Academia.eduAcademia.edu

JURNAL KAJIAN

Kajian ini dijalankan apabila pengkaji mendapati murid dalam kelas yang diajar mempunyai masalah melakukan pukulan kilas badminton. Justeru itu, satu kajian dijalankan bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran pukulan kilas di bawah pecahan tajuk permainan badminton dalam kalangan murid Tahun 5 Azam SK Taman Desa Jaya melalui Pembelajaran Masteri, Silang Bagus dan penggunaan multimedia. Kumpulan sasaran kajian adalah seramai 10 orang murid lelaki. Beberapa factor dikenalpasti seperti kaedah pengajaran guru dan bahan bantu mengajar serta minat murid telah dijadikan fokus dalam kajian ini. Instrumen yang digunakan adalah senarai semak, serta ujian pra dan ujian pos. Tinjauan awal mendapati murid-murid tidak dapat melakukan pergerakan kemahiran pukulan kilas mengikut perlakuan pukulan kilas dengan teknik yang betul Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Hal ini disokong pula oleh hasil ujian pra yang menunjukkan tiada muridmurid yang mencapai aras masteri iaitu 80%. Selepas Pembelajaran Masteri, Silang Bagus melalui tayangan video berkaitan kemahiran pukulan kilas diperkenalkan, ujian pos telah dijalankan. Keputusan ujian pos menunjukkan peningkatan penguasaan ke semua murid yang ketara iaitu sebanyak 100% sekaligus mencapai aras pencapaian masteri. Dapatan ini juga dapat meningkatkan minat murid-murid terhadap pengajaran dan pembelajaran kemahiran permainan badminton. Pada sesi pembelajaran akan dating pengkaji akan cuba melaksanakan kajian ini kepada murid perempuan pula untuk mengetahui keberkesanannya, Kata Kunci : Pembelajaran masteri dan silang bagus.

Pembelajaran Masteri Dan Teknik Silang Bagus Dapat Meningkatkan Pukulan Kilas Dalam Permainan Badminton. Mohd Arfah Bin Hashim Jabatan Pendidikan Jasmani Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim 80350, Johor Bahru. Email : [email protected] ABSTRAK Kajian ini dijalankan apabila pengkaji mendapati murid dalam kelas yang diajar mempunyai masalah melakukan pukulan kilas badminton. Justeru itu, satu kajian dijalankan bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran pukulan kilas di bawah pecahan tajuk permainan badminton dalam kalangan murid Tahun 5 Azam SK Taman Desa Jaya melalui Pembelajaran Masteri, Silang Bagus dan penggunaan multimedia. Kumpulan sasaran kajian adalah seramai 10 orang murid lelaki. Beberapa factor dikenalpasti seperti kaedah pengajaran guru dan bahan bantu mengajar serta minat murid telah dijadikan fokus dalam kajian ini. Instrumen yang digunakan adalah senarai semak, serta ujian pra dan ujian pos. Tinjauan awal mendapati murid-murid tidak dapat melakukan pergerakan kemahiran pukulan kilas mengikut perlakuan pukulan kilas dengan teknik yang betul Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Hal ini disokong pula oleh hasil ujian pra yang menunjukkan tiada murid-murid yang mencapai aras masteri iaitu 80%. Selepas Pembelajaran Masteri, Silang Bagus melalui tayangan video berkaitan kemahiran pukulan kilas diperkenalkan, ujian pos telah dijalankan. Keputusan ujian pos menunjukkan peningkatan penguasaan ke semua murid yang ketara iaitu sebanyak 100% sekaligus mencapai aras pencapaian masteri. Dapatan ini juga dapat meningkatkan minat murid-murid terhadap pengajaran dan pembelajaran kemahiran permainan badminton. Pada sesi pembelajaran akan dating pengkaji akan cuba melaksanakan kajian ini kepada murid perempuan pula untuk mengetahui keberkesanannya, Kata Kunci : Pembelajaran masteri dan silang bagus. Pengenalan Sistem pendidikan masa kini sedang mengalami perubahan yang amat pesat sekali. Pelbagai kaedah baru telah diperkenal serta digunakan supaya pengajaran guru menjadi lebih berkesan dan pembelajaran murid menjadi lebih bermakna. Terdapat kekangan yang wujud dalam diri murid-murid untuk memahami kemahiran yang diajar sehingga menunjukkan tingkah laku yang pasif semasa pembelajaran. Masalah kehilangan tumpuan untuk mengikuti pengajaran