Academia.eduAcademia.edu

Kain Tenunan: Warisan, Cabaran dan Masa Depan

The long lasting of production and consumption of woven cloth in Brunei Darussalam depend fully upon its significance in the tradition of Malay society. Among the Malays in Brunei, tradition is one aspects of life signifying identity and heritage that must be protected and preserved. Process of globalization and modernization have contributed in enhancing textile culture in Brunei Darussalam, but at the same time, they have also been influencing and challenging the production and consumption of Brunei traditional woven cloths. These influences and challenges need to be faced accordingly. This paper discuss the importance of traditional woven cloth in Brunei Malay tradition, including its consumption in celebration of life and death. Challenges faced in the production and consumption of such textile will also be examined. In addition, future planning and strategies need to be done. This paper also looks into measures taken and put forward suggestions to ensure the continuity of this cultural heritage.

Kain Tenunan Brunei: Warisan, Cabaran dan Masa Depan. Kertaskerja disediakan untuk Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu. Warisan Seni Budaya Melayu: Pelestarian dan Pembangunan Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia. 8-9 November 2006. Siti Norkhalbi Haji Wahsalfelah, Ph.D Akademi Pengajian Brunei Universiti Brunei Darussalam. Emel: [email protected] Pengenalan. Kelestarian pengeluaran dan penggunaan kain tenunan di negara Brunei Darussalam bergantung penuh kepada kepentingannya dalam tradisi dan adat masyarakat Melayu secara keseluruhannya. Bagi masyarakat Brunei, tradisi adalah merupakan salah satu aspek kehidupan yang melambangkan jati diri dan warisan budaya masyarakat Melayu yang mesti dipelihara dan dipertahankan. Ini tidak bermakna bahawa masyarakat Melayu di Brunei Darussalam tidak mengalami perubahan dan menolak kemajuan tetapi melihat tradisi itu sebagai elemen asas yang membentuk dan mengukuhkan budaya dan identiti Brunei. Dari itu, pengeluaran dan penggunaan kain tenunan itu penting dipertahankan dan dipertingkatkan bagi memastikan kesinambungan warisan budaya Melayu. Kain Tenunan Brunei dan Tradisi. Penggunaan kain tenunan di Brunei Darussalam jelas dilihat dalam upacara-upacara tradisi atau adat istiadat bagi meraikan pusingan kehidupan 1 seperti perkahwinan, kelahiran dan juga kematian. Penggunaan kain tenunan dalam upacara-upacara ini tidak hanya semata-mata sebagai perlambangan nilai budaya, tetapi juga pelestarian tradisi masyarakat (Renne 1995). Bagi masyarakat Melayu di Brunei Darussalam, kain tenunan Brunei adalah sebahagian dari budaya Melayu yang digunakan dalam tradisi Melayu; dan meninggalkan amalan tradisi ini dianggap sebagai mengabaikan asal usul mereka. Kain tenunan Brunei digunakan sebagai pakaian dan juga hantaran perkahwinan. penting Dalam keadaan ini, kain tenunan mempunyai peranan yang dalam mewujud melambangkan status sosial. dan mengeratkan hubungan sosial, serta Bagi masyarakat Melayu Brunei, kain tenunan Brunei jenis jong sarat dijadikan sebagai salah satu hantaran perkahwinan yang mesti diberikan oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan. Sebuah perkahwinan tersebut dianggap tidak sempurna, malah boleh menimbulkan aib jika pengantin lelaki tidak mampu memberikan kain tenunan Brunei kepada bakal isterinya. Di samping melambangkan kasih sayang, pemberian kain tenunan juga menunjukkan kestabilan kedudukan kewangan pengantin lelaki (Siti Norkhalbi 2005). Kain tenunan yang diberikan sebagai balasan hantaran pertunangan atau perkahwinan dari pengantin perempuan menunjukkan bahawa pengantin perempuan tersebut mempunyai status yang sama atau lebih tinggi taraf sosialnya dengan pengantin lelaki. Selain dari hantaran, kain tenunan Brunei juga dipakai oleh pengantin disepanjang majlis perkahwinan mereka. Pada 2 upacara tersebut, pasangan pengantin akan memakai pakaian sedondon yang diperbuat dari kain tenunan. Keseragaman warna dan ragam hias pakaian tersebut melambangkan kesatuan dan kesefahaman (Siti Norkhalbi 1999). Pemakaian kain tenunan dalam majlis perkahwinan dalam masyarakat Melayu tidak hanya dilihat sebagai perluahan makna simbolik tentang hubungan sosial, tetapi juga perasaan tanggungjawab yang