Academia.eduAcademia.edu

KAJIAN MENGENAI SULAM CABUT DI SARAWAK jurnal

Abstrak Sebuah negeri yang dikenali sebagai Bumi Kenyalang ini merupakan salah satu negeri yang menarik pelbagai perhatian pelancong untuk ke negeri ini. Selain itu, menurut Yaacob (2013) Melayu Sarawak juga berasal daripada golongan peribumi yang memeluk Islam hasil daripada aktiviti perdagangan dan asimilasi sosiobudaya ini menjadikan imej mereka sebagai " Melayu ". Dengan kekayaan budaya dan keunikan serta kreatifnya masyarakat di sini menggamit mata dan rasa untuk megetahui lebih mendalam lagi rahsia negeri ini. Kepelbagaian peribumi di Sarawak telah mendorong kepada hasil kreatif seni oleh masyarakat mereka sendiri. Kajian ini dijalankan kerana pengkaji ingin mendalami keunikan masyarakat di Sarawak ini sendiri dengan mengenalpasti penjahit sulam cabut dalam kalangan masyarakat Sarawak ini. Kajian ini merupakan langkah yang baik dalam menonjolkan salah satu keunikan masyarakat Sarawak kepada negeri luar. Pengkaji akan menyenaraikan setiap satu corak yang terdapat dalam penghasilan sulam cabut. Selain itu, pengkaji juga mendokumentasikan strategi pemasaran sulam cabut agar mendapat sambutan baik di dalam Sarawak mahupun luar Malaysia. Dengan menggunakan kaedah kualitatif, temubual dijalankan bagi mendapatkan data kajian. Data kajian diperolehi dengan menggunakan dua teknik iaitu teknik bola salji dan teknik ketepuan data.

KAJIAN MENGENAI SULAM CABUT DI SARAWAK. Siti Nurhazimah bt Haris Shaifuddin Abstrak Sebuah negeri yang dikenali sebagai Bumi Kenyalang ini merupakan salah satu negeri yang menarik pelbagai perhatian pelancong untuk ke negeri ini. Selain itu, menurut Yaacob (2013) Melayu Sarawak juga berasal daripada golongan peribumi yang memeluk Islam hasil daripada aktiviti perdagangan dan asimilasi sosiobudaya ini menjadikan imej mereka sebagai “Melayu”. Dengan kekayaan budaya dan keunikan serta kreatifnya masyarakat di sini menggamit mata dan rasa untuk megetahui lebih mendalam lagi rahsia negeri ini. Kepelbagaian peribumi di Sarawak telah mendorong kepada hasil kreatif seni oleh masyarakat mereka sendiri. Kajian ini dijalankan kerana pengkaji ingin mendalami keunikan masyarakat di Sarawak ini sendiri dengan mengenalpasti penjahit sulam cabut dalam kalangan masyarakat Sarawak ini. Kajian ini merupakan langkah yang baik dalam menonjolkan salah satu keunikan masyarakat Sarawak kepada negeri luar. Pengkaji akan menyenaraikan setiap satu corak yang terdapat dalam penghasilan sulam cabut. Selain itu, pengkaji juga mendokumentasikan strategi pemasaran sulam cabut agar mendapat sambutan baik di dalam Sarawak mahupun luar Malaysia. Dengan menggunakan kaedah kualitatif, temubual dijalankan bagi mendapatkan data kajian. Data kajian diperolehi dengan menggunakan dua teknik iaitu teknik bola salji dan teknik ketepuan data. 1. Pengenalan Sesungguhnya, peningkatan permintaan produk kraf di Malaysia pada hari ini telah mempengaruhi kepada pembangunan personaliti seseorang usahawan kraf didalam aspek inovasi, komitmen, dan juga keinignan untuk berjaya didalam perniagaan mereka. Malahan pembangunan industri kraft di beberapa buah negara di Asia Tenggara adalah diantara faktor penyumbang terpenting kepada pembangunan personaliti seseorang usahawan dan juga Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Sememangnya, industri