yang diajar akibat faktor-faktor luaran yang berkaitan didapati menjejaskan pembelajaran tersebut. Keadaan ini turut berlanjutan apabila berlaku kekurangan bahan bantu mengajar yang mampu menarik minat murid. Sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran dalam permainan badminton, saya dapati bahawa murid-murid sering kali menghadapi masalah dalam pembelajaran kemahiran pukulan kilas di bawah pecahan tajuk permainan badminton Masalah penguasaan pembelajaran tentang topik ini adalah disebabkan oleh murid tidak dapat menguasai perlakuan menyilang kaki dan pegangan raket. Keadaan ini menyebabkan jarak pukulan murid tidak dapat melepasi kawasan tiga per empat gelanggang pihak lawan. Masalah ini juga dikesan pada. Secara keseluruhannya, murid-murid dilihat amat sukar melakukan kemahiran ini dengan teknik yang betul mengikut koordinasi tangan dan kaki. Penggunaan alatan iaitu raket membuatkan pergerakan anggota badan mereka tidak mampu untuk menguasai kemahiran yang diajar. Latar Belakang Masalah Pada sesi pengajaran yang dijalankan, antara item kesilapan murid yang dapat dikesan ialah seperti kemampuan teknik perlakuan menyilangkan kaki dan cara memegang raket. Murid-murid menunjukkan penguasaan yang lemah dalam item-item kemahiran ini berdasarkan kemahiran pukulan kilas. (Modul Latihan Sukan Untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah). Sehubungan dengan itu, saya telah membuat satu kajian untuk memulihkan kelemahan penguasaan murid-murid dalam kemahiran pukulan kilas ini. Ini adalah penting kerana penggunan motor kasar dilihat semasa kanak-kanak terlibat dengan aktiviti yang melibatkan penggunaan raket. Dalam kajian ini pengkaji telah menerapkan nilai-nilai murni seperti memberi layanan yang adil dan saksama kepada semua murid, menggalakkan dan menghargai pandangan murid, memupuk budaya belajar di kalangan murid, nilai menggalakkan murid menjadi ‘Critikal thinkers’, nilai membina keyakinan dan imej kendiri yang positif di kalangan murid, nilai menjadikan murid ‘thoughful learners’ dan nilai menjadikan mata pelajaran yang diajar relevan kepada kehidupan seharian murid. Penyataan Masalah Tumpuan kajian ini ialah untuk melihat faktor kaedah Pengajaran masteri dan teknik silang bagus yang digunakan dalam pembelajaran masteri serta minat murid terhadap kaedah pengajaran guru semasa pengajaran dan pembelajaran. Kaedah pembelajaran masteri dan teknik silang bagus ini akan dilihat untuk menentukan peningkatan penguasaan murid dalam kemahiran pukulan kilas bagi permainan badminton supaya jarak pukulan mencapai jarak tiga per empat gelanggang lawan atau lebih. Aspek yang akan dilihat dalam kemahiran pukulan kilas lebih tertumpu kepada teknik yang perlu dikuasai oleh responden berkaitan dengan kemampuan memastikan kedudukan bulu tangkis, menghayun tangan, mengilas badan, menyilang kaki, serta kemampuan memegang raket ketika membuat pukulan. . Kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan sekiranya guru berupaya menggunakan kaedah mengajar yang menarik serta menyeronokkan. Selain itu, guru juga perlu mempunyai inisiatif untuk menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar yang sesuai. Kejayaan pengajaran masteri akan dicapai apabila guru mengambil kira tahap kebolehan dan gaya pembelajaran responden untuk memahami dan menghayati sesuatu perkara. Pembelajaran Masteri adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokus kepada penguasaan murid-murid dalam sesuatu perkara yang dipelajari. Melalui Pembelajaran Masteri, murid-murid diberi peluang untuk maju mengikut kebolehan dan kadar pembelajaran mereka sendiri serta dapat mempertingkatkan tahap penguasaan pembelajaran. Objektif Kajian. 