Academia.eduAcademia.edu

PENDEKATAN KAUNSELING DARIPADA PERSPEKTIF ISLAM

PENDEKATAN KAUNSELING DARIPADA PERSPEKTIF ISLAM. Roslee Ahmad Mohamed Sharif Mustaffa Sulaiman Shakib Mohd Noor Universiti Teknologi Malaysia ABSTRAK Kertas kerja ini merupakan hasil sorotan kajian lepas berkaitan pendekatan kaunseling berdasarkan perspektif islam di Malaysia dan di luar negara sejak tahun 1980-an hingga 2008. Hasil tinjauan dan sumber yang diperolehi kini, penyelidik mendapati di Malaysia masih belum banyak penyelidikan secara empirikal yang dilakukan berkaitan psikologi dan kaunseling daripada perspektif Islam. Pendekatan kaunseling berperspektif agama atau lebih dikenali sebagai Religious and Pastoral Counseling di Barat tidaklah sepopular mazhab pendekatan kaunseling kontemporari seperti Person Centered Client Rogers, Rational Emotif Behavioral Therapy Ellis, Gestalt Therapy, Behavioral Therapy, Therapy Reality Glasser dan sebagainya. Ini kerana pendekatan kaunseling agama dianggap mistik, sukar diukur secara empirikal, kurang penyelidik meminati, berkemahiran atau berpengalaman dalam mengendalikan kaunseling dalam konteks agama. (Chee Siang, 2000). Implikasinya, kebanyakan sumber yang ditemui berkaitan pendekatan kaunseling berperspektif islam hanya menyentuh konsep asas dan berbentuk gagasan pemikiran oleh para sarjana dan penyelidik tempatan. Namun, jika ada penyelidikan yang dilakukan secara empirikal, ia hanya menggunakan sampel yang kecil dan tidak diterbitkan untuk khalayak umum. Persoalan yang paling menyedihkan sehingga kini ialah tiada pendekatan standard untuk merawat penyakit tertentu dalam konteks islam yang boleh diguna pakai oleh kaunselor islam tempatan untuk merawat klien dalam setting kaunseling di sesebuah organisasi kerajaan atau swasta. Di samping itu, kertas kerja ini turut menyentuh kaedah dan jenis persampelan yang pernah digunakan penyelidik terdahulu berkaitan pendekatan kaunseling islam. Hasil penulisan dan penyelidikan ini amat berguna kepada penyelidik untuk membina Modul Amar Makruf Nahi Mungkar untuk menangani tingkah laku seksual pelajar islam berdasarkan Model Al Ghazali. Kertas kerja ini dibentangkan di International Conference on the Education of Learner Diversity (ICELD08) di Hotel Marriot, Putrajaya dianjurkan Pusat Pendidikan Kepelbagaian Pelajar, Fakulti Pendidikan UKM pada 26-27 Ogos 2008. 1 1.0 PENGENALAN Di Malaysia pendekatan kaunseling adalah berasaskan amalan kaunseling dari Amerika Syarikat yang didapati kurang sesuai terhadap klien yang beragama Islam. Isu untuk mengkaji dan mengubahsuai amalan kaunseling barat ini pernah dicetuskan Halim (1986). Hassan Langgulung (1990) menjelaskan kaunseling barat tidak sesuai diamalkan di Malaysia kerana didapati banyak amalan yang bercanggah dengan nilai dan budaya tempatan yang melibatkan soal akidah, sosial, hukum-hakam dan pendidikan dikalangan masyarakat Islam. Berdasarkan pendekatan teori barat, jelas memperlihatkan pengisian teorinya yang berbeza dengan konteks agama dan budaya masyarakat Malaysia. Pendekatan teori-teori tersebut banyak menyentuh tentang logik akal manusia yang langsung tidak menyentuh tentang aspek kerohanian. Menurut Hassan Langgulung (1996) semua mazhab psikologi Barat sebenarnya tidak mengkaji jiwa tetapi tingkah laku. Namun, dalam Islam istilah nafs merujuk pada jiwa. Kata nafs dalam Al-Quran menunjukkan zat dalam keseluruhan. Kata nafs terdapat dalam al-quran sebanyak 367 kali. Menurut Hassan Langgulung (1996) berdasarkan teori psikoanalisis, bukan sahaja unsur nafs malah akal, roh dan qalb tidak kelihatan sama sekali. Ini disokong Halim Othman (1986) yang mendakwa aspek kerohanian dalam teori Freud adalah suatu yang tidak dianggap penting. Begitu juga dengan Malik Badri (1994) yang menyatakan bahawa aspek kerohanian tidak ditekankan ahli psikologi barat kerana syarat yang tidak menghukum (non judgemental) klien, sebaliknya kaunselor disyaratkan menerima klien tanpa syarat. Menurutnya lagi, syarat tidak menghukum klien adalah punca aspek spiritual tidak menjadi penting dalam amalan kaunseling barat dan kadangkala menimbulkan kekeliruan dikalangan kaunselor Islam khususnya. Hal ini perlu diberi perhatian dan menjadi tugas utama kaunselor Islam untuk memikirkan sejauh mana konsep ini perlu diadaptasikan. Perubahan teori dan pendekatan barat ini amat berbeza dengan pendekatan psikologi Islam atau pendekatan kaunseling Islam kerana secara prinsipnya pendekatan Islam hanya berpegang kepada Al Quran dan Al Sunnah. Menurut Ishammudin (2000) Al Quran merupakan suatu sumber yang tidak berubah-ubah atau diubah-ubah mengikut masa dan tempat. Menurut Wan Hashim dan Mahayudin (1996) kedua sumber ini mempunyai peraturan yang lengkap sebagai panduan hidup manusia di dunia dan di akhirat. Kebanyakan kajian dan penulisan berhubung konsep dan pendekatan kaunseling kerohanian di Kertas kerja ini dibentangkan di International Conference on the Education of Learner Diversity (ICELD08) di Hotel Marriot, Putrajaya dianjurkan Pusat Pendidikan Kepelbagaian Pelajar, Fakulti Pendidikan UKM pada 26-27 Ogos 2008. 2 Malaysia tertumpu kepada perbandingan tokoh psikologi dan kaunseling dengan ilmuwan Islam seperti Skinner dan Rogers dibandingkan dengan Al Ghazali seperti kajian Eani Rashidah (1992) Kamal (1997) Shahabuddin (2003) dan Yatimah (2005). Di samping itu, sumbangan penyelidik tempatan cuba melihat perlunya Islam dalam disiplin psikologi dan kaunseling pernah dilakukan seperti Hassan Langgulung (1979), Amir Awang (1987), Malik Badri (1979) Abdul Halim Othman (1986), Nor Anisah (1985), Ahmad (1987), Patemah (1989), Ismail (1987), Siti Fatimah (1986), Hamzah (1987), Misnan (1987), Normala (1988), Cheng Choon (1993), Jamaludin (1991), Eani (1992), Mahzatun (1992), Noraini (1992) Rohana (1992) dan Abdul Rahman (1983). Penyelidik tempatan seperti Rohani (2002) dan Siti Hairaney (2002) pernah melaksanakan kajian kes melibatkan pendekatan kaunseling Islam dikalangan pelajar sekolah di Johor Bahru. Manakala penulisan bersifat pandangan tentang keperluan kerohanian dalam kaunseling turut pernah dilaksanakan oleh Sapora (2005), Hushim dan Ishammudin (2005), Amir Awang dan Iran Herman (2003), Mustafa (2003), Azizah Othman, Mimi dan Hawa (2003) Elias (1997), Othman Mohamed (2000) dan Mohd Fauzi (2003). Terdapat juga penyelidik yang melaksanakan penyelidikan secara sepintas lalu seperti Noor Aznita, Norliza dan Azmi (2003) Namir (2003) Rozman, Mohamed Sharif dan Roslee (2003) dan Jawiah dan rakan-rakan (2003). 