kraf memerlukan inovasi dan idea baru dalam semua aspek ke arah memastikan penghasilan produk berkualiti dan diterima pengguna. juga bersetuju dan turut memperkatakan bahawa produk dan perkhidmatan seni pada hari ini dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi sesebuah masyarakat dan negara, namun ia perlu dilakukan dengan kadar komitmen yang tinggi terhadap fungsi estetika yang positif, mesti memenuhi ruang psikologi dan bertanggungjawab. (Abd Halim, Mudam,Wan Mohd Amin, 2011) Rakyat Malaysia beruntung dari segi budaya mahupun keunikan etnik yang dimiliki mampu membantu untuk membentuk sebuah industri kraftangan yang mampan. Teknologi yang serba baru juga membantu dalam meningkatkan pendapatan bagi masyarakat yang terlibat di dalam industri kraftangan ini. Di samping itu, kerajaan banyak membantu dalam pemberian pinjaman malah kursus atau latihan yang diberikan secara percuma kepada masyarakat yang melibatkan diri dalam bidang tersebut. Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia yang juga dikenali sabagai Kraftangan Malaysia ialah sebuah agensi kerajaan dibawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang bertanggungjawab penuh untuk melaksanakan industri kraf sebagai pemangkin dan penyumbang utama kepada ekonomi negara. Kraftangan Malaysia yang telah ditubuhkan pada 1 haribulan Oktober 1979 dibawah Akta Perbadanan Kraftangan Malaysia atau akta 222 bermatlamatkan untuk memelihara kraftangan tradisi dan mempertingkatkan aktiviti kraf untuk menajadi sebuah industri yang lebih kompetitif. Hasil tangan dari 26 suku kaum yang terdapat di Sarawak ini melambangkan budaya, kepercayaan dan kreativiti masyarakat. Seni artistik yang ditonjolkan pada produk akhir kraftangan menunjukkan bahawa masyarakat dan pembuatnya telah dapat menjiwai kemahiran tersebut yang boleh dilihat melalui warna, corak, susunan dan kehalusan kerja tangan mereka. Hasil pembuatan seni halus ini jelas mengangkat idea dan ketabahan pembuatnya yang akhirnya menjadi idaman agar kraftangan yang dihasilkan difahami dan dihargai oleh pemilik akhirnya nanti. Pua kumbu, tikar rotan, bakul bemban, ukiran kayu, tembikar dan manik merupakan sebahagian daripada produk kraftangan yang begitu sinonim dengan Bumi Kenyalang. Motif-motif tertentu diterapkan bagi melambangkan identiti setiap etniknya yang banyak dipengaruhi oleh persekitaran dan kepercayaan mereka. Kerja tangan ini bukan mudah untuk dihasilkan kerana penghasilannya mengambil masa yang banyak. Pelancong yang datang ke Sarawak selalunya membawa kraftangan yang terkenal ini untuk di bawa balik bersama. Menurut (Sahari & Hj Hassan, 2011) yang memetik daripada Sulaiman (1989), bahawa kraftangan didefinisikan sebagai aktiviti atau kegiatan penghasilan produk: daripada hobi atau kegiatan kegemaran individu yang berbentuk tradisional, dihasilkan secara tradisional dan digunakan secara turun temurun yang mempunyai fungsi tertentu artikraf – barangan yang dibuat yang mempunyai nilai seni yang sangat tinggi kraf komersial – barangan untuk dijual 1.1 Latar Belakang Kajian Orang Melayu di Sarawak mewakili 23% daripada penduduk di Sarawak. Mereka sebahgin besar mendiami wilayah selatan dan kawasan bandar Sarawak.dengan mempunyai pelbagai kumpulan etnik, negeri terbesar di Malaysia ini mempunyai pelbagai jenis pakaian suku kaum yang