Academia.eduAcademia.edu

Flavour of Turkey v.docx

Turkey in Islam

Pendahuluan Tajuk video yang saya pilih kali ini ialah Discovery Channel Flavour of Turkey. Video yang mengambil masa 44 minit ini dipilih daripada youtube dengan kadar tontonan yang tinggi iaitu seramai 217,709. Negara Turki melintasi dua benua, Asia dan Eropa. Kerana lokasinya itu, Turki telah memainkan peran penting baik dalam sejarah Asia maupun Eropa. Selama sekitar 600 tahun, Turki adalah pusat Daulah Uthmaniah yang besar. Pada puncak kekuasaannya, pemerintahan ini memperluaskan kuasa dari Eropa tengah bagian timur hingga ke Asia Barat Daya dan Afrika Utara. Penduduk Daerah yang kini menjadi negara Turki telah dihuni oleh berbagai bangsa sejak zaman kuno. Daerah ini adalah tempat kelahiran bangsa Het, salah satu peradaban paling awal. Kemudian, orang Yunani dari Eropa dan orang Arab serta bangsa-bangsa lain dari Asia menetap di bahagian wilayah ini. Orang Turki berasal dari Asia Tengah. Mereka tiba setelah tahun 1000 M dan akhirnya menjadi penduduk yang dominan. Hari ini, orang Turki membentuk sebahagian besar penduduk negara ini. Orang Kurdi adalah orang-orang non-Turki. Sebahagian besar dari mereka tinggal di bahagian tenggara Turki. Mereka membentuk kelompok minorIiti terbesar, dengan sekitar 20 peratus dari populasi. Bahasa dan Agama Bahasa Turki, bahasa rasmi negara, berasal dari Asia. Pada suatu waktu huruf Arab digunakan untuk menulis bahasa Turki. Tapi alfabet Romawi yang dimodifikasi sekarang lebih digunakan. Hampir semua orang Turki memeluk Islam Cara Hidup Cara hidup orang Turki menggabungkan tradisi Eropah dan Asia. Penampilan dan pakaian kebanyakan orang Turki menyerupai orang Eropah. Tapi makanan, seni dan kerajinan, serta cerita rakyat Turki lebih mencerminkan pengaruh Asia. Hidangan kegemaran orang Turki adalah kebab shish, potongan kecil daging dan bawang yang dipanggang di atas panggangan arang. Orang Turki pertama kali belajar membuat kopi di Yaman selama tahun 1500-an, setelah mereka menakluki semenanjung Arab. Mereka membawa kopi ke Turki dan kemudian memperkenalkannya ke Eropah. Geografi Turki Asia dan Turki Eropa dipisahkan oleh selat Bosporus, Laut Marmara, dan selat Dardanella. Perairan sempit ini menjadi salah satu jalur laut paling strategik di dunia. Turki Asia, disebut Anatolia , sering disebut sebagai Asia Kecil. Dua pergunungan utama melintasinya dari arah timur ke barat. Di utara, Pergunungan Anatolia Utara mengikuti pantai Laut Hitam. Di selatan, Pergunungan Taurus mengikuti pantai Laut Mediterania. Pergunungan kedua ini bertemu di dataran tinggi Anatolia timur. Gunung Ararat, sebuah gunung berapi yang menjadi puncak tertinggi di negara itu, terletak dekat perbatasan dengan Iran dan Armenia. Menurut legenda, gunung itu adalah lokasi bahtera Nabi Nuh. Di selatan dataran tinggi timur, perbukitan rendah dan dataran rendah menyatukan dengan dataran Suriah dan Irak. Dataran tinggi Anatolia terletak di antara Pergunungan Anatolia Utara dan Pergunungan Taurus. Di barat, konfigurasi ini menciptakan dataran rendah yang subur, salah satu daerah pertanian terbaik di negeri ini. Iklim Turki Eropa dan pesisiran Turki Asia memiliki musim dingin yang ringan, sejuk, dan