Academia.eduAcademia.edu

Penggunaan Ujian Psikologi Dalam Pendidikan

2019

Ujian bukan penilaian atau penaksiran, tetapi pada masa yang sama ia mungkin menjadi cara untuk mendapatkan maklumat, data atau bukti yang diperlukan untuk penilaian dan penaksiran. Ujian adalah salah satu alat yang penting dan teknik yang boleh digunakan dalam mana-mana sistem peperiksaan atau penilaian. Ia menerangkan penggunaan instrumen atau alat untuk mengumpulkan maklumat atau data. Dalam peperiksaan bertulis, kertas soalan ialah salah satu alat yang paling kuat digunakan untuk mengumpul dan mendapatkan maklumat mengenai pencapaian murid. Ujian dan penilaian dalam pendidikan bertujuan untuk mengukur pencapaian akademik pelajar di sekolah. Ujian pencapaian dilaksanakan bagi menilai individu mengenai apa yang telah dipelajari berdasarkan kursus pendidikan yang khusus dan juga untuk meramal pencapaian pada masa hadapan. Kata kunci: ujian dalam pendidikan, pencapaian akademik, ujian pencapaian.

PT6123 Ujian dan Pengukuran Psikologi PENGGUNAAN UJIAN PSIKOLOGI DALAM PENDIDIKAN SUZIYANAH MOHD SALLEH Fakulti Psikologi dan Pendidikan Universiti Malaysia Sabah Abstrak Ujian bukan penilaian atau penaksiran, tetapi pada masa yang sama ia mungkin menjadi cara untuk mendapatkan maklumat, data atau bukti yang diperlukan untuk penilaian dan penaksiran. Ujian adalah salah satu alat yang penting dan teknik yang boleh digunakan dalam mana-mana sistem peperiksaan atau penilaian. Ia menerangkan penggunaan instrumen atau alat untuk mengumpulkan maklumat atau data. Dalam peperiksaan bertulis, kertas soalan ialah salah satu alat yang paling kuat digunakan untuk mengumpul dan mendapatkan maklumat mengenai pencapaian murid. Ujian dan penilaian dalam pendidikan bertujuan untuk mengukur pencapaian akademik pelajar di sekolah. Ujian pencapaian dilaksanakan bagi menilai individu mengenai apa yang telah dipelajari berdasarkan kursus pendidikan yang khusus dan juga untuk meramal pencapaian pada masa hadapan. Kata kunci: ujian dalam pendidikan, pencapaian akademik, ujian pencapaian. 1 PT6123 Ujian dan Pengukuran Psikologi Pengenalan Menurut Kaplan & Saccuzzo (2018), ujian adalah alat pengukuran atau teknik yang digunakan untuk mengukur tingkah laku atau atau membantu dalam pemahaman dan meramal tingkah laku. Peperiksaan di institut-institut pendidikan contohnya merupakan teknik ujian untuk menilai sejauh mana pelajar memahami dan mengaplikasikan apa yang diajar di dalam bilik darjah. Pengujian memerlukan pelajar menjawab secara lisan atau bertulis atau mendemonstrasikan perubahan tingkah laku yang berkaitan dengan perkara-perkara yang telah dipelajari. Namun demikian, ujian yang diberikan mungkin tidak dapat mengukur sejauh mana pemahaman individu terhadap apa yang ingin diuji oleh penguji. Hal ini demikian, menurut Kaplan & Saccuzzo (2018), sesebuah ujian pengukuran hanya sampel tingkah laku dan kesilapan sentiasa berkaitan dengan proses pensampelan. Oleh itu, skor ujian bukanlah ukuran yang sempurna untuk menguji tingkah laku atau perwatakan namun ianya signifikan dalam proses meramal tingkah laku (Kaplan & Saccuzzo, 2018). Menurut Scannell & Tracy (1975), pengukuran adalah proses untuk memberikan nilai berangka terhadap sesuatu objek atau kriteria bagi seseorang individu mengikut peraturan atau formula yang eksplisit. Antara perkara yang diukur dalam pendidikan adalah kecerdasan pelajar, pencapaian akademik, kriteria pelajar, minat terhadap suatu mata pelajaran, dan sebagainya. Pengujian pula