unik. Pakaina tersebut pula dihasilkan dengan menggunakan pelbagai reka bentuk dan motif ghaib, motif yang mewakili etnik itu sendiri yang diilhamkan melalui mimpi dan kepercayaan animis purba. Corak-corak yang terhasil adalah gabungan sebenar dan nyata. Setiap tenunan yang terhasil melambangkan peribadi penenun itu sendiri. Baju kurung merupakan sejenis blouse longgar yang berukuran panjang paras lutut yang biasanya dipakai dengan skirt panjang yang dilipat tepi. Ia juga boleh dipadankan dengan kain tradisional seperti songket ataupun batik. Lazimnya pakaian tradisional ini selesai dengan selendang ataupun tudung Melayu. Baju Melayu merupakan pakaian yang berbentuk kemeja longgar yang dilengkapi dengan seluar panjang. Biasanya, baju Melayu dihiasi dengan kain samping yang diikat di bahagian pinggang untuk menyerlahkan lagi identiti masyarakat Melayu. Di Sarawak, masyarakat Melayu menghargai seni sulaman dengan terkenal dengan sulaman cabut ataupun dikenali sebagai Simo adalah gelaran bagi sulam cabut yang ditutur oleh penduduk tempatan Sarawaksimo di Sarawak. Sulam tersebut amat terkenal sebagai hiasan di hujung lengan baju kurung ataupun baju Melayu. Sulam tersebut turut menghiasi bahagian poket hadapan atau di bahagian leher baju Melayu. Baju kurung juga mengaplikasikan sulam yang sama cuma tidak terdapat di bahagian poket baju kurung. Kebiasaanya sulam cabut menjadi kebanggan apabila masyarakat meraikan perayaan ataupun menghadiri Pengilan ialah gelaran bagi majlis kenduri di Sarawak dan dituturkan oleh penduduk Sarawak.pengilan. Teknik sulaman bagi sulam cabut biasanya dipanggil tenunan jarum dalam kalangan penjahit sulam cabut. Biasanya penyulam akan menggunakan tiga helai kapas dan melucutkan setiap helai benang pada baju dan menggabungkan semula dengan melakukan tenunan jarum tersebut. proses untuk mendapatkan hasil yang baik amat memerlukan kesabaran dan minat yang tinggi. Jika diperhatikan secara terperinci semua reka bentuk yang ada kebanyakkannya masih mengekalkan nilai tradisional. Amnya, upah untuk menjahit sulaman cabut ini adalah dari RM 70.00 ke RM 300.00 bagi setiap sulaman. Harga yang diberi juga bergantung kepada kualiti kain dan jenis atau corak sulaman cabut ini. Hal ini kerana bahawa reka bentuk yang lebih rumit daripada sulaman mudah yang lain. Penyulam beranggap bahawa teknik ini lebih rumit dan memerlukan kemahiran dan penjagaan tambahan untuk menghasilkan sulaman yang cantik dan kemas. Apabila gaya yang datang ke dalam bidang fesyen telah berubah, maka perubahan telah terjadi pada sulaman cabut ini. Ketersediaan penyulam pakar yang terhad ditambah lagi dengan kekurangan pendedahan yang dibawa kepada sulam cabut tidak lagi berada dalam carta industri fesyen. 2. Sorotan Kesusasteraan Menurut (Ismail, 2005) masyarakat minangkabau perkataan sulaman indah ditujukan kepada teknik menyulam tangan dengan menggunakan bahan benang emas, perak dan kelengkang di atas kain baldu, linen dan sutera. Istilah suji juga kerap disebut tetapi khusus menggunakan benang kapas berwarna sulaman “kepalo samek’ berselang seli dengan jaluran benang emas. Menurut Bosera (2009) pada asasnya, seni sulaman di seluruh dunia adalah sama, sama ada dari segi cara ataupun hasilnya. Apa yang membezakan seni di antara negara ialah, cara sesebuah negara ataupun kawasan memperkenalkan jenis