan seperti sewaktu mengeluarkan bunyi vokal, bunyi [h] yang dinamakan bunyi geseran glotis tak bersuara akan dihasilkan. 2.2.3 Konsonan Getaran [r] - apabila hujung lidah diletakkan dekat gusi sehingga udara melalui antara lidah dan
gusi, lidah bergetar. Lelangit lembut pada waktu itu dinaikkan. Buny yang terhasil dinamakan bunyi getaran gusi bersuara [r]. 2.2.4 Konsonan Sisian [l] - hujung lidah dinaikkan ke gusi dan menyekat udara. Lelangit lembut dinaikkan dan pita suara bergetar. Udara keluar melalui bahagian tepi lidah. Buny yang dihasilkan dinamakan bunyi sisian gusi bersuara [l]. 2.2.5 Konsonan Sengauan (nasal) Ada empat bunyi nasal di dalam bahasa Melayu. Apakah yang membezakan bunyi-bunyi nasal tersebut? Perbezaannya berlaku pada daerah udara disekat yang berlaku pada rongga mulut. Pita suara digetarkan dan lelangit lembut dinaikkan. [m] - dua bibir dirapatkan. Bunyi yang dihasilkan dinamakan sengauan dua bibir bersuara [m]. [n] - hujung lidah dinaikkan ke gusi. Bunyi yang dihasilkan dinamakan sengauan gusi bersuara [n]. [n] - tengah lidah dinaikkan ke lelangit keras. Bunyi yang dihasilkan dinamakan bunyi sengauan lelangit keras bersuara [n]. [n] - belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut. Bunyi yang dihasilkan dinamakan bunyi sengauan lelangit lembut bersuara [n]. 2.2.6 Separuh Vokal Untuk menghasilkan bunyi separuh vokal, kedudukan lidah tidak tetap, tetapi bergerak dan membuat luncuran. Ada dua jenis bunyi separuh vokal. Separuh vokal yang dimaksudkan itu adalah seperti yang berikut. Bagi fonem konsonan [w] - lidah mula-mula seperti untuk membunyikan [u], kemudian bergerak pada vokal yang lain. Bunyi ini dinamakan separuh vokal dua bibir bersuara. [j] Kedudukan lidah pada mulanya seperti untuk membunyikan [i], kemudian bergerak kepada kedudukan vokal yang lain. Bunyi ini dinamakan separuh vokal lelangit kerasBbersuara. 2.2.7 Konsonan Pinjaman Selain konsonan-konsonan yang kita nyatakan di atas, ada konsonan yang dimasukkan ke dalam bahasa Melayu melalui katakata asing yang dipinjam. Banyak konsonan dalam kata pinjaman telah digantikan dengan konsonan Melayu seperti bunyi-bunyi dari bahasa Arab dalam bunyi [th] menjadi [s]; [gh] menjadi [g]; [dh] menjadi [d] dan [dz] menjadi [z]. Walau bagaimanapun, ada yang bunyi asalnya terus digunakan dalam banyak kata dan digunakan sehingga kini. Bunyi-bunyi itu ialah bunyi-bunyi geseran. Contohnya ialah [f] dan [v] - bunyi-bunyi ini dihasilkan dengan merapatkan bibir bawah atas sehingga apabila udara melalui terdapat geseran. Lelangit lembut dinaikkan. Pita suara tidak bergetar untuk membunyikan [f] iaitu bunyi geseran bibir gusi tidak bersuara. Manakala untuk membunyikan [v] pita suara bergetar yang menghasilkan bunyi geseran bibir gusi bersuara. Fonem [z] - bunyi ini dihasilkan seperti menghasilkan [s]. Proses membunyikan [z] berbeza apabila pita suara bergetar. Oleh itu, konsonan yang dihasilkan ini dinamakan geseran gusi bersuara. [s] - pada waktu pengeluarkan bunyi ini lelangit lembut dinaikkan dan depan lidah dinaikkan ke lelangit keras. Pita suara tak bergetar. Geseran yang dihasilkan dinamakan geseran gusi lelangit keras. Huraikan maksud suprasegmental Bahasa Melayu. SUPRASEGMENTAL BAHASA MELAYU Ada empat lagi unsur bahasa yang perlu kita perhatikan, iaitu tekanan, nada, jeda dan panjang-pendek. Unsur-unsur ini dinamakan suprasegmental. Tekanan