adalah suatu bentuk pengukuran yang bertujuan mendapatkan maklumat tentang pencapaian pelajar dari aspek kognitif, psikomotor ataupun afektif yang dilaksanakan dengan sistematik, formal dan biasanya dalam bentuk bertulis (Vincent A. Pang & Denis Andrew D. Lajium, 2008). Dalam proses pengujian, pemerhatian dan ujian formal biasanya digunakan sebagai instrumen pengukuran. Kehendak masyarakat terhadap akauntabiliti juga mencadangkan peningkatan penggunaan ujian dalam pendidikan pada masa hadapan. Markah ujian pencapaian tahunan merupakan satu cara untuk mencapai akauntabiliti. 2 PT6123 Ujian dan Pengukuran Psikologi Menurut Kubiszyn & Borich (1987), salah satu indikasi peningkatan peranan ujian dalam pendidikan pada hari ini adalah ujian kompetensi memasuki sekolah pendidikan tinggi. Menurut Kaplan & Saccuzzo (2018), ujian psikologi atau ujian pendidikan adalah sebuah set item yang dibentuk untuk mengukur ciri-ciri manusia yang berait dengan tingkah laku. Tingkah laku overt menurut Kaplan & Saccuzzo (2018) adalah aktiviti pengamatan seseorang individu manakala tingkah laku covert iaitu apa berlaku di dalam diri seseorang individu dan tidak dapat dilihat secara langsung. Sebagai contoh, perasaan dan pemikiran adalah jenis tingkah laku covert. Sesetengah ujian yang dijalankan adalah untuk menguji tingkah laku-tingkah laku ini. Oleh itu, ujian psikologikal dan ujian pendidikan mengukur tingkah laku yang lepas mahupun tingkah laku semasa. Terdapat juga ujian yang digunakan untuk meramal tingkah laku seperti kejayaan di kolej atau dalam program ijazah lanjutan. Hal ini demikian menurut Kaplan & Saccuzzo (2018), markah ujian juga boleh berkait kepada keadaan, status atau keadaan khusus seseorang individu. Tujuan dan Fungsi Pengujian Dalam Pendidikan Menurut Kubiszyn & Borich (1987), ujian mewakili percubaan untuk menyediakan data objektif yang boleh digunakan dengan tanggapan subjektif untuk membuat keputusan yang lebih baik dan lebih dapat dipertahankan. Tujuan pengujian dalam pendidikan adalah untuk membantu dalam pembuatan keputusan dalam kalangan pendidik. Kombinasi antara pertimbangan subjektif dan data objektif akan menghasilkan pembuatan keputusan yang lebih berpatutan berbanding dengan pembuatan keputusan yang kurang berpatutan. Namun demikian, walaupun data tersebut adalah objektif ianya hanyalah anggaran tingkah laku seseorang pelajar (Kubiszyn & Borich, 2018). Secara keseluruhannya, pengujian dalam pendidikan adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat objektif yang digabungkan dengan tanggapan subjektif untuk membuat keputusan dalam pendidikan yang lebih baik. Kubiszyn & 3 PT6123 Ujian dan Pengukuran Psikologi Borich (2018), menyatakan terdapat lapan jenis keputusan pendidikan iaitu; (1) pengajaran, (2) penggredan, (3) diagnostik, (4) pemilihan, (5) penempatan, (6) kaunseling dan bimbingan, (7) program atau kurikulum, dan (8) polisi pentadbiran. Menurut Hopkins (1998), tujuan penilaian dalam pendidikan boleh diklasifikasikan kepada empat kategori yang saling berkaitan iaitu; (1) pengajaran, (2) pentadbiran, (3) penilaian program dan penyelidikan, dan (4) bimbingan. . Fungsi Pengujian Dalam Pendidikan Fungsi dalam pengajaran Fungsi ujian dalam pengajaran adalah bertujuan untuk membuat suatu keputusan yang sangat penting dalam pendidikan yang perlu dibuat oleh setiap pendidik. Proses membuat ujian mendorong penjelasan objektif kursus yang lebih bermakna. Maklum balas daripada ujian juga boleh membantu guru menyediakan bimbingan pengajaran