2.0 LATARBELAKANG MASALAH Isu dan permasalahan gejala sosial yang berlaku dikalangan remaja di sekolah pada masa kini ditanggani kaunselor menggunakan pendekatan kaunseling Barat. Kaunselor di sekolah kebanyakannya menggunakan Pendekatan Pemusatan Klien oleh Rogers, Pendekatan Rasional Emosi Tingkahlaku (REBT) oleh Ellis, Pendekatan Tingkah laku dan sebagainya. Sebaliknya isu- isu disiplin yang berkait dengan masalah kerohanian perlu ditangani kaunselor menggunakan pendekatan kaunseling kerohanian menurut perspektif Islam. Oleh kerana, kebanyakan pelajar berbangsa Melayu di Malaysia beragama Islam maka sudah tentulah kaedah menangani permasalahan mengikut konteks kerohanian Islam merupakan kaedah yang paling sesuai untuk menangani masalah yang dihadapi mereka. Terdapat banyak kes yang berlaku sejak akhir-akhir ini menunjukkan betapa seriusnya keperluan Pendekatan Kaunseling Islam perlu dilaksanakan di sekolah. Kajian Mohd Yusuf (1986), Ismail Dollah (1986), Wan Rosmini Omar (1987), Mat Sidi Salleh (1989), Patemah Ibarhim (1989), Rashidah Sadi (1989), Rosliza Saad Kertas kerja ini dibentangkan di International Conference on the Education of Learner Diversity (ICELD08) di Hotel Marriot, Putrajaya dianjurkan Pusat Pendidikan Kepelbagaian Pelajar, Fakulti Pendidikan UKM pada 26-27 Ogos 2008. 3 (1992), Alizanariah Ali (1993), Mahmood Nazar (1993), Kassim Ahmad (1994), Mohd Nor Ibrahim (2001), dan Adam Drahman (2002) menunjukkan bahawa masalah disiplin yang berlaku dikalangan pelajar adalah berpunca dari kurangnya pengetahuan dan amalan kerohanian dikalangan pelajar. Faktorfaktor lain seperti masalah dalam keluarga, hiburan media massa dan rakan sebaya memudahkan mereka terlibat dalam perbuatan tidak bermoral seperti terlibat dengan amalan seks bebas, bercumbuan, pengambilan dadah dan sebagainya. Berdasarkan limitasi Pendekatan Kaunseling Barat apabila berdepan dengan aspek kerohanian khususnya bagi kaunselor yang beragama Islam kepada klien muslim (pelajar), maka penyelidik berpandangan perlunya Model Pendekatan Kaunseling Islam untuk menangani kes-kes kerohanian dikalangan pelajar tanpa mengira bangsa dan agama. Kesesuaian agama Islam sebagai agama universal kepada semua agama, bangsa dan zaman (Sayyid Quttb, 1983), (Husin Ali, 1984) dan (Haron Din dan rakan-rakan, 2003), meyakinkan penyelidik bahawa amalan pendekatan kaunseling Islam sesuai dilaksanakan bagi menangani kes-kes klien yang memerlukan aspek kerohanian sebagai pengisian dalam rohani. 3.0 KAJIAN LEPAS DALAM NEGERI 3.1 Pendekatan Kaunseling Islam Elias (1997) mengutarakan enam langkah proses teraputik kaunseling yang dikenali sebagai Iman Centered Therapy (ICT). Enam langkah tersebut adalah: i. Mewujudkan perhubungan ii. Meneroka nilai yang ditetapkan klien iii. Menilai compatibility nilai iv. Menilai compatibility nilai islam v. Membuat keputusan dan melaksanakan tindakan vi. Menilai semula dan penamatan Othman Mohamed (2000) memperkenalkan Teori Psikologi ad Din sebagai suatu usaha memenuhi unsur spirituality dalam dimensi pendekatan teori kaunseling. Beliau mengungkapkan bahawa spirituality Kertas kerja ini dibentangkan di International Conference on the Education of Learner Diversity (ICELD08) di Hotel Marriot, Putrajaya dianjurkan Pusat Pendidikan Kepelbagaian Pelajar, Fakulti Pendidikan UKM pada 26-27 Ogos 2008. 4 sebagai satu klasifikasi baru bagi mengatasi kekosongan ruang yang nyata dalam diri manusia. Menurutnya, terapi Teori Psikologi ad Din bertujuan melahirkan suatu kesedaran baru dengan menggunakan tekad dan akal klien bagi menjana perubahan. Dalam proses Teori Psikologi ad Din, beliau menerangkan terdapat lima peringkat: i. Penerokaan dan kefahaman nafsu – Peringkat ini penting bagi menimbulkan keyakinan dan sokongan klien bahawa kaunselor mengambilberat terhadap diri klien. ii. Diagnosis- Kaunselor akan mencerap dan mengenalpasti gangguan masalah klien secara teliti dari aspek fikiran, emosi dan tingkah laku. iii. Penerokaan dan kefahaman berteraskan taqwa – Kaunselor meneroka gangguan masalah klien berdasarkan perbincangan, tunjuk ajar dan pemberian maklumat berteraskan taqwa. iv. Ikhtiar dan tindakan – Klien yang berjaya menangani masalah akan menghasilkan insan yang bersyukur manakala jika gagal, klien perlu mengulangi proses ini diperingkat diagnosis. Othman turut menegaskan sebagai seorang kaunselor perlu memiliki sifat taqwa. Ini kerana taqwa terletak antara proses ikhtiar dengan tindakan teknik seseorang kaunselor. Oleh yang demikian, saranannya supaya seseorang kaunselor yang mahu memiliki sifat taqwa harus berpegang kepada ciri sidik, amanah, tablik dan fatanah. Amir Awang dan Iran Herman (2003) menjelaskan tentang cara menangani tekanan di tempat kerja melalui kaunseling berperspektif Islam. Antara cara adalah dengan dasar, struktur dan sistem organisasi, sifat kerja, perhubungan/persekitaran kerja, dual/ multiple role, amalan pengurusan dan amalan Islam. Menurut mereka, amalan Islam boleh diamalkan dengan cara-cara seperti teguhkan keimanan dengan memohon kepada Allah s.w.t., mengambil wuduk dan solat hajat, membaca dan rajin mendengar Al Quran, berzikir dan berdoa, bergaul dengan orang alim, menghadiri majlis ilmu, bermuhasabah diri selepas maghrib, memupuk amalan solat berjemaah, rehda ketentuan ilahi dan bertawakal, bersyukur, Kertas kerja ini dibentangkan di International Conference on the Education of Learner Diversity (ICELD08) di Hotel Marriot, Putrajaya dianjurkan Pusat Pendidikan Kepelbagaian Pelajar, Fakulti Pendidikan UKM pada 26-27 Ogos 2008. 