perlu dipenuhi dalam melayani pasangan pengantin dengan sewajarnya sesuai dengan pepatah Melayu bahawa pasangan pengantin adalah merupakan ‘raja sehari’ di hari perkahwinan mereka. Selain dari majlis perkahwinan, kain tenunan juga biasa dipakai ketika ‘majlis mandi berlawat’. Majlis ini diadakan bagi ibu yang melahirkan anak pertama dan biasanya diadakan selepas 40 hari, iaitu melimpasi waktu pantang. Majlis ini diadakan sebagai tanda kesyukuran dan proses peralihan kepada status baru sebagai seorang ibu. Ketika majlis mandi berlawat ini, ibu yang diraikan memakai pakaian seperti pengantin, manakala anaknya akan dipakaikan dengan baju baru dan disalut dengan kain jong sarat. Majlis berkhatan juga biasa diadakan di kalangan masyarakat Melayu Brunei bukan hanya bagi anak lelaki, tetapi juga anak perempuan. Walaubagaimanapun perlaksanaan majlis ini berbeza di antara lelaki dan perempuan. Bagi lelaki, majlis berkhatan biasanya diadakan setelah melalui proses berkhatan ketika berumur sekitar sepuluh tahun, manakala bagi anak perempuan pula diadakan pada usia semuda beberapa bulan hingga dua tahun. Biasanya majlis berkhatan ini diadakan setelah anak lelaki atau perempuan yang telah dikhatankan itu sembuh. Majlis berkhatan ini biasanya diadakan di mana 3 ibu bapa anak yang diraikan akan menjemput saudara mara dan sahabat handai mereka, dan para tetamu akan dijamu dengan berbagai-bagai jenis makanan sama ada makanan basah atau kering. Di samping itu para tetamu juga akan diberikan bungkusan berbentuk makanan atau bunga telur untuk dibawa pulang. Dalam majlis tersebut, anak lelaki yang diraikan dipakaikan pakaian Melayu yang lengkap, termasuk songkok atau dastar (tanjak) dan sinjang (samping) dari kain tenunan. Mana kala bagi anak perempuan pula akan dibalut dengan kain jong sarat. Majlis sempena meraikan akil baligh bagi remaja perempuan yang dikenali sebagai majlis mandi berhias juga diadakan terutama di kalangan golongan bangsawan dalam masyarakat Melayu Brunei. Majlis ini diadakan setelah remaja tersebut mendapat haid pertama. Perlaksanaan majlis ini serupa dengan majlis berkhatan bagi lelaki. Dalam majlis tersebut remaja perempuan akan dihias dan dipakaikan dengan pakaian seperti pengantin serta dipakaikan ‘kain kapit’ dari kain tenunan. Penggunaan kain tenunan ini tidak hanya terhad dalam upacara-upacara meraikan kehidupan, tetapi juga digunakan dalam upacara kematian. Dalam masyarakat Melayu, kain tenunan digunakan sebagai kain penutup keranda terutama di kalangan golongan atasan. Penggunaan ini bukan hanya dilihat sebagai pemakaian akhir yang menandakan penghormatan kepada simati, tetapi juga melambangkan status sosial dan ekonomi simati dan keluarganya (Siti Norkhalbi 2005). 4 Kuasa dan Identiti. Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem monarki, adat istiadat diraja masih diamalkan walaupun terdapat perubahan perkembangan semasa. selaras dengan Kain tenunan mempunyai kepentingan dalam adat istiadat diraja Brunei. Kegunaannya tidak hanya terhad sebagai pakaian adat, malah juga sebagai anugerah dan alat kebesaran diraja. Ini banyak dicatatkan oleh pengembara-pengembara yang datang ke Brunei di zaman dahulu, dan Pigafetta menyatakan bahawa kain tenunan tidak hanya dipakai di kalangan pembesar diraja yang berstatus tinggi, tetapi juga di kalangan pegawai negara yang lebih rendah statusnya (Nicholl 1975). Andaya (1992: 411) berpendapat bahawa penggunaan kain tenunan tersebut adalah untuk menunjukkan bahawa Brunei ketika itu merupakan sebuah kuasa besar. Dalam istiadat perpuspaan1 sultan yang ditabalkan akan memakai pakaian kerajaan dari kain tenunan tradisional yang dilengkapi dengan keris Si Naga. Dalam istiadat pemujaan pepuspaan tersebut, sultan juga akan dipakaikan mahkota yang merupakan sebagai legitismasi kekuasaan. Dalam hal ini, pakaian bukan hanya semata-mata mempunyai fungsi sebagai penutup badan dan perhiasan tetapi juga boleh diterjemahkan sebagai lambang kuasa dan kewibawaan (Cohn 1989). Penggunaan alat kebesaran dan pemakaian kain tenunan Brunei oleh sultan sebagai pakaian kerajaan dalam adat istiadat berpuspa adalah merupakan penzahiran gagasan kedaulatan dan kekuasaan yang terkandung dalam bentuk budaya material (Siti Norkhalbi 2004b). Sebagai negara yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja, perletakan kuasa 1 