yang lebih sesuai untuk pelajar individu serta kelas secara keseluruhan. Selain itu juga, ujian yang dikendalikan dengan baik akan memberi motivasi dalam pembelajaran. Pelajar akan menguasai objektif pembelajaran dengan lebih gigih apabila mereka mengetahui mereka akan dinilai melalui ujian. Disamping itu, ujian dapat membantu memudahkan proses pembelajaran dalam kalangan pelajar. Melalui ujian pelajar akan melakukan pembelajaran berulang-ulang dan mengingati apa yang dipelajari agar dapat menjawab ujian dengan baik. Fungsi dalam pentadbiran Ujian menyediakan satu mekanisme kawalan kualiti dalam pendidikan. Norma antarabangsa atau tempatan boleh memberikan asas untuk menilai kekuatan dan kelemahan kurikulum tertentu. Kawalan kualiti dalam pendidikan adalah sangat penting untuk melihat perkembangan pendidikan secara keseluruhannya. Selain itu juga, ujian memudahkan pengkelasan dan penempatan keputusan yang lebih baik. Mengumpul sekumpulan pelajar berdasarkan kemampuan mereka merupakan salah satu contoh pengelasan yang mana memberi nilai kepada ujian. Disamping itu, ujian boleh meningkatkan kualiti dalam pembuatan 4 PT6123 Ujian dan Pengukuran Psikologi keputusan. Skor akademik dan skor pencapaian telah berulang kali menunjukkan nilai dalam mengenal pasti pelajar yang mungkin atau tidak mungkin berjaya dalam pelbagai kolej. Penyelidikan dan penilaian Ujian sangat berguna dan penting dalam penyelidikan dan penilaian. Hasil pengukuran sangat penting dan diperlukan untuk menentukan sama ada program inovatif lebih baik atau tidak berbanding program konvensional dalam memudahkan pencapaian objektif kurikulum tertentu. Piawai ujian pencapaian telah menjadi sumber utama data untuk menilai kejayaan program, walaupun beberapa kriteria lain diperlukan untuk sebarang penilaian komprehensif yang lain. Fungsi bimbingan Ujian boleh menjadi nilai dalam mendiagnosis kebolehan dan kemampuan khas individu. Mendapatkan ukuran mengenai kebolehan akademik, pencapaian, miinat dan personaliti seringkali menjadi aspek penting dalam proses kaunseling. Informasi daripada ujian kebolehan akademik dan inventori boleh menjadi sumber yang sangat membantu untuk membimbing pemilihan kolej, pemilihan kursus yang bersesuaian, meneroka kemampuan yang belum pernah dikenal pasti dan sebagainya. Namun demikian, tidak semua ujian memberikan keputusan yang baik kerana keputusan dari ujian tersebut boleh disalah guna atau disalah tafsir dan dalam situasi yang salah sesebuah ujian boleh menjadi senjata berbanding alat yang memberikan faedah. Hal ini bermaksud ujian tidak semestinya sempurna kerana ujian adalah tertakluk kepada kesilapan dan salah tafsir. Ujian Berkumpulan Dalam Pendidikan Tujuan ujian ini adalah untuk mengukur tahap pencapaian pelajar di sekolah. Terdapat tiga jenis ujian yang biasa dilakukan dalam pendidikan menurut Kaplan & Saccuzzo (2018) iaitu ujian pencapaian, ujian kebolehan dan ujian kecerdasan. Kebanyakan ujian ini adalah 5 PT6123 Ujian dan Pengukuran Psikologi untuk melihat pencapaian, kebolehan serta kecerdasan pelajar di sekolah. Keputusan ujian juga selalu digunakan untuk meramal pencapaian pelajar pada masa hadapan. Ujian Pencapaian vs Ujian Kebolehan Menurut Kaplan & Saccuzzo (2018), ujian pencapaian digunakan untuk menilai apa yang telah dipelajari oleh seseorang berdasarkan apa yang telah dipelajari dalam kursus-kursus spesifik. Piawai ujian pencapaian digunakan ssebagai matlamat untuk penilaian akhir pengetahuan pelajar selepas tamatnya sebuah piawai