3.1 Objektif Umum Kajian Objektif umum kajian adalah untuk : 3.1.1 Melihat keberkesanan kaedah Pembelajaran Masteri terhadap penguasaan teknik silang bagus dan bahan bantu mengajar dalam kemahiran pukulan kilas badminton. Objektif khusus kajian adalah untuk: Meningkatkan penguasaan kemahiran pukulan kilas sehingga mencapai jarak tiga perempat gelanggang pihak lawan. Kepentingan Kajian Kajian ini dilihat pengkaji sebagai sangat relevan kepada pihak sekolah terutamanya guru-guru Pendidikan Jasmani kerana ianya dapat membantu murid Sekolah menguasai kemahiran pukulan kilas dalam permainan badminton dengan baik dan dapat mempraktikkannya semasa bermain. Hasil dapatan kajian juga boleh digunapakai oleh guru-guru Pendidikan Jasmani sekolah ini untuk diaplikasikan pada permainan-permainan lain dalam Rancangan Pengajaran Tahunan sekolah seperti bola sepak, hoki, bola baling, bola jaring dan bola tampar Guru Pendidikan Jasmani juga boleh mencuba kaedah ini untuk meningkatkan penguasaan kemahiran murid dalam mana-mana permainan kerana kaedah pembelajaran masteri dan multimedia adalah bersifat sejagat Metadologi Rekabentuk Reka bentuk kajian yang digunakan adalah berupa pemerhatian dengan menggunakan borang senarai semak. Kajian ini adalah bersifat kuantitatif. Reka bentuk kajian yang sesuai dengan objektif ini ialah kajian kuantitatif jenis deskriptif. Responden. Kajian ini akan melibatkan 10 orang murid lelaki Tahun 5 Azam Sekolah Kebangsaan Taman Desa Jaya. Kelas ini merupakan kelas ketiga bagi susunan empat kelas murid-murid Tahun 5. Prestasi akademik di tahap yang sederhana dan lemah Instrumen Kajian Instrumen kajian yang digunakan adalah berbentuk senarai semak sumber daripada penyelidik sebelumnya iaitu Shaaban bin Shaik Mydin (2009). Terdapat empat bahagian utama dalam instrumen kajian yang dijalankan. Pemerhatian Pemerhatian telah dibuat sebelum perlaksanaan kajian dijalankan. Dalam pemerhatian berkenaan pengkaji telah dapat mengenalpasti murid Tahun 5 Azam sukar untuk melakukan kemahiran pukulan kilas dengan baik. Senarai semak Terdiri daripada 7 item senarai semak tentang teknik pergerakan berdasarkan kemahiran pukulan kilas. Item-item soalan yang sama digunakan dalam ujian pra dan ujian pos yang dijalankan. Item-item ini telah dikategorikan kepada 2 peringkat penguasaan pergerakan. Peringkat pertama ialah penguasaan pergerakan berkaitan pukulan kilas dengan teknik silang dan peringkat kedua berkaitan pukulan kilas dengan teknik silang dan bagus. Ukuran Pencapaian Kedua-dua instrumen kajian pada bahagian I dan bahagian II menggunakan kaedah nilai gred dan peratus dicari untuk melihat penguasaan responden dalam kemahiran pukulan kilas serta teknik silang bagus yang digunakan sebagai ukuran sama ada responden berada di tahap penguasaan yang amat memuaskan, baik, sederhana, lemah atau sangat lemah. PERATUS Gred TAHAP PENGUASAAN 80 hingga 100 A Amat Memuaskan 60 hingga 79 B Baik 40 hingga 59 C Sederhana 20 hingga 39 D Lemah 0 hingga 19 E Sangat Lemah Prosedur Tindakan yang Di Jalankan Ujian pra Ujian ini dilaksanakan pada minggu pertama untuk mengumpul maklumat awal mengenai tahap pencapaian murid dalam penguasaan kemahiran pukulan kilas dengan teknik silang bagus. Ujian pra ini dijalankan seperti pengajaran biasa dimana pengajar menggunakan pengalaman dan pengetahuan sedia ada untuk pengajaran. Pengajaran disampaikan dalam bentuk arahan sepintas lalu. Panduan berdasarkan kebolehan murid tidak diberikan penekanan oleh pengajar. Pada minggu kedua (rawatan), Tayangan video menunjukkan perlakuan yang betul menyilangkan kaki semasa melakukan pukulan kilas. Ini memberikan peluang kepada murid untuk mempelajari kemahiran yang diuji dengan lebih berkesan. Selepas itu, pengkaji telah membuat demonstrasi menunjukkan perlakuan silang kaki yang betul dalam kemahiran pukulan kilas. Murid akan melakukan perlakuan ini berulang kali sehingga menjadi amalan. Pada akhir sesi, ujian dijalankan bagi mengenalpasti keberkesanannya. Seperti pada minggu kedua, setelah murid ditayangkan video perlakuan pegangan raket, pengkaji menunjukkan demonstrasi tersebut, pengkaji memastikan agar setiap langkah dilaksanakan dengan baik dan mengikut urutan dengan betul. Pada akhir sesi, ujian dijalankan