Academia.eduAcademia.edu

Pengenalan israiliyat

Pengenalan Israi'liyyat dari sudut bahasa disandarkan kepada Bani Israil yang bermaksud anak-anak dari keturunan Nabi Ya'qub AS. Ia adalah kata jama' yang merujuk kepada Bani Israil. Israil ialah nama yang diberi kepada Nabi Ya'qub AS yang bermaksud hamba Allah, manakala Bani Israil ialah anak anak Nabi Ya'kub AS dan keturunan seterusnya yang lahir daripada mereka sehingga ke zaman Nabi Musa AS dan para Nabi seterusnya sehingga zaman Nabi Isa AS dan zaman Nabi Muhammad SAW (Abu Syahbah, 2006). Manakala pengertian israiliyat dalam tafsir ialah periwayatan dan kisah-kisah yang bersumberkan dari Ahlul Kitab pada umumnya dan Yahudi pada khususnya yang telah menyerap masuk ke dalam masyarakat Islam dan digunapakai dalam sebahagian Tafsir al-Quran (Khalil Ilyas , 2007). Namun istilah Israiliyyat digunakan oleh ulama tafsir dan hadith terhadap perkara-perkara yang lebih luas, iaitu setiap kisah termasuk cerita lama yang diadakan, dimasukkan ke dalam tafsir. Bahkan sesetengah ulama tafsir dan hadith menganggap Israiliyyat adalah setiap kisah yang dicipta dan disebarkan oleh musuh musuh Islam sehinggalah masuk ke dalam tafsir dengan tujuan untuk merosakkan kesucian Islam (Al-Dhahabi, 1990). Kemunculan israiliyyat dalam riwayat Tafsir Pada zaman Rasulullah SAW, informasi dari kaum Yahudi yang dikenal sebagai israiliyyah tidak berkembang dalam penafsiran al-Quran, Hal ini kerana rasululullah SAW menjadai satu satunya sumber rujukan pada pelbagai masalah atau pengertian yang berkaitan dengan ayat-ayat al

Pengenalan Israi'liyyat dari sudut bahasa disandarkan kepada Bani Israil yang bermaksud anak-anak dari keturunan Nabi Ya'qub AS. Ia adalah kata jama’ yang merujuk kepada Bani Israil. Israil ialah nama yang diberi kepada Nabi Ya’qub AS yang bermaksud hamba Allah, manakala Bani Israil ialah anak anak Nabi Ya’kub AS dan keturunan seterusnya yang lahir daripada mereka sehingga ke zaman Nabi Musa AS dan para Nabi seterusnya sehingga zaman Nabi Isa AS dan zaman Nabi Muhammad SAW (Abu Syahbah, 2006). Manakala pengertian israiliyat dalam tafsir ialah periwayatan dan kisah-kisah yang bersumberkan dari Ahlul Kitab pada umumnya dan Yahudi pada khususnya yang telah menyerap masuk ke dalam masyarakat Islam dan digunapakai dalam sebahagian Tafsir al-Quran ( Khalil Ilyas , 2007). Namun istilah Israiliyyat digunakan oleh ulama tafsir dan hadith terhadap perkara-perkara yang lebih luas, iaitu setiap kisah termasuk cerita lama yang diadakan, dimasukkan ke dalam tafsir. Bahkan sesetengah ulama tafsir dan hadith menganggap Israiliyyat adalah setiap kisah yang dicipta dan disebarkan oleh musuh musuh Islam sehinggalah masuk ke dalam tafsir dengan tujuan untuk merosakkan kesucian Islam (Al-Dhahabi, 1990). Kemunculan israiliyyat dalam riwayat Tafsir Pada zaman Rasulullah SAW, informasi dari kaum Yahudi yang dikenal sebagai israiliyyah tidak berkembang dalam penafsiran al-Quran, Hal ini kerana rasululullah SAW menjadai