kursus latihan. Ujian-ujian ini dikira sah jika ianya mempunyai sample pembinaan domain untuk dinilai sebagai contoh Matematik, Sains ataupun Sejarah. Manakala ujian kebolehan pula digunakan untuk menilai potensi pelajar untuk belajar berbanding sebanyak mana pelajaran yang telah dipelajari oleh pelajar (Kaplan & Saccuzzo, 2018). Berbeza dengan ujian pencapaian, ujian kebolehan menilai lebih luas mengenai pengalaman yang diperoleh daripada pelbagai cara melalui penilaian kesan daripada pengalaman yang tidak diketahui dan tidak terkawal. Kesahan bagi ujian ini dinilai terutamanya terhadap kebolehan ujian ini untuk meramal pencapaian individu pada masa depan. Menurut Kaplan & Saccuzzo (2018), ujian kecerdasan hanya menilai kebolehan secara umum. Sama seperti ujian kebolehan, ujian ini digunakan untuk meramal pencapaian pada masa depan. Namun demikian, ujian ini meramal secara umum dan lebih meluas berbeza dengan ujian kebolehan yang biasanya meramal potensi dalam bidang-biidang tertentu seperti matematik, sains atau sejarah. Secara kesimpulannya, walaupun terdapat perbezaan dalam penggunaan ketiga-tiga ujian ini tetapi ketiga-tiga ujian ini juga saling berkaitan antara satu sama lain. Ujian Pencapaian Berkumpulan Menurut Kaplan & Saccuzzo (2018), terdapat dua jenis ujian piawai pencapaian iaitu Stanford Achievement Test (SAT) dan Metropolitan Achievement Test (MAT). SAT dan MAT adalah ujian pencapaian yang terkini. Dokumentasi psikometrik bagi ujian ini adalah sangat baik. Ujian itu boleh dipercayai pada sampel yang sangat besar seperti pelbagai subjek di 6 PT6123 Ujian dan Pengukuran Psikologi sekolah dan meliputi semua tahap gred akademik. Menurut Gardner et. al (1982), SAT adalah ujian piawai pencapaian yang yang paling awal digunakan dalam sistem sekolah (Kaplan & Saccuzzo, 2018). Ujian ini mempunyai norma yang baik dan kriteria rujukan dengan contoh dokumentasi psikometrik. Menurut Kaplan & Saccuzzo (2018), ujian ini juga menilai pencapaian dari peringkat pendidikan awal kanak-kanak sehingga peringkat sekolah tinggi dalam bidang-bidang yang berikut: mengeja, kefahaman bacaan, pembelajaran kata dan kemahiran, seni bahasa, sains, matematik dan kefahaman mendengar. Menurut Kaplan & Saccuzzo (2018), satu lagi ujian pencapaian kumpulan dan psikometrik yang baik ialah Metropolitan Achievement Test (MAT) yang mana ujian ini menilai pencapaian membaca melalui penilaian perbendaharaan kata, pengenalan ayat dan kefahaman membaca. MAT edisi yang ke-8 juga mengukur matematik dengan penilaian konsep nombor, penyelesaian masalah dan pengiraan. Ejaan dalam ujian MAT-8 ini adalah dalam format ujian ejaan normal yang mana pelajar akan diminta untuk mengeja perkataan yang diarahkan secara lisan dibentangkan dalam satu ayat. Melalui ujian ini, kemahiran bahasa akan dinilai melalui ujian tatabahasa sama seperti mengukur kemahiran abjad. Seterusnya, MAT-8 mempunyai beberapa item kajian sosial iaitu pengetahuan pelajar mengenai geografi, ekonomi, sejarah, sains politik, antropologi, sosiologi dan psikologi juga turut diuji. Ujian Kebolehan Mental Berkumpulan Menurut Kaplan & Saccuzzo (2018), terdapat empat kumpulan ujian kebolehan mental iaitu Kuhlmann-Anderson, Hennon-Nelson, Cognitive Abilities Test, dan Developing Cognitive Abilities Test. 1) Kuhlman-Anderson Test (KAT)-Eight Edition KAT adalah sebuah ujian kecerdasan berkumpulan dengan lapan tahap yang berbeza merangkumi tahap pendidikan awal kanak-kanak sehingga sekolah tinggi. Setiap tahap ujian KAT mengandungi