bagi mengenalpasti keberkesanannya. Pada minggu keempat pengkaji menekankan kedua-dua perlakuan ‘silang’ dan ‘bagus’ kepada responden supaya dapat menguasai kedua-dua teknik dengan baik. Seterusnya pada akhir sesi ini, Ujian pasca akan dijalankan bagi memastikan samada ianya memberi kesan kepada kemahiran pukulan kilas dan peningkatan jarak pukulan. Keputusan ujian ini akan menentukan samada kajian yang dijalankan ini berjaya atau sebaliknya. DAPATAN KAJIAN Analisis Ujian Pra Ujian Pra adalah ujian yang diberikan kepada murid sebelum pembelajaran masteri dan teknik silang bagus diperkenalkan kepada murid-murid. Berikut merupakan analisis yang telah dibuat berdasarkan markah ujian ini. Tahap Penguasaan Markah Gred/ Jarak Bil. Murid Peratus(%) Amat Memuaskan 80-100 A 0 0 Baik 60-79 B 0 0 Sederhana 40-59 C 4 40 Lemah 20-39 D 5 50 Sangat lemah 0-19 E 1 10 Jumlah 10 100 Merujuk kepada jadual, tiada bilangan murid yang memperolehi tahap penguasaan amat memuaskan. Bagi murid yang mencapai tahap penguasaan sederhanan pula adalah seramai 4 orang, bilangan murid bagi tahap penguasaan lemah pula adalah seramai 5 orang dan terdapat seorang murid dikategorikan sebagai murid yang sangat lemah. Analisis Perbandingan Pencapaian Ujian Pra dan Ujian Pos Tahap Penguasaan Markah/ Gred Ujian Pra Ujian Pos Bil. Murid Peratus (%) Bil. Murid Peratus (%) Amat Memuaskan 80-100 A 0 0 4 40 Baik 60-79 B 0 0 6 60 Sederhana 40-59 C 4 40 0 0 Lemah 20-39 D 5 50 0 0 Sangat Lemah 0-19 E 1 10 0 0 Jumlah 10 100 10 100 Keputusan Ujian Pasca (Gabungan ‘Silang’ dan ‘Bagus’) Berdasarkan keputusan diatas, bilangan murid yang mendapat gred A pada ujian pra adalah sifar dan peningkatan yang ketara berlaku pada ujian pos apabila kesemua bilangan murid iaitu 4 orang mendapat gred A, greb B 6 orang. Pada ujian pra, murid yang mendapat gred C adalah seramai 4 orang manakala bilangan murid bagi gred D adalah seramai 5 orang. Bilangan gred E pula adalah seorang Peningkatan pada ujian pra dan pengurangan pada pada ujian pos setiap gred ini menunjukkan bahawa terdapat peningkatan pada pencapaian responden dalam kemahiran pukulan kilas. Kesimpulan. Secara keseluruhannya, semasa ujian pra didapati markah murid adalah berada pada tahap penguasaaan yang sederhana dan lemah sahaja. Penguasaan kemahiran yang kurang memuaskan ini adalah disebabkan oleh kaedah pengajaran guru yang kurang memberi tumpuan dalam penguasaan hasil pembelajaran dengan merancang pelbagai kaedah dan bahan bantu belajar. Berdasarkan peningkatan markah dalam ujian pra dan ujian pos bagi ujian kemahiran tersebut, dapatlah disimpulkan bahawa penggunaan kaedah pembelajaran masteri melalui tayangan video telah dapat meningkatkan penguasaan kemahiran pukulan kilas sekaligus menjadikan murid-murid lebih mudah untuk menguasai teknik perlakuan berdasarkan kemahiran pukulan kilas ini. Penggunaan alat bantu mengajar seperti tayangan video menggunakan kaedah masteri ini mempengaruhi pencapaian murid dalam penguasaan kemahiran yang diuji. Pembelajaran Masteri sudah dilaksanakan di kebanyakan sekolah dan kajian menunjukkan kaedah masteri dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran oleh Slavin (1987). Kaedah pengajaran masteri dalam kajian ini telah menunjukkan keberkesanannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, persoalan-persoalan kajian ini telah dapat dijawab dan sekaligus mencapai objektif umum Penutup Berdasarkan hasil kajian ini saya dapati terdapat beberapa kelemahan yang boleh dipertingkatkan lagi pada masa akan datang. Walau bagaimanapun terdapat beberapa kekuatan yang boleh dijadikan panduan untuk kajian seterusnya. Secara keseluruhannya, hasil daripada kajian ini saya dapati bahawa murid-murid dapat menerima kaedah Pembelajaran Masteri dan teknik silang bagus ke arah membantu mereka menguasai kemahiran pukulan kilas. Di samping itu, penggunaan Bahan Bantu Mengajar iaitu tayangan video yang sesuai turut membantu mereka mencapai penguasaan kemahiran