berhujan, sedangkan musim panas hangat dan kering. Suhu musim dingin jarang turun di bawah paras beku, dan embun beku serta salji jarang terjadi. Suhu musim panas rata-rata 24 °C. Pantai barat mendapat sekitar 650 milimeter curah hujan setiap tahunnya. Di timur, curah hujan jauh lebih tinggi. Dataran tinggi Anatolia memiliki musim dingin yang sangat dingin, dan es membeku lebih dari 100 hari setiap tahun. Hari-hari di musim panas sangat panas, tapi malam hari dingin. Curah hujan tahunan antara 250 dan 430 milimeter. April dan Mei biasanya adalah bulan-bulan terbasah di daerah ini. Bahagian timur Turki Asia memiliki salah satu iklim paling ekstrim di dunia. Suhu musim dingin serendah -40 °C pernah tercatat. Hujan salji turun sangat deras. Musim panas sangat panas, dengan suhu siang hari meningkat menjadi lebih dari 38 °C. Pekerjaan Sekitar 40 peratus dari angkatan kerja bergerak di bidang pertanian. Gandum, yang tumbuh terutama di dataran tinggi Anatolia, adalah tanaman utama. Sereal penting lainnya adalah jagung, barley, dan beras. Tanaman eksport utama adalah kapas, tumbuh di pantai Meditteranian, dan tembakau, tumbuh di pantai Aegea dan laut Hitam. Tanaman komersial lainnya meliputi tomat, buah ara, kismis, buah zaitun, hazelnut, kacang pistachio, dan buah jeruk. Pengangkutan Lebih dari 8.000 kilometer jalur kereta api menghubungkan Turki dengan semua bahagian Eropah dan Timur Tengah. Semua kota-kota penting di negara itu dihubungkan oleh kereta api. Tapi banyak jalan yang tahan segala cuaca telah dibangun dalam beberapa tahun terakhir.. Istanbul dan Izmir adalah dua kota pelabuhan utama. Pengangkutan udara semakin penting iaitu penerbangan antarabangsa dilayani di Istanbul, Ankara, dan Adana. Kota-kota Besar Istanbul terletak di kedua sisi Bosporus, di Eropah dan di Asia. Ini adalah kota terbesar di Turki. Selama sekitar 470 tahun, Istanbul menjadi ibu kota Turki. Meski kini Istanbul tidak lagi menjadi ibukota, kota ini tetap menjadi pelabuhan utama dan pusat komersial yang paling penting di Turki. Dulu disebut Byzantium, Istanbul menjadi ibu kota pemerintahan Bizantium pemerintahan Romawi Timur pada 330 M. Nama “Byzantium” kemudian diubah menjadi Konstantinopel untuk menghormati pemimpin Romawi, Konstantinus Agung. Turki Uthmaniyyah menakluki kota itu pada tahun 1453 dan mengganti namanya menjadi Istanbul. Ankara adalah ibu kota Turki dan kota terbesar kedua di negara itu. Dulu dikenal sebagai Angora, kota ini terletak di bagian tengah dataran tinggi Anatolia. Bahagian tua kota merupakan pusat perdagangan kuno, sedangkan bahagian kota yang baru dibangun oleh Kamal Atatürk (1881-1938), presiden pertama Republik Turki. Di luar kota baru ada monumen megah yang menjadi tanda tempat pemakaman Atatürk. Izmir (Smyrna) terletak di Laut Aegea. Ini adalah kota pelabuhan yang paling penting kedua di Turki, yang mengeksport terutama produk pertanian, seperti tembakau dan kapas. Adana, pusat industri kapas, terletak di Sungai Seyhan di bagian selatan Turki Asia. Warisan Budaya Selama lebih dari seribu tahun, Konstantinopel adalah pusat kebudayaan Kekaisaran Romawi Timur. Setelah Turki merebut kota ini pada tahun 1453, daerah yang sekarang menjadi Turki jatuh di bawah pengaruh Turki