pelbagai jenis ujian dengan pelbagai item. Nonverbal menjadi keutamaan 7 PT6123 Ujian dan Pengukuran Psikologi item KAT pada tahap rendah yang memerlukan pembacaan dan pengetahuan bahasa yang minima. Selain itu juga, KAT bukan sahaja sesuai terhadap kanak-kanak tapi juga kepada golongan yang kurang upaya dari segi lisan. KAT juga berkemungkinan sesuai digunakan untuk populasi bukan penutur bahasa Inggeris dengan andaian norma yang sesuai. Menurut Kaplan & Saccuzzo (2018), sebahagian besar tinjauan telah memuji KAT untuk pembinaannya, penyeragaman dan kualiti psikometrik yang sangat baik. Data normatif sentiasa ditingkatkan dengan berdasarkan lebih 10,000 subjek. Pekali kebolehpercayaan adalah agak baik, dengan koefisien split-half pada pekali .90 dan pekali uji cuba yang rendah dari .80 ke tahap .90. Kesahan juga didokumenkan dengan baik. 2) Henmon-Nelson Test (H-NT) Menurut Kaplan & Saccuzzo (2018), H-NT adalah ujian kedua piawai terbaik, banyak digunakan dan dibina dengan cermat bagi mengukur kebolehan mental pada semua peringkat akademik. Walaupun ujian ini hanya menghasilkan skor tunggal namun terdapat dua set norma yang tersedia iaitu set pertama adalah berdasarkan skor mentah yang diagihkan mengikut umur dan set kedua diagihkan mengikut gred. Skor mentah juga boleh ditukar kepada sisihan IQ serta persentil. H-NT adalah alat ujian yang sangat menakjubkan. Hal ini demikian kerana alat ujian ini meramal kejayaan dalam akademik dengan sangat pantas. Namun demikian alat ujian ini memiliki limitasi penting tersendiri apabila digunakan sebagai digunakan sebagai alat penyaringan tunggal untuk memilih kecerdasan atau mengenal pasti ketidakupayaan pembelajaran dalam minoriti, kanak-kanak pelbagai budaya dan tidak mempunyai kelebihan dari segi ekonomi. Selain itu, dalam buku panduan ujian ini tidak memberikan data yang berkaitan dengan norma-norma untuk kumpulan kaum, etnik, atau sosioekonomi khusus dan juga ujian ini tidak dibangunkan untuk digunakan terhadap kanak-kanak dari pelbagai budaya. 8 PT6123 Ujian dan Pengukuran Psikologi 3) Cognitive Abilities Test (COGAT) Form 7 COGAT Form 7 menonjol sebagai ujian kecerdasan (Kaplan & Saccuzzo, 2018). Menurut Kaplan & Saccuzzo (2018), dari segi kesahan dan kebolehpercayaan, ujian ini setanding dengan H-NT. COGAT menyediakan tiga skor yang berbeza iaitu skor lisan, kuantitatif dan bukan lisan. Kebolehpercayaan untuk skor lisan adalah tinggi .90, kuantitatif rendah .90 dan untuk bukan lisan tinggi .90. Pemilihan item bagi ujian ini adalah lebih tinggi berbanding HNT dalam aspek pemilihan minoriti, kepelbagaian budaya dan kanak-kanak yang kurang bernasib baik dari segi ekonomi. COGAT juga dibangunkan khas untuk golongan yang lemah dalam membaca, kurang mendapat pendidikan dan orang yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. COGAT juga menawarkan kelebihan berbanding H-NT dalam menilai golongan minoriti, kepelbagaian budaya dan kanak-kanak yang kurang bernasib baik dari segi ekonomi. Selain itu, ujian ini menyediakan penilaian yang boleh dipercayai dalam kemampuan akademik pada kedua-dua pelajar bahasa Inggeris dan pelajar yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama. Ujian Kemasukan Kolej Menurut Kaplan & Saccuzzo (2018), terdapat dua ujian kemasukan kolej yang terkenal iaitu 2016 SAT dan American College Test (ACT). 