Upacara pertabalan raja. 5 terhadap sultan sebagai kedaulatan nasional merupakan perlambangan kekuasaan dan juga identiti kebangsaan (Lominitz 2001). Dalam istiadat pemasyhuran Pengiran Muda Mahkota, kain tenunan juga digunakan sebagai pakaian Pengiran Muda Mahkota. Di Brunei Darussalam, Pengiran Muda mahkota merupakan bakal pengganti sultan. Dari itu kedudukannya merupakan suatu perlambangan kesinambungan kekuasaan dan kedaulatan pemerintahan beraja (Siti Norkhalbi 2003). Apabila seseorang dikurniakan gelaran, beliau juga akan dianugerahkan dengan persalinan pakaian, termasuk ‘pakaian kerajaan’ dan alat kebesaran, seperti keris. Dalam pakaian kerajaan itu termasuklah sepasang baju dan seluar, samping dan dastar dari kain tenunan. Warna dan rekabentuk kain samping dan dastar itu bergantung kepada kedudukan orang yang dikurniakan gelaran itu di dalam hieraki politik tradisi Brunei. Dalam sistem politik tradisi, sesuatu gelaran yang dikurniakan bukan sahaja merupakan penghormatan semata-mata, tetapi juga merupakan tanggungjawab. Tanggungjawab mereka sebagai ‘mata, telinga dan mulut’ kepada sultan untuk mendapatkan maklumatmaklumat mengenai keadaan rakyat dan menyampaikan sesuatu hasrat baginda kepada pihak yang berkenaan bagi menyempurnakan amanah rakyat (Pg Hj Ahmad 1988). seolah-olah Penganugerahan persalinan pakaian dan regalia yang lain menggambarkan penyerahan suatu eleman tugas dan tanggungjawab dari raja kepada orang yang dikurniakan gelaran tersebut. Di samping itu, penganugerahan tersebut juga merupakan suatu pemindahan sebahagian kuasa yang ada pada raja kepada orang yang dianugerahi gelaran 6 untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka sebagai orang yang diamanahkan untuk membangun dan menjaga kesejahteraan serta keamanan negara (Siti Norkhalbi 1999). Pengagihan kain tenunan dan alat kebesaran yang lain dalam penganugerahan gelaran itu juga boleh ditafsirkan sebagai pengukuhan hubungan antara raja dengan pembesar yang dilantik. Objek digunakan sebagai perluahan dalam bentuk yang nyata atau tangible expression (Layton 1981) tentang pengakuan kepimpinan dan kuasa yang diamanahkan terhadap orang yang dianugerahi gelaran tersebut. Di zaman dahulu, persalinan pakaian juga dianugerahkan kepada perutusan yang dilantik oleh sultan. Dalam Silsilah Raja-Raja Brunei dicatatkan bahawa apabila sultan menghantar perutusan baginda ke luar negara, setiap ahli rombongan perutusan tersebut dikurniakan dengan sepengadak pakaian persalinan, dan pegawai-pegawai utama juga akan dikurniakan dengan alat kebesaran seperti keris, pedang dan payung (Sweeney 1998:73). Penganugerahan ini boleh dilihat sebagai metafora kuasa dan kewibawaan (Cohn 1989) yang memberikan kekuasaan ke atas pegawai-pegawai yang diutus untuk bertindak bagi pihak raja. Penerimaan penganugerahan itu pula melambangkan ketaatan mereka kepada raja dan kesediaan mereka untuk menjunjung perintah raja (Siti Norkhalbi 2005). Di zaman kontemporari ini, penggunaan kain tenunan di dalam istiadat diraja telah diperkembangkan. Para jemputan yang hadir ditentukan kod pakaian mereka sesuai dengan taraf dan darjatnya. Ketika menghadiri jemputan istiadat diraja, para jemputan di kalangan pegawai-pegawai dan orang-orang yang tidak 7 dianugerahi gelaran terutama golongan masyarakat Melayu dikehendaki memakai baju kebangsaan, iaitu baju Melayu bagi lelaki dan baju kurung atau kebaya bagi kaum wanita. Warna juga ditetapkan iaitu warna hitam jika majlis diadakan di waktu siang manakala warna putih jika majlis diadakan diwaktu malam. Kod pakaian ini dimaklumkan di dalam kad jemputan rasmi yang diagihkan oleh Jabatan Adat Istiadat Negara. Bagi pembesar diraja yang dianugerahi gelaran oleh sultan seperti ceteria, pehin manteri dan manteri hulubalang, mereka dikehendaki memakai pakaian rasmi atau pakaian kerajaan yang telah dikurniakan kepada mereka semasa majlis penganugerahan gelaran mereka. Para pembesar negara, seperti menteri dan timbalan menteri, dan pegawai utama pentadbiran seperti ketua-ketua jabatan dalam perkhidmatan kerajaan moden juga memakai pakaian rasmi yang telah diberikan kepada mereka. Bagi lelaki, kain samping dan dastar dari kain tenunan Brunei adalah merupakan sebahagian dari pakaian rasmi. Warna dan reka bentuk kain tenunan tersebut adalah selaras dengan pangkat dan kedudukan