Linguistik sejarah Linguistik terapan. (a) Linguistik Umum Linguistik umum ialah ilmu yang membicarakan bidang linguistik secara am termasuklah ilmu bahasa yang dikatakan sebagai lambang yang terdiri daripada deretan bunyi yang diucapkan oleh alat-alat pertuturan atau alat artikulasi manusia yang terdiri daripad lidah, anak tekak, lelangit, bibir, gusi dan lain-lain. Jadi, linguistik umum ialah disiplin yang memperkatakan kajian bahasa secara ilmiah dan saintifik. (b) Linguistik Deskriptif Linguistik deskriptif pula ialah ilmu linguistik yang memerihalkan sesuatu bahasa dari segala segi pada suatu jangka masa yang tertentu, berdasarkan bahan-bahan yang terdapat pada waktu itu. Bahan utama dalam kajian itu ialah lisan atau pertuturan yang diperoleh daripada penutur jati. Bahasa tulisan juga termasuk sebagai bahan kajian. Oleh yang demikian, linguistik deskriptif adalah pemeri struktur sesuatu bahasa sebagaimana kewujudannya. Bidang yang termasuk dalam kajian linguistic deskriptif ialah fonologi (kajian tentang bunyi), morfologi (kajian tentang kata dan pembentukannya) dan sintaksis (kajian tentang ayat). Bidang-bidang inilah yang dikaji secara saintifik. Selain itu, linguistic deskriptif juga dikenali sebagai kajian bahasa secara sinkronik, iaitu kajian mengenai bahasa yang tertentu, pada sesuatu tempat yang tertentu, dituturkan oleh suatu golongan yang tertentu dan pada masa atau zaman yang tertentu juga. (c) Linguistik Perbandingan Linguistik perbandingan atau linguisitik komparatif membuat perbandingan antara beberapa bahasa yang difikirkan mempunyai hubungan dari sudut sejarah. Oleh sebab itu, linguisitik komparatif juga boleh menumpukan kajian kepada aspek sebutan, perkataan dan ayat di antara beberapa bahasa yang dikaji itu. Contohnya, mengkaji bahasa bahasa di Nusantara atau di Kepulauan Melayu. (d) Linguistik Sejarah Linguistik sejarah atau historis ialah disiplin linguistik yang bersangkutan dengan perkembangan sesuatu bahasa, iaitu dari zaman awal kemunculannya hinggalah ke suatu tahap yang tertentu. Dengan kata lain, pakar linguis historis membuat kajian secara historis, misalnya peringkat untuk memperoleh data, maka kajian akan dilakukan secara sinkronik. Selepas seseorang pakar berpuas hati dengan dapatan kajian secara sinkronik maka kajian secara diakronik akan dijalankan, iaitu membuat perbandingan antara beberapa zaman untuk melihat perbezaan, menentukan perubahan dan perkembangan yang berlaku dalam bahasa tersebut. Perbandingan boleh dibuat dari pelbagai segi, seperti fonologi, morfologi, sintaksis, makna, ejaan, sistem tulisan, dan sebagainya. (e) Linguistik Terapan Linguistik terapan atau linguistik aplikasi pula ialah bidang linguistik yang menerangan bagimana ilmu ini dapat digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa pertama dan bahasa kedua. Oleh demikian, disiplin fonologi, fonemik, morfologi, dan sintaksis (linguistik deskriptif) sangat penting dalam penerapan ilmu bahasa. Jelaskan maksud transkripsi fonetik dan transkripsi fonemik. Huraikan perbezaannya. TRANSKRIPSI FONETIK DAN FONEMIK Transkripsi Fonetik
Transkripsi fonetik merupakan satu cara merakamkan bunyibunyi bahasa dengan menggunakan lambang-lambang fonetik yang telah diiktiraf di peringkat antarabangsa. Transkripsi fonetik juga sering digunakan oleh pengkaji dialek, pengkaji bahasa secara komparatif dan historis khususnya sewaktu mereka meneliti perkembangan, perubahan dan perbezaan antara bunyi-bunyi bahasa. Transkripsi Fonemik Transkripsi fonemik mderupakan satu cara transkripsi lebih menumpukan transkripsi dalam bentuk tulisan. Lambang fonetik ditulis dalam kurungan / / atau [ ]. Matlamat akhir fonemik ialah untuk membentuk sistem ejaan berdasarkan fonem-fonem yang ada dalam sesuatu bahasa itu misalnya, dalam bahasa Melayu; Fonem [ ] dieja sebagai ng Fonem [x] dieja sebagai kh Fonem [ ] dieja sebagai ny Sebagai rumusannya, transkripsi fonetik ialah transkripsi yang berasaskan lisan atau pertuturan. Bunyi-bunyi yang berlainan mestilah ditunjukkan oleh lambang-lambang yang berlainan. Apabila sesuatu lambang terdapat dalam beberapa bahasa, maka satu lambang yang sama digunakan untuk