satu satunya sumber rujukan pada pelbagai masalah atau pengertian yang berkaitan dengan ayat-ayat al-Quran (Rifa’i, 1992). Walau demikian, Rasulullah SAW juga telah memberi kebenaran untuk menerima informasi daripada Ahlul Kitab yang berasal dari Bani Israil sebagaimana yang diriwayatkan dalam sebuah hadis: بلغوا عني ولو آية وحدثوا عن بنى إسرآئيل والحرج، ومن كذب عل ي متعمدا فليتبوأ مقعده من النار Maksudnya: “Sampaikanlah yang datang dariku walaupun satu ayat, dan ceritakan (apa yang kamu dengar) dari Bani Israil dan hal itu tidak ada salahnya. Barang siapa yang berdusta ayatku, maka siap-siaplah untuk menempati tempatnya di neraka.” (Sahih al-Bukhari). Ini menunjukkan bahawa sebenarnya israiliyat telah masuk pada zaman penerimaan wahyu lagi (Khalil Ilyas, 2007). Selepas kewafatan Rasulullah S.A.W banyak berlaku pertembungan pendapat di antara orang Islam dan ahl al-Kitab akibat berlakunya perluasan wilayah Islam pada zaman sahabat dan tabi`in. Jadi, penerapan riwayat Israiliyyat dalam kitab tafsir telah pun bermula, namun para sahabat sangat ketat dalam menerima riwayat daripada kaum Yahudi dan Nasrani. Mereka hanya membataskan kisah-kisah dalam al-Quran kepada apa yang dijelaskanya sahaja secara global, lagipula Nabi SAW sendiri pun tidak banyak menerangkan kepada mereka perihal kisah-kisah tersebut (Usman, 2011). Disamping itu Para sahabat mempunyai pendirian dan begitu teliti dalam mengambil sebarang riwayat daripada ahli al-kitab dan mereka akan menolak kisah-kisah Israiliyyat yang bertentangan dengan syari'at Islam. Al-Dhahabi mengatakan: Keterlibatan para sahabat dalam meriwayatkan Israiliyyat tidak berlebih-lebihan dan masih dalam batas kewajaran (Al-Dhahabi, 1986). Seterusnya, Pada zaman tabi'in, penukilan dari Ahlul Kitab semakin meluas dan cerita-cerita Israiliyyat dalam tafsir semakin berkembang. Sumber daripada cerita-cerita ini adalah daripada orang-orang yang masuk Islam dari kalangan Ahlul Kitab yang jumlahnya cukup banyak dan ditunjang oleh keinginan yang kuat dari orang-orang untuk mendengar kisah-kisah yang ajaib daripada mereka dan kitab mereka. Oleh kerana itu, telah muncul sekelompok mufassir yang ingin mengisi kekosongan fakta pada tafsir dengan memasukkan kisah-kisah yang bersumberkan daripada orang-orang Yahudi dan Nasrani. Akibat daripada itu, kitab tafsir mengandungi pelbagai kisah yang bercampur dengan kisah yang mempunyai sumber yang tidak tepat. Tokoh-tokoh israiliyyat Antara tokoh tokoh israiliyat yang masyhur ialah Abdullah Bin Salam, Ka’ ab al Ahbar, Wahab bin Munabbih dan Abdul Malik bin Abdul Aziz (Sukki Othman, 2009). Tokoh yang pertama, Abdullah b. Salam al-Isra'iliy al- Ansary. Gelarannya Abu Yusuf. Beliau menganut Islam ketika hijrah Nabi s.a.w di Madinah. Beliau merupakan salah seorang sahabat yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai ahli syurga. Beliau dikenali sebagai seorang yang berilmu pengetahuan khususnya yang meliputi ilmu Al-Quran dan ilmu Taurat. Hal ini kerana beliau