mereka. Manakala bagi pegawai tadbir perempuan juga dikehendaki memakai pakaian rasmi termasuk kain kepit dan sarung dari kain tenunan yang mempunyai rekabentuk dan warna yang sama dengan pegawai lelaki yang sama kedudukan dengan mereka. Pakaian rasmi bagi para pembesar dan pegawai kerajaan direka khas bagi mereka. Penetapan dan perbezaan warna dan reka bentuk pakaian rasmi para pembesar dan pegawai kerajaan tertentu telah digarispandukan oleh pihak yang diwakilkan raja merupakan identifikasi simbolik tentang status seseorang 8 dalam masyarakat dan juga sebagai suatu perlambangan keutamaan martabat atau prestij sosial (Bennet, Emmison and From 1999) yang diberikan kepada mereka. Kepatuhan mereka mematuhi kod pakaian yang telah ditetapkan menunjukkan ketaatan dan pengabdian mereka terhadap raja sebagai pemerintah dan kuasa yang tertinggi (Siti Norkhalbi 2004a). Langkah-langkah pelestarian kain tenunan telah diusahakan berbagaibagai pihak terutama pihak kerajaan, sektor swasta dan masyarakat secara menyeluruh. Pengaplikasian kain tenunan dalam masyarakat Brunei telah diperluaskan lagi di mana penggunaannya tidak hanya terhad dalam istiadat diraja dan upacara-upacara tradisi. Kepentingan kain tenunan itu berkembang dari segi penggunaan dan pengeluarannya seiring dengan era kemodenan dan globalisasi. Pembentukan ‘tradisi baru’ seperti upacara Konvokesyen Universiti Brunei Darussalam, sambutan Hari Kebangsaan, Hari Guru dan seumpamanya telah memberikan nafas baru yang memastikan penggunaan dan pengeluaran kain tenunan dalam masyarakat berterusan. Dalam upacara-upacara ini, kain tenunan Brunei digunakan sebagai sebahagian dari pakaian rasmi dan hadiah. Penggunaan kain tenunan dalam majlis-majlis seperti ini telah digiatkan dan memberikan makna baru bagi memanifestasikan identi kebruneian (Siti Norkhalbi 2004b) dan sebagai lambang kebanggan terhadap warisan budaya. Selain pengaplikasian kain tenunan sebagai pakaian dan hadiah, kain tenunan juga digunakan sebagai perhiasan dalaman. Kain tenunan dijadikan sebagai hiasan dinding dan pelengkap sentuhan dekorasi di rumah-rumah persendirian, hotel-hotel dan juga bangunan kerajaan. Sebagai contoh, kain 9 tenunan dari pelbagai rekabentuk digunakan sebagai hiasan dinding di bilik-bilik persidangan dan dewan di bangunan Kementerian Pembangunan dan Pusat Persidangan Antarabangsa. Pengeluaran Kain Tenunan. Secara tradisi, pengeluaran kain tenunan didominasi oleh kaum wanita dari Kampong Ayer. Di zaman sebelum naungan British, Kampong Ayer bukan sahaja merupakan pusat pemerintahan, tetapi juga pusat kebudayaan dan perekonomian yang sangat penting (Md Zain 1996). Pada ketika itu, terdapat beberapa buah kampung yang dinamakan bersempena dengan kemahiran atau pekerjaan penduduk kampung (Abdul Latif 1996). Kini, aktiviti bertenun kain ini masih lagi didominasi oleh kaum wanita namun kemahiran ini juga telah tersebar di kawasan darat (Siti Norkhalbi 2006). Penubuhan Pusat Latihan Kesenian dan Pertukangan Tangan Brunei pada tahun 1975 yang menawarkan latihan kemahiran pertukangan tangan termasuk bertenun kain telah membuka peluang kepada kaum wanita yang berminat di seluruh negara samada yang tinggal di Kampong Ayer atau di darat untuk mempelajari kemahiran tersebut. Penubuhan pusat ini boleh dilihat sebagai usaha pihak kerajaan untuk mengekalkan dan mengembangkan tradisi kraftangan Brunei. Kemasukan pelatih untuk mengikuti kursus bertenun kain di Pusat Latihan Kesenian dan Pertukangan Tangan Brunei menunjukkan minat kaum wanita terhadap kemahiran ini. Sejak penubuhannya hingga tahun 2004, Pusat ini telah 10 menghasilkan seramai 441 orang penenun yang terlatih. Dari jumlah ini 14 orang telah menubuhkan perusahaan bertenun kain, 25 orang membuat usaha di bawah kelolaan bengkel Pusat dan selebihnya bertenun secara bersendirian di rumah (Hjh Fatimah & Norwatiza 2004). Satu lagi usaha yang dibuat bagi memastikan kesinambungan warisan tradisi bertenun kain ini ialah dengan menubuhkan bengkel tenunan di kawasan perumahan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah di Kampong Bolkiah A dan B yang terletak di kawasan Kampong Ayer. Penubuhan bengkel tenunan di Kampong Ayer ini adalah merupakan langkah untuk menghidupkan semula aktiviti tradisi masyarakat di lokasi asal bagi menarik pelancong asing (Muhammad Hadi 2006). Di samping