tertentu untuk lebih menyerlahkan cirri-ciri khas sulaman seperti India terkenal dengan sulaman Sisha dan sulaman Bayangan. Bagi negara Mesir masyarakatnya mengamalkan sulaman menggunakan benang putih yang berlatarkan fabrik rona sama. Namun kemahiran sulaman di zaman itu begitu terperinci dan rumit walaupun menghasilkan sesuatu yang sangat elok dipandang. Kemahiran tersebut juga tidak diwarisi oleh masyarakat moden. Kerja tangan tersebut diubahsuai oleh masyarakat Jerman dengan menambah sulaman halus kerawang menggunakan jahitan, fabrik, serta corak yang terperinci. Sulaman Inggeris dari England pula dipanggil whitework yang menggunakan corak bungaan, daun dan dahan. Kemudiannya sulaman tersebut ditambah dengan sulaman kerawang tangan untuk memperbaiki hasil kerja tangan mereka yang dipercayai bermula di Czechoslovakia. Sulaman tersebut diberi nama Madeira dan dilakukan secara komersial untuk dijual kepada pelancong. Malaysia pula memiliki kekayaan seni benang tenunan seperti sulaman songket terutama di Terengganu dan Perak. Perkataan songket membawa maksud menyulam menggunakan benang emas dan perak manakala songket pula tidak disulam sebaliknya ditenun dengan diselang seli benang sutera secara membujur. Masyarakat Malaysia telah menjadikan seni tersebut sebagai aktiviti yang berfaedah untuk kaum wanita di mana anak-anak dilatih daripada kecil agar menguasai seni tersebut pada usia muda. 3. Metodologi Kajian Metodologi juga merujuk kepada kaedah yang paling sesuai untuk digunakan bagi menjalankan penyelidikan dan menentukan tatacara yang paling efektif bagi menjawab permasalahan kajian. Metodologi kajian juga boleh dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu proses perancangan, proses aplikasi, dan proses analisis. Proses perancangan boleh melibatkan kepada pembentukan hipotesis dan pemilihan reka bentuk, manakala proses aplikasi pula melibatkan kepada kaedah pengumpulan data, pemilihan sampel ujian rintis serta proses analisis. (Hua, 2016) Dua teknik yang digunakan di dalam menjalankan kajian ini adalah teknik bola salji dan teknik ketepuan data. Teknik bola salji ialah teknik yang digunakan apabila informan agak sukar untuk ditemui. Maka, pengkaji boleh menggunakan kaedah meminta informan memperkenalkan kepada informan yang lain, sama ada; bertanya kepada keluarga atau rakan-rakan ; terlibat dengan masyarakat yang dipelajari ; mendekati organisasi yang berkait dengan bidang yang dikaji. Teknik kedua ialah teknik yang digunakan apabila pengkaji tidak mencapai data sasaran. Oleh itu, pengkaji boleh menggunakan teknik ketepuan data yang boleh membantu mendapatkan lebih banyak data. Teknik ini juga membolehkan pengkaji mendapatkan data berlainan untuk mendapatkan maklumat yang sama. Sekiranya informan B memberikan maklumat yang berlainan daripada informan A maka penyelidik bertanggungjawab untuk mencari informan yang lain. Hal ini bertujuan agar tidak terdapat maklumat yang lain setelah semua informan ditemubual. 