Drafts by AMIR ZAFRAN AHMAD ASRI
Etnik sememangnya merupakan aspek utama dalam memperihal dan mengkaji kumpulan-kumpulan manusia y... more Etnik sememangnya merupakan aspek utama dalam memperihal dan mengkaji kumpulan-kumpulan manusia yang terdapat di seluruh dunia. Secara amnya, etnik digunakan bagi membeza dan mengenalpasti di antara sesebuah kumpulan dengan kumpulan yang lainnya. Hal ini turut disandarkan pada bentuk primordial atau asal yakni dikaitkan dengan aspek seperti warna kulit, agama, bahasa serta pengalaman sejarahnya (Ishtiaq Ahmad, 1996: 20). Bahkan, teori etnisiti juga mecadangkan bahawa ianya merupakan suatu hubungan di antara kumpulan-kumpulan budaya yang dicorakkan melalui sistem sosial mereka yang tersendiri sebagai sebuah ukuran terhadap tingkah laku sosial di dalam masyarakat industri yang lebih moden. Kepelbagaian etnik yang wujud pada hari ini telah memperlihatkan masyarakat-masyarakat yang berbeza daripada segi budaya, adat bahkan agama serta dicorak pula mengikut acuan negara bangsa setelah diberi kemerdekaan oleh pihak penjajah. Namun begitu, kewujudan negara berbilang etnik dapat dilihat sebagai unik kerana kejayaannya dalam menjaga kerukunan hidup rakyatnya namun ada kalanya turut mengakibatkan perbezaan serta perbalahan politik yang berpanjangan. Rantau Asia Tenggara misalnya boleh menjadi contoh betapa kepelbagaian etnik memainkan peranan penting dalam mencorak perjalanan politik di negara masing-masing.
4. Huraikan konsep federalisme dengan merujuk kelemahan dalam perlaksanaannya di Malaysia.
Kajian berkaitan nasionalisme dalam kalangan bangsa Yahudi dan penubuhan negara Israel yang bersu... more Kajian berkaitan nasionalisme dalam kalangan bangsa Yahudi dan penubuhan negara Israel yang bersumber daripada semnagat nasionalisme.
Papers by AMIR ZAFRAN AHMAD ASRI
Penglibatan golongan selebriti dalam politik merupakan trend biasa yang berlaku di negara-negara ... more Penglibatan golongan selebriti dalam politik merupakan trend biasa yang berlaku di negara-negara seperti Amerika Syarikat dan Indonesia. Di Malaysia, fenomena serupa masih dianggap sebagai baru. Justeru, sejauhmana penglibatan golongan selebriti dalam politik mampu memberi impak dalam politik Malaysia? Bagi menganalisis permasalahan tersebut, dua kerangka teoritikal digunakan dalam artikel ini iaitu partisipasi politik dan modal selebriti (celebrity capital). Objektif pertama kajian ini adalah menelusuri sejarah penglibatan golongan selebriti dalam politik Malaysia. Objektif kedua pula adalah menghurai bentuk penglibatan golongan selebriti dalam politik Malaysia. Manakala objektif ketiga pula adalah menganalisis pengaruh yang dikenakan oleh golongan selebriti dalam politik Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang meliputi kajian kepustakaan. Kertas kerja ini berhujah bahawa golongan selebriti mempunyai pengaruh yang minima dan penglibatan mereka tidaklah memberikan ke...
Uploads
Drafts by AMIR ZAFRAN AHMAD ASRI
Papers by AMIR ZAFRAN AHMAD ASRI