1) The New (2016) SAT Menurut Schalkwyk (2017), SAT dahulunya dikenali sebagai Scholastic Aptitude Test ataupun Scholastic Achievement Test adalah ujian standard yang direka untuk mengukur kemahiran penting yang diperlukan untuk berjaya ditahap akademik yang lebih tinggi. Menurut Kaplan & Saccuzzo (2018), SAT 2016 yang moden tampil lebih kepada ujian mengukur pencapaian berbanding ujian untuk mengukur kebolehan akademik. Selain itu juga, ujian ini bersesuaian dengan kurikulum sekolah tinggi dan merangkumi penanda aras teras umum yang diterima oleh kebanyakan negara. Ianya juga lebih mudah berbanding versi SAT yang awal iaitu 9 PT6123 Ujian dan Pengukuran Psikologi menguji ayat yang biasa dipelajari di kolej dan bukannya ayat esoterik yang hanya ditemui oleh pelajar pada ujian SAT yang awal. Skor dalam SAT 2016 berdasarkan julat skala titik 400 hingga 1600 bersama dengan esei pilihan dengan julat skala antara 2 dan 8. Menurut lembaga kolej, ujian lanjutan telah dijalankan terhadap alat ujian ini bagi memastikan tiada kelebihan perbezaan diberikan kepada mana-mana kaum atau kumpulan berpendapatan. 2) The American College Test (ACT) Menurut Kaplan & Saccuzzo (2018), ACT juga merupakan antara ujian yang terkenal dan digunakan secara meluas untuk tujuan ujian kemasukan kolej. Ujian ini telah dinaik taraf pada 2005 dan ianya digunakan terutamanya untuk bukan penutur bahasa Inggeris. ACT menghasilkan kandungan skor dan komposit yang khusus. Kandungan skor adalah bahasa Inggeris, penggunaan matematik, pembacaan kajian sosial dan pembacaan sains semulajadi. ACT menggunakan skala Iowa Test of Educational Development (IETD) untuk menyatakan hasil ujian. Skor dalam skala ini boleh berubah-ubah antara 1 hingga 36 dengan sisishan piawai 5 dan min 16 untuk pelajar sekolah tinggi dan mean 19 untuk pelajar kolej. Ujian Kemasukan Sekolah Graduan dan Profesional Sebelum memasuki sekolah graduan dan professional, pelajar perlu mengambil ujian untuk memasuki sekolah graduan dan professional. Menurut Kaplan & Saccuzzo (2018), terdapat dua ujian yang terkenal adalah Graduate Record Examination Aptitude Test (GRE) dan Miller Analogies Test. 1) Graduate Record Examination Aptitude Test Menurut Kaplan & Saccuzzo (2018), GRE adalah ujian yang selalu digunakan untuk kemasukan ke sekolah graduan yang bertujuan untuk mengukur keupayaan skolastik dan ditawarkan di universiti dan kolej di Amerika Syarikat dan negara-negara lain di seluruh dunia. GRA paling kerap digunakan seiring dengan GPA, surat cadangan dan faktor-faktor akademik lain dalam proses pemilihan sekolah graduan yang sangat kompetitif. GRE mengandungi 10 PT6123 Ujian dan Pengukuran Psikologi seksyen umum yang menghasilkan skor GRE-V iaitu lisan, dan skor GRE-Q iaitu kuantitatif. Pada tahun 2002, seksyen ketiga dalam GRE yang menilai penaakulan analitik iaitu GRE-A diubah daripada format pilihan jawapan kepada format esei. Sebagai tambahan kepada ujian umum ini untuk semua major kolej, GRE mengandungi seksyen lanjutan yang mengukur pencapaian sekurang-kurangnya 20 bidang seperti psikologi, sejarah dan kimia. Kestabilan GRE berdasarkan Kuder-Richardson dan kebolehpercayaan ganjil adalah memadai dengan pekali sedikit rendah berbanding SAT. Namun, ramalan kesahan GRE ini jauh dari meyakinkan. Menurut House (1998), GRE lebih meramalkan pencapaian pelajar muda dan kurang meramal prestasi pelajar yang lebih tua. Manakala menurut Morrison & Morrison (1995), dengan melihat skor GRE yang selaras dengan GPA, kejayaan graduan dapat diramalkan dengan lebih tepat berbanding tanpa GRE. 2) Miller Analogies Test Menurut Kaplan & Saccuzzo (2018), ujian Miller Analogies adalah ujian kedua terbanyak