4. Dapatan Kajian Informan yang telah ditemubual dan memberi kerjasama sepanjang kajian dijalankan. Rajah 1: Informan yang ditemubual Bil Informan Asal Umur Corak yang mahir 1 Puan Norhayati bt Aput Kampung Lintang, Kuching 48 tahun Corak susun bata Corak pucuk rebung Corak anyam ketupat Corak bunga raya 2 Puan Khadijah bt Bujang Matang, Kuching 50 tahun Corak susun batu bata Corak kipas Corak pucuk rebung Corak tali air Corak bunga raya Corak tampal tapak kaki itik dan anyam ketupat 3 Puan Rabiah Bt Bujang Samariang, Kuching 56 tahun Pucuk rebung Tampuk manggis Tikar mengkuang Karipap Kipas Akar kayu Tulang belut Bunga cengkih 4 Puan Dyg Rabiah bt Abg Sa’ad Kpg Sindang, Kota Samarahan 46 tahun corak bunga buluh sisik ikan. Jadual 1: Penjahit sulam cabut dan corak yang dikenali Perkara Puan Norhayati bt Aput Puan Rabiah bt Bujang Puan Khadijah bt Bujang Puan Dyg. Rabiah bt Abg Sa’ad Corak paling diminati pelanggan Corak pucuk rebung Tikar mengkuang, bunga cengkih, kipas Corak kipas dan bunga melur Corak sisik ikan Harga Rm 60 – Rm 70 serta baju Rm 50 ke Rm 80 Rm 80 ke Rm 150 Rm 80 ke Rm 100 Proses penempahan Sebelum raya dan majlis kahwin Tidak mengambil tempahan untuk raya Sebelum raya dan majlis kahwin Sebelum raya dan majlis kahwin Strategi promosi Kaedah mulut ke mulut Mempromosi semasa bekerja di kedai jahitan Kaedah mulut ke mulut Kaedah mulut ke mulut Proses pembelajaran Diajar turun-temurun Minat dan belajar sendiri Diajar oleh rakan yang sama bidang Minat sendiri Jadual 2 : Perbezaan dan persamaan input informan Apa yang dapat disimpulkan di sini ialah semua informan yang terlibat mempunyai persamaan dan perbezaan dalam menjalankan kegiatan seni mereka. Mereka merupakan artis yang dipinggir apabila mereka tidak lagi aktif. Arus kemodenan telah membuatkan mereka tidak nampak di mata masyarakat. Bakat yang ada disembunyikan begitu sahaja. Jika tidak dipecahkan ruyung manakan nak dapat sagunya. Mereka seharusnya diberi perhatian untuk mengangkat lagi martabat seni budaya di Sarawak sendiri. Bagi pelanggan Puan Norhayati, mereka lebih meminati corak pucuk rebung dalam menghasilkan corak sulam cabut. Beliau juga menawarkan kadar harga paling murah iaitu sebanyak Rm 60 ke Rm 80 beserta baju yang suda siap dijahit. Beliau juga menerima tempahan sebelum bulan puasa agar tidak kekurangan masa untuk menyiapkan tempahan yang awal. Beliau juga menjalankan promosi dari mulut ke mulut untuk menarik perhatian pelanggan. Oleh kerana beliau perlu berulang alik dari Kuching ke Sri Aman, maka beliau kurang mengambil tempahan di Kuching. Hal ini kerana beliau takut menanggung apa-apa risiko yang berlaku pada baju pelanggan. Puan Norhayati juga perlu merasa bangga kerana beliau dilahirkan dalm keluarga yang meminati seni. Kesenian tersebut telah diwarisi oleh beliau dalam mencari pendapatan yang lebih. Pelanggan puan Rabiah bt Bujang pula merasakan pelanggan beliau agak meminati corak tikar mengkuang, bunga cengkih, dan corak kipas. Kadar harga yang ditetapkan pula ialah sebanyak Rm 50 bagi corak yang mudah dan Rm 80 bagi corak yang agak sukar untuk dibentuk. Namun beliau tidak mengambil sebarang tempahan sulam cabut kerana sulam cabut agak rumit dilakukan dan memerlukan masa yang lama. Maka untuk mengurangkan risiko, beliau tidak mengambil sebarang tempahan sebelum puasa dan raya. Promosi dilakukan di tempat kerja beliau sebelum ini. Malah masih ada pelanggan ke rumah beliau setelah beliau berhenti menjahit di kedai tersebut. Puan Rabiah amat meminati sulam cabut oleh itu beliau mencuba nasib di dalam bidang ini. Puan Khadijah pula seorang tukang jahit dan dipengaruhi oleh rakan yang terlibat sama di dalam bidang sulam cabut ini. Pelanggan