Utsmaniyyah. Selama berabad-abad seniman Turki telah menggunakan gaya geometrik untuk membuat ukiran kayu, logam, karpet dan karpet, seramik, dan ubin mereka yang terkenal. Musik dan seni bina menunjukkan pengaruh Eropah yang kuat, meskipun mereka telah mempertahankan ciri- ciri kebangsaan. Sejarah Sejarah kegemilangan Turki tidak cukup dengan keindahan Masjid Biru, Istana Topkapi, Haegia Sofia, Masjid Sultan Suleyman, Masjid Sultan Ahmed serta dua buah bazar yang besar di dunia itu kerana lebih banyak keindahan alam semula jadi kurniaan Allah apabila anda berkunjung ke beberapa tempat seperti Pamukkale, Cappadocia, Konya, Bolu dan Bursa. Istanbul atau Constantinople namanya satu ketika dahulu terbahagi kepada dua bahagian, satu sebelah Eropah sementara satu lagi sebelah Asia yang dahulunya dikenali sebagai Anatolia ataupun Asia Minar. Kota ini terletak antara dua laut iaitu laut Hitam dan laut Marmara di samping selat Bosphorus. Kira-kira 20 juta penduduk mendiami kota Istanbul, tiga peratus tinggal di bahagian sebelah Eropah atau barat sementara bakinya 97 peratus mendiami sebelah Asia. Setiap hari bekerja lebih enam juta rakyatnya dari Asia akan menyeberangi selat Bosphorus untuk ke sebelah barat. Kebanyakan rakyat Turki tidak mampu tinggal di bahagian barat kerana taraf hidup yang terlalu tinggi termasuk harga rumah yang terlalu mahal. Selain dua bazar yang terkenal iaitu Spice Bazar yang dibina kurun ketujuh Masihi yang di dalamnya terdapat lebih 3,000 kedai, Grand Bazar yang dibina oleh Sultan Ahmed II pada 1481 pula terdapat lebih 4,000 kedai. Walaupun di kedua-dua bazar ini menjual pelbagai jenis barang yang lebih kurang sama seperti makanan, pakaian lelaki dan perempuan, permaidani, rempah-ratus, halwa, perhiasan rumah, hiasan lampu hinggalah kepada pakaian kanak-kanak dan perhiasan batu permata dan emas berlian. Namun setiap hari bazar ini sentiasa penuh dengan ribuan manusia yang datang membeli-belah. Tak kira sama ada pelancong atau rakyat tempatan. Turki bukan sahaja luas, mempunyai sejarah yang menarik bahkan mukabuminya dilengkapi keindahan alam semula jadi yang istimewa dengan tanah yang subur. Tidak hairanlah Turki menjadi idaman untuk dijajah pada zaman empayar Greek dan Rom. Tambahan pula, Turki termasuk dalam laluan Sutera yang popular ke negara rantau Asia. Di kota Istanbul, terdapat lebih 2,000 masjid lama tinggalan pemerintahan Ottoman. Reka bentuknya cukup menarik. Di samping itu terdapat 600 masjid baru dibina kerana bilangan penduduknya yang ramai. Terdapat juga istana dan gereja lama. Istanbul di sebelah Eropah masih terdapat tembok tinggi mengelilinginya sepanjang lebih 25 km. Walaupun banyak yang telah runtuh tetapi saki-baki runtuhannya masih boleh dilihat hingga kini. Tinggalan Di Bursa juga terdapat banyak tinggalan sejarah termasuklah Masjid Besar, Masjid Hijau dan makam pemerintah Islam zaman dahulu selain Pasar Sutera. Dari Bursa, Pamukkale terkenal kerana Cotton Castle atau Istana Kapas tetapi ia bukan sebuah istana raja, sebaliknya kolam air panas yang terbentuk daripada letupan gunung berapi. Airnya didakwa boleh menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Kerana itu ramai penduduk membina penempatan di sekelilingi