merupakan ketua pendeta yahudi ketika itu. Saidina Abdullah bin Salam meriwayatkan hadis hadis daripada rasulullah saw. Antara individu yang mengambil hadis daripada beliau ialah, Yusuf dan Muhammad iaitu kedua dua anaknya, Auf bin Malik, Abu Hurairah dan Abu Bardah bin Abu Musa. Beliau wafat pada tahun 43 hijrah di Madinah al Munawwarah. Tokoh yang kedua ialah, Kaab al Ahbar. Nama sebenar beliau ialah Ka’ab bin Mati’ al Humairi. Berkata Imam Nawawin dinamakan al Ahbar kerana banyak ilmunya. Beliau berasal dari Yahudi Yaman. Dari aspek Beliau amat terkenal sebagai seorang pendeta yahudi yang boleh menghafal dan menguasai kitab Taurat. Dari aspek thiqah dan 'adalah, ramai di kalangan ulama' mengakui Ka'ab mempunyai sifat-sifat sedemikian. Sebagai buktinya dikatakan bahawa Ibn 'Abbas dan Abu Hurairah mengambil periwayatan daripada Ka'ab. Begitu juga dengan Imam Muslim, Abu Dawud, Tirmdzi dan Nasa'ie turut mengeluarkan hadith-hadith yang diriwayatkan oleh Ka'ab. Tokoh yang ketiga adalah Wahab b. Munabbih b. Syij. Beliau seorang Yahudi yang berasal dari San'a, Yaman. Ayahnya memeluk agama Islam di zaman Nabi s.a.w. Dan Wahab dilahirkan di zaman Khalifah Uthman pada tahun 34H. Dari sudut keilmuan, Wahab dikenali sebagai seorang ilmuan yang pernah menghasilkan sebuah kitab yang berkaitan dengan peperangan (Al-Waqidi) yang telah diakui oleh Ibn Khalikan (m.681H) sebagai kitab yang berfaedah. Dari aspek keperibadian, ramai dikalangan ulama' yang mengakui kethiqahan Wahab. Di antaranya ialah alDhahabi, al-'Ajaly, Ibn Hajar al-'Asqalani dan al-Nasa'ie. Al-Bukhary turut meriwayatkan hadith yang menceritakan tentang sifat wara' Wahab. (Ishak Sulaiman, 1992) Kesan dan hukum meriwayatkan israiliyyat dalam tafsir Diantara kesan kesannya ialah ialah wujudnya ciri-ciri penafsiran ayat yang dicampur adukkan dengan sumber yang sahih dengan sumber yang tidak sahih yang berunsurkan Israi'liyyat. Di samping menafsirkan ayat-ayat Allah s.w.t melalui sumber-sumber ma'thur seperti dari ayat-ayat Al-Quran dan hadith-hadith yang bersanadkan sahih, maka terdapat juga sanad-sanad yang tidak diketahui asalnya disertakan di dalam penafsiran sesuatu ayat. Selain itu, ia juga akan membawa kepada khayalan khayalan yang negatif apabila sanad-sanad yang lemah dan tidak diketahui puncanya ini telah membawakan cerita-cerita yang khayal dan khurafat khususnya yang bersumberkan dari Israi'liyyat ini. Contohnya, mengetahui secara berlebih-lebihan mengenai kisah-kisah seperti bentuk bahtera Nabi Nuh a.s, jenis pokok yang dilarang Allah untuk didekati oleh Nabi Adam a.s dan cerita-cerita yang seumpamanya. Kesan daripada kecenderungan yang seumpama ini akan lahirlah bentuk-bentuk khayalan (Sukki Othman, 2009) Seterusnya menurut Dr Khalil Ilyas, (2007) setelah ditekuni pada pelbagai pendapat ulama tentang hukum meriwayatkan israiliyat, ianya terbahagi kepada lima hukum. Pertama wajib apabila sesuatu perkara berkait dengan keperluan untuk berdebat dengan ahli kitab. Hal ini kerana