Academia.edu no longer supports Internet Explorer.
To browse Academia.edu and the wider internet faster and more securely, please take a few seconds to upgrade your browser.
2021
…
8 pages
1 file
Kertas kerja ringkas ini akan cuba untuk menyorot dan menganalisa pendekatan pluralisme (keterbukaan di dalam perbezaan) yang terdapat di dalam institusi pendidikan Islam. Hal ini dibuat bersesuaian dengan usaha untuk menerapkan pendekatan pluralisme ini di dalam proses reformasi pendidikan Islam, yang diharapkan bakal melahirkan lulusan pengajian Islam yang kompeten dengan kehendak pasaran kerja dan keperluan masyarakat semasa. Untuk mencapai tujuan ini, kajian akan lebih ditumpukan kepada beberapa perkara yang utama; (i) analisis kritikal terhadap realiti pendekatan pluralism yang kedapatan di dalam pengajian Islam, (ii) rasionaliti kepentingan pendekatan pluralisme ini diterapkan di dalam pengajian Islam dan (iii) mekanisme utama yang difikirkan boleh digunakan untuk menerapkan pendekatan pluralisme ini.
Era moden menyaksikan agama tampil menjadi fokus utama masyarakat dunia apabila agama dikaitkan dengan kegiatan radikal, ganas dan militan di satu pihak, manakala di pihak yang lain pula dengan kejumudan, ketaksuban dan kemunduran umat. Aliran Islam liberal muncul sebagai antitesis kepada fenomena terorisme dan fundamentalisme tersebut dengan cara mempromosikan Islam secara rasional dan up-to-date, bagi mengubah citra Islam supaya sesuai dengan arus perubahan zaman yang akhirnya memungkinkan pembentukan masyarakat liberal Islam moden ala Barat. Walaupun dari satu sudut, gagasan Islam liberal didakwa berpotensi untuk memberi imej Islam yang rasional kepada dunia, tetapi ia juga didakwa tersasar dari landasan Islam sebenar yang juga sangat serius terhadap isu-isu fundamental.
artikel ini menyajikan ulang terma pluralisme dan elitisme dalam kancah politik....
Tantangan yang kita hadapi dewasa ini sebenarnya bukan dalam bidang ekonomi, politik, sosial dan budaya, akan tetapi tantangan pemikiranlah yang sedang kita hadapi saat ini. Sebab persoalan yang ditimbulkan oleh bidang-bidang ekonomi, politik, sosial, dan budaya ternyata bersumber dari pemikiran. Di antara tantangan pemikiran yang paling serius saat ini adalah dibidang pemikiran keagamaan.