digunakan bagi ujian kemasukan ke sekolah graduan. Sama seperti GRE, ujian ini digunakan untuk mengukur kebolehan akademik untuk pembelajaran siswazah. Bagaimanapun ujian ini lebih kepada ujian lisan dimana pelajar perlu membezakan hubungan logik untuk 120 masalah analogi yang berbeza-beza, termasuk perkara yang paling sukar dijumpai pada sebarang ujian dalam masa 60 minit. Secara umumnya, kecukupan psikometrik ujian ini adalah munasabah apabila dibandingkan dengan ujian keupayaan secara umum, namun skor GRE dan GPA akan terus menjadi korelasi utama. Data kesahan ganjil bagi ujian ini mencukupi dengan pekali yang tinggi iaitu .80 dilaporkan dalam panduan ujian. Namun, sama seperti GRE, ujian ini kurang sokongan ramalan kesahan. Walaupun terdapat korelasi yang besar dengan GRE (pekali pada tahap rendah .80), pekali kesahan yang dilaporkan dalam manual untuk gred berbeza dari sampel ke sampel dan hanya sederhana (median tinggi .30). Tambahan lagi, ujian ini tidak meramal kebolehan penyelidikan, kreativiti dan faktor-faktor lain kepada sekolah graduan dan 11 PT6123 Ujian dan Pengukuran Psikologi prestasi professional. Namun, sebagai bantuan dalam membezakan antara aplikasi sekolah graduan dan orang dewasa pada tahap keupayaan lisan tertinggi, ujian ini adalah alat yang sangat baik selagi seseorang tetap mengingati bias yang mungkin. Sama seperti GRE, ujian Analogi Miller ini mempunyai bias umur. Ujian Analogi Miller ini lebih meramal pencapaian GPA kumpulan umur 25 hingga 34 tahun dan kurang meramalkan GPA kumpulan umur 35 hingga 44 tahun. House & Keeley (1996), menyatakan Analogi Miller ini lebih meramalkan pencapaian kumpulan umur 45 tahun. Hal ini demikian kerana motivasi untuk pencapaian akademik mungkin tinggi dalam pertengahan umur dewasa menyebabkan pelajar mendapat gred lebiht itnggi dari skor ramalan ujian mereke. 3) The Law School Admission Test (LSAT) Menurut Kaplan & Saccuzzo (2018), LSAT adalah contoh ujian untuk program ijazah professional yang baik. Permasalahan dalam ujian ini tidak memerlukan pengetahuan yang spesifik. Pelajar daripada mana-mana bidang boleh mengambil ujian ini tanpa sebarang bias. Sama seperti ujian Miller Analogies, ujian ini juga merupakan ujian yang agak sukar berbanding ujian piawai lain. LSAT mengandungi tiga permasalahan iaitu kefahaman membaca, pertimbangan logik dan pertimbangan analitikal. Kefahaman membaca dalam ujian ini mempunyai persamaan dengan GRE. Anggaran separuh daripada permasalahan LSAT ini adalah permasalahan pertimbangan logik. Kebolehpercayaan koefisien bagi LSAT adalah .90. Ujian ini meramal GPA tahun pertama di sekolah undang-undang. Melalui ujian ini, lebih ramai wanita mendapat skor yang rendah berbanding lelaki namun ianya tidak menghalang wanita dari memohon kemasukan ke sekolah-sekolah yang berprestij. Secara khusus, golongan wanita dan minoriti cenderung untuk mendapat skor yang rendah dalam LSAT, namun LSAT dan index skor GPA cencerung untuk meramal kejayaan mereka dalam tahun pertama di sekolah undang-undang. Sebaliknya, lelaki bukan minoriti cenderung mendapat GPA tahun pertama yang lebih tinggi daripada yang akan diramalkan oleh skor indeks mereka. 