beliau amat meminati corak kipas dan bunga melur. Harga yang ditetapkan pula adalah sebanyak Rm 80 pada poket dan hujung tangan sahaja. Beliau menerima tempahan pada bulan puasa namun masih menghadkan penempahan dari pelanggan kerana beliau tidak berani menanggung risiko baju raya tidak sempat disiapkan. Promosi juga dilakukan dari mulut ke mulut. Akhir sekali adalah Puan Dyg Rabiah yang berpendapat bahawa pelanggan beliau amat meminati corak sisik ikan dalam menghasilkan sulam cabut. Beliau juga menerima tempahan namun hanya sulam pada baju sahaja. Tiada khidmat menjahit baju yang ditawarkan. Harga yang ditetapkan ialah Rm 80 untuk poket dan hujung tangan. Beliau juga mengadakan promosi secara mulut ke mulut dalam menarik perhatian pelanggan. Malah beliau juga menggunakan baju yang telah siap di sulam untuk dipakai ke majlis-majlis keramaian. 5.1 Perbincangan dan Rumusan Industri kraftangan negara merupakan salah satu proses kerja penghasilan produk kraftangan. Industri ini merupakan industri yang besar untuk membantu meningkatkan tahap kehidupan masyarakat terutama masyarakat desa di negara Malaysia. Oleh itu perlunya wujud pelbagai tindakan untuk memajukan industri ini selangkah lebih jauh dan lebih baik lagi. Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Ia jelas membawa maksud supaya seseorang harus mencari inisiatif yang pelbagai bagi mendapatkan hasil yang memberansangkan. Nafas baru yang ditiupkan ked lam industri kraftangan boleh membantu menghidupkan lagi industri ini. Dalam nada pendekatan lain juga, sebenarnya mana-mana individu boleh mendimensikan industri kraftangan mengikut acuan dan dinamik mereka tersendiri. Hal ini secara tidak langsung dapat mengangkat martabat industri kraftangan negara ke arah yang lebih baik dan lebih membanggakan. Dalam hal ini pengusaha kraftangan perlulah memvariasikan corak, nilai estetika dan keaslian produk kraftangan yang dihasilkan bagi menjana industri kraftangan negara. Selaras itu, usaha bersepadu ini dilihat sebagai formula yang dinamik dalam usaha meningkatkan daya saing produk tempatan ke arah peringkat antarabangsa. Maka, adalah penting bagi penyelidik menulis refleksi dengan segera selepas temubual. Refleksi ini mengandungi makna-makna yang dicadangkan dalam temubual, nota deskriptif tentang tindakbalas lisan dan bukan lisan, pandangan dan pemikiran penyelidik sendiri tentang temubual. Nota pasca temubual membolehkan penyelidik memantau proses pengumpulan data di samping mula menganalisis maklumat. Rujukan Hua, A. K. (2016). Pengenalan Rangjakerja Metodologi dalam Kajian Penyelidikan. Malaysia Journal of Sciences and Humanities , 17-24. Ismail, S. Z. (2005). WIlayah Budaya Sulaman Benang Emas. Kuala Lumpur: Dewan Budaya dan Pustaka. Muhammad Abi Sofian Abd Halim, Mohd Shaladdin Mudam, Wan Abdul Aziz Wan Mohd Amin. (2011). Usahawan Kraf di Malaysia: Analisa Laluan Terhadap Perhubungan Inovasi Produk, Komitmen Perniagaan dan Perkembangan Perniagaan. PROSIDING PERKEM VI, JILID 2 , 208 – 217. Patton, M. (1990). Qualitative Evaluation and Research Methods. Newbury Park, CA: Sage Publications, Inc. Sahari & Hj Hassan. (2011). Plastik: Satu evolusi, inovasi atau ancaman dalam identiti seni , 17. SJ Taylor dan R Bogdan. (1984). Introduction to Qualitative Research Methods: The Search for Meaning. Toronto: John Wileys and sons. 11