itu, bengkel ini diwujudkan untuk memberi galakan kepada penduduk di kawasan ini untuk mempertingkatkan sumber ekonomi mereka. Pemeliharaan dan pengembangan pengeluaran kain tenunan tidak hanya berperanan sebagai pengekalan warisan bangsa Melayu, tetapi juga sebagai suatu sumber ekonomi atau pendapatan individu khususnya, swasta amnya (Muhammad Hadi 2006; Siti Norkhalbi 2005). Dari itu pihak kerajaan mempunyai peranan penting dalam menyokong dan memantau perkembangan pengeluaran kain tenunan ini. Pihak kerajaan menyediakan program-program galakan dan skim bantuan kewangan. Di samping itu, bantuan dalam bentuk kemudahan untuk mendapatkan bahan-bahan mentah juga disediakan terutama bagi penenun yang ingin menceburi bidang perniagaan secara kecil-kecilan. 11 Aktiviti komersial kain tenunan mempunyai kesan yang penting dalam usaha pelestarian pengeluaran kain tenunan yang menyumbang ke arah peningkatan kualiti kain tenunan dan merangsang kreativiti serta innovasi penciptaan rekabentuk dan warna-warna baru sesuai dengan permintaan pengguna atau pelanggan. Sebagai sokongan pihak kerajaaan ke atas para pengusaha kain tenunan ini, mereka ini dikategorikan di dalam pengusaha kecil dan sederhana dan dikecualikan dari membayar cukai. Para pengusaha kain tenunan ini juga diberikan bantuan dan peluang promosi untuk memasarkan barangan mereka pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa melalui perbadanan kerajaan dan swasta yang berkaitan. Negara Brunei Darussalam kini giat mempromosikan negara sebagai destinasi pelancongan. Penggalakan pelancongan ini dilihat sebagai suatu jalan di mana para artisan, termasuk penenun dan pengusaha kain tenunan untuk mempelbagaikan pengeluaran kain tenunan untuk memenuhi kehendak pelancong. Kain tenunan boleh dikeluarkan semula sebagai hasil kraftangan tempatan untuk dijadikan sebagai hadiah atau kenang-kenangan. Cabaran. Proses globalisasi dan modenisasi tidak dinafikan memberikan sumbangan dalam memperkaya budaya tekstil dan meningkatkan kegiatan serta nilai komersial tekstil di negara Brunei Darussalam. Sejak abad ke 6, Brunei sudah terdedah dengan pengaruh luar yang dibawa oleh proses globalisasi di mana ketika itu Brunei adalah merupakan pelabuhan penting bagi pedagang- 12 pedagang yang datang dari Arab, India dan China yang mendedahkan penduduk setempat dengan barangan dari luar, termasuk tekstil dan pakaian dan dijadikan sebagai pertukaran dengan hasil tempatan. Perkembangan komersial global juga telah meningkatkan berbagai-bagai jenis tekstil dan pakaian yang diimpot ke Brunei Darussalam. Kini, tekstil dan pakaian tidak hanya diimpot dari China dan India, tetapi juga kawasan-kawasan lain, seperti Malaysia dan Indonesia. Pelbagai jenis tekstil seperti polyester, kapas, batik, renda, sifon dan sutera sangat popular di kalangan pengguna tempatan. Di samping itu, kain songket atau kain tenunan dari Malaysia, Thailand, Indonesia dan India juga diterima baik di kalangan penduduk tempatan. Fabrik yang diimpot dari luar ini memang sangat penting kerana pengeluaran jenis-jenis fabrik yang terhad di Brunei Darussalam. Walaubagaimanapun, kemasukan fabrik yang diimpot ini juga telah memberikan cabaran terhadap penggunaan tekstil keluaran tempatan. Pengaplikasian kainkain dari luar ini tidak hanya terhad untuk digunakan sebagai pakaian harian, malah juga digunakan dalam upacara-upacara tertentu. Bahkan ada jenis-jenis kain yang telah diadaptasi penggunaannya dalam kebudayaan Melayu di Brunei. Faktor-faktor penyebab penerimaan jenis tekstil dari luar ini adalah kerana pengguna mementingkan pemakaian yang lebih praktikal, keselesaan, kemudahan untuk memperolehi fabrik dan harga yang berpatutan. Pengaruh fabrik dari luar ini juga telah menyumbang terhadap kurangnya penggunaan kain tenunan keluaran tempatan. Tidak dinafikan kain tenunan Brunei mempunyai kualiti yang tinggi, penampilan yang indah dan daya tahan 13 yang lama, tetapi nilai harganya agak tinggi berbanding dengan kain yang diimpot. Faktor harga ini sangat mempengaruhi pengguna terutama di kalangan masyarakat yang berpendapatan rendah. Bagi memastikan kesinambungan pengeluaran kain tenunan ini, penggunaannya tidak harus terhad di kalangan masyarakat elite dan berpendapatan tinggi, tetapi juga di kalangan masyarakat secara menyeluruh. Dalam abad 20, gaya pakaian di