12 PT6123 Ujian dan Pengukuran Psikologi Kesimpulan Secara kesimpulannya, ujian dan alat pengukuran memainkan peranan penting dalam sistem pendidikan dan aspek kehidupan lain. Oleh itu pengguna ujian dan informasi kuantitatif yang lain mesti tahu cara menggunakan ujian tersebut dan mengintepretasikan alat ujian tersebut dengan baik. Selain itu, tujuan ujian adalah untuk mengumpulkan maklumat objektif yang boleh digunakan bersamaan dengan maklumat subjektif untuk membuat keputusan pendidikan yang lebih baik. Penilaian perlu dilakukan kerana untuk matlamat tertentu. Melalui ujian dan penilaian juga akan membolehkan kita membuat anggaran, sama ada matlamat yang telah ditetapkan itu tercapai atau sebaliknya. Selain itu juga, ujian dan penilaian adalah sebagai satu cara untuk mendapatkan bukti yang tepat tentang sesuatu perkara dan amat penting dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat dan berkesan yang dijalankan oleh guru di bilik darjah membantu guru dalam mempertingkatkan pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan serta membantu guru dalam memperkembangkan lagi teknik, kaedah dan mengesan kelemahan pelajar ataupun sebaliknya. Ujian keupayaan piawaian disediakan untuk tujuan apa sahaja. Pemarkahan dan pentadbiran ujian yang mudah memberikan ujian keupayaan kumpulan kelebihan utama berbanding ujian individu. Dalam kebanyakan kes, keputusan dari ujian berkumpulan jauh lebih stabil dan sahih berbanding ujian individu. Namun, bagi sebarang keraguan dalam ujian berkumpulan, pengguna ujian kebolehan berkumpulan perlu merujuk masalah tersebut kepada profesional kompeten yang boleh mengendalikan ujian kebolehan individu. Sistem sekolah awam membuat penggunaan ujian kebolehan kumpulan menjadi lebih meluas. Terdapat banyak ujian-ujian untuk menguji setiap tahap akademik dari pendidikan awal kanak-kanak sehingga sekolah tinggi. Ujian pencapaian bagi ketagori ini termasuklah Standford Achievement Test dan Metropolitan Achievement Test (MAT). Manakala ujian kemasukan ke kolej dan sekolah graduan juga menggunakan ujian kebolehan berkumpulan terutamanya di 13 PT6123 Ujian dan Pengukuran Psikologi Amerika Syarikat dan juga beberapa negara-negara lain. Antara ujian yang yang terkenal adalah seperti SAT dan American College Test (ACT). Bagi pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi ujian yang selalu digunakan adalah GRE, Miller Analogies Test atau ujian yang lebih spesifik bagi sekolah-sekolah tertentu seperti Law School Admission Test (LSAT). Kesemua ujian ini digunakan bagi mengukur kebolehan pelajar dan bertujuan untuk meramal kebolehan dan pencapaian pelajar pada masa hadapan. 14 PT6123 Ujian dan Pengukuran Psikologi RUJUKAN Gardner, E. F. ., Rudman, H. C., Karlsen, B., & Merwin, J. C. (1982). The Stanford Achivement Test (7th ed.). New York: Harcourt Brace Jovanovich. Hopkins, K. D. (1998). Educational and psychological measurement and evaluation. USA: Allyn and Bacon. House, J. D. (1998). Age differences in prediction of student acheivement from graduate record examination scores. Journal of Genetic Pyshology, 159, 379-382. House, J. D. & Keeley, E. J. (1996). Differential prediction of adult student performance from Miller Analogies Test scores. Journal of Genetic Psychology, 157, 501-503. Kaplan, R. M. & Saccuzzo, D. P. (2018). Psychological testing: Principles, applications, and issues. USA: Cengage Learning. Kubiszyn, T. & Borich, G. (1987). Educational testing and measurement: Classroom appliction and practice. USA: Scott, Foresman and Company. Scannell, D. P. & Tracy, D. (1975). Testing and measurement in the classroom. USA: Cengage Learning. Van Schalkwyk, Gertina. (2017). Scholastic Aptitude Test. Encyclopedia of Clinical Neuropsychology, 1-4. Vincent A. Pang. & Denis A. D. Lajium. (2008). Pengetahuan pedagogi guru. Kota Kinabalu: Penerbit UMS. 15