tersebut. Kejayaan Pembelajaran Masteri dan teknik silang bagus bergantung kepada keupayaan guru dalam pengajaran dan pembelajaran yang dikendalikannya. Kurikulum yang berkesan menyatakan dengan jelas dan tepat apa yang perlu dikuasai oleh murid. Kejayaan juga bergantung kepada kebolehan guru untuk mengajar dengan bahan-bahan yang sesuai bagi mencapai aras dalam Pembelajaran Masteri. Guru-guru perlulah meningkatkan kemahiran diri dalam menghasilkan dan mengendalikan Bahan Bantu Mengajar supaya dapat memenuhi ciri-ciri yang sepatutnya. Guru perlu bersedia menghadiri kursus yang berkaitan dengan Bahan Bantu Mengajar. Guru juga harus sentiasa peka dengan kewujudan Bahan Bantu Mengajar berbentuk perisian yang terdapat di pasaran dan menyediakan peruntukan sewajarnya bagi mendapatkannya. Adalah menjadi harapan agar kajian ini dapat membantu guru-guru di sekolah ke arah meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran-kemahiran asas sebegini terutamanya kemahiran pukulan kilas ini. RUJUKAN Abang Ismail bin Abang Julhi. (2003) Keberkesanan Penggunaan Multimedi Terhadap Penguasaan Kemahiran Sukan Badminton. Institut Perguruan Batu Lintang. Kuching.Sarawak. Arfan. (2001). Penggunaan Multimedia dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Sukan Gelanggang. Universiti Kebangsaaan Malaysia. Bangi. Selangor. Anderson L.W & Block J.H. (1975). Mastery Learning Models in Dunkin M.J.(ed), The International Encyclopedia of Teaching and Teacher Education. New York: Pergamon Press. Asiah Abu Samah. (2003). Konsep dan Definisi Pendidikan Jasmani: Diperoleh Mei definisi.html. Asmariza. (2001). Tinjauan Pelaksanaan Pendekatan Pembelajaran Masteri Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Daerah Kuantan: Diperoleh Mei 7, 2012. darihttp://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/BP010143D2004TTP.pdf. Atan Long. (1981). Alat Bantu Mengajar Mempengaruhi Pencapaian Akademik Pelajar: Review of Educational Research, 179-203. Bloom B.S (1981), All Our Children Learn. New York: ,McGraw-Hill. Bloom B.S (1968). Learning to Masery: Evaluation Commnet (UCLA-CSIEP). Borich & Tambori.(1997). Individual Differences: Diperoleh April 20, 2012. darihttp://kulanzsalleh.com/perbezaan-individu/ Boyle, T. (1997). Design for multimedia learning. London: Prentice Hall. Charles F. Hoban. James D.Finn& Edgar Dale. (1964). Kepentingan Bahan Bantu Mengajar dalam Pengajaran dan pembelajaran: Diperoleh Ogos 8, 2011. darihttp://simahmamat.blogspot.com/2008/01/teori-pembelajaran tingkahlaku. Cox & Dunn K. (1979). Teaching Students Through Their Individual Learning Style: A Practical Approach. Reston, V.A: Reston Publishing Division of Prentice Hall. Hussin bin Haji Hamidon. (1999). Sejarah dan perkembangan computer: Diperolehi Ogos16,2011.darihttp;//www.members.tripod.com/hussin71sejarahkomputer.html Johnson. (1979). Administration of Athletics Program: A Managerial Approach. Englewood Cliffs,Prientice-Hall Inc. Lion Kon Thai. (1997). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Minat Terhadap Matematik \Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah. Tesis tidak diterbitkan.UniversitiTeknologi Malaysia. Malaysia. L. Wofgang. (2005). Technicq and Tacticetraning in Badminton.Olimpic Solidarity Course LevelII. Malaysian Badminton Association (BAM), Kuala Lumpur. 24– 30 November 2005. Kementerian Pelajaran Malaysia (2011), Buku 1 Murid 1 Sukan Sekolah Rendah, Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pelajaran Malaysia (2011), Modul Latihan Sukan Untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah, Pusat Perkembangan Kurikulum. Mastery. (2000). Implementary Mastery Learning. California: Wadsworth. Inc. Mohd.Arif & Mohd.Jasmy. (2002). Implikasi teknologi maklumat dan komunikasi keatas gaya pengajaran pendidikan jasmani. Fokus terhadap kemahiran permainan bola tampar. Prosiding Seminar Kebangsaan profesion perguruan Universiti Kebangsaan Malaysia: hlm. 375 – 391. PAGE \* MERGEFORMAT 4