Brunei Darussalam banyak dipengaruhi oleh iklim fesyen Barat dan negara jiran. Mulai 1906, terdapat ramai orangorang Eropah dan Melayu dari negara-negara jiran yang datang ke Brunei untuk berkerja di sektor awam dan swasta. Penemuan minyak pada tahun 1929 telah membukakan peluang pekerjaan kepada pakar-pakar dan pekerja-pekerja dari luar untuk bekerja di Brunei. Pakaian gaya Barat telah diadaptasi bukan hanya sebagai pakaian harian malah telah diterima sebagai pakaian seragam atau pakaian kerja. Ledakan teknologi seperti media telah meningkatkan lagi pendedahan masyarakat Brunei terhadap gaya dan fesyen pakaian semasa, dan perkembangan ciptaan pereka fesyen antarabangsa terkenal seperti Calvin Klein, Gianni Versace, Giorgio Armani dan Christian Dior juga kini telah mempengaruhi pengguna di Brunei Darussalam (Siti Norkhalbi 2005). Perkembangan pengeluaran kain tenunan Brunei secara komersial telah menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi masyarakat tempatan. Malah perkembangan ini juga memberikan sumbangan dalam meningkatkan ekonomi regional di mana perusahaan kain tenunan Brunei ini telah menyediakan peluang pekerjaan bukan sahaja di kalangan penduduk Brunei, tetapi juga bagi warga 14 negara jiran terutama Indonesia dan Malaysia. Perkembangan ini secara tidak langsung telah memberikan cabaran kemungkinan pengaliran keluar rekabentuk tempatan dan kemahiran bertenun kain. Pengaliran ini boleh dilihat sebagai suatu cabaran yang mungkin memberikan saingan kepada pengeluaran kain tenunan jika tenaga kerja ini kembali ke tempat asal mereka di mana kemungkinan mereka untuk mengaplikasikan kemahiran tersebut untuk mengeluarkan kain tenunan Brunei dan menembusi pasaran di Brunei sendiri. Pengaruh globalisasi yang mementingkan kegiatan komersial telah memberikan cabaran di mana Brunei juga menghadapi masalah replika kain tenunan Brunei dipasaran tempatan. Replika rekabentuk dan motif kain tenunan tempatan yang dihasilkan dengan mesin dan dikeluarkan secara besar-besaran di luar negara dan diimpot semula serta dipasarkan di negara Brunei Darussalam. Replika ini mendapat sambutan dari masyarakat tempatan bukan kerana aspek kualiti tetapi ianya mempunyai rekabentuk dan motif yang sama dengan harga yang jauh lebih murah. Faktor harga merupakan cabaran yang sangat penting. Para pengeluar kain tenunan di Brunei masih mengekalkan keaslian kain tenunan iaitu dengan menggunakan alat-alat tradisi dan proses pembuatan tangan. Proses pembuatan ini menjamin keaslian dan kehalusan buatan tangan yang menyumbang terhadap ketinggian nilainya dari segi kualiti dan juga harga. Di samping itu, Brunei Darussalam tidak mengeluarkan benangnya sendiri malah bergantung penuh kepada bekalan dari luar negara seperti Jepun dan India. Para penenun kain di Brunei tidak mahu mengorbankan keaslian dan kehalusan kain keluaran 15 mereka semata-mata kerana mereka berpendapat bahawa hasil kerja mereka itu melambangkan ketelitian dan ketinggian nilai budaya Brunei (Siti Norkhalbi 2005). Masa Depan. Kelestarian pengeluaran kain tenunan Brunei bergantung penuh kepada hidupnya penggunaan tradisi tekstil di kalangan masyarakat. Keutuhannya adalah merupakan perlambangan tentang identiti masyarakat dan budaya bangsa Melayu. Bagi memastikan budaya ini tidak pupus, tanggungjawab bagi mengekal dan memperkembangkan tradisi ini tidak hanya terpikul ke atas orang perseorangan, tetapi juga pihak kerajaan serta semua ahli masyarakat secara keseluruhan. Pihak kerajaan dan swasta telah mengambil langkah memperkenalkan penggunaan kain tenunan sebagai pakaian rasmi yang dipakai oleh para pegawai dan kakitangan di institusi tertentu seperti Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan dan Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei ketika menghadiri majlis-majlis rasmi boleh dilihat sebagai usaha melestarikan pengaplikasian kain tenunan. Di samping itu, kain tenunan Brunei terus dijadikan sebagai hadiah kepada orang-orang yang diiktiraf sempena sambutan tertentu seperti Guru Cemerlang, Tokoh Hijrah dan seumpamanya. Berbagaibagai ragamhias dan warna kain tenunan Brunei juga dicipta dan digunakan sebagai sebahagian daripada jubah akademik bagi para graduan dan pegawai utama di institusi pendidikan tinggi seperti Universiti Brunei Darussalam, Maktab 16 