5 mengamalkan ajaran Islam dengan membuat kebaikan dan kebajikan, suka memaafkan orang lain, melakukan aktiviti riadah, menjauhi alkohol dan minuman keras dan niat bekerja kerana Allah s.w.t. Rahimi, Zulkifli dan Syed Mohamad (2003) melakukan kajian perkhidmatan Brief Kaunseling sebagai satu kaedah alternatif daripada perspektif Islam. Permasalahan adalah nisbah kaunselor di sekolah dengan bilangan pelajar adalah 1:1000 seperti di Pulau Pinang nisbah kaunselor adalah 1:23000. Berdasarkan pekeliling ikhtisas guru kaunseling sepenuh masa (1996-2000) sekolah gred A atau B mempunyai bilangan pelajar lebih daripada 750 orang akan mendapat 2 guru kaunseling sepenuh masa. Penyelidik telah menjalankan kajian rintis terhadap 61 kaunselor di Pulau Pinang dan Kedah. Tujuan kajian rintis adalah bagi mendapatkan maklumat awal kekerapan sesi kaunseling yang dilakukan kaunselor dari bulan januari sehingga Jun 2002. Masalah dalam sesi kaunseling adalah meliputi akademik, kerjaya, psikososial, kesihatan mental, keibubapaan dan sebagainya. Dapatan kajian menunjukkan seperti berikut: i. 1 dan 2 sesi kaunseling – (60.58%) ii. 3 dan 4 sesi kaunseling – (30.43%) iii. 5 dan lebih sesi kaunseling – (8.99%) Manakala kekerapan permasalahan kes adalah seperti berikut: i. Akademik – 1326 kes ii. Psikososial – 1125 kes iii. Kerjaya – 1019 kes Menurut mereka, Brief Kaunseling menurut Islam mempunyai ciri-ciri seperti menekankan limitasi masa, fokus kepada penyelesaian masalah, berorientasikan tindakan, interaksi sosial, menyelitkan humor, memberi perhatian kepada perkembangan dan berasaskan perhubungan. Pengkaji menegaskan Brief Kaunseling penting kerana Islam menitikberatkan masa suatu yang penting dan harus dihargai setiap manusia. Allah s.w.t. menyatakan bahawa manusia yang berada dalam kerugian dan tidak mendapat apa apa manfaat kecuali yang beriman dan beramal soleh. Ini bermaksud kaunselor yang dapat mengurus masa kerja dengan baik seperti menjalankan sesi kaunseling dengan ringkas dan padat tanpa mengambil masa yang lama. Langkah ini juga dapat mengelakkan kebergantungan pelajar kepada kaunselor kerana Kertas kerja ini dibentangkan di International Conference on the Education of Learner Diversity (ICELD08) di Hotel Marriot, Putrajaya dianjurkan Pusat Pendidikan Kepelbagaian Pelajar, Fakulti Pendidikan UKM pada 26-27 Ogos 2008. 6 klien sedar bahawa kaunselor hanya membantunya ke arah penyelesaian masalah bukannya menyelesaikan masalah klien. Noor Aznita, Norliza dan Azmi (2003) melihat amalan kemahiran kaunseling keluarga dikalangan para imam di daerah Kota Setar, Kedah. Kajian ini memfokuskan kepada aspek-aspek yang berkaitan dengan tingkah laku menolong, kemahiran sedia ada, pendapat para imam mengenai kemahiran kaunseling dan kesesuaian kemahiran kaunseling keluarga diadaptasikan dalam perhubungan menolong para imam. Seramai 60 responden dikalangan para imam di daerah Kota Setar, Kedah terlibat dalam kajian. Seramai 81.7% responden berpendapat mereka memerlukan kemahiran kaunseling untuk diadaptasikan dalam intervensi keluarga yang dijalankan, 43% daripada responden bergantung sepenuhnya kepada kemahiran sedia ada dan berpendapat mereka tidak memerlukan adaptasi, 68.3 % responden sangat bersetuju menerima latihan kemahiran kaunseling untuk diadaptasikan dengan pendekatan Islam, 78.3% responden sangat bersetuju bahawa kemahiran kaunseling yang diadaptasikan dengan kemahiran sedia ada dapat membantu menyelesaikan masalah masyarakat dan sebanyak 66.7% responden yakin dengan kemahiran yang dimiliki. Maka jelas pendekatan kaunseling berguna kepada para imam untuk diaplikasikan dalam pendekatan Islam dan membantu dalam aspek intervensi kekeluargaan. Mohd Fauzi (2003) menegaskan tentang kepentingan tauhid sebagai motivator budaya hidup sihat dalam sesebuah masyarakat. Menurutnya, sejarah membuktikan keunggulan tamadun Islam adalah berteraskan tauhid yang menjadi unsur motivator dan ransangan dalaman. Perkataan tauhid merujuk pada keesaan kepada Allah s.w.t. dari segi dhat, sifat dan perbuatan. Inilah yang tersirat dalam syahadah yang diucapkan setiap muslim. Tauhid bermaksud manusia meletakkan Allah s.w.t. sebagai rujukan hidup sama ada amalan yang menjurus kebaikan atau keburukan. Oleh itu, semua amalan buruk boleh dihapuskan apabila manusia mengubah perbuatan tidak sihat kepada nilai murni melalui pemantapan tauhid dan iman kepada Allah s.w.t. Dalam konteks kehidupan manusia, manusia yang mengutamakan tauhid memiliki kelebihan-kelebihan berikut: Kertas kerja ini dibentangkan di International Conference on the Education of Learner Diversity (ICELD08) di Hotel Marriot, Putrajaya dianjurkan Pusat Pendidikan Kepelbagaian Pelajar, Fakulti Pendidikan UKM pada 26-27 Ogos 2008. 7 i. Individu yang mempunyai halatuju dan matlamat yang jelas dalam hidup. Dia mengetahui asal usulnya, apa yang harus dilakukan dan ke mana dia akan pergi selepas kematiannya. ii. Individu yang terkawal perilakunya. Dia akan merasa dirinya sentiasa diperhatikan Allah swt kerana kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah swt yang bersifat Maha Mengetahui, Maha Mendengar dan Maha Melihat dengan ditugaskan dua orang malaikat iaitu raqib dan atid untuk tujuan mencatat segala amalan yang dilakukan manusia. iii. Individu yang bersifat amanah, jujur dan melakukan kerja dengan penuh itqan. iv. Individu yang mempunyai ketenangan jiwa. Ini terhasil daripada kepercayaan manusia kepada Allah swt yang menentukan segala rezeki, menaik dan menurunkan darjat dan martabat seseorang dan memberi rahmat dan kelebihan kepada seseorang manusia. Mohd Fauzi (2003) menjelaskan gaya hidup sihat yang diimpikan semua orang harus berteraskan tauhid yang menjadi unsur dalaman terpenting dalam diri manusia. Kaedah Niat Matlamat Rajah 1: Model Jalinan 3 Dimensi Matlamat, Kaedah dan Niat dalam Munif Zarirruddin (2001) Kertas kerja ini dibentangkan di International Conference on the Education of Learner Diversity (ICELD08) di Hotel Marriot, Putrajaya dianjurkan Pusat Pendidikan Kepelbagaian Pelajar, Fakulti Pendidikan UKM pada 26-27 Ogos 2008. 