Academia.eduAcademia.edu

JURNAL MINGGU 1

JURNAL MINGGU 1 Masalah Pada minggu pertama, saya dapat mengenal pasti masalah besar dalam kalangan murid saya. Sepanjang minggu ini saya mengidentifikasikan murid-murid saya menghadapi masalah dalam kemahiran membaca. Di dalam kelas saya hanya empat daripada sepuluh murid sahaja dapat membaca dengan lancar. Selebihnya, menghadapi masalah untuk membaca dengan lancar. Terdapat juga beberapa murid masih tidak dapat membentuk suku kata dengan betul. Terdapat dua orang murid pemulihan masih tidak mengenal abjad dan masih tidak dapat menulis nama mereka sendri dengan menggunakan tulisan rumi. Hal ini jelas mengambarkan bahawa murid-murid saya berdepan dengan masalah dalam kemahiran membaca. Analisis masalah Kelas saya diliputi dengan variasi murid. 30% daripada jumlah murid saya boleh membaca dengan lancar. 30% murid saya boleh membentuk suku kata tetapi, tidak boleh membaca dengan merangkaikan suku kata tersebut. Manakala, 20% murid dapat membentuk suku kata dan 20% lagi pula tidak mengenal abjad. 30% murid yang membaca hanya dapat membaca sahaja. Mereka tidak dapat menaakul pembacaan meraka. Membaca merupakan kemahiran yang sangat berguna dalam kehidupan seharian kita. Melalui pembacaan, seseorang itu dapat memperoleh berbagai-bagai maklumat yang diperlukannya. Murid perlu membaca untuk mendapatkan ilmu pengetahuan yang luas. Melalui kemahiran membaca sahaja dapat meningkatkan perbendaraan kata atau kosa kata seseorang. Jika perbendaraan kata tinggi, maka murid tersebut boleh bertutur dan boleh berkomunikasi dalam bahasa Melayu. Menurut Leferre (1973), membaca merupakan satu proses yang berkait rapat dengan bahasa, iaitu membaca sebagai a language related process. ‘A language related process’ yang dimaksudkan oleh Leferre (1973) bererti membaca merupakan suatu proses bahasa. Sesuatu bahasa bermula daripada bunyi. Tulisan pula melambangkan bunyi. Apabila membaca tulisan tersebut, maka murid-murid akan mula berkenalan dengan bunyi-bunyi bahasa tersebut. Oleh itu, kemahiran membaca merupakan suatu proses bahasa yang sangat afdal bagi perkembangan sesuatu bahasa. Perkara yang sama juga dikemukakan oleh Harris dan Sipay (1980). Harris dan Sipay (1980) menyifatkan proses membaca sebagai proses untuk memperoleh tafsiran yang bermakna tentang lambang-lambang bercetak atau bertulis yang bermakna. Bunyi adalah konkrit asas sesuatu bahasa. Untuk mengelakkan bunyi tersebut dihapus oleh peredaran zaman, maka tokoh-tokoh bahasa kita telah menukarkan bunyi-bunyi kepada tulisan sebagai bahan rujukan untuk generasi akan datang selain, sebagai bahan bukti. Menurut Siti Hajar Abd Aziz (2009:143), membaca satu tindakan komunikasi iaitu satu proses berfikir yang melibatkan idea, kenyataan dan perasaan yang disampaikan oleh penulis kepada pembaca melalui perantara lambang-lambang bahasa. Beliau mengemukakan pendapat beliau bahawa bahasa juga merupakan suatu tindakan atau proses komunikasi. Sesuatu bahasa akan bertempuh dengan kepupusan jika bahasa tersebut tidak lagi digunakan oleh masyarakat. Perbendaraan kata, hukum bahasa dan sebagainya akan lenyap jika bahasa tersebut tidak dipraktikan oleh penutur dalam kehidupan harian mereka. Oleh itu, komunikasi sangat penting untuk memastikan bahasa tersebut terus berkekalan di alam semesta ini. Mengikut pandangan Siti Hajar Abd Aziz (2009:143) yang menyatakan bahawa membaca suatu proses komunikasi berfikir yang melibatkan idea, maka penutur-penutur perlu mengamlkan budaya membaca serta perlu mewariskan amalan mulia tersebut kepada generasi akan datang untuk mengelakkan bahasa kebangsaan kita menemui kepupusan. Cadangan untuk memperbaiki Teknik Membaca SQ3R SQ3R ialah teknik membaca kritis yang telah diperkenalkan oleh Robinson (1961). Teknik ini merupakan satu kaedah membaca yang memerlukan seseorang mempersoal kesesuaian maklumat yang terdapat dalam suatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu diselesaikan. SQ3R adalah singkatan bagi; S (survey) tinjau Q (question) soal/tanya R (read) baca R (recite) imbas kembali atau nyatakan secara lisan R (review) baca semula Survey (tinjau) ialah langkah membaca untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang perkara yang terkandung dalam sesuatu bahan bacaan. Langkah ini dapat dilakukan dengan meneliti tajuk besar, tajuk-tajuk kecil, gambar-gambar atau ilustrasi, lakaran grafik, membaca perenggan pengenalan, dan perenggan terakhir di bahagian-bahagian buku atau teks. Melalui cara ini juga,murid dapat mengaplikasikan teknik membaca pantas iaitu skimming dan scanning. Question (soal atau tanya) ialah langkah yang memerlukan pelajar menyenaraikan beberapa soalan mengenai teks tersebut yang berkaitan dengan keperluan tugasan mereka. Soalan-soalan tersebut menunjukkan keinginan pembaca tentang maklumat yang ingin diperoleh dari bahan tersebut dan akan menjadi suatu garis panduan semasa membaca. Pelajar akan cuba mencari jawapan kepada soalan-soalan tersebut. Read (baca) ialah peringkat pelajar sebenarnya membaca bahan atau teks tersebut secara aktif serta mencuba mendapat segala jawapan kepada soalan-soalan yang telah disenaraiakannya sebelum ini. Ketika membaca, pelajar mungkin juga akan menyenaraikan soalan-soalan tambahan, berdasarkan perkembangan kefahaman dan keinginannya sepanjang melakukan pembacaan. Pelajar mungkin juga mempersoal pendapat atau maklumat yang terdapat yang ditemuinya. Recite (imbas kembali) ialah peringkat yang ketiga. Setelah selesai membaca, pelajar cuba mengingat kembali apa yang telah dibaca dan meneliti segala yang telah diperoleh. Pemilihan maklumat yang sesuai dilakukan dalam konteks tugasannya. Pelajar juga boleh cuba menjawab soalan-soalan yang disenaraikan sebelumnya tanpa merujuk kepada kepada nota atau bahan yang telah dibaca. Review (baca semula) merupakan peringkat terakhir. Pelajar membaca bahagian-bahagian buku atau teks secara berpilih untuk mengesahkan jawapan-jawapan kepada soalan yang dibuatnya di langkah ketiga. Pelajar juga memastikan tiada fakta penting yang tertinggal. Kaedah mengotak Masalah utama murid adalah tidak dapat merangkaikan suku kata. Mereka dapat membentuk atau dapat mengeja sukukata dengan betul. Tetapi, mereka mengalami kesukaran apabila membaca dengan mencantumkan atau merangkaikan suka kata tersebut. Mereka menjadi keliru apabila merangkaikanya. Hal ini menyebabkan mereka tidak dapat membaca atau merangkaikan sesuatu perkataan dengan betul. Cara pengaplikasian kaedah ini adalah seperti berikut: ba ca Dalam kaedah mengotakkan suku kata, murid sendiri akan mencerakinkan suku kata. Melalui kedah cerakinan ini murid dapat melihat mengagihan suku kata dengan lebih jelas dan dapat membunyikannya dengan lebih tepat. Kaedah ini memang mengambil masa. Murid perlu mengotakkan semua suku kata terlebih dahulu kemudian, membacakannya. Saya berpendapat bahawa lebih baik mereka mengambil masa mengotakkan dan membacakannya daripada tidak membaca. 4. Tempoh penyelesaian Jika terdapat masalah yang sama pada murid yang akan saya ajar pada praktikum fasa 3, saya akan cuba untuk menyelesaikan masalah ini dengan secepat yang mungkin. 5. Penilaian kejayaan Dalam melaksanakan cadangan penambahbaikan dan tindakan susulan bagi menyelesaikan masalah ini, saya akan meminta kerjasama guru pembimbing saya, pensyarah pembimbing serta rakan-rakan lain terutamanya, rakan praktikum saya untuk memberi penilaian terhadap kejayaan saya. 6. Tindakan susulan Saya merasakan Kaedah Mengotak lagi berkesan berbanding dengan Teknik Membaca SQ3R. Hal ini kerana, murid saya kekurangan perbendaraan kata dan mengalami masalah dalam memahami bahasa Melayu. Dalam situasi ini, saya lebih mensyorkan Kaedah Mengotak. Hal ini kerana, kaedah ini lebih mudah dan berkesan. Kaedah ini berpusatkan murid. Murid memainkan peranan besar dalam kaedah ini berbanding dengan pihak lain, termasuk guru. Oleh sebab kaedah ini berpusatkan murid, maka kaedah ini memberi kesan yang mendalam dalam sanubari murid. Pengaplikasiaan kaedah ini menyebabkan murid akan mula membaca dengan lebih lancar dalam waktu yang singkat. BIBLIOGRAFI http://ekspresibahasamelayu.blogspot.my/2013/04/definisi-dan-konsep-kemahiran-membaca.html (atas talian 12 Feb. 17) http://mahirkb.tripod.com/olehbaca.htm (atas talian 12 Feb. 17) http://studentsrepo.um.edu.my/538/5/CHAP2.pdf (atas talian 12 Feb. 17)