Jururawat Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Saadatul Bolkiah dan Institut Teknologi Brunei yang menunjukkan status pegawai dan tahap pengajian graduan adalah merupakan usaha mempertahankan peranan kain tenunan sebagai warisan budaya tradisi dan lambang identiti kebruneian (Siti Norkhalbi 2004a). Pemasyarakatan penggunaan kain tenunan terutama dalam upacaraupacara keraian seperti perkahwinan, kelahiran pertama, khatan dan seumpamanya perlu untuk dipertahankan bagi memastikan kesinambungan masa depan tradisi ini. Fabrik impot telah sedikit sebanyak menggantikan kain tenunan tempatan, namun kain tenunan Brunei masih lagi mempunyai peranan yang sangat penting terutama sebagai hantaran pertunangan. Penggunaan kain tenunan Brunei dalam upacara ini tidak hanya sebagai lambang identiti budaya tetapi juga untuk menunjukkan status sosial dan lambang kekayaan. Penggabungan penggunaan kain tenunan Brunei dan kain impot seperti sutera dan sifon boleh dilakukan bagi menyesuaikan dengan rekabentuk fesyen dalam penggunaan kontemporari. Kreativiti pereka fesyen dalam membuat penggemblengan di antara fabrik produk tempatan dan impot ini pastinya akan dapat mengekalkan keggunaan kain tenunan Brunei yang tidak hanya dipakai sebagai pakaian pengantin atau pakaian adat, tetapi juga boleh dipakai oleh orang ramai ketika menghadiri jemputan dan seumpamanya. Para pengusaha kain tenunan juga perlu untuk mengembangkan material yang digunakan dengan tidak hanya terlalu bergantung kepada penggunaan benang kapas, sutera dan benang emas atau metalik seperti yang digunakan 17 sekarang. Sudah sampai masanya bagi para pengusaha atau penenun untuk mencari alternatif lain seperti menggunakan jenis benang yang lebih ringan dan sesuai dengan perkembangan fesyen kontemporari yang keselesaan. mementingkan Rekabentuk atau ragamhias kain yang lebih mudah dan tidak memerlukan teknik yang sukar juga perlu dicipta dan dihasilkan agar harga dapat dikurangkan sesuai dengan kemampuan pengguna terutama di kalangan golongan yang rendah pendapatan tanpa mengorbankan kualiti kain tenunan tersebut. Produk kain tenunan perlu untuk dipelbagaikan sebagai langkah pelestarian. Pengeluaran kain tenunan perlu untuk diperluaskan dengan tidak hanya menghadkan kepada pakaian, tetapi juga jenis-jenis produk yang lain seperti asesori wanita dan lelaki, serta barang-barang perhiasan dalaman. Sesuai dengan tuntutan era globalisasi, sasaran pasaran perlu diperluaskan dengan tidak hanya bergantung kepada pasaran tempatan, malah perlu meneroka pasaran global. Dari itu, para pengeluar kain tenunan perlu untuk membuat kajian untuk memahami citarasa pengguna. Adaptasi rekabentuk dan motif kain dari budaya lain bukan merupakan suatu yang baru kerana ini memang berlaku secara berterusan dalam sejarah, namun ianya tidak sepantas yang berlaku kini (Prangwattanakun danNaenna 1998). Walaubagaimanapun, ini bukan satu alasan yang membolehkan untuk melakukan peniruan yang berleluasa. Dari itu langkah yang wajar perlu dibuat dengan menggubal perlindungan hak cipta bagi memelihara hak cipta dan kreativiti agar tidak berlaku peniruan yang sewenang-wenangnya. 18 Pengawalan dari segi pasaran juga perlu diambil seperti mengenakan cukai bagi fabrik yang diimpot yang mempunyai jenis yang serupa dengan kain tenunan Brunei. Langkah ini perlu dibuat bukan untuk menghadkan pasaran barangan dari luar tetapi sebagai menyediakan saingan yang sihat dalam pasaran tempatan. Saingan yang ada ini pastinya akan memberi peluang kepada pengguna untuk membuat pilihan sesuai dengan selera mereka. Kesimpulan. Kemasukan tekstil dari luar tidak dinafikan mempengaruhi budaya tekstil di Brunei di mana tekstil impot ini juga telah diadaptasi penggunaannya dalam masyarakat tempatan. Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna bahawa kain tenunan Brunei telah diabaikan. Malah kain tenunan terus mempunyai peranan yang penting dalam kehidupan masyarakat Melayu. Kain tenunan adalah salah satu warisan budaya bangsa Melayu. Pengeluaran dan penggunaannya mempunyai peranan tidak hanya sebagai perlambangan identiti bangsa, tetapi juga sebagai sumber ekonomi. Dari itu berbagai-bagai langkah pelestarian telah diusahakan ke atas khazanah warisan turun temurun ini agar masa depan pengeluaran dan penggunaannya dapat dipertahankan dan dikembangluaskan. 