8 Menurutnya lagi, jalinan tiga dimensi iaitu matlamat, kaedah dan niat adalah jalinan yang melengkapi antara satu sama lain. Matlamat kerja sosial ialah untuk mendapat keredhaan Allah swt dengan menggunakan kaedah yang dibenarkan Allah s.w.t. Bentuk proses kerja sosial dalam Islam berasaskan 3 ciri iaitu: i. Amar makruf ii. Nahi mungkar iii. Keimanan Rozman, Mohamed Sharif dan Roslee (2003) melakukan kajian keperluan pendekatan kaunseling terhadap masalah perceraian dikalangan pasangan beragama Islam di Jabatan Agama Islam Johor. (JAIJ) Kajian ini meninjau dan menganalisis keperluan pendekatan kaunseling di kalangan pegawai-pegawai agama yang bertugas sebagai kaunselor di JAIJ. Skop kajian ini berkisar kepada bentuk-bentuk pengetahuan, kemahiran dan persepsi kaunselor dalam membantu pasangan suami isteri yang bermasalah. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melibatkan 4 orang kaunselor. Data temubual dan analisis dokumen digunakan dalam kajian. Hasil kajian mendapati bahawa kaunselor JAIJ memerlukan pengetahuan hukum hakam agama yang berkaitan dengan hal ehwal kekeluargaan Islam yang mantap dan teori-teori kaunseling yang bersesuaian. Kaunselor yang bertugas di JAIJ juga memerlukan kemahirankemahiran asas dan cara mengendalikan sesi kaunseling. Hasil kajian turut mendapati bahawa perkhidmatan kaunseling di JAIJ boleh ditingkatkan melalui pelbagai aspek seperti setting yang lebih sesuai dan selesa, pengetahuan dan kemahiran kaunseling melalui kursus-kursus sepenuh masa dan menambahkan bilangan kaunselor yang sedia ada. Jawiah dan rakan-rakan (2003) melakukan kajian berkenaan bimbingan agama dan kaunseling dipenjara Kajang dan Sungai Buluh, Selangor. Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau perlaksanaan bimbingan agama dan kaunseling dikalangan banduan di penjara. Bimbingan agama adalah berdasarkan kurikulum pendidikan Islam yang digubal Jabatan Penjara Malaysia. Ia merangkumi aspek ilmu fardu ain dan fadu kifayah, pendidikan rohani, pembinaan sikap dan pemikiran positif. Bimbingan fardu ain merangkumi ilmu-ilmu asas seperti fekah, akidah, sirah dan tilawah. Mereka juga didedahkan dengan isu-isu Kertas kerja ini dibentangkan di International Conference on the Education of Learner Diversity (ICELD08) di Hotel Marriot, Putrajaya dianjurkan Pusat Pendidikan Kepelbagaian Pelajar, Fakulti Pendidikan UKM pada 26-27 Ogos 2008. 9 keagamaan semasa seperti peristiwa maulidur rasul, hijrah, nuzul Al Quran dan sebagainya. Selain itu, bimbingan agama juga melibatkan khidmat nasihat yang turut dikenali sebagai kaunseling agama. Iran Herman dan Asmah Bee (2003) mengkaji rawatan kemurungan dikalangan kanak-kanak dan remaja yang mengalami masalah kemurungan menggunakan amalan doa, wirid dan muhasabah diri mengikut perspektif Islam. Responden telah diuji dengan 3 jenis alat kemurungan iaitu Inventori Kemurungan Kanak-kanak, Reynold’s Depression Scale dan Beck Depression Inventory. Menurut mereka, kaedah rawatan yang sedia ada di barat sesuai digunakan dalam konteks norma dan budaya tempatan kerana terbukti memberi kesan positif. Manakala kaedah rawatan Islam perlu mendapat perhatian yang serius oleh pengamal kaunseling dan psikologi kerana ia amat relevan dengan klien beragama Islam. Amalan doa, wirid dan proses muhasabah diri terbukti mengembalikan keyakinan responden yang dapat mengurangkan masalah kemurungan setanding dengan terapi barat. Sesunggunya proses muhasabah diri dapat mengetahui dan menilai kendiri yang terbukti bahawa individu yang lupa diri akan bertindak mencetuskan kemurungan dan tekanan. Sapora (2005) menjelaskan keperluan agama dalam kaunseling. Menurutnya tokoh-tokoh kaunseling dan psikoterapi seperti Freud, Rogers, Ellis dan Skinner telah memisahkan agama dari disiplin ilmu kaunseling berdasarkan premis-premis tertentu. Contohnya, Freud melihat agama sebagai suatu yang boleh memesongkan pandangan manusia terhadap kehidupan. Rogers berpandangan manusia secara semulajadi adalah makhluk yang baik dan berpotensi untuk mengalami perkembangan yang sempurna. Manakala Frued dan Skinner pula menegaskan bahawa tuhan tidak wujud dan lantaran itu manusia tidak perlu bertanggungjawab kepada tuhan tetapi hanya pada diri sendiri. Ketiga pandangan ahli terapi tersebut membuktikan agama dipisahkan daripada bidang ilmu kaunseling. Tambah Sapora (2005) lagi, kewujudan Pastoral Counseling adalah bukti bahawa agama amat perlu dalam disiplin ilmu kaunseling. Hushim dan Ishammudin (2005) menerangkan tentang kaunseling daripada perspektif Islam yang selari dengan pandangan Muhd Mansur (1993) iaitu kaunseling merupakan suatu proses menolong individu Kertas kerja ini dibentangkan di International Conference on the Education of Learner Diversity (ICELD08) di Hotel Marriot, Putrajaya dianjurkan Pusat Pendidikan Kepelbagaian Pelajar, Fakulti Pendidikan UKM pada 26-27 Ogos 2008. 10 untuk memahami dirinya agar mampu mengendalikan hidup ke arah kebenaran (al haq) dengan berkesan untuk kesejahteraan dunia dan akhirat. Mereka menekankan tentang beberapa aspek yang penting iaitu: i. Suatu proses – perubahan yang berlaku kepada klien sama ada secara sedar atau tidak sedar dengan mengambilkira suatu jangkamasa tertentu. Segala perubahan tersebut adalah membawa kepada kebenaran (al haq). ii. Menolong individu – bermaksud menolong sedaya upaya kaunselor kepada klien, istiqamah dalam membantu dan melayani klien dalam masalah. Kaunselor perlu memiliki ciri-ciri seperti penerimaan tanpa syarat, senang dihubungi, ketulenan, empati dan terbuka. iii. Memahami diri – Memahami bermaksud kaunselor bertanyakan soalan-soalan seperti apa, mengapa, bagaimana, siapa, bila dan di mana. Manakala diri merujuk pada klien dari aspek kekuatan, kelemahan dan potensi yang ada pada seseorang klien. iv. Mengendalikan hidup – Klien mempunyai kemahiran seperti membuat keputusan, berfikir, bersikap asertif, kemahiran mengatasi tekanan dan sebagainya. 