kawasan ini untuk merawat pelbagai jenis penyakit yang dihidapi. Jadi tidak hairanlah di kawasan ini terdapat banyak kubur-kubur lama, apabila penyakit yang dihidapi tidak dapat dirawat. Antaranya kubur Ammianos Marcus Aurelius, seorang pemerintah zaman dahulu. Cotton Castle terletak di atas bukit setinggi 100 meter dengan di atasnya mengalir air panas yang membentuk teres-teres. Istimewanya air gunung berapi ini adalah campuran mineral berkarbonat, kalsium dan sebagainya yang menyebabkan teres-teresnya berwarna putih dan airnya sudah pasti panas. Pemerintah empayar Rom dan Byzantine dulukala berusaha menawan Pamukkale dan membina kotanya di kawasan berhampiran yang dinamakan kota Roman Hierapolis. Di kaki Cotton Castle juga terbentuk beberapa buah kolam air panas kecil dan besar. Kawasan sekitar kota Hierapolis ini termasuk Cotton Castle diisytihar sebagai tapak warisan UNESCO. Cappadocia, terdapat lembah Pasabeg dan juga kota bawah tanah Kaymakli yang satu ketika dijadikan tempat berlindung daripada perompak dan lanun yang sering menyerang para pedagang. lembah ini juga popular sebagai laluan para pedagang Arab dan Eropah ke Timur. Bagi yang sukakan aktiviti lasak, anda boleh mencuba Belon Panas. Setiap pagi berpuluh-puluh belon panas dilepaskan yang menjadi kegemaran pelancong dari Eropah khususnya Jerman untuk melihat keindahan alam semulajadi di lembah ini dari udara. Istana Topkapi yang dibina pada 1470 oleh Sultan Ahmed II, pula popular sebagai pusat pentadbiran pemerintahan Empayar Uthmaniyah. Terletak di dalam kotaraya Istanbul ialah sebuah istana yang cukup besar menghadap ke Lautan Marmara iaitu Topkapi Palace. Pada masa dahulu tiada sesiapa pun yang dibenarkan masuk ke laman ketiga yang dianggap kawasan larangan atau dipanggil Harem kecuali ahli keluarga diraja.Pada zaman dahulu istana ini cukup terkenal sebagai pusat pemerintahan kerajaan Uthmaniyyah dan sebagai kediaman khalifah selama hampir 400 tahun (1465-1856). Pada masa sekarang pula istana ini cukup terkenal kerana selain dari binaannya, di sini turut dipamerkan koleksi-koleksi peribadi khalifah-khalifah ini terutamanya berlian yang keempat terbesar di dunia, Spoonmaker's Diamond di samping pemberian-pemberian lain dari raja-raja empayar yang mempunyai hubungan diplomatik dengan kerajaan Uthmaniyyah seperti Nadir Shah dari Parsi dan Czar Nicholas II dari Russia. Selain itu, barang-barang kepunyaan nabi-nabi yang terdahulu juga dipamerkan di sini. Menyimpan tempat celak milik Rasulullah, jejak kaki, pedang, jubah hingga rambut Rasulullah. Kesimpulan Tema-tema utama dalam video ini walaupun hanya mengandungi budaya,tempat sejarah,tempat menarik,makanan dan pekerjaan rakyat Turki dan tidak tekankan gaya hidup Islam di Turki dan cara pakaian mereka tetapi video ini menggambarkan apa yang berlaku dan membiarkan gambar berbicara.Hal ini membuatkan kita terfikir dan membuat kesimpulan sendiri. “Islam masih tertegak di bumi Turki” Keamanan di negara keamanan di dunia Rujukan https://www.youtube.com/watch?v=auDyTT9EWrI http://ww1.utusan.com.my/utusan/Pelancongan/20131229/pl_01/Turki-bumi-kaya-sejarah http://specials.beritaharian.sg/sgbagus/kegiatan/turkey-sangat-hebat-dan-menakjubkan LAMPIRAN Page 1 of 1