melambangkan bunyi itu. Misalnya bunyi [ ] terdapat dalam bahasa Melayu, Jawa dan Inggeris, maka lambang itu akan digunakan oleh ketiga-tiga bahasa tadi apabila mentranskripsikan bunyi tersebut di dalam perkataan. Berikan maksud bahasa baku dan jelaskan matlamat pembakuan bahasa. SEBUTAN BAKU BAHASA MELAYU Pengenalan Sebutan Baku Bahasa Melayu Bahasa Melayu Baku ialah bahasa Melayu yang sempurna, lengkap daripada semua aspek; daripada segi kodanya, statusnya, penggunaan bahasanya, betul ejaannya, betul tatabahasanya, betul istilahnya, betul penggunaan katanya, betul laras bahasanya dan betul sebutannya. Definisi Bahasa Baku Menurut Garvin dan Mathiot (1998), bahasa baku membawa maksud pembakuan di dalam semua aspek bahasa; berusaha dan melakukan proses pengekodan, kutipan informasi pelbagai aspek tentang bahasa yang diterima daripada masyarakat dan yang telah menjadi norma kebahasaan bagi seluruh masyarakat itu. Dengan perkataan lain, pengkodan adalah satu persetujuan tidak rasmi yang diambil tentang satu variasi daripada beberapa variasi yang wujud dan variasi itu menjadi kelainan yang mewakili bahasa. Misalnya, variasi yang dipilih sebagai variasi bahasa baku ini ada kaitannya dengan faktorfaktor sosiosejarah, umpamanya, kerana variasi ini dituturkan oleh orang atasan,kumpulan elit atau variasi yang digunakan di daerah bandar besar atau ibu kola Negara itu, yakni variasi yang dituturkan oleh go long an yang terpelajar maka variasi (bahasa itu) diterima pakai oleh penutur-penutur yang lain. Bahasa Melayu Baku ialah variasi yang banyak digunakan oleh majoriti penduduk -yakni komuniti penutur bahasa dan variasi yang digunakan apabila orang ramai daripada berbagai-bagai dialek di negara ini berkumpul dan berbincang dan menggunakan satu dialek. Tujuan utama adalah supaya bahasa yang digunakan itu difahami oleh orang ramai dan setiap pihak berusaha menggugurkan ciri-ciri kedaerahan di
5/ 12
dalam bahasa masing masing dan menggunakan sedikit sebanyak variasi yang bersifat bahasa Melayu umum. Oleh kerana penutur dialek bahasa Melayu Johor Riau berada ditahap majoriti, timbul persetujuan bahawa dialek inilah yang paling sesuai dinaikkan tara sebagai bahasa baku. tujuan pembakuan bahasa Melayu :Untuk mewujudkan satu variasi sebutan baku di dalam bahasa Melayu yang dapat digunakan di dalam situasi formal atau situasi rasmi. Untuk meningkatkan kecekapan berbahasa Melayu di kalangan pengguna bahasa. Untuk memantapkan sistem dan struktur dalaman bahasa Melayu, supaya sistemsebutannya menjadi mantap dan baku sejajar dengan pemantapan dan pembakuan tatabahasa, kosa kata (perbendaharan kata umum dan istilah), sistem ejaan, dan laras bahasa. Secara khusus, untuk menyeragamkan cara berbahasa dan bertutur dan mengurangkan penggunaan pelbagai variasi dan gaya sebutan serta menghindarkan penggunaan dialek setempat di dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah. Beri definisi kesilapan bahasa dan jelaskan dua faktor yang mempengaruhi kesilapan sebutan. Kesilapan sebutan di dalam bahasa Melayu bermaksud kesilapan yang dilakukan oleh penuturnya semasa melahirkan bunyi bahasa daripada yang sekecil unit bahasa sehinggalah sebesar-besar unit bahasa yang dinamakan wacana. Wacana ini samada retorik, lisan mahupun tulisan. Kesilapan sebutan telah disepakati oleh ahli bahasa, iaitu penyimpangan yang berlaku daripada hukum, rumus, norma dan cara sebutan bahasa Melayu baku, yakni sebutan yang betul, semasa mereka menyebut fonem, suku kata, kata, frasa, klausa, ayat dan semasa berwacana. Penyimpangan ini tidak sepatutnya berlaku dan apabila berlaku amat ketara dan penutur asli dapat menentu sebab kesilapan, di mana kesilapan dan bagaimana ia boleh berlaku. Dengan lebih tepat lagi penutur asli boleh berkata dengan yakin, iaitu