3.2 Pendekatan Islam Menanggani Tingkah laku Seksual Di Kalangan Pelajar Sehingga penyelidikan ini dilakukan, tidak banyak kajian yang dilakukan penyelidik tempatan berhubung kaedah rawatan menangani masalah tingkah laku seksual dikalangan pelajar. Namun begitu, terdapat kajian yang pernah dilakukan oleh Nadiyah Elias (2005) tentang Dialectical Cognitive Behavioral Therapy (DCBT) mengenai rawatan klien yang mengalami masalah kecelaruan seksual. Nadiah Elias (2005) cuba menyesuaikan DCBT dalam konteks Islam dengan menekankan Shariah Islam terhadap klien. Menurutnya bahagian yang penting dalam terapi kognitif islam ialah mendidik klien untuk membezakan antara kemahuan dan keinginan sebenar dalam konteks fizikal. Beliau memberi pemikiran tentang peraturan seksual yang berkaitan dengan Islam seperti: i. Islam mendorong seksual secara melalui perkahwinan yang sah (halal) tetapi melarang manusia melakukan seksual yang haram disisi Islam seperti melancap, hubungan Kertas kerja ini dibentangkan di International Conference on the Education of Learner Diversity (ICELD08) di Hotel Marriot, Putrajaya dianjurkan Pusat Pendidikan Kepelbagaian Pelajar, Fakulti Pendidikan UKM pada 26-27 Ogos 2008. 11 homoseksual, bersetubuh ketika isteri dalam haid dan bersetubuh pada siang hari ketika di bulan Ramadhan. ii. Berangan-angan tidak dianggap berdosa tetapi berfantasi secara bernafsu adalah suatu perbuatan yang berdosa. iii. Manusia mempunyai limitasi kehidupan di dunia tetapi apabila disyurga manusia bebas melakukan segala perbuatan. Contoh minum arak dan bertukar pasangan di dunia adalah haram tetapi di syurga kemungkinan manusia boleh minum air anggur dan bertukar pasangan sebagai ganjaran tinggal di syurga. Nadiah (2005) turut memberi pandangan bahawa gaya hidup homoseksual turut bukan menjadi larangan kepada manusia ketika tinggal di syugra. Berdasarkan DCBT, ahli terapi cuba membantu klien dari aspek-aspek berikut: i. Menerima keinginan dan dorongan klien sebagai suatu yang semulajadi ii. Menerima perbuatan homoseksual suatu yang dilarang dalam Islam iii. Menerima kelemahan dan limitasi peribadi klien iv. Menerima limitasi yang ditentukan Allah swt v. Mengubah konsep kendiri vi. Mengubah tingkah laku lampau yang dilarang vii. Mengubah dorongan diri 4.0 KAJIAN LEPAS LUAR NEGARA 4.1 Pendekatan Spiritual Counselling Kelly dan rakan-rakan (1994) turut bersetuju bahawa kebanyakan kaunselor sekolah menjelaskan aspek spiritual dan keagamaan merupakan suatu topic dalam latihan kaunselor tetapi kepercayaan ini tidak dimasukkan dalam kuriulum kursus kaunseling. Menurut Kelly (1994) kajian dikalangan 341 kaunselor Kertas kerja ini dibentangkan di International Conference on the Education of Learner Diversity (ICELD08) di Hotel Marriot, Putrajaya dianjurkan Pusat Pendidikan Kepelbagaian Pelajar, Fakulti Pendidikan UKM pada 26-27 Ogos 2008. 12 yang mengikuti program pendidikan kaunseling hanya 25% dilaporkan bahawa isu spiritual dan agama dimasukkan dalam komponen kursus. Manakala kajian Pate dan High (1995) terhadap 60 CACREP akreditasi program mendapati 60% daripada program dilaporkan menyentuh kepercayaan dan latihan klien dalam bidang pengajian asas sosial dan budaya CACREP. Thomas Burke dan rakan-rakan (1999) memberi gambaran populasi umum dikalangan kaunselor menunjukkan bahawa isu spiritual dan keagamaan adalah relevan, sesuai secara etika, dan signifikan dalam setting penghidupan yang sekular. Mereka berpandangan berdasarkan kurikulum Council for Accreditation of Counseling and Related Educational Programs (CACREP) kaunselor perlu bekerja secara beretika dan efektif dengan isu sedemikian dalam setting kaunseling yang sekular. Lima andaian diberikan berdasarkan artikel ini iaitu: i. Terdapat persamaan antara spiritual dan agama (pertindanan berlaku) ii. Spiritual dan dan agama mempunyai makna yang pelbagai dan ekspresi melibatkan budaya dan diri individu. iii. Spiritual dan agama mempunyai pelbagai sifat negative terhadap tingkah laku manusia yang memerlukan kaunselor untuk membantu masalah klien. iv. Kesepaduan antara spiritual dan agama dalam kurikulum kaunseling wujud melalui kejujuran, kesedaran dan sikap kaunselor terhadap aspek spiritual dan agama seperti silang budaya. v. Berdasarkan etika, spiritual dan agama mempunyai legitimasi dalam menangani isu kehidupan. Chris (2006) melakukan kajian secara kualititatif untuk melihat pengalaman ahli psikologi terhadap perkembangan amalan perkhidmatan spiritual. Kajian ini cuba melihat bagaimana ahli psikologi mengubah diri ketika menjalani sesi terapi dan kesan perubahan ini terhadap amalan terapi spiritual. Kaedah deskprif fenemenologikal digunakan untuk menilai pengalaman spiritual ahli psikologi dan kesannya terhadap amalan terapi. 8 ahli psikoterapi ditemubual secara naratif. Tema penting melibatkan perkembangan proses berterusan, pengalaman penerokaan kepercayaan spiritual, penglibatan pengalaman psikologi, sistem kepercayaan spiritual dalaman, kesan positif sistem kepercayaan spiritual dan system kepercayaan spiritual yang memberi kesan amalan psikoterapi. Kajian ini mendapati bahawa Kertas kerja ini dibentangkan di International Conference on the Education of Learner Diversity (ICELD08) di Hotel Marriot, Putrajaya dianjurkan Pusat Pendidikan Kepelbagaian Pelajar, Fakulti Pendidikan UKM pada 26-27 Ogos 2008. 