firman allah taala yang bermaksud “Dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang terbaik”. Iannya menjadi wajib kerana kaedah mengatakan tidak menyempurnakan sesuatu kewajiban melainkan ianya wajib jua. Kedua sunat apabila israiliyat itu tidak diingkari oleh syara bahkan terdapat kesepakatan dalam mengambil iktibar dari cerita tersebut. Ketiga harus apabila syara tidak membenarkan ataupun mendustakan nas israiliyat tersebut. Hal ini bertepatan dengan hadis rasulullah saw yang bermaksud “jangan kalian membenarkan ahli kitab dan jangan pula mendustainya” . Keempat, makruh apabila israiliyat itu bertepatan dengan syara, tetapi ada golongan yang mengutamakan nas israiliyat daripada nas syara. Contohnya pada menyatakan bilangan ashabul kahfi. Al quran mengatakan hanya allah taala yang mengetahui bilangan mereka tetapi ada golongan yang mengutamkan bilangan bersumberkan israiliyat. Kelima, haram apabila ia bercanggah dengan nas syara dan haram meriwayatkannya secara mutlak. Kesimpulan Konklusinya, kita sebagai umat Islam perlulah memperbanyakkan penyelidikan tentang kemasukan israiliyat yang bercanggah dengan syara di dalam kitab kitab tafsir khususnya dan syara amnya. Hal ini kerana kita perlulah menjaga kesucian dan keluhuran agama kita daripada diracuni oleh musuh musuh Islam iaitu Yahudi dan Nasrani. Rujukan Abu Syahbah, Muhammad bin Muhammad. (2006). Isra’iliyyat dan Hadith Palsu dalam Kitab-Kitab Tafsir. Selangor: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Al-Bukhari. (1981). Sahih al-Bukhari. Beirut: Dar al-Fikr Al-Dhahabi, Muhammad bin Muhammad. (1990). Israi'liyyat fi al-Tafsir wa al-Hadith. Kaherah: Maktabah Al Wahbah. Al- Quran al-Karim, tafsir pimpinan al-Rahman Al-Waqidi, Muhammad bin Umar (n.d.). Kitab al-Maghazi lilwaqidi. Marsden Jones (ed.), j.3, London: Oxford University Press. Ishak Sulaiman. (1998). Israiliyyat dalam Pengajian Tafsir dan Sunnah. Jurnal Usuluddin 8(1), pp. 1-12. Khalil Ilyas. (2007). Ka'bul Ahbar dan kesannya di dalam tafsir. Lubnan: Dar Kutub Islamiyah. Sukki Othman. (2009). Ilmu Tafsir. Selangor: Open University Malaysia. Rifa’i, Zainal Hassan. (1992). Kisah-kisah Israiliyyat dalam Penafsiran al-Quran dalam Belajar Ulum Al Quran. Jakarta: Lentera Basitama. Usman. (2011). Memahami Israiliyyat dalam penafsiran al-Quran. Ulumuna 15(2), pp. 291-312 References Abu Syahbah, M. b. (2006). Isra’iliyyat dan Hadith Palsu dalam Kitab-Kitab Tafsir. Selangor: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Al-Dhahabi, M. H. (1990). Israi'liyyat fi al-Tafsir wa al-Hadith. Kaherah: Maktabah Al Wahbah. Al-Waqidi, M. b. (n.d.). Kitab al-Maghazi lilwaqidi. Marsden Jones (ed.), j.3, London: Oxford University Press. Ilyas, K. (2007). Ka'bul Ahbar dan kesannya di dalam tafsir. Lubnan: Dar Kutub Islamiyah. Othman, S. (2009). Ilmu Tafsir. Selangor: Open University Malaysia. Rifa’i, Z. H. (1992). Kisah-kisah Israiliyyat dalam Penafsiran al-Quran dalam Belajar Ulum Al Quran. Jakarta: Lentera Basitama.