19 Bibliografi. Abdul Latif Haji Ibrahim (Haji). 1996. ‘Kampong Ayer: Warisan, Cabaran dan Masa Depan’. Simposium Antarabangsa Kampong Ayer. Akademi Pengajian Brunei, Universiti Brunei Darussalam. 6-9 September 1996 Andaya, B W. 1992. 'Political Development between Sixteenth Century and Eighteenth Centuries' in The Cambridge History of Southeast Asia: Volume One: From Early Times to c.1800. Edited by Nicholas Tarling, pp. 402-459. Cambridge: Cambridge University Press. Bennet, T, Emmison, M, and Frow, J. 1999. Accounting For Tastes: Australian Everyday Cultures. Cambridge: Cambridge University Press. Brown, D E. 1974. 'Antonio Pigafetta's Account of Brunei in 1521'. Brunei Museum Journal 2:2: 171-179. Cohn, B S. 1989. 'Cloth, Clothes, and Colonialism: India in the Nineteenth Century.' in Cloth and Human Experience. Edited by A B Weiner and J Schneider, pp. 303 -353. Washington and London: Smithsonian Institution Press. Fatimah Haji Aji (Hajah), and Norwatiza Mohd. Zaidi. 2004. Directory of Handicraft Entrepreneurs in Brunei Darussalam. Bandar Seri Begawan: Brunei Museums Department. Layton, R. 1981. The Anthropology of Art. London: Granada Publishing. Lomnitz, C. 2001. 'Elusive Property: The Personification of Mexican National Sovereignty.' in The Empire of Things: Regimes of Value and Material Culture. Edited by F Myer, pp. 119-138. New Mexico: School of American Research Press. Md. Zain bin Haji Serudin (Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama Dr Haji). 1996. Ucapan Rasmi Majlis Pembukaan Rasmi Simposium Antarabangsa Kampong Ayer. Simposium Antarabangsa Kampong Ayer Akademi Pengajian Brunei, Universiti Brunei Darussalam. 6 September 1996. Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong. 2006. 'Kampong Ayer (Aying): Cabaran dan Masa Depan'. Konferensi Antaruniversiti di Borneo-Kalimantan ke 2: Transformasi Sosial Masyarakat Perkotaan/ Bandar di BorneoKalimantan, Pontianak, Kalimantan Barat Indonesia, 13-15 Ogos 2006. Nazlina Shaari dan Norhayati Suleiman. 2006. ‘Peranan Tekstil di dalam Sosial Budaya Melayu Sarawak’. Konferensi Antaruniversiti di Borneo-Kalimantan ke 20 2: Transformasi Sosial Masyarakat Perkotaan/ Bandar di Borneo-Kalimantan, Pontianak, Kalimantan Barat Indonesia, 13-15 Ogos 2006. Nicholl, R. (Peny.). 1975. European Sources for the History of the Sultanate of Brunei in the Sixteenth Century. Bandar Seri Begawan.: Muzium-Muzium Brunei. Pengiran Ahmad Pengiran Mohd Yusof (Dato Seri Paduka Haji). 1988. Adat Istiadat Dalam Kursus untuk Graduan-Graduan yang baru Berkhidmat. Bandar Seri Begawan: Jabatan Adat Istiadat Negara. Prangwattanakun, S and Naenna, P C. 1998. ‘T’ai Lu Textiles: Cultural Reproduction’ in Traditional T’ai Arts in Contemporary Perspective. Edited by M.C. Howard, W. Wattanapun, and A. Gordon, pp. 57-138. Bangkok: White Lotus. Renne, E.P. 1995. Cloth That Does Not Die: The Meaning of Cloth in Bunu Social Life. Seattle: University of Washington Press. Siti Norkhalbi Haji Wahsalfelah. 1999. The Traditional Woven Textiles of Brunei Darussalam. MA Thesis, University of Durham. Siti Norkhalbi Haji Wahsalfelah. 2003. 'Penggunaan Kain Tenunan Tradisional Dalam Masyarakat Melayu Brunei: Satu Tinjauan Awal'. Beriga 79:April-June: 3-17. Siti Norkhalbi Haji Wahsalfelah. 2004a. 'Material Budaya dan Pembinaan Identiti Budaya Kebangsaan Brunei Darussalam.' Seminar Kebangsaan Calak Brunei: Ke Arah Mengangkat Martabat Bangsa, Universiti Brunei Darussalam, Brunei Darussalam, 2004. Siti Norkhalbi Haji Wahsalfelah. 2004b. 'Kain Tenunan Tradisional Dalam Adat Istiadat Diraja Brunei: Manifestasi Perlambangan Status dan Kekuasaan'. Beriga 85:October- December: 63-75. Siti Norkhalbi Haji Wahsalfelah. 2005. Traditional Woven Textiles: Tradition and Identity Construction in the ‘New State’ of Brunei Darussalam. Ph.D. Thesis. University of Western Australia. Siti Norkhalbi Haji Wahsalfelah. 2006. 'Transformasi Lokasi Pengeluar Kain Tenunan: Kesinambungan Warisan Budaya Brunei Darussalam'. Konferensi Antaruniversiti di Borneo-Kalimantan ke 2: Transformasi Sosial Masyarakat Perkotaan/ Bandar di Borneo-Kalimantan, Pontianak, Kalimantan Barat Indonesia, 13-15 Ogos 2006. 21 Sweeney, A. 1998 [1968]. 'Silsilah Raja-Raja Brunei' in Papers Relating to Brunei. pp. 46-127. Kuala Lumpur: The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society. 22