13 perkembangan pengalaman spiritual ahli psikologi yang berkait dengan amalan terapi, transformatif individu, proses berterusan yang memberi kesan terhadap hubungan pendekatan kaunseling. James (2007) menjalankan kajian pengalaman ahli psikoterapi bersama klien dalam sesi psikoterapi. Tujuan kajian ini ialah untuk melihat apakah pengalaman ahli psikoterapi bersama klien dalam sesi psikoterapi, batasan dan makna spiritual antara psikoterapi dengan klien dalam sesi psikoterapi dan adakah ahli pskioterapi memisahkan antara pengalaman spiritual dan pengalaman agama dalam sesi psikoterapi. Terdapat 10 ahli psikoterapi berlesen terlibat dalam kajian yang mempunyai sekurangkurangnya pengalaman selama 3 tahun dalam spiritual dalam psikoterapi. Temubual ditranskrib, dikod dan dikategori untuk menjawab persoalan kajian dan kemudian dianalisis berdasarkan interpretasi pengkaji. Kategori dan tema diperolehi berdasarkan kekerapan ciri-ciri yang ditunjukkan responden. 10 responden tersebut mengaku mempunyai kepercayaan yang kuat terhadap tuhan tetapi menolak kehadiran agama dalam psikoterapi. Ini kerana responden menilai agama sama seperti menilai psikoterapi tradisional tanpa spiritual. Penyelidik turut mendapati bahawa pengalaman pengkaji bersama 10 ahli psikoterapi bukan suatu yang statik tetapi dinamik dan pengalaman berguna. Responden sering mengalami konfron dengan klien dari aspek kekaburan makna, suatu yang tidak dijangka, dan sukar dikawal. Di samping itu, penyelidik turut melihat ahli psikoterapi ingin membantu klien untuk memahami pengalaman dalam psikoterapi melalui makna dan interpretasi. 4.2 Pendekatan Barat Menanggani Tingkah laku Seksual Di Kalangan Pelajar Sehingga tahun 1970-an, masalah tingkah laku seksual dilihat sebagai suatu tingkahlaku tidak normal dalam masyarakat Barat dan matlamat rawatan pada masa itu adalah mengubah gaya hidup homoseksual kepada heteroseksual. (Evosevich dan Avriette, 2000) Beberapa strategi yang digunakan adalah psikoanalisis, castration, terapi hormon, dan penambahan insulin. Kebanyakan rawatan yang diberikan tersebut memberikan ketidakpuasan dan kemarahan kepada klien. Menurut Evosevich dan Avriette (2000), tiada rawatan-rawatan tersebut yang berkesan untuk mengubah masalah seksual yang dihadapi klien. Selepas dikecam hebat oleh golongan activist lesbian dan gay, kesatuan American Public mencadangkan pengubahan dalam senarai American Psychological Association berhubung masalah tingkah laku seksual (homoseksual).Menurut American Psychological Association (2005) The American Kertas kerja ini dibentangkan di International Conference on the Education of Learner Diversity (ICELD08) di Hotel Marriot, Putrajaya dianjurkan Pusat Pendidikan Kepelbagaian Pelajar, Fakulti Pendidikan UKM pada 26-27 Ogos 2008. 14 Psychiatric Association mengeluarkan homoseksualiti daripada senarai kecelaruan seksual dalam DSM III 1973. Sejak 1983, Persatuan Profesional Kesihatan Mental bersetuju untuk tidak mengubah seksual orientasi manusia, sebaliknya mengubah nilai yang ada pada manusia. Ini menandakan bahawa aktiviti seksual telah dapat diterima masyarakat barat, walaupun melibatkan homoseksual yang bertentangan dengan ajaran agama Kristian. Ficher (1977) menjalankan penyelidikan berkaitan sek kaunseling dikalangan kaunselor. Tujuan penyelidikan ialah untuk meningkatkan tahap kesedaran pengetahuan dan sikap dikalangan kaunselor terhadap seksualiti manusia. Untuk mengukur pengetahuan, penyelidik menggunakan Sex Knowledge and Attitude Test (SKAT) yang mengandungi lima skala iaitu heteroseksual, sexual myths, abortion, autoercticm dan knowledge. Manakala untuk mengukur tingkah laku, penyelidik menggunakan teknik temuduga dengan mengambilkira jumlah melakukan amalan seksual. Penyelidik menggunakan kaedah eksperimen dimana satu kumpulan merupakan kumpulan eksperimen dibandingkan dengan kumpulan kawalan. Keputusan eksperimen menunjukkan tidak peningkatan yang signifikan terhadap kumpulan kawalan berkaitan sikap, pengetahuan dan tingkah laku. Namun secara statistik, terdapat keputusan yang signifikan perubahan tingkah laku dikalangan kumpulan eksperimen. Nassif Goldstein (2006) mengkaji penerokaan spiritual dan identiti dikalangan remaja mengikut perkembangan Erikson yang mempunyai 4 tahap perkembangan. Kajian ini berbentuk kuantitatif dan kualitatif. 261 responden yang berumur 14 hingga 18 tahun grade 10 hingga 12 daripada 2 buah sekolah tinggi di California Utara melengkapkan maklumat demografi dan Ego Identiti Process Questionaire (EIPQ) dan Human Spiritrual Scale (HSS) untuk menilai status identiti dan tahap spiritual. Regresi linear digunakan untuk melihat hubungan spiritual, status 4 identiti, dan maklumat demografi. 3 daripada 12 responden mendapat skor yang tinggi dalam Human Spiritual Scale (HSS) daripada setiap identiti dan terlibat dengan temubual bagi meneroka spiritual secara lebih mendalam. Penyelidik merekod temubual secara digital, menganalisis dan kod transkrip untuk memperoleh tema. Analisis statistik menunjukkan terdapat hubungan signifikan antara spiritual dan jantina (perempuan lebih tinggi daripada lelaki). Analisis kuantitatif menunjukkan tidak terdapat hubungan signifikan antara spiritual dengan umur, gred, Kertas kerja ini dibentangkan di International Conference on the Education of Learner Diversity (ICELD08) di Hotel Marriot, Putrajaya dianjurkan Pusat Pendidikan Kepelbagaian Pelajar, Fakulti Pendidikan UKM pada 26-27 Ogos 2008. 15 etnik, dan agama.Manakala keputusan kualitatif pula menunjukkan 4 kategori remaja mempunyai pengalaman spiritual ketika berinteraksi dengan orang lain. Kombinasi keputusan ini menunjukkan remaja mengalami pengalaman spiritual khususnya ketika berinteraksi dengan orang lain. Bundy dan White (1990) menjalankan program latihan dikalangan ibu bapa uuntuk menjadi lebih efektif dalam pendidikan seks untuk anak-anak. Program ini mendapat kerjasama kaunselor sekolah di peringkat sekolah rendah. Mereka berpandangan program ini merupakan suatu usaha yang efektif berdasarkan pengalaman selama 18 tahun dimana usaha diperingkat pencegahan adalah lebih baik berbanding diperingkat pemulihan. Satu seminar bertajuk keluarga sebagai pendidik seks diadakan diperingkat sekolah rendah. 19 ibu bapa yang terdiri daripada 15 ibu dan 4 bapa terlibat dalam pertemuan, manakala dari segi warna kulit 17 ibu bapa berkulit putih dan 2 ibu bapa berkulit hitam. Mereka juga berasal daripada kalangan kelas pertengahan. Para pelajar pula terdiri diperingkat tadika hingga diperingkat gred lima. Asas program adalah seperti berikut: i. Ibu bapa merupakan asas pendidik kepada kanak-kanak. Ini kerana ibu bapa banyak mempengaruhi cara bagaimana kanak-kanak berfikir, penguasaan bahasa, perasaan terhadap diri sendiri dan orang lain, dan menguruskan pengalaman. ii. Kanak-kanak lebih mengutamakan ibu bapa sebagai sumber rujukan berkait dengan seks. Namun begitu, ibu bapa enggan bekerjasama kerana merasai kurang berpengatahuan, tidak selesa untuk berbual tentang seks dengan anak-anak dan kurang pasti apa kemahuan anak-anak tentang seks apabila berada diperingkat umur tertentu. iii. Kaunselor diperingkat sekolah rendah mampu memberi tanggungjawab kepada ibu bapa sebagai pendidik seks terhadap kanak-kanak iv. Ibu bapa harus memainkan peranan penting dalam program khususnya dari segi kognitif. Di samping itu, aktiviti kumpulan harus dibina kepada ibu bapa untuk memproses maklumat dengan mengambilkira sistem nilai mereka. Kertas kerja ini dibentangkan di International Conference on the Education of Learner Diversity (ICELD08) di Hotel Marriot, Putrajaya dianjurkan Pusat Pendidikan Kepelbagaian Pelajar, Fakulti Pendidikan UKM pada 26-27 Ogos 2008. 16 v. Kemahiran komunikasi secara efektif amat perlu untuk mengendalikan pendidikan seksual. Ibu bapa harus dilatih berkomunikasi dengan efektif seperti bahasa badan, eye contact, dan kemahiran mendengar secara aktif. Parisien dan Long (1994) menjalankan kajian dikalangan kaunselor yang diberi latihan untuk menangani klien yang menghadapi penganiayaan seksual. Penyelidik berpandangan isu penganiayaan seksual seringkali memberi trauma kepada kaunselor kerana mempunyai perasaan bimbang dan memberi pandangan yang negatif kepada klien. Tujuan penyelidikan adalah untuk mengenalpasti kaunselor wanita dari aspek komunikasi diri apabila berdepan dengan klien yang bersekedudukan dan perbezaannya dengan klien yang menghadapi masalah konflik dalaman dan penganiayaan fizikal. Seramai 63 kaunselor terpilih dalam penyelidikan selepas mengalami proses tapisan. Proses pemilihan kaunselor berdasarkan tiada pengalaman atau pengalaman minima mengendalikan kes penganiayaan seksual datau fizikal dan telah mengikuti kursus kemahiran temubual. Mereka kemudiannya dikehendaki menonton video klien selama 5 minit, imiginasi memberi kaunseling kepada klien, dan melengkapkan soalan tentang video yang ditonton. Schwartz States of Mind Model digunakan dalam penyelidikan ini. Keputusan menunjukkan kaunselor yang menerima latihan menangani penganiayaan seksual dikalangan klien mempunyai peningkatan komunikasi diri. John Tuell (2003) menjalankan penyelidikan berkaitan intervensi efektif dikalngan remaja yang melakukan kesalahan juvana. Pesalah juvana sering melakukan serangan seksual dan berdasarkan laporan 1/5 kejadian dan hampir ½ daripada banyak kes gangguan seksual melibatkan remaja. Remaja yang terlibat dalam lingkungan 13 hingga 17 tahun. Paad tahun 1993, The National Task Force on Juvenile Sex Offenders mengenalpasti bidang rawatan terhadap populasi pesalah ini. Tujuan penyelidikan ini adalah untuk menilai model rawatan berkaitan kesalahan seksual dikalangan remaja. 56 pesalah seksual juvana dinilai yang dipilih daripada direktori program pesalah juvana di daerah Ohio, Amerika Syarikat. Keputusan menunjukkan terdapat hubungan signifikan antara tahap, lesen, program setting dengan rawatan intervensi. Di samping itu, penyelidikan ini berguna sebagai program rawatan kepada pesalah juvana. Hubungan antara data dan bukti empirikal menyumbang kepada profesion klinikal kaunseling. Kertas kerja ini dibentangkan di International Conference on the Education of Learner Diversity (ICELD08) di Hotel Marriot, Putrajaya dianjurkan Pusat Pendidikan Kepelbagaian Pelajar, Fakulti Pendidikan UKM pada 26-27 Ogos 2008. 17 5.0 KESIMPULAN Berdasarkan kajian-kajian lepas jelas menunjukkan pendekatan kaunseling Islam masih belum banyak diterokai penyelidik tempatan khususnya melibatkan kajian secara empirikal. Manakala banyak kajian luar negara dilakukan secara empirikal tetapi mengikut sumbernya pendekatan barat dari segi akidahnya amat bertentangan dengan ajaran Islam. Oleh itu, kajian-kajian barat hanya dapat dirujuk penyelidik dari segi konsep sebaliknya bukan kandungan penyelidikan itu sendiri. Justeru itu, penerokaan terhadap penyelidikan ini merupakan suatu penemuan baru dalam bidang bimbingan dan kaunseling khususnya pendekatan kaunseling Islam sebagai suatu alternatif baru di Malaysia. 6.0 RUJUKAN Abdul Halim Othman. 1986. ‘Beberapa isu kaunseling barat dan implikasinya terhadap praktik kaunseling di Malaysia’. Kertas kerja dibentangkan di Seminar Kaunseling, Universiti Kebangsaan Malaysia. Abdul Halim Othman. 2001. ‘Senario pendidikan dan latihan kaunselor di Malaysia’. Kertas kerja dibentangkan di Seminar Kepiawaian Pendidikan dan Latihan Kaunselor di Malaysia, Hotel Quality, Kuala Lumpur. 2-3 April 2001 Amir Awang & Iran Herman. 2003. Menangani stress di tempat kerja melalui kaunseling berperspektif islam. Dalam Prosiding Seminar Kebangsaan Kaunseling Berperspektif Islam. Anjuran UUM, JPA dan Kementerian Pendidikan Malaysia. 1 – 3 Mei 2003. Azizah Othman, Mimi Iznita Mohamed Iqbal & Hawa Rahmat. 2003. Islamic psychotherapy and counseling processes: An alternative approach to the helping relationship. Dalam Prosiding Seminar Kebangsaan Kaunseling Berperspektif Islam. Anjuran UUM, JPA dan Kementerian Pendidikan Malaysia. 1 – 3 Mei 2003. Chris M. Hammer. 2006. ‘A phenomenological study of psychologists’ experience of spiritual development as it relates to therapy practice’. Unpublished Doctor of Philosophy. Capella University. Christopher John Tuell. Treatment Providers’ Perception of Effective Interventions With Juvenile Sex Offenders. Doctor oF Education. Counseling Program Division of Human Services. College of Education. Univesity of Cincinnati.United States of America Evosevich, J.M & Avriette. 2000. ‘The gay and lesbian psychotherapy treatment planner’. Singapore: John Wiley & Sons, Inc. Kertas kerja ini dibentangkan di International Conference on the Education of Learner Diversity (ICELD08) di Hotel Marriot, Putrajaya dianjurkan Pusat Pendidikan Kepelbagaian Pelajar, Fakulti Pendidikan UKM pada 26-27 Ogos 2008. 18 Hassan Langgulung. 1990. ‘Kaunseling dalam masyarakat islam’. Kertas kerja dibentangkan di Seminar Kebangsaan Kaunseling dalam masyarakat islam, YADIM, Kuala Lumpur. Hushim Salleh & Ishammudin Ismail. 2005. Kaunseling dari perspektif islam. Dalam Prosiding Persidangan Kaunseling Universiti Malaya 2005. Anjuran Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Universiti Malaya dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. 28 29 November 2005. Ishammudin Ismail. 2000. ‘Panduan asas kaunselor muslim’. Kajang: Aras Mega (M) Sdn Bhd. James H Moody. 2007. ‘Psikotherapist’s spiritual experience with their clients in psychotherapy. A phenomenological inquiry’. Unpublished Doctor of Philosophy. Capella University. Kelly, E.W. Jr. 1994. Counselor preparation: The role of religion and spirituality in counselor education: A national survey. Counselor Education and Supervision, 33: 227-237. Lynne S. Parisien dan Bonita C.Long. Counselor Trainees’ Self-Statement Responses to Sexuality and Physically Abused Clients and Client Role Conflict. Journal of Counseling and Development, Jan 1994, 72, 304-309. Mahmood Nazar Mohamed. 2001. ‘Pengantar psikologi. Satu pengenalan asas kepada jiwa dan tingkah laku manusia’. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Malik Badri. 1994. ‘Success with Islamic counseling and psychotherapy’. London: MWH. Mary Thomas Burke, Harold Hackney, Patricia Hudson, Judith Miranti, Gail A. Watts dan Lawrence Epp. 1999. Spiritual, religion and CACREP curriculum standards. Journal of counseling and development. Summer 1999. 77. ms 251- 257. Michael L. Bundy dan Priscilla N. White. Parents as sexuality educators: A parent training program. Journal of Counseling and Development: Jan 1990; 68, 321-323. Mohd Fauzi Hamat. 2003. Paradigma tauhid sebagai motivator terbudayanya gaya hidup sihat dalam sesebuah masyarakat. Dalam Prosiding Seminar Kebangsaan Kaunseling Berperspektif Islam. Anjuran UUM, JPA dan Kementerian Pendidikan Malaysia. 1 – 3 Mei 2003. Nadiyah Elias. 2005. ‘The effect of an Islamic volitional training on volition, academic regulation and academic procrastination’. Tesis Doktor Falsafah yang tidak diterbitkan. Sintok, Kedah. Universiti Utara Malaysia. Kertas kerja ini dibentangkan di International Conference on the Education of Learner Diversity (ICELD08) di Hotel Marriot, Putrajaya dianjurkan Pusat Pendidikan Kepelbagaian Pelajar, Fakulti Pendidikan UKM pada 26-27 Ogos 2008. 19 Noor Azniza Ishak, Norliza Md Noor & Azmi Shaari. 2003. Adaptasi kemahiran kaunseling keluarga dalam masyarakat oleh para imam di daerah Kota Setar. Dalam Prosiding Seminar Kebangsaan Kaunseling Berperspektif Islam. Anjuran UUM, JPA dan Kementerian Pendidikan Malaysia. 1 – 3 Mei 2003. Othman Mohamed. 2000. ‘Prinsip psikoterapi dan pengurusan dalam kaunseling’. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Rahimi Che Aman, Zulkifli Mohamed Rasid & Syed Mohamed Syed Abdullah. 2003. Perkhidmatan kaunseling Brief sebagai satu kaedah. Dalam Prosiding Seminar Kebangsaan Kaunseling Berperspektif Islam. Anjuran UUM, JPA dan Kementerian Pendidikan Malaysia. 1 – 3 Mei 2003. Rohani Ibrahim. 2002. ‘Analisa keperluan kaunseling kerohanian dalam membina tingkah laku pelajar menghormati guru. Kajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Negeri Johor.’ Projek Sarjana yang tidak diterbitkan. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia. Rozman Harun, Mohamed Sharif Mustaffa & Roslee Ahmad. 2003. Analisis keperluan pendekatan kaunseling terhadap masalah perceraian. Satu pendekatan kajian kes di Jabatan Agama Islam Johor. Dalam Prosiding Seminar Kebangsaan Kaunseling Berperspektif Islam. Anjuran UUM, JPA dan Kementerian Pendidikan Malaysia. 1 – 3 Mei 2003. Sapora Sipon. 2005. Keperluan agama dalam kaunseling. Dalam Prosiding Persidangan Kaunseling Universiti Malaya 2005. Anjuran Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Universiti Malaya dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. 28 - 29 November 2005. Siti Hairaney Bachok. 2002. ‘Amalan kaunseling kerohanian dikalangan pelajar Melayu. Kajian kes di tiga buah sekolah di daerah Johor Bahru’. Projek Sarjana Pendidikan yang tidak diterbitkan. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia. Tim Melchert dan Kent F. Burnett. Attitudes, Knowledge and Sexual Behaviour of High Risk Adolescents: Implications for Counseling and Sexuality Education. Journal of Counseling and Development. Jan 1990, 68, 293-298. Wan Hashim Wan Teh & Mahayudin Yahaya. 1996. ‘Sains sosial dari perspektif islam’. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. . Kertas kerja ini dibentangkan di International Conference on the Education of Learner Diversity (ICELD08) di Hotel Marriot, Putrajaya dianjurkan Pusat Pendidikan Kepelbagaian Pelajar, Fakulti Pendidikan UKM pada 26-27 Ogos 2008. 20 Kertas kerja ini dibentangkan di International Conference on the Education of Learner Diversity (ICELD08) di Hotel Marriot, Putrajaya dianjurkan Pusat Pendidikan Kepelbagaian Pelajar, Fakulti Pendidikan UKM pada 26-27 Ogos 2008. 21