kelainan daripada nilai sebutan fonemik yang sepatutnya (di dalam sebutan bahasa Melayu baku). Selain itu, kesilapan intonasi, jeda dan tekanan juga boleh menyumbangkan kesilapan sebutan bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana kesilapan didalam intonasi akan menyebabkan perubahan makna; sama fonem, suku kata, kata, frasa, klausa, dan wacana. FAKTOR - FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KESILAPAN SEBUTAN Antara faktorpenyebab yang mendasari masalah ini ialah ilmu fonologi dan fonetik itu sendiri. Olehsebab itu, guru bahasa Melayu hendaklah menitikberatkan pengajaran dan pembelajaran sebutan bahasa Melayu agar kesilapan dapat dikurangi. Faktor Fizikal Penutur Faktor fizikal atau fisiologi seseorang penutur adalah berkaitan rapat dengan organ pertuturan dan keadaan alam sekeliling. Hal in bermaksud organ pendengaran penutur itu terlebih dahulu mestilah berfungsi dengan baik agar si penutur dapat menyerapkannya. Bagi seseorang yang mempunyai organ pendengaran yang rosak atau di sebut pekak, tentu sekali ia tidak dapat menangkap bunyi yang didengarinya dan tidak mungkin pula dapat merespon dengan betul. Sebagai contoh, jika ibu dan bapa seseorang bayi bisu, ada kemungkinan anak mereka juga akan bisu. Hal ini terjadi kerana anak mereka tidak memperoleh rangsangan persekitaran. Oleh itu, anak yang malang tadi tidak
dapat meniru sebutan orang lain. Apabila anak-anak berpeluang meniru, maka faktor yang berikutnya pula ialah organ pertuturan anak tersebut mestilah sempurna dan baik. Organ pertuturan atau pengucapan yang dimaksudkan ialah bibir atas dan bawah, gigi, gusi, hujung lidah, tengah lidah, dan pangkal lidah, lelangit keras dan lembut, tekak, rongga hidung, laring, pita suara dan glotis. Andainya bibir atas si penutur itu cacat (sumbing) (di dalam bahasa Inggeris disebut sebagai hairlip) maka suara akan masuk ke rongga mulut dan rongga hidung dan ini akan menyebabkan berlaku nasalisasi atau sengauan. Jika organ pertuturan yang lain semuanya sempurna maka penutur akan dapat berucap dengan baik dan sempurna. Jadi lidah, bibir dan gigi terutamanya mestilah berada di dalam keadaan elok dan sempurna, tidak apa apa kecacatan pada organ tersebut. Faktor Sosial Penutur Faktor sosial penutur juga berperanan sama hebatnya dengan faktor fizikal. Hal ini ada kaitannya dengan corak hidup, cara hidup, sosioekonomi dan faktor persekitaran. Sebagai contoh dan perbandingan, di dalam sebuah cerita di India, seorang anak dipelihara oleh serigala. Pelakuan dan tabiat anak itu juga seperti serigala. Jadi, persekitaran dan proses sosiolisasi amat perlu sekali untuk melicinkan proses pertuturan yang baik. Lagi banyak kita bersosiolisasi, lagi mendalam ilmu yang didapati dan lagi luas pendengaran kita mengenai bunyi, kata dan ayat. Disamping sosiologi ilmu psikologi juga berkait rapat dengan pertuturan. Orang sering berkata, seseorang itu menjadi pendiam kerana ia tidak banyak didedahkan dengan alam komunikasi dan perhubungan orang lain. Ia juga dapat dikaitkan dengan sifat, sikap, kepercayaan dan nilai hidup seseorang. Huraikan empat pendekatan pengajaran ejaan yang berkesan. PENDEKATAN PENGAJARAN EJAAN YANG BERKESAN Antara kaedah pengajaran mengeja ialah; 5.3.1 Kaedah Abjad/Huruf 5.3.2 Kaedah Fonik/ Bunyi 5.3.3 Kaedah Suku Kata 5.3.4 Kaedah Pandang Sebut Kaedah Abjad/Huruf Kaedah ini telah lama diamalkan oleh guru-guru bahasa. Kaedah ini juga dikenali dengan nama kaedah huruf atau abjad. Mengikut kaedah ini muridmurid diperkenalkan dengan semua huruf-huruf dalam sistem ejaan iaitu dari huruf /a/ hingga /z/ (huruf kecil dan huruf besar). Murid-murid dikehendaki mengenal bentuk-bentuk huruf dan namanya. Kemudiannya mereka akan diperkenalkan dengan huruf vokal (a,e,i,o,u) dan huruf konsonan. Huruf-huruf konsonan digabungkan dengan huruf vokal untuk membentuk suku kata. Daripada suku kata itu, dibentuk pula perkataan. Suku kata (gabungan huruf konsonan dengan huruf vokal) Perkataan-perkataan yang boleh dicipta
6/ 12
Contohnya: (a) Murid ditunjukkan gambar ayam. Murid-murid diminta menyebut perkataan ayam. (b) Kemudian mereka ditunjukkan kad perkataan ayam dan digandingkan dengan gambar ayam. Mereka diminta menyebut ayam. Kedua-dua objek (gambar ayam dengan kad perkataan ayam) membawa bunyi yang sama, iaitu ayam. (c) Lepas itu mereka ditunjukkan kad perkataan ayam sahaja tanpa gambar ayam, dan minta mereka menyebut ayam. (d) Setelah murid dapat menyebut perkataan ayam, barulah diperkenalkan huruf-huruf atau abjad yang membentuk perkataan ayam. (e) Cara ini diteruskan dengan perkataan lain. Mengikut kaedah ini, pada permulaannya murid-murid cuba mengenali lambang-lambang (abjad) secara keseluruhan, iaitu lambang-lambang yang membentuk sesuatu perkataan. Untuk boleh membaca suatu ayat yang pendek mereka perlu mengenali banyak lambang. Kekuatan kaedah ini ialah muridmurid tidak dikehendaki menghafaz nama-nama huruf yang abstrak. Mereka didedahkan dengan bahan yang konkrit atau bermakna. Mereka memahami apa-apa yang dibaca oleh mereka. Walau bagaimanapun kaedah ini ada kekurangannya, iaitu kemahiran mengenal huruf yang membentuk perkataan tidak muncul dengan cepat. Murid-murid agak lambat mengenali huruf-huruf. Murid-murid membaca bukan berdasarkan lambang-lambang yang membentuk huruf tetapi berdasarkan gambar. Jelaskan tiga fungsi intonasi di dalam bahasa Melayu. INTONASI DI DALAM BAHASA MELAYU Intonasi ialah nada suara yang turun naik atau tinggi rendah sewaktu Bercakap berdasarkan jenis dan bentuk ayat atau kalimat di dalam bahasa Melayu, sama ada ayat penyata biasa, ayat tanya, ayat perintah, ayat terbalik atau songsang, atau ayat pasif dan seumpamanya. Intonasi bahasa Melayu dapat dikenali dan digayakan dengan empat tingkat nada yang biasa ditandai dengan angka 1, 2, 3, dan 4. Angka 1 menandai nada yang paling rendah, dan angka 4 menandai nada yang paling tinggi. Nada 2 memulakan ujaran, dan nada 3 merupakan nada tekanan Intonasi bahasa Melayu mempunyai hubungan yang rapat dengan sintaksis, iaitu dapat membezakan jenis dan bentuk ayat. Intonasi wujud di dalam bahasa Melayu bagi menandai dan memisahkan frasa yang pelbagai jenis bentuknya. Terdapat beberapa fungsi intonasi. Antaranya: Fungsi Emosional Fungsi ini digunakan untuk menyatakan pelbagai makna, sikap -seperti kegembiraan, kebosanan, kemarahan, kekejutan, kekecualian, ketakutan, dan ratusan sikap yang lain. Fungsi Gramatis Fungsi ini digunakan untuk menandakan kontras dari segi tatabahasa terhadap sesuatu ujaran, sarna ada sesuatu klausa atau ayat itu berupa pertanyaan atau pernyataan, positif atau negatif, dan seumpamanya. Fungsi Struktur Informasi: Fungsi ini digunakan untuk memberikan sesuatu yang baru berbanding dengan yang telah dimaklumkan di dalam makna sesebuah ujaran, iaitu dengan menekankan kala yang membawa makna tersebut. Fungsi Tekstual:
7/ 12
Fungsi ini digunakan untuk membentuk nada dan gaya suara yang turun naik bagi wacana yang lebih luas seperti pembacaan leks berita yang membezakan satu berita dengan berita yang lain. Fungsi Psikologis Fungsi ini digunakan untuk membantu kita menggubah bahasa menjadi unit-unit ujaran yang mudah dilihat dan diingat, seperti belajar urutan nombor yang panjang atau ungkapan di dalam ucapan. Fungsi lndexical Fungsi ini digunakan untuk menandai identiti seseorang, iaitu membantu mengenali seseorang sam a ada tergolong di dalam kumpulan sosial atau pekerjaan yang berbeza, seperti khatib, penjual ubat, atau general tentera Huraikan tiga (3) penggunaan tanda titik, tanda koma dan singkatan.
1.2.1 Sebelum 1950 Tanda titik digunakan untuk memisahkan angka jam, minit dan saat yang menunjukkan waktu. Misalnya: Pukul 1.35.20 (Pukul 1 35 minit 20 saat) Tanda titik digunakan untuk memisahkan angka jam, minit dan saat yang menunjukkan jangka waktu. Misalnya: 1.35.20 jam (1 jam 35 minit 20 saat) Tanda titik tidak digunakan untuk memisahkan angka ribuan, jutaan, dan seterusnya yang tidak menunjukkan jumlah. Misalnya: Dia lahir pada tahun 1950 di Kuala Lumpur. Lihat halaman 2345 dan seterusnya. Nombor akaunnya 045678. Tanda titik tidak digunakan dalam singkatan yang terdiri daripada huruf-huruf awal kata atau suku kata, atau gabungan kedua-duanya yang terdapat di dalam nama badan-badan kerajaan, lembaga-lembaga nasional atau internasional, atau yang terdapat di dalam akronim yang sudah diterima oleh masyarakat: Misalnya: OUM (Open University Malaysia) JKR (Jabatan Kerja Raya) KDN (Kementerian Dalam Negeri) Pernas (Perbadanan Nasional) TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia) UMNO (United Malaya National Organization) Tanda titik tidak digunakan dalam singkatan lambang kimia, unit ukuran, takaran, timbangan dan mata wang. Misalnya: Cu (Kuprum) TNT (Trinitrotoluene) 10 cm (10 sentimeter) kg (kilogram) l (liter) Tanda titik tidak digunakan pada akhir judul yang merupakan tajuk karangan atau ilustrasi, jadual dan sebagainya. Misalnya: Acara Kunjungan Tun Abdul Razak Getah dan Bijih timah (Bab 1, Malaysia) Ranjau Sepanjang Jalan Tanda titik digunakan di belakang alamat yang akhir dan tahun di dalam pendahuluan surat-menyurat. Misalnya: Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 803, Kuala Lumpur. Yth. Sdr. M. Yazid Ismail, No. 29, Jalan Aman, Petaling Jaya. Jabatan Peguam Negara, Kuala Lumpur, Malaysia. Tanda Koma (,) Tanda koma digunakan di antara unsur-unsur di dalam suatu pemerincian atau pembilangan. Misalnya: Saya membeli kertas, pen, dan dakwat. Satu, dua, ... tiga. Tanda koma digunakan untuk memisahkan ayat setara yang satu daripada ayat setara berikutnya yang didahului oleh kata seperti tetapi atau melainkan. Misalnya: Saya ingin datang, tetapi hari hujan.
kursus, rancangan Dewan Bahasa di radio, menyebarkan panduan bahasa, khidmat nasihat, mengadakan kepen Mencintai Bahasa Melayu dan mengawasi penggunaan bahasa di sektor awam dan swasta. Apa yang jelas, pelaksanaan perancangan bahasa yang dijalankan oleh DBP melalui bahagian bahagian di dalamnya bersifat revolusi tetapi teratur dan sistematik. Di dalam usaha memajukan lagi bahasa Melayu, DBP juga telah mengadakan kerjasama dengan beberapa pihak lain. Kerjasama terbesar DBP ialah dengan Majlis Bahasa Indonesia Malaysia (MBIM). Kerjasama ini diperluaskan lagi dengan memasukkan NegaraBrunei Darussalam. Hasil kerjasama ini terbentuklah istilah istilah baru yang sesuai digunakan di ketiga tiga Negara yang terlibat. Walaubagaimanapun, peranan utama DBP ialah melaksanakan usaha bagi memenuhi matlamat Bahagian Peristilahan DBP. Oleh itu, antara peranan yang dilaksanakannya ialah; Mengumpul istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu. Membentuk istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu. Memperbanyak istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu. Menerbitkan istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu. Mewujudkan Pangkalan Data Peristilahan yang bersistem, sesuai dengan matlamat penyebaran dan pemasyarakatan istilah. Menyelaraskan istilah dan penggunaan istilah bahasa Melayu dan mengadakan kerjasama dengan Indonesia dan Brunei Darussalam melalui MABBIM, dannegara-negara lain. Peranan MABBIM MABBIM ialah sebuah badan kebahasaan serantau yang dianggotai oleh tiga negara, iaitu Negara Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia. Asalnya badan ini dinamai Majlis Bahasa Indonesia - Malaysia (MBIM), yang ditubuhkan pada 29 Disember 1972, setelah satu Pernyataan Bersama ditandatangani oleh Allahyarham Tun Hussein Onn, Menteri Pendidikan Malaysia, dan Bapak Mashuri Saleh S.H. Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia, pada 23 Mei 1972 di Jakarta. MBIM menjadi MABBIM apabila negara Brunei Darussalam menganggotai Majlis ini pada 4 November 1985. Manakala, Singapura masih menjadi negara pemerhati Majlis sehingga kini.Wadah kerjasama kebahasaan MABBIM ini, pada hakikatnya mempunyai misi untuk membina dan mengembangkan bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu/Indonesia di ketiga-tiga buah negara anggota MABBIM menjadi bahasa peradaban tinggi, bahasa ilmu, bahasa sains, bahasa teknologi moden, bahasa perusahaan, dan bahasa ekonom Huraikan dua prinsip pembentukan istilah berserta dengan contohnya sekali. PRINSIP PEMBENTUKAN ISTILAH Kerja penggubalan istilah dan pembentukan istilah berdasarkan kepada beberapa prinsip tertentu. Istilah boleh dibentuk dengan menggunakan; i. kata tunggal iaitu kata yang tanpa imbuhan. ii. kata terbitan. iii. kata ganda. iv. kata gabungan.
10/ 12
sesuai kesesuaian
f. Paradigma Kata dengan Sisiapan -en-, -er-, -el-, -em-, -in-
Contoh: gigi gerigi susu tenusu tapak telapak kuncup kemuncup sambung sinambung Istilah Kata Ganda Istilah yang terdiri daripada kata ganda boleh merupakan gandaan kata dasar sepenuhnya atau sebahagiannya dengan atau tanpa imbuhan atau perubahan bunyi. a. Ganda Penuh Contoh: langit-langit kanak-kanak labi-labi paru-paru buku-buku guru-guru b. Ganda Suku Kata Awal Contoh: tetikus rerongga cecair Rerambut gegua jejari c. Ganda Suku Kata Awal dengan Imbuhan Contoh: dedaunan pepohonan jejarian d. Kata Ganda Berentak Contoh: Warna-warni Batu-batan Serta-merta Bengkang-bengkok Bolak-balik Hingar-bingar Dolak dalih Mudar mandir Pupu poyang rempah ratus Istilah Bentuk Gabungan Istilah boleh dibentuk dengan menggabungkan dua kata atau lebih. Semua unsur dalam gabungan ini terdiri daripada bentuk bebas, sama ada sudah mendapat imbuhan atau tanpa imbuhan. i. Tanpa Imbuhan: Contoh: garis lintang atas aras laut daftar masuk mesin atur huruf mesin kira tangan segi empat tepat ganda tiga kamera laut dalam ii. Dengan Imbuhan Pada Salah Satu Unsurnya Contoh: saksi pendakwa pelarasan gaji dalam talian atas talian mengambil alih menerima pakai penerima janji gelombang melintang iii. Dengan Imbuhan pada Kedua-dua Unsur Contoh : Jagaan perlindungan kedudukan anggaran Perjanjian meluluskan perbelanjaan terealisasi Jelaskan tiga aktiviti penilaian berikut; i. penilaian mengesan penguasaan ii. penilaian mengesan kemajuan iii. penilaian mengesan pencapaian penilaian mengesan penguasaan