Susah betul nak pilih laptop yang bersesuaian. Dengan lambakan jenama dan
spesifikasi dipasaran, membuatkan kita lebih buntu nak pilih laptop
Berikut adalah perkara yang perlu anda ambil kira sebelum membeli laptop.
PEMPROSESAN
i3 & i5: Cemerlang dari segi prestasi. Lancar untuk kegunaan harian dan jangka masa lama.
i7: Sesuai untuk pereka grafik, video editor & pelbagai tugasan multimedia berat dalam satu masa.
AMD Ryzen / Intel Xeon: Cukup berkuasa untuk permainan video, streaming, video/photo editor, kejuruteraan profesional.
* Elak beli Intel Atom dan Pentium/Celeron kerana prestasinya amat perlahan, mudah rosak, dan tidak tahan lama. Tapi kalau bajet rendah, dan hanya guna Microsoft Office dan Photoshop, okay je.
* Kalau nak laptop murah bawah RM1000 untuk student, saya cadangkan beli Chromebook
Artikel berkaitan:
+
Laptop Terbaik Untuk Student 2021 + Chromebook
+ Mi Tv Stick Review - Android Box Terbaik di Pasaran
+ Handphone Murah Bawah RM500 (Edisi 2021)
+ 8 Laptop Murah Bawah RM1000 untuk Student
SAIZ RAM
Saiz RAM penting dalam 4GB lebih selamat untuk kegunaan harian. 8 GB - 16 GB hanya diperlukan sekiranya anda bermain permainan (games) dan terlibat dengan kerja-kerja suntingan foto dan video. RAM boleh di upgrade pada bila-bila masa.
HDD atau SSD
Hard Disk Drive (HDD) dan Solid State Drive (SSD) mempunyai fungsi sama iaitu media peyimpanan data. Seiring dengan teknologi semasa, SSD berkali-kali lebih laju berbanding HDD. Tidak panas, dan senyap. Cuma SSD lebih mahal.
Kalau laptop anda slow, upgrade kepada SSD adalah jalan terbaik. Komputer jadi lebih laju ketika cut-copy-paste, scan antivirus, install software, buka tab, dan lain-lain. Malah booting cuma 10 saat sahaja. Saya dah upgrade, memang berbaloi!
Harga SSD tidak semahal dulu, RM200 (256GB), ikut bajet dan keperluan. Nak lebih jimat, anda beli sendiri SSD di Shopee, dan install di kedai dengan upah RM15 sahaja.
SanDisk SSD 240GB: RM159
Link pembelian: https://invol.co/cl4bbnb
PORTS & CONNECTIVITY
Ramai yang terlepas pandang bab ini. Port yang wajib ada adalah HDMI, USB, dan LAN. Ketiga-tiga ini penting untuk student buat assignment dan presentation. Kebanyakan laptop baharu sekarang cuma hadir dengan port USB 3.0 Type-C. Port ini sebenarnya praktikal dan berbagai fungsi. Tapi masih tidak digunakan secara menyeluruh di Malaysia.
Jadi, check betul-betul. Kalau takde ports yang anda perlukan, tanya salesman
akan solusinya. Sama ada guna dongle atau lain-lain.
SAIZ BATERI
Bagi pelajar, saiz bateri amat penting supaya anda boleh guna dalam kelas, perpustakaan, atau saat genting. Saiz bateri 44Wh hingga 55Wh sudah memadai. Ia cukup untuk digunakan sekitar 7 hingga 8 jam untuk pengecasan penuh.
Laptop untuk student 2021
So, laptop mana yang harus korang pilih? Saya cadangkan sebuah laptop yang specs padu dan harga tidak terlalu mahal.
Asus M409D
Laptop untuk pelajar bawah RM2000 yang boleh anda dapatkan di pasaran. Sesuai untuk student, dan memiliki spesifikasi serba lengkap untuk buat assignment dan presentation. Lengkap dengan 4GB RAM + 256GB SSD menjadikan laptop ini lancar dan berkali-kali ganda laju berbanding HDD.
Design sleek, nampak premium walaupun diperbuat daripada plastik. Apa yang boleh saya katakan, ia adalah laptop yang sesuai untuk pelajar universiti.
Processor: AMD Athlon™ Silver 3050U
Processor RAM: 4GB DDR4
Storage: PCIEG3x2 NVME 256GB M.2 SSD
Display: 14.0′ HD 1366×768 16:9//Anti-Glare
Graphic: AMD Radeon™ R2 Graphics
Harga: RM1,670
Link pembelian: https://invol.co/cl4bcha
Huawei MateBook D 14
Laptop Huawei ini boleh dikatakan laptop terbaik untuk kerja 2021. Berspesifikasi tinggi, mantap dari segenap sudut termasuklah design. Harga ya mungkin agak tinggi berbanding yang lain, namun kualitinya memang solid dan untuk kegunaan berat. Contohnya pereka grafik, edit video, tugasan multimedia berat, dll.
Untuk mereka yang ada bajet besar, bolehlah beli laptop Huawei untuk kegunaan jangka masa panjang.
Processor: AMD Ryzen 7-3700U
RAM: 8GB RAM
Storage: 512GB SSD
Display: 14.0' HD (1920 x 1080)
Graphic: Radeon™ RX Vega 10
Security: FINGERPRINTpower button
Bateri: Lithium Polymer, 4 cells
Harga: RM3,099
Link pembelian:
https://invol.co/cl4dpva
Semoga tips beli laptop untuk student ini dapat menjadi rujukan pelajar dalam
mencari laptop untuk pembelajaran. Bagi golongan B40, semak bantuan laptop
untuk pelajar di sini -
https://store.acer.com/en-my/promotion/students
.
perkongsian yang berguna
BalasPadamBagus ni. boleh buat